11 November 2009

Sakit Gigi.. Revisited

Salaam a'laikum warah matullah.

Menemui pembaca budiman sekalian,

Saya tahu saya tahu (Penggunaan kata ganti nama diri 'saya' akan diamalkan dengan lebih kerap, akibat pengaruh seseorang). Sudah AMAT lama saya tidak mengupdate blog ini. Sampai blog kesayangan ramai (*koffkoff*) ini sudah bersawang, penuh dengan anai-anai dan serangga perosak. Tunggu masa sahaja untuk roboh, ha
ncur dan berkecai. Jadi sebelum semua itu terjadi, saya mengambil keputusan untuk mengupdate jua blog ini, dengan harapan blog ini akan terus bertahan bersama arus zaman...


Anyways, saya terfikir, jika saya mahu menulis setiap peristiwa menarik atau pengalaman peribadi yang tidak boleh dilupakan satu-persatu dalam post kali ini, nescaya saya akan berputus asa lantas blog ini akan bersawang kembali. Oleh sebab itu, saya tidak akan berbuat demikian. Marilah kita mulakan hidup yang baru...! (macam kurang relevan... -.-')

Kamu ingatkah post saya yang terdahulu berkaitan gigi geraham bongsu yang terchenta..? Baiklah, tanpa diduga-duga, adik kecil kepada beliau telah mengambil keputusan untuk melihat-lihat bumi yang fana ini. Cenonet sahaja, tapi hazabnya...... Hanya Allah yang tahu. Pada mulanya saya berlapang dada dan bersangka b
aik yang si adik kecil kepada Inche Geraham Bongsu tidak akan mengapa-apakan saya dan ahli keluarga gusi dan gigi yang lain. Malangnya... Sangkaan saya jauh meleset. Puan Gusi telah mengalami stress yang teramat sehinggakan sangat sukar Tuan Gigi dan ahli keluarganya yang lain untuk menjalankan tugas mereka.

Haih...

Kadangkala si Adik Kecil Geraham Bongsu berlari-lari dan melompat-lompat dan berkejar-kejaran sehinggakan Inche Mata hampir sahaja mengeluarkan air-air rembesannya. Sakitnya... Nak tidur pun terseksa...!


Saya telah pun mengambil ubat pembunuh kesakitan, di samping memnyapu-nyapu gel keluaran Syarikat Boots Sendirian Berhad. Dan juga berkumur dengan air bancuhan garam. Tetapi setakat ini, tiada perubahan ketara pada tekanan yang dialami oleh Puan Gusi. Kasihan dia...

Saya pernah terdengar, sakit gigi ni, sakitnya kedua selepas sakit nak bersalin...!! *peluh besar* Betulkah para pembaca budiman...?





Kasihan juga Encik Perut. Sudah dua kali berturut-turut menjamah nasi air. Khuatir Encik Perut menjadi bosan nanti..! Tapi mungkin ini antara hikmah Adik Kecil Geraham Bongsu mengambil keputusan untuk bersiar-siar dan menikmati pemandangan bumi yang fana ini. Mungkin Inche Perut sudah terlalu kotor dan dipenuhi dengan najis dan sampah! Lantas dek kerana kasihankan Inche Perut, mungkin Puan Gusi sebenarnya yang memberi galakan kepada si Adik Kecil Geraham Bongsu untuk pergi menjelajah dunia baru; supaya Inche Perut dapat membersihkan dirinya.

Mungkin.

Atau mungkinkah Adik Kecil Geraham Bongsu sebenarnya kasihan dan simpati kepada Raja Hati, yang sudah hitam legam, penuh dengan noda dan dosa..? Lantas membuat keputusan untuk keluar menerjah bumi yang fana, supaya kesakitan dan penderitaan yang dialami akan membuatkan Raja Hati cepat sedar dan insaf, tuntas mengingat Tuhan yang Esa..? Kafarah dosa katanya.

Mungkin juga.

Apa-apa pun, saya tetap bersyukur kerana kesakitan yang begini banyak memberi pengajaran sebenarnya. Yes, menjadikan saya lebih bersyukur dan insaf akan kehebatan Allah Yang Maha Kuasa. Alhamdulillah... Juga mengingatkan diri tentang azab Allah di akhirat kelak; sakit gigi yang tak seberapa ni pun dah cukup terseksa, bayangkan seksaan di neraka Jahannam nanti....... Naudzubillahi min dzalik...

Allahu a'lam.

-gabbana-

p/s: Mungkin juga antara hikmah sakit gigi ini, saya akhirnya 'dipaksa' untuk mengupdate blog ini! ;)


4 Caci Maki Puji Muji:

AdaptingChange 12/11/2009, 00:14  

salam..
oi.. sejak bile lak inche graham boungs
(ala-ala nama german gitu)pandai berjalan-jalan neh?
sroh die dok diam2.
sejok2 mane leh kuar rumah.
dah arr takde sweater.
nanti demam.
lol~

Inche gabbana 12/11/2009, 01:21  

haih... masalahnya adik kecil geraham bongsu ni degil orgnya, dh suroh dh, tp dia excited gak nak kuar... T_T

Inche gabbana 12/11/2009, 01:21  
This comment has been removed by the author.
Anonymous 23/02/2014, 01:00  

adik kecil graham bongsu...huh!

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP