Showing posts with label alma mater. Show all posts
Showing posts with label alma mater. Show all posts

23 May 2013

Apa Ertinya Saya Berbulatan Gembira?

[Kredit]

Bulatan gembira.

Bulatan sorga.

Study circle.

Halaqah.

Usrah.

Bolatan gemok-gemok makan popkon panas sambil usap kepala arnab gebu

Eh.

Panggillah dengan panggilan apa sekali pon, ruhnya tetap sama. 

Saya mengenali bulatan gembira seawal usia tiga belas tahun lagi, ketika itu di Sekolah Bintang. Buat pertama kalinya dalam hidup saya, saya diperkenalkan dengan sesuatu yang cukup, err, lain daripada yang lain.

Untuk seorang kanak-kanak ribena yang dibesarkan sepenuhnya di bandar, yang hidupnya sentiasa penuh dengan hiburan dan segala tok nenek hedonisme yang ada, pastinya konsep bulatan gembira a.k.a. usrah ini adalah sesuatu yang cukup janggal buat saya. 

Diperkenalkan dengan tiga rukun usrah; taaruf, tafahum dan takaful (meski tergeliat-liat lidah untuk menyebutnya), buat pertama kalinya mendengar nama Imam as-Syahid Hassan al-Banna (terbayang-bayang dia menaiki kuda sambil memegang pedang) dan belajar agama luar daripada kelas Pendidikan Islam, merupakan sesuatu yang boleh tahan mengujakan buat saya ketika itu. 

Walaupon jujurnya tidak banyak yang dipelajari dan diperolehi daripada bulatan gembira yang ada, namun perjumpaan sekali seminggu itu sentiasa dinanti-nanti dan ditunggu-tunggu. Apatah lagi abang naqib saya ketika itu merupakan seseorang yang cukup baik orangnya; lagilah menjadikan bulatan gembira saya ketika itu benar-benar menggembirakan.

Kemudian ketika di tingkatan tiga, saya pula dilantik untuk menjadi naqib bulatan gembira untuk hadek-hadek tingkatan satu. Wah, terujanya bukan kepalang! Saya yang sememangnya suka pada hadek-hadek pipi tembam berwajah comel *koff koff*, cukup memandang ke hadapan pada bulatan gembira saya yang sendiri. Saya berazam untuk menjadikan bulatan gembira saya itu segembira, segirang dan seriang yang boleh. 

Namun masalahnya, jujurnya kami menjadi nuqaba' tanpa bimbingan dan panduan yang baik dan tersusun. Tidak ada silibus yang tetap. Tidak ada tema atau halatuju yang ingin dicapai. Tiada bahan yang tersusun untuk dibawa. Pendek kata, bulatan gembira yang kami bawa adalah bulatan neraka. Entah macam-macam bidaah dan ilmu sesat yang kami sebarkan! Peluh besar. 

Habis pendidikan menengah di Sekolah Bintang, saya melanjutkan pula pelajaran di sebuah kolej di tempat jin bertendang. Rupa-rupanya di sini juga ada bulatan gembiranya yang tersendiri. Di tahun pertama saya berbasa-basi sahaja mengikuti bulatan gembira, sementelah bulatan yang ada bersifat umum dan dibuka untuk semua. Tahun kedua, sekali lagi saya dilantik menjadi naqib. Angkat kening. Kali ini lebih raksasa lagi; saya telah dilantik menjadi naqib 'terapung' di mana memandangkan saya sudah pon memegang jawatan yang agak besar dan penting ketika itu (ehem), jadi saya tidak punya bulatan yang spesifik dan oleh sebab itu, bila-bila masa yang saya suka, saya bolehlah menyertai mana-mana bulatan gembira yang ada. Itu gila bukan? 

Tambahan pula ketika ini adalah masa-masa hitam di mana saya mula berkecimpung dengan jahiliyyah-jahiliyyah berkarat yang bisa menggelengkan kepala sesiapa sahaja yang mengenali saya. Istighfar. Jadi kerjaya saya sebagai naqib ketika itu sememangnya tidak kena dan melanggar etika dan tatasusila skop bidang tugas saya sebagai naqib, meski naqib yang terapung.

Maka sedikit demi sedikit, sama ada secara sedar atau tidak, kepercayaan saya terhadap sistem ini semakin terhakis. Saya tidak nampak di mana hebat dan berkesannya sistem bulatan gembira ini. Saya tidak mendapat manfaatnya dan tidak pula merasakan kelazatannya.

Hal ini terbawa-bawa sehinggalah saya ke luar negara. Siapa sangka, di luar negara ada juga bulatan gembira hey! Terasa bawah lah juga pada mulanya apabila diajak untuk berbulatan gembira di sebuah negara omputih. Yalah, kita punyalah dah rancang nak berhuha-huha bagai, berlari riang ke sana sini, berseronok tak ingat dunia seperti omputih juga lagaknya. Alih-alih, kena berbulatan gembira juga! 

Tidak hairanlah di peringkat awal itu, moto hidup saya adalah 'Catch Me If You Can!' Wahahaha.. Bukanlah saya melarikan diri terus atau buat-bua tlanggar bahu di tepi jalan kemudian tak kenal, bukan. Saya masih menyertai bulatan gembira yang ada. Apabila diajak, saya pergi. Cuma tidaklah semangat hidung kembang kempis seperti sewaktu di sekolah menengah daulu. Pergi pon ala kadar je. Pergi pon semata-mata mahu memuaskan hati murabbi yang sudah berpenat-lelah berusaha menangkap saya. Eheh. 

Hah?? Usrah...?? Lari lariiiiiii! [Kredit]

Namun benarlah hidayah itu milik Allah. Kita merancang dan Dia juga merancang. Hakikatnya, peracanganNya Dia jugalah yang paling osem. Nak buat macam mana, kita ni hamba marhaen sahaja. Hohoho.. Lama kelamaaan, saya mula kenal dengan bulatan gembira yang sebenarnya. Adab-adabnya. Prosedurnya. Kaedah membawanya. Tips-tips menjadikannya riang gembira. Ruhnya yang sebenar.

Dan hanya selepas saya membawa bulatan gembira saya yang sendiri, baharulah saya benar-benar menghargai apa itu bulatan gembira. Selepas berjerih-perih, bertungkus-lumus menangkap, menjerat dan menyembelih menjaga hadek-hadek sendiri, baharulah kita tahu tinggi rendahnya kasut tumit tinggi minah omputih di sana. Eh. Selepas bertepuk-tampar, bergolok-gadai (ewah kau!) dan berpeluh ketiak berusaha bagi memastikan bulatan gembira sendiri hidup dan berjaya, baharulah kita sedar dan faham betapa penting dan berkesannya bulatan gembira sebagai wasilah untuk menegakkan al-Haq di muka bumi ini. 

Maka pada hari ini (Ya, yang semua tadi tu hanya muqaddimah semata-mata. Silalah terjegil biji mata) saya ingin berkongsi dengan anda semua, apa ertinya saya berbulatan gembira. Mengapa ia begitu berharga dan punya nilai yang tidak terkira di sisi saya. Mengapa saya begitu yakin dengan wasilah ini dalam mengembalikan Islam sebagai Ustadziyatul 'Alam ke muka bumi. Dan mengapa saya beriya-iya mempromosikan bulatan surga yang sumpah menggembirakan ini. 

Harapannya, selepas anda membaca warkah marhaen ini, anda turut dapat sama berkongsi semangat dan keterujaan saya. Kepada anda yang belum berbulatan gembira, harapnya selepas membaca ini akan lebih yakin dan semangat untuk berbulatan gembira. Dan yang lebih utama, kepada anda yang selama ini sibuk berdolak-dalih, banyak memberikan seribu satu alasan, melompat ke sana, berlari ke sini, besar harapan saya usai membaca artikel ini, mata anda akan bersinar-sinar cerah untuk membawa bulatan gembira sendiri.

Baiklah. Anda semua sudah bersedia..? Marilah!

Apa Ertinya Saya Berbulatan Gembira?

1) Bulatan gembira mengajar saya erti sebuah keluarga

Ok lame sedikit di situ. Sebabnya, memang perkataan 'usrah' itu maksudnya adalah keluarga. Tetapi betullah, bulatan gembira, yang menghimpunkan anda dan anda daripada latar belakang yang berbeza, boleh berpeluk mesra bercipiki cipika, berkongsi makanan dan rasa, bersenda gurau dan bergelak tawa seperti sebuah keluarga bahagia lagaknya. Malah saya yakin, pasti ada dalam kalangan anda yang berbulatan gembira berasa lebih 'keluarga' dan mesra dengan bulatan gembira sendiri jika hendak dibandingkan dengan keluarga yang sebenar, bukan..? Itulah ajaibnya bulatan gembira.

Malah di dalam bulatan gembira ada sesi berqadhaya, yakni sesi berkongsi masalah, baik masalah peribadi atau masalah dakwi (masalah yang berkaitan dengan isu dakwah). Sesi qadhaya ini, sekiranya dilaksanakaan dengan telus dan bersungguh, benar-benar dapat merapatkan hubungan antara ahli-ahli bulatan gembira kerana masing-masing meminjamkan telinga untuk mendengar masalah masing-masing, di samping bersama-sama berusaha untuk mencari jalan penyelesaiannya. Epik bukan? Ala-ala tengok drama Jepun sambil berdiri di tepi pantai memerhatikan matahari terbenam gitu. Eh.

2) Bulatan gembira mengajar saya erti sebuah pengorbanan

Saya masih ingat lagi, suatu ketika saya meminjam wang yang agak besar jumlahnya daripada Inche Murabbi. Pada mulanya saya agak skeptikal yang dia akan memberikan pinjaman tersebut kerana jumlahnya yang besar. Namun dia tanpa banyak tanya mahupon surat jaminan, terus meluluskan permohonan saya. Pergi bank pon belum tentu lagi lulus kau! 

Peristiwa tersebut benar-benar mengesan di hati saya. Ia mengajar saya betapa ikhwah adalah spesis manusia yang tidak berkira. Ia juga mengajar saya erti pengorbanan. Kerana nak jadi murabbi ni, rupa-rupanya banyak pengorbanan yang perlu dilakukan.

Bukan sahaja pengorbanan dari segi harta, tapi dari segi masa, tenaga dan juga emosi. Bulatan gembira yang sedang saya bawa sekarang ini misalnya. Saya terpaksa bermusafir menaiki unta bonggol tiga beribu batu jauhnya sebelum saya sampai ke destinasi. Ok itu dusta. Wahahaha.. Tapi poinnya adalah, bulatan gembira benar-benar memberikan definisi baru apa itu pengorbanan. Dan ia benar-benar mendewasakan saya.

3) Bulatan gembira mengajar saya erti sebuah perkongsian

Ya, berkongsi. Siapa yang suka berkongsi? Tetapi bulatan gembira telah mengubah paradigma ini. Pelbagai perkara yang perlu dikongsikan bersama. Kasih-sayang murabbi, chenta rasa sesama ahli bulatan gembira, ilmu, tenaga, wang ringgit (Kalau di Kerajaan Bersatu dahulu wang pound sterling. Eheh!), makanan dan sebagainya. Semuanya perlu dikongsikan!

Yang paling indah adalah kerana perkongsian ini adalah perkongsian sukarela, kadang-kadang paksarela. Tapi elemen 'rela' itu masih ada. Hihihi. Ia lahir daripada hati yang ikhlas insha Allah, jiwa yang tulus dan ruh ukhuwwah yang membara. 

Perkongsian juga mengajar diri untuk menjadi manusia yang rendah egonya dan tidak pentingkan diri. Betapa dahulu saya amat sukar berkongsi bilik dan rahsia peribadi. Namun akhirnya sedikit demi sedikit, saya membuka pintu untuk berkongsi. Dan lama-kelamaan, saya pula yang menjadi seronok untuk berkongsi. Senyum.

4) Bulatan gembira adalah lubuk ilmu buat saya

Siapa sangka, di bulatan gembiralah pelbagai khazanah ilmu yang telah saya pelajari. Baik ilmu duniawi berupa cara-cara untuk memasak kek cokolat berkacang almond (Ok dalam mimpi saya je kot) atau ilmu ukhrawi yang pelbagai rupa dan rasa. Kadang-kadang belajar ilmu al-Quran, di hari lain belajar ilmu hadith pula. Ada masanya belajar seerah dan ada masanya belajar keadaan sosio-politik dan ekonomi umat Islam seluruh dunia. 

Itu belum lagi dikira perkongsian ilmu setiap hari dalam tazkirah-tazkirah harian dan ilmu-ilmu besar di konferens-konferens riang. Cukup mengujakan! Dan bulatan gembiralah yang bertanggungjawab memperkenalkan saya kepada semua ini. 

Dan kini, sebagai murabbi, tidak tergambar perasaan saya apabila melihatkan kepuasan dan kegembiraan terpancar pada wajah hadek-hadek setiap kali apabila saya selesai memberikan perkongsian. Pergh makan aiskrim cokolat dengan kacang badam pon tidak sepuas itu!

5) Bulatan gembira mengajar saya erti ukhuwwah fillah

Ya, di sinilah pertama kalinya saya merasakan kelazatan ukhuwwah fillah. Bagaimana ada ahli-ahli bulatan yang sentiasa mengambil berat tentang diri kita. Demam sakitnya kita benar-benar dibelai dan dijaga. Sentiasa bertanyakan perihal keluarga kita di rumah. Risau melihatkan kita yang terlalu banyak huha huha sampai tak ingat nak menelaah pelajaran. Pergi ke perpustakaan bersama-sama, meski masing-masing mengambil subjek yang berbeza. Masakkan makanan kegemaran kita. Buatkan teh tarik untuk kita nikmati bersama. Waduh. 

Semuanya ini tidak mungkin saya rasakan andai saya tidak berbulatan gembira. Sumpah! (Nak cerita lebih-lebih, khuatir pula stok bawang yang akan kehabisan!)

6) Bulatan gembira mengajar saya untuk meraikan perbezaan

Memandangkan ahli-ahli bulatan gembira ini terdiri daripada pelbagai spesis dan baka, sudah tentunya masing-masing punya perlbagai karenah dan ragam. Saya ni pula, memang terkenal dengan keras kepalanya. Mesti sentiasa nak menang dan jadi juara! 

Namun bulatan gembira telah mengajar saya erti perbezaan dan bagaimana meraikannya. Tiada yang tak machonya apabila kadangkala kita mengalah dan memberi laluan kepada orang lain untuk memenangkan pendapatnya. Apatah lagi dalam bulatan gembira, yang penting adalah persefahaman (tafahum) yang disemai, bukannya siapa yang lagi hebat dan siapa pula yang lagi terer. 

7) Bulatan gembira mengajar saya erti, ehem, chenta

Sungguh klise bukan? Tetapi benar, terlalu banyak yang saya belajar dan peroleh daripada bulatan gembira, sehingga menyebabkan mustahil untuk saya tidak jatuh chenta pada bulataan gembira. Ke mana-mana sahaja saya pergi, saya akan bawa sama chenta ini; saya akan promosikan bulatan gembira dan mengapa ia begitu penting sekali. Mengapa semua orang perlu berbulatan gembira dan mengapa semua orang perlu membawanya pula.

Bulatan gembira telah menyebabkan saya jatuh chenta pada tarbiyah dan dakwah. Pada ikhwah dan ukhuwwah. Pada hadek-hadek dan perhubungan suci yang menghubungkan kami. Pada al-Quran dan al-Hadith. Pada seerah dan kisah para sahabat. Bulatan gembira telah menyebabkan semuanya itu menjadi suatu kemungkinan. 

Bulatan gembira. Bulatan chenta. Senyum. 

Amacam? Sekarang bersinar-sinar mata tak nak berbulatan gembira?? Eheh. [Kredit]

Uh oh, cukuplah sekadar ini. Jujur, jika saya mahu senaraikan satu-persatu manfaat dan kelebihan yang saya perolehi daripada bulatan gembira, nescaya saya tidak habis tulis post ini. 

Saya pasti, anda punya pengalaman peribadi dan kisah sendiri yang menarik juga untuk dikongsikan tentang bulatan gembira anda, bukan..? 

Kerana bulatan gembira bukan sekadar bulatan. Ia bukan sekadar halaqah atau usrah. Tetapi ia adalah nukleus, unit kecil yang menghimpunkan jiwa-jiwa yang segar dan hidup, kepada sebuah jemaah tarbiyah dan dakwah yang lebih besar. Ia adalah manifestasi kepada kechentaan dan kesungguhan kita pada ad-deen yang mulia ini, dan ruh-ruh kita dihubungmesrakan dengan fikrah membumi yang sama. InshaAllah.

Ia bukan sekadar bulatan yang menghimpunkan hati dan jiwa sekali seminggu. Tetapi ia adalah bulatan sakti yang menghidupkan, yang menyambung silaturrahim dan perhubungan, yang memberi makan pada jiwa-jiwa yang kehausan dan kelaparan.

Ia adalah bulatan kehidupan. Bulatan chenta yang penuh kesegaran. Bulatan sorga yang menyiram keimanan.

Arakian apa ertinya saya berbulatan gembira?

Segala-galanya! 

Senyum.

-gabbana-

22 December 2012

UPSN: Ujian Penilaian Sorga Neraka

[Kredit]

Kali pertama saya menduduki ujian, jika dapat saya ingati dengan baik, adalah sewaktu berumur enam tahun. Ketika itu di alam tadika.

Masuk sekolah rendah, ujian dan penilaian yang diadakan bertambah sukar dan menggarukan kepala. Namun masih boleh dikira kacang putih cap Pagoda Tua. Mendapat markah seratus peratus untuk beberapa kali dikira sebagai perkara normal dan bahan untuk bongkak dan tunjuk bijaksana. Ehem.

Saya mula merasai betapa pahit dan tidak seronoknya kegagalan apabila tidak berjaya melompat darjah apabila keputusan Penilaian Tahap Satu (PTS) diumumkan. Yang lebih memedihkan jiwa adalah apabila ramai rakan-rakan baik semeja lepas semuanya, sedangkan saya tertinggal di belakang dengan hiba. Tsk. 

Saya menebusnya semula dengan berjaya mendapat A lurus dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Bukan setakat berjaya, malah penuh bergaya juga. Eheh. Malah, apabila melihat ke belakang, saya bersyukur tidak lepas PTS sewaktu derajah tiga dahulu, kerana pasti saya akan terlepas banyak pengalaman dan perkara-perkara yang menarik sekiranya hanya melalui lima tahun sebagai kanak-kanak ribena sekolah rendah berbanding enam tahun. Dan pastilah saya tidak dapat menjawat jawatan ketua pengawas sekolah. Eh. 

Kemudian saya terpilih pula untuk melanjutkan pelajaran sekolah menengah di Sekolah Bintang. Di sini ujiannya lebih mencabar lagi. Apatah lagi saya terpaksa bersaing siku dan lutut dengan kanak-kanak terbaik dan terpilih seluruh Malaysia. Mata pelajaran yang perlu dipelajari lebih sukar dan mengalirkan air mata. Ketika di tingkatan satu, ketika hidung masih berhingus dan bulu kaki belum mengerinting lagi (err...), selalu jugalah menangis tak fasal-fasal hanya kerana merasakan agak jauh ketinggalan berbanding rakan-rakan yang lain atau merasakan subjek yang diajar pada hari itu benar-benar sukar dan membeliakkan mata. 

Malah, pernah dua tiga kali jugalah saya menangis kesedihan penuh pasrah dek terhantuk kuat kepala pada almari kayu di dorm asrama. Mengapa? Sebab takut jadi pelupa dan bodoh, dek otak yang bergegar kuat..! Wahahaha. Comel kan...?

Muntah.

Di sekolah menengah, seolah-olahnya mustahil untuk menjadi pelajar cemerlang. Yalah, dengan begitu banyak mata pelajaran dan ilmu-ilmu baru yang perlu dikuasai. Pergh. Mengalir-ngalir peluh di dahi. Proses pembelajaran di peringkat menengah atas lebih sukar dan mencederakan otak. Subjek-subjek seperti matematik tambahan, biologos dan alkemis betul-betul mencabar kelelakian dan kesasaan akal dan minda saya selama ini. Kali ini bukan sekadar menghafal dan mengingat, namun perlu benar-benar memahami dan menguasai subjek-subjek tersebut dengan baik sekali sekiranya sungguh-sungguh mahu naik pentas bersalam dengan tetamu kehormat, senyum tangkap gambar dan menerima sijil dan hadiah penghargaan setiap tahun. Eh. 

Fuh. 

Namun alhamdulillah, entah mengapa, Allah memudahkan lagi urusan saya di sekolah menengah. Walaupon tidaklah menjadi pelajar paling cemerlang saban tahun, namun, ehem, bolehlah sekali-sekala mengembangkan hidung dan melebarkan saiz pinggang dengan pencapaian yang berjaya dicapai. Eheh. Klimaksnya adalah apabila saya mendapat, err, adalah beberapa jumlah A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Ketika itu hanya Allah sahajalah tahu betapa gembira dan bersyukurnya diri ini. 

Inche gabbana boleh tahan nerd jugalah suatu ketika dahulu. Tetapi kekal comel. Eh? [Kredit]

Dengan keputusan yang bolehlah tahan itu, saya ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara pula. Ok, di sini ceritanya bertukar menjadi sedikit ngeri dan menyeramkan. Uhm uhm. Anda sudah bersedia dengan popkon panas dan setin air berkarbonat sejuk untuk babak-babak yang tidak diingini..?

Baiklah.

Di kolej persediaan yang namanya dirahsiakan (batuk), saya seolah-olahnya hilang arah dan motivasi untuk belajar dengan cemerlangnya seperti di sekolah menengah dahulu. Antara faktor utama penyebab kepada situasi ini adalah rasa inferior melampau dengan para pelajar super yang lain, juga kerana subjek-subjek yang diambil kali ini sumpah sukar lagi menyukarkan. Kalau dahulu di sekolah menengah, bolehlah sekali-sekala mahu lek lek dulu, isap okok dulu, di kolej lain pula ceritanya. Di sini, kalau ada masa-masa lek lek dulu isap okok dulu, ia bukanlah kerana terlalu banyak masa yang boleh dibuang, tetapi disebabkan otak sudah cedera parah akibat subjek-subjek dan esainmen yang membunuh, lantas terpaksa berhenti rehat sebelum otak menjadi parah dan dimasukkan ke dalam wad kecemasan dan penjagaan rapi. Hohoho.. 

Buat pertama kalinya dalam sejarah hidup sebagai seorang pelajar, saya mendapat gred 'gagal' untuk satu subjek yang diambil. Ketika itu, rasanya berhenti mengalir darah dalam badan dan luluh semua kulit yang ada; seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku. Ketar lutut juga ketika itu, bagaimana mahu memberitahu hal tersebut kepada Inche Papa dan Puan Mama. Dan buat pertama kalinya juga, saya terpaksa menduduki semula peperiksaan beberapa subjek yang diambil, dek keputusan yang tidak berapa memberansangkan. Bukan sekali, malah dua kali. Waduh, hanya Allah sahaja tahu betapa malunya diri ini ketika itu. Status di kolej persediaan jauh lebih penting lagi kerana keputusan peperiksaan akhir nanti akan menentukan sama ada saya dapat terbang ke luar negara atau pon tidak. 

Sekali lagi Allah mentakdirkan saya untuk melepasi ujian di peringkat ini. Di saat-saat akhir, saya berjaya memenuhi piawaian kedua-dua pihak universiti dan penaja untuk terbang ke luar negara. Alhamdulillah. Ceritanya panjang, namun saya masih ingat dengan jelas bagaimana ketika saya memperoleh keputusan peperiksaan A-Levels yang diambil, saya menangis teresak-esak, tersedu-sedu sehingga Inche Papa sendiri membuat muka pelik dan jelik melihatkan saya yang begitu hodoh agaknya ketika itu, air mata dan hingus membasahi seluruh muka. Wahahaha.. 

Di luar negara... Kisahnya lebih sadis dan mengalirkan air mata. Dipendekkan cerita (kena pendekkan weh, jika tidak, tak tahulah saya bila nak sampai poin utama ni!), saya tidak lagi secemerlang dahulu. Ketika ini memang bertungkus-lumus mahu cukup-cukup makan dan minum sahaja. Awal-awal dahulu adalah berangan-angan mahu menjadi pelajar cemerlang kelas pertama. Namun apabila masa semakin berlalu, saya akhirnya menerima hakikat setelah mengenalpasti potensi dan kemampuan sebenar diri saya ketika itu. Eceh alasan. 

Diringkaskan dan dilajukan ke hadapan, saya berjaya menamatkan pengajian saya di universiti dengan segulung ijazah di tangan, walaupon keputusannya tidaklah secemerlang dan boleh dibanggakan. Apatah lagi apabila ia melibatkan hati dan perasaan Inche Papa dan Puan Mama. Ketika itu, memang agak jelaslah kekechiwaan yang terpampang pada wajah-wajah mereka, terutamanya Inche Papa. Adoi, memang berat lagi menggugah jiwa. Saya dan mereka tahu yang saya boleh buat lebih baik lagi, namun kerana banyaknya main dan amat mudah hilang fokus di sana, saya tidak berjaya mencapai keputusan yang lebih baik daripada sepatutnya. 

Akhirnya saya belajar untuk redha dan menerima perancangan Tuhan ini untuk saya dengan sebaiknya. Alhamdulillah. Apatah lagi apa yang berlaku adalah disebabkan oleh kelemahan dan kelalaian di pihak saya sendiri. Mudah dan kasar katanya, padan muka hang! 

Tersedak.

Ok Inche gabbana.. Apa motif anda cerita pada kami semua-semua ni..? Nak berlagak dan tunjuk terer-kah, yang Inche gabbana ni konon-kononnya seorang pelajar cemerlang, gemilang lagi terbilang..?? Tak malu...! Pffttt! 

Errr.. Pandang kanan, pandang kiri. Kepala anda terhantuk pada almari jugakah...? Wahahaha..

Begini.

Dalam kehidupan kita sebagai seorang dai'e, cabaran, mehnah dan ujian yang dihadapi adalah sama seperti kehidupan kita sebagai seorang pelajar. Atau sebagai seorang marhaen sehari-sehari.

Maksudnya begini. Mula-mula ujian yang terpaksa kita lalui mungkin tampak senang dan kacang goreng sahaja. Tetapi semakin banyak kita beramal dengan ilmu yang kita ada, semakin lama kita bersama-sama dengan gerabak tarbiyah dan dakwah ini, kita dapati semakin sukar dan mencabar pula mehnah dan tribulasi yang terpaksa kita hadapi. Yalah, mula-mula tu, mungkin soalan matematik mudah satu tambah tiga atau empat belas bahagi tujuh sahaja yang ditanya. Tetapi semakin kita dewasa, soalan pengamiran lah, pengoksidaanlah, tangkap-muat-lepas lah, semua itu pula yang menghambat diri kita. 

Jika dahulu, hanya luka-luka kecil, calar-balar yang sedikit sahaja yang kita tanggung. Tetapi semakin lama dan semakin berani kita menelusuri jalan yang penuh berliku ini, luka-luka pada tubuh badan semakin banyak dan dalam. Sekiranya dahulu, tiada apa-apa yang perlu kita peningkan dan gusarkan. Paling hebat pon abang murabbi nak datang ziarah dan kita tergopoh-gapah menyorokkan gambar awek di atas meja. Eh. Tetapi kini, terlalu banyak perkara dan musykilah dakwah yang perlu kita ambil berat sampai kadang-kadang tu tidak tidur malam dibuatnya. Mungkin dahulu kita membayangkan betapa indahnya jalan tarbiyah dan dakwah ini, walaupon panjang tapi ia dipenuhi dengan ukhuwwah laga pipi dan taman-taman sorga tempat kita melepaskan lelah dan payah. Tapi kini betapa kita menyedari, kadang-kadang ukhuwwah yang ada boleh juga laga kepala dan taman-taman yang sedia ada bertukar menjadi taman neraka! Aduhai!

Kadang-kadang terlintas juga di hati kita, menyesal juga kita dahulu ambil keputusan untuk bersama-sama dengan gerabak ini. Kalau beginilah keadaannya dan rupanya untuk buat tarbiyah dan dakwah, kita merasakan yang lebih baik kita jadi orang yang baik sendiri-sendiri sahaja! Tengok orang lain, gembira sahaja dengan kehidupan mereka. Boleh berjaya dengan cemerlang dalam hekzem, boleh kejar status dan pangkat sehingga menjadi figur yang dihormati. Ada awek lawa dan kereta semat. Kita? Kita? Dah la tak hensem, gemok.. Terperap pula dengan geng-geng usrah yang syok sendiri dan jumud ini! Dan kita tak mana! Sebab tarbiyahlah kita jadi begini! Kerana dakwahlah kita tidak berkembang, maju ke mana-mana!

Bukan sekali dua kita terfikir begitu. Bukan sekali-dua kita dihambat dengan persoalan sebegitu. Bukan sekali-dua kita digugah dengan gegaran sedemikian. Tiga kali. Empat kali. Tujuh kali. Berkali-kali! Alangkah!

Astaghfirullah...  

Akhi, akhi, akhi... Mengalir air mata. Usap kepala. I can feel you. Saya mungkin tidak mempunyai jawapan yang akan memuaskan hati anda. Tetapi biarlah Allah yang berbicara...

"Aliff Laam Miim. Adakah mereka sangka mereka akan dibiarkan dengan berkata, 'Kami beriman' dan tidak akan diuji..?"
[-al-Ankabut, 29:1-2] 

Akhi sayang, inilah sunnah jalan perjuangan ini. Tatkala anda menandatangani borang pendafaftaran dan akujanji untuk bersama-sama memikul beban tarbiyah dan membawa obor dakwah ini, mungkin anda terlepas pada diskelemer dan cetak kecil (Baca: Small print) yang hadir bersama-sama borang tersebut. Betapa apabila anda melangkah masuk ke dalam gerabak tarbiyah dan dakwah ini, secara otomatiknya anda pasti akan diuji. Akan dihambat dengan mehnah dan tribulasi. Akan dibelasah dengan fitnah yang pasti akan menyebabkan anda ragu-ragu dan was-was dengan jalan ini. 

Kerana itulah sunnahnya, wahai akhi. Itulah sunnahnya.

Mengapa kita perlu diuji sehingga sedemikian rupa, wahai Inche gabbana yang disayangi..?

Tersembur. Err. Ok.

Kerana Allah amat menyayangi kita. Kerana Allah amat menchentai kita. Dan kerana Allah amat ingin kita masuk ke dalam sorgaNya.

Hah? Begitukah caranya Allah menunjukkan kasih-sayangNya kepada hamba-hambaNya..? Garu kepala.

Iya lah. Lihat sahaja apa yang menimpa kekasih hatiNya, ar-Rasul Muhammad SAW itu..? Bukankah baginda adalah manusia yang paling dekat denganNya, makhluk yang paling dichentai dan disayangiNya..? Dan pada masa yang sama, baginda juga adalah manusia yang paling banyak menerima seksaan dan ujian. Baginda adalah makhluk yang terpaksa menanggung beban mehnah dan tribulasi yang paling berat dan menggugah jiwa.

Ya, baginda adalah kekasihNya yang paling utama. Namun baginda adalah kekasihNya yang paling banyak terluka dek mahu membuktikan keikhlasan hatinyanya dan kesungguhan chentaNya pada rabbnya yang ar-Rahman dan ar--Rahim itu. 

Maka sekiranya benar kita mahu dichentai dan dibelai dengan kasih-sayang rabbani, kita perlu bersedia sesungguhnya dan setulusnya dengan apa sahaja yang bakal menimpa. Baik ujian kesusahan berupa kegagalam dalam hekzem tahunan, kematian orang-orang terchenta yang amat dekat dengan kita, dipulaukan oleh rakan-rakan yang kita percaya, cedera dan luka pada fizikal tubuh badan kita dan sebagainya, atau dengan ujian yang lebih berat lagi yakni ujian kesenangan, baik ujian berupa kejayaan dalam pencapaian duniawi, pujian melambung tinggi, harta dan pangkat yang masuk ke dalam pintu hati dan lain-lain lagi. 

Dan ketahuilah, ujian-ujian ini tiada yang lain melainkan mahu menjadikan kita lebih baik daripada siapa kita yang seblumnya. Mehnah-mehnah yang datang menimpa semuanya kerana mahu menguatkan jiwa dan memantapkan keimanan kita di atas jalan ini. Fitnah yang mengasak kita tanpa henti adalah hanya kerana mahu memastikan kita akan terus beramal keranaNya tanpa mengenal erti putus-asa.


"...supaya Dia menguji kamu, siapakah antara kamu yang lebih baik amalannya."
[al-Mulk, 67:2]

Untuk pada dua't khususnya, ujian yang menimpa bukan sekadar mahu menjadikan kita manusia yang lebih baik. Ia bukan juga sekadar mahu memantapkan keyakinan dan kepercayaan kita terhadap risalah yang dibawa.

Lebih daripada itu, ia adalah ujian penapisan daripadaNya, agar yang benar-benar ikhlas, kuat dan bersungguh sahaja yang akan tinggal untuk memperjuangkan agama ini. Kerana manhaj ini adalah manhaj yang agung lagi mulia. Pastinya Dia hanya mahu jundiy-jundiy yang benar-benar seriyes, ikhlas dan benar-benar rela menjual harta dan jiwanya sahaja yang tinggal untuk menjulang tinggi panji dan mengibar semangat bendera agama ini.

Ya, Dia pasti akan menapis kita yang tidak ikhlas dan bersemangat, sepertimana Dia pernah menapis tentera-tentera Thalut suatu ketika dahulu.

Nanges. 

Ya Allah! Kuatkah hatiku! Mantapkan hamasahku! Dan teguhkan imanku! Agar aku terus terpilih menjadi tenteraMu! Amiin, ya robbal a'lamin! [Kredit]

Arakian itu wahai akhi sayangku, berlapang dadalah dengan Allah. Anggaplah hambatan-hambatan yang sedang menyagat kasar dan memukul kuat tubuh jiwamu itu, sebagai tanda Dia masih ingat dan sayang pada dirimu. Tanggapilah fitnah yang melanda sebagai persediaan untuk anda menjadi lebih kuat iman dan mantap jiwa di masa hadapan. Pandanglah mehnah dan tribulasi yang tidak henti-henti mengalirkan peluh besar anda itu, dengan pandangan redha dan penuh keyakinan padaNya.

Dan yang lebih utama, bergembiralah dengan ujian yang datang menimpa, sebagaimana para sahabat yang cukup kuat imannya dalam peristiwa Ahzab, ketika mana mereka melihat berbondong-bondong tentera kuffar datang menuju ke arah mereka. 

"Dan ketika orang-orang Mu'min melihat golongan-golongan (yang bersekutu) itu, mereka berkata, 'Inilah yang dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kita.' Dan benarlah Allah dan Rasulnya. Dan yang demikian itu menambah keimanan dan keislaman mereka."
[al-Ahzab, 33:22]

Allahu rabbi. Senyum, air mata mengalir perlahan.

Ya, kita mahu jadi seperti itu. Apabila diasak hebat, kita tahu itu sapaan dari Allah untuk menguji keimanan kita. Apabila kita dibalun lasak, kita faham benar itu adalah isyarat chenta daripadaNya. Dan apabila hati dan jiwa kita terusik, mula berasa ragu-ragu dan was-was dengan jalan yang kita tapaki dan mula mahu yakini ini, ketahuilah, itu adalah bisikan syaitonirojim dan cucukan jarum-jarum halus taghut yang mahu kita menjadi teman mereka di neraka kelak. 

Sekiranya kita berjaya mengharungi ujian, tekanan, seksaan, mehnah dan tribulasi ini, ketahuilah, kita akan menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya. Lebih beriman. Lebih redha dengan ketentuan. Dan pastinya lebih tahan dan kuat menahan dugaan. 

Namun seandainya kita gagal.. Tarik nafas. Ketahuilah, Allah akan gantikan kita dengan segolongan manusia yang sudah lama menanti-nanti untuk memacak panji dan mengibarkan bendera agama ini. Pasti. Nau'dzubillah. Moga Allah menjauhkan kita daripada tergolong dalam segelintir manusia yang berputus-asa dengan perjuangan ini.

Potong bawang. 

Akhi, semakin jauh kita menelusuri jalan ini, pasti akan lebih besar dan tajam-tajam durinya. Semakin lama kita melalui denai dan lorong sunnah perjuangan ini, lebih ganas dan rakus raksasa yang sedia mengganggu-gugat perjalanan kita. Dan semakin biasa dan laju kita menapaki setiap liku dan ranjau yang memenuhi jalan yang sumpah panjang ini, makin licin dan bahaya pula mana-mana bahagiannya yang rata, sekiranya kita tidak berhati-hati. 

Namun suatu hari nanti, kita akan menoleh ke belakang, dan kita tahu, kita tidak pernah menyesali perjalanan ini. Apabila kita berhenti untuk melihat sekilas pandang, kita berasa gembira mengalirkan air mata, melihat semakin ramai yang mahu menyertai. Dan ketika kita diizinkanNya untuk merasa, menikmati sedikit ilham dan pencerahan agung daripadaNya, kita akan menarik nafas lega, kerana tatkala itu, kita tahu dan yakin, bahawa inilah jalannya. Ya, inilah jalannya.


"Di antara orang-orang Mu'min itu, ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pon tidak mengubah (janjinya)..."
[al-Ahzab, 33:23]

Kerana akhirnya, kita teramat ingin memenuhi janji-janji kita kepadaNya, agar dapat kita bersama-sama dengan golongan terdahulu, berkasih-sayang, bersuka gembira di taman-taman sorga. Untuk itu, kita perlu, tiada kompromi, melepasi ujian-ujian yang terbentang di jalan ini. Untuk ini, kita amat perlu mendapat gred A lurus untuk Ujian Penilaian Sorga Neraka ini. Kerana yang kita mahukan adalah sorga. Yang kita dambakan adalah bersama ar-Rasul di kebun-kebun sorga sana. Dan yang amat kita rindukan adalah chenta dan kasihNya.

Dan... Siapa kita untuk tidak redha dengan ketentuan takdirNya...?

-gabbana-

Ya, saya tahu, panjang. Harap tidak ada yang juling mata dan berbuih mulut membacanya. Ahah.

Moga menjadi penepuk mesra di bahu dan pengusap sayang di kepala buat anda yang sedang bergelora jiwa dan sengsara sukma di luar sana. Moga kasih-sayang Allah sentiasa di sisi, menenangkan dan hati anda yang berbolak-balik itu. Senyum.

3 April 2012

Tempat Jatuh Lagikan Dikenang, Inikan Pula Murabbi Tersayang.. Ewaaahh!

[Kredit]

"[Inche gabbana]! Lamanya kamu tak call saya!" 

"Itulah cikgu.. Phone saya hilang. Ni baru dapat jumpa nombor cikgu ni. Tunggu cikgu sms saya, tak sms sms pon.. Hehe.." 

"La, iye ke..? Samalah kita! Phone saya pon hilang jugak!" 

"Lailaha illallah. Hahahaha.. Serupa la kita." 

"Itulah. Rindu betul pada kamu semua. Sampai terbawa-bawa ke mimpi!"

Kurang lebih begitulah perbualan saya semalam dengan seorang cikgu sekolah lama, Sekolah Bintang. Benar, telah lama saya menyimpan hasrat untuk menghubungi beliau, baru semalam berkesempatan untuk berbuat demikian.

Saya memang sangat rapat dengan cikgu-cikgu saya dahulu. Of kos lah tidak semua; hanya dengan mereka yang punya kepentingan politik dengan saya sahajalah! Wahahaha. Er. Saya sangat sayangkan mereka dan mereka juga sangat sayangkan saya! *koff koff* Err, anda perlukan beg muntah kah..? Hihihi.. 

Mungkin kerana saya ni memang jenis yang amat menghormati guru. Betul betul punya, tidak fake dan tidak pula plastik. Maka saya layan mereka dengan penuh mesra, hormat dan kasih-sayang sekali. Hasilnya, mereka juga amat menghargai layanan saya. Saya ibarat anak bawah ketiak mereka! (Patutla rambut saya selalu perlu disyampu! Wahahahaha. Lawak sedikit kurang ajar. Gelak pecah perut.)

Baiknya saya dengan mereka, sehinggakan mereka langsung tidak kisah sekiranya saya memohon pertolongan daripada mereka. Contohnya, minta tolong mereka untuk bawakan saya ke mana-mana atas sesuatu urusan kecemasan. Baiknya saya dengan mereka, sehinggakan ada seorang cikgu ni, yang tidak kisah kalau saya tidur di dalam kelas asalkan saya siap segala kerja dan tugasan yang diberikannya, walhal sekiranya orang lain, sudah pasti dimarahinya! Hihihi.. 

Malah ada seorang cikgu Bahasa Inggeris, sampai mengeluarkan kenyataan berani mati sebegini:

"I wish I have a son like you."

Gulp. Cikgu, tidak perlulah terlalu jujur di situ! Wahai!

Hatta setelah habis belajar di Sekolah Bintang sekalipon, saya masih setia menghubungi mereka. Sama ada melalui telefon atau sekadar sms mesra. Dan tidak pernah lupa juga untuk mengucapkan mereka dengan ucapan Selamat Hari raya, Selamat Hari Guru dan lain-lain hari kebesaran yang berkaitan. Saya juga dengan tidak malunya lagi penuh bergaya, akan selalu kembali ke sekolah untuk menziarahi cikgu-cikgi di sana, di samping menganjurkan program ala-ala motivasi atau forum kerjaya dengan hadek-hadek yang masih bersekolah di sana.

Cuma kebelakangan ini, saya agak kurang menghubungi mereka. Muka sedih. Di samping telefon yang pergi menghilangkan diri bersama-sama dengan kesemua nombor telefon yang ada di dalamnya, jujurnya saya sendiri agak sibuk dengan pelbagai urusan sehingga tidak mempunyai ruang dan peluang untuk kekal dalam sentuhan (Baca: Keep in touch) dengan mereka. Namun, mereka tidak pernah luput dalam ingatan. Bila berjumpa dengan kawan-kawan lama, pasti akan ditanya sama ada mereka ada mendengar apa-apa hapdet terkini tentang cikgu-cikgi kami. Jujur, saya merindui mereka!

Senang kata, saya amat menghargai jasa-jasa dan pengorbanan mereka sebagai guru saya. Malah saya selalu katakan, tanpa mereka dan didikan yang telah mereka curahkan, pastilah saya tidak akan menjadi seperti saya pada hari ini. Sumpah! Sampai mati pon tidak mungkin saya dapat balas jasa mereka semula!

Err.. Inche gabbana, mengapa tema penulisan Inche gabbana kali ini ala-ala jiwang rindu-riduan gitu? Hari Guru lambat lagi en..? 

Ahahaha. Begini.

(Bacaan selepas ini hanya sesuai untuk anda yang sudah mengikuti dakwah dan tarbiyah secara seriyes dan penuh komitmen hidung kembang kempis. Sebarang kejadian mulut berbuih atau telinga berdarah akibat melanggar amaran ini adalah atas risiko anda sendiri.)

Dalam dakwah dan tarbiyah, ada segelintir golongan yang begitu alerjik dengan konsep intima' fardhi, yakni keintiman dengan seseorang individu, terutamanya kepada murabbi atau ustaz tertentu. Kata mereka, konsep ini merbahaya sekali kerana membina ketsiqahan (kepercayaan) kepada individu tertentu dan bukannya kepada sesuatu perjuangan atau gerakan. Maka kata mereka ini, orang-orang yang terbabit perlu dicantas dengan segera kerana sekiranya dibiarkan, mereka ini akan mengganas dan akan menyebabkan berlakunya penyelewengan dalam dakwah. 

Mata pandang ke atas. Kelip. Kelip.

Bagi saya mereka ini tidak berpijak di bumi yang nyata. Mungkinkah mereka ini sedang berada di atas negara awan dalam kisah Doraemon..? Adakah mereka mahu menidakkan sifat kemanusiaan, emosi dan perasaan dalam dakwah dan tarbiyah? Sama ada mereka ini seumur hidupnya tidak pernah merasakan bulatan gembira dan tarbiyah yang benar-benar hidup dan basah, atau mereka ini sebenarnya batu dan kayu yang tidak punya apa-apa perasaan. Ahah.

Mana mungkin seseorang itu mudah untuk melupakan sosok seorang murabbi yang begitu besar jasanya dan pengorbanannya dalam dakwah dan tarbiyah. Mana mungkin anda mudah untuk menolak tepi, terlanggar bahu di pasar pagi dan buat-buat tak tahu dengan seorang murabbi yang dahulunya sering duduk bermuayasyah dengan anda, dengan penuh tekun dan ikhlas pula meminjamkan telinganya. Mana mungkin kita bisa untuk meluputkan dalam memori diri seorang murabbi agung pada pandangan mata kita, yang dahulunya kita hampir-hampir terjatuh ke dalam lubang neraka yang dalam dan kemudiannya dia datang menghulurkan tangannya, menarik kita kembali menyusuri jalan yang bercahaya..? 

Malahan intima' fardhi ini perlu sekali dalam mengikat diri seorang mad'u untuk terus kekal dan tabah di atas jalan dakwah. Seorang mutarabbi yang masih hingusan, yang baru berjinak-jinak bertatih di atas jalan ini, mana mungkin dia dapat terus bertahan tanpa belaian dan sokongan dari seorang murabbi. Maka sebagai balasan untuk hubungan dua hala ala-ala simbiosis ini, si mutarabbi meletakkan sepenuh kepercayaan dan dan mencurahkan sepenuh kasih-sayangnya kepada murabbi terchenta.

Ah.. Mutarabbi mana yang tidak cair apabila melihat sosok seorang murabbi agung yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah, terus dan terus bekerja di atas jalan dakwah? Mad'u mana yang tidak tergugah jiwanya menyaksikan murabbinya yang benar-benar menjualkan jiwa, harta dan dirinya untuk dakwah dan tarbiyah? Anak buah mana yang tidak mengalir air mata keinsafannya melihatkan ketabahan murabbinya menghadapi mehnah dan cabaran di atas jalan yang sumpah panjang ini, malah boleh pula menyerikannya dengan senyuman mesra dan gelak tawa ibaratnya tiada apa-apa yang perlu dipeningkan kepala..?

Mata bersinar-sinar.

Seorang murabbi agung sanggup mengorbankan dirinya untuk menyebarkan bunga-bunga chenta buat sekalian manusia. Ahhh! Mana mungkin langsung tiada yang tersentuh dengan kemuliaan ini..?? [Kredit]

Jika ada mutarabbi yang langsung tidak terkesan melihatkan murabbinya yang benar-benar ikhlas dan bersungguh menegakkan agama ini, malah bersemangat pula membina manusia-manusia di sekelilingnya untuk bersama-sama dengannya membahu beban perjuangan ini, sekiranya adalah mutarabbi sebegitu, maka si mutarabbi itu punya hati yang cukup keras! Mutarabbi itu benar-benar lurus, langsung tidak terusik dengan emosi, jiwanya berbasa-basi! 

Begitu juga sekiranya ada di luar sana yang menafikan betapa pentingnya unsur keintiman kepada murabbi ini dalam membina keyakinan dan ketsiqahan pada jalan ini, maka anda punya hati yang cukup, errr, choyyy. Ahah. Malah saya kasihan pada orang jenis ini. Ada beberapa kemungkinan yang menyebabkan mereka menjadi raksasa gorgon sebegitu; sama ada mereka tak cukup kasih sayang, mereka dengki dan iri hati melihat orang lain mendapat kasih-sayang yang melimpah ruah atau mereka ini sejenis makhluk yang datangnya dari planet Uranus yang tidak kenal apa itu erti hormat, rindu dan sayang!

Tetapi jangan silap faham! Intima' fardhi tidak beerti kita membina ketaksuban. Taksub dan intim adalah dua benda yang amat berbeza. Taksub pada seseorang beerti kita sanggup berbuat apa sahaja untuknya, walaupon jelas yang apa yang dilakukannya tidak syari'e atau menyalahi assolah (keaslian) dakwah. Maka seorang dai'e yang rasional dan matang, akan terus tetap berada di atas jalan dakwah, walaupon murabbinya itu lari meninggalkannya. Seorang dai'e yang benar akan terus berjuang walaupon murabbinya telah gugur, tersungkur di medan jihad.

Sedangkan keintiman pada seorang murabbi yang pernah menyentuh hati kita, rasa hormat dan kasih pada seorang guru yang pernah mengusik jiwa kita dengan pengisian dan lawak jenakanya dan rasa kagum pada seorang manusia yang benar-benar telah membuktikan wujudnya Super Dai'e, Inkredibel Murabbi dan Otrohamba dalam erti kata yang sebenar, itu adalah reaksi normal bagi seorang manusia yang bergelar insan biasa.

Anda masih tidak percaya? Lihat sahaja keintiman para sahabat radhiallahu anhum kepada murabbi agung mereka, ar-Rasul SAW!

Anda tahu kisah Bilal bin Rabah r.a. yang enggan lagi melaungkan azan setelah kewafatan baginda SAW? Namun suatu hari, Hassan dan Hussin, cucu Nabi SAW memujuk Bilal untuk melaungkan juga azan dan Bilal tidak dapat menolaknya. Ketika sampai ke kalimah, "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah," Bilal tidak dapat lagi meneruskan laungan azannya kerana teresak-esak, tersedu-sedan menahan rindu pada baginda SAW. Malah para sahabat turut menangis mendengarkan laungan kalimah itu oleh Bilal. Diceritakan tidak pernah kota Madinah menjadi sebegitu hiba dan sayu selepas kewafatan Nabi SAW, sehinggalah pada hari Bilal melaungkan azan semula. 

Nah! Mana mungkin para sahabat mempunyai kechentaan yang cukup besar pada ar-Rasul SAW, kalau bukan kerana keintiman hubungan hati mereka dengan baginda. Hatta setelah bertahun-tahun baginda pergi meninggalkan dunia yang fana sekalipon, mereka masih terlalu amat rindu pada baginda. Pastinya rasa kagum, hormat dan sayang kepada baginda ini adalah hasil akhlak dan budi pekerti baginda yang menjadi qudwah kepada sekalian manusia. Dan pastinya, keintiman ini terbit daripada hati yang suci dan ikhlas, dek terkesan menyaksikan seorang manusia agung yang menjual jiwa dan segala pinjamannya di dunia ini hanya untuk mendamba chentaNya yang abadi..!

Ayuh kita hargai dan chentai murabbi dan guru-guru kita, kerana saya yakin, suatu hari nanti kita juga mahu dihormati dan disayangi!

"A good teacher teaches; a great teacher inspires."

-gabbana-

Terasa sedikit skema dengan penulisan ini, walaupon di awalannya banyak jugalah yang mengarutnya. Hihihi.. 

24 February 2012

Gendang Gendut Tali Kecapi, Badan Gendut Lupa Diri. Eh?

[Kredit]

Bukan, ini bukan artikel kesihatan. Dan bukan, ini bukan juga tips-tips untuk menguruskan badan.

Baru-baru ini saya sedikit terkejut apabila berjumpa dengan seorang rakan baik. Kita namakan dia Inche N. Mengapa saya terkejut? Adakah kerana tumbuh ekor di belakang punggungnya? Atau dia kini sudah bertukar menjadi seekor arnab putih gebu-gebu yang sungguh comel..? Atau dia boleh berjalan di atas air dan udara lantas mengeluarkan hikmat silat matahari..?

Err. Sila abaikan. 

Inche N kelihatan begitu gorjes sekali. Dia kelihatan sungguh sihat dan sungguh (secara relatif) kurus berbanding dengan dirinya sebelum ini. Walaupon badannya masih besar dan err, besar, tapi amat jelas perbezaan dirinya kini dengan dirinya di waktu kali terakhir saya bertemu dengannya. Dan apa yang lebih mengejutkan adalah, tempoh antara kali terakhir saya bertemu dengannya dan pertemuan baru-baru ini, tidaklah begitu lama heyy!

Saya dan Inche N sama-sama bersekolah di Sekolah Bintang dahulu. Ketika itu, memanglah hampir semua orang pon kurus keding dan keping. Manakan tidak. Makanan sehari-hari yang dijamu kepada kami, rasanya tak sampai pon sepuluh peratus daripada piramid makanan Malaysia atau Garis Panduan Harian pengambilan makanan yang terdiri daripada bijirin, roti, nasi, jumlah sayur-sayuran berkhasiat yang mencukupi, buah-buahan segar, keju Perancis dan susu bebiri Australia, daging lembu terbaik New Zealand dan ikan salmon yang ditangkap dengan tangan di anak sungai kawasan Skandinavia. Eh.

Bayangkan, satu hari dalam setiap minggu, akan ada hidangan makan tengah hari yang majoriti daripada kami telah pon senaraihitamkan. Kami namakan hidangan tersebut sebagai ' Kari Ikan Keramat.' Baunya sahaja boleh menusuk hidung tiga ke empat kilometer radius jauhnya. Sungguh. Hari itu, selalunya tauke kantin sekolah akan tersenyum lebar sehingga ke telinga kerana habisnya lauk-pauk diserbu oleh kami yang tidak ada selera nak menjejakkan kaki ke dalam dewan makan sekolah. 

Bukan, bukan tidak bersyukur. Tetapi itulah hakikatnya. Kalau diberikan ikan keramat itu kepada kucheng peliharaan anda pon, silap haribulan pandang pon tak mahu. Tu baru ikan keramat, belum lagi saya namakan satu-persatu hidangan eksotik lain yang pasti akan membuatkan anda terlopong mulut dan mengangkat kening belah kanan anda itu.

Maka oleh sebab diet yang begitu berkhasiat lagi membuatkan kami teruja, ramailah antara kami yang kehilangan berat badan secara mendadak. Termasuklah Inche N. Melihatkan gambar-gambar lama kami bersama, tidak boleh tidak, pasti akan tertawa besar penuh ketidakpercayaan melihatkan kesliman kami semua. 

Melangkah sahaja keluar dari Sekolah Bintang... Err.. Lap peluh besar di dahi. Masing-masing menjadi peladang dan peternak lemak dengan jayanya. Malah ada juga antara kami, yang dahulunya seorang jejaka kachak tampan bergaya ala-ala jejaka panas abad keduapuluhdua, keluar sahaja daripada Sekolah Bintang, bertukar menjadi cipan raksasa..! Wahahaha.. Tapi of kos lah, Inche gabbana terus kekal slim, tampan dan bergaya! *koff koff* Eh eh, kalau nak muntah hijau, segeralah ke bilik air tu..! Wahahaha..

Antara yang tergolong dalam golongan yang membesar dengan penuh sihat dan gembira adalah Inche N. Malah pernah suatu ketika, saya merasakan saiz tubuh badannya cukup besar. Seriyes ketika itu saya tak berani nak cari pasal dengan dia; takut-takut dia hempap saya dengan tubuh badannya yang bersaiz triple quadruple XL itu..! (Matilaaaa kalau dia baca ni.. Hihihihi sambil berpeluh besar.)

Pernah suatu ketika dia berazam untuk menurunkan berat badannya itu. Sayugia saya diajaknya untuk menemaninya ke jim, untuk bereksesais menguatkan otot dan menguruskan badan bersama-sama. Tapi err.. Tak bertahan lama. Dia akhirnya berhenti akibat tidak dapat mencurahkan sepenuh komitmen. Kemudian beratnya bertambah lagi. Dan lagi. Dan lagi. Sehinggakan dia dan hipopotamus tidak dapat dibezakan lagi. Hihihi.. (Ok saya rasa saya kena bersedia dengan seorang peguam sekarang ini. Heh.)

Sehinggalah dia mengamalkan diet baru yang dijumpainya di internet. Ketika awal-awal dia mengamalkan diet tersebut, takut juga saya mendengarnya. Begitu tegas dan tidak berperikemanusiaan..! Bayangkan, dalam seminggu tu, ada satu hari yang anda hanya boleh makan sayur, sayur dan sayur! Sayur untuk sarapan pagi, sayur untuk makan tengahari dan sayur untuk makan malam..! Mahu muntah darah dibuatnya tu! Hohoho.. Tetapi alhamdulillah, Inche N komited dan bersungguh dengan dietnya itu. Dan dalam masa seminggu sahaja, dia telah berjaya membuang lemak di badan seberat sembilan kilo! Walaweh.

Dan dia mendaftarkan dirinya semula ke jim beberapa minggu yang lepas. Yang paling mengagumkan adalah komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Inche N. Walaupon pernah tersungkur suatu ketika dahulu, kini dia bangkit semula, dan berazam untuk berlari membawa obor perubahan menuju garisan penamat! (Ala-ala tagline iklan motivasi).

Maka anda boleh bayangkan sekarang ini, betapa terkujatnya (teruja + terkejut) saya melihatkan perubahan pada Inche N. Mungkin pada orang lain tiada apa yang mahu dikecohkan. Tetapi pada pandangan seorang rakan yang rapat dengannya, sudah tentulah saya amat berbangga dan kagum dengan transformasinya itu! Syabas Inche N! Hasil kegigihan, kesabaran dan keyakinan anda pada diri sendiri, anda akhirnya berjaya membuktikan yang sebenarnya Dragon Ball ada tujuh biji..! Eh. Teruskan usaha anda dan semoga suatu hari nanti anda akan menjadi sehensem dan sebergaya saya! Wahahahaha..

Debekkkk. Bunyi seseorang kena silambam.

Saya suka untuk kaitkan apa yang berlaku kepada Inche N dengan kita yang menggelarkan diri kita sebagai du'at di luar sana. 

Eh..? Bagaimana tu Inche gabbana..? Amboi amboi amboi, Inche gabbana nak tuduh saya ni gemok gedempol la ya..? Kurang hasam betolla Inche gabbana ni!

Err. Ada ke saya cakap begitu..? Tidak bukan..? Apa-apa jalan, pernah dengar tak peribahasa, "Siapa makan wasabi dengan sushi, pastilah akan berasap lubang hidungnya"..? Wahahaha.. (Ok terlalu banyak gelak hari ni. Lagha betol! Astaghfirullah..)

Sabar. Izinkan saya membuat penjelasan. Begini.

Ramai antara kita yang ketika awal-awal menyertai tarbiyah dahulu, begitu dahagakan dan laparkan sentuhan tarbawi yang membasahkan hati. Arakian kita sumpah teruja dan sentiasa memandang ke hadapan untuk menghadiri konferens-konferens riang, kerana di situlah kita berpeluang untuk mendapat taujihat yang osem daripada pak-pak dan mak-mak syaikh yang hebat-hebat belaka. Ibaratnya, kita seorang yang kurus keding dan tak cukup zat mineral, dek mentahnya kita di atas jalan dakwah ini, yang laparkan makanan lazat dan berkhasiat.

Tidak lama selepas itu, kita mula menjadi tepu. Pelbagai jenis tok nenek bahan pengisian yang telah kita perolehi. Ini Sungguh Kool, Saya Hosem, Babai Jahiliyyah, Itu Pon Kool, Saya Unggul dan entah-entah apa-apa lagi pengisian. Kita disuap, disuap dan disuap dengan pelbagai bahan tarbiyah yang dahulunya kita benar-benar dan sungguh-sungguh mahukan. 

Malang sekali, bahan-bahan itu kita simpan di dalam kepala. Kita tidak kongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Kita tidak sebarkan kepada madu-madu lebah dan ikan-ikan sepat yang bertaburan banyaknya di luar sana. Paling mengerikan, kita tidak beramal dan praktikkan ilmu-ilmu baru yang telah kita perolehi. Akibatnya? Jadilah ibaratnya jalan satu hala yang penuh dengan kereta; kereta tidak berhenti-henti masuk, tapi tiada yang keluar. Sesak!

Akhirnya kita menjadi gemok sendiri. Gemok dengan pelbagai bahan-bahan tarbawi yang tersimpan rapi di dalam otak dan jiwa kita. Dan kita syok sendiri; kita terus-menerus menyuapkan lebih banyak bahan bacaan fikrah dan ruhiyy ke dalam kepala hotak kita. Kita rasakan itu yang terbaik untuk kita. Kita yakin yang ia tidak membahayakan kesihatan dakwah dan tarbiyah kita. Duduk seronok di rumah membaca dan menelaah bahan-bahan fikrah, tetapi tidak diaplikasikan melalui kerja-kerja dakwah. Sehinggalah kita menjadi obes, benar-benar gendut dan gedempol, sehinggakan kita tidak boleh lagi bergerak. Aduhai..!

Ibaratnya makan, makan dan makan tanpa henti, tidak diimbangi dengan senaman dan gaya hidup yang sihat. Sehinggalah bertan-tan lemak mula memenuhi setiap inci dan penjuru tubuh badan dengan riang gembira sekali. Altimetnya apabila lemak mula membaluti jantung dan ketika disedari, kita sudah terlambat untuk berbuat apa-apa lagi. Akhirnya jantung kita berhenti dek lemak yang menyumbat saluran kapilari. Dan kita pon mati. 

Errr.. Kalau dah gemok macam ni dalam dakwah dan tarbiyah... Peluh besar. [Kredit]

Tanyalah diri kita dengan penuh keikhlasan dan kejujuran; mahukah berlaku benda yang sama pada hayat dakwah dan tarbiyah kita..?

Kerana itu, dakwah dan tarbiyah tidak mungkin sama sekali dipisahkan. Dakwah, dakwah dan dakwah tanpa pengisian dan pembinaan diri yang benar-benar berkesan, pastilah akan menyebabkan jiwa menjadi lelah dan lemau. Yang lebih marabahaya adalah apabila ruh menjadi kekeringan. Akhirnya berlakulah inhiraf (terpesong) dalam dakwah; dakwah yang tidak dipandu oleh cahaya rabbani. Kita pandai-pandai dan syok sendiri! Astaghfirullah..

Begitu juga dengan tarbiyah. Tarbiyah, tarbiyah dan tarbiyah sahaja, yang tidak dijelmakan dalam bentuk gerak kerja yang tersusun dan dakwah yang bersinergi, ibaratnya Nobita yang meminta pelbagai alatan canggih dan moden daripada Doraemon, tapi tidak tahu menggunakannya pon, malah tersalah guna hingga membawa bencana..! Err.. Boleh ke begitu..? Hihihi..

Apa guna kita terkesan dengan pengisian Saya Hosem, tapi kemudian pulang ke rumah, masuk dalam selimut bermain Burung-Burung Yang Amarah dan esoknya terus lupa dengan apa yang telah kita perolehi..? Apa baiknya, hidung kita kembang-kempis penuh bersemangat setelah mendengar jatuh naiknya umat Islam dalam Ini Sungguh Kool, tapi kemudiannya langsung tidak memasang azam dan niat untuk mengajak rakan-rakan kita dan berkongsi dengan mereka apa yang telah kita dapati..? Dan sungguh hampagas cap Ayam apabila kita menangis bercucuran mendengar pengisian Babai Jahiliyyah, tapi beberapa hari selepas itu, kitalah yang paling hero sekali bermain permainan atas talian, menonton movie-movie secara marathon tanpa henti dan mentadabbur Manga dengan bersungguh dan penuh riang gembira sekali.

Tikk tikk tikk. Eh kenapa baju anda basah tu..?

Begitulah.

Err.. Jadi bagaimana Inche gabbana..? Apakah solusinya..? Bagaimana mahu menguruskan kemalasan dan kefuturan yang telah gemok gedempol ini...??

Solusinya..? Aha! Jadilah seperti Inche N, yang tidak berputus-asa dengan perjuangan menurunkan berat badannya. Sama seperti Inche N, dalam dakwah dan tarbiyah ini, kita mesti istiqamah, berdisiplin dan berstrategi. Dan Insha-Allah, jika kita ikhlas, bersemangat dan yakin dengan apa yang kita perjuangkan ini, sama seperti Inche N juga, suatu hari nanti, saksikanlah 'lemak-lemak' yang menggemukkan diri kita sehingga kita menjadi berat dan lembab dalam dakwah dan tarbiyah ini, akan terbakar dengan sendirinya..!

Senyum kenyit mata.

Biarlah gemok tubuh badan dan fizikal, jangan gemok jiwa dan hati yang memalaskan, sehinggakan kita menjadi fitnah dan beban pada perjuangan ini! Biarlah kita debab dan gedempol sekalipon di alam nyata ini, asalkan jangan kita gemok dengan kelalaian dan kefuturan yang menjahanamkan..!

Ayuh kita bakar lemak-lemak jahiliyah ini sekarang juga! Aiwah!

-gabbana-

Diskelemer: Artikel ini langsung tidak berniat untuk menghina mana-mana golongan bertubuh besar, gemok atau obes di luar sana. Sumpah. Hanya mengambil contoh daripada kisah Inche N, yang ditakdirkan kaya dengan lemak-lemak bernutrien tinggi! Hihihi.. Kalau ada yang berkecil hati atau terasa, sila maafkan saya dengan penuh bergaya. Boleh kan..? Buat tanda pis. 

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP