Showing posts with label peduli palestin. Show all posts
Showing posts with label peduli palestin. Show all posts

1 August 2014

Sepuluh Mitos Besar Lagi Kelakar Oleh Israel

Yeaaaahhh! [Kredit]

Hari ini masuk hari ke dua puluh lima Operasi Protective Edge yang dimulakan oleh rejim Zionis pimpinan Benjamin Netanyahu ke atas Ghazzah. Angka kematian di pihak Ghazzah hampir mencecah 1,400 nyawa, manakala jumlah sebenar kematian di pihak Israel tidak dapat dipastikan secara muktamad kerana dipercayai pihak rejim Zionis sedaya-upaya cuba untuk menyembunyikan angka kematian yang sebenar. 

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry telah mengumumkan gencatan senjata selama 72 jam bagi membolehkan urusan kemanusiaan seperti membaiki hospital dan reaktor janakuasa, membekalkan ubat-ubatan dan membawa masuk bekalan makanan dilaksanakan. Kita akan melihat sejauh mana rejim Zionis akan menghormati gencatan senjata ini kerana sejarah telah berkali-kali membuktikan bahawa mereka ini memang pendusta besar. Baru-baru ini, mereka telah mengebom sebuah pasar di Shujayea yang mengakibatkan 17 kematian walaupon jeda kemanusiaan (Baca: Humanitarian pause) telah diumumkan oleh Israel sendiri sebelum itu.

Kan saya dah kata mereka ini dasar penipu besar..? Pppfffttt.

Apa yang menariknya kita dapat melihat Israel dengan gigih terus-menerus cuba untuk menipu masyarakat dunia dengan propaganda mereka bagi menghalalkan penyembelihan Ghazzah. Pelbagai penipuan dan lawak jenaka mereka sebarkan untuk meyakinkan dunia bahawa apa yang sedang mereka lakukan ini sebenarnya ada justifikasinya. 

Mari kita lihat dan teliti sepuluh penipuan besar dan mitos kelakar yang direkayasa Israel bagi mempertahankan tindakan mereka melakukan holokaus abad ke-21 ini serta jawapan balas bagi menafikan semua pembohongan ini.

Mitos Besar Lagi Kelakar Satu
Operasi ini hanyalah sebagai tindak balas terhadap serangan roket Hamas ke atas bandar-bandar kami!
Hamas tidak lagi melancarkan roket ke atas Israel sejak tahun 2012 (sebelum konflik yang sekarang ini tercetus). Roket-roket yang dilancarkan berpunca dari kumpulan-kumpulan kecil yang tiada kena mengena dengan Hamas. Hamas malah menubuhkan sebuah pasukan polis khas anti-roket bagi menghalang daripada roket dilancarkan ke atas Israel selepas gencata senjata 2012 dimeterai. 

Hah. Hang nak kata apa? 

Mitos Besar Lagi Kelakar Dua
Kami hanya menyasarkan pengganas Hamas, dan bukannya para penduduk awam.
Hallo..? Apa anda orang ingat kami buta? Ingat kami bodoh? Kebanyakan korban yang berlaku selama ini kebanyakannya adalah melibatkan penduduk awam! 

Navi Pillay, Pesuruhjaya Tinggi Badan Hak Asasi Manusia Pertubuhan Banyak Borak sendiri mengakui hal ini. "Beberapa insiden yang berlaku, termasuklah dengan jumlah kematian penduduk awam yang tinggi telah menafikan dakwaan Israel bahawa semua langkah-langkah yang perlu untuk melindungi nyawa penduduk awam telah diambil."

Rasa macam nak meludah tak?

[Kredit]
Mitos Besar Lagi Kelakar Tiga
Pasukan tentera kami adalah pasukan tentera paling bermoral di atas muka bumi. Kami sama sekali tidak akan menyasarkan kanak-kanak dan wanita. 
Puiii.  Ha kan dah. 

Operasi Protective Edge telah menjadi saksi dan bukti bahawa rejim Zionis adalah kerajaan yang paling tidak bermoral dan tidak senonoh di seluruh galaksi bimasakti. Empat orang kanak-kanak yang lari menyelamatkan diri di persisiran pantai Ghazzah telah dibom sesuka hati. Dua buah sekolah milik Pertubuhan Banyak Borak telah dibom meskipon berkali-kali peringatan diberikan kepada pihak tentera Israel. Sebuah pasar di Shujayea yang sarat dengan penduduk yang mahu membeli barang keperluan telah dibom, walaupon kononnya Israel sendiri sebelum itu yang mengumumkan jeda kemanusiaan.

Eerrgghhh. Kesyaitanan apakah ini...?? 

Mitos Besar Lagi Kelakar Empat
Kematian yang tinggi dalam kalangan rakyat Palestin adalah kerana Hamas menggunakan mereka sebagai perisai manusia!
Menurut Jeremy Bowen, wakil BBC untuk bahagian Timur Tengah, "Saya tidak menjumpai sebarang bukti sepanjang saya di Ghazzah berkaitan dengan tuduhan Israel bahawa Hamas menggunakan rakyat Palestin sebagai perisai manusia."

Malah menurut satu laporan yang dikeluarkan Reuters pada tahun 2013, sebuah badan hak asasi kemanusiaan di bawah Pertubuhan Banyak Borak menuduh tentera Israel menzalimi kanak-kanak Palestin dengan menyeksa mereka dan menjadikan mereka sebagai perisai manusia. 

Ceh.

Mitos Besar Lagi Kelakar Lima
Satu lagi sebab mengapa ramai yang terkorban adalah meskipon kami dah beri amaran agar depa ni mengosongkan kawasan yang berkaitan, depa tetap berdegil tak mahu lari menyelamatkan diri!
Hang tau dak Ghazzah tu besaq mana? Lepas tu hang pi kepong depa, bagi sekatan kat depa. Pastu serangan hang besar-besaran. Hang habaq kat aku, depa nak lari mana...??

Ha kan dan terkeluaq loghat Utagha. Geraaaammm!

Ghazzah adalah penjara terbesar di dunia! [Kredit]

Mitos Besar Lagi Kelakar Enam
Kami sejak dahulu mahukan kedamaian, mahukan gencatan senjata. Tapi Hamas yang tidak mahukannya!
Media-media Barat di bawah kawalan Yahudi Zionis dengan susah-payah cuba memaparkan bagaimana Hamas sentiasa menolak sebarang usaha gencatan senjata yang dipelopori oleh Israel. Jahat kan Hamas?

Hakikatnya, sebarang cadangan gencatan senjata oleh Israel pastinya ada agenda yang tersembunyi. Permintaan-permintaan Hamas untuk dipertimbangkan sebelum sebarang gencatan senjata dimeterai, semuanya ditolak oleh Israel. 

Menurut laporan oleh al-Jazeera, salah seorang daripada pemimpin tertinggi Hamas, Khalid Meshaal pernah menyatakan bahawa Hamas komited untuk menghentikan peperangan, dengan syarat Israel mesti menghentikan segala bentuk sekatan terhadap Ghazzah dan bukan janji-janji kosong yang manis di bibir. Ok Khalid Meshaal tidaklah berkata sebegitu, tetapi anda faham maksud saya kan?

Hamas telah meletakkan sepuluh tuntutan sebagai syarat untuk gencatan senjata namun semua tuntutan tersebut ditolak mentah-mentah oleh rejim Zionis. Tapi apa yang kita baca di media massa Barat? Hamas menolak gencata senjata! 

Ini tidak adil!

Mitos Besar Lagi Kelakar Tujuh
Hamas yang mulakan semua ini! Mereka menculik dan membunuh tiga orang remaja kami! 
Sehingga kini tiada bukti yang sahih yang dapat meletakkan Hamas di dalam kandang pesalah. Malah bukti-bukti yang ada semuanya menunjukkan ke satu arah; ia tidak dilakukan oleh Hamas malah pihak rejim Zionis sudah lama mengetahui hakikat ini. 

Saya ada membuat sedikit analisa marhaen berkaitan dengan dakwaan tidak berasas Israel ini di dalam esei 'Perang Dedaun Hancur Dimakan Ulat: Satu Analisa Marhaen.'

Israel sebuah negara apartheid! [Kredit]
Mitos Besar Lagi Kelakar Lapan
Siapa kata kami menjajah Ghazzah? Itu semua poyo!
*Beristighfar menahan diri daripada mencarut*

Israel menguasai hampir semua kawasan darat, udara dan perairan di Ghazzah. Israel mengawal sempadan keluar dan masuk ke Ghazzah, menyebabkan tiada siapa yang dapat masuk atau keluar dari Ghazzah dengan keizinan mereka. Israel menguatkuasakan zon (Baca: Buffer zone) dan sejak itu telah merampas kurang lebih empat belas peratus dari jumlah keseluruhan tanah di Ghazzah dan sekurang-kurangnya empat puluh lapan peratus daripada jumlah tanah pertanian yang ada. Lapan puluh lima peratus kawasan perairan Ghazzah dikawal oleh Israel. Israel terus menguasai ruang udara Ghazzah sepertimana yang dikuasainya sejak tahun 1967 lagi.

Kalau itu semua bukan penjajahan, apa namanya? Aktiviti pertanian...?? 

Mitos Besar Lagi Kelakar Sembilan
Kami hanya mempertahankan kedaulatan negara kami. Self defense! 
Pembunuhan beramai-ramai bukan mempertahankan diri. Merobohkan rumah-rumah rakyat Palestin dan membina pula penempatan haram bukan mempertahankan diri. Membunuh kanak-kanak yang tidak berdosa dan wanita-wanita bukan mempertahankan diri. Menahan dan menangkap rakyat Palestin sesuka hati bukan mempertahankan diri. Mengepung, mendirikan tembok apartheid dan mengawal sempadan Ghazzah, itu bukan mempertahankan diri.

Fulsetop.

Mitos Besar Lagi Kelakar Sepuluh
Ini semua salah Hamas! Ini semua salah Hamas! Ini semua salah Hamas!
Err. Pembunuhan dan kezaliman terhadap rakyat Palestin bermula seawal tahun 1947 lagi, jauh sebelum Hamas ditubuhkan secara rasminya pada 1987. Dalam peristiwa pembunuhan besar-besaran Shabra dan Syatilla pada tahun 1982 misalnya, seramai 3,500 (angkanya berbeza-beza bergantung kepada sumber) pelarian Palestin di Beirut, Lubnan dibunuh dengan kejam oleh militia Kristian Phalangist, dibantu oleh tentera rejim Zionis ketika itu. 

Itu belum lagi dikira, dibilang dan dihitung kekejaman-kekejaman Israel yang lainnya yang sehingga kini telah meragut entah berapa nyawa rakyat Palestin. 

Mitos Besar Lagi Kelakar (Bonus)
Hamas mendapat latihan payung terjun mereka di Malaysia
Say what...?? Mungkin yang Israel maksudkan adalah sebuah pertubuhan ibu-ibu mengandung peringkat kebangsaan yang bernama Humus. 

Geletek perut sendiri. 

Mungkin inilah latihan payung terjun yang dimaksudkan oleh Israel. Kehkehkeh.

Fuh. Maaflah andai tulisan kali sepertinya emosional dan penuh drama.

Kadangkala memang sukar mahu menjaga tekanan darah daripada tidak naik secara mendadak setiap kali membaca hapdet-hapdet terbaru tentang konflik Israel-Palestin ini. Yang lebih menyakitkan hati adalah betapa ramai manusia di luar sana yang sengaja membutakan hati mereka, menelan bulat-bulat segala penipuan dan pembohongan yang disogokkan oleh pihak Zionis. 

Kerana itu penting untuk kita memainkan peranan kita dengan sentiasa mengambil tahu hapdet-hapdet terbaru apa yang sedang berlaku dan menyebarkan fakta dan kebenaran, sama ada di alam maya, di waksep, di kantor kerja hatta pada jiran sebelah rumah. Kebenaran tetap akan menang akhirnya, meskipon musuh-musuh Islam cuba sedaya-upaya mereka untuk memadamkannya.

"Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, tetapi Allah tetap menyempurnakan cahayaNya meskipon orang-orang kafir membencinya."
[as-Saff, 61:8]

Alhamdulillah, pendapat umum masyarakat antarabangsa semakin cenderung ke arah menyokong perjuangan Palestin dan menempelak jenayah perang Israel, semuanya kerana kebenaran semakin terserlah nyata. Ramai selebriti Barat yang kini sudah berani mengkritik rejim Zionis secara terbuka. Malah semakin banyak media-media massa Barat yang dahulunya menikus dan mengambil pendirian tidak mahu masuk campur, kini sudah tampil ke hadapan melaporkan fakta-fakta benar tentang apa yang sebenarnya berlaku di Palestin.

Ini merupakan petanda yang sangat positif. Keadaan ini tidak pernah berlaku dalam mana-mana konflik Israel-Palestin sebelum ini. Masyarakat dunia semakin sedar betapa selama ini mereka telah ditipu oleh mitos-mitos yang direka oleh jentera propaganda Israel. Dan saya melihat, ini juga merupakan isyarat awal pembebasan mutlak Palestin yang sudah tidak jauh lagi dari sekarang. InshaAllah! 

Teruskan melakukan apa sahaja yang anda terdaya untuk membantu saudara-saudara kita di sana. Sama ada menderma, memboikot, berdoa, menyertai demonstrasi dan apa-apa sahajalah yang termampu untuk meringankan penderitaan mereka di sana. 

Saya? Saya tetap yakin dengan pembinaan rijal dan jiwa-jiwa di luar sana. Kerana pada tangan-tangan mereka inilah inshaAllah, Palestin akan dibebaskan suatu hari nanti, biidznillah.

Senyum.

-gabbana-

Kebanyakan maklumat untuk penulisan di atas diperolehi dari artikel tulisan Mehdi Hasan di laman sesawang Huffington Post bertajuk 'Debunking Israel's 11 Main Myths About Gaza, Hamas and War Crimes.'

Esok ada demo besar-besaran di Dataran Merdeka, anjuran Viva Palestina Malaysia dan Aqsa Syarif. InshaAllah sekiranya tiada apa-apa yang menghalang, saya bercadang untuk turut serta. Ayuh? 


17 July 2014

Perang Dedaun Hancur Dimakan Ulat - Satu Analisa Marhaen

Palestin akan bebas! Bebas! [Kredit]

Di kala umat Islam menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang penuh barakah dan mulia ini, ia dicemari dengan serangan tidak berperikemanusiaan Israel ke atas Palestin. Bulan yang sepatutnya dipenuhi dengan sedekah dan ibadah, bertukar menjadi tempat yang menyaksikan umat Islam bermandi darah.

Seluruh dunia sedang memerhatikan dengan teliti krisis terbaru antara Israel dan Palestin yang sedang berlaku sekarang ini. Dunia seakan-akannya senyap dan sunyi dengan isu-isu yang lain kerana semua mata tertumpu kepada pergolakan yang buat sekian kalinya tercetus ini.

Kedua-dua belah pihak - sama ada penyokong Israel atau mereka yang simpatisan terhadap Palestin - menanti-nanti bukti-bukti dan fakta untuk menyokong dan mengukuhkan hujah-hujah masing-masing. Di dalam dunia yang mana informasi dan maklumat boleh tersebar dalam sekelip mata, kita dilambakkan dengan pelbagai fakta dan auta, yang sudah pastinya akan membuatkan kita tergaru-garu kepala. Sudah berapa kali agaknya kita menekan butang 'Share' itu, hanya untuk mendapati kemudiannya bahawa apa yang kita kongsikan itu sebenarnya hanyalah pemalsuan fakta. Aduhai. 

Inilah cabaran untuk para dua't terutamanya, di dalam era MukaBuku, Pengicau, Instagram dan yang seangkatan dengannya, untuk memastikan hanya kebenaran yang disebarkan dan bukannya kebatilan. Kadang-kadang dalam kita bersungguh-sungguh mahu menyebarkan kebenaran, kita menjadi keterlaluan (ghulluw) sehingga kita melupakan adab dan akhlak asas yang perlu ada pada seorang mu'min. Seikhlas dan seseriyes mana pon kita, kebenaran perlu ditegakkan dengan kebenaran dan kebatilan itu tetap kebatilan. 

Tarik nafas. 

Atas kesedaran itu, saya ingin berkongsikan dengan anda beberapa fakta yang saya kira penting untuk kita lebih memahami isu yang sedang berlaku. Saya sertakan juga sedikit analisa saya marhaen ini, untuk lebih mudah dan sejahtera anda memahami konteks sesuatu situasi atau peristiwa, inshaAllah. Saya amat mengalu-alukan teguran, kritikan dan pandangan anda semua, terutamanya jika ada mana-mana fakta atau analisa saya yang kurang tepat. Boleh begitu?

Baiklah.


Punca Krisis


Segala-galanya bermula apabila tiga orang remaja Yahudi berkerakyatan Israel, Naftali Frankel (16), Gilad Shaer (16) dan Eyal Yifrach (19) hilang diculik ketika sedang mendaki bukit. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan pantas menuduh ia perbuatan Hamas, meskipon tiada bukti kukuh untuk menyokongnya. 

Lebih 2 minggu selepas penculikan itu berlaku, jasad tiga remaja itu dijumpai tidak bernyawa di Hebron. Sekali lagi, meskipon tiada sebarang bukti yang kukuh, Benjamin Netanyahu dan seluruh kabinetnya terus menuding jari kepada Hamas sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan 3 remaja tersebut.

"Hamas bertanggungjawab dan Hamas akan membayarnya," menurut Netanyahu seperti yang dilaporkan oleh akhbar Haaretz. 

Kerajaan Israel berikrar untuk menuntut bela terhadap kematian 3 remaja tersebut. Penangkapan besar-besaran dibuat ke atas para penyokong Hamas dan operasi memburu suspek pembunuhan dilakukan. 

Sentimen anti-Arab dan Palestin marak dengan pantasnya dalam kalangan rakyat Israel. Ayelet Shaked, bintang yang semakin melonjak di dalam parti berhaluan kanan Jewish Home meyeru agar dilakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Palestin. Seruannya ini mendapat ribuan Like di Mukabuku. 

Seorang remaja Palestin, Muhammad Abu Khudair (16) diculik oleh puak pelampau Yahudi, dipaksa untuk meneguk gasolin dan dibakar hidup-hidup. Laporan forensik menunjukkan bahawa as-Syahid Abu Khudair masih hidup ketika dia dibakar. Binatang!

Masyarakat Arab yang tinggal di Israel dan rakyat Palestin melakukan protes besar-besaran bagi menuntut bela kematian Abu Khudair. 

Kedua-dua peristiwa inilah yang akhirnya menjadi punca kepada peperangan yang sedang berlaku seperti yang kita saksikan pada hari ini.

Konspirasi Silap Bendera?

[Kredit]
Sudah heboh di alam maya bahawa pembunuhan tiga orang remaja Israel itu sebenarnya dilakukan oleh rejim Zionis sendiri. Banyak hujah dan fakta yang dilontarkan untuk membuktikan bahawa apa yang berlaku adalah tindakan tangan-tangan Zionis laknatullah sendiri.

Hah? Gila apa Inche gabbana. Mengapa pula mereka mahu bunuh rakyat mereka sendiri...??

Haaaa. Inilah yang dipanggil sebagai Operasi Silap Bendera (Baca: False flag). Operasi Silap Bendera adalah operasi ketenteraan gerila atau bawah tanah yang sengaja dilaksanakan untuk menggambarkan seolah-olahnya ia dilakukan oleh sesuatu entiti, kumpulan atau negara lainnya. Ia dilakukan untuk menjustifikasikan sesuatu tindakan ketenteraan atau serangan terhadap individu atau negara lain.

Di dalam sejarah, banyak kejadian Silap Bendera ini dilaksanakan oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menjustifikasikan tindakan mereka menyerang negara lain atau membunuh individu tertentu. Antara yang femes termasuklah:
  • Insiden Gleiwitz yang menyaksikan pihak Nazi memalsukan bukti-bukti kononnya Poland telah menyerang Jerman untuk mendapatkan sokongan rakyat Jerman untuk memulakan peperangan dengan Poland
  • Pengeboman jalan keretapi oleh pihak tentera Jepun untuk menakluk Manchuria di China
  • Projek TP-Ajax yang merupakan rancangan CIA untuk menjatuhkan Perdana Menteri Iran, Mohammad Mossadegh dengan cara menyerang masjid-masjid dan tokoh-tokoh terkenal dan membuatnya seolah-olah dilakukan oleh puak komunis yang setia kepada kerajaan
Malah anda yang mendakwa peristiwa 11 September juga merupakan salah satu contoh tipikal Operasi Silap Bendera bagi memberi justifikasi kepada kerajaan Amerika Syarikat untuk menyerang dan menakluk Iraq dan menceroboh Afghanistan. 


Makanya penculikan dan pembunuhan 3 remaja Israel itu dilihat sebagai makar jahat Zionis untuk menghalalkan pembunuhan secara berjemaah rakyat Palestin dan menghapuskan Hamas dan pimpinnnya, juga untuk menebus ke'malu'an mereka atas kegagalan mereka dalam Operasi Pillar of Defense pada 2012. 

Selain itu, Israel juga dilihat tidak senang dengan kerajaan campuran Fatah dan Hamas yang ditubuhkan baru-baru ini. Israel mahu menggaggu-gugat kerjasama Fatah-Hamas yang dilihat sebagai ancaman kepada Israel. Sejurus sahaja mayat ketiga-tiga remaja itu ditemukan, Menteri Sains dan Teknologi Israel, Jacob Perry telah menggesa Mahmud Abbas, Perdana Menteri kerajaan campuran yang baru itu untuk menamatkan kerjasama dengan Hamas.

Anda nampak permainannya di situ?  

Dah, kenapa tak bom je terus Palestin tu..? Bunuh semua orang terus? Kan senang? 

Ia tidak semudah itu. Meskipon rejim Zionis terkenal dengan kekejaman dan kezaliman mereka, dan ketidakpedulian mereka dalam menghormati resolusi-resolusi Pertubuhan Banyak Borak (PBB) yang ada, mereka tahu bahawa masyarakat antarabangsa pastinya akan menekan dan memulaukan mereka andai mereka bertindak bodoh dengan menyerang Palestin secara membabi-buta.

Mereka memerlukan alasan yang kukuh. Maka mereka mencipta alasan itu. 

Sehingga ke hari ini, tiada bukti yang boleh mengesahkan bahawa kematian 3 remaja itu adalah disebabkan oleh Hamas. Yang lebih menggaru hidung, tiada bukti pon bahawa ketiga-tiga mayat yang dijumpai itu adalah mayat 3 remaja yang diculik. Gasp. 

Lebih memelikkan, di dalam suatu temuramah dengan sebuah syarikat televisyen tempatan, salah seorang ibu kepada remaja yang diculik kelihatan riang dan teruja. Mana mungkin seorang ibu yang kehilangan anaknya boleh bertindak sedemikian?  

Propaganda Israel
Sejak peperangan yang dinamakan Israel sebagai Operation Protective Edge ini dilancarkan, pelbagai propanda bagi menjustifikasikan tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan mereka ke atas Palestin telah disebarkan. Rejim Zionis itu, menerusi Israel Defense Force (IDF) telah menghasilkan bermacam-macam propaganda untuk mengelirukan masyarakat antarabangsa khususnya terhadap operasi yang mereka jalankan itu. Antara propanda yang mereka lakukan termasuklah:
  • Mereka tidak menyerang orang awam
  • Mereka sentiasa melakukan yang terbaik untuk mengelakkan kecederaan dan kematian orang awam
  • Hamas menjadikan orang awam sebagai perisai
  • Tindakan Israel menyerang Ghazzah hanyalah suatu tindakan bela diri
  • Israel sering menghantar bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin, meskipon mereka sentiasa dihujani dengan roket al-Qassam
Ini bikin gue hangin! Pppffffttt.

Urut-urut dada sambil mengatakan pada diri, "Inni soim." Huh. 

Antara propaganda yang disebarkan oleh rejim Zionis

Selain propaganda dan berita-berita palsu yang disebarkan oleh Israel sendiri, rejim Zionis turut dibantu oleh badan-badan penyiaran antarabangsa seperti CNN, BBC dan Fox yang tanpa segan silu menyiarkan auta dan dusta tentang krisis yang berlaku sekarang ini. Fox News baru-baru ini contohnya menyiarkan sebuah foto rumah yang hancur yang didakwa mereka sebagai kesan serangan roket al-Qassam, walhal ia adalah rumah milik rakyat Palestin yang dibom Israel!

Namun nampaknya mereka lupa bahawa mereka kini hidup di zaman teknologi maklumat yang mana rakyat alam maya (Baca: Netizens) jauh lebih berkuasa. Mereka yang menyokong dan simpati terhadap nasib rakyat Palestin telah bertindak balas dengan menyebarkan pula fakta-fakta tentang apa yang berlaku di Ghazzah terutamanya, bagi menangkis serangan propaganda oleh pihak rejim Zionis. 

Kini seluruh dunia mengetahui kekejaman rejim Zionis dan pendustaan mereka. Protes besar-besaran diadakan di banyak bandar-bandar besar seluruh dunia. Mereka yang sebelum ini ibaratnya seperti mustahil mahu menyokong perjuangan Palestin, kini sudah berani tampil bersuara bagi menyatakan kejengkelan mereka terhadap penindasan rejim Zionis.  

Allahu Akbar!

Reaksi dan Tindak Balas Hamas
Seperti yang saya kongsikan dalam artikel 'Briged al-Qassam Untuk Dummies', Hamas melalui sayap ketenteraannya, al-Qassam, telah bertindak balas dengan melakukan serangan-serangan strategik ke atas kepentingan rejim Zionis. Kejutan demi kejutan dilakukan mereka, sehingga membuatkan para menteri rejim Zionis terketar-ketar lutut dan mahu melakukan gencatan senjata dengan segera.

Keberanian Hamas dan al-Qassam bertindak balas benar-benar memberikan inspirasi dan cukup mengujakan, apatah lagi dalam keadaan mereka yang sentiasa ditekan dan disekat. Entah bagaimana mereka begitu hebat, boleh menghasilkan roket-roket yang berkeupayaan jarak jauh. Entah bagaimana, mereka boleh mencipta drone sendiri, sedangkan setiap masa dan ketika sempadan mereka dikawal oleh Zionis laknatullah daripada dimasuki bekalan dari luar.

Inilah hebatnya Hamas! Allahu Akbar!  


Pemandangan dari drone Hamas yang terbang di atas negara haram Israel.

Hamas malah menggelarkan peperangan ini sebagai 'Maarakat Asfim Maakul' yang bermaksud peperangan dedaun hancur dimakan ulat, sebagai simbolik kepada peristiwa hancurnya tentera Abrahah seperti yang diabadikan di dalam sural al-Fiil. Mereka benar-benar yakin yang pertolongan Allah bersama-sama mereka untuk menghancurkan Zionis laknatullah, sepertinya hancurnya tentera Abrahah!

Dalam pada itu, buat pertama kalinya dalam sejarah konflik Israel-Palestin, kita menyaksikan peperangan propaganda yang tidak kurang hebatnya daripada pihak Hamas. Selain sentiasa memberikan hapdet-hapdet terbaru sama ada menerusi akaun Pengicau atau MukaBuku mereka, mereka juga giat menghasilkan poster-poster dan video di dalam bahasa Ibrani (Hebrew) bagi menakut-nakutkan pihak musuh. Strategi ini jelas berhasil melihatkan reaksi rejim Zionis yang terlebih berjaga-jaga dengan serangan Hamas. Video-video yang banyak terseber di Mukabuku yang menunjukkan keharuan-kebiruan dan kekelam-kabutan rakyat Israel yang lari lintang pukang apabila siren amaran dibunyikan juga menjadi bukti bahawa kempen Hamas mula membuahkan hasilnya. 

Kekejian Israel dan Hipokrasi Amerika
Namun Israel, tanpa segan silu menunjukkan wajahnya yang sebenar tanpa ada sekelumit naluri kemanusiaan telah mengambil peluang ini untuk menyerang Ghazzah sehabis-habisnya. Mereka malah menggunakan senjata-senjata yang diharamkan penggunaannya oleh Protokol Geneva ke atas rakyat Palestin. Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana dalam Operasi Pillars of Defense pada tahun 2012, Israel telah menggunakan bom fosforus yang juga dilarang penggunaannya oleh masyarakat antarabangsa.

"Kau hengat aku peduli...??" Mungkin itulah moto mereka sejak zaman berzaman. Eh.

Baru-baru ini kononnya mereka bersetuju untuk membuat gencatan senjata seperti yang dicadangkan oleh kerajaan Mesir. Ini semua taktik lapuk rejim Zionis, yang mula tergugat dengan keteguhan Hamas dan al-Qassam. Taktik yang sama mereka gunakan sewaktu 2012 dahulu; selepas puas mengganas dan menghancurkan Ghazzah, mereka merayu-rayu kepada Presiden Mursi ketika itu untuk memujuk Hamas melakukan gencatan senjata. Ceh.

Mujurlah Hamas cukup bijak untuk tidak jatuh ke dalam perangkap Netanyahu. Hamas terlebih dahulu meletakkan sepuluh syarat yang perlu dipatuhi oleh rejim Zionis sekiranya mereka benar-benar 'ikhlas' mahu melakukan gencatan senjata. Juga Hamas tidak mengiktiraf pelan gencatan senjata yang dibentangkan oleh Mesir kerana Mesir tidak pon mendapatkan konsultasi daripada Hamas terlebih dahulu. Di samping itu, Hamas juga tidak mengiktiraf kerajaan kudeta al-Sisi. Yeaaahhh!

10 syarat gencata senjata seperti yang ditetapkan oleh Hamas. (Klik untuk gambar yang lebih jelas)
Ternyata Israel adalah syaitonirojim bertopengkan binatang. Malah saya rasa syaitan pon segan dan takut dengan kekejaman Israel. Mereka menuduh Hamas tidak mahu berdamai dan sejurus selepas itu, menyambung operasi ketenteraan mereka terhadap penduduk Ghazzah.

Terbaru empat orang kanak-kanak yang sedang bermain bola di persisiran pantai Ghazzah telah dibedil dengan sengaja oleh Israel dengan begitu kejam sekali. Tiada amaran diberikan. Kononnya maklumat yang mereka terima, ada kegiatan pengganas di kawasan bersekitaran. Adakah kanak-kanak yang bermain bola itu dikira mengganas...?? Lahawla wala quwwata illa billah.

Hipokrasi Amerika pula semakin jelas bak bulan yang mengambang penuh. Ewah. Meski jelas kekejaman dan pelanggaran hak asasi yang dilakukan oleh Israel, Amerika terus setia menjilat, err, maksud saya menyokong segala tindakan Israel secara membuta-tuli.

Bak kata Jen Psaki, jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, "Tiada negara yang boleh menerima serangan roket terhadap orang awam, dan kami sudah tentunya menyokong hak Israel untuk mempertahankan dirinya daripada serangan sebegini rupa."

Jatuh kerusi.

Dan rakyat Palestin tidak punya hak untuk mempertahankan diri mereka? Geleng kepala. 

Menurut laman sesawang ifamericansknew.org, Amerika membelanjakan kurang lebih USD8.5 juta SETIAP HARI untuk membiayai kegiatan ketenteraan Israel laknatullah. Terbaru Amerika akan menambah dana sebanyak USD351 juta lagi kepada Israel untuk rejim Zionis itu memperhebat dan memperkuat sistem pertahanan Iron Dome mereka.

Kegilaan apakah ini...??

Apa Masa Hadapan Untuk Palestin? 
Melihatkan pergolakan yang sedang berlaku sekarang ini, dan melihatkan pula keadaan umat Islam secara umumnya, seolah-olah harapan untuk Palestin itu gelap dan kelam. 

Meskipon Palestin berjiran dengan 4 negara Arab yang lainnya (5 jika anda mengira Arab Saudi juga sebagai jiran mereka), tiada satu pon daripada negara itu yang mahu mengangkat senjata membantu Palestin. Bantuan kewangan dan kemanusiaan mungkin ada tetapi bantuan sebegini tidak mungkin akan dapat mendiamkan serangan demi serangan Israel terhadap Ghazzah. 

Meskipon al-Qassam terus giat dan teguh melakukan serangan balas terhadap Israel, hakikatnya, nyawa rakyat Palestin jauh lebih banyak telah terkorban.

Sehingga artikel ini ditulis, sudah lebih 200 nyawa rakyat Palestin yang terkorban di tangan-tangan berdarah rejim Zionis, 25 daripadanya adalah wanita dan 40 orang kanak-kanak. Innalillahi wa innailaihi raji'un.

Kami menanges bersamamu, Ghazzah. [Kredit]
Maka adakah ada masa hadapan untuk Palestin..?

Jawapannya sudah tentu ya. 

"Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan) dan untuk memasuki Masjid (al-Masjid al-Aqsa) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya."
 [al-Isra' 17: 7] 

Al-Aqsa, Baitul Muqaddis dan bumi Syam akan kembali dibebaskan. 

Itu janji Allah. Itu firmanNya yang mulia.

Namun kemenangan itu terletaknya pada tangan-tangan kita; tangan umat Islam. Bukan pada tangan Obama. Bukan pada tangan Kesatuan Eropah. Apatah lagi bukan pada tangan Persatuan Banyak Borak dan Pertubuhan Oh Saya Nampak (Baca: OIC) itu. 

Ya, pada tangan-tangan kita.

Namun apa syaratnya?

Kita perlu kembali kepada Islam yang sebenar, menjadi seperti generasi awal yang pernah membebaskan Palestin suatu ketika dahulu. 


"...sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali pertama."

Kaum Zionis yang menjajah Palestin pada hari ini adalah sama, sebijik sebijon seperti kaum Yahudi yang disifiatkan di dalam al-Quran.

Dan kini dunia sedang menanti umat Islam yang sama, sebijik sebijon seperti yang disifatkan di dalam al-Quran untuk membebaskan Palestin. 

Sehingga itu, kita akan terus menyaksikan entah apa operasi pula yang akan dilancarkan oleh rejim Zionis terhadap penduduk Ghazzah.

Sehingga itu, kita hanya akan mampu menjadi pahlawan papan kekunci yang terus berteriak marah dan menaip laju entah macam-macam hashtag untuk menunjukkan kemurkaan kita terhadap Israel.

Sehingga itu, kita hanya akan mampu menyumbangkan seringgit dua dan mengangkat tangan membaca qunut Nazilah, mendoakan agar Allah menghancurkan Zionis dengan anjing-anjingNya.

Sehingga itu, kita hanya akan mempu melihat dan merintih.

Bersabarlah wahai bumi Palestin. Bersabarlah dikau menantikan segolongan umat yang benar-benar kembali kepada Islam untuk membebaskanmu.

Nanges.

-gabbana- 

Teruskan berdoa untuk mereka di sana. Terus sebarkan fakta dan kebenaran tentang apa yang berlaku. Sertai demonstrasi jika ada untuk menunjukkan solidariti. Boikot barangan dan produk yang sudah terbukti menyumbang kepada rejim Zionis.

Buatlah apa sahaja yang termampu agar kita tidak dipersoalkan di Mahsyar kelak.  


Sumber
1) http://www.haaretz.com/news/diplomacy-defense/.premium-1.602235
2)http://www.independent.co.uk/news/world/middle-east/kidnapped-israeli-teenagers-bodies-of-three-teens-abducted-by-hamas-found-in-west-bank-9574575.html 
3)http://www.globalresearch.ca/israel-palestine-netanyahu-government-knew-kidnapped-teens-were-dead-as-it-whipped-up-racist-frenzy/5390628 
4) http://en.wikipedia.org/wiki/False_flag
5)http://www.sott.net/article/281706-Psychopathic-Morality-The-Truth-Behind-the-Kidnapping-and-Murder-of-3-Israeli-Teens 
6) http://mondoweiss.net/2014/07/israel-itself-palestinians.html 
7)http://iblogonpalestineandresistance.noblogs.org/post/2014/07/16/reports-indicate-use-of-more-illegal-weapons-against-palestinians-in-gaza/
8) http://ifamericansknew.org/stat/usaid.html
9)https://www.middleeastmonitor.com/news/americas/12837-us-congress-approves-351m-in-aid-to-israels-iron-dome
10)http://online.wsj.com/articles/palestinian-death-toll-rises-as-israel-threatens-broader-hamas-offensive-1405498640

11 July 2014

Briged Al-Qassam Untuk Dummies

[Kredit]

Sesiapa yang mengikuti secara dekat konflik Israel-Palestin yang sedang bergolak buat sekian kalinya sekarang ini pasti akan mendapati sesuatu perkara yang cukup osem dan mengagumkan; keupayaan Briged Izzuddin al-Qassam membuat kejutan demi kejutan dari segi kekuatan dan strategi ketenteraan, bukan sahaja terhadap Israel laknatullah malah terhadap seluruh umat dunia.

Yang terbaru adalah apabila al-Qassam buat pertama kalinya memiliki para tentera amfibia yang menyerang pengkalan tentera laut Israel secara mengejut. Hal ini menyebabkan Israel terpinga-pinga dan tidak boleh tidur malam. Begitu juga dengan roket-roket buatan tangan al-Qassam seperti R160 (Rantissi 160) yang kini sudah berupaya untuk pergi sejauh Haifa, bandar yang paling utara di dalam negara Israel haram laknatullah. 

Pergh.

Apa yang lebih mengujakan dan membuatkan ramai yang tergaru-garu kepala adalah apabila kita mengambil kira fakta bahawasanya Ghazzah dikepung dan dihsekat daripada mendapatkan bekalan dari dunia luar setiap masa dan ketika. Tekanan yang dikenakan oleh rejim Zionis ke atas kerajaan Hamas menjadikan kehidupan rakyat Ghazzah sengsara dan menderita.

Lantas timbul persoalan, bagaimana Briged al-Qassam mampu memperoleh kelengkapan senjata yang boleh tahan canggihnya dan dapat pula menyusun strategi peperangan yang licik dan hebat? 

Untuk menjawab teka-teki teka tekok ular mati dalam mangkok. Eh. Untuk menjawab teka-teki yang bermain di dalam kepala kita itu, terlebih dahulu kita mesti bertaaruf dengan Briged al-Qassam ini. Oleh sebab itu saya mahu berkongsikan beberapa fakta ringkas tetapi saya kira cukup penting dalam kita mengenali Briged al-Qassam dengan lebih dekat. 

Anda sudah bersedia? Maaf kali ini tidak disediakan bertih jagung perisa karamel keju mahupon segelas jus oren segar memandangkan kita berada di dalam bulan Ramadhan yang mulia. Eheh.

Fakta #1 
Jalan ke arah penubuhan Briged al-Qassam dimulakan pada tahun 1984 oleh as-syahid Syaikh Ahmed Yassin, Dr. Ibrahim al-Maqadema dan as-syahid Syaikh Salah Syahadah. Al-Qassam diiktiraf secara rasminya sebagai sayap ketenteraan Hamas pada tahun 1991. 

Apabila Perjanjian Oslo ditandatangi pada tahun 1993, al-Qassam digerakkan untuk memastikan perjanjian yang berat sebelah itu tidak dapat dilaksanakan.

Fakta #2
Nama briged ini diambil bersempena seorang tokoh Islam, Syaikh Izzuddin al-Qassam, yang hidup dalam dua abad; 19 dan 20. 

Syaikh Izzuddin merupakan seorang ulama' mujahid dari Syria yang berjuang bagi membebaskan Palestin daripada cengkaman British ketika itu. Beliau syahid di Ya'bad, Palestin pada tahun 1935 setelah memimpin pertempuran membebaskan Palestin.



Fakta #3
Antara syarat kemasukan terketat ke dalam briged ini adalah solat lima waktu berjemaah sehari semalam. Kau mampu...??

Saya tak mampu. Nanges.

Hanya para pemuda berusia tiga puluh tahun ke bawah sahaja yang diterima masuk untuk menganggotai briged ini. Al-Qassam juga mempunyai parajurit dalam kalangan kaum wanita.

Selain itu, menjadi kebiasaaan para mujahidin al-Qassam untuk sujud syukur sebaik sahaja mereka pulang daripada bertempur. 

Fakta #4
Tiada siapa yang mengetahui jumlah sebenar keahlian briged ini, melainkan para kepimpinan tertingginya. Namun ada yang menganggarkan keahliannya pada sekitar 25,000 orang. 

Pemilihan untuk menggotai briged ini adalah sangat ketat (antaranya seperti di atas) kerana hanya mereka yang terbukti keimanannya dan kesungguhan untuk berjihad sahaja yang akan dipilih. 

Fakta #5
Briged Izzuddin al-Qassam telah disenaraikan sebagai pertubuhan pengganas oleh Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Kerajaan Bersatu dan Australia. Sedangkan Israel laknatullah yang saban harinya merampas tanah-tanah orang Palestin, menangkap dan membunuh rakyat Palestin itu tidak pula dilabel sebagai pengganas.

Ada kerosakan wayar otak yang kritikal pada para pemimpin negara-negara tersebut. 

Fakta #6
Antara kelebihan atau keistimewaan briged ini adalah kemampuannya untuk menghasilkan roket buatan sendiri. Sebelum ini, roket mereka M-75 al-Qassam hanya mampu untuk sampai kepada sasaran pada jarak 70-75 km jauhnya. Namun dengan penghasilan roket R160 yang mampu untuk dilancarkan sejauh 160 km membuktikan kehebatan dan keoseman briged ini. 

Ini bisa bikin Zionis laknatullah lari lintang pukang!

Dengan pelbagai sekatan dan tekanan yang dikenakan terhadap kerajaan Hamas, kemampuan al-Qassam menghasilkan roket-roket ini merupakan suatu pencapaian yang amat mengujakan dan membanggakan. Ia juga menyebabkan rayat Israel kini ketar lutut dan sering terkencing di dalam seluar mereka.

Fakta #7
Salah seorang pemimpin lejen kepada briged ini adalah as-syahid Yahya Ayyash yang mati dibunuh oleh Israel laknatullah pada 1996. Beliau bertanggungjawab mengubah strategi al-Qassam dengan memperkenalkan Operasi Syahid yang amat digeruni oleh tentera Zionis. Oleh sebab itu beliau telah dijolok dengan gelaran al-Muhandis yang bermaksud Sang Jurutera. Yang lebih menarik gelaran ini telah diberikan oleh musuh-musuhnya dan bukannya dalam kalangan parajurit al-Qassam sendiri. Kira tak syok sendiri lah dia ni. Heh.


Yahya Ayyash, mujahid yang disanjung rakan, ditakuti lawan!

Tidak hairanlah ramai ikhwah yang memberikan nama anak mereka Ayyash. Moga anak-anak mereka ini bakal menjadi rijal ummah yang akan membebaskan Palestin suatu hari nanti! Allahu Akbar!

Fakta #8
Briged al-Qassam amat merahsiakan identiti ahli-ahli mereka, terutamanya barisan kepimpinan mereka. Namun beberapa orang pemimpin mereka telah berjaya dikenalpasti. Antara yang lejen termasuklah Ahmad al-Jabari yang bertanggungjawab terhadap penculikan tentera Zionis Gilad Shalit, Syaikh Salah Syahadah dan Muhammad al-Dheif yang mengepalai al-Qassam selepas pembunuhan Syaikh Salah Syahadah.

Fakta 9
Briged al-Qassam amat digeruni oleh tentera Zionis atas kemampuan dan kapasiti mereka menggugat kekuatan tentera rejim Israel, di sebalik segala tekanan dan sekatan yang dikenakan. Lantas rejim Zionis, menerusi agensi keselamatan dalamannya, Shin Bet, sentiasa mencari jalan untuk memburu dan membunuh para pemimpin al-Qassam. Sehingga kini, sudah lebih 800 ahli al-Qassam gugur syahid dibunuh oleh Zionis laknatullah semenjak Intifadah al-Aqsa yang dilancarkan pada September 2000.

Fakta #10
Para perajurit al-Qassam sentiasa ditarbiyah dengan fikrah Islam bagi memastikan ruh dan jiwa mereka kuat dalam menghadapi musuh-musuh Islam. Antara amalan yang sentiasa dan perlu mereka lakukan termasuklah:
  • Wajib mempeljari tafsir al-Quran
  • Wajib menghabiskan bacaans atu juzuk setiap hari (ODOJ)
  • Wajib menghafal hadith arbai'n
  • Istiqamah beramal dengan tahajjud dan puasa sunat
Satu perkataan sahaja yang mampu saya ucapkan: Epik.

Jika sebeginilah akhlak para mujahidin al-Qassam, tidak mustahil Palestin akan dibebaskan di tangan-tangan mereka! [Kredit]

Tidak dapat disahkan sebagai fakta atau tidak
Dalam Operasi Pillar of Defence rejim Zionis terhadap Hamas pada tahun 2012, dikisahkan bagaimana para tentera berkereta kebal Zionis laknatullah begitu takut dengan para pembidik tepat al-Qassam sehingga membuatkan mereka langsung tidak keluar daripada kereta kebal mereka. Akibatnya kereta kebal mereka menjadi jijik dan busuk dengan najis dan bahan buangan mereka sendiri! Wahahaha. 

Kecekapan dan kelicikan strategi perang al-Qassam sering membuatkan musuh-musuh mereka terkinja-kinja terpinga-pinga. Malah pakar strategi dan analisa perang juga mengakui kehebatan al-Qassam di medan perang. Adab dan akhlak mereka di medan perang pula menjadikan ISIS, al-Qaeda dan sebagainya jauh ketinggalan di belakang. Terlalu banyak yang perlu mereka teladani daripada senior mereka, briged Izzuddin al-Qassam. 

Nah, bagaimana? Anda kagum? Teruja?

Sudah tentulah fakta-fakta yang saya kongsikan di sini tidak cukup lagi untuk kita benar-benar mengenali briged elit yang sentiasa menjadi harapan rakyat Palestin yang tinggal di Semenanjung Ghazzah untuk membela nasib mereka. Namun saya harap ia sudah cukup untuk membuatkan anda teruja lantas melakukan carian dan pembacaan sendiri untuk mengetahui lebih lanjut tentang briged ini.  Bijak kan? Senyum.

Saya secara jujurnya amat cemburu kepada mereka ini. Kerana saya amat yakinlah, merekalah yang disebut oleh Nabi SAW dalam sebuah hadith:

"Akan sentiasa ada segolongan dari umatku yang berperang dan berjuang di pintu Damsyik dan di sekelilingnya, dan pintu Baitul Muqaddis dan di sekitarnya , tidak dapat menggugat mereka orang-orang yang enggan menolong mereka. Mereka terus teguh di atas kebenaran sehingga ke hari kiamat."

[Hadith Riwayat Abu Ya’la dan Ibn ‘Asakir]
Lap air mata. 

Sekiranya anda merasakan bahawa Hamas dan briged al-Qassam tidak lebih daripada sekadar pertubuhan pengganas, saya rasa anda perlu kembali ke sekolah membuka kitab-kitab sejarah dan menelaah semula sejarah penubuhan negara Israel haram. Sekiranya Hamas itu pengganas, maka Israel adalah bapak pengganas manakala Amerika adalah nenek pengganas. Sungguh.

Ayuh sama-sama kita cakna dengan isu Palestin dan isu ummah yang lainnya. Benar, kita mungkin tidak mampu untuk mengangkat AK47. Kita mungkin tidak terdaya untuk menggalas bazooka dan membaling bom tangan. Kita mungkin tidak berupaya untuk berjihad qital nun di Palestin sana. 

Namun kita mampu untuk ambil tahu. Kita berdaya untuk menyebarkan fakta dan bukannya auta. Dan kita sangatlah berupaya untuk memboikot barangan dan produk yang sudah terbukti menyumbang kepada keberlangsungan negara haram Israel sama ada secara langsung atau pon tidak. 

Paling koman, kita boleh menembakkan doa buat mereka ini. Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, habiskan sedikit masa untuk mendoakan khusus buat mereka ini. Moga doa-doa kita diangkat setinggi-tingginya dan sampai kepadaNya; moga menjadi alasan untuk kita semua apabila dipersoalkan di akhirat kelak. 

"Khaibar khaibar ya Yahud! Jaisy Muhammad saufa yau'd!"

-gabbana-

Entah mengapa kali ini lebih teruja daripada biasa untuk mengetahui hapdet-hapdet terbaru daripada bumi Ghazzah sana, kerana sentiasa menanti-nantikan kejutan daripada al-Qassam.

Semoga Allah merahmati mereka semua dan mengurniakan mereka dengan kekuatan yang luar biasa untuk menghancurkan Zionis laknatullah sehancur-hancurnya. Amin ya robbal a'lamin!

Bacaan lanjut:
>> Konflik Israel-Palestin Untuk Dummies
>> Palestin? Gaza? Ada Aku Kisah?
>> Hepi Meal Yang Tidak Menghepikan

Moga Allah redha. 
 

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP