13 November 2009

Bukan kemiskinan yang aku khuatirkan akan menimpa kalian!

Dari Amr bin 'Auf al-Ansori r.a. bahawasanya Rasulullah SAW mengutus Abu Ubaidah al-Jarrah r.a. ke Bahrain untuk mengambil jizyah dari penduduknya. Rasulullah SAW telah menerima permintaan damai dari penduduk Bahrain dan baginda mengangkat al-Ala' bin al-Hadhrami untuk menjadi 'amir di sana.

Ketika Abu Ubaidah datang dari Bahrain dengan membawa harta jizyah itu, para sahabat kaum Ansor mendengar kedatangan Abu Ubaidah ini. Maka mereka pun berkumpul untuk menghadiri solat Subuh bersama Rasulullah SAW. Ketika setelah selesai solat, Rasulullah SAW langsung keluar. Namun mereka berusaha merintangi baginda SAW. Ketika melihat mereka, Rasulullah SAW tersenyum kemudian berkata, "Saya mengira kalian telah mendengar kedatangan Abu Ubaidah membawa sesuatu dari Bahrain?"

Mereka berkata, "Benar wahai Rasulullah."

Rasulullah SAW bersabda, "Kalau begitu, bergembiralah dan berharapleh memperoleh sesuatu yang melapangkan diri kalian. Demi Allah, bukan kemiskinan yang aku khuatirkan akan menimpa diri kalian. Akan tetapi, aku khuatir jika dunia ini dibentangkan untuk kalian sebagaimana ia dibentangkan untuk orang-orang sebelum kalian sehingga kalian berlumba sebagaimana mereka berlumba, dan akhirnya kalian hancur sebagaimana mereka hancur."

Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

-Dipetik dari Dakwah.info.

Buat apa nak terhegeh-hegeh mengumpul kekayaan..? Bukan boleh bawak masuk kubur pun. Ye saya, memang kita dituntut mencari harta, tetapi bukan sampai itu tujuan kita. Harta dan kekayaan hanya sebagai alat untuk mendapat anak kunci untuk bukak pintu syurga nanti. Jangan biarkan kehalobaan dan ketamakan kita dalam mengejar kekayaan mengakibatkan kita dengan percumanya mendapat tiket kelas pertama ke neraka... Wal i'ya dzubillah.

Berapa kali dalam al-Quran Allah sebut pasal Kaum 'Ad, Kaum Tsamud, Kaum Nabi Lut, Kaum Nabi Nuh, Firaun, Kaum Madyan dan lain-lain lagi yang ingkar dan derhaka kepada rasul dan Tuhan-Nya..??? Berapa kali...? Banyak woo... Takkan Allah ulang dan ulang dan ulang benda yang sama untuk suka-suka je...? Mustahil. Semua kaum-kaum ni hebat-hebat belaka. Malah dalam al-Quran cakap, kehebatan mereka melangkaui kehebatan teknologi yang ada pada kita sekarang ni. Mereka kaya. Mereka hebat. Tapi akhirnya ke mana mereka kembali..? Hancur luluh, kembali kepada tanah dalam keadaan yang jijik dan hina. Sebab apa eh...? Haaa... Sebab apa lagi, sebab mereka jahil akan tujuan hidup mereka. Mereka jadikan benda lain sebagai objektif hidup. Antaranya, perlumbaan tahunan siapa yang lebih kaya dan berkuasa. Tapi kasihan... Mereka lupa yang Allah LAGI Kaya dan Berkuasa.

"Those who forget history are condemned to repeat it."
- Inche George Santayana

Allahu A'lam.

-gabbana-

p/s: Makan roti kaya lagi best...! ;)

2 Caci Maki Puji Muji:

penulis.sahaja 13/11/2009, 19:24  

Ada kawan tanya saya.
Apa tujuan utama kita sembahyang?
tak boleh kerana pahala.
tak boleh kerana syurga.
jadi apa?
saya tak tahu nak jawab apa. jadi saya gunakan niat solat untuk menjawab.
"sahaja aku solat __ , __ rakaat, tunai, KERANA ALLAH TAALA."
jika solat pun kita hanya boleh bertujuankan Allah, benda lain lagi lah kena kan?
Tp saya masih konfius tujuan hidup sendiri.
Mulut cakap lain, hati cakap lain.
Astaghfirullahalazim.

Inche gabbana 13/11/2009, 23:20  

tepat tu penulis sahaja.

allah berfirman dalam surah az-dzariyat;

"TIDAK aku jadikan jin dan manusia MELAINKAN untuk beribadah kepadaKu."

maksudnya, setiap saat dan ketika, setiap perbuatan kita mestilah untuk Allah semata-mata.

Susah...? Memang susah. Sgt2 susah. Tapi Allah tak meilhat kepada hasil kan..? Allah melihat sejauh mana kita ikhlas berusaha dalam mencari keredhaanNya.. ;)

Allahu A'lam.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP