26 November 2009

Aaaahhh..! Im such a freak...!!


For those who have seen it on my FB's status, I'm sorry you have to bear this again.

Saya seorang yang freak-kah..? Mari kita kaji.

Saya tidak boleh melihat kekotoran sedikit pun. Saya akan jadi susah hati dan tidak keruan. Contohnya, apabila habuk-habuk roti memenuhi pangkin marmar di dapur saya, saya akan mula membebel sorang-sorang. Saya juga tidak boleh melihat pinggan mangkuk bertimbun di dapur. Lantai yang kotor dan berhabuk juga sering menjadi mangsa kemerepekan saya.

Jadi, adakah saya seorang yang freak...?

Saya juga tidak boleh melihat tandas a.k.a. jamban a.k.a. bilik air kotor. Walau ada sehelai rambut yang berada di tempat yang tidak sepatutnya, saya akan mengutip rambut tersebut dan membuangnya. Sekali sekala saya akan memberus dan menyental tab mandi yang mula berdaki. Saya akan mengelap tempat-tempat yang mula menunjukkan tanda kekotoran dengan tisu basah jenama Dettol.

Sekali lagi, adakah saya seorang yang freak..? Mari kita lihat lagi.

Saya basuh baju 2-3 kali seminggu. Pakai sekejap je dah rasa kotor. Bilik saya akan divakum sekurang-kurangnya sekali seminggu. Susunan di dalam bilik akan dipastikan sentiasa teratur dan mengikut susunan tertentu. Sebelum ke kelas, katil akan dikemaskan dan saya akan menoleh 2-3 kali lagi bagi memastikan bilik ditinggalkan dalam keadaan yang betul-betul memuaskan hati.

So, have you got your verdict now..? Do you think I'm a freak...?

Wait, every argument mesti ada counter-argument kan....? So sabar dahulu, jangan buat keputusan lagi. Mari kita lihat counter-argument saya dulu.

Walau pun saya pantang melihat ketidakkemasan dan kekotoran, tidak bermakna saya akan terus mengambil tindakan. Sering juga saya malas dan tidak mengambil peduli pinggan mangkuk yang bertaburan di dapur. Atau tidak juga mengvakum lantai yang kotor. Atau sering juga bilik saya tidak kurang hebatnya dengan bilik seorang bujang senang (Ok... Maybe not..!!). Atau kadang-kadang, saya tidak berdaya untuk mengutip setiap helai rambut yang ada di tandas a.k.a. jamban a.k.a. bilik air.

Saya penat.

So macam mana...? Anda sudah ada jawapan...?

Atau.... Adakah saya seorang yang OCD sebenarnya...?? -__-'

-gabbana-

p/s: Bila la nak mula baca Superfreakonomics ni...

12 Caci Maki Puji Muji:

el nino 26/11/2009, 05:39  

ak kenal ko dam, ko x sefreak momad..haha, momad jgn marah kalu ko bc nih..nnt kena jual..

baca nih http://news.bbc.co.uk/1/hi/health/8373690.stm

rindu seyh zaman main bola xpki kasut, mandi lombong..pastuh mak ak marah kaki kotor..

gabbana 26/11/2009, 06:16  

hahaha.. matilah kita dpt dosa kering cha..! ;p

aku lagi rindu zaman2 momad tensen, pastu kita main kejar2 tembak2...!! Hehe..

neway, raya camne tahun ni..? Meriah ke, ala2 sederhana je..?

AlexAlabasta 26/11/2009, 20:50  

Freak ke? I think its hot~!!!

gabbana 27/11/2009, 06:27  

erk..............

nyamouq, jgn jujur sgt di tempat public yg sebegini boleh tak............................?

thanx neways..! ;p

oh oh, SELAMAT HARI RAYA MOUQ..!!! ;D

MiD 28/11/2009, 16:11  

aku punya kenalan macam kau jugak. mereka lebih senior dan particular macam kau jugak. dan mereka semua amat berjaya dalam hidup. dunia akhirat insha-Allah.

aku yakin ke'istimewaan' ini membuatkan kau lebih menonjol di kalangan orang lain.

p/s= satu lagi. ko amat awal a.k.a super punctual. pantang lambat2 ni ;)

gabbana 29/11/2009, 02:09  

erkk.... ko salah org kot mid.........? ;p

thanx mid. i appreciate ur honesty.. ;)

Anonymous 30/11/2009, 21:21  

haha dem ko ne cm same dgn ak je...ak ingt ak sekor2 je spesis cmni...haha

gabbana 30/11/2009, 22:50  

inche anonymous.. anda tidak keseorangan di dunia yg fana nih.. ;)

Rahman,Ahchong,Muniandy 03/01/2010, 16:34  

salam ziarah,
apa2 pun pastikan diri anda selalu bahagia.tq

incik neng 16/01/2010, 12:27  

jangan cakap kau freak pasal ak pon terase nanti ..sebijik perangai ak ngan kau boss oii kecuali ak tak membebel la ...tak kacip ngan perwatakan maskulin-metro ak whahaha

tapi serius ak buat semua yang kau buat , ak jamin dengan name faculty engineering of Kumamoto university!

gabbana 19/01/2010, 15:45  

terima kasih inche rahman, ahchong, muniandy. semoga anda juga bahagia dunia akhirat. ;)

inche ning: errr..... *garu kepala* hehe..

Anonymous 23/08/2011, 17:34  

tidaklah. mereka yg tidak tahu menjaga kebersihan itu yg berpenyakit.

tidak ramai yg faham perasaan kita yang tak boleh melihat jamban berdaki ni kan. huh

secara seriusnya dunia memerlukan lebih ramai rakyat jelata yg lebih peka terhadap kebersihan. aduhai.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP