14 February 2011

Bila Kita Lagi Sayang Santos Valentino Daripada Nabi Kita Sendiri

Ok secara jujurnya seumur hidup saya tak pernah sambut Hari Valentine yang jatuhnya pada empat belas Febuari setiap tahun, iaitu pada hari ini. Pernahlah ada seorang gadis di kolej dahulu menghadiahkan saya dengan cokelat, tanda persahabatan katanya. Err... Itu sahaja sumpah! *pandang kiri, pandang kanan, lap peluh di dahi*

Santos Hantos Valentino [Kredit Gambar]

Baru-baru ini kecoh perbalahan antara Kakak-Kakak Dalam Islam (Baca: Sisters in Islam) dan beberapa pertubuhan dan badan-badan lain dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS) berkaitan isu polis moral sempena Hari Valentine ini. Pendapat peribadi saya, baguslah PAS dan beberapa pertubuhan lain mahu memastikan tiadanya perlakuan maksiat secara terbuka di kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Bukankah mencegah yang mungkar itu wajib?

Cumanya, pada pendapat saya, pada masa yang sama, kurangnya pendedahan secara komprehensif, tidak kiralah dalam bentuk kempen, atau pameran bergerak dan sebagainya, dalam memahamkan rakyat Malaysia secara keseluruhannya mengapa Hari Valentine itu haram di sisi Islam. Senang kata, masyarakat tidak faham mengapa PAS dan pertubuhan-pertubuhan lain betul-betul tegar dalam menentang sambutan Hari Valentine ini. 

Kesannya? Bukan sahaja cha ya nun alif espeseli yang meradang dengan tindakan polis moral ini, malah di kalangan umat Islam sendiri ramai yang tidak setuju dengan tindakan mencegah kemungkaran ini! Alahai. Maka berlakulah kekeliruan tahap Raja Raksasa Syaitan Pikor. Di suatu pihak, sekumpulan Muslim mahu menghalang anak muda beragama Islam di Malaysia daripada menyambut Hari Valentine. Di suatu pihak yang lain, sekumpulan Muslim juga berkata apa sibuk-sibuk? Takde benda lain yang lebih berpekdah ke nak buat, hah..? Dan di suatu sudut sana, orang bukan Islam bertepuk gembira melihatkan pertelingkahan yang berlaku di kalangan umat Islam. Adeh.

Bukan itu sahaja. Dalam kita mencegah kemungkaran, kita juga kena pastikan yang anak-anak muda ini benar-benar faham mengapa mereka dicegah daripada menyambut Hari Valentine. Maksudnya, kalau setakat menghalang mereka daripada bercumbu-cumbuan berpelukan berzinaan di kawasan awam tetapi mereka masih boleh melakukannya di hotel-hotel murah di Chow Kit, maka pada saya, misi mencegah kemungkaran itu masih belum berjaya. Kita kena go one step ahead lagi. Kena pastikan mereka betul-betul faham yang apa yang mereka buat tu salah, Allah marah, Rasulullah tak suka dan tiada dalam ajaran Islam..!

Bagaimana..? Pastinya melalui proses tarbiyyah yang benar-benar berkesan dan berterusan. Masayarakat perlu dididik, diajar dan ditunjukkan jalan. Sekiranya mereka sedang syok makan cokelat dan kita rampas daripada mulut mereka, pastinya mereka akan pergi mencari gula-gula Nano-Nano pula. Namun sekiranya kita dengan lembut, penuh berhikmah dan istiqamah menasihatinya yang cokelat itu tidak baik untuk gigi, saya yakin mereka dengan sendirinya akan meninggalkan tabiat memakan cokelat itu suatu hari nanti. Tanpa perlu sebarang bentuk paksaan. Eh faham ke ni..? 

Tidak perlulah saya bercerita tentang sejarah hari Valentine atau hukum-hakam menyambutnya. Itu saya pasti anda boleh merujuk kepada Professor Wikipedia atau Syaikh al-Google. Dan saya yakin sudah banyak laman-laman sesawang atau belog-belog di luar sana yang membincangkan hal ini dengan panjang lebar.

Yang lebih menarik adalah Hari Valentine pada tahun ini disambut sehari sebelum hari kelahiran kekasih umat Islam (mengikut kalendar Gregori), Muhammad ibn Abdullah SAW. Ironi bukan..? Hari Valentine pada dasarnya disambut untuk melahirkan dan mengekspresikan rasa kasih dan sayang kepada pasangan kekasih masing-masing. Dan maulidur Rasul pula diadakan untuk menunjukkan kecintaan umat Islam kepada kekasih mereka yang agung, Rasulullah SAW. 

Tetapi saya tak berapa pasti pula berapa ramai anak-anak muda di luar sana yang tahu perjalanan hidup baginda SAW. Jangankan kata tahu, berapa ramai pula yang pernah menyentuh, apatah lagi membaca kitab-kitab sirah baginda..? Aduhai mak minah sayang oi. 

Sekiranya kita benar-benar cintakan baginda dan kita benar-benar mahu menghidupkan sunnah baginda, kita akan dapati hidup baginda dipenuhi dengan kecintaan yang abadi; cintanya pada Rabb yang Esa, cintanya pada para sahabatnya, cintanya pada para isterinya dan cintanya yang agung pada umatnya. Kiranya baginda ni Love Guru la juga..! Hohoho.. 

Islam itu agama cinta, penuh dengan kecintaan! [Kredit Gambar]

Malah kalau nak tahu tips-tips rumah tangga bahagia kekal abadi, tak perlu pun baca buku Lelaki Adalah Dari Planet Marikh dan Wanita Adalah Dari Planet Zuhrah itu. Tidak perlu. Rujuklah sirah Nabi SAW dan saya berani jamin yang anda akan ketemu seribu dalam satu tips-tips yang akan membuatkan rumah tangga anda tidak akan hilang serinya. Itu barulah betul-betul romantis..! Eh.

Dan punyalah sayangnya Nabi SAW terhadap umatnya, ketika di padang Mahsyar nanti, ketika semua orang sibuk dengan nafsi nafsi (diriku, diriku) baginda adalah satu-satunya manusia dan rasul yang memanggil ummati ummati (umatku, umatku) [Hadith Riwayat Bukhari]. Kecintaan baginda terhadap umatnya melebihi kecintaannya pada dirinya sendiri..! Nah, apa lagi yang kalian mao..? Eh tiba.  Dan banyak lagi hadith-hadith sahih yang lain yang menceritakan betapa cintanya baginda pada umatnya, yakni kitalah, siapa lagi!

Dan kita..? Bagaimana kita membalas cinta baginda..? Dengan menghantar mesej-mesej cinta di Mukabuku. Dengan menghabiskan puluhan, malah ratusan dan mungkin ribuan ringgit untuk membeli hadiah kepada intan payung jantung hati pisang. Dengan merelakan diri dirobek oleh lelaki-lelaki jahanam syaitonirojim. Dengan membuang anak merata-merata. Dengan bercumbuan berpelukan di tepi tasik padahal masjid hanya di nun di seberang jalan. La hawla wala quwwata illa billah..

Kalau benar kita cintakan Nabi SAW, hidupkanlah sunnah-sunnah baginda, dan bukannya sunnah Santos Valentino itu. Dan tiada sunnah Nabi SAW yang lebih besar melainkan dakwah ilallah, mengajak manusia kepada Allah. Bermula saat baginda menerima wahyunya yang pertama sehinggalah baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir, baginda tidak pernah berhenti berdakwah walau sesaat pon..! 

"Telah berlalu waktu tidurku.." 

Maka pada hari ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Kekasih! Bukan, bukan kepada kekasih saya dan bukannya kerana saya tiada kekasih. Tetapi ucapan Selamat Hari Kekasih saya ini khas buat Muhammad SAW..!

Ya Rasulullah, terimalah cintaku ini! Aku mahu mencintai dirimu melebihi diriku yang marhaen ini. Aku mendambakan cintamu yang hakiki! Semoga kita bertemu di taman-taman cintaNya yang abadi suatu hari nanti...!

Senyum.

-gabbana-

10 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 14/02/2011, 17:29  

satu perkongsian yang menarik!

bila muncul sesuatu penyakit dalam masyarakat, ramai yang cube merawat simptomnya. walhal punca penyakit itu yang perlu dikenal pasti.

ayuh mendidik masyarat agar tidak terus menjadi mangsa keadaan.

Selamat Hari Kekasih semua!

N 14/02/2011, 19:25  

esok adalah hari kekasih sebenar umat Islam :)

salam maulidur rasul

Mohammad Aiman 14/02/2011, 20:34  

Lelaki Adalah Dari Planet Marikh dan Wanita Adalah dari Planet Venus itu

tak nak translate lak VENUS? ^_^


btw, perkongsian yang menarik :)
ya.. ni sudah masuk maghrib,
dah masuk 12 rabiul awal :)

Inche gabbana 14/02/2011, 22:50  

enonimus: terima kasih. dan terima kasih ntok pandangan anda yg tidak kurang menariknya itu.. ;)

sebut ttg penyakit dan simptom, apa kata anda baca post ini?

http://angelwearsgucci.blogspot.com/2010/11/kudis.html

harap bermanfaat, biidznillah.. ^^

Inche gabbana 14/02/2011, 22:51  

N: tepat sekali tu N!

Moga 'si kekasih' juga menganggap kita sbg kekasihnya, iAllah..! ;)

Inche gabbana 14/02/2011, 22:51  

aiman: eh..? oh hahaha.. tak tahu pon venus ada dalam bahasa melayu. igtkan venus gak..! hehe..

mekaseh!

arissa myana 14/02/2011, 23:55  

"Ya Rasulullah, terimalah cintaku ini! Aku mahu mencintai dirimu melebihi diriku yang marhaen ini. Aku mendambakan cintamu yang hakiki! Semoga kita bertemu di taman-taman cintaNya yang abadi suatu hari nanti...!"

aminn ya rabb

nk pinjam quote ^^

Inche gabbana 15/02/2011, 12:47  

silakan..! sila tolong perbykkan saham sorga saya...! ;D

jazakillah khairan katheer..! ;)

Abdul Rahman Fauzi Al-Qari 13/02/2012, 19:21  

Yang lebih menarik adalah Hari Valentine pada tahun ini disambut sehari sebelum hari kelahiran kekasih umat Islam (mengikut kalendar Gregori), Muhammad ibn Abdullah SAW.

~bukan ke 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571?hari valentine 14 feb. lusa 15 feb.harini 20 rabiul awal ke??confused..

Inche gabbana 14/02/2012, 08:37  

Abdul rahman: hahaha.. Cuba tgk tarikh bila artikel ni ditulis. ;) kacang pis.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP