11 December 2013

Ainul Mardhiah: Epilog

[Kredit]

Mustaqim memegang sebingkai foto yang diperbuat daripada perak itu. Royal Selangor. 

Lama dia menatap gambar ibunya, yang tidak pernah dijumpainya itu. Setiap hari, dia tidak pernah bosan menatap wajah ibunya. Dia tidak mahu wajah ibunya itu terpadam dari ingatannya.

Titisan air mata tumpah, membasahi pipinya. Namun Mustaqim tersenyum. Dia gembira.

"Ummi... Nanti kita jumpa kat sorga eh...? Nanti kita main sama-sama. Mus rindu Ummi..."

Ketika itu juga, kedengaran kereta ayahnya yang baharu sahaja tiba dari tempat kerja. Tidak lama selepas itu, bunyi enjin tidak lagi mengaum, tanda ia sudah dimatikan.

Mustaqim segera ke pintu, tidak sabar-sabar untuk mendapatkan ayahnya. Senyuman lebar terukir pada bibirnya yang kemerah-merahan itu. Matanya bersinar cerah, teruja untuk menceritakan kepada ayahnya apa yang dialaminya sebentar tadi.

"Abi Abi!"

Muzammil tersenyum. Tiada hiburan yang lebih melegakan hatinya dan menghilangkan penatnya, selain melihat wajah comel dan suci anak tunggalnya itu. Segera dikeluarkan kunci rumah dan membuka gril pintu yang menjadi penghalang antara dirinya dan Mustaqim.

Belum sempat Muzammil menanggalkan kasut dan stokingnya, Mustaqim sudah mendakap erat perutnya. Muzammil tertawa kecil, lantas mengusap rambut anaknya itu. 

"Abiii! Mus jumpa Ummi tadiiii!"

Berkerut dahi Muzammil mendengar kata-kata anaknya. 

Ummi...? Ummi mana ni?

"Mus jumpa Ummi? Bukan hari-hari ke Mus jumpa Ummi? Tu kan, dalam gambar yang Mus pegang tu."

Muzammil tersenyum lagi. Kali ini dia mengangkat anaknya, mahu mendukungnya pula. Berat. Sakit tulang belakangnya.

"Bukanlah Abi! Ni Mus jumpa betul-betul. Mus jumpa Ummi yang betul-betul!"

Kali ini Muzammil membuat muka pelik pula. Keningnya terangkat, tanda dia tidak tahu mahu memberikan respon yang macam mana. 

"Ok... Mus jumpa Ummi kat mana..?"

"Mus jumpa Ummi dalam mimpi! Masa Mus tidur tadi! Cantikkk abi, Ummi...! Tak macam dalam gambar ni! Tapi Mus kenallah tu Ummi!"

Muzammil meletakkan Mustaqim ke bawah. Dia berjalan memimpin tangan anaknya, menuju ke sofa. Selepas mendudukkan Mustaqim, dia duduk di sebelah anaknya itu.

"Mimpi...? Mus mimpi apa?"

"Entah. Tapi Mus ada kat satu tempat ni, cantik sangat Abi! Dia macam taman Wonderland yang kita pergi tu, tapi lagi cantiiikkk!"

Mimpi.

"Mus jalan-jalan kat situ, tak tahu nak buat apa. Tiba-tiba Ummi datang, dia peluk Mus dari belakang! Lama dia peluk Mus, baru dia lepas. Lepas tu Mus pulak peluk Ummi! Haha."

Kali ini Muzammil lebih serius. 

Biar betul anak aku ni.

"Betul ke ni Mus..? Ok cuba Mus cerita kat Abi, macam mana rupa Ummi. Nak tengok betul ke Mus jumpa Ummi, ke orang lain."

"Ish betullah Abi! Mana Mus nak ingat sangat... Tapi tu memang Ummi! Lagi lawaaaa! Tak macam gambar niii! Dalam mimpi Mus, Ummi tak besar macam ni. Ummi kurus! Ummi tak hitam macam ni. Ummi putih! Melepak! Ha, tahi lalat Ummi kat dagu ni, ada jugak!"

Muzammil tersentak. Tahi lalat di dagu. Muzammil membetulkan tempat duduknya. Kini dia lebih fokus pada anak kecil itu.

"Ok... Apa lagi yang Mus buat dengan Ummi..?"

"Lepas tu kami jalan-jalan, tepi sungai. Cantiiikkkk! Air dia bersih Abi! Lepas tu Ummi bawak Mus makan..."

Mustaqim mengerutkan dahinya, cuba untuk mengingat semula apa yang dimakannya di dalam mimpi.

"...buah! Sedaaap sangaaattt! Tak pernah jumpa buah-buah macam tu! Ada macam-macam jenis buah! Ada warna kuning, ada wana merah, ada warna ungu. Macam-macam ada!" 

Muzammil tahu, anaknya itu tidak berbohong. Tidak mungkin anak sesuci itu akan berdusta. Dia mengusap kepala anaknya penuh mesra.

"Ummi macam mana...? Dia sihat?"

"Sihat! Dia nampak happy! Asyik tersenyum je. Cantik abi!"

Tidak semena-mena mengalir air mata Muzammil.

"Ummi...Ummi pakai baju apa...?"

Mata Mustaqim berputar ke atas.  Mahu mengingat kembali pakaian yang dipakai oleh ibunya.

"Hmmmm... Ummi pakai putih. Semua putih! Baju dia sama dengan yang dalam gambar ni, tapi putih. Ada cahaya, Bi!"

Muzammil tersenyum. Dia mengesat pipinya yang basah.

"Eh? Abi? Abi nanges ke..?" 

"Eh tak tak. Hmmmm. Ummi... Ummi ada pesan apa-apa tak pada Mus...?"

Anak kecil itu tertawa kecil. Dia seperti tahu apa yang ayahnya maksudkan.

"Mestilah adaaaa! Ummi kirim salam pada Abi! Dia kirim salam sayang! Dia cakap, soh bagitau Abi, yang Ummi akan tunggu Abi di sana. Dia kata, dia rinddduuuu sangat pada Abi!"

Anak kecil itu tersenyum lebar. Teruja. Dia tidak tahu, yang kata-katanya yang naif itu begitu menusuk kalbu, pada sudut yang paling dalam pada hati Muzammil.

Kali ini air mata Muzammil tidak tertahan lagi. Dia tidak peduli Mustaqim melihatnya. Dia benar-benar rindu akan isterinya itu. 

Ahhhhh Mardhiah, aku juga rindu padamu!

***

Pemuda itu bangkit dari tidurnya. Dia tersenyum. Lebar.

Tidak pernah seumur hidupnya dan sepanjang hayatnya, dia bermimpi sebegitu indah. Jika boleh, dia tidak mahu bangkit-bangkit dari tidurnya. Dia mahu terus tidur agar dia hidup dalam mimpinya. Buat selamanya.

Namun dia tahu dia perlu bangun. Kerana untuk bertemu dengan Ainul Mardhiah, dia perlu bangun. Dia perlu bangun untuk hidup. Dan dia perlu bangun untuk syahid. 

Di dalam mimpinya tadi, dia telah bertemu dengan ramai bidadari. Kecantikan dan keindahan paras rupa mereka tiada tandingan dengan mana-mana manusia di dunia. Dan setiap bidadari yang ditemuinya, pasti akan jauh lebih cantik dan jelita daripada bidadari-bidadari yang sebelumnya. 

Tapi bukan mereka itu yang dicarinya. Meski wajah dan tubuh badan mereka sudah boleh menggugah iman mana-mana jejaka yang melirih, tapi bukan mereka yang pemuda itu cari dan damba. Walau kecantikan mereka tiada tolok bandingnya, sudah cukup untuk memuaskan mata-mata fana yang melihat, namun dia ada misi lain yang perlu dipenuhi.

Dia mencari Ainul Mardhiah. Ketua segala bidadari. Bakal isterinya di sorga. 

Akhirnya, setelah ditunjukkan arah oleh para bidadari yang jelita, yang semuanya tersipu-sipu melihatnya, yang semuanya teruja kerana mereka tahu pemuda itulah bakal suami kepada ratu dan ketua mereka, si pemuda akhirnya tiba ke singgahsana di mana tempat Ainul Mardhiah beradu. 

Pemuda itu terkesima, terkedu dengan kecantikan Ainul Mardhiah, sehingga langsung dia terlupa pada kecantikan dan kejelitaan bidadari-bidadari yang dijumpainya sebelum ini. Sinar gemilang memancar cerah dari wajah sang ratu bidadari itu.

Apabila pemuda itu mendekati bakal isterinya itu, si bidadari menghalang, namun dengan seukir senyuman penuh bermakna.

"Sabar. Aku belum lagi milikmu, kerana engkau belum syahid."

Ketika itulah pemuda itu terjaga dari tidurnya. Dengan senyuman. Dengan azam yang berkobar-kobar, dengan semangat yang membara, untuk bertemu dengan syahid. Agar dapat dia memadu asmara dengan Ainul Mardhiah, bakal isterinya di sorga. 

Ditakdirkan Allah, selepas menceritakan mimpinya itu kepada seorang sahabat, musuh datang menyerang mereka, yang ketika itu sedang berada di perbatasan perang. 

Pemuda itu berperang dengan penuh berani. Ditentangnya musuh-musuh yang datang membilah pedang dan menghunjam tombak tanpa rasa takut atau gerun. Namun sudah menjadi suratan, pemuda itu cedera parah diserang musuh.

Ketika jasadnya dipangku si sahabat yang menjadi satu-satunya saksi kepada kisah Ainul Mardhiah itu, pemuda yang sudah nazak itu tersenyum penuh gembira. Dan akhirnya dia ketemu syahid. Akhirnya dia memperoleh tiket untuk dia terbang menuju ke sorga, bertemu dengan Ainul Mardhiah yang kini sudah sah menjadi isterinya.

Kerana maharnya adalah syahid. Mas kahwinnya adalah jiwa dan harta yang diinfaqkan untuk menyalakan obor-obor di atas jalan perjuangan agamaNya. Pemuda itu sudah pon membayarnya.

Apabila kisah ini disampaikan kepada Rasulullah SAW, baginda membenarkannya. Baginda membenarkan bahawa pemuda itu sedang menanti waktu berbuka puasa di sorga.

Untuk bertemu dengan kekasih hati pujaan jiwa, Ainul Mardhiah. 

Pandangan yang diredhai.
***

"Awak... Hmmm... Dah lama saya nak tanya benda ni... Tapi... Awak kena janjilah, yang awak takkan marah...?"

Muzammil meletakkan buku Majmu' ar-Rasail yang sedang ditelaahnya. Dipandangnya wajah isteri kechentaanya itu dengan penuh sayang. Penuh chenta. Dan hairan. Sempat juga matanya melirih pada perut isterinya yang sedang membesar, mengandungkan anak sulung mereka yang kini sudah berusia lima bulan. 

Dia tersenyum dan mengangguk perlahan.

"Bukan apa... Saya... Saya curious je... Haha... Hmmmm.. Macam mana nak cakap ek?"

Muzammil merapatkan dirinya dengan isterinya itu. Dia mengangkat tangan kanannya, dan memeluk bahu isterinya itu. Isteri kesayangannya, dunia dan akhirat.

"Cakaplah awak. InshaAllah saya tak marah. Kalau saya marah pon, saya tukar kaler ungu, itu je. Hehe."

Mardhiah mencubit pinggang Muzammil. Manja. Setelah bergurau-senda untuk seketika, Mardhiah membetulkan kedudukannya. Kali ini dia tampak lebih serius. Tenang.

"Jujur ye yang. Wallahi, setiap hari, setiap saat dan ketika, saya tak pernah berhenti bersyukur pada Allah, sebab kurniakan suami sebaik awak. Kadang-kadang rasa macam tak percaya. Setiap pagi bangun tidur, mesti nak kena cubit pipi dulu. Tapi bila nampak awak di sebelah, Allah, tak tahu nak cakap macam mana..."

Mata Mardhiah memerah. Ia mula merembeskan air.  

"Laaaa ilaha ilallah. Apa kena awak ni? Belum apa-apa dah nak nanges! Haila haila..."

Mardhiah tertawa. Cepat-cepat dia menarik hujung baju T yang dipakai Muzammil dan dilap matanya.

"Mestilah nak kena emo sikit. Touching kottt. Haha."

Selepas sedikit tenang, Mardhiah kembali memulakan bicara. Hanya seusai menghela nafas yang panjang dan mengusap perutnya yang membusung itu.

"Bukan saya tak yakin dengan suratan Allah. Bukan tak tsiqah pada perancanganNya. InshaAllah saya yakin semua tu. Malah setiap hari, saya sentiasa ternanti-nanti apa lagi kejutan yang Allah ada untuk saya.

Cuma... Yalah, sebagai seorang perempuan, selalu juga tertanya-tanya..."

Muzammil mengangkat keningnya. Tidak sabar-sabat mahu mengetahui, apakah yang terbuku di hati Mardhiah. Berdebar-debar juga dibuatnya. 

"...kenapa eh, awak setuju untuk menikah dengan saya...? Apa yang buat awak yakin yang... Yang... Err.. Sayalah orangnya...? Hahaha.. Tu je nak tahu."

Mardhiah tersipu-sipu. Dia sempat membuat muka comelnya. Entah mengapa, tiba-tiba terasa begitu malu pula dengan suaminya itu. Timbul sedikit penyesalan, kerana bertanyakan soalan yang remeh itu.

Muzammil tertawa. Tertawa besar. Sehingga terbaring-baring dibuatnya di atas sofa. Mardhiah berasa sedikit jengkel dengan kelakuan Muzammil itu. Meski dia tahu soalannya tampak remeh, tapi dia tidak sangka yang Muzammil akan memberi respon sebegitu rupa.

Segera dia menolak badan Muzammil. Geram. Pantas dia memasamkan mukanya. Merajuk. 

Muzammil sedar yang dia sudah keterlaluan. Dengan mata yang masih berair dan tawa yang masih berbaki, segera dia cuba memujuk Mardhiah dengan mencubit pipi isterinya itu. 

"Alololo. Merajuk pulak diaaa. Haha. Ok ok, saya bagitau awak. Tapi awak kena janji..."

Segera Mardhiah memberikan perhatian. Dia memang tidak pandai merajuk. 

"Janji..? Janji apa..?"

Muzammil tersenyum nakal. Dia bermain-main dengan keningnya. 

"Awak kena janji... Yang awak tak boleh bagitau sesapa pasal ni. Ini rahsia besar! Rahsia kerajaan! Kalau awak bocorkan, awak boleh kena bunuh...!"

Mardhiah mengembangkan hidungnya. Dahinya sedikit berkerut.

"Ish merepeklah awak ni! Takpelah, kalau awak taknak bagitau, tak payahlah..."

"Hahaha. Awak ni, chill boleh tak...? Asyik dok emo je, kesian la kat baby dalam perut tu."

Segera Muzammil mengusap perut Mardhiah. Manifestasi chentanya yang abadi kepada isterinya itu. Dan tindakannya itu berjaya melembutkan hati Mardhiah yang sedikit panas dengan kelakuan Muzammil sebentar tadi. 

Lama Muzammil begitu, sebelum dia memulakan bicara. Rahsia yang sudah lama disimpannya seorang diri. 

"Awak ingat tak taaruf kita dulu...? Yang awak pergi tanya soalan berani mati, kenapa saya tak kahwin lagi tu...? Hahaha, yakin betul awak ni!"

Mardhiah tertawa kecil. Masakan dia boleh lupa saat yang menemukannya dengan Muzammil itu. 

"Jujur... Selepas sesi taaruf tu, saya... Saya tak pasti macam mana nak buat keputusan. Saya was-was. Sama ada nak teruskan, atau batalkan sahaja."

Mata Mardhiah membundar. Tidak sangka agaknya dengan apa yang baru didengarinya.

"Biasalah kan, ada second thought lepas tu. Bisikan-bisikan syaitan lagi. Syaitan mana suka kalau dua insan disatukan dengan tali pernikahan yang sah. Saya betul-betul tersepit. Stress. Antara nak penuhi tuntutan agama dan kehendak nafsu. Lama jugaklah untuk saya buat keputusan..."

Mardhiah mengangguk kecil. Seingat dia, hampir sebulan jugalah dia terpaksa menunggu jawapan daripada Muzammil.

"Tapi... Saya percaya, tiada pembimbing dan penunjuk jalan yang lebih benar melainkan Dia. Jadi saya perbanyakkan doa. Saya istikharah. Saya tak putus-putus mintak pada Dia, untuk tunjukkan jalan. Saya doa pada Dia, 'Ya Allah, jika Mardhiah adalah orangnya, Kau permudahkanlah urusanku. Kau berikanlah aku tanda-tandanya.' Ha, awak kena rasa bangga tu, saya sebab doa macam tu. Ala-ala doa ghulam. Haha."

Sempat Muzammil berseloroh. 

"Then, satu malam, saya bermimpi. Saya jumpa awak..."

Mardhiah terlopong. Wajahnya benar-benar menggambarkan yang dia amat terkejut mendengarkan apa yang baharu diberitahu oleh Muzammil.

"Hahaha.. Jangan terkejut sangat boleh tak?? Rasa nak tangkap je muka awak sekarang ni, dan upload kat Instagram. Priceless! Hehe.

Anyway... Saya jumpa awak dalam mimpi. Tapi... Err... No offence, awak versi yang jauhhhhh lebih jelita. Macam bidadari! Sumpah wak, tak tipu! Lagi pulak, tempat saya jumpa awak tu, bukan kat dunia biasa. Di dunia yang sungguh luar biasa. Sorga mungkin.

Saya tanyalah, 'Siapa anda...?' sebab of course la kan, mestilah teruja jumpa bidadari dalam mimpi. Hehe."

Wajah Mardhiah ketika itu, benar-benar tidak dapat menggambarkan apakah yang sedang bermain di dalam fikirannya. Bercampur-aduk; teruja, pelik, tidak percaya, penuh minat dan bermacam-macam lagi. Yang pasti, dia langsung tidak menyangka apa yang sedang didengarinya.

"Then...? Apa saya jawab..?"

Kedua-dua mereka tertawa serentak dengan pertanyaan jujur Mardhiah itu. 

"Awak jawab, awak ni bakal isteri saya. Of course la saya excited kan! Hahaha. Tapi bila saya nak dekati awak, awak halang dan awak cakap, 'Belum. Saya belum lagi isteri anda yang sah.' Lepas tu tiba-tiba saya terbangun. Berpeluh satu badan awak tahu?

Tapi mimpi tu bagi saya jawapan yang saya tunggu-tunggu selama ni. Saya dah yakin. Yakin sangat sampai saya terus capai phone saya dan hantar Whatsapp pada Harith, cakap saya setuju nak nikah dengan awak. Masa tu... Pukul tiga lima belas pagi! Hahaha. Lepas hantar mesej tu, saya terus ambil wudhu' dan sujud syukur. Memang rasa tenang sangat. Dan saya dah tak ragu lagi!"

Muzammil tersenyum. Dia berasa puas kerana akhirnya dia dapat menceritakan kisah itu kepada Mardhiah. Rahsia yang disimpannya sejak sekian lama.  

Mardhiah juga tersenyum, tetapi dengan linangan air mata. Sungguh, sukar untuk dia mempercayai kisah yang baru dikongsikan oleh Muzammil. Terasa seperti menjadi watak utama dalam kisah dongeng rakyat jelata pula. Namun dia rasa puas. Hidup. Dan gembira dengan kejujuran Muzammil.

"Awak... Uhmm.. Saya tahu soalan ni tak patut saya tanya... Tapi... Pernah tak awak rasa menyesal, walau sedikit, sebab berkahwin dengan saya...?"

Muzammil terkejut dengan soalan Mardhiah itu. Namun dengan cepat dia tersenyum. Dia memegang wajah isteri kesayangannya itu dengan penuh lembut. Penuh kasih. 

"Awak... Tipulah kalau saya cakap, perkahwinan kita selama ni, sempurna. Dan bohonglah kalau saya cakap, saya bahagia dan gembira sepanjang masa dan ketika. Kita kan manusia..? Kita pasti tidak boleh lari daripada kelemahan, kekurangan dan kelompongan yang ada pada diri kita yang tidak sempurna ini. 

Tapi wak... Meskipon kita takkan jadi sempurna, kita sentiasa disuruh untuk mengejar kesempurnaan tu. Kerana dalam kita berlari dan terus berlari memburu kebahagian dan kegembiraan, kita akan jatuh. Kita akan luka. Kita akan tersadung dan cedera. Namun kita akan bangkit semula. Kita akan bangun, bersihkan darah pada luka, sapu habuk dan debu pada baju, dan teruskan perjalanan kita. Dari situ, kita akan jadi lebih kuat. Kita akan lari dengan lebih bersemangat. Dan kita akan jadi lebih berhati-hati. Sebab kita takkan jatuh dalam lubang yang sama dua kali."

Mardhiah mendengar dengan penuh minat sekali. Matanya jarang berkelip, difokuskan pada setiap bait yang dilafazkan Muzammil.  

"Jadi... Masakan saya menyesal, mengikat tali perkahwinan di dengan awak...? Sebab dari awak, saya dah belajar banyak benda. Saya belajar erti menghargai. Saya belajar erti merendahkan ego. Saya belajar erti kesabaran. Saya juga belajar erti pengorbanan dan melebihkan orang yang sangat kita sayang dan hargai.

Dan awak tahu, apa perkara utama yang saya belajar dari awak..?"

Mardhiah menggeleng perlahan.

"Saya belajar erti chenta. Bahawa chenta itu bukan untuk memiliki, tapi untuk berkongsi. Chenta itu bukan kata nama, tapi kata kerja. 

Dan chenta itu tidak semestinya pada rupa. Tapi pada rasa, pada jiwa."

Muzammil tersenyum. Secara spontan, dia mendakap isterinya dan menghadiahkan Mardhiah dengan satu kucupan di dahi.   

Seperti yang boleh dijangka, pipi Mardhiah sudah pon basah dengan air mata. Bukan sedikit air mata yang tumpah. Muzammil hanya tertawa melihat teletah isterinya itu.

"Oh awak, saya lupa nak bagitau. Dalam mimpi saya tu kan, awak sebut nama awak. Dari situlah saya yakin yang awaklah, Mardhiah, orang yang bakal menjadi suri hati saya. Tapi... Nama awak lain sikit dalam mimpi saya tu."

Mardhiah teresak dalam senyuman. Berkali-kali dia cuba mengeringkan mata, hidung dan pipinya. Tapi semuanya kekal basah.

"Ya...? Apa nama saya...? Cik Siti Wan Mardhiah...?"

Muzammil tertawa. Itulah antara faktor yang menyebabkan dia terus-menerus jatuh chenta pada isterinya itu; sifat kelakarnya.

Muzammil memandang tepat wajah isterinya. Dengan penuh kasih, dia memegang dagu Mardhiah. Dan dengan senyuman, dia berbicara.

"Ainul. Mardhiah."

 - TAMAT -

-gabbana- 

Lega, gembira dan bersyukur kerana akhirnya saya berjaya menghabiskan siri Ainul Mardhiah ini.

Idea penulisan Ainul Mardhiah ini diambil dari pengalaman saya bergaul bersama ikhwah terutamanya. Dan sudah tentu tidak mampu untuk saya nafikan, ia juga ada terkait dengan pengalaman saya sendiri. Batuk. 

Alhamdulillah, idea untuk menghabiskan kisah ini tidaklah sukar dan rumit. Malah, ketika menulis Ainul Mardhiah bahagian yang pertama lagi, saya sudah boleh mengagak pengakhirannya bagaimana. Namun setelah membaca komen-komen dan cadangan-cadangan daripada anda semua, baharulah saya dapat untuk menyusun jalan cerita sepertimana yang telah anda baca. 

Sering menjadi kerisauan saya, yang saya akan larut dan hanyut dalam keasyikan menulis cerita pendek. Yang lebih menakutkan adalah andai tulisan saya hanya menjadi halwa mata bagi yang membacanya, tanpa memberikan manfaat besar dunia dan akhirat kepada kalian. 

Meski kisah ini seperti tidak berpijak pada dunia realiti, hanya mungkin terjadi nun di dunia yang selari, namun inshaAllah ada mesej yang ingin saya sampaikan. Teguran pada ikhwah dan akhawat, dan teguran untuk diri sendiri terutamanya. 

Moga mesej-mesej yang saya ingin kalian cernakan, dapat dihadam dengan baik. Jangan sekadar tertawa, tersenyum dan tertangis sahaja membaca kisah ini. Moga ibrah yang boleh kalian ambil, dapat disemAT di dalam hati dan diamalkan dengan penuh ikhlas dan bersungguh.

Moga Allah redha dengan usaha yang marhaen ini.

>> Ainul Mardhiah Bahagian I
>> Ainul Mardhiah Bahagian II
>> Ainul Mardhiah Bahagian III
>> Ainul Mardhiah Bahagian IV
 

51 Caci Maki Puji Muji:

Ummi Azie 11/12/2013, 10:52  

Alhamdulilah...tertunggu2 ending cerpen ni..sgt bermanfaat..

eidafarida 11/12/2013, 10:56  

Subhanallah... Syukran for this story...

Anonymous 11/12/2013, 10:58  

gaya penulisan inche Gabbana ni mcm pompuan la,,he3..sorry ,jgn marah..
btw,thanks for the entry..may Allah bless you.Fi hifzillah :)

Unknown 11/12/2013, 10:59  

Saya agak jalan critenye berbeza,tpi mgkn apg mahu pembaca sdr cerpen ni hanyalah cerpen tetapi bg manfaat kpd pembaca
apepun terbaik,pengalaman sendiri,itu yang peminat...:)

Selendang Hitam 11/12/2013, 11:52  

aish... banyak pulak habuk kat depan laptop nh.. (air mate bergelen2).. by d way cite nh so sweet.. yakin pada ketentuan Allah.. Kerana janjiNya pasti benar... :)

Anonymous 11/12/2013, 12:04  

luv it....

Anonymous 11/12/2013, 12:07  

syabas , ending yang hebat dan in sha Allah akan memberi ibrah kepada siapa siapa yg mbacanya =)

Anonymous 11/12/2013, 12:07  

inche gabbana, dapat mesej tu, tapi....taknak kawen la camni...huhu

Anonymous 11/12/2013, 12:27  

Jap tak faham, ainul mardhiah meninggal ke tak?

Amen Naqib 11/12/2013, 13:25  

Ainul Mardhiah meninggal... tu flashback laa~

AmirSyafiq 11/12/2013, 13:56  

i have to confess, i cried to this..

Anonymous 11/12/2013, 14:45  

potong bawang walo bawang takdop depan mata T.T

"chenta itu bukan kata nama.tapi kata kerja"

Anonymous 11/12/2013, 14:51  

a good story...somehow it change something inside me, more +ve....may Allah bless you always...

Anonymous 11/12/2013, 14:56  

Hakikatnya Tarbiyah itu mengajar KITA menjadi manusia yang sensitif.

Sensitif naik turun imanya di Hati,
Sensitif dengan banyakkan kata-kata dari amal,
Sensitif pada sahabat seperjuangan yang bersama berpimpinan tangan,
Sensitif pada Ummah dinihari .

Sensitif dgn sentiasa membina ukhuwah dan mengukir senyuman

Syabas APG, semoga terus sensitif membina jiwa islam di dalam jiwa SiMUSLIM.

kali kedua comment, ni cover
sekali post-post sebelum ini )

(Ayman)

Anonymous 11/12/2013, 14:57  

Sensitif dengan banyakkan amal-amal dari kata. ***

Anonymous 11/12/2013, 15:41  

nanges. nanges.

Anonymous 11/12/2013, 15:42  

haa...!-tuding jari-IG harus dihukum kerana dipercayai telah membongkar rahsia sulit kerajaan muzzamil...

Unknown 11/12/2013, 16:01  

Terbaik terbaik, best best n pengajaran tu penting. Trimas trimas. Nanges nanges. Haha

Anonymous 11/12/2013, 17:28  

assalamualaikum,

maaf la nak tegur.

saya x nampak sebarang kebaikan pun.ok, kalau ada mungkin sedikit maklumat dapat.

1. Gerakan ikhwanul muslimin, dan BM nya.
2. Betapa mereka hanya mewajibkan perkahwinan sesama mereka sahaja.
3. kesan dari dakwah melalui 'penulisan'.

saya sangat tidak bersetuju adegan 'ayang-ayang' suami isteri ditulis sebegini rupa.

Untuk apa?

Melayangkan perasaan dan hati anak muda yang masih tidak bernikah?

Untuk apa?

Saudara,

ada baiknya saudara ubah 'jihad' saudara ni pada yang lebih telus. menulis2 macam ni ok kalau x de kaitan ayang2 bagai ni. sudah2 la saudara.

Kita kene ingatkan anak muda tentang manhaj, tentang tauheed, tentang aqeedah, tentang islam.

Jangan dihanyutkan dgn penulisan begini.

Tanyalah sapa pun. Kebaikan yang ada cuma sedikit. Yakinlah ramai yang kembang angan2 nya setelah membaca tulisan saudara.

Memang kasar tulisan saya. Tapi kadang2 kasar perlu utk penerangan yang jelas. Sekurg2nya saya tidak mengeluarkan kata2 kesat.

Baca, tenangkan hati dan nilailah teguran saya ini.

Nampak semua komen baik2 sahaja, kecuali saya. Tapi memang masyarakat kita yang dalam zone selesa suka benar cerita semacam ini.

santai. main perasaan. syahdu. sedih. terharu.

tapi ilmunya tidak ada.

Teguran saya terlalu serius?

Ilmu memang kena serius, saudara.


Allahul musta'an.

Semoga allah memberi hidayah. ameen.

Inche gabbana 11/12/2013, 17:38  

Enonimus di atas: Wah, alhamdulillah! Terima kasih atas teguran yang baik dan jujur! Saya amat-amat menghargainya! ;)

Saya tak benda nak cakap untuk mempertahankan diri saya.

Cuma part "Kita kene ingatkan anak muda tentang manhaj, tentang tauheed, tentang aqeedah, tentang islam."

Er.. Anda dah pernah baca tulisan-tulisan saya yang sebelum ni..? :D

Jzkk sekali lagi untuk tegurannya. Moga Allah redha!

Anonymous 11/12/2013, 18:26  

Alhamdulillah^^

Unknown 11/12/2013, 18:50  

Anonymous yg komen pnjg tu mmg kena baca post inche gabbana yg lain2 juga. Not on this post only.

To inche gabbana: kl kawin nanti bgtau. Lps ni terbongkar siapa inche gabbana sebenarnya. Moga lepas kawin akan lebih mantap dakwahnya.

Anonymous 11/12/2013, 18:57  

Tlg jangan buat Mata sy msuk hbuk bnyak Sgt.. Coz sy sedang berada dalam kelas yg dipenuhi oleh rakan2... Rase mcm nak g tndas.. Nangis puas2... Sob3

Anonymous 11/12/2013, 19:14  

syukran IG.. semoga kita semua mndpt ibrah dri cita ni.

May Allah bless.

*

Anonymous 11/12/2013, 19:39  

Alhamdulillah, kadang2 kita perlukan penulisan yg serius , kadang2 perlukan penulisan yg simple asalkan message sampai supaya agama ini akan sampai kepada semua level.

Just my 2 cents. Terima kasih.

Anonymous 11/12/2013, 20:24  

Sokong I.G...

Jangan baca penulisan seseorag dengan sekali buka...btw, cerita yang layannnn..:)

Anonymous 11/12/2013, 20:42  

Syukran IG..buat saya menilai kembali apa tujuan membina BM sy nnt..kene betulkn niat balik nie Allahurabbi >_< jzzk

Anonymous 11/12/2013, 21:38  

Huznudzon. Mungkin sebab entri Ainul Mardhiah ditunggu-tunggu, ramai yang berkata-kata tentangnya. (and it was me from first entry. ha-ha)

Cuba try test acu klik entry-enrty APG yang lain..

CONFIRM menangis juga!
menangis sebab terkena kat diri sendiri.
hidung yang mancung makin kemek,
yang kemek tak tahu mana nak letak..

damai. =)

Anonymous 11/12/2013, 21:46  

Salam wrt jzkk atas penulisan sebegini, alhmdlllh dan astaghfirullah, byk yg saya dapat selain meluruskan kembali reason sy membina bm, buat anonymous yg ke 7 dari atas, kata2 saudara/i begitu skeptikal dan prejudis sekali bagi saya..

1. IM dan BM NYA?..
2. Betapa MEREKA mewajibkan perkahwinan sesama MEREKA sahaja..

Kadang kala manusia itu hanya melihat dari sisi yang mereka mahu dan ingin lihat sahaja.

Wallahualam.

the scribbled black book 11/12/2013, 23:45  

tiba-tiba mata berpeluh. terima kasih sbb tulis cerita ni. :) smgt membuak!

:) alhamdulillah..

Menang atau Syahid Adwa'. 12/12/2013, 00:31  

Mewajibkan perkahwinan sesama mereka itu macam tak tahan sikit.


Orang melayu asyik kawen dengan orang melayu, tidak pula jadi isu.


Kita mencari persamaan, sebab dengan persamaan itu kita harapkan lebih sejahtera dan berkekalan, selain dari rumahtangga dakwah yang lebih bermatlamat.

Anonymous 12/12/2013, 02:48  

Jujur cakap kalau bc mmg terasa seperti nak berangan.. rasa diawan-awangan.. tp bg org mcm sy.. yg ilmu agama nya senipis kulit bawang
.. byk jugak kot manfaat dtg drpd cerita ini.. ohh.. bru tahu wujudnya BM, baru tahu itu ini.. term2 bahasa arab.. pada sy la kn.. sesuatu bnda tu ada pro dan kontra nye.. semuanya terpulang pada kita cara nk hadamkan nya. Lain org lain cara nk terima dakwah..ada dgn cara cerita mcm ni.. ada dgn cara tguran kasar.. just my 2cent opinion.. :-)

Anonymous 12/12/2013, 03:16  

memang tertunggu sangat-sangat ending Ainul Mardhiah ni.
jujur memang ter-berangan-lah sikit, tipulah kalau takda perasaan di bawa ke awan kan. hahaha.
tapi, jujur jugak entry2 IG memang banyak buat saya yang iman tak berapa nak tebal ni ubah apa patut.
teruskan IG. kalau boleh buat novel lagi best. himpunan cerpen ke. :)

ayynonymous 12/12/2013, 03:35  

Ohnoes.
So this is the ending to your trilogy- turned- cycle?
(A herd of dust bunnies came my way just now, whew. *wipes eyeballs* Dust everywhere. Ehem.)
Currently having mixed feelings after reading your short story; the emotional roller coaster, the internal struggles of a man in tarbiyah (and woman I suppose, although some of it made me cringe), and the underlying message that you're trying to deliver.
But. Truth be told, there were certain instances where I couldn't stop myself from being superficial when reading your story (double cringe), and had to put extra effort to read between the lines. At times I had to remind myself that this is IG we're talking about. He has his reasons for choosing to write a piece like this.
Aseef if that sounds as though I was aiming for a headshot, tak berniat pun, seriusli.
As such is literature, kan? Some of the intended meaning gets lost in translation, somewhere between the beginning of the creative process until now. Maybe it's just me. Not sure.
But I appreciate the insight, truly. (Y)
Thumbs (and toes) up, IG!

- A.

Anonymous 12/12/2013, 07:07  

deep. subhanallah :')

Anonymous 12/12/2013, 07:59  

JOM layan lagu UNIC- Ainul Mardhiah.~

sungguh feeling dgr lagu + hayati cerpen nih..

layan~

Anonymous 12/12/2013, 08:53  

Bila lah ana bleh jadi mcm nta....hebat sngoti..jeles2x

Anonymous 12/12/2013, 13:09  

Saya x puas hati dengan cerpen inche gabbana.. perlu ke semua orang baik dan soleh mati awal?
Macam cerita baihaqi, ni pun ending yang sama.. x suka x suka..
Haha sorry emo

Anonymous 12/12/2013, 13:31  

Assalamualaikum wbt...
kepada anonymous yg coment panjang lebar pada tarikh 11/12/13

pada saya, saya dapat banyak kebaikan dari cerpen nie.

saya dapat ibrah yang kita as manusia yg selalu sgt pentingkan materialistik kena ubah pemikiran tu (lebih2 lagi org2 yg masuk tarbiyyah). Selalunya org yg masuk tarbiyyah nie Allah mmg selalu ajar by cash. Kita semua sgt banyak dimomokan dengan kecantikan2 plastik dalam media yg menyebabkan org2 yg sederhana rasa rendah diri.

And adengan ayang2 tu saya rasa tak keterlaluan, sbb org akan anggap org2 yg alim nie kalau dengan keluarga pun akan serius je, tapi sebenarnya tak. Contohnya Rasulullah s.a.w sendiri, Baginda kalau dengan isteri dan anak2 sgt2 lembut dan berkasih sayang.

Btw, bagi saya IG bukan nak bagi ilmu sahja tapi dia nak bagi fikrah to the people.

tapi apepun saya mintak maaf dengan comment yg panjang lebar nie. Semoga IG ambil apa yang baik. segalanya datang dari Allah.

semoga Allah memberi hidayah, ameen.

Anonymous 12/12/2013, 22:57  

moga Allah redha..

Anonymous 13/12/2013, 00:21  

"Saya belajar erti chenta. Bahawa chenta itu bukan untuk memiliki, tapi untuk berkongsi. Chenta itu bukan kata nama, tapi kata kerja.

Dan chenta itu tidak semestinya pada rupa. Tapi pada rasa, pada jiwa."

Nanges sampai lebam.

Hahaha.

Anonymous 13/12/2013, 00:47  

Tajuk series je dah sepatutnya cukup untuk membangkitkan semangat pemuda utk syahid.

Anonymous 13/12/2013, 01:22  

Tetiba je ade air y mengalir kat pipi nie . Huhu . Sy suka penulisn IG . walau ade y x suka . Peace ~ :D

Anonymous 13/12/2013, 01:37  

Ber 'ayang2' slepas kawin not a big deal.. Yup memg ia dpt melayangkn perasaan hati ank muda y belum bernikh

Untuk apa?

Untuk mrngelakkn berchenta sebelum nikah d kalangn ank muda… :)

Anonymous 13/12/2013, 07:28  

Salam wrt, tiba2 saya rasa akh ni iA sesuai sgt dgn sahabt sy yang seorng, ukh ni dari keluarga bukan tarbiyah, mmg iA qawiy, pegang 2 3 4 usrah, eh tapi sebaya pula umurnye dgn IG, ehem, tinggi, comel, seorang doktor, personality dia, partly opposite dgn IG, dia mcm gagah2 sikit, n ada sense of humour, eh tibe2 promo sahabat pulak kat sini.. Moga mendapat yg terbaik donya akhirat! Damai.. :p

Anonymous 13/12/2013, 20:24  

Smoga Allah redha ~

Part sahabat nabi syahid tu best.. terasa sesuai diletakkan kt situ. Mcm memurnikan balik hati selepas rasa berada di awang2an.

_peace_

InsyaAllah, teruskn menyumbang to please Allah.

7 13/12/2013, 21:58  

kepada anynomous yang menegur ...apa yang nak saya katakan ialah benar apa yang awak katakan dan tidak ada silap nyer...cuma bagi saya, setiap orang lain cara penerimaannya..mungkin anda jenis yang tegas dengan berkaitan dakwah dan tarbiah ini..dan pendapat saya cerpen ini dapat bagi semangat pada kita untuk menjadi lebih baik untuk mengejar misi utama kita setiap umat islam iaitu sorga..ambil la dari aspek yang positif...mungkin mr gabbana just berkongsi dr pengalaman nya...so chill anynomous.... ini pendapat saya..sebb saya x pandang sangat ayang2 dalam cerpen tu..because im read between the line....

Inche gabbana 14/12/2013, 11:22  

Enonimus 13/12/2013 07:28: Kalau saya kata saya berminat untuk terokai lebih lanjut, macam mana..?

Eheh.

Anonymous 16/12/2013, 09:51  

Komen terakhir IG, ehem...
Nampak cahaya dihujung sana....
Tapi tengok juga jemaah mana dia subscribe.
Make sure jemaah yg menuju rahmatanlil alamin.
Bukan rahmat utk bangsa tertentu sahaja.

Ninja Anggun (NA) 23/12/2013, 18:43  

to IG, nice story. cerita macam ni mungkin tak bermakna untuk sesetengah orang. tapi untuk orang macam saya, yang masih muda untuk mengenal chenta remaja, memerlukan cerita-cerita macam ni.

kenapa?

sebab, sedikit sebanyak buat saya percaya tentang CINTA SELEPAS NIKAH. namun begitu, tidaklah pula saya terburu-buru hendak berkahwin sekarang.

pengalaman sudah membuka mata kasar dan hati saya.

teruskan menulis IG.

1 saya nak kata. bila menulis, bukan semua boleh terima apa yang kita cuba nak sampaikan. tapi insyaAllah, pasti akan ada hati-hati yang tersentuh bila membaca cerita motivasi macam ni :)

Elvroseth 12/03/2018, 18:07  

Hye Inche Gabana,
Pada pendapat saya pula,
Tak salah pun isi cerpen begini. Ianya terpulang kepada penerimaan individu.

Lagi pun, cara awak tulis tidak melebihi cara2 penulis2 lain yg sungguh melanggar ikhtilat.


Dan untuk yg menegur,
Mungkin bahan bcaan awak tidak terlalu luas lagi atau mungkin.. terlalu dipenuhi dgn bahan 'ilmu' sahaja yg baik2 saja. Kalau nak compared matured content dengan cerita buku2 lain, this story tak ada pun sgt sbenarnya. Mungkin awak ada point di situ. But.. you have to know, to correct someone's mistake ada caranya.




Terima kasih untuk karya ini!
Elvroseth🌹


Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP