Kau hengat ko canteque...??
Pernahkah anda masuk ke dalam saf untuk solat berjemaah bersama-sama jemaah yang lain, hanya untuk dipandang serong dan jijik oleh pak lebai di sebelah anda, hanya kerana anda tidak memakai jubah dan bersongkok berketayap...? Atau pernahkah ketika anda hendak bersalaman dengan pak cik di sebelah anda, usai memberi salam setelah menunaikan solat sunat qabliah Jumaat, beliau langsung tidak tersenyum ketika mana anda menghulurkan tangan ikhlas ingin menjalinkan ukhuwwah, malah sedikit mencebik hanya kerana anda memakai seluar jeans dan t-shirt berkolar pada hari itu..? Atau orang sekeliling yang melihat anda dengan penuh perasaan sangsi dan tidak percaya apabila anda memberikan suatu pandangan tentang agama, hanya kerana anda tidak berserban atau tidak memegang ijazah syariah daripada mana-mana universiti?
Aku pernah.
Memang aku berkecil hati. Mungkin salah aku, tidak husnodzan, bersangka baik seperti yang sepatutnya. Mungkin aku tidak pernah terfikir yang pak lebai tersebut sememangnya jarang tersenyum. Atau mungkin pak cik yang menyambut salam tanganku hari tu mengalami cirit birit, sehingga tidak memungkinkan dia untuk menunjukkan wajah yang mesra. Atau orang sekeliling yang melihatku dengan penuh rasa tidak percaya sebenarnya kagum dan hormat dengan pandangan yang aku berikan..?
Betul juga.
Namun hakikatnya memang ramai manusia di dunia ini amat mudah untuk berprasangka; menghakimi seseorang berdasarkan rupa luarannya semata-mata. Malah aku sendiri tidak terlepas daripada perbuatan yang amat ditegah oleh Islam ini. Ya, aku amat mudah untuk menilai seseorang berdasarkan rupa parasnya. Atau melihat kepada cara dia berpakaian. Walaupun benar bahawa tingkah laku dan personaliti seseorang itu sedikit sebanyak dapat memberi gambaran tentang siapakah dia, namun ia tidak selalunya tepat.
Aku sering tersilap. Hanya kerana seorang lelaki itu berambut panjang, memakai rantai, kelihatan selekeh dan memakai seluar ketat tirus ke bawah, aku mudah untuk menilainya sebagai remaja rosak akhlak, melalui kaca mataku. Hanya kerana seorang perempuan itu tidak bertudung, bertindik penuh di telinga, berskirt pendek dan merokok, aku terus menghakiminya sebagai seorang jalang yang tidak bermoral. Astaghfirullah...
Aku silap.
Aku benci apabila orang menilaiku daripada rupa parasku, atau bagaimana aku mengenakan pakaian, atau bagaimana mimik mukaku menunjukkan perasaanku. Hakikatnya, aku juga sering melakukan perkara yang sama.
Aku silap.
Yang lebih menyedihkan, golongan yang kononnya beragama dan memahami ajaran Islam, mereka ini jugalah yang sering menyebabkan ramai orang lari daripada Islam. Golongan yang mendakwa mereka sebagai pejuang agama Allah, mereka jugalah yang banyak menyebabkan orang benci kepada deen ini.
Terlupakah mereka bagaimana kisah seorang pelacur yang berjaya menempah tempat di syurga hanya dengan memberi minum seekor anjing..? Terlupakah mereka tentang seorang wanita yang begitu hebat dalam ibadahnya, namun dimurkai Allah kerana menyeksa seekor kucing sehingga membunuhnya...?
Semuanya kembali kepada soal keikhlasan hati. Hati yang suci dan bersih pasti melahirkan lahiriah yang juga suci dan bersih. Namun lahiriah ini juga kadangkala subjektif. Yalah, apa makna handsome, cantik, kacak bergaya kepada seseorang...? Atau alim dan warak..? Subjektif kan...? Seseorang itu mungkin menilai kekacakan seseorang berdasarkan bagaimana rupa parasnya. Yang lain mungkin mendasarkannya kepada bagaimana seseorang itu berpakaian. Begitu juga dengan alim dan warak. Adakah dengan solat lima waktu sehari semalam di masjid, atau berzikir dan membaca al-quran tanpa henti itu sudah boleh dikatakan sebagai soleh dan syadid? Entahlah. Pada aku, hanya Allah sahajalah yang Maha Mengetahui. Kerana itu setiap kali kita melakukan sesuatu, ianya mesti diniatkan kerana Allah, tidak pada yang lain, tidak kerana yang lain. Insha-Allah, kita pasti akan dibalas dengan seribu macam kebaikan atas keikhlasan kita melakukan sesuatu.
Dan ingatlah, hanya Allah sahajalah yang berhak menghakimi seseorang itu seadil-adilnya. Hatta untuk mengatakan seseorang kafir itu akan masuk neraka juga merupakan suatu kesilapan, kerana kita tidak mungkin tahu bagaimankah kesudahan hayatnya. Berapa ramai orang yang kafir kemudian menerima hidayah Allah, lantas menjadi seorang mukmin yang jaaauuuuhhh lebih baik daripada kita...? Cukup ramai. Nama-nama seperti Yusuf Islam, Yvonne Ridley, Shah Kirit Kokilal Govindji, Farid Ravi dan ramai lagi menjadi bukti bahawa hidayah itu milik Allah yang mutlak. Sekurang-kurangnya aku tahu mereka lebih hebat daripada aku.
Pada masa yang sama, ada juga batas-batasnya dalam penampilan diri dan cara berpakaian. Yalah, sebagai seorang da'i, takkanlah kita hendak bertindik lidah contohnya. Atau memakai seluar jeans yang koyak di peha dan lutut. Atau berbau busuk tidak mandi sebulan. Benar, "Don't judge a book by its cover." Tetapi bukankah buku yang mempunyai kulit yang menarik, yang dihiasi dengan pelbagai corak dan warna yang menawan akan lebih mudah dijual? Begitu juga dengan seorang da'i. Sebagai seorang pejuang agama Allah, dialah yang pertama sekali wajib menunjukkan qudwah yang terbaik kepada orang di sekelilingnya. Bukankah seorang da'i yang kemas, baik akhlak dan budi pekertinya dan pandai membawa diri lebih mudah untuk didekati? Ya, tidak perlu memakai pakaian yang berjenama dan mahal-mahal, minyak wangi setempayan, tetapi cukuplah sekadar kemas dan cantik; sedap dan sejuk mata memandang. Dalam hal ini, sudah pasti Rasulullah SAW adalah contoh yang paling baik untuk diikuti. Baginda amat terkenal dengan kecantikan keterampilannya, baik akhlaknya mahupun luarannya.
Renungkanlah firman Allah dalam Surah al-Hujurat, surah ke 49, ayat 13:

Tetapi, perlu diingatkan bahawa hal ini bukanlah lesen untuk kita berlenggang kangkung buat tak tahu sahaja apabila melihat kemungkaran terang tang tang berlaku di depan mata. Bukan bermakna, apabila melihat seseorang yang sudah terang-terangan Muslim minum arak misalnya, kita buat bodoh sahaja, memberi alasan kita mestilah sentiasa bersangka baik. Bukan begitu! Kemungkaran tetap kemungkaran dan ia mesti dicegah walau dengan cara apa sekali pun. Apa yang aku cuba katakan di sini, kita terlalu mudah untuk menilai dan menghakimi seseorang hanya berasaskan paras rupa, warna kulit dan cara penampilan seseorang itu.
Pada masa yang sama, ada juga batas-batasnya dalam penampilan diri dan cara berpakaian. Yalah, sebagai seorang da'i, takkanlah kita hendak bertindik lidah contohnya. Atau memakai seluar jeans yang koyak di peha dan lutut. Atau berbau busuk tidak mandi sebulan. Benar, "Don't judge a book by its cover." Tetapi bukankah buku yang mempunyai kulit yang menarik, yang dihiasi dengan pelbagai corak dan warna yang menawan akan lebih mudah dijual? Begitu juga dengan seorang da'i. Sebagai seorang pejuang agama Allah, dialah yang pertama sekali wajib menunjukkan qudwah yang terbaik kepada orang di sekelilingnya. Bukankah seorang da'i yang kemas, baik akhlak dan budi pekertinya dan pandai membawa diri lebih mudah untuk didekati? Ya, tidak perlu memakai pakaian yang berjenama dan mahal-mahal, minyak wangi setempayan, tetapi cukuplah sekadar kemas dan cantik; sedap dan sejuk mata memandang. Dalam hal ini, sudah pasti Rasulullah SAW adalah contoh yang paling baik untuk diikuti. Baginda amat terkenal dengan kecantikan keterampilannya, baik akhlaknya mahupun luarannya.
Renungkanlah firman Allah dalam Surah al-Hujurat, surah ke 49, ayat 13:
"Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti."
Tak kiralah anda hitam atau putih, kaya atau miskin, memandu Mercedes Benz atau hanya kereta kodok yang hampir menemui ajalnya, seorang professor atau petani sawah bendang, ketika anda menghadap Rabb yang Esa di Mahsyar kelak, yang menjamin tempat anda di syurga hanyalah iman dan taqwa.
Mungkin bunyinya sedikit stereotaip, tapi tepuklah dada, tanyalah iman anda!

-gabbana-
5 Caci Maki Puji Muji:
haih bos...sedeyh napok...
selamat sambut ramadhan..
haha,, sedih ngan umat skang la sheikh. selamat jugak!! ;)
mungkin pak cik tu tertanya2 anak siapakah ini? heheheh...... i think i have the same feeling too, but ages ago, sometimes we always bother too much what other ppl might think about us, i dun give a damn on tht, entah laa kalau kita ikhlas kerana Allah kenapa perlu rasa janggal ngn org lain, yg hakikatnya hamba Allah jugak....hehe
positif sikit bulan2 puasa ni please? huhu
Thank U Adam :) Best baca.
Selamat melakukan ibadah!
btol2.. kalau dok pening kepala fikir apa org cakap pasal kita, mesti satu ape pon xjd! +ve la ni, kalau tak mesti tak tulis artikel ni! hehe..
sama-sama! selamat juge...! ;)
Post a Comment