31 August 2009

1Mamak

Artikel ini ditulis khas sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 52. Sudah lebih separuh abad kita merdeka daripada penjajahan fizikal, namun adakah kita benar-benar merdeka...? Sudah hampir separuh abad kita bebas daripada penjajahan kuasa tentera, tetapi mengapa kita masih jauh daripada mencapai status negara maju? Fikir-fikirkan! Selamat Hari Kebangsaan diucapkan kepada semua!

***********************************************
**************************************************************

Tatkala Dato' Sri Najib dan ahli jemaah Menterinya sibuk dengan konsep '1Malaysia' yang kononnya cukup ideal dalam mewakili rakya
t Malaysia yang majmuk dan berbilang kaum, tidak ramai yang sedar bahawa konsep ini sebenarnya sudah lama diaplikasikan dan dipraktikkan secara diam-diam ubi berisi sejak dahulu lagi.

1Mamak - Itulah nama konsep yang telah lama bertapak di bumi Malaysia ini. Adalah dipercayai, konsep murni dan cukup bestari ini telah dimulakan
oleh Haji Mydin Lingampuri di Pulau Pinang seawal penjajahan British oleh Francis Light sekitar kurun ke-18. Namun konsep ini menjadi lebih popular di kalangan rakyat Tanah Melayu ketika itu apabila Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan daripada pihak penjajah pada tahun 1957. Konsep ini mula mendapat perhatian Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, apabila melihatkan kepada signifikannya pengaruh yang dimiliki oleh kaum India Muslim ketika itu.

Ceritanya bermula apabila Tunku membuat lawatan muhibah ke utara tanah air. Adalah ditakdirkan oleh Allah SWT, di tengah-tengah p
erjalanan Tunku berasa lapar yang teramat lantas mengambil keputusan untuk berhenti di mana-mana kedai makan yang terlintas olehnya. Kedai makan pertama yang terlihat oleh matanya adalah Nasi Kandar Lampu Minyak Tanah di Seberang Perai Utara. Tanpa membuang masa, Tunku terus menerjah keluar daripada keretanya dan secara spontan dan penuh keyakinan, memesan nasi kandar ketam goreng kari udang, kuah bubuh semua. Sewaktu menunggu pesanannya tiba dengan penuh ketidaksabaran dek perutnya yang sudah mengeluarkan segala jenis muzika yang boleh difikirkan ketika itu, Tunku melihat dan memerhati keadaan sekeliling dan berasa cukup kagum dan teruja dengan apa yang didapatinya.

Tunku melihat pelbagai bangsa, daripada segenap lapi
san masyarakat, hatta komunis Cina yang diperanginya (Tunku selepas selesai sahaja menjamu selera, segera mengarahkan pihak polis menangkap mereka di bawah akta ISA, tanpa mempedulikan air teh o' limau nipis yang dipesan mereka masih belum kunjung tiba...) juga turut menikmati juadah di Kedai Nasi Kandar Lampu Minyak Tanah itu. Tunku berasa cukup gembira melihat tiada penghalang bahasa mahu pun budaya apabila seseorang itu makan di kedai mamak. Semuanya menggunakan kaedah PPSMI (Percakapan dan Pesanan dalam bahasa Melayu-India) iaitu Lingua-Franca di semua kedai-kedai makan India Muslim ketika itu. Semua orang boleh duduk mesra, bergelak tawa dan berbincang tentang apa jua topik dan isu tanpa mengira agama, kulit mahu pun kembang-mancungnya hidung seseorang itu.


Setelah pulang daripada lawatan muhibahnya, Tunku dan ahli-ahli kabinetnya merangka suatu draf resolusi perpaduan bangsa, berdasarkan pengalamannya di Kedai Nasi Kandar Lampu Minyak Tanah. Maka terhasillah konsep '1M
amak,' hasil kajian terperinci dan teliti oleh Tunku dan rakan-rakan sekabinetnya. Namun, belum sempat konsep ini dipopularkan di seluruh negara, dengan motonya, "Roti canai didahulukan, Teh Tarik diutamakan," tragedi 13 Mei meletus tanpa disangka-sangka. Hatta pertandingan lagu '1Mamak' juga terpaksa dibatalkan, walaupun terdengar desas-desus ketika itu, penyanyi-penyanyi tersohor di era tersebut seperti Saloma, Jeffri Din, Rafeah Buang dan kumpulan nasyid al-Mizan sudah pun membuat persediaan untuk menyertai pertandingan tersebut.

Sehingga kini, dokumen-dokumen berkaitan konsep '1Mamak' dirahsiakan dan disimpan dengan rapi di Arkib Negara kerana khuatir mampu menjejaskan keaslian konsep 1Malaysia. Adalah difahamkan, mereka yang pernah dan telah menjumpai, membaca apatah lagi mengkaji transkrip asal konsep ini selalunya hilang begitu sahaja, sama ada dibuang negara, ditangkap di tengah-tengah malam saat diulit tidur yang lena, diletupkan di kawasan rahsia atau dijual di pasaran gelap untuk organ-organ berharga.

Namun begitu, konsep ini sama ada sedar atau pun tidak, masih diamalkan dengan jayanya di seluruh negara. Baik Melayu, Cina, India, Kadazan-Dusun, Negrito, Bidayuh, Serani, Benggali dan macam-macam bangsa dan suku lagi pasti menjadikan Restoran India-Muslim sebagai pilihan mereka setiap kali tiba waktu makan, baik bersahur, sarapan pagi, minum pagi pukul 10, makan tengah hari, minum petang, berbuka puasa, makan malam, supper mahupun moreh selepas selesai solat tarawikh. Hatta pada pukul 2-3 pagi sekalipun, anda masih boleh melihat restoran-restoran mamak masih setia didatangi oleh pelanggan pelbagai bangsa. Seronok melihat semua kaum dan bangsa boleh duduk bersama, menikmati juadah yang pelbagai, daripada roti tisu sehinggalah naan keju, teh tarik gelas besar sehinggalah lassi mangga India Utara, mahupun mee goreng mamak sehinggalah nasi lemak. Macam-macam ada...!


Juadah lazat yang biasa dihidangkan di Restoran-restoran Mamak.

Justeru, walaupun konsep 1Malaysia dengan motonya "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" disambut baik oleh segenap lapisan masyarakat dan dilihat sebagai wawasan baru rakyat Malaysia dalam mencapai status negara
maju, kita tidak boleh melupakan jasa dan pengorbanan yang telah ditaburkan oleh para mamak seantero negara. Mungkin sumbangan mereka tidaklah sebesar pergi berperang melawan musuh di perairan negara contohnya, atau mewakili Malaysia dalam pertandingan bertaraf dunia, namun suka atau pun tidak, anda harus mengaku bahawa di Restoran Mamaklah, kemesraan dan kemajmukan masyarakat Malaysia dapat dilihat berjalan dengan penuh tulus dan ikhlas, tanpa diskriminasi mahupun hipokrasi.

Ke mana anda pergi saat anda dan rakan-rakan mahu menonton pertandingan bola sepak Liga Inggeris..? Mamak. Ke mana anda tuju apabila anda mahu memperkenalkan bisnes baru kepada rakan sekerja anda? Mamak. Ke mana anda pergi saat anda bosan dan mahu lepak bersahaja dngan rakan-rakan, atau berseorangan meni
kmati teh tarik sambil menenangkan fikiran? Mamak. Ke mana anda tuju andai anda terbangun pukul 2-3 pagi, perut meronta kelaparan sedangkan peti sejuk anda hanya ada air sejuk dan roti Gardenia? Mamak. Hatta para pendakwah hari ni, ke mana mereka pergi dalam menarik dan mendekati pengikut-pengikut baru? Mamak. (Teringat kepada lagu tema 'Ghostbusters': "Who'd do you call...?? MAMAK!!!)


Pemandangan biasa di warung mamak.

Tidak hairanlah, restoran-restoran mamak di seluruh negara semakin berkembang pesat, malah ada antaranya yang menjadi mercu kebanggaan negara seperti Restoran NZ yang terletak betul-betul di sebelah Menara Berkembar Petronas, menara berkembar tertinggi di dunia. Tidak hairan juga, mamak-mamak ini semakin gembira, misai semakin panjang dan poket semakin berisi, kerana mereka tahu, merekalah sebenarnya penyatu bangsa Malaysia!

Teh tarik kurang manis satu!

-gabbana-

p/s: Konsep perpaduan negara tanpa melihat kepada bangsa, warna kulit mahupun rupa sudah lama diperjuangkan oleh Islam. Tertubuhnya negara Islam yang pertama, Madinah al-Munawarrah, adalah berdasarkan toleransi yang tinggi umat Islam terhadap bangsa dan suku-suku yang lain, hatta kepada kaum Yahudi sendiri. Ketika pemerintahan khilafah Abbasiyyah contohnya, ramai orang bukan Islam yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan, sehingga ada Yahudi yang pernah memegang jawatan Perdana Menteri misalnya. Saya terfikir, adakah dengan konsep 1Malaysia, kaum lain akan diberi peluang yang benar-benar sama rata, adil dan saksama seperti yang didakwa..? Atau ia sekadar mainan politik dan retorik drama semata-mata...?

Kerana itu konsep negara bangsa sebenarnya ditegah oleh Islam, kerana Islam tidak melihat kepada susur galur, bangsa apatah lagi warna kulit dan paras rupa dalam menilai seseorang. Pelik, ketika manusia sibuk dan berlumba-lumba menghasilkan pelbagai jenis idea, cadangan dan konsep baru dalam menyatukan umat manusia kononnya, al-Quran yang telah berusia 1400 tahun lamanya (al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW) telah pun menyediakan segala panduan yang tepat, efisien dan efektif. Inilah akibatnya apabila manusia mula meninggalkan deennya, melupakan kitab manual panduannya dan memandang agama sebagai ritual dan adat semata-mata.

Renungilah, hayatilah dan jiwailah Surah a-Hujurat, surah ke 49, ayat 10-13. Semoga menjadi iktibar dan pengajaran kepada kita semua!

Allahu a'lam.

8 Caci Maki Puji Muji:

akhiran 31/08/2009, 13:34  
This comment has been removed by the author.
akhiran 31/08/2009, 13:36  

hurmm..
based on last week punyer khutbah di masjid sultan azlan shah ipoh,saya sgt terkejut apabila khatib memberitahu sebernya tiada konsep nasionalisme dan sosialisme dlam islam.jadi apakah yg sebenarnya dilaungkan oleh pemimpin kita betul??

Inche gabbana 31/08/2009, 14:35  

tak btol.. hehe..

konsep nasionalisme antara tujuan lainnya diwujudkan adalah untuk melemahkan sistem khilafah. golongan kafir memperjuangkan konsep ini untuk memecahbelahkan empayar Islam yg begitu luas ketika itu.

konsep ni sbnrnya masih agak baru, dipopularkan oleh Otto von Bismarck dan Camillo Benso de Cavour. tujuannya satu; nak tubuhkan negara berasaskan bangsa; bangsa german, bangsa itali.. dan ini sbnrnya bertentangan dengan konsep yg diperjuangkan ISlam.

sosialisme adalah bapak kepada communisme. so boleh agak dh la, konsep ni juga bertentangan dgn Islam.

Allahu a'lam.

ghurabah 31/08/2009, 16:16  

nasionalisme is one of dasar sekularisme yg cube nak separatekan Islam n cara hidup....

faisalzulkifli 31/08/2009, 18:05  

hehe, sebab selama nih kemerdekaan hanya dilihat sebagai pembangunan fizikal semata2..langsung tiada roh..

ape lagi dam, sokonglah gapena..!!!

Inche gabbana 31/08/2009, 23:23  

btol tu ghurabah. sebab tu Mustafa Kemal Attaturk laknatullah dulu sgt bersungguh dalam memperjuangkan nasionalisme Turki!

Haha Cha.. Cuba elaborate sket pasal GAPENA tu..?

zanafira 06/10/2010, 17:56  

salam..menarik artikel ni.jzklh.tp nk tanye.cerita bout tunku founding 1 mamak tuh fact ke fiction he?

kita bukan org m'sia
kita org ISLAM

keep up the good work brother

Inche gabbana 11/10/2010, 14:27  

eh sedari/a zanafira, saya baru perasan komen anda.. ya ampuuuunnn...! ;p

eh ahaha... tu rekaan semata-mata je. jgn marah...

btol btol, sgt setuju. tapi nak tak nak, kena akui jugak yg kita ni didefinisikan jugak dgn geografi kita.

sama la mcm org2 dulu. ada yg dtg dr yemen, ada yg dtg dr habsyah, ada yg dtg dr rom.. sekadar supaya org tau kita ni dr mana.. ;)

allahu a'lam.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP