26 November 2009

Aaaahhh..! Im such a freak...!!


For those who have seen it on my FB's status, I'm sorry you have to bear this again.

Saya seorang yang freak-kah..? Mari kita kaji.

Saya tidak boleh melihat kekotoran sedikit pun. Saya akan jadi susah hati dan tidak keruan. Contohnya, apabila habuk-habuk roti memenuhi pangkin marmar di dapur saya, saya akan mula membebel sorang-sorang. Saya juga tidak boleh melihat pinggan mangkuk bertimbun di dapur. Lantai yang kotor dan berhabuk juga sering menjadi mangsa kemerepekan saya.

Jadi, adakah saya seorang yang freak...?

Saya juga tidak boleh melihat tandas a.k.a. jamban a.k.a. bilik air kotor. Walau ada sehelai rambut yang berada di tempat yang tidak sepatutnya, saya akan mengutip rambut tersebut dan membuangnya. Sekali sekala saya akan memberus dan menyental tab mandi yang mula berdaki. Saya akan mengelap tempat-tempat yang mula menunjukkan tanda kekotoran dengan tisu basah jenama Dettol.

Sekali lagi, adakah saya seorang yang freak..? Mari kita lihat lagi.

Saya basuh baju 2-3 kali seminggu. Pakai sekejap je dah rasa kotor. Bilik saya akan divakum sekurang-kurangnya sekali seminggu. Susunan di dalam bilik akan dipastikan sentiasa teratur dan mengikut susunan tertentu. Sebelum ke kelas, katil akan dikemaskan dan saya akan menoleh 2-3 kali lagi bagi memastikan bilik ditinggalkan dalam keadaan yang betul-betul memuaskan hati.

So, have you got your verdict now..? Do you think I'm a freak...?

Wait, every argument mesti ada counter-argument kan....? So sabar dahulu, jangan buat keputusan lagi. Mari kita lihat counter-argument saya dulu.

Walau pun saya pantang melihat ketidakkemasan dan kekotoran, tidak bermakna saya akan terus mengambil tindakan. Sering juga saya malas dan tidak mengambil peduli pinggan mangkuk yang bertaburan di dapur. Atau tidak juga mengvakum lantai yang kotor. Atau sering juga bilik saya tidak kurang hebatnya dengan bilik seorang bujang senang (Ok... Maybe not..!!). Atau kadang-kadang, saya tidak berdaya untuk mengutip setiap helai rambut yang ada di tandas a.k.a. jamban a.k.a. bilik air.

Saya penat.

So macam mana...? Anda sudah ada jawapan...?

Atau.... Adakah saya seorang yang OCD sebenarnya...?? -__-'

-gabbana-

p/s: Bila la nak mula baca Superfreakonomics ni...

24 November 2009

Jom kita istighfar!

Salaam anda semua,

Mengikut riwayat yang sahih, Rasulullah SAW beristighfar 70x dalam sehari! Saya ulang, TUJUH PULUH KALI dalam sehari. Sedangkan baginda adalah seorang yang maksum; diampunkan segala dosanya, past, present and future.

Kita...?

Uhmm..... Setakat 3x selepas solat fardhu, baru 15x sehari!

Ok, jom kita fikir. Saya ambil contoh aktiviti seharian saya. Berjalan ke masjid untuk solat jemaah, pergi balik paling cepat sepuluh minit. Andailah kata, satu istighfar lengkap (Astaghfirullah...wa a-tu bu-ilaih) mengambil masa 5 saat setiap satu (mengikut kiraan sendiri yang agak cepat). Dalam masa 5 minit..? Ok la, nak pakai kasut, nak tutup pintu, nak bukak kasut balik bila dah sampai masjid... Jadikan 3 minit la. Dalam 3 minit ada 180 saat. Maknanya, dalam perjalanan nak ke masjid tu, dah boleh beristighfar sebanyak kurang lebih 36x! Pergi balik = 72x! Subhanallah...

Kalau diamalkan untuk setiap solat fardhu, Insha-Allah dah dapat 360x istighfar! Wow...!!

Tu baru pergi masjid. Belum duduk dalam tube nak pergi kelas lagi! Misal lah kata ada 10 minit free duduk dalam tube tak buat ape, dalam perjalanan pergi ke universiti. Kalau pergi balik dah digunakan semata-mata untuk beristighfar, dah boleh dapat 240x istighfar! Best kan...?? Campur dengan yang istighfar pergi balik masjid tadi, dah jadi 600x...! Subhanallah... Susah ke...?

Tapi, bukanlah maknanya saya nak kata, kena istighfar sahaja sepanjang masa tak buat benda lain. Kalau ada benda lain yang berfaedah dah boleh mendatangkan pahala, silalah sila, jangan malu-malu. Cuma... Kebanyakan masa kita digunakan untuk buat benda-benda tak senonoh, yang banyak mendatangkan dosa! Betul tak...??

So jom kita istighfar sama-sama! Jom kita hapuskan dosa-dosa kecil kita yang menggelapkan hati ni! Jom kita buang semua dosa-dosa kita yang dah bertimbun ni..!

"Astaghfirullahal adzim. Alladzi la-ila ha-illa, hu-wal hayyul qayyum wa a-tu bu-ilaih..."

"Aku memohom ampun kepada Allah yang tidak ada Tuhan selain Dia, yang hidup dan selalu jaga; dan aku bertaubat kepadaMu."

Senang je kan...? =)

Jom jom jom kita istighfar!

-gabbana-

22 November 2009

Addicted

Salaam peeps,

Just wanna share this super-addictive video. Well, at least for me and Khalil. And I blame him for dragging me along.

I am officially addicted. Enjoy!




-gabbana-


20 November 2009

Ke mana kita nak pergi...??

Kubur...??

Hehehe.. definitely. But is that our final destinantion...? Naaahhhh... We are Muslims right...? So sewajarnya (or sewajibnya might fit the whole picture more conveniently..) kita mempunyai hala tuju yang lebih terarah.

Let see...

Kalau tanya semua orang, as in our Muslim friends and family, I bet diorang akan cakap mestilah nak masuk sorga. Sapa yang nak masuk neraka...?? Gile... Hehehe.. Betul tak...?? Sejahat-jahat Abang Long anda yang pernah cukur bulu si Tompok sampai botak tu pun, atau Mak Lang belah abah anda yang kerjanya mengumpat, bergossip, mengumpat kembali dan mencaci jiran sekampung, atau si Ahmad Algojo kawan baik anda yang hobinya merempit dan dan mengacau anak dara orang itu pun, pasti mereka mahu masuk sorga. Ye tak...?

Masalahnya, ada mentaliti berbahaya di kalangan masyarakat kita yang takpe masuk neraka dulu, nanti masuklah sorga akhirnya...!! Nau'dzubillah min dzalik... *geleng kepala* Betul kan...? Don't accuse others, don't point fingers... Ask yourself first. pernah ada tak mentaliti sebegitu..? Saya sendiri mengaku dengan penuh tulus dan ikhlas *koffkoff* yang saya pernah ada mentaliti sebegitu sewaktu ketika dahulu.

Tapi Alhamdulillah, setelah mengenali Islam dengan lebih mendalam, setelah mengenali tarbiyyah dan keindahan ukhuwwah, wuish, tak pernah terlintas langsung nak masuk neraka...!! Anda gile kah meminta sesuatu yang pasti dan wajib anda akan sesali di hari kemudian...??

"(Ingatlah) pada hari (ketika) kami bertanya kepada Jahannam, 'Apakah kamu sudah penuh?' Ia menjawab, 'Masih adakah tambahan?'"
Surah Qaf, 50:30

Tak ke dahsyat neraka tu...? Apabila ditanya dah penuh ke belum, boleh pulak neraka jawab balik, ada lagi ke nak masuk...? As in, dia imply, "Ramai lagi ke..? Meh la meh la, banyak lagi ruang ni!"

Astagfirullah...... Tak ke berdegup hati, bergoncang jiwa dan tersentap akal fikiran bila difikirkan sedemikian rupa...?

"Dan (alangkah ngerinya) jika sekiranya kamu melihat orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan TuhanNya, (mereka berkata) 'Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), nescaya kami akan mengerjakan kebajikan. Sungguh, kami adalah orang-orang yang yakin.'"
Surah as-Sajdah, 32:12

Subhanallah...

Nak ke kita jadi macam diorang tu..?? Yang dah bila nampak neraka, bila dah diseksa, bila dah dimalukan di hadapan bilionan manusia, baru nak menyesal, merayu mohon keampunan...? Minta kembalikan ke dunia sebab dah lihat seksaan Allah!! Sebab tu lah mereka jadi yakin! Tapi nak ke Allah kembalikan mereka ke dunia..? Dunia mana lagi nak pergi abang oii... Dunia dah kiamat dah time tu..! Jadi penghuni tetap neraka la jawabnya.. Wal i'ya dzubillah.

Ok, saya tak nak lah draw a bleak picture in this post. That's not what I meant when I first wrote this post. Just nak spark this mind-set, ke mana kita nak pergi sebenarnya.. Kita dah setkan kompas kita ke belum..? Dan kompas kita menghala ke mana sebenarnya...?? Ke sorga untuk bertemu Allah Tuhan dan Pencipta kita, dan menjadi penduduk tetap di Taman Firdausi berjirankan Nabi kekasih kita dan para sahabat, berpasarkan buah-buahan syurga yang tidak terbayang oleh fikiran keenakan dan kemanisannya, berbumbungkan langit luas menghijau, membiru yang semuanya adalah milik kita, beralaskan permata, namrud, berlian, emas dan pelbagai lagi batuan yang indah-indah belaka, berairkan sungai-sungai jernih, harum airnya, enak rasanya...

Atau kompas kita sebenarnya masih bengong..? Tidak ada hala tujuan yang tetap dan lurus..? Yang jarumnya masih tidak dapat menghala ke arah yang satu..? Akhirnya kompas sebegini membawa kita ke mana...? Sesat.

Dan betulkah seorang Muslim itu pasti masuk Sorga..? Betul. Tapi Muslim yang macam mana...??

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu."
Surah al-Baqarah, 2:208

Ha.... Bukan sebarangan Muslim rupa-rupanya. Tapi Muslim dalam erti kata sebenar. One of my favourite analogies in illustrating this is Muslim 'Bolt-On.' Anyone of you are using O2..? Tau tak pasal 'Bolt-On.'..? Ala, yang boleh pilih deal tu; nak free land-line to land-line ke, free O2 calls ke, free text messages ke. Tau tak ni...??

Ha, Islam is not like that. A Muslim can't choose which part of Islam he wants to practise and embrace. Contohnya, Syed Abu Karim al-Tawfiqi (bukan nama sebenar) tak boleh la nak solat dan bayar zakat je, tapi kerja dakwah dan puasa tak nak buat. Atau pun, Siti Nurjameah Kalsom (juga bukan nama sebenar) mahu berzina dan minum arak, tapi pada masa yang sama dia juga solat dan pergi menunaikan haji.

Aih, contoh macam tipikal gile kan...? Islam is not just about solat, puasa, zakat, haji, dakwah and etc. I know. It is so much more than just that. Tapi nak bagi contoh yang mudah dan senang untuk difahami dan ditanggapi oleh akal kita semua, Insha-Allah.

Tapi tu la pointnye; kita ni claim ourselves to be a Muslim, but how far do we really walk our talk..? Dalam ayat di atas, Allah menyeru, menyuruh orang-orang beriman untuk memegang, memeluk dan masuk Islam tu secara total. Secara holistik. Secara keseluruhannya! Maksudnya, takde satu unsur dalam Islam pun yang kita tinggalkan. Kalau tak ape jadi ye...? Ha, ayat di atas cakap, kalau tak masuk Islam secara keseluruhannya, maka kita secara automatiknya telah pun mengikut jejak langkah Syaitan. Pada hal dia adalh musuh yang nyata bagi kita.. Astaghfirullah.

Ye la. logiknya la kan. Kalau kita tak masuk dalam Islam secara keseluruhannya, buat juga apa yang orang Kafir buat, buat juga apa yang orang-orang Munafiq buat, so apa beza kita dengan diorang..?? Memang patutlah Allah tak bagi jalan tengah, hanya ada dua pilihan sahaja; sama ada pegang Islam betul-betul atau silalah jadi konco kaum kerabat Syaitan.

Hopefully takde di kalangan kita yang menanggapi ayat ini hanya untuk orang-orang beriman sahaja. As in, "Alah.. Aku nak risau ape. Ayat ni bukan tuju kat aku. Dia tuju kat orang-orang beriman je..." La hawla wala quwwata illa billah. Kalau kita ada terdetik sedikit pun pemikiran sebegini, saya nasihatkan, istighfar banyak-banyak, dan muhasabah diri kita. Kalau kita tak terasa ayat ni ditujukan kat kita, maka kita mengaku yang kita bukan orang beriman (T_T) dan secara automatiknya, kita telah pun menempah tiket percuma kelas pertama ke neraka. Naudzubillahi min dzalik...

So yes, we go back to our central concern; where do we wanna go eventually...? If we have a very strong conviction that Sorga is our final destination, then all other worldly matters shouldn't be our greatest concern. Tak melekat di hati. Sebab kita tau, kita nak pulang ke kampung halaman kita, tempat asal kita dengan bekalan yang mencukupi. Dan bekalan ini bukannya segulung ijazah, bukannya sebuah rumah banglo lengkap dengan kolam renang berbentuk kacang, bukannya duit berkepuk-kepuk yang disimpan di bawah bantal.

Sila fikirkan.

Allahu a'lam.

-gabbana-

13 November 2009

Bukan kemiskinan yang aku khuatirkan akan menimpa kalian!

Dari Amr bin 'Auf al-Ansori r.a. bahawasanya Rasulullah SAW mengutus Abu Ubaidah al-Jarrah r.a. ke Bahrain untuk mengambil jizyah dari penduduknya. Rasulullah SAW telah menerima permintaan damai dari penduduk Bahrain dan baginda mengangkat al-Ala' bin al-Hadhrami untuk menjadi 'amir di sana.

Ketika Abu Ubaidah datang dari Bahrain dengan membawa harta jizyah itu, para sahabat kaum Ansor mendengar kedatangan Abu Ubaidah ini. Maka mereka pun berkumpul untuk menghadiri solat Subuh bersama Rasulullah SAW. Ketika setelah selesai solat, Rasulullah SAW langsung keluar. Namun mereka berusaha merintangi baginda SAW. Ketika melihat mereka, Rasulullah SAW tersenyum kemudian berkata, "Saya mengira kalian telah mendengar kedatangan Abu Ubaidah membawa sesuatu dari Bahrain?"

Mereka berkata, "Benar wahai Rasulullah."

Rasulullah SAW bersabda, "Kalau begitu, bergembiralah dan berharapleh memperoleh sesuatu yang melapangkan diri kalian. Demi Allah, bukan kemiskinan yang aku khuatirkan akan menimpa diri kalian. Akan tetapi, aku khuatir jika dunia ini dibentangkan untuk kalian sebagaimana ia dibentangkan untuk orang-orang sebelum kalian sehingga kalian berlumba sebagaimana mereka berlumba, dan akhirnya kalian hancur sebagaimana mereka hancur."

Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

-Dipetik dari Dakwah.info.

Buat apa nak terhegeh-hegeh mengumpul kekayaan..? Bukan boleh bawak masuk kubur pun. Ye saya, memang kita dituntut mencari harta, tetapi bukan sampai itu tujuan kita. Harta dan kekayaan hanya sebagai alat untuk mendapat anak kunci untuk bukak pintu syurga nanti. Jangan biarkan kehalobaan dan ketamakan kita dalam mengejar kekayaan mengakibatkan kita dengan percumanya mendapat tiket kelas pertama ke neraka... Wal i'ya dzubillah.

Berapa kali dalam al-Quran Allah sebut pasal Kaum 'Ad, Kaum Tsamud, Kaum Nabi Lut, Kaum Nabi Nuh, Firaun, Kaum Madyan dan lain-lain lagi yang ingkar dan derhaka kepada rasul dan Tuhan-Nya..??? Berapa kali...? Banyak woo... Takkan Allah ulang dan ulang dan ulang benda yang sama untuk suka-suka je...? Mustahil. Semua kaum-kaum ni hebat-hebat belaka. Malah dalam al-Quran cakap, kehebatan mereka melangkaui kehebatan teknologi yang ada pada kita sekarang ni. Mereka kaya. Mereka hebat. Tapi akhirnya ke mana mereka kembali..? Hancur luluh, kembali kepada tanah dalam keadaan yang jijik dan hina. Sebab apa eh...? Haaa... Sebab apa lagi, sebab mereka jahil akan tujuan hidup mereka. Mereka jadikan benda lain sebagai objektif hidup. Antaranya, perlumbaan tahunan siapa yang lebih kaya dan berkuasa. Tapi kasihan... Mereka lupa yang Allah LAGI Kaya dan Berkuasa.

"Those who forget history are condemned to repeat it."
- Inche George Santayana

Allahu A'lam.

-gabbana-

p/s: Makan roti kaya lagi best...! ;)

11 November 2009

Sakit Gigi.. Revisited

Salaam a'laikum warah matullah.

Menemui pembaca budiman sekalian,

Saya tahu saya tahu (Penggunaan kata ganti nama diri 'saya' akan diamalkan dengan lebih kerap, akibat pengaruh seseorang). Sudah AMAT lama saya tidak mengupdate blog ini. Sampai blog kesayangan ramai (*koffkoff*) ini sudah bersawang, penuh dengan anai-anai dan serangga perosak. Tunggu masa sahaja untuk roboh, ha
ncur dan berkecai. Jadi sebelum semua itu terjadi, saya mengambil keputusan untuk mengupdate jua blog ini, dengan harapan blog ini akan terus bertahan bersama arus zaman...


Anyways, saya terfikir, jika saya mahu menulis setiap peristiwa menarik atau pengalaman peribadi yang tidak boleh dilupakan satu-persatu dalam post kali ini, nescaya saya akan berputus asa lantas blog ini akan bersawang kembali. Oleh sebab itu, saya tidak akan berbuat demikian. Marilah kita mulakan hidup yang baru...! (macam kurang relevan... -.-')

Kamu ingatkah post saya yang terdahulu berkaitan gigi geraham bongsu yang terchenta..? Baiklah, tanpa diduga-duga, adik kecil kepada beliau telah mengambil keputusan untuk melihat-lihat bumi yang fana ini. Cenonet sahaja, tapi hazabnya...... Hanya Allah yang tahu. Pada mulanya saya berlapang dada dan bersangka b
aik yang si adik kecil kepada Inche Geraham Bongsu tidak akan mengapa-apakan saya dan ahli keluarga gusi dan gigi yang lain. Malangnya... Sangkaan saya jauh meleset. Puan Gusi telah mengalami stress yang teramat sehinggakan sangat sukar Tuan Gigi dan ahli keluarganya yang lain untuk menjalankan tugas mereka.

Haih...

Kadangkala si Adik Kecil Geraham Bongsu berlari-lari dan melompat-lompat dan berkejar-kejaran sehinggakan Inche Mata hampir sahaja mengeluarkan air-air rembesannya. Sakitnya... Nak tidur pun terseksa...!


Saya telah pun mengambil ubat pembunuh kesakitan, di samping memnyapu-nyapu gel keluaran Syarikat Boots Sendirian Berhad. Dan juga berkumur dengan air bancuhan garam. Tetapi setakat ini, tiada perubahan ketara pada tekanan yang dialami oleh Puan Gusi. Kasihan dia...

Saya pernah terdengar, sakit gigi ni, sakitnya kedua selepas sakit nak bersalin...!! *peluh besar* Betulkah para pembaca budiman...?





Kasihan juga Encik Perut. Sudah dua kali berturut-turut menjamah nasi air. Khuatir Encik Perut menjadi bosan nanti..! Tapi mungkin ini antara hikmah Adik Kecil Geraham Bongsu mengambil keputusan untuk bersiar-siar dan menikmati pemandangan bumi yang fana ini. Mungkin Inche Perut sudah terlalu kotor dan dipenuhi dengan najis dan sampah! Lantas dek kerana kasihankan Inche Perut, mungkin Puan Gusi sebenarnya yang memberi galakan kepada si Adik Kecil Geraham Bongsu untuk pergi menjelajah dunia baru; supaya Inche Perut dapat membersihkan dirinya.

Mungkin.

Atau mungkinkah Adik Kecil Geraham Bongsu sebenarnya kasihan dan simpati kepada Raja Hati, yang sudah hitam legam, penuh dengan noda dan dosa..? Lantas membuat keputusan untuk keluar menerjah bumi yang fana, supaya kesakitan dan penderitaan yang dialami akan membuatkan Raja Hati cepat sedar dan insaf, tuntas mengingat Tuhan yang Esa..? Kafarah dosa katanya.

Mungkin juga.

Apa-apa pun, saya tetap bersyukur kerana kesakitan yang begini banyak memberi pengajaran sebenarnya. Yes, menjadikan saya lebih bersyukur dan insaf akan kehebatan Allah Yang Maha Kuasa. Alhamdulillah... Juga mengingatkan diri tentang azab Allah di akhirat kelak; sakit gigi yang tak seberapa ni pun dah cukup terseksa, bayangkan seksaan di neraka Jahannam nanti....... Naudzubillahi min dzalik...

Allahu a'lam.

-gabbana-

p/s: Mungkin juga antara hikmah sakit gigi ini, saya akhirnya 'dipaksa' untuk mengupdate blog ini! ;)


11 September 2009

Bestnya Allah..!!! ;)

Salaam a'laikum warah matullah.

Tetiba rasa teringin pulak nak tulis post nih.

Allah best la...! Best sangat...!!! Kenapa eh...??

Sebab Dia Maha Pengampun...!! Kalau ada perkataan yang boleh describe ke'parabola'an sifat Allah yang melebihi Maha, mesti aku dah guna perkataan tu...!!

Especially time Ramadhan nih..! Kita tahu kan, yang di bulan Ramadhan ni, sekiranya puasa kita ikhlas kerana mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah semata-mata, segala dosa-dosa kita akan diampunkan, seolah-olah kita seperti baby tembam gebu-gebu yang baru lahir...??? Subhanallah..!! Tak best ke tu...?!?

Tak cukup best lagi...?? Ha, bila kita kata Allah tu Maha Pengampun dan Maha Penyayang, dan kita kata Allah ampunkan segala dosa-dosa kita, Allah literally ampunkan SEGALA dosa-dosa kita...! Tak kiralah banyak mana pun dosa kita; seguni beras ke, segunung Everest ke, selaut Laut Cina Selatan ke... Allah akan ampunkan...!! Bukan 23.511%, bukan separuh, bukan 1/3, bukan...!! Tapi setiap satu dosa yang kita lakukan..!!

Macam mana nak emphasize eh...? Macam mana nak bagi tembus dalam hati tu, yang Allah benar-benar akan ampunkan SEGALA MALA dosa kita...???

Tapi kan, sejauh mana kita hayati sifat Allah yang Maha Pengampun nih...? Especially untuk kita orang Muslim dan Mukmin Insha-Allah, sifat Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang...?? Lagi-lagi la time Ramadhan penuh keberkatan nih!! Lagi-lagi lagi-lagi la time 10 Ramadhan yang terakhir nih...!!! Lagi-lagi lagi-lagi lagi-lagi la kita tak tau dan tak boleh nak assure yang ni bukan Ramadhan kita yang terakhir....!!!!!

Masha-Allah. La hawla quwwata illa billah...

Pernah dengar tak sepotong hadith sahih yang bunyinya lebih kurang begini; "Kalau kita berjalan kepada Allah, Allah akan berlari kepada kita"...? Woah... Apa maksudnya eh...? Macam mana pulak dengan maksud hadith nih, yang bunyinya lebih kurang; "Kalau kita mengingati Allah dalam keadaan berseorangan, Allah pasti akan mengingati kita. Tapi kalau kita mengingati Allah dalam keadaan beramai-ramai, Allah pasti akan lebih ingat kepada kita..!!" Huish.... Sayangnya Allah kepada kita kan...?? Pada hal, bila sangatlah yang kita ingat kepada Allah... Kita lebih suka ingat kat malam ni nak moreh apa, esok nak berbuka kat mana, langsir bila nak tukar, kasut baru bila nak beli.. Pada hal, Allah tunggu je la, sentiasa menantikan hambaNya yang tak tahu malu nih, yang tak mengenang budi nih, untuk spend some time mengingatiNya... Astaghfirullah...

Tak ke best Allah tu..??

Ramadhan tinggal lagi 10 hari. Dan dalam 1 hari ni, ada satu malam yang Allah telah allocate khas untuk orang yang tawaddhu', bersungguh-sungguh dalam mengabdikan diri kepadaNya. Malam ni special sangat. Ibadah yang ikhlas pada malam tu, akan dibalas dengan ganjaran seolah-olah kita beribadah seribu bulan lamanya...! Kurang lebih 83 tahun.. Cuba fikir. Jangka hayat seorang Muslim, bak kata Nabi SAW, 60++ tahun je. Dan yang lebih-lebih tu, kira rezeki ah. So, kalau kita beribadah seumur hidup pun, belum tentu dapat pahala solid 83 tahun macam kita beribadah pada satu malam yang special ni. Tak ke rugi (nak cakap bodo macam kasar sangat..) kalau kita tak cuba nak rebut malam yang super duper special nih..??

Cuba fikir lagi. Kalau ada sale Raya kain langsir, sofa kerusi, TV Video, baju raya dan lain-lain lagi, sale up to 70%, mesti kita tak nak lepaskan peluang ni kan...? Mesti kita sanggup drive jauh-jauh, buang masa berjam-jam, angkut anak bini semata-mata tak nak miss sale besar-besaran tu kan...?? Ha... Tawaran yang Allah bagi pada bulan Ramadhan ni lagi best dan masyuk dari sale-sale Raya yang ntah pape tu! Bukan setakat 70%, bukan setakat 100% pun.. Ntah berapa percent ntah...! Ada la 1587% agaknya...









Tak paham-paham lagi ke cik bang cik kak oi...???

Allah tu BEST! Dan sangatlah TAK BEST kalau kita tak gunakan sepenuhnya keBESTan Allah tu...!!!

BESTNYE ALLAH...!!! THANK YOU ALLAH!!! AMPUNKAN AKU YA ALLAH!!! AKU HAMBAMU YANG TIDAK BERSYUKUR YA ALLAH!!! KAU BEST YA ALLAH, DAN AKU TIDAK TAHU UNTUK MENGHARGAI KEBESTANMU YA ALLAH! AMPUNKAN HAMBAMU YANG HINA INI YA ALLAH...!!!

Jom kita buru Lailatul Qadr jom...!!!

Jom kita appreciate Allah yang BEST jom..!!!

Jom kita jadi hamba yang bersyukur jom...!!!

-gabbana-

31 August 2009

1Mamak

Artikel ini ditulis khas sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 52. Sudah lebih separuh abad kita merdeka daripada penjajahan fizikal, namun adakah kita benar-benar merdeka...? Sudah hampir separuh abad kita bebas daripada penjajahan kuasa tentera, tetapi mengapa kita masih jauh daripada mencapai status negara maju? Fikir-fikirkan! Selamat Hari Kebangsaan diucapkan kepada semua!

***********************************************
**************************************************************

Tatkala Dato' Sri Najib dan ahli jemaah Menterinya sibuk dengan konsep '1Malaysia' yang kononnya cukup ideal dalam mewakili rakya
t Malaysia yang majmuk dan berbilang kaum, tidak ramai yang sedar bahawa konsep ini sebenarnya sudah lama diaplikasikan dan dipraktikkan secara diam-diam ubi berisi sejak dahulu lagi.

1Mamak - Itulah nama konsep yang telah lama bertapak di bumi Malaysia ini. Adalah dipercayai, konsep murni dan cukup bestari ini telah dimulakan
oleh Haji Mydin Lingampuri di Pulau Pinang seawal penjajahan British oleh Francis Light sekitar kurun ke-18. Namun konsep ini menjadi lebih popular di kalangan rakyat Tanah Melayu ketika itu apabila Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan daripada pihak penjajah pada tahun 1957. Konsep ini mula mendapat perhatian Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, apabila melihatkan kepada signifikannya pengaruh yang dimiliki oleh kaum India Muslim ketika itu.

Ceritanya bermula apabila Tunku membuat lawatan muhibah ke utara tanah air. Adalah ditakdirkan oleh Allah SWT, di tengah-tengah p
erjalanan Tunku berasa lapar yang teramat lantas mengambil keputusan untuk berhenti di mana-mana kedai makan yang terlintas olehnya. Kedai makan pertama yang terlihat oleh matanya adalah Nasi Kandar Lampu Minyak Tanah di Seberang Perai Utara. Tanpa membuang masa, Tunku terus menerjah keluar daripada keretanya dan secara spontan dan penuh keyakinan, memesan nasi kandar ketam goreng kari udang, kuah bubuh semua. Sewaktu menunggu pesanannya tiba dengan penuh ketidaksabaran dek perutnya yang sudah mengeluarkan segala jenis muzika yang boleh difikirkan ketika itu, Tunku melihat dan memerhati keadaan sekeliling dan berasa cukup kagum dan teruja dengan apa yang didapatinya.

Tunku melihat pelbagai bangsa, daripada segenap lapi
san masyarakat, hatta komunis Cina yang diperanginya (Tunku selepas selesai sahaja menjamu selera, segera mengarahkan pihak polis menangkap mereka di bawah akta ISA, tanpa mempedulikan air teh o' limau nipis yang dipesan mereka masih belum kunjung tiba...) juga turut menikmati juadah di Kedai Nasi Kandar Lampu Minyak Tanah itu. Tunku berasa cukup gembira melihat tiada penghalang bahasa mahu pun budaya apabila seseorang itu makan di kedai mamak. Semuanya menggunakan kaedah PPSMI (Percakapan dan Pesanan dalam bahasa Melayu-India) iaitu Lingua-Franca di semua kedai-kedai makan India Muslim ketika itu. Semua orang boleh duduk mesra, bergelak tawa dan berbincang tentang apa jua topik dan isu tanpa mengira agama, kulit mahu pun kembang-mancungnya hidung seseorang itu.


Setelah pulang daripada lawatan muhibahnya, Tunku dan ahli-ahli kabinetnya merangka suatu draf resolusi perpaduan bangsa, berdasarkan pengalamannya di Kedai Nasi Kandar Lampu Minyak Tanah. Maka terhasillah konsep '1M
amak,' hasil kajian terperinci dan teliti oleh Tunku dan rakan-rakan sekabinetnya. Namun, belum sempat konsep ini dipopularkan di seluruh negara, dengan motonya, "Roti canai didahulukan, Teh Tarik diutamakan," tragedi 13 Mei meletus tanpa disangka-sangka. Hatta pertandingan lagu '1Mamak' juga terpaksa dibatalkan, walaupun terdengar desas-desus ketika itu, penyanyi-penyanyi tersohor di era tersebut seperti Saloma, Jeffri Din, Rafeah Buang dan kumpulan nasyid al-Mizan sudah pun membuat persediaan untuk menyertai pertandingan tersebut.

Sehingga kini, dokumen-dokumen berkaitan konsep '1Mamak' dirahsiakan dan disimpan dengan rapi di Arkib Negara kerana khuatir mampu menjejaskan keaslian konsep 1Malaysia. Adalah difahamkan, mereka yang pernah dan telah menjumpai, membaca apatah lagi mengkaji transkrip asal konsep ini selalunya hilang begitu sahaja, sama ada dibuang negara, ditangkap di tengah-tengah malam saat diulit tidur yang lena, diletupkan di kawasan rahsia atau dijual di pasaran gelap untuk organ-organ berharga.

Namun begitu, konsep ini sama ada sedar atau pun tidak, masih diamalkan dengan jayanya di seluruh negara. Baik Melayu, Cina, India, Kadazan-Dusun, Negrito, Bidayuh, Serani, Benggali dan macam-macam bangsa dan suku lagi pasti menjadikan Restoran India-Muslim sebagai pilihan mereka setiap kali tiba waktu makan, baik bersahur, sarapan pagi, minum pagi pukul 10, makan tengah hari, minum petang, berbuka puasa, makan malam, supper mahupun moreh selepas selesai solat tarawikh. Hatta pada pukul 2-3 pagi sekalipun, anda masih boleh melihat restoran-restoran mamak masih setia didatangi oleh pelanggan pelbagai bangsa. Seronok melihat semua kaum dan bangsa boleh duduk bersama, menikmati juadah yang pelbagai, daripada roti tisu sehinggalah naan keju, teh tarik gelas besar sehinggalah lassi mangga India Utara, mahupun mee goreng mamak sehinggalah nasi lemak. Macam-macam ada...!


Juadah lazat yang biasa dihidangkan di Restoran-restoran Mamak.

Justeru, walaupun konsep 1Malaysia dengan motonya "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" disambut baik oleh segenap lapisan masyarakat dan dilihat sebagai wawasan baru rakyat Malaysia dalam mencapai status negara
maju, kita tidak boleh melupakan jasa dan pengorbanan yang telah ditaburkan oleh para mamak seantero negara. Mungkin sumbangan mereka tidaklah sebesar pergi berperang melawan musuh di perairan negara contohnya, atau mewakili Malaysia dalam pertandingan bertaraf dunia, namun suka atau pun tidak, anda harus mengaku bahawa di Restoran Mamaklah, kemesraan dan kemajmukan masyarakat Malaysia dapat dilihat berjalan dengan penuh tulus dan ikhlas, tanpa diskriminasi mahupun hipokrasi.

Ke mana anda pergi saat anda dan rakan-rakan mahu menonton pertandingan bola sepak Liga Inggeris..? Mamak. Ke mana anda tuju apabila anda mahu memperkenalkan bisnes baru kepada rakan sekerja anda? Mamak. Ke mana anda pergi saat anda bosan dan mahu lepak bersahaja dngan rakan-rakan, atau berseorangan meni
kmati teh tarik sambil menenangkan fikiran? Mamak. Ke mana anda tuju andai anda terbangun pukul 2-3 pagi, perut meronta kelaparan sedangkan peti sejuk anda hanya ada air sejuk dan roti Gardenia? Mamak. Hatta para pendakwah hari ni, ke mana mereka pergi dalam menarik dan mendekati pengikut-pengikut baru? Mamak. (Teringat kepada lagu tema 'Ghostbusters': "Who'd do you call...?? MAMAK!!!)


Pemandangan biasa di warung mamak.

Tidak hairanlah, restoran-restoran mamak di seluruh negara semakin berkembang pesat, malah ada antaranya yang menjadi mercu kebanggaan negara seperti Restoran NZ yang terletak betul-betul di sebelah Menara Berkembar Petronas, menara berkembar tertinggi di dunia. Tidak hairan juga, mamak-mamak ini semakin gembira, misai semakin panjang dan poket semakin berisi, kerana mereka tahu, merekalah sebenarnya penyatu bangsa Malaysia!

Teh tarik kurang manis satu!

-gabbana-

p/s: Konsep perpaduan negara tanpa melihat kepada bangsa, warna kulit mahupun rupa sudah lama diperjuangkan oleh Islam. Tertubuhnya negara Islam yang pertama, Madinah al-Munawarrah, adalah berdasarkan toleransi yang tinggi umat Islam terhadap bangsa dan suku-suku yang lain, hatta kepada kaum Yahudi sendiri. Ketika pemerintahan khilafah Abbasiyyah contohnya, ramai orang bukan Islam yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan, sehingga ada Yahudi yang pernah memegang jawatan Perdana Menteri misalnya. Saya terfikir, adakah dengan konsep 1Malaysia, kaum lain akan diberi peluang yang benar-benar sama rata, adil dan saksama seperti yang didakwa..? Atau ia sekadar mainan politik dan retorik drama semata-mata...?

Kerana itu konsep negara bangsa sebenarnya ditegah oleh Islam, kerana Islam tidak melihat kepada susur galur, bangsa apatah lagi warna kulit dan paras rupa dalam menilai seseorang. Pelik, ketika manusia sibuk dan berlumba-lumba menghasilkan pelbagai jenis idea, cadangan dan konsep baru dalam menyatukan umat manusia kononnya, al-Quran yang telah berusia 1400 tahun lamanya (al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW) telah pun menyediakan segala panduan yang tepat, efisien dan efektif. Inilah akibatnya apabila manusia mula meninggalkan deennya, melupakan kitab manual panduannya dan memandang agama sebagai ritual dan adat semata-mata.

Renungilah, hayatilah dan jiwailah Surah a-Hujurat, surah ke 49, ayat 10-13. Semoga menjadi iktibar dan pengajaran kepada kita semua!

Allahu a'lam.

26 August 2009

Ruh Ramadhan

Oh oh oh manusia,
Yang bernama Muslim,
Kau kata kau puasa,
Tapi harimu penuh noda,
Walau syaitan jin diikat semua,
Setiap jam kau buat dosa!

Hai hai hai manusia,
Yang bernama Muslim,
Kau cabul kehormatanku,
Kau biar aku jadi dungu,
Menunggu setiap saat dan waktu,
Untuk kau manfaatkan aku.

Eh eh eh manusia,
Yang bernama Muslim,
Ke mana perginya al-Quran?
Kenapa kau tak zikir bermarhaban?
Lebih banyak masamu dibazirkan,
Memburu nafsu di bazar makanan!

Ish ish ish manusia,
Yang bernama Muslim,
Kau sibuk berceramah, berkuliah,
Akulah madrasah tarbiyyah,
Tapi matamu melihat salah,
Mulutmu onar tidak berkisah!

Ho ho ho manusia,
Yang bernama Muslim,
Alangkah alangkah alangkah!
Mulutmu berbau kasturi merah!
Ar-Rayyan memanggil penuh gah!
Jika engkau ambil endah!

Hi hi hi manusia,
Yang bernama Muslim,
Alangkah gelinya hatiku,
Malam seribu bulan hanya sekali,
Seribu malaikat turun menari,
Tapi kau lena dibuai mimpi!

Ha ha ha manusia,
Yang bernama Muslim,
Aku hanya mampu ketawa,
Rugi besarmu tidak terkira,
Kau yang padan muka,
Hanya lapar dan dahaga!

-gabbana-

24 August 2009

Pak Pin

"Bengong mu...!!"

"Biar orang nak kata apa. Ada saya peduli...??"

"Asrama kamu tu dah macam kandang b*b*!!!"

Hahaha.. Tu semua antara quote favourite Pak Pin, pengetua aku dari tahun 2002-2004. Pak Pin Pak Pin... Sesape je yang pernah berada di bawah 'kekuasaannya,' mesti tak akan lupa nama tu. Sampai mati pun tak akan lupa.

Aku igat lagi 1st day Pak Pin secara rasminya menjadi Pengetua STAR. Ketika tu, semua students ternanti-nanti sapa la yang 'bertuah' menggantikan Ayahanda Tuan Haji Ngazizan selepas 'dibuang secara terhormat' daripada STAR. Agak lama la kami menanti. Macam-macam khabar angin kami dengar tentang bakal pengganti pengetua STAR. Aku sendiri tidak terlepas daripada terlibat dengan spekulasi ini. Hehe.. Yela, semua orang excited, teruja nak tahu sama ada pengetua yang bari ni dapat memikul beban yang sangat besar yang ditinggalkan oleh pentadbiran sebelum ini.

Pagi tu di Dewan Besar STAR, Pak Pin bercakap pasal World Cup; macam mana pasukan underdog time tu, Korea Selatan boleh mara ke separuh akhir. Rasanya dia nak naikkan semangat budak-budak STAR, nak cakap walaupun STAR time tu dah tercela, dipandang hina dan sering dijadikan bahan ketawa, it's not something totally outrageous untuk STAR naik semula.

Nama STAR dah cukup kotor dan tercemar at that time. So all of us were wondering kalau-kalau pengetua baru ni dapat bertahan dan membersihkan nama STAR. Yes, it seemed like an impossible task. Even Pak Pin sendiri, from what I heard, was initially reluctant nak pergi STAR. Manakan tak.. Dia dah jadi orang besar, sorta a legend kat KUSESS ketika tu. Pas tu nak kena bina balik sebuah sekolah yang dah rosak teruk from scratch. Sebab tu ramai yang mengjangkakan Pak Pin pun akan gulung tikar; tak tahan dengan budak-budak STAR. Little did they know that they were wrong. Damn wrong.

Esok Subuh tu, surau penuh dengan budak-budak. Memang aku sendiri tak percaya dengan apa yang aku lihat. Dan yang paling best tu, Pak Pin tak buat pape pun lagi. Mungkin auranya yang sangat hebat dan kuat telah men'terkezut'kan budak-budak sampai terdorong untuk pergi solat Subuh berjemaah. Terasa macam nak kiamat pun ada, melihatkan abang-abang Form 5 dan Form 4 yang selama ni, jangan kata batang idung, bulu kaki pun tak pernah nampak kat surau tu, tiba-tiba dah berpakaian lengkap, berbaju melayu berkain pelikat, sedia untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim.

But then, as time went by, bilangan jemaah di Surau, terutamanya ketika Subuh semakin berkurangan. Maka bermulalah era 'kekejaman' Pak Pin - lari padang 50 round... Huhu.. Dan larian berganti-ganti 400m ini akan dilaksanakan dalam apa jua keadaan; panas terik, hujan ribut, kilat sambar-menyambar (ok, probabaly I'm just exaggerating here.. ;p) mahu pun taufan Katerina, larian ini akan tetap diteruskan. Dan tidak terhad kepada mereka yang tidak pergi solat Subuh semata-mata; mereka yang tidak mencapai piawaian tertentu dalam peperiksaan, mereka yang ditangkap melakukan kesalahan disiplin seperti fly, merokok dan sebagainya serta pelbagai lagi kelakuan yang dianggap tidak sesuai oleh pihak pentadbiran sekolah. Pak Pin sendiri turun padang bagi memastikan hukuman ni dilaksanakan. Malah dia sendiri yang pertama akan sampai di asrama kejutkan budak-budak untuk solat Subuh. Dan bukan setakat tu je, jadi Imam solat pun selalu. Sebab tula budak-budak respect tabik spring sama dia; Pak Pin adalah seorang pemimpin yang sejati.

Aku sendiri pernah merasai penderitaan ini. Hehe.. Tapi aku kurang ingatlah sebab apa aku kena denda. Rasanya aku Form 3 time tu. Rasanya sebab dorm tak bersih kot... Nasib baiklah Cikgu Ho Lai Wan yang jadi cikgu bertugas pagi tu (Oh! Denda 50 round ni tak kira waktu; waktu ada kelas ke, waktu prep ke, balun!). So instead of berlari 50 rounds, kitorang lari tak sampai 20 rounds pun.. Hehe.. (Ooppss.. Pecah rahsia.. ;p).

To be honest, memang agak depressing ah berada di bawah tampuk pemerintahan Pak Pin. He was such a demanding person, dan semua benda yang dia nak mestilah dilaksanakan dengan penuh disiplin dan etika. Perhimpunan boleh jadi berjam-jam lamanya. Dan everytime he was on the stage, semua orang mesti senyap ketakutan, menanti 'serangan' atau ancaman yang bakal dilepaskan. Cikgu-cikgu pun ramai je yang tak puas hati. Maunye tak.. Diorang depan-depan students pun kena perlekeh, kena tengking dengan Pak Pin. Pak Pin tak kira, kau Head Boy ke, kau penjaga Sick Bay ke, kau Cikgu Kanan ke, kalau dah buat salah, tetap akan ditegur. In a way, I admire that type of policy, so to speak. Yela, orang yang ada prinsip yang tegas ni pasti akan pergi jauh. Dan dia tak pergi jauh sorang-sorang. Selalunya dia akan bawa orang lain sama untuk pergi lebih jauh. In this case, STAR and Starians. Honesty is indeed the best policy.

Dan Pak Pin telah pun membuktikannya.

Despite the stressful environment (Bayangkan some of us kena lari 50 rounds x 400m hampir setiap ari.. That's almost 20km per day! And macam-macam lagila polisi dan peraturan baru yang diperkenalkan Pak Pin. In fact, dek kerana gerunkan Pak Pin yang teramat sangat, students lagi sanggup kena rotan dengan warden whenever they did something wrong, daripada kena tengking dengan Pak Pin.) that we had to endure, impak positif memang sangat jelas kelihatan. Subuh surau memang penuh. Kadang-kadang tu sampai terpaksa berhimpit-himpit. Rasanya Sekolah Izzudin Shah seberang jalan pun tak boleh buat macam kitorang.. (No offence!) Budak-budak memang jadi lebih berdisiplin. Baik dari segi luaran mahupun dalam bidang pelajaran.

Pernah sekali tu, time kitorang keluar sekolah untuk Solat Jumaat (For those who didn't know, Starians solat Jumaat kat luar, kat Masjid Sultan Azlan Shah), beberapa orang pegawai SBP datang melawat asrama secara mengejut. Kira we were completely taken by surprise ah. Serious none of us knew about it. The students at least. And you guys know what happened..? Dalam meeting Pengetua-Pengetua SBP (or was it Guru-Guru Kanan..?), STAR telah djadikan contoh kepada sekolah-sekolah lain. Gambar asrama STAR telah diambil dan ditayangkan. Menurut cikgu yang melaporkan, memang dia sendiri terkejut melihat betapa kemas dan bersihnya asrama STAR ketika itu. Terkejut, but at the same time full with pride of course. Bayangkan, 2-3 tahun sebelum tu, kalau masuk asrama STAR, memang rasanya kambing dan kerbau pun tak selera nak duduk. Tapi atas didikan yang berasaskan disiplin berjaya disemaikan oleh Pak Pin, sekolah all-boys pun boleh jadi jauh lebih bagus dari all-girls school. You don't believe it..? You'd better do!

Antara kejayaan atau pun pencapaian lain yang aku rasa worth mentioning kat sini adalah bagaimana Pak Pin berjaya melumpuhkan dan seterusnya menghancurkan institusi High Council di STAR. I don't want to go into details about this illegitimate mafiosi organisation. Cukuplah sekadar aku cakap, memang High Council adalah antara punca utama kepada kemerosotan STAR. In dealing with High Council, Pak Pin tanpa ragu-ragu menggunakan iron fistnya untuk menghapuskan unsur-unsur kesamsengan daripada akar umbi lagi. Sebagai seorang Muslim, aku percaya High Council tidak memberi faedah langsung kepada Starians. Not at all. Nil. Banyak antara mereka yang makan harta haram, menganiaya anak orang, melakukan perbuatan terkutuk seperti homoseksual dan bermacam lagi perbuatan yang sememangnya bercanggah dengan Islam. Maka tindakan Pak Pin sememangnya dinanti-nantikan oleh orang macam aku. Dan aku percaya, ramai lagi yang menyokong penuh tindakan Pak Pin itu.

Bukan students aje yang jadi lebih berdisiplin, cikgu-cikgu pun tak terlepas daripada ancaman Pak Pin. Maka kesannya, kelas menjadi lebih interaktif dan menarik. Cikgu-cikgu tak berani nak ponteng kelas. Dengan konsep OSAnya (One Step Ahead), budak-budak lebih bersedia ketika proses P & P. Para warden pun terpaksa turun Subuh solat berjemaah bersama-sama. Kesannya, warden menjadi lebih rapat dengan budak-budak. So, bila bi'ah (suasana, persekitaran) yang solehah berjaya diwujudkan, barulah kecemerlangan akademik dan ko-kurikulum dapat dijana dengan lebih mantap dan berkesan.

Buktinya? SPM batch aku sendiri berjaya menduduki tempat pertama di Perak. Satu benda yang tak pernah berlaku untuk suatu jangka masa yang sangat lama. PMR batch 45 top 3 rasanya dalam Malaysia. And PMR batch 48 dapat 1st in the whole country. Alhamdulillah.. Amazing huh..? I bet a few years back takde sorang pun, baik students, cikgu mahu pun parents pernah terimpikan such an achievement. Pelbagai kejayan demi kejayaan dalam bidang ko-kurikulum juga berjaya dicatatkan. Tak payah la aku pergi into details eh?

Rasanya kejayaan terbesar yang Pak Pin berjaya buktikan adalah melalui karisma kepemimpinannya. He walked his talk. Dia menjadi qudwah hasanah kepada both teachers and students. He wouldn't say something that he himself wouldn't do. So bila students and teachers respect the leadership, bila suruh buat apa pun, tho ada juga perasaan tak puas hati dan sebagainya, arahan tersebut akan dilaksanakan dengan patuh dan amanah, sebab semua orang hormat cara Pak Pin bekerja. I hope it's not too obvious that I'm kissing his ass here..! Hehe.. I'm just telling the truth! Tanyelah sesape yang pernah bersama Pak Pin kalau tak percaya.

Talking about Pak Pin, aku ada gak kenangan peribadi bersamanya, which I think is ok to share here (Mana yang tak ok aku tak cite la.. Hehe..). One of them masa aku form 3 or form 4, can't really remember. Aku bertugas bagi laporan time perhimpunan rasmi hari Isnin. So I thought I wanted to do it differently. Aku nak selitkan unsur-unsur jenaka dalam laporan aku. Everything seemed perfect mula-mula tu. Then suddenly, when people laughed at my jokes, Pak Pin tiba-tiba melenting. Dia cakap, kenapa korang semua tak hormat aku yang tengah bagi laporan kat atas tu. Semua orang terdiam. Aku sendiri tergamam. So akhirnya, aku terpaksa sudahkan laporan aku dengan skemanya. Hehe... Cuak gile kot tengok Pak Pin melentin macam tu. Abes perhimpunan, semua orang tengok aku tak puas ati je.. Hahaha..

Aku juga sering berborak dengan Pak Pin terutamanya di surau. This was the time when I can enjoy his hitherto unknown side. Dia sangatlah baik hati dan fatherly sebenarnya. But when it came to work, he was very proffesional. Sebab dia jugalah institusi pengawas STAR ketika tu kembali dihormati dan dapat berfungsi dengan baik - either directly or indirectly. Kalau tak, pengawas selama ni lagi selekeh daripada mawas. Selalu menjadi bahan kutukan dan lawakan cikgu dan budak-budak. In fact, some of the pengawas were the crookest of the crooks during zaman jahiliyyah dulu. So yes, whenever I went back to STAR and whenever the teachers praised my team, my response was always the same; thanx to Pak Pin, we were lucky. We were only just at the right time at the right place.

Rasanya kalau nak tulis pasal Pak Pin, I can even write a proper memoir. Cukuplah setakat ni. But just want to relate it with the current situation kat STAR. STAR memerlukan seorang pemimpin yang berkarisma, tegas dan know-how dalam mengembalikan kerlipan STAR yang telah lama pudar. The history has proven it to us and not just for once but many times already. Starians need someone that they can revere and respect of. Someone who is formidable and humane at the same time. Bukan nak memeperlekehkan mana-mana cikgu, tetapi pendekatan psikologi dan lemah-lembut is not just it for Starians. Mungkin berkesan untuk beberapa students, but not for the Starians as a whole. Trust me, I have witnessed this with my own eyes.

Kepada Pak Pin, sekiranya anda membaca artikel ini, jutaan terima kasih diucapkan. Jazakallah khairan kathiraa. Biarlah orang nak cakap apa pun, saya percaya masih ramai orang yang menghargai usaha dan perubahan yang telah anda lakukan di STAR dulu. Masih ramai yang sayangkan anda. Benar, tiada siapa yang sempurna di dunia ini, tetapi anda telah buktikan bahawa setiap orang perlu berusaha gigih dan bersungguh dalam proses menuju kesempurnaan dan sekiranya kita ikhlas melakukan kerja, Insha-Allah, kejayaan itu akan menunggu dengan penuh setia di depan mata. Banyak yang telah kami belajar daripada anda. Tidak keterlaluan untuk saya katakan, I am who I am today, partly because of you. Terima kasih. =)

Kepada mereka yang tak pernah bersama Pak Pin, sorry, korang mungkin tak faham perasaan ini. Dan korang sangatlah rugi sebenarnya. Hehe.. Kepada yang pernah, anda pasti faham. Walaupun ada di antara korang yang mungkin tak setuju sepenuhnya dengan apa yang aku tulis, tapi aku percaya, nak tak nak, korang mesti setuju bahawa banyak perubahan positif yang berjaya diwujudkan di bumi STAR disebabkan usaha-usaha Pak Pin yang radikal dan luar daripada biasa. Sayangnya, perubahan-perubahan tersebut kini tinggal sebagai tidak lebih daripada ingatan dan memori mereka yang pernah bersama Pak Pin. Apa-apa pun, kenangan dan memori itu pasti sentiasa dijadikan bahan bualan setiap kali kita berjumpa!

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

-gabbana-
STARIAN 004

21 August 2009

Bien Venue, Ramadhan!!!


Tatkala artikel ini mula ditulis, tinggal kurang lebih 3 jam sebelum umat Islam di Malaysia bakal menerima kedatangan Ramadhan yang penuh berkat dan
mulia. Persoalannya, bagaimanakah perasaan kita dalam menyambut bulan yang paling dinantikan dan dicintai oleh Nabi SAW dan para sahabat baginda...?

"Ala leceh la bulan pose ni. Mesti penat.. Tapi kira ok la. Dapat kuruskan badan! Badan pun jadi sihat...!"



Atau...

"Aish seronoknya nak masuk Ramadhan ni! Mesti laku kuih-kuih raya aku. Tu tak masuk lauk-pauk yang aku nak jual kat bazaar nanti. Kaya lagi la aku...!"



Atau mungkin..

*garu kepala* "Aih... mana la aku nak cekau duit ni. Langsir baru lagi.. Sofa baru lagi.. Tu belum kira duit raya yang aku nak kena sedekah kat anak-anak buah aku yang beribu-ribu lemon banyaknya tu..."



Atau bermacam-macam lagi perasaan dan reaksi ketika menyambut Ramadhan Karim ini. Berapa ramai di antara kita yang benar-benar ikhlas dan gembira tatkala menyambut bulan kesembilan dalam bulan-bulan Islam ini...?

Di Malaysia, aktiviti mengimarah dan memakmurkan masjid ketika Ramadhan hanya rancak dilakukan seawal Ramadhan. Paling hebat
pun 20 hari yang terawal. Sedangkan 10 hari yang terakhirlah yang perlu direbut kerana fadhilatnya yang terlalu hebat dan besar. Namun, umat Islam di Malaysia lebih gemar ber'tarawikh' di rumah dan pusat beli belah ketika Ramadhan hampir tiba ke penghujungnya. Malam-malam ganjil yang penuh berkah semakin rancak diisi dengan upacara membuat kuih loyang dan kek lapis, membakar lemang dan mengacau dodol, dan 'tawaf kidai' bagi mencari baju raya yang sedondong dengan pasangan yang tersayang. Alahai umatku...


Alangkah seronok dan indahya seandainya Ramadhan di negaraku ini disambut seperti di Tanah Haram, begitu hebat umat Islam mengerjakan ibadah tanpa mengenal erti lelah. Setiap orang berlumba-lumba untuk melakukan amal ibadah. Walau pun jutaan manusia membanjiri Tanah Haram terutamanya di penghujung Ramadhan, hal itu tidak menghalang umat Islam untuk terus khusyu' dan tawadhu', tunduk dan patuh kepada Rabb yang Esa. Setiap saat dan ketika, umat Islam tidak henti-henti berzikir, bertadarus dan pelbagai lagi bentuk amal ibadah bagi mengimarahkan Ramadhan. Malamnya tidak sunyi dan sepi, malah bingit dan meriah dengan umat Islam yang tidak tidur bagi mencari keredhaan Ilahi. Seronok kan...?



Walau pun penulis yakin pa
ra pembaca sudah arif dan lebih pandai dan tahu daripada diri penulis tentang perihal fadhilat Ramadhan, tak salah kan kalau penulis nak berkongsi dengan kalian..? ;)

Berikut adalah sedikit sebanyak fadhilat bulan al-Mubarak ini - semoga menjadi pembakar semangat untuk terus bermujahadah dalam beruzlah!

  1. Dibuka semua pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka.
  2. Iblis, syaitan dan konco-konco mereka diikat!
  3. Seseorang yang berpuasa dengan penuh keikhlasan akan diampunkan segala dosanya yang lalu! Woww...!!!
  4. Amalan sunat di bulan Ramadhan akan diberi ganjaran seperti amalan wajib di bulan yang lain dan amalan wajib di bulan Ramadhan akan diberi ganjaran seperti 70 amalan wajib pada bulan-bulan yang lain!! Lagi wooowww!!!
  5. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi.
  6. Orang yang berpuasa akan bergembira dengan 2 perkara; gembira ketika berbuka dan gembira dengan puasanya apabila bertemu penciptanya di akhirat kelak.. Seronok kan..?
  7. Orang yang berpuasa akan masuk ke dalam pintu syurga khas bernama ar-Rayyan; dan pintu ini akan melaung-laung nama orang yang berpuasa sehinggalah tiada lagi yang tinggal.
  8. Orang yang berpuasa dengan penuh keikhlasan dan bangun solat malam hanya mengharapkan pahala dan ganjaran daripada Allah akan terlepas daripada dosa-dosanya bagai seorang anak yang baru keluar daripada perut ibunya.. WOWWW!!!
  9. Barang siapa yang berjaya bertemu dengan malam Lailatul Qadr, ibadahnya di malam itu adalah bagaikan ibadah untuk seribu bulan lamanya...! Subhanallah...!!!
Dan berikut pula adalah beberapa amalan yang sangat praktikal dan sangatlah dituntut untuk diamalkan sepanjang bulan Ramadhan;

  1. Perbanyakkan tadarus al-Quran dan cubalah untuk khatam sekurang-kurangnya sekali.
  2. Perbanyakkan sedekah.
  3. Perbanyakkan zikrullah.
  4. Iktikaf di masjid.
  5. Perbanyakkan qiamullail.
  6. Kurangkan melakukan perkara yang tidak berfaedah.
  7. Solat tarawikh yang penuh dan konsisten.
  8. Perhebatkan ibadah di 10 malam yang terakhir.
  9. Berazam untun bertemu dengan Lailatul Qadr.
  10. Menjamu orang berbuka puasa.
Tak susah kan...? Apa-apa pun, sebelum mengajak dan mengingatkan para pembaca, penulis sebenarnya mengingatkan diri sendiri dulu bahawa bulan Ramadhan ini adalah sebenarnya bulan tarbiyyah sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran dan mihnah pada bulan-bulan yang lain. Yalah, kalau di bulan Ramadhan yang segala bagai jin dan syaitan yang telah dibelenggu pun kita masih tidak dapat menahan diri dan hawa nafsu daripada melakukan pelbagai perkara yang dikutuk, inikan pula di bulan-bulan yang lainnya??

Maaf seandainya post kali ini dan sebelum-sebelum ini agak bosan dan skema! Haha.. Tetapi penulis benar-benar berharap, penulis dan para pembaca akan bersungguh-sungguh dalam memanfaatkan Ramadhan kali ini. Siapa tahu, ini mungkin Ramadhan yang terakhir untuk kita...?


"Alluma bariklana fi Ramadhan, Allahumma bariklana fi Ramadhan, Allahumma bariklana fi Ramadhan..." Amin.

Ramadhan al-Mubarak, here I come...!

-gabbana-

p/s: Penulis terlupa untuk memohon maaf, meminta seribu keampunan kepada para pembaca, seandainya sepanjang tempoh anda mengenali diri ini, penulis ada menyakiti hati mahu pun fizikal kalian. Penulis tidak mahu menyambut Ramadhan dalam keadaan masih bergelumang dengan dosa! Nau'dzubillah.. Tolong, tolong dan tolong maafkan penulis. Penulis hanyalah seorang manusia biasa yang lemah lagi hina! Kita 0-0 ya..! ;)

20 August 2009

Kau hengat ko canteque...??

Pernahkah anda masuk ke dalam saf untuk solat berjemaah bersama-sama jemaah yang lain, hanya untuk dipandang serong dan jijik oleh pak lebai di sebelah anda, hanya kerana anda tidak memakai jubah dan bersongkok berketayap...? Atau pernahkah ketika anda hendak bersalaman dengan pak cik di sebelah anda, usai memberi salam setelah menunaikan solat sunat qabliah Jumaat, beliau langsung tidak tersenyum ketika mana anda menghulurkan tangan ikhlas ingin menjalinkan ukhuwwah, malah sedikit mencebik hanya kerana anda memakai seluar jeans dan t-shirt berkolar pada hari itu..? Atau orang sekeliling yang melihat anda dengan penuh perasaan sangsi dan tidak percaya apabila anda memberikan suatu pandangan tentang agama, hanya kerana anda tidak berserban atau tidak memegang ijazah syariah daripada mana-mana universiti?

Aku pernah.



Memang aku berk
ecil hati. Mungkin salah aku, tidak husnodzan, bersangka baik seperti yang sepatutnya. Mungkin aku tidak pernah terfikir yang pak lebai tersebut sememangnya jarang tersenyum. Atau mungkin pak cik yang menyambut salam tanganku hari tu mengalami cirit birit, sehingga tidak memungkinkan dia untuk menunjukkan wajah yang mesra. Atau orang sekeliling yang melihatku dengan penuh rasa tidak percaya sebenarnya kagum dan hormat dengan pandangan yang aku berikan..?

Betul juga.

Namun hakikatnya memang ramai manusia di dunia ini amat mudah untuk berprasangka; menghakimi seseorang berdasarkan rupa luarannya semata-mata. Malah aku sendiri tidak terlepas daripada perbuatan yang amat ditegah oleh Islam ini. Ya, aku amat mudah untuk menilai seseorang berdasarkan rupa parasnya. Atau melihat kepada cara dia berpakaian. Walaupun benar bahawa tingkah laku dan personaliti seseorang itu sedikit sebanyak dapat memberi gambaran tentang siapakah dia, namun ia tidak selalunya tepat.

Aku sering tersilap. Hanya kerana seorang lelaki itu berambut panjang, memakai rantai, kelihatan selekeh dan memakai seluar ketat tirus ke bawah, aku mudah untuk menilainya sebagai remaja rosak akhlak, melalui kaca mataku. Hanya kerana seorang perempuan itu tidak bertudung, bertindik penuh di telinga, berskirt pendek dan merokok, aku terus menghakiminya sebagai seorang jalang yang tidak bermoral. Astaghfirullah...

Aku silap.

Aku benci apabila orang menilaiku daripada rupa parasku, atau bagaimana aku mengenakan pakaian, atau bagaimana mimik mukaku menunjukkan perasaanku. Hakikatnya, aku juga sering melakukan perkara yang sama.

Aku silap.

Yang lebih menyedihkan, golongan yang kononnya beragama dan memahami ajaran Islam, mereka ini jugalah yang sering menyebabkan ramai orang lari daripada Islam. Golongan yang mendakwa mereka sebagai pejuang agama Allah, mereka jugalah yang banyak menyebabkan orang benci kepada deen ini.

Terlupakah mereka bagaimana kisah seorang pelacur yang berjaya menempah tempat di syurga hanya dengan memberi minum seekor anjing..? Terlupakah mereka tentang seorang wanita yang begitu hebat dalam ibadahnya, namun dimurkai Allah kerana menyeksa seekor kucing sehingga membunuhnya...?

Semuanya kembali kepada soal keikhlasan hati. Hati yang suci dan bersih pasti melahirkan lahiriah yang juga suci dan bersih. Namun lahiriah ini juga kadangkala subjektif. Yalah, apa makna handsome, cantik, kacak bergaya kepada seseorang...? Atau alim dan warak..? Subjektif kan...? Seseorang itu mungkin menilai kekacakan seseorang berdasarkan bagaimana rupa parasnya. Yang lain mungkin mendasarkannya kepada bagaimana seseorang itu berpakaian. Begitu juga dengan alim dan warak. Adakah dengan solat lima waktu sehari semalam di masjid, atau berzikir dan membaca al-quran tanpa henti itu sudah boleh dikatakan sebagai soleh dan syadid? Entahlah. Pada aku, hanya Allah sahajalah yang Maha Mengetahui. Kerana itu setiap kali kita melakukan sesuatu, ianya mesti diniatkan kerana Allah, tidak pada yang lain, tidak kerana yang lain. Insha-Allah, kita pasti akan dibalas dengan seribu macam kebaikan atas keikhlasan kita melakukan sesuatu.



Dan ingatlah, hanya Allah sahajalah yang berhak menghakimi seseorang itu seadil-adilnya. Hatta untuk mengatakan seseorang kafir itu akan masuk neraka juga merupakan suatu kesilapan, kerana kita tidak mungkin tahu bagaimankah kesudahan hayatnya. Berapa ramai orang yang kafir kemudian menerima hidayah Allah, lantas menjadi seorang mukmin yang jaaauuuuhhh lebih baik daripada kita...? Cukup ramai. Nama-nama seperti Yusuf Islam, Yvonne Ridley, Shah Kirit Kokilal Govindji, Farid Ravi dan ramai lagi menjadi bukti bahawa hidayah itu milik Allah yang mutlak. Sekurang-kurangnya aku tahu mereka lebih hebat daripada aku.


Tetapi, perlu diingatkan bahawa hal ini bukanlah lesen untuk kita berlenggang kangkung buat tak tahu sahaja apabila melihat kemungkaran terang tang tang berlaku di depan mata. Bukan bermakna, apabila melihat seseorang yang sudah terang-terangan Muslim minum arak misalnya, kita buat bodoh sahaja, memberi alasan kita mestilah sentiasa bersangka baik. Bukan begitu! Kemungkaran tetap kemungkaran dan ia mesti dicegah walau dengan cara apa sekali pun. Apa yang aku cuba katakan di sini, kita terlalu mudah untuk menilai dan menghakimi seseorang hanya berasaskan paras rupa, warna kulit dan cara penampilan seseorang itu.

Pada masa yang sama, ada juga batas-batasnya dalam penampilan diri dan cara berpakaian. Yalah, sebagai seorang da'i, takkanlah kita hendak bertindik lidah contohnya. Atau memakai seluar jeans yang koyak di peha dan lutut. Atau berbau busuk tidak mandi sebulan. Benar, "Don't judge a book by its cover." Tetapi bukankah buku yang mempunyai kulit yang menarik, yang dihiasi dengan pelbagai corak dan warna yang menawan akan lebih mudah dijual? Begitu juga dengan seorang da'i. Sebagai seorang pejuang agama Allah, dialah yang pertama sekali wajib menunjukkan qudwah yang terbaik kepada orang di sekelilingnya. Bukankah seorang da'i yang kemas, baik akhlak dan budi pekertinya dan pandai membawa diri lebih mudah untuk didekati? Ya, tidak perlu memakai pakaian yang berjenama dan mahal-mahal, minyak wangi setempayan, tetapi cukuplah sekadar kemas dan cantik; sedap dan sejuk mata memandang. Dalam hal ini, sudah pasti Rasulullah SAW adalah contoh yang paling baik untuk diikuti. Baginda amat terkenal dengan kecantikan keterampilannya, baik akhlaknya mahupun luarannya.

Renungkanlah firman Allah dalam Surah al-Hujurat, surah ke 49, ayat 13:

"Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti."

Tak kiralah anda hitam atau putih, kaya atau miskin, memandu Mercedes Benz atau hanya kereta kodok yang hampir menemui ajalnya, seorang professor atau petani sawah bendang, ketika anda menghadap Rabb yang Esa di Mahsyar kelak, yang menjamin tempat anda di syurga hanyalah iman dan taqwa.

Mungkin bunyinya sedikit stereotaip, tapi tepuklah dada, tanyalah iman anda!

-gabbana-

26 July 2009

Mendekati Mati

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan yang memiliki, mentadbir dan mengetahui baik buruk bagi setiap perkara. Hari ni genap umur aku yang ke-22, mengikut perkiraan kalendar Gregori. 22 tahun yang lalu, mamaku yang terchenta melahirkan aku di Hospial Besar Kuala Lumpur pada pagi Jumaat yang mulia. Terima kasih mama dan papa! Tanpa kamu berdua, mustahil aku dapat melihat, berjalan dan menerokai dunia yang fana ini!

Ok, I'm gonna stop the skema part here. Hehe.. But yes, I am very VERY grateful that Allah has again allowed me to live this life. Well, up to this moment that is. Alhamdulillah...

Apa sebenarnya signifikan hari lahir ni ye...? Selalunya, yang kita dah biasa tengok dan alami, hari lahir seseorang itu akan disambut dengan begitu meriah sekali! Dan selalunya hari lahir tu dilihat sebagai tanda untuk bergembira, tanda bahawa kita dah setahun lebih tua, maka kita lebih matang dan berhak untuk menikmati keseronokan dunia dengan lebih bebas.

Tapi betul ke...?

Yasmin Ahmad telah kembali ke untuk bertemu dengan penciptaNya malam semalam. Innalillahi wa innalillahi roji'un... Dia menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 11.45 malam. 15 minit je sebelum masuk hari yang seterusnya; 26 Julai. Kalau tak, pasti aku dah berkongsi tarikh hari lahirku dengan tarikh kematiannya. I'm not being rude or anything here, tapi her death is actually a stark reminder to all of us, that semua yang bernyawa PASTI akan mati. Sooner or later, death will come to invite you.

Ketika mana Yasmin Ahmad berada di puncak kegemilangan kariernya, Malaikatul Maut datang dan mencabut ruhnya daripada jasadnya yang sekarang sudah tidak lagi bernyawa. Ya, semua orang terkejut. Who is not surprised, that Yasmin, just a few days ago was seen healthy and energetic, giving an exclusive interview to NST, and today she's already lifeless...? Tapi lupakah kita maut tu tak memang tak terjangka ketibaanya..? Siapa pun kita, Perda Menteri ke, Imam Masjid Putrajaya ke, penjaga tandas awam Puduraya ke, penjual ayam di pasar malam ke, tatkala ajal sudah tiba, tiada apa yang mampu kita lakukan untuk menghalang Izrail daripada mencabut jiwa ini.

Kita berdoa agar Allah menempatkan ruh Yasmin Ahmad dan semua Muslimin dan Muslimat yang telah kembali ke Rahmatullah bersama orang-orang yang dicintaiNya, Insha-Allah.

Yeah, I'm actually happy and glad that I'm still alive today, to celebrate my 22nd birthday and I'm full with gratitude. Alhamdulillah.. And I pray I'll be able to live longer, Insha-Allah. But at the same time, I must also be prepared for the unexpexted. Setahun lebih tua, bukankah menjadikan aku setahun lagi mendekati kematian...? Astaghfirullah... Lahawla wala quwwata illa billah.

Persoalannya, adakah kita sudah bersedia...?

-gabbana-


I'm now in Kota Bharu, with my fellow comrades undergoing KIBAR. I am full with gratitude, relieved and glad that finally, after so long I'm able to update this hitherto idle blog. My sincerest apologies. Will update again once I am back! Salaam...

3 July 2009

Allah's Hotline

Thanx to my dearest brother, Jauhari for this amazing reminder... I think I am such a selfish person plus it will go to waste if I don't share it with you...! May it benefit all of us, Insha-Allah.

*******************************************************************************

Assalaamu'alaikum, Saudaraku

Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:

Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah".

Tekan 1 untuk 'meminta'.
Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'."

Atau....

Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:

"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah
sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya."

Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat
respons seperti ini:

"Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,

Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
Tekan 4. "Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga &
neraka,silahkan tunggu sampai Anda tiba di sini!!"

Atau mungkin juga Anda mendengar ini :

Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini.
Silakan cubalagi esok."

atau...

Pejabat ini ditutup pada hujung minggu.. Sila hubungi semula pada hari
Isnin selepas pukul 9 pagi.

Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya
setiap saat!!!

Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar
anda
. Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pernah mendapat talian sibuk.
Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara
peribadi.

Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434

2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya

Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor
ini: 28443483

2 : solat Subuh
8 : solat Dhuha
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
3 : Solat Witir

Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul Karim
& Hadis Rasul"

Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil.

Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak
terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!

*******************************************************************************

Allahu a'lam.

-gabbana-

21 June 2009

Bila STAROBA naik kepala, Cikgu buat suka, Budak garu kepala

Rata-rata STARIANS kini sudah almaklum dengan kekecohan yang berlaku di STAR tempoh hari. Tak tahu la to what extent the effects are. Sounds quite serious and profound to me. Yang aku tahu, krisis antara STAROBA dengan cikgu-cikgu STAR ni dah ada since aku mula-mula menjejakkan kaki kat sekolah tu lagi. And I bet it was always a problem since I don't even know when. Tak pernah abes.

The Old Boys think they know best, sebab dulu diorang sekolah kat situ and they had gone through the student's life, so they know all the dos and don'ts, what suits the students best and bla bla bla. The teachers pon think they know best, because they ARE the bread and butter of the school, diorang yang mengajar budak-budak tu from 8 to 2 everyday, they know their students and bla bla bla. And at the same time, budak-budak STAR pon think they know best, because they are what the school is after all, STAR is their home, situlah tempat bermain, situlah tempatnya jatuh dan bangun, bla bla bla. So what do we have here...? It's no longer gajah bertemu gajah, pelanduk mati di tengah-tengah, tapi pertembungan 3 penjuru yang takde a common point of interest. Tak ke pening kepala tu...?

Reading the series of articles written by an old boy, I couldn't help but to wonder whether everthing he wrote is actually representing the real situation. Yelah, the writer himself mesti ada kepentingan peribadi kan? Sama ada kepentingan diri sendiri atau kepentingan STAROBA as an organisation. Kadang-kadang aku rasa what he wrote was a mere exaggeration. He may not have intended to exaggerate it, but did he really know what was going on when he wrote it..? Aku rasa, yang paling sesuai nak berikan pandangan tentang keadaan sebenar di sekolah adalah cikgu-cikgu dan para pelajarnya.

But again, these people also have their own self-interest that they want to defend and uphold. Be it noble or not, conscious or not, you just couldn't deny this fact. So sekarang memang terletak pada budi bicara masing-masing sama ada nak percaya sapa. For me, it has been a diffcult task because I simply do not know whom should I trust most. It's just that, before you jump into any conclusion, please have your facts ready. Jangan membabi-buta buat tuduhan ni finah tu. You only go into war when you have the gun in hand.

Hati kecil aku lebih berat untuk percaya kepada cikgu-cikgu. Entahlah. Maybe sebab aku sempat diajar oleh most of them. And aku sangat rapar dengan most of them. So to be told, or to be made believed what the teachers had done and acted is simply outrageous. Hardly belivable. Or am I simply being biased here...?

Yesterday, I was just being informed that many teachers have been transferred. I was shocked honestly. I mean, I was already expecting that, knowing the influence that STAROBA has and what had happened in 2002. But not to this extent. Sekarang ni, kalau aku gi STAR, tak tau la sape je yang tinggal. Ramai cikgu pon dah merajuk, both with STAROBA and the students. Sapa yang rugi...? Definitely the students.

Given the privilege to manouvre the students' ship in 2004 as the captain, the experience I have gained from it is vast and deep. Banyak sangat benda yang aku belajar. It has taught me about life, particularly a STARIAN's life. I think, the two most essential ingredients in solving this problem are trust and integrity. The old boys must trust the way the school is dealing with the school administration. They must trust how the teachers are educating their children. And Old Boys need to have integrity when intervening with the school's affairs. Do it with the utmost respect and sincerity.

The teachers have to trust that STAROBA has the best of intention to contribute to the school. It is their alma mater after all. None of us, the Old Boys that is, want to see the school crumbles and falls. We will do our best to defend the school and to uphold the legacy that we have left behind. The teachers must also possess the integrity in doing their job. Bukan nak tuduh sesapa, tapi profesion seorang guru adalah suatu pekerjaan yang teramatlah mulia. After all, tanpa cikgu-cikgu semua, siapalah kami. Nonetheless, don't violate the trust that we have in you. We trust, love and celebrate you, but once you cross the boundary, I'm sorry, you have just lost our respect for you.

Students, STARIANS, you also have a vital part in this whole drama. Please jangan jadi batu api. Jangan marakkan lagi api yang sedang membara ni. Whatever it is, your first channel of voicing your concerns and problems is the school. And, if and only if, the school seems unable to resolve your tantrums, baru la pergi cari channel lain, preferably PIBG. Then barula STAROBA ke ape. I think the main problem is when anak STAROBA yang buat hal kat sekolah. He will immediately go to his dad when something happens. Bapaknya pulak, punyalah sayangkan anak, terus ambil tindakan dengan melaporkan kepada STAROBA without actually confirming the facts. Entahlah. Based on my own personal experience, selalunya anak-anak STAROBA ni yang suka buat hal. Not all the time, but we had a number of cases back then. Don't get me wrong. Aku sendiri merupakan anak Old Boy. There's absolutely nothing wrong with it. It's just that, tolonglah jangan abuse that position. Treat yourself as simply another STARIAN. Back then, no one knew my dad was an Old Boy, not until for quite a sometime.

Respect your teachers and they will have equal respect for you. Sayang mereka dan mereka akan sayang korang balik. Tak percaya..? Haha.. Go and ask anyone from my batch. Our last year in STAR was undoubtedly the best of all. Simply because all the teachers (almost...) sayang and cherished us, as much as we sayang them. Barulah best nak belajar. Ilmu pon berkat.

I doubt this crisis can ever be solved; looking at the ruckus that is happening now and how all parties are dealing with it. But something need to be done. Urgently. After all, who, given the right mind, doesn't want to see the STAR sparkles again...?

-gabbana-

p/s: Maaf kepada pembaca yang langsung tidak mengerti, have absolutely no idea, apakah yang penulis nukilkan dalam post kali ini. It is meant for a STARIAN's eyes only.

20 June 2009

Penyakit Summer

Ni la penyakit time cuti summer; malas nak update blog. Huhu.. Tak tau la kenapa. But the main reason is justified; internet kat rumah memang lembap macam siput. Memang tensen abes ah. Sambil-sambil tunggu nak loading tu, macam-macam boleh buat. Menjahit, memasak, kemas rumah, basuh baju, gergaji pokok... Hehehe..

Tapi btol, tak tipu. Internet memang lembap yang sangat sangat mengecewakan tu. Bila aku komplen kat papa ngan mama aku, their anwer sempoi je, "Tapi still boleh guna kan...?" Haish.. Nak buat camne, bukan aku yang bayar bil... Hihihi...

Pape pon, bersyukur sangat sebab dah selamat sampai di KL pagi Khamis ari tu. Alhamdulillah. Aku naik Singapore Airlines (SIA) dan puas hati sangat dengan service diorang. Tercapai hajat aku nak naik A380. Memang spacious n selesa gle ah...! ;) Bila sampai kat Changi Airport, tiket aku ke KL ditukar sebab dah tak sempat nak kejar the next flight. Aku ok je, sebab aku amik peluang tu nak round n jalan-jalan kat airport tue, which is famous for the hang-out spot ntok para remaja Singapore.. Macam kesian kan kat diorang...? Ada ke melepak kat airport. Deprive gle ah! hehe..

Tapi, bile aku dah round-round, baru le aku paham, kenapa diorang puja sangat Changi Airport tu. Sebab memang mantap pon! Besar, selesa sangat, banyak gile kedai-kedai yang menarik. adas tempat charge phone for free. Internet with PC pon free, tak macam kat Heathrow. Siap ada tempat urut kaki OSIM yang completely free of charge lagi..! No wonder Changi has been voted as the best airport berkali-kali... Tak hairan bin ajaib ah.

Cuti ni pon banyak je program dan aktiviti yang aku dah plan nak buat. So hopefully jadi la, Insha-Allah. Takde la buang masa kat rumah. Kalau dok rumah, alamatnya membuta je la memanjang.. Astaghfirullah.

Ok, cukuplah aku membebel untuk sekarang ni. Hopefully I'll update this blog more often. Tak best ah post sekali seminggu je. Oh, I might be finishing 'Akhi' in the nearest future. Have also been wanting to comment and write on the current ruckus yang tengah hangat kat STAR. Tapi tengok ah camne. Kalau internet lembap, darah mendidih, susah sket ah.. Hehe..

Til then! Take care all and hope to write again soon!

"Bekerja untuk agama, berlumba untuk ke sorga..!" ;)

-gabbana-

11 June 2009

Rampok

Terkejut. Gamam. Tak percaya. Tiga frasa yang menggambarkan perasaan aku at the moment. Aku telah dirampok oleh 5 orang remaja tempatan malam tadi. Ha, jangan tak percaya. Percaya! Walau pun diri aku sendiri still macam susah nak percaya... Heh..

Ceritanya macam ni. Aku baru abis solat Maghrib dan Isyak berjemaah kat Muslim Welfare House. On the way back tu, aku pasang lagu nasyid kegemaran aku, yang baru je aku download semalam masa aku di Ireland. Aku amik jalan shorcut macam biasa. Hazwan dan Aiman tak jauh kat depan aku. Tiba-tiba, aku perasan ada sekumpulan monyet datang mendekati aku. Salah seekor daripada mereka berlari di depan aku.

"Hey you. Stop there. We want to talk to you."

Pandai pulak monyet ni berkata-kata. Aku dah rasa tak sedap hati.

"I said stop there. We just want to talk to you."

"It's ok. We've got nothing to talk about," jawab aku yang cuba untuk buat selamba.

Mereka mengerumuni aku. Aku tahu apa yang mereka mahukan.

"Hazwan! Aiman!"

Hazwan dan Aiman berlari mendapatkan aku. Aku perasan yang monyet-monyet tu sedikit terkejut, mungkin tak menyangka yang aku berteman. Kami bertengkar.

"Give us your phone!"

Aku bagai hilang akal. Mungkin terlalu terkejut dengan apa yang sedang berlaku. Yang lebih aku risau dan cuakkan, kalau-kalau monyet-monyet tu ada pisau atau senjata yang lain.

"Please, my house is just there. I've got more friends in there," aku cuba untuk menakutkan mereka, walaupun tak berhasil.

Tiba-tiba aku perasan ada tangan yang menyeluk poket kanan seluar aku. Telefon aku telah berjaya mereka ambil.

"Please. Are you guys Muslim? Are you guys Muslim..??"

Aku dapat mengagak sekurang-kurangnya 2-3 daripada monyet-monyet tersebut beragama Islam, melihatkan rupa paras mereka yang kelihatan ala-ala pemuda padang pasir dan berjambang.

"We just want your phone, Give us your phone!" Gertak salah seekor daripada monyet-monyet itu.

Eh budak ni.

"He has already taken it!" Aku menjawab sambil menunjuk kepada salah seekor daripada monyet.

"Now give me your watch!" Salah seekor monyet yang lain pula bersuara.

Ini sudah lebih. Dah dapat betis nak peha pulak. Tangan monyet tu cepat je membuka jam tangan daripada pergelangan tangan aku. Tapi Hazwan cepat bertindak. Dia rampas tangan aku, dan kancingkan semula jam aku sebelum menolak monyet yang kurang hajar tu.

Kemudian kami bertiga lari. Walau pun Hazwan dan Aiman cuba melawan. Seekor monyet cuba untuk menendang Aiman, tapi cikai betul tendangannya. Tak kena pun. Yela, monyet kan pendek je kaki dia. Ada jugak monyet yang menarik jaket aku, tapi aku berjaya melepaskan diri.

Aku lari sepantas mungkin. Hazwan tertinggal di belakang. Takut aku kalau dia kena belasah. Alhamdulillah, dia pun sempat selamatkan diri.

"Run! Run as fast as you can and never come back again!" Bongkaknya monyet seekor ni.

Aku buka pintu dengan tangan yang menggeletar. Tak pernah seumur hidup aku diseluk, apatah lagi dirampok sebegini rupa. Trauma la sikit. Roslan, Iman, Epi dengan Jau ada kat rumah. Bila aku cerita apa yang terjadi, mereka kata kita pergi cari monyet-monyet tu dan ambil balik phone kau. Risau jugak aku, kalau-kalau bergaduh besar nanti. Iman siap nak bawak kuali lagi.

Tapi diorang tak jumpa monyet-monyet tu. Dah lari naik pokok gamaknya. Aku nampak Roslan ada pegang payung. Kalaulah diorang jumpa monyet-monyet tu, mesti teruk kena belasah. Jau sorang pun aku ingat dah cukup. Actually muda-muda je monyet-monyet tu. Aku rasa belasan tahun je tu. Tapi sebab ada 5 ekor, tu yang berani agaknya tu bile berdepan dengan kami bertiga.

Aku fikir-fikir balik, banyak je benda yang aku boleh buat. Aku boleh tumbuk monyet yang amik phone aku tu. Aku boleh jerit sekuat hati mintak tolong kat penduduk flat sekitar. Aku boleh suruh Aiman atau Hazwan balik rumah cepat-cepat panggil yang lain. Yang paling penting, aku boleh tak lari tadi. Sebab sekarang seolah-olah monyet-monyet tu dah menang. Diorang kuat dan digeruni, sebab kami lari. So next time, maybe diorang berani nak buat lagi. And diorang mesti cam muka kami bertiga.

Tapi, tak baik kan ada mentaliti kalau-kalau ni...? Kalaulah aku ini, kalaulah aku itu... Hakikatnya, benda ni dah jadi, dan memang ada dalam perancangan Allah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui, yang benda ni nak jadi. So aku bersyukur sebab mesti ada hikmahnya benda ni jadi kat aku. Alhamdulillah. Aku jugak bersyukur sebab somehow aku tak terasa sangat kehilangan phone tu, tho baru je beli. Alhamdulillah. Dan aku bersyukur sangat at least kami bertiga selamat, tak cedera apa pun. Alhamdulillah.

Aku dah pon laporkan kat o2 suruh diorang block number aku. Aku ada je phone spare. So kena tunggu o2 hantar sim card baru.

Terima kasih kepada rakan-rakan, terutamanya Hazwan dan Aiman, atas sokongan yang ditunjukkan. Kalaulah Hazwan dan Aiman takde tadi, aku tak tau la macam mana aku handle the situation. Jam aku pun mesti dah hangus. Jazakumullah khair.

Terima kasih Allah kerana menyelamatkan nyawa hambaMu yang hina ini. Jadikan daku hamba yang bersyukur dan terus menyukuri segala nikmatMu. Amin.

-gabbana-

Yang masih trauma...

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP