17 February 2011

Welcome to the Club! Kata Malaikat

Post ini khas buat Inche/Puan Guest Perahsia. ;)

Ramai di kalangan kita yang menggunakan alasan aku belum bersedia, saya masih banyak dosa dan noda, gua tak layak la bro bla bla bla dalam hendak mula bergerak menyebarkan risalah Allah.

Ramai juga di kalangan kita yang teragak-agak untuk melaksanakan tugas Syahadatul Haq ini atas sebab kita merasakan yang kita perlu membersihkan diri daripada segala mak nenek maksiat dan jahiliyyah yang membaluti diri.

Persoalan saya untuk anda. Kalau nak tunggu diri sudah bersih dahulu, bila agaknya ya baru boleh bermula untuk berdakwah..? Saya sudah ada jawapannya. Alamatnya, sampai sudah gol masuk rumah batu dua pon belum tentu lagi kita akan berdakwah kan..? Peluh berpeluh-berpeluh.

Masalahnya cik kak, cik abang, pak cik dan mak cik, berdakwah tu wajib. Tak kiralah kita ni samseng Bukit Beruntung ke, tokey lori ikan ke, pengurus besar Syarikat Minyak Angin Cap Kapak ke atau presiden Persatuan Ibu-Ibu Mengandung Tujuh Bulan ke, dakwah tu adalah wajib. Tak kira siapa pon kita, bangsa apa pon kita, cakap bahasa apa pon kita, suka makan char-kuetiau (ejaan yang betul) atau pon tidak, asalkan kita ni namanya MUSLIM, kita wajib berdakwah.

Makanya, dalam kita dok nak berdalih-dalih tak nak menyampaikan dakwah dengan alasan kita tak ready lah, banyak lagi dosa lah, perlukan masa untuk fikir lah, kita sebenarnya dah menambahkan dosa pada buku akaun kita setiap saat yang kita bazirkan untuk tidak mahu melakukan dakwah. Pffftt....! Sungguh ironi bukan..? Tak ke kurang bijak dan rugi tu..? *koff koff tiba-tiba guna bahasa sedikit sopan koff koff*

Jangan sampai tersungkur nanti dek memberikan seribu alasan untuk tidak mahu berdakwah! [Kredit Gambar]

Dakwah dan tazkiyatun nafs (pembersihan jiwa) tu sewajarnya dilakukan serentak. Malah lebih aktif dan giat kita berdakwah, kita secara automatiknya akan membersihkan lagi diri kita. Nak tak nak, dalam kita menyeru orang untuk berbuat kebaikan, kita dahululah yang kena berbuat baik dahulu. Espeseli dalam hal-hal yang kita sepesifikalinya berdakwah. Contohnya, takkanlah kita dok marah orang ramai menyambut Hari Santos Valentino sedangkan kita sendiri gelperen sekeliling pinggang..?? Kepala hotak. *koff koff eh terkasar sket minta maaf koff koff*

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!

Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."
[as-Saff, 61:2-3] 


Air mata alir mengalir-ngalir.

Peraturan ibu jarinya (Baca: Rule of Thumb) begini: Hal ini sepatutnya menjadi motivasi untuk kita untuk terus mara dan maju ke hadapan dalam dakwah ini, dan bukannya mematikan semangat dan niat kita..!

Maka di sinlilah, hadith tentang Hanzalah ibn Ar-Rabi' r.a. menjadi panduan dan sup ayam untuk ruh (Baca: Chicken Soup for the soul) kita agar kita benar-benar meyakini yang dakwah dan proses pembersihan diri itu tidak bercanggah antara satu sama lain, malah mereka saling melengkapi. 

Ceritanya lebih kurang begini. Hanzalah bertemu dengan Abu Bakr r.a. dan Abu Bakr bertanyakan kepadanya bagaimanakah keadaaanya. Tiba-tiba Hanzalah berkata,

"Hanzalah sudah munafik!"

Of koz la Abu Bakr terkejut kan kerana menuduh seseorang dengan panggilan munafik adalah sesuatu yang amat besar ketika itu. Lantas Abu Bakr yang terkejut bertanya kepada Hanzalah apakah sebabnya beliau menuduh dirinya sebagai munafik.

"Ketika berada bersama Rasulullah s.a.w, baginda selalu mengingatkan tentang syurga dan neraka seolah-olah aku melihatnya, lalu ketika aku keluar dari hadapan Rasulullah, aku disibukkan oleh isteri, anak-anak dan mencari nafkah, maka aku menjadi lupa peringatan baginda!"

Itulah jawapan Hanzalah. Terkejut Abu Bakr mendengarnya. Dan anda tahu apa reaksi Abu Bakr..? Demi Allah, kalau macam tu aku pun munafik hai Hanzalah!

Lantas mereka berdua bergegas untuk bertemu dengan Rasulullah SAW, meminta tunjuk ajar dan penjelasan baginda kerana humanghaih, tak sanggup mereka menjadi orang munafik! Rasulullah SAW yang mendengar cerita mereka berdua lantas berkata:

"Demi zat yang jiwaku di tanganNya, andai kalian tetap seperti kalian di sisiku dan terus berzikir* nescaya para malaikat akan menjabat tangan kalian, sedang kalian berada di atas tempat tidur dan di jalan raya. Akan tetapi wahai hanzalah, ada waktumu (untuk beribadah) dan ada waktumu (untuk duniamu)." [Hadith Riwayat Muslim]

*Maksudnya sentiasa bersemangat nak buat dakwah dan sentiasa rasa iman tu meluap-luap kedebomm bam boommm. Ini tafsiran sayalah hohoho.

Nah! Iman tu yazid wa yankuz, naik dan turun. Memang ada masa-masanya kita akan rasa kotor, penuh dengan dosa dan noda dan sebagainya. Tetapi sebab itulah kita ni manusia dan bukannya malaikat!

Kalau tak, para malaikat akan turun dari langit dan bersalam-salaman dengan kita sambil berkata, "Welcome to the club bruv!" sebab kita sudah sempurna tiada dosa maka secara otomatiknya kita  pon dah jadi malaikat hey! Eh.

Tapi sila jangan salah faham kalau tak saya lempang. Erk. Hadith ni bukannya memberi lampu hijau atau kuning nak tukar hijau kepada anda untuk berbuat dosa sesuka hati mak nenek. Sebaliknya, hadith ni memberikan kita motivasi besar untuk terus mendamba cintaNya yang abadi dan hakiki, dengan terus melakukan amal soleh dan kebaikan dan menyebarkannya kepada seluruh manusia. Begitulah. 

Kerana pintu taubat itu terbuka luas untuk anda memasukinya. Malah Allah lebih mencintai hamba-hambaNya yang berbuat dosa namun kembali kepadaNya, daripada mereka yang seumur hidupnya tidak pernah melakukan dosa, skema dan baik sepanjang hidupnya (which is practically impossible la kan..?)

Allah Maha penerima taubat. Sama ada anda mau bertaubat atau tidak sahaja.. ;) [Kredit Gambar]

My point is... Barang siapa yang berkata dia tak mahu berdakwah atau culas/berat untuk nak berdakwah sebab dia rasa tak bersedia atau merasakan dirinya tidak layak untuk berdakwah, ini jawapan saya kepada anda: -____-" 

(Sebenarnya nak keluarkan perkataan yang sedikit keras tapi tak sanggup pula.. Hohoho..)

Oh berdakwah tu bukan hanya sekadar usrah, daurah, preaching sana dan sini sahaja tahu..? Dakwah itu mempunyai maksud yang lebih luas dan signifikan. Dan paling penting, dakwah itu setiap masa dan ketika..!


Oh mungkin lain kalilah bercakap tentang hal itu. Senyum jahat.

Harapnya anda dapatlah point-point yang hendak saya sampaikan. Jika tidak, silalah bertanya seperti yang dilakukan oleh Inche/Puan Perahsia. Terima kasih diucapkan dan syabas kerana tidak malu untuk bertanya..! Dan Insha-Allah saya akan cuba sebaiknya untuk menjawab persoalan anda.

Akhir kata, jom kita Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak! Kita perbaiki diri kita dan kita perbaiki diri orang-orang yang berada di sekitar kita! Baru cun..! ;)

Cheerios! 

Allahu a'lam..

-gabbana-


Eh baru perasan. Ni adalah post saya yang ketiga ratus. Alhamdulillah.. ^^

24 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 17/02/2011, 14:50  

Salam,
semalam naqib saya baru sebut pasal Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak dan inche Gabbana pun mention benda yg sama.
Waaaahhhh :)

boleh explain lebih lanjut tak pasal Syahadatul Haq?
(inche Gabbana boleh assume saya TAK TAHU LANGSUNG pasal SH atau mungkin inche Gabbana ada buat post mengenai SH sebelum ni cuma saya tak perasan)

en perahsia 17/02/2011, 17:55  

saya baca bagai dilempang2..aduh sakitnya... dengan gaya bahasa camni,mmg gaya bahasa bercakap..seolah2 encik sedang berkhutbah di hadapan saya seorg2... mcm jugaklah SH yg Al-Maududi tulis tuh...zappp, terkena batang hidung dan leher...
bukan nak bagi alasan,tapi mcm hadis Hanzalah itu jugaklah, iman turun naik, semangat datang dan menghilang, biah berubah2, zaman berpindah randah...(itu alasanlah hoi)

moga kita istiqamah...

en perahsia 17/02/2011, 18:00  

lupe nak cakap..terima kasih banyak2 lah en gabbana.ingatkan en dah luper or sengaja melupakan...
terima kasih daun keladi
lain kali tulislah panjang lagi..hohohho

jzkk,ya akhi!

incik neng 17/02/2011, 21:13  

dapat dapat point die

so kene pakai powerpoint? ik3

Inche gabbana 17/02/2011, 22:52  

enonimus: woah subhanallah.. anda tahu kan tiada konsep kebetulan dalam hidup ni..? pasti ada sebab kenapa semalam naqib anda berkata pasal tu dan hari ini anda membaca tentangnya pula..! hhhmmm.. ;)

oh ada saya tulis pasal SH. byk je eceli. tp tak lengkap ah. as in, sket sini, sket sana. tak boleh nak tulis lengkap sbb kalau tak nnt tertulis senaskhah buku pulak. marah syaikh mawdudi nnt.. hohoho.. B-)

Inche gabbana 17/02/2011, 22:53  

en. perahsia: anda jantan rupanya. hihihi..

wa iyyak akhi. sentiasa menjadi kepuasan saya apabila org lain dapat mengambil manfaat daripada tulisan yg tak seberapa ni. alhamdulillah.. ;)

jom kita sama2 fastabiqul khairat iAllah..! ^^

Inche gabbana 17/02/2011, 22:54  

neng: -____-" seb baik ko takde kat sebelah aku neng, kalau tak dah merasa la kelazatan tapak tangan aku ni... hihihi..

Mohammad Aiman 18/02/2011, 01:02  

Selamat datang ke kelab, said the angel of gucci..

haha..
btw nice post oh!
memang betull. seringkali alasan itu yang didengari, malah dari sendiri juga! nak tunggu diri ni perfect dulu, peh! alamatnya sampai kiamat pun still x perfect

syukran jazilan =)

Anonymous 18/02/2011, 19:03  

Inche gabbana, sy tak faham kenapa tiada konsep kebetulan. boleh explain kalau inche gabbana tak kesah?

Inche gabbana 19/02/2011, 01:16  

aiman: angel of gucci tu tak wujud, hanya alter ego sahaja. hohoho..

manusia mmg suka memberikan alasan. tapi Allah cakap dalam surah Mursalat, kat Akhirat nnt takde can nak bagi alasan dah..! TT__TT

wa iyyak..

Inche gabbana 19/02/2011, 01:18  

enonimus: hmm.. pjg tu nak eksplen. senang kata, setiap kejadian tu termasuk dalam perancangan Allah yang Maha bijaksana. makanya, pastinya setiap benda yg berlaku tu ada pengajaran dan hikmahnya kan...?

allah tidak menciptaka sesuatu tu main2 atau sia2 [al-Quran]. hence, tak mungkinlah ada konsep kebetulah.. faham ke..?

iAllah kalau saya rajin nnt saya boleh tulis post khas ntok eksplen benda ni.. ;)

Anonymous 19/02/2011, 10:46  

wah, dah mcm prog soal jwb dan ni. enonimus tye, mr gabbana jawab...ala2 'tanyalah ustaz'...kire en gabbana ni blh la masuk prog 'tanyalah ustaz'..mebi kita buat prog 'tanyelah en gabbana'-di sebalik angel wears gucci. sure gempak n rating tinggi...hohohho

Anonymous 19/02/2011, 13:47  

oh, terima kasih inche gabbana.
kadang2 tersentap dengar benda2 mcm ni. huhu~

Inche gabbana 20/02/2011, 23:02  

enonimus: hahaha.. uish, tak boleh tak boleh. tak layak kot...! huhuhu..

ilmu saya ni saaannngggaaaatlah cetek. sy hanya berkongsi mana yg saya tahu dan mampu sahaja.

harapnya perkongsian saya yg tak seberapa ni bermanfat ntok sume, iAllah. ^^

Inche gabbana 20/02/2011, 23:03  

enonimus: sama2. yg menulis ni lagi la tersentaaaapppp. TT__TT

Anonymous 21/02/2011, 22:25  

inche gabbana pun tersentap?
hurm, sama2 kita muhasabah insyaAllah, saya sendiri banyak belajar daripada laen2, malah dari inche gabbana jugak.

malah banyak yang saya dengar pasal inche gabbana daripada kawan2 inche gabbana sendiri, & saya pernah menonton video inche gabbana kasi sedikit pengisian, cuma belum tengok secara live je lagi. ;P

cuma nak kata, saya amat kagumi inche gabbana.
*ikhlas dari hati*

semoga kita sama2 tsabat.

:)

Inche gabbana 22/02/2011, 11:54  

enonimus: errrr... anda salah org kot...? anda pastikah itu inche gabbana..? mungkin itu inche ismail atau inche rosman mungkin..? Tibe.

iAllah. doakan saya please...! ;)

Anonymous 22/02/2011, 15:34  

100% inche gabbana :)

Inche gabbana 23/02/2011, 09:36  

hahaha.. ^__^"

Anonymous 26/02/2011, 11:47  

Salam.. Bleh bg link hadis or ayat quran x utk kukuhkan hujah ni.. Tq..

Malah Allah lebih mencintai hamba-hambaNya yang berbuat dosa namun kembali kepadaNya, daripada mereka yang seumur hidupnya tidak pernah melakukan dosa, skema dan baik sepanjang hidupnya.

-jebat tidak derhaka-

Anonymous 26/02/2011, 13:35  

salam...ni 1st time sy bace blog ni...ape maksud 'Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak' tu? translate ke bahasa melayu nye ape ye?

Inche gabbana 27/02/2011, 23:07  

enonimus I: sebenarnya, tidak munasabah lah kalau manusia tu tak berdosa kan..? hanya para nabi dan rasul sahaja yg maksum. but anyway, just nak jawab persoalan anda;

1) Pada saat menjelang wafat, sahabat Nabi SAW bernama Abu Ayyub al Ansari R.A. Mengatakan: “Selama ini aku menyembunyikan sesuatu daripada kalian yang pernah aku dengar dari Rasulullah SAW. Benar, aku pernah mendengar beliau bersabda: “Seandainya kalian tidak pernah berdosa, nesacaya Allah akan menciptakan makhluk yang berbuat dosa dan Dia mengampuni mereka.” (Riwayat Muslim – 2748 / At Tirmizi : 3539).

2)“Setip anak Adam itu berdosa belaka dan sebaik-baik orang yang berdosa ialah yang memohon taubat (kepada Tuhannya).” (Riwayat At tirmizi (2499), Ibn majah (4251) dan Imam Ahamd (111/198)).

Harap menjawab persoalan anda. ;)

Inche gabbana 27/02/2011, 23:08  

enonimus II: terima kasih kerana sudi datang ziarah.

ooo. maksudnya, perbaiki diri sendiri dan perbaiki diri org lain pada masa yg sama. lebih kurang begitulah.. ;)

Anonymous 18/11/2011, 16:14  

salam..just nk mintak en.gabbana share ape turning point y buat anda ready jd murabbi bergaye mcm sekarang? (ke senanye ade je post tuh tp x terjangkau dek jari jemari sbb bru je follow blog ni?) jzkk

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP