Banyak Habuk Masuk Mata
![]() |
[Kredit] |
Saya menerima mesej peribadi (Baca: Private message) seperti di bawah ini daripada salah seorang pembaca di luar sana. Seperti yang dipinta, saya terpaksa merahsiakan identitinya. Khuatir nanti dia dicolek makhluk asing dan dibawa lari ke Planet Jupiter sana. Wah!
Oh, sila sediakan sekotak tisu, cap apa-apa pon ok. Bukan apa. Sekarang ni musim berangin, jadi banyak habuk dan debu yang berterbangan. Manalah tahu ada yang masuk mata nanti, sekurang-kurangnya anda dah bersedia. Ahah!
***
Akh yang dirahmati Allah dan
disayangi penduduk bumi, mudah-mudahan penduduk langit yang mulia itu juga
mendoakan akh. Insya Allah.
Pertama kali saya ingatkan,
mesej ini akan menjadi panjang. Sangat panjang. Semoga akh yang saya percaya
mempunyai ketinggian budi dan kerendahan hati sudi membacanya. Kalau tidak,
saya doakan akh dikurniakan pahala.
Akh sudah dikenali seantero
Malaya sebagai nama yang besar dalam dakwah.
Setakat mana? Sehingga tahap
kata-kata akh mampu dan berkuasa mengubah hidup bukan setakat seseorang, bahkan
mungkin ramai orang. Kerana itu, dengan sepenuh hati saya tuliskan nasihat ini
pada akh. Bukan kerana "saya lebih baik" ataupun akh "lebih
jahat", namun ikhlas, insya Allah, kerana saya tidak mampu mempunyai kuasa
dengan 'tangan' sebagaimana yang akh miliki.
Untuk menerima pandangan saya, alhamdulillah saya hargai.
Untuk pilih tidak menerima,
alhamdulillah, moga kehidupan akh terus diberkati.
Ada beberapa perkara yang saya
berniat untuk bercerita pada akh, boleh dikongsi kalau mahu cuma jangan
diberitahu nama saya.
Pertama;
Saya ada terbaca akh
menceritakan bagaimana akh ditegur kerana status bersifat judgemental. Jujur
saya katakan; ia memang obvious. Maafkan saya tidak mampu untuk copy-paste
contoh dari wall akh kerana terlalu banyak dan untuk menjaga maruah akh, namun
saya berikan contoh secara umum supaya akh sedar, betapa kata-kata itu
sesungguhnya lebih tajam daripada mata pedang. Tadi seorang sahabat saya
menulis di status, ia berbunyi; "Seronok sangat ke buat maksiat? Share
sikit."
Subhanallah. Demi Allah saya
bersumpah, hancur luluh, gugur jantung saya membacanya. Akh mungkin akan
tertanya-tanya, kenapa? Jawabnya kerana saya pernah berada pada kejahilan.
Lebih teruk daripada yang akh dapat bayangkan. Bahkan sehingga kini saya adalah
hamba bergelumang maksiat dan dosa. Status itu, cara penulisan seperti itu,
yang ditujukan terus pada pembuat maksiat akh, adalah satu penghinaan. Mungkin
hanya bagi saya. Tapi percayalah, sebagai seseorang yang pernah sesat dan ingin
cuba kembali, ia cukup melukakan.
Status yang seolah-olah
menunjukkan penulisnya malaikat, bebas maksiat. Yang menunjukkan, pelaku
maksiat itu pendosa yang tempatnya dijamin dalam neraka. Yang menunjukkan, satu
sindiran maha tajam yang mungkin, membuatkan si pelaku maksiat itu terus ingin
bergelumang dalam dosa.
Kadang-kadang akh, boleh tanya
diri sendiri. Kenapa mereka bermaksiat? Kerana itu. Kerana pendakwah itu ramai
sifatnya menghukum, menyindir dan bersifat memulaukan.
Pelaku maksiat yang TIDAK
TAHU, berasa malu. Rendah diri. Tidak mahu bergaul dengan agama.
Masuk yang kedua;
Bukan niat saya menyalahkan
orang lain. Tidak lain dan tidak bukan kejahatan saya dahulu adalah daripada
diri sendiri.
Tapi tahukah akh, kerana
majoriti pendakwah (kononnya) sifatnya begitu (penghukum dosa pahala), saya
jadi hilang arah.
Saya masuk organisasi
ke-Islaman. Saya diabaikan. Mereka semuanya berukhuwah indah sesama mereka.
Saya akh? Dipulaukan.
Sebabnya? Mungkin saya banyak
cakap. Tetapi saya cemburu melihat mereka. Sentiasa mengingatkan, keluar
bersama, dan saya, seorang diri.
Bagaimana tidak memberontak?
Saya mencari agama, yang katanya 'beragama' melarikan diri daripada saya.
Kemudian akh, saya tinggalkan dunia
dakwah kononnya ini. Saya tidak mahu berorganisasi. Tidak mahu bercampur dengan
si tudung labuh yang memandang saya sebelah mata. ya akh, saya mungkin
perempuan murah, jijik dan kotor, namun itukah harga yang perlu saya bayar
untuk sebuah taubat?
Jujur, saya telah melabelkan
usrah, kumpulan dakwah dan tarbiyah sebagai sesuatu yang tidak boleh saya
masuki, melainkan kalau saya sudah jadi gadis manis pendiam bertudung labuh
berwajah lembut bersuara halus berilmu tinggi. Kalau tiada ciri-ciri itu, saya akan
dipinggirkan. Sedih, sungguh akh.
Sehinggalah satu hari. Seorang
lelaki yang pernah saya cintai sebelum suami saya, namakan beliau F.
Beliau seorang yang saya
kagumi, cukup aktif berdakwah dan bertarbiyah. Dan kami telah berdosa. Kamu
akui suka sama suka. Kami mahu bernikah segera pada
usia muda. Namun dengan satu syarat; saya
perlu berusrah.
Hati saya galau akh. Kerana saya tahu, saya akan
jadi seperti selalu. Terpinggir, bercakap seorang
diri.
Namun saya kuatkan hati akh.
Bukan kerana F.
Bukan kerana keluarganya mahu
saya ber DnT.
Namun kerana saya disajikan
dengan indahnya usrah.
Maka saya gagahkan hati.
Berjumpa murabbi. Merancang usrah penaut hati.
Pada mulanya saya cukup
bahagia. Usrah kami kecil sahaja, namun cukup bermakna. Hanya ada beberapa
orang. Namun akh, mungkin kerana populariti sang murabbi, usrah kami berkembang
pesat.
Saya yang dulu berjanji untuk
setia pada usrah, saya mula meninggalkannya akh. Ya, hinalah saya. Namun saya
telah berusaha akh.
Mereka, para bidadari syurga
itu, masih lagi bermentaliti serupa. Mereka membina keluarga
sendiri, dengan syarat yang sama. Menangis saya akh. Saya
dipulaukan lagi.
Mereka cukup indah, saling
menasihati dan berkasih sayang.
Sehingga satu tahap, mereka
berusrah, dan SAYA seorang tidak dijemput. Dapat akh bayangkan? Terasa.
Ya.
Saya cuba sedaya upaya,
bertegur sapa, berukhuwwah mesra dengan mereka.
Namun penerimaan mereka teruk.
Siapa saya akh? Perempuan
bising gatal. Mereka? Si lemah-lembut yang punya mahligai di syurga.
Mereka tidak menerima saya
akh.
Saya jadi tidak mahu ke usrah
lagi, ah, kalau saya mahu sekalipun, mereka tidak akan maklumkan.
Semoga ini tidak menjadi
fitnah buat mereka.
Namun akh, buatlah sesuatu
yang mampu mengubah mentaliti mereka.
Saya sedih akh.
Tahu apa yang saya ada
sekarang? Allah, suami dan bakal anak saya.
Bukan mereka. Bukan usrah
lagi.
Saya tinggalkan usrah, kerana
pandangan stereotype golongan ini.
Kalau terjadi sekali dua, saya
mampu bersabar.
Ini, terjadi pada semua majlis
ilmu yang pernah saya hadiri.
Wassalam.
***
(Nota: Mesej di atas adalah mesej orijinal, tanpa sebarang perisa tambahan atau pewarna tiruan. Eheh.)
Membaca mesej yang begitu tulus dan ikhlas ini, ada tiga perasaan yang paling ketara yang dapat saya rasakan:
1) Terasa seperti hendak terjun gaung sekarang juga
2) Seperti ada seguni beras cap Faezah! seberat lima puluh kilo yang menghempap di atas kepala
3) Semacam ada orang yang mengambil pisau daging yang tajam berkilat sebesar lengan dan dengan segera menikam saya, tepat ke pembuluh jantung
Ok sekarang bayangkan satu situasi. Kita semua beramai-ramai sedang berkumpul di padang Mahsyar. Kemudian makcik kat atas ni dipanggil. Dia pon kata depan Allah,
"Ya Allah! Aku pernah suatu ketika mahu bersama mereka yang konon-konon buat tarbiyah dan dakwah ni. Tapi aku dipinggirkan ya Allah! Aku diabaikan mereka! Mereka buat dono dan biskut je dengan aku! Kau tahu ya Allah, sebab Kau menjadi saksi!"
Ok sekarang anda beritahu saya, apa yang kita semua nak jawab depan Allah...? Apa alasan yang kita nak lontarkan pada Allah..? Hah..?
"Ampunkan aku Allah. Aku rasa dia tak layak, tu yang kitorang buat kek je tu."
"Ya Allah! Aku terlalu sibuk dengan kerja-kerja dakwahku! Mana ada masa untuknya ya Allah!"
"Minta maaf Allah, tapi aku terlalu asyik nak pilih pakai tudung labuh yang mana satu."
"Ya Rahman, ya Rahim. Ampunkan hambaMu yang lemah ini. Dulu ketika hidup, aku terlalu asyik berukhuwwah, bercipiki cipika dan makan dulang bagai, sehingga terlupa untuk menyantuni dia itu!"
"Bukan salah aku ya Allah! Kalau dia betul-betul mahu mencari hidayah, kalau dia benar-benar mahu bersama kami, mengapa dia tidak mencari dan bersungguh-sungguh mengejar kami..??"
Begitukah..? Anda berani..?
Berlari-lari pantas sambil potong bawang laju-laju.
"Ampunkan aku Allah. Aku rasa dia tak layak, tu yang kitorang buat kek je tu."
"Ya Allah! Aku terlalu sibuk dengan kerja-kerja dakwahku! Mana ada masa untuknya ya Allah!"
"Minta maaf Allah, tapi aku terlalu asyik nak pilih pakai tudung labuh yang mana satu."
"Ya Rahman, ya Rahim. Ampunkan hambaMu yang lemah ini. Dulu ketika hidup, aku terlalu asyik berukhuwwah, bercipiki cipika dan makan dulang bagai, sehingga terlupa untuk menyantuni dia itu!"
"Bukan salah aku ya Allah! Kalau dia betul-betul mahu mencari hidayah, kalau dia benar-benar mahu bersama kami, mengapa dia tidak mencari dan bersungguh-sungguh mengejar kami..??"
Begitukah..? Anda berani..?
Berlari-lari pantas sambil potong bawang laju-laju.
Ya, mungkin makcik ini sedikit emo dan keterlaluan dalam menceritakan kisah hidupnya. Apatah lagi ia diceritakan dari sebelah pihak sahaja. Namun itu bukan persoalannya. Kita adalah dua't dan bukannya hakim untuk menghukumnya. Sebagai dua't, sudahkah kita menyampaikan..?
"Jika mereka berpaling, maka (ingatlah) Kami tidak mengutus engkau sebagai pengawas bagi mereka. Kewajipanmu tidak lain hanyalah menyampaikan (risalah)."
[as-Syuraa, 42:48]
Membaca luahan rasa makcik ini, fikiran saya terus menerewang pada sebuah video dari Timur Tengah, yang tema dan isinya hampir serupa dengan dilema yang sedang dihadapi oleh makcik di atas.
Tapi sebelum itu.. Err.. Saya nasihatkan anda untuk sediakan kotak First Aid, losen kalis api yang mencukupi, alat pemadam api dan jika perlu, jaket kalis peluru yang benar-benar tahan lasak.
Kerana sungguh, video ini cukup menggugah, mengoyakkan, mengsrett-shrutttkan, melempang, menyepak, menempeleng, membakar dan menikam bertubi-tubi. Sumpah.
Anda sudah bersedia..? Anda pasti..?
Baiklah.
Bagaimana..?
Allahu rabbi. Muhasarawak lima minit. Janggut basah, kalau ada janggut.
Kepada makcik yang menulis emel seperti di atas, dan kepada sesiapa sahaja di luar sana yang mungkin menghadapi situasi dan keadaan yang serupa..
Maafkan kami. Maafkan kami. Maafkan kami.
Jangan dakwa kami di akhirat nanti. Doakan kami terus kuat dan ikhlas, terus tsabat dan istiqamah, agar kami lebih bersungguh menyebarkan risalah agung ini. Semoga suatu hari nanti, cahaya nur kasihNya akan menyentuh jua jiwa dan sanubari anda. Moga suatu hari nanti, Allah ijinkan anda untuk bersama-sama kami, malah menjadi jauh lebih baik daripada kami yang marhaen ini. Semoga suatu hati nanti, tiada lagi golongan seperti anda, yang tertinggal dan tercicir dek kelemahan dan kepincangan pada diri kami.
Maafkan kami! Dan jangan dakwa kami!
Banyak habuk masuk mata.
-gabbana-
Ada sesiapa yang boleh bawa saya ke hospital..? Wad penjagaan rapi. Hati saya dah cedera teruk.