Riadhah Otak Di Malam Ahad #19
Ok video yang akan saya tunjukkan ini pasti akan membuatkan anda:
1) Berasa malu sehingga terasa seperti hendak terjun gaung, sebab kanak-kanak ribena pon mampu menghasilkan video seosem ini
2) Ketawa, ternganga mulut dan menggaru kepala dalam masa yang sama
3) Menghabiskan sekotak tisu cap Scottex milik Puan Mama anda yang diletakkan di ruang tamu
Video in sepatutnya menyertai Pertandingan Video Osem APG 2012. Tetapi kerana penyertaannya lewat tiga hari selepas tarikh tutup penyertaan, saya terpaksa menolak penyertaan ini.
Meskipon saya amat berharap video seberkualiti ini sekurang-kurangnya layak untuk diundi oleh anda semua.
Oh tidak mengapalah. Harapnya mereka akan cukup teruja dan bersemangat untuk menyertai Pertandingan Video Osem APG 2013 pula!
Sedikit diskelemer. Walaupon mungkin ada adegan-adegan yang err, agak mengalirkan peluh kecil juga, namun jalan ceritanya secara keseluruhannya baik dan perlu dipuji. Cuma harapannya, sekiranya mereka ini mahu menyertai Pertandingan Video Osem APG 2013 nanti, dapatlah kurangkan atau mansuhkan terus adegan-adegan yang panas, sensasi dan yang tidak perlu itu ya...?
Gelak kecil rasa bersalah.
Baiklah. Anda sudah bersiap sedia dengan popkon perisa karamel dan teh o' limau panas...?
Selamat menonton dengan dada yang lapang dan bergaya heyy!
-gabbana-
Off to Masjid Negeri for Syaikh Jum'ah Amin's talk. Smiles.

