1 March 2011

Rumah Dah Terbakar Dah. Jadi..?

Ini adalah sekuel kepada 'Rumah Terbakar Panggil Bomba, Bomba Datang Berlumba-Lumba Ewah!' Seandainya anda masih belum membaca post itu, anda dilarang keras sama sekali untuk membaca post ini. Nak cuba-cuba pun tak boleh. Nak intai-intai buat-buat tutup mata pada hal kelopak mata tak tertutup rapat lagi lah tak boleh. Tahu..? Wahahaha.. 

Mana-mana jalan, Allah berfirman di dalam al-Quran:

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. 
[at-Tahrim, 66:6]


Allah menyuruh kita untuk menyelamatkan diri kita daripada api neraka dan kemudian, selamatkan ahli-ahli keluarga kita daripada api neraka. Ada tafsiran yang menafsirkan perkataan 'Ahlikum' di dalam ayat ini sebagai orang-orang yang terdekat, rapat dengan kita. Senang kata, orang-orang yang kita sayang dan care lah.

Dalam Situasi Satu, nak ceritanya, kalau kita betul-betul sayang pada orang-orang yang kita sayang itu, pastinya kita tidak akan berbuat demikian kan..? Pastinya kita tidak akan membiarkan mereka dibaham api sedangkan kita seorang sahaja yang selamat. Pastinya kita akan  mengejut mereka sesungguh-sungguhnya sepertimana yang kita lakukan dalam Situasi Dua dan Situasi Tiga en?

Tak kisahlah perbuatan kita itu akan menyebabkan kita sakit dan menderita (seperti dalam Situasi Dua di mana kita ditampar oleh kakak kita) mahupun perbuatan kita nampaknya kasar dan biadap (seperti dalam Situasi Dua juga apabila Cik Kakak memijak perut abah dan anda menyiram mak anda dengan sebaldi air), tak kisahlah. Asalkan mereka selamat dan dapat keluar daripada rumah yang sedang marak membakar bersama-sama anda. Bukankah begitu..?

Jika sejauh ini jawapan anda 'ya' untuk semua soalan saya, saya ada lagi satu soalan untuk anda:

Kalau rumah kita terbakar dan kita begitu bersungguh mahu menyelamatkan nyawa dan jiwa orang-orang yang tersayang, pastinya kita akan buat lebih bersungguh lagi untuk menyelamatkan mereka daripada azab api neraka yang maha dahsyatnya, bukan..?

Ya, sila mengalirkan air mata bercucuran sekarang juga. 

Tetapi pelik bukan..? Ramai di kalangan kita walaupun sedar dan faham akan hal ini, kebanyakannya masih berada di dalam Situasi Satu. Kita mengejutkan mereka acuh tak acuh sahaja. Kita rasa kita sudah buat yang terbaik, maka lepaslah tanggungjawab kita. Sayugia kita dengan gumbiranya keluar menyelamatkan diri sendiri, sambil melihat orang yang kita sayang terkapai-kapai, terbakar, tenggelam dengan dosa dan noda mereka. Ceh, sayang konon..!

Tapi ingat tahu?? Di dalam cerita yang saya reka itu, mereka mungkin terbakar, hangus dimamah api begitu sahaja. Tetapi di akhirat nanti situasinya tidak begitu! Sekiranya mereka dibakar dan dahulunya kita tidak pernah mahu 'mengejutkan' mereka sesungguhnya, mereka akan pastikan yang mereka punya teman di dalam neraka nanti. Siapa lagi, kitalah...!!

(Tunggu sebentar, saya mahu mengalirkan air mata bercucuran..)

Gambar ini sedikit gory, tapi cukup menginsafkan. TT__TT [Kredit Gambar]

Nanti, kita mungkin merasakan yang kita tidak mampu, yang kita tidak punya kuasa dan kudrat untuk menyampaikan dakwah kepad akeluarga dan orang-orang yang rapat dengan kita. Betul kan..? Selalunya begitu; mudah untuk kita berdakwah dan mentarbiyyah orang yang pada mulanya asing kepada kita, daripada orang-orang yang sudah lama kita kenali. Mereka yang amat rapat dengan kita.

Mengapa ya..? Antaranya kerana mungkin kita punya masa silam yang gelap. Maka kita berasa malu untuk berdakwah kepada mereka, dengan sangkaan yang mereka akan merendah-rendahkan usaha kita. Kita tidak yakin yang mereka akan dapat menerima seruan kita, kerana dahulunya kita juga tidak ubah seperti mereka, malah lebih teruk lagi.

Eh. Tu sangkaan je kan..? Dah cuba belum..? Belum cuba belum tahu, tahu..?? Hohoho.. Tetapi tidak mengapa, saya ada solusinya, Insha-Allah. Sebab itulah saya datangkan analogi ini dengan versi Situasi Tiga. Di mana di dalam situasi ini, apabila kita benar-benar tidak mampu untuk melakukannya sendirian, kita mintalah bantuan daripada orang lain..! Bergaya bukan..?? ;)

Sama ada kita minta terus pada orang-orang yang kita rasakan lebih berkemampuan untuk menyampaikan risalah Allah kepada keluarga/orang-orang yang kita sayang (Contohnya, ustaz, syeikh, atau sesiapa sahaja yang kita rasakan lebih tsiqah dan qawiyy..) atau boleh juga secara tidak langsung. Tidak langsung? Anda bertanya. Bagaimana? Anda bertanya lagi.

Begini. Anda hendaklah berdakwah sesungguh-sungguh-sungguh-sesungguh-bersungguh-sungguhnya...!! Fulamaweh. Dan berazam dan pasangkan niat yang Insha-Allah, dengan usaha anda berjihad dengan sebenar-benar jihad itu, suatu hari nanti keluarga dan orang tersayang pasti akan tersentuh dengan tersebarnya dakwah di muka bumi ini. Siapa tahu, si Ahmad yang anda santuni melalui tarbiyyah itu nanti akan menyentuh si Jali, yang kemudian berdakwah kepada si Mail, yang kemudiannya menyedarkan kakaknya tentang kepentingan tarbiyyah, yang kemudiannya berjaya membawa ibunya ke dalam usrah, yang kemudiannya amat tertarik dengan usrah mengajak pula kawannya si Saonah ke dalam usrah dan si Saonah ini pula merupakan rakan baik mak anda di dalam perniagaan Public Mutual dan dia juga mengajak mak anda ke dalam usrah dan walaweh..! :O

Comel bukan..? Hihihi.. [Kredit Gambar]

Bagaimana..? Bukankah dakwah dan tarbiyyah ini sebenarnya cukup kool dan bergaya..?? Wahahaha.. Eh.

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. 
[Muhammad, 47:7]

Nah! Allah tu Maha Adil bukan..? Allah tu Maha Pengasih dan Penyayang bukan..? Pastinya Dia akan membantu hamba-hambaNya yang berpenat-lelah berkorban demi agamaNya, dengan mempermudahkan jalan untuk ahli-ahli keluarganya dan orang-orang yang tersayangnya untuk turut sama menyertai gerabak dakwah ini..! Biidznillahi ta'ala. Senyum lebar-lebar. 

Tapi ada dua syarat yang perlu dipenuhi sebelum kita pasrah dan berserah kepada Allah. Pertama, kita hendaklah mencuba sebaiknya terlebih dahulu untuk menasihati/berdakwah kepada ahli keluarga kita. Tidak bolehlah awal-awal lagi dah berputus-asa..! Kerana nak tak nak, memang itu tanggungjawab kita kerana mereka adalah orang yang paling dekat dan rapat dengan kita. Kalau bukan kita dahulu yang mahu menasihati mereka, takkanlah pak cik Karim yang datang menjual ikan setiap pagi itu..?? Eh.

Syarat kedua, kita hendaklah berdakwah dan menjalankan tugas kita sebagai 'abid dan khalifah dengan bersungguh-sungguh, tidak kiralah sama ada keluarga dan orang yang kita sayang berjaya disentuh atau pun tidak. Kerana untuk anda layak menerima pertolongan Allah itu, anda dahululah yang mesti menolong agamaNya. 

Ad-deenu nasihah: Agama itu nasihat. Sudahkah kita menasihati..? Belum cuba belum tahu! [Kredit Gambar]

Tapi ingat hidayah itu milik Allah. Jangan pula hilang keyakinan dan kepercayaan anda pada Allah, sekiranya anda telah memenuhi kedua-dua syarat ini dan keluarga dan orang yang tersayang masih tidak berjaya disentuh. Bukankah Abu Talib sehingga ke akhir hayatnya masih tidak beriman..? Ingat tahu! Allah melihat dan menilai usaha dan pengorbanan anda dan bukannya capaian dan hasil daripada usaha anda itu. Jadi, kena berusaha dengan gigih dan penuh istiqamahlah!

Eh kejap. Tapi kan... Sebelum semua-semua ni, kita dah selamatkan DIRI KITA dulu daripada api neraka ke belum...??

Air mata bercucuran laju.

-gabbana-

15 Caci Maki Puji Muji:

Azlin Azman 01/03/2011, 13:03  

betul. dsbbkn sya dulu prnah mcm
"mereka" , tp skg dh lain [ brubahla, btaubat ] bla nk tego depa akn ckp, hg pn sama je dlu, nk tego org bleh..cis! cis blek.. down down TT__TT


"Eh kejap. Tapi kan... Sebelum semua-semua ni, kita dah selamatkan DIRI KITA dulu daripada api neraka ke belum...??

Air mata bercucuran laju."


err,belum sgt..k bai

MM 01/03/2011, 14:22  

Kita selalu je ckp yg kita sayangkan seseorang itu sedangkan erti menyayangi seseorang yg sebenarnya adalah dengan melepaskan mereka daripada azab neraka.

Tapi in realiti, adakah kita benar2bantu mereka yg kononnya kita sayang tu daripada perbuatan2 yg membawa mereka ke neraka. Silap2 kita pula yg galakkan. Naudzubillah.

Dan kalau bercakap ttg bersungguh-sungguh tuh, adakah kita sampai bangun mlm dan buat solat hajat semata-mata utk mereka yg kita sayang, mohon Allah bukakan hati mereka utk hidayah Allah.

Muhasabah buat saya, En Gabbana dan semua. Moga terus berusaha tanpa kenal erti penat dan lelah.

Unknown 01/03/2011, 14:56  

tp bgaimana pula klo mereka cuba utk mempersoalkn kita dgn membuka kisah lampau/zmn jahiliyah/maksiat kita...sdg kita memberi tarbiyah?

Anonymous 01/03/2011, 15:45  

yup! keluarga...xleh lari ke mana,mereka adalah masa silam kita dan masa hadapan kita, dan tetap selamanya bersama-sama kita.

rumah dah terbakar, ke api baru nak naik ke dah hangus dah pun?

definisi org berbeda-beda, itulah juga menentukan sikap mereka terhadap hidup ni...

Inche gabbana 02/03/2011, 11:42  

cucu hj hassan: hahaha.. saya suka gaya anda mengekspresikan perasaan anda. sungguh bergaya dan selamba..! ;)

erk. kalau belum et lis kena start usaha ke arah tu la kan..? ^^

Inche gabbana 02/03/2011, 11:43  

MM; "...erti menyayangi seseorang yg sebenarnya adalah dengan melepaskan mereka daripada azab neraka."

Sgt 99x setuju.. TT__TT

terima kasih.

Inche gabbana 02/03/2011, 11:43  

eiffel: jgn pedulikan. iAllah kita benar2 nak berubah kan..? dan iAllah Allah tahu yg hati kita ikhlas.

yg penting kita kena cuba dulu! ^^

Inche gabbana 02/03/2011, 11:44  

enonimus: bukan keluarga je. org2 yg rapat ngan kita juge. ;)

uhm, kalau kita tak buat apa2 lgsg, alamatnya rumah tu dah tinggal debu je la... -___-"

Azlin Azman 02/03/2011, 12:11  

gabban : erk? bukan belum ! -__- baru sikit

Mohammad Aiman 02/03/2011, 12:22  

hanya mampu tersenyum...
namun cukup menginsafkan T_T

so, nak senyum sambil nangis lah..
camni ok?

T_^

Inche gabbana 03/03/2011, 12:06  

aiman: To^ gabungan menangis, terkejut dan kenyit mata.. ;p

Inche gabbana 03/03/2011, 12:07  

cucu hj hassan: sikit2 lama jadi bukit, ye dok..?? hehe..

tp kena istiqamahlah! ;)

Azlin Azman 03/03/2011, 13:07  

insyaAllah

Ummi Rai 24/08/2012, 08:36  

marilah beramai-ramai selamatkan diri dari api neraka yang sedang marak menjulang tinggi sebab kat akhirat takde bomba nak padamkan api tuh :D

natrium benzoate 26/11/2012, 23:41  

berdakwah itu wajib. dan jalan dakwah itu bukan jalan yg dibentang karpet merah, tak de onak duri langsung..hati manusia tu Allah yg pegang.. ye dok?? penah dulu dgn bersungguh2 dok berdakwah kt shbt terchenta, tp dkwah itu soalah tak terkesan kpd hati mrk. bila mana rasa sgt down bila berdakwah, pndgn mata mereka spt mengatakan 'i know what u did before' well super true. everyone has their past kn. dan sy akn mmbalas dgn pndangan mata 'yeah aku dulu mcm korang gak..susah nak buat kebaikan, tp skang bila aku ajak korang buat baik bukan sbb ustazah in me talking, tp as a muslim in me talking. dan lg memujuk hati bila ada ustaz pesan 'kita berdakwah bukan sbb nak ubah org yg didakwah tp sbb berdakwah itu perintah Allah dan gembiralah kamu sbb kamu dah buat apa yg Allah suruh'
dan surah ali imran ayat 104 sentiasa dekat dihati utk mnyahut usaha dakwah ini. insya-Allah.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP