7 April 2011

Kalau Tak Mampu Jadi Pembuat Minyak Wangi, Berkawanlah Dengan Si Pembuat Minyak Wangi!

Islam itu datang dalam keadaan yang asing, dan akan kembali dalam keadaan yang asing. [Gambar Hiasan]

Cuba anda bayangkan situasi ini. Anda dan rakan baik anda, Puan Markonah Sukarji (sekiranya anda perempuan) atau Inche Termimi Zuljaushan (sekiranya anda lelaki) sedang berbual-bual menikmati teh tarik di sebuah kopitiam terkenal di ibu negara.

Puan Markonah/Inche Termimi: Eh anda, anda ingat lagi tak geng kamceng kita dulu kat sekolah tu. Ala, sapa nama dia? Ha, si *tteeetttt* (nama disensor) tu. Ingat tak..?
Anda: Eh ingat sangatlah. Dia dulu yang selalu perlekehkan kita tu kan..? Yang setiap kali kita tegur dia, bagi nasihat semua, dia buat tak endah je kan..?
Puan Markonah/Inche Termimi: Ha, yang tu lah. Anda tahu tak dia di mana sekarang..?
Anda: Eh tak. Dia buat apa..? Dia kat mana sekarang ni..?
Puan Markonah/Inche Termimi: Ha, jom ikut saya. Kita pergi ziarah dia..!

Maka anda pun mengikut Puan Markonah Sukarji/Inche Termimi Zuljaushan untuk pergi menziarahi *tteeetttt*. Anda terkejut kerana Puan Markonah/Inche Termimi membawa anda ke penjara Sg. Buloh. Setelah mendaftarkan diri, anda dan Puan Markonah/Inche Termimi dibawa ke tempat bertemu banduan tegar, yang dikawal ketat oleh para pegawai penjara. Anda amat terkejut melihatkan keadaan si *tteeetttt*; bukan sahaja wajah dan fizikalnya yang sudah banyak berubah, tetapi juga apabila mengetahui jenayah yang dilakukan oleh *tteeetttt* yang menyebabkan dia dihumban masuk ke dalam penjara.

Dan entah mengapa anda tiba-tiba sahaja naik syeikh melihatkan keadaan si *tteeetttt* itu dan terus sahaja meradang.

Anda: Oyy *tteeetttt*..! Fuh, nasib baiklah dulu saya tak terpengaruh dengan anda..! Kalau tak sudah tentu saya pon dah jadi macam anda..! Cis cis cis. 
*tteeetttt*: (Diam seribu bahasa)
Puan Markonah/Inche Termimi: (Watak pipih di dalam adegan ini)
Anda: Alhamdulillah, Allah bagi saya hidayah untuk menjauhkan diri daripada anda. Kalau tak, silap-silap saya jadi lagi teruk daripada anda..! Ppfffttt..!
*tteeetttt*: (Diam seribu bahasa sekali lagi)

Adegan tamat. 

Bagaimana? Apa pendapat anda..? Ada kena-mengena dengan yang hidup atau yang mati tak..?

Semalam sewaktu sedang menunggu keretapi untuk ke Putrajaya untuk ke bulatan gembira di Kolej Maha Busy, saya duduk membaca dan mentadabur al-Quran. Saya terbaca beberapa ayat yang terus memberkas di dada. Sungguh zaaassss dan [tee][tee][underscore][underscore][tee][tee] ayat-ayat tersebut. Mari saya berkongsi dengan anda apakah ayat-ayat yang saya baca itu:

"Lalu sebagian mereka menghadap kepada sebagian yang lain sambil bercakap-cakap.


Berkatalah salah seorang diantara mereka: 'Sesungguhnya aku dahulu (di dunia) mempunyai seorang teman, yang berkata: 'Apakah kamu sungguh-sungguh termasuk orang-orang yang membenarkan (hari berbangkit)? Apakah bila kita telah mati dan kita telah menjadi tanah dan tulang-belulang, apakah sesungguhnya kita benar-benar (akan dibangkitkan) untuk diberi pembalasan?'


Berkata pulalah ia: 'Maukah kamu meninjau (temanku itu)?' Maka ia meninjaunya, lalu dia melihat temannya itu di tengah-tengah neraka menyala-nyala. 


Ia berkata (pula): 'Demi Allah, sesungguhnya kamu benar-benar hampir mencelakakanku, jikalau tidak karena nikmat Rabbku pastilah aku termasuk orang-orang yang diseret (ke neraka).'"
[as-Shaffaat, 37:51-57]

Tersentap terus saya membaca ayat-ayat ini. Cukup indah susunan firman Allah ini, sehinggakan ia dirasakan begitu dekat dengan hati. Seolah-olah memang Allah sedang bercakap terus dengan saya sewaktu saya membacanya. Dan anda tahu apa yang terus terlintas di kepala saya ketika itu?

"Walaweh! Ini.. Ini mesti dikongsikan bersama para pembaca belog saya ni..!" Wahahaha..

Eh tak baik gelak hal-hal yang serius begini.

Baiklah. Ada tiga pengajaran utama yang saya peroleh apabila mentadabur ayat-ayat ini.

Pertama, kepentingan untuk duduk dan berada di dalam bi'ah yang solehah (Baca: persekitaran yang baik dan terjaga). Saya tahu, dalam keadaan zaman sekarang ni, kita ada macam-macam jenis kawan; ada yang baik, ada yang skema, ada yang jahil, ada yang keji, ada yang syaitonirojim dan sebagainya. Dan yang ajinomotonya lagi, kita pulak lebih rapat dan suka berkawan dengan kawan-kawan yang 'nakal' ni, sebabnya mereka ini lebih kool dan kacak.

Kadang-kadang kita selalu ingat yang kita ni kuat, cukup dah iman kita, ala aku takde hal la nak lepak ngan diorang ni, asalkan aku tahu batas-batasnya dan sebagainya.. Kita sangkakan yang kita akan tetap berpegang teguh dengan prinsip hidup dan agama kita. Tetapi yang lebih sering berlaku adalah kita tewas dan larut dengan suasana dan persekitaran kita. Maka jadilah kita seperti mereka; akhirnya kita merelakan diri kita turut sama terjun di dalam lautan jahiliiyyah.

Sedangkan batu yang besar lagi keras pun boleh dihakis dengan air, inikan pula hati manusia.

Bukan, saya tidak meyuruh anda meninggalkan mereka terus terkontang-kanting begitu. Tetapi sebagai persiapan untuk anda menguatkan jiwa dan kefahaman anda tentang Islam, persekitaran anda hendaklah terjaga dan bersih daripada unsur-unsur merbahaya yang boleh menjauhkan anda daripada Allah. Kita ini ibarat bayi yang diletakkan di dalam inkubator. Sebelum kita bersedia untuk menghadapi cabaran dunia sebenar, kita hendaklah dahulu mempersiapkan diri kita dan membersihkan diri kita daripada unsur-unsur jahiliyyah yang bahaya untuk tumbesaran kita. Once kita dah ready, ha, campak ke hutan menjadi kampung, campak ke laut menjadi pulau! Fulamaweh. Nabi SAW pernah bersabda:

"Seseorang yang duduk (berteman) dengan orang soleh dan orang yang jahat adalah bagaikan berteman dengan pemilik minyak wangi dan tukang besi. Jika engkau tidak dihadiahkan minyak wangi olehnya, engkau boleh membeli darinya atau sekurang-kurangnya dapat baunya. Adapun berteman dengan tukang besi, jika engkau tidak mendapati badan atau pakaianmu hangus terbakar, paling kurang engkau dapat baunya yang tidak elok."
[Hadith riwayat Bukhari] 


Sahabat sejati itu adalah sahabat yang mampu membimbing sahabatnya ke sorga! [Kredit Gambar]

Kedua, hidayah itu milik Allah dan Allah alone. Jangan jangan jangan sesekali berasa hebat dan berpuas hati dengan apa yang ada pada diri kita. Di mana kita sekarang ini, baik dan taatnya kita kepada Allah, itu adalah dengan izin Allah.

Sekarang ini alhamdulillah, hidayah sedang enak bertandang di dalam hati kita, duduk bertamu selagi mana kita mahu dan bersedia melayannya. Tapi seandainya suatu hari nanti kita tidak lagi mahu melayan hidayah dengan haknya, dengan sebaiknya, mungkin, cuma mungkin, hidayah akan pergi meninggalkan kita. Nau'dzubillah.. Dan ketika hidayah melangkah pergi meninggalkan kita, ia mungkin tidak mahu lagi kembali mengetuk pintu hati kita. Sekiranya itu berlaku, maka rugilah, rugilah, dan rugilah kita..! *mode sedih*

Maka ketika ini, ketika mana anda masih mahu dan tahu untuk berada di atas jalan yang soleh, bersyukurlah. Dan hargai nikmat ini dengan sebaik-baiknya. Kerana siapa tahu, suatu hari nanti, nikmat hidayah ini akan ditarik semula oleh Allah, dek kita yang tidak tahu untuk menghargainya. Nabi SAW bersabda:

"Demi Allah yang tiada Tuhan selainNya, sesungguhnya ada seorang di antara kalian yang sentiasa beramal dengan amalan penghuni syurga, hingga jarak antara keduanya tinggal sehasta, namun ketetapan Allah mendahuluinya lalu ia melakukan amalan penghuni neraka hingga ia masuk ke dalamnya.
Dan sesungguhnya ada seseorang di antara kalian yang sentiasa beramal dengan amalan penghuni neraka, hingga jarak antara keduanya tinggal sehasta, namun ketetapan Allah mendahuluinya lalu ia melakukan amalan penghuni syurga, hingga ia pun masuk ke dalamnya."
[Mutafaqun a'laih, hadith keempat susunan Imam Nawawi]  


Dan ketiga, pengajaran yang paling menghentak jiwa dan raga saya adalah adegan yang saya gambarkan di awal post ini. Instead of membayangkan kita adalah orang yang terselamat dan berjumpa dengan rakan kita yang berada di dalam kecelakaan, cuba kita bayangkan kitalah si *tteeetttt* di dalam kisah tersebut.

Atau lebih ngeri lagi, cuba kita bayangkan kitalah yang dimaksudkan dalam surah as-Saffaat tadi, sebagai orang yang tidak percaya dengan janji-janji Allah yang benar lantas dihukum dengan azab Allah yang menyala-nyala. Astaghfirullah...

Bagaimana..?

*gulp* [Kredit Gambar]

Saya suka melihat isu ini dengan konteks yang lebih luas dan praktikal. Mungkinlah di zaman serba canggih-manggih ini, kita tidaklah secara terang-terangan menidakkan janji-janji Allah, atau memperlekehkan orang-orang yang berdakwah. Tetapi bagaimana dengan tindak-tanduk kita? Bagaimana dengan perbuatan dan kelakuan kita sehari-hari?

(Dalam hati): Ek ele mamat ni, tak abis-abis usrah usrah usrah. Ingat kalau ikut usrah tu kompem masuk syurga ke woii..??"

(Di facebook): 'Muhammad Ramli Albuqurque and Wan Sarah Isabella in relationship'
(Kita): 'Like' atau '<3'

Kita: Aih, bosan la kalau nak gi tengok wayang sorang-sorang. Uhm, jap, nak ajak Mira dengan Saleha la..

Kita: Mat, yang ko nak susah-susah hati pasal diorang tu buat apa..? Biarlah diorang dengan hal diorang. Kubur nanti masing-masing beb..!

Situasi: Maksiat tran tang tang di depan mata.
Kita: *lalalala* atau *krriiikk kriikk krik*

Bagaimana..? Anda familiar dengan dialog-dialog atau situasi di atas..? Terkena batang hidung sendiri..? Jangan khuatir, anda tidak keseorangan.

Air mata keinsafan mengalir laju.

Semua situasi di atas menggambarkan seolah-olah yang kita (anda yang baik seperti malaikat sila tukar ganti nama diri kepada 'mereka') ni tak yakin dengan adanya hari pembalasan, adanya syurga neraka dan adanya Allah yang bakal menghakimi kita. Bukan begitu? Sayugia tidak mustahillah ayat-ayat surah as-Saffaat itu boleh jadi ditujukan untuk kita. Adeh.

Tidak boleh saya bayangkan bagaimana sedih dan azabnya sekiranya sayalah yang dimaksudkan di dalam surah as-Saffaat itu. Dan yang lebih memeritkan adalah apabila rakan-rakan baik saya semuanya bergembira menikmati ganjaran Allah di syurgaNya yang kekal abadi, sedangkan saya dibakar di dalam api yang menyala-nyala. Allah..

Ya Allah! Aku amat merindukan syurgaMu! Jauhkan aku dari azab api nerakaMu! Aku tidak layak untuk masuk ke dalam syurgaMu, tetapi aku tidak mungkin tertahan menanggung seksa perit jahannamMu! Kasihanilah aku Ya Rabb! Ampunkanlah dosa-dosaku Ya Rahman! Panggillah aku! Panggillah aku masuk ke dalam syurgaMu..! Aku rindu.....

"Wahai jiwa-jiwa yang tenang! Kembalilah kepada tuhanMu dengan redha dan diredhaiNya. Masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurga!"
[al-Fajr, 89:27-30]
-gabbana-

15 Caci Maki Puji Muji:

pocong 07/04/2011, 23:52  

thnx 4 sharing
scenarios written r so amfibian-like setting kan...d thing dat we fight wif daily..approving thng dat r not rite juz bcoz we wanna b accepted in d 'current' society.jadi puppet a.k.a pak angguk depan maksiat2 yg berlimpahan.
true,true.memilih kawan penting,biah soleh pon penting.d bad thing is,kadang2 member mamalia yg syadid scare me away*bad filing*
m still searching 4 d rite identity.lamban sungguh xp
mujahadah lagik....

Inche gabbana 08/04/2011, 17:13  

wah, ana je yg sudi komen post ni! haha.. knapa eh..? 'keras' sgt ke..? hohoho...

uhm btol btol. kita selalu risau dan takut apa yg orang pk pasal kita. tp tak penah pula peduli apa yg Allah fikir pasal kita.. TT__TT

takpe takpe, slow slow asal sampai ke destinasi. dan apa destinasi akhir kita..? Sudah tentunya Jannah yg kekal abadi.. ;)

allahu a'lam.

Inche gabbana 08/04/2011, 17:30  

*anda. sorry.. hihih..

arissa myana 08/04/2011, 18:44  

salam...

memang tiada kebetulan dlm hidup kn?

baru saja share smtg alike dgn yuyu sndri... huuu reminder utk kekalkn niat tu inshaAllah...

at first, agk neves baca b4 smpai ending nya tpi phewww~ ok.

semoga awal dan akhirnya kerana DIA inshaAllah

barakallahu fiik

pocong 08/04/2011, 20:05  

ada yg keras,ada yg monotone...klo tgk dr kacamata taghut,ala2 no fun kot??
(lamban lagi dan lagi)
tp inilah jalanku,no turning back,don wanna turn back jugak.a little bit more of struggling,smoga boleh metamorfosis jadik mamalia x lama lg.
ahahah.cemana,suke pokpek huha huha.slagi ada line tenet,lagi hayat dkandung badan,akn teru komen,hehe...bear wif amfibians,bro!

pembuat kueh tart nenas 09/04/2011, 07:19  

salam

ana pun ekceli zaa biler anta share ayat nih. sedikit sebanyak memberi motivasi pada ana utk mencari org² di dalam bulatan gembira ketika di utara nih ^^

jzkk

-dari rumah tulab, arau-

Anonymous 09/04/2011, 21:33  

adoyaiii, entry kali ni amat lah zasss~ uhuk..uhuk..

Inche gabbana 10/04/2011, 20:58  

arissa: hahaha.. yuyu..?? thats new..! haha..

oh, knapa nak nervous pulak..? anda expect ending yg bagaimana..?

iAllah. ;)

Inche gabbana 10/04/2011, 21:03  

pocong: hahaha.. takpe, melalut la byk mana pon. pengomen mcm andalah yg bagi saya semangat ntok tros menulis. ;)

dan feedback daripada pembaca seperti anda yg saya perlukan untuk improve penulisan sy. ntok itu, jzkk..! ;)

oh sebut pasal metamorfosis; saya ada satu analogi yg menarik. anggaplah diri kita ni mcm ulat bulu skang ni; tak lawa, menggelikan, buruk etc.

tp once dah metamorfosis, akan jadi rama2 yg cantik yg dipandang mulia. ^^

Inche gabbana 10/04/2011, 21:03  

JE: saya tak sangka yg saya akan menyebut ni tapi..


err..


err..


saya rasa sy rindukan anda...! *blush*

kikikiki.. ^^

Inche gabbana 10/04/2011, 21:04  

enonimus: ya, itulah tujuannya. biar zaasss sampai lebam! hihih.. ;)

pocong 11/04/2011, 18:59  

aish...rama2 x rock la...say,dari kucing menjadi rimau?
*aummm*
aha!trime kasih ata fidbek bes dr bro.jgn nyesal,pasni makin berjela la komen ambo...sapo suh bg lampu hijau???ngahahha
(impian adalah to overrule inche gabbanna d blog beliau sendiri)

Inche gabbana 12/04/2011, 09:39  

pocong: hahaha.. takkisahlah nak jadi apa pon, asalkan paham point.. ;)

erk. *garu kepala* ni gipang tahap kritikal dah ni... -___-"

arissa myana 12/04/2011, 09:58  

ohh personally x ad apa2 expectation pun untuk ending, cuma takut if ada ending yang mengoyak-rabakkan jiwa dan raga...

tpi yg dah ditulis pn dah backfire diri sendiri T___T

jazakallah khair utk raminder nya...smoga terus maju dalam deru dakwah inshaALLAH

Inche gabbana 13/04/2011, 09:27  

huhu.. bukan lagi best kalau ending tu btoo2 mengoyakkan jiwa dan raga...? hehehe..

ok, no worries, my utmost pleasure. barakallahu fik.. ^^

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP