[Tee][Tee][Underscore][Underscore][Tee][Tee]
Kita selalu kedekut atau berkira bila mana nak keluarkan seringgit tiga pulosen untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukannya. Risau kalau tak cukup duit nak beli cokelat kat kedai runcit Aya Sammy seberang jalan. Lupakah kita yang rezeki itu Allah yang bagi..? Lupakah kita yang Allah tu bersifat ar-Razaq, Maha pemberi rezeki...??
Tapi bila nak keluar duit tengok wayang, karaoke, beli DVD cetak rompak atau game terbaru hangat meletop-letopzz di pasaran, tak kisah pulak kan..? Pelik pelik.
Sedekah itu mencambahkan hasanah, tahu..?? [Kredit Gambar] |
Kita selalu takde masa untuk diluangkan untuk Allah. Sama ada berusrah, atau buat dakwah, atau bangun malam bermunajat kepadaNya, atau membuka lembaran-lembaran kitab suciNya, bertadabur menghayati sms-sms yang dihantarNya. Risau kalau tak cukup masa nak studylah, nak siapakan assignmentlah, nak main futsallah, itulah inilah. Tapi lupakah kita yang masa itu adalaha makhlukNya..? Yang Dia berhak dan berkuasa memanjangkan atau memendekkan masa? Yang Dia mempunyai kuasa veto untuk memberikan keberkatan masa kepada sesiapa sahaja yang disukaiNya...??
Tapi bila nak habiskan masa berdating, berjam-jam marathon series entah hape-hape entah, main DOTA dan entah mak nenek apa lagi entah, tak kisah pulak kan..? Hairan binti ajaib.
Main game lima jam sanggup, solat sunat lima minit garu kepala sampai botak. Aduhai. [Kredit Gambar] |
Kita selalu pentingkan diri, tak kisah lah apa jadi kat orang lain, asalkan aku bahagia happily ever after. Sampaikan kita tergamak menganiaya orang lain semata-mata nak pastikan apa yang kita hajati tercapai. Tak kisahlah jiran sebelah rumah susah nak keluar masuk rumah, asalkan kereta aku ada tempat parking. Tak kisahlah mak cik ni mengandung ke, pak cik tu buta ke, asalkan aku dapat duduk dalam LRT ni aku nak tido hey! Tak kisahlah dia jahat berzina minum arak tak solat, asalkan aku baik cukuplah nanti kat akhirat Allah soal sorang-sorang bukan ramai-ramai. Eh. Aku, aku dan aku. Tapi lupakah kita yang Allah tu Maha Adil..? Yang Allah tidak akan membiarkan hamba-hambaNya, espeseli yang soleh dan taat kepadaNya menderita? Ya mungkin Allah tidak bayar cash di dunia ni. Tapi tuunngggguuuulah di akhirat nanti.
Tapi kan, bila kita yang dianiaya, kita dibuli dan ditinda, bukan main lagi kita mahu menuntut keadilan. Sanggup tu turun naik mahkamah sebab kononnya nak tegakkan keadilan. Bila dah kena kat batang hidung kita sendiri barulah nak jadi pejuang keadilan. Alahai. Manusia hai manusia.
Ada aku kisah..?? [Kredit Gambar] |
Kita selalu rasa yang kita ni teruk, banyak dosa dan noda. Eh memang betul pon. Tapi yang tak betulnya bila mana kita putus harapan, kita rasa Allah dah tak akan ampunkan kita. Kita yakin yang sudah tiada jalan keluar untuk kita yang marhaen, keji dan hina ni. Eh tapi bagaimana kita boleh lupa yang Allah tu bersifat ar-Rahman ar-Rahim? Maha Pengasih dan Maha Penyayang? Yang kita dok baca hari-hari sebagai pembuka surah tu..? Maha Penerima Taubat lagi. Allah berfirman dalan sebuah hadith qudsi, kalau kita datang kepadaNya berjalan, Dia akan berlari kepada kita..! Walaweh.
Tapi masalahnya, dalam tempat pertama, ada ke rasa hina dina tu..? Ke rasa syok dan best bergelumang dalam dosa dan noda..? Astaghfirullahal adzim. Manusia memang terlalu amat pelik.
Bila kita ingat pada Allah, Allah laaaggiiilah ingat pada kita. Tak percaya? Belum cuba belum tahu, tahu..?? ;) [Kredit Gambar] |
Kita selalu takutkan manusia bila mana kita nak buat sesuatu yang kita rasa salah. Kiranya benda-benda maksiat lah. Takut dan malu besar kalau manusia mengkantoikan kita. Takut betullah! Pandang kiri, pandang kanan, lap peluh di dahi, bila kita rasa line dah clear barulah kita dengan yakinnya melaksanakan perbuatan terkutuk tersebut. Eh. Lupakah kita yang Allah tu Maha Melihat? Maha Mendengar? Kalau terkantoi dengan manusia pon, apa je yang manusia tu boleh buat pada kita? Paling-paling terer pon, adalah kita rasa malu seminggu. Tapi terkantoi dengan Allah..?? Dengan malaikat Raqib dan 'Atid lagi..??
Tapi kan, yang lagilah misteri nusantaranya, bila mana kita melakukan ibadah yang kononnya untuk Allah tu, kita beriya-iya pulak harapkan manusia di sekeliling menontonnya. Lagi syok kalau mereka puji kebaikan dan kesolehan kita. Tak gitu..? Nau'dzubillah...
Al-Bashir: Sifat Allah yang Maha Melihat. Ha, buat apa tu..?? [Kredit Gambar] |
Ha, yang ni memang zaaasss tahap Mahadewa Kaiou. Khas untuk mereka yang menggelarkan diri mereka du'at, yang terasa diri mereka buat dakwah, menyeru manusia kepada Allah. Kita ni selalu je rasa kita lagi bagus dari orang lain kan..? Kononnya, bila kita dah buat dakwah ni, penghayatan kita terhadap Islam tu up sket daripada orang lain kan..? Orang lain tak bagus, kitalah yang paling bagus. Orang lain tak betul, kitalah yang paling betul..! Ya Allah... Nak lagi best, kita sibuk berdakwah sana, berdakwah sini, tengok-tengok kita lupa berdakwah pada diri sendiri. Tarbiyyah diri kita lupakan. Kita abaikan. Kita rasa takpelah, yang penting kita dah dakwah pada orang lain, setel..! Eh bukan ke Nabi SAW dulu setiap malam bangun bermunajat, mengadu dan mendamba kasih kepadaNya..?
Eh.. Betul ke kita berdakwah ni..? Dakwah ke dakyah..? Pelik tahap gaban.
[Tee][Tee][Underscore][Underscore][Tee][Tee]
TT__TT
I'm proud to be a Muslim! The thing is, am I muslim enough..? TT__TT [Kredit Gambar] |
Allahu a'lam..
-gabbana-
Bersyukur kerana sehingga hari ini, Allah masih memilih diri yang amat hina ini untuk memikul panji-panjiNya. Tapi hari inilah. Esok siapa tahu..? TTT___TTT
14 Caci Maki Puji Muji:
ada beberapa perkara yg daie selalu lupa...or mungkin tak ambil kisah.. pergaulan dgn masyarakat. kadang2 kita ni tak belajar "skill" nak masuk dlm masyarakat..memahami masyarakat... tapi bukan bermaksud nak suh kita tamayuk...
mcm en gabana ckp la...kdg2 kita rasa kita as a daie ni dah cukup baik dr org lain or mungkin juga terlalu selesa dgn keadaan kita n hanya mahu berada bersama kita-kita.
n yg paling sedih juga kdg2 kite sendiri tak berakhlak islam dgn "org lain.".. wallahu 'alam.
ter-reflect diri sendiri.
jzkk atas perkongsian ini...
Assalamualaikum Inche Gabbana :)
Dah lama follow blog inche Gabbana
Tergerak hati nak tinggalkan komen
Moga Allah kuatkan hati dan teguhkan iman untuk terus berdakwah
amin.
enonimus I: setuju setuju. mcm mana kita nak tarbiyyah dan didik masyarakat kalau masyarakat tak boleh nak terima kita kan..? o___O
sgt menarik pandangan anda! jzkk! ;)
enonimus II: jzkk. selalu2lah tinggalkan komen pas ni ye..? Hihihi..
sgt berguna ntok saya muhasabah dan improve mana yg patut. ;)
em..manusia mmg selalu sng lalai n kadang2 susahnya nak capai tahap ikhlas tu.mmg niat mula2 da baik tp kadang2 kat tgh jln bila sumthng happen then mula la dok salah kan itu ini..
kadang2 mula2 rasa da ikhlas tp bila ada yg dok puji mula nak rasa 'terangkat'..bila ada yg mengata mula nak mengungkit.. rasa malu kat diri sndiri tp da jd baru nk menyesal.huhu
btw.peringatan yg bgs en gabbana.jzkk
"entah mak nenek apa lagi entah"
"Hairan binti ajaib."
naper bukan "tok nenek..." or "hairan bin ajaib?"
sajer nak komen. maybe ter'feminist' sket bila baca...
itachi: TT__TT terima kasih juga ntok peringatan anda. sgt zaaaasss dan manusuk kalbu...
jzkk!
enonimus: hahaha.. tak pernah lagi jumpa komen mcm anda punya ni...!
kan dah selalu sgt org sebut hairan bin ajaib. bagi la dia rasa jadi anak perempuan pulak..! heehe..
ok lain kali saya guna tok nenek pula. tak pon baak datok..! hihihi.. ;)
en gabbana, rupa blog yg baru eh?dulu xde that 'minimalis' n energy save mode
itachi: anda mesti dah laaaaammmmaaaa tak ziarah belog ni kan..? ^__^"
bagaimana..? bergaya bukan..?? hihihi..
agak lama la.klo x slp pasal kisah t'tinggal2 wallet..
yg energy safe mode mmg b'gaya.
tp yg minimalis tu..xtaw b'gaya tang mana.hoho
uish lamanya... haha.. minimalis bergaya ok..?? simple tapi semat..@ bergaya la tu..! ;D
oo..got the point.minimalis=simple.ok2.i like it..mmg b'gaya :D
itachi: en..? hehehe.. ;)
Post a Comment