21 August 2009

Bien Venue, Ramadhan!!!


Tatkala artikel ini mula ditulis, tinggal kurang lebih 3 jam sebelum umat Islam di Malaysia bakal menerima kedatangan Ramadhan yang penuh berkat dan
mulia. Persoalannya, bagaimanakah perasaan kita dalam menyambut bulan yang paling dinantikan dan dicintai oleh Nabi SAW dan para sahabat baginda...?

"Ala leceh la bulan pose ni. Mesti penat.. Tapi kira ok la. Dapat kuruskan badan! Badan pun jadi sihat...!"



Atau...

"Aish seronoknya nak masuk Ramadhan ni! Mesti laku kuih-kuih raya aku. Tu tak masuk lauk-pauk yang aku nak jual kat bazaar nanti. Kaya lagi la aku...!"



Atau mungkin..

*garu kepala* "Aih... mana la aku nak cekau duit ni. Langsir baru lagi.. Sofa baru lagi.. Tu belum kira duit raya yang aku nak kena sedekah kat anak-anak buah aku yang beribu-ribu lemon banyaknya tu..."



Atau bermacam-macam lagi perasaan dan reaksi ketika menyambut Ramadhan Karim ini. Berapa ramai di antara kita yang benar-benar ikhlas dan gembira tatkala menyambut bulan kesembilan dalam bulan-bulan Islam ini...?

Di Malaysia, aktiviti mengimarah dan memakmurkan masjid ketika Ramadhan hanya rancak dilakukan seawal Ramadhan. Paling hebat
pun 20 hari yang terawal. Sedangkan 10 hari yang terakhirlah yang perlu direbut kerana fadhilatnya yang terlalu hebat dan besar. Namun, umat Islam di Malaysia lebih gemar ber'tarawikh' di rumah dan pusat beli belah ketika Ramadhan hampir tiba ke penghujungnya. Malam-malam ganjil yang penuh berkah semakin rancak diisi dengan upacara membuat kuih loyang dan kek lapis, membakar lemang dan mengacau dodol, dan 'tawaf kidai' bagi mencari baju raya yang sedondong dengan pasangan yang tersayang. Alahai umatku...


Alangkah seronok dan indahya seandainya Ramadhan di negaraku ini disambut seperti di Tanah Haram, begitu hebat umat Islam mengerjakan ibadah tanpa mengenal erti lelah. Setiap orang berlumba-lumba untuk melakukan amal ibadah. Walau pun jutaan manusia membanjiri Tanah Haram terutamanya di penghujung Ramadhan, hal itu tidak menghalang umat Islam untuk terus khusyu' dan tawadhu', tunduk dan patuh kepada Rabb yang Esa. Setiap saat dan ketika, umat Islam tidak henti-henti berzikir, bertadarus dan pelbagai lagi bentuk amal ibadah bagi mengimarahkan Ramadhan. Malamnya tidak sunyi dan sepi, malah bingit dan meriah dengan umat Islam yang tidak tidur bagi mencari keredhaan Ilahi. Seronok kan...?



Walau pun penulis yakin pa
ra pembaca sudah arif dan lebih pandai dan tahu daripada diri penulis tentang perihal fadhilat Ramadhan, tak salah kan kalau penulis nak berkongsi dengan kalian..? ;)

Berikut adalah sedikit sebanyak fadhilat bulan al-Mubarak ini - semoga menjadi pembakar semangat untuk terus bermujahadah dalam beruzlah!

  1. Dibuka semua pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka.
  2. Iblis, syaitan dan konco-konco mereka diikat!
  3. Seseorang yang berpuasa dengan penuh keikhlasan akan diampunkan segala dosanya yang lalu! Woww...!!!
  4. Amalan sunat di bulan Ramadhan akan diberi ganjaran seperti amalan wajib di bulan yang lain dan amalan wajib di bulan Ramadhan akan diberi ganjaran seperti 70 amalan wajib pada bulan-bulan yang lain!! Lagi wooowww!!!
  5. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi.
  6. Orang yang berpuasa akan bergembira dengan 2 perkara; gembira ketika berbuka dan gembira dengan puasanya apabila bertemu penciptanya di akhirat kelak.. Seronok kan..?
  7. Orang yang berpuasa akan masuk ke dalam pintu syurga khas bernama ar-Rayyan; dan pintu ini akan melaung-laung nama orang yang berpuasa sehinggalah tiada lagi yang tinggal.
  8. Orang yang berpuasa dengan penuh keikhlasan dan bangun solat malam hanya mengharapkan pahala dan ganjaran daripada Allah akan terlepas daripada dosa-dosanya bagai seorang anak yang baru keluar daripada perut ibunya.. WOWWW!!!
  9. Barang siapa yang berjaya bertemu dengan malam Lailatul Qadr, ibadahnya di malam itu adalah bagaikan ibadah untuk seribu bulan lamanya...! Subhanallah...!!!
Dan berikut pula adalah beberapa amalan yang sangat praktikal dan sangatlah dituntut untuk diamalkan sepanjang bulan Ramadhan;

  1. Perbanyakkan tadarus al-Quran dan cubalah untuk khatam sekurang-kurangnya sekali.
  2. Perbanyakkan sedekah.
  3. Perbanyakkan zikrullah.
  4. Iktikaf di masjid.
  5. Perbanyakkan qiamullail.
  6. Kurangkan melakukan perkara yang tidak berfaedah.
  7. Solat tarawikh yang penuh dan konsisten.
  8. Perhebatkan ibadah di 10 malam yang terakhir.
  9. Berazam untun bertemu dengan Lailatul Qadr.
  10. Menjamu orang berbuka puasa.
Tak susah kan...? Apa-apa pun, sebelum mengajak dan mengingatkan para pembaca, penulis sebenarnya mengingatkan diri sendiri dulu bahawa bulan Ramadhan ini adalah sebenarnya bulan tarbiyyah sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran dan mihnah pada bulan-bulan yang lain. Yalah, kalau di bulan Ramadhan yang segala bagai jin dan syaitan yang telah dibelenggu pun kita masih tidak dapat menahan diri dan hawa nafsu daripada melakukan pelbagai perkara yang dikutuk, inikan pula di bulan-bulan yang lainnya??

Maaf seandainya post kali ini dan sebelum-sebelum ini agak bosan dan skema! Haha.. Tetapi penulis benar-benar berharap, penulis dan para pembaca akan bersungguh-sungguh dalam memanfaatkan Ramadhan kali ini. Siapa tahu, ini mungkin Ramadhan yang terakhir untuk kita...?


"Alluma bariklana fi Ramadhan, Allahumma bariklana fi Ramadhan, Allahumma bariklana fi Ramadhan..." Amin.

Ramadhan al-Mubarak, here I come...!

-gabbana-

p/s: Penulis terlupa untuk memohon maaf, meminta seribu keampunan kepada para pembaca, seandainya sepanjang tempoh anda mengenali diri ini, penulis ada menyakiti hati mahu pun fizikal kalian. Penulis tidak mahu menyambut Ramadhan dalam keadaan masih bergelumang dengan dosa! Nau'dzubillah.. Tolong, tolong dan tolong maafkan penulis. Penulis hanyalah seorang manusia biasa yang lemah lagi hina! Kita 0-0 ya..! ;)

2 Caci Maki Puji Muji:

Nisyana Abdul 22/08/2009, 10:58  

Thank U lagi..
Hehe. Sebab lama adam tak tulis..

Inche gabbana 22/08/2009, 11:25  

Hahaha.. Sama2. Selamat perbanyakkan ibadah!!! ^^

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP