Perang Dedaun Hancur Dimakan Ulat - Satu Analisa Marhaen
Palestin akan bebas! Bebas! [Kredit] |
Di kala umat Islam menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang penuh barakah dan mulia ini, ia dicemari dengan serangan tidak berperikemanusiaan Israel ke atas Palestin. Bulan yang sepatutnya dipenuhi dengan sedekah dan ibadah, bertukar menjadi tempat yang menyaksikan umat Islam bermandi darah.
Seluruh dunia sedang memerhatikan dengan teliti krisis terbaru antara Israel dan Palestin yang sedang berlaku sekarang ini. Dunia seakan-akannya senyap dan sunyi dengan isu-isu yang lain kerana semua mata tertumpu kepada pergolakan yang buat sekian kalinya tercetus ini.
Kedua-dua belah pihak - sama ada penyokong Israel atau mereka yang simpatisan terhadap Palestin - menanti-nanti bukti-bukti dan fakta untuk menyokong dan mengukuhkan hujah-hujah masing-masing. Di dalam dunia yang mana informasi dan maklumat boleh tersebar dalam sekelip mata, kita dilambakkan dengan pelbagai fakta dan auta, yang sudah pastinya akan membuatkan kita tergaru-garu kepala. Sudah berapa kali agaknya kita menekan butang 'Share' itu, hanya untuk mendapati kemudiannya bahawa apa yang kita kongsikan itu sebenarnya hanyalah pemalsuan fakta. Aduhai.
Inilah cabaran untuk para dua't terutamanya, di dalam era MukaBuku, Pengicau, Instagram dan yang seangkatan dengannya, untuk memastikan hanya kebenaran yang disebarkan dan bukannya kebatilan. Kadang-kadang dalam kita bersungguh-sungguh mahu menyebarkan kebenaran, kita menjadi keterlaluan (ghulluw) sehingga kita melupakan adab dan akhlak asas yang perlu ada pada seorang mu'min. Seikhlas dan seseriyes mana pon kita, kebenaran perlu ditegakkan dengan kebenaran dan kebatilan itu tetap kebatilan.
Tarik nafas.
Atas kesedaran itu, saya ingin berkongsikan dengan anda beberapa fakta yang saya kira penting untuk kita lebih memahami isu yang sedang berlaku. Saya sertakan juga sedikit analisa saya marhaen ini, untuk lebih mudah dan sejahtera anda memahami konteks sesuatu situasi atau peristiwa, inshaAllah. Saya amat mengalu-alukan teguran, kritikan dan pandangan anda semua, terutamanya jika ada mana-mana fakta atau analisa saya yang kurang tepat. Boleh begitu?
Baiklah.
Punca Krisis
Segala-galanya bermula apabila tiga orang remaja Yahudi berkerakyatan Israel, Naftali Frankel (16), Gilad Shaer (16) dan Eyal Yifrach (19) hilang diculik ketika sedang mendaki bukit. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan pantas menuduh ia perbuatan Hamas, meskipon tiada bukti kukuh untuk menyokongnya.
Lebih 2 minggu selepas penculikan itu berlaku, jasad tiga remaja itu dijumpai tidak bernyawa di Hebron. Sekali lagi, meskipon tiada sebarang bukti yang kukuh, Benjamin Netanyahu dan seluruh kabinetnya terus menuding jari kepada Hamas sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan 3 remaja tersebut.
"Hamas bertanggungjawab dan Hamas akan membayarnya," menurut Netanyahu seperti yang dilaporkan oleh akhbar Haaretz.
Kerajaan Israel berikrar untuk menuntut bela terhadap kematian 3 remaja tersebut. Penangkapan besar-besaran dibuat ke atas para penyokong Hamas dan operasi memburu suspek pembunuhan dilakukan.
Sentimen anti-Arab dan Palestin marak dengan pantasnya dalam kalangan rakyat Israel. Ayelet Shaked, bintang yang semakin melonjak di dalam parti berhaluan kanan Jewish Home meyeru agar dilakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Palestin. Seruannya ini mendapat ribuan Like di Mukabuku.
Seorang remaja Palestin, Muhammad Abu Khudair (16) diculik oleh puak pelampau Yahudi, dipaksa untuk meneguk gasolin dan dibakar hidup-hidup. Laporan forensik menunjukkan bahawa as-Syahid Abu Khudair masih hidup ketika dia dibakar. Binatang!
Masyarakat Arab yang tinggal di Israel dan rakyat Palestin melakukan protes besar-besaran bagi menuntut bela kematian Abu Khudair.
Kedua-dua peristiwa inilah yang akhirnya menjadi punca kepada peperangan yang sedang berlaku seperti yang kita saksikan pada hari ini.
Konspirasi Silap Bendera?
[Kredit] |
Hah? Gila apa Inche gabbana. Mengapa pula mereka mahu bunuh rakyat mereka sendiri...??
Haaaa. Inilah yang dipanggil sebagai Operasi Silap Bendera (Baca: False flag). Operasi Silap Bendera adalah operasi ketenteraan gerila atau bawah tanah yang sengaja dilaksanakan untuk menggambarkan seolah-olahnya ia dilakukan oleh sesuatu entiti, kumpulan atau negara lainnya. Ia dilakukan untuk menjustifikasikan sesuatu tindakan ketenteraan atau serangan terhadap individu atau negara lain.
Di dalam sejarah, banyak kejadian Silap Bendera ini dilaksanakan oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menjustifikasikan tindakan mereka menyerang negara lain atau membunuh individu tertentu. Antara yang femes termasuklah:
- Insiden Gleiwitz yang menyaksikan pihak Nazi memalsukan bukti-bukti kononnya Poland telah menyerang Jerman untuk mendapatkan sokongan rakyat Jerman untuk memulakan peperangan dengan Poland
- Pengeboman jalan keretapi oleh pihak tentera Jepun untuk menakluk Manchuria di China
- Projek TP-Ajax yang merupakan rancangan CIA untuk menjatuhkan Perdana Menteri Iran, Mohammad Mossadegh dengan cara menyerang masjid-masjid dan tokoh-tokoh terkenal dan membuatnya seolah-olah dilakukan oleh puak komunis yang setia kepada kerajaan
Makanya penculikan dan pembunuhan 3 remaja Israel itu dilihat sebagai makar jahat Zionis untuk menghalalkan pembunuhan secara berjemaah rakyat Palestin dan menghapuskan Hamas dan pimpinnnya, juga untuk menebus ke'malu'an mereka atas kegagalan mereka dalam Operasi Pillar of Defense pada 2012.
Selain itu, Israel juga dilihat tidak senang dengan kerajaan campuran Fatah dan Hamas yang ditubuhkan baru-baru ini. Israel mahu menggaggu-gugat kerjasama Fatah-Hamas yang dilihat sebagai ancaman kepada Israel. Sejurus sahaja mayat ketiga-tiga remaja itu ditemukan, Menteri Sains dan Teknologi Israel, Jacob Perry telah menggesa Mahmud Abbas, Perdana Menteri kerajaan campuran yang baru itu untuk menamatkan kerjasama dengan Hamas.
Anda nampak permainannya di situ?
Dah, kenapa tak bom je terus Palestin tu..? Bunuh semua orang terus? Kan senang?
Ia tidak semudah itu. Meskipon rejim Zionis terkenal dengan kekejaman dan kezaliman mereka, dan ketidakpedulian mereka dalam menghormati resolusi-resolusi Pertubuhan Banyak Borak (PBB) yang ada, mereka tahu bahawa masyarakat antarabangsa pastinya akan menekan dan memulaukan mereka andai mereka bertindak bodoh dengan menyerang Palestin secara membabi-buta.
Mereka memerlukan alasan yang kukuh. Maka mereka mencipta alasan itu.
Sehingga ke hari ini, tiada bukti yang boleh mengesahkan bahawa kematian 3 remaja itu adalah disebabkan oleh Hamas. Yang lebih menggaru hidung, tiada bukti pon bahawa ketiga-tiga mayat yang dijumpai itu adalah mayat 3 remaja yang diculik. Gasp.
Lebih memelikkan, di dalam suatu temuramah dengan sebuah syarikat televisyen tempatan, salah seorang ibu kepada remaja yang diculik kelihatan riang dan teruja. Mana mungkin seorang ibu yang kehilangan anaknya boleh bertindak sedemikian?
Propaganda Israel
Sejak peperangan yang dinamakan Israel sebagai Operation Protective Edge ini dilancarkan, pelbagai propanda bagi menjustifikasikan tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan mereka ke atas Palestin telah disebarkan. Rejim Zionis itu, menerusi Israel Defense Force (IDF) telah menghasilkan bermacam-macam propaganda untuk mengelirukan masyarakat antarabangsa khususnya terhadap operasi yang mereka jalankan itu. Antara propanda yang mereka lakukan termasuklah:
- Mereka tidak menyerang orang awam
- Mereka sentiasa melakukan yang terbaik untuk mengelakkan kecederaan dan kematian orang awam
- Hamas menjadikan orang awam sebagai perisai
- Tindakan Israel menyerang Ghazzah hanyalah suatu tindakan bela diri
- Israel sering menghantar bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin, meskipon mereka sentiasa dihujani dengan roket al-Qassam
Urut-urut dada sambil mengatakan pada diri, "Inni soim." Huh.
Antara propaganda yang disebarkan oleh rejim Zionis |
Selain propaganda dan berita-berita palsu yang disebarkan oleh Israel sendiri, rejim Zionis turut dibantu oleh badan-badan penyiaran antarabangsa seperti CNN, BBC dan Fox yang tanpa segan silu menyiarkan auta dan dusta tentang krisis yang berlaku sekarang ini. Fox News baru-baru ini contohnya menyiarkan sebuah foto rumah yang hancur yang didakwa mereka sebagai kesan serangan roket al-Qassam, walhal ia adalah rumah milik rakyat Palestin yang dibom Israel!
Namun nampaknya mereka lupa bahawa mereka kini hidup di zaman teknologi maklumat yang mana rakyat alam maya (Baca: Netizens) jauh lebih berkuasa. Mereka yang menyokong dan simpati terhadap nasib rakyat Palestin telah bertindak balas dengan menyebarkan pula fakta-fakta tentang apa yang berlaku di Ghazzah terutamanya, bagi menangkis serangan propaganda oleh pihak rejim Zionis.
Kini seluruh dunia mengetahui kekejaman rejim Zionis dan pendustaan mereka. Protes besar-besaran diadakan di banyak bandar-bandar besar seluruh dunia. Mereka yang sebelum ini ibaratnya seperti mustahil mahu menyokong perjuangan Palestin, kini sudah berani tampil bersuara bagi menyatakan kejengkelan mereka terhadap penindasan rejim Zionis.
Allahu Akbar!
Reaksi dan Tindak Balas Hamas
Seperti yang saya kongsikan dalam artikel 'Briged al-Qassam Untuk Dummies', Hamas melalui sayap ketenteraannya, al-Qassam, telah bertindak balas dengan melakukan serangan-serangan strategik ke atas kepentingan rejim Zionis. Kejutan demi kejutan dilakukan mereka, sehingga membuatkan para menteri rejim Zionis terketar-ketar lutut dan mahu melakukan gencatan senjata dengan segera.
Keberanian Hamas dan al-Qassam bertindak balas benar-benar memberikan inspirasi dan cukup mengujakan, apatah lagi dalam keadaan mereka yang sentiasa ditekan dan disekat. Entah bagaimana mereka begitu hebat, boleh menghasilkan roket-roket yang berkeupayaan jarak jauh. Entah bagaimana, mereka boleh mencipta drone sendiri, sedangkan setiap masa dan ketika sempadan mereka dikawal oleh Zionis laknatullah daripada dimasuki bekalan dari luar.
Inilah hebatnya Hamas! Allahu Akbar!
Pemandangan dari drone Hamas yang terbang di atas negara haram Israel. |
Hamas malah menggelarkan peperangan ini sebagai 'Maarakat Asfim Maakul' yang bermaksud peperangan dedaun hancur dimakan ulat, sebagai simbolik kepada peristiwa hancurnya tentera Abrahah seperti yang diabadikan di dalam sural al-Fiil. Mereka benar-benar yakin yang pertolongan Allah bersama-sama mereka untuk menghancurkan Zionis laknatullah, sepertinya hancurnya tentera Abrahah!
Dalam pada itu, buat pertama kalinya dalam sejarah konflik Israel-Palestin, kita menyaksikan peperangan propaganda yang tidak kurang hebatnya daripada pihak Hamas. Selain sentiasa memberikan hapdet-hapdet terbaru sama ada menerusi akaun Pengicau atau MukaBuku mereka, mereka juga giat menghasilkan poster-poster dan video di dalam bahasa Ibrani (Hebrew) bagi menakut-nakutkan pihak musuh. Strategi ini jelas berhasil melihatkan reaksi rejim Zionis yang terlebih berjaga-jaga dengan serangan Hamas. Video-video yang banyak terseber di Mukabuku yang menunjukkan keharuan-kebiruan dan kekelam-kabutan rakyat Israel yang lari lintang pukang apabila siren amaran dibunyikan juga menjadi bukti bahawa kempen Hamas mula membuahkan hasilnya.
Kekejian Israel dan Hipokrasi Amerika
Namun Israel, tanpa segan silu menunjukkan wajahnya yang sebenar tanpa ada sekelumit naluri kemanusiaan telah mengambil peluang ini untuk menyerang Ghazzah sehabis-habisnya. Mereka malah menggunakan senjata-senjata yang diharamkan penggunaannya oleh Protokol Geneva ke atas rakyat Palestin. Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana dalam Operasi Pillars of Defense pada tahun 2012, Israel telah menggunakan bom fosforus yang juga dilarang penggunaannya oleh masyarakat antarabangsa.
"Kau hengat aku peduli...??" Mungkin itulah moto mereka sejak zaman berzaman. Eh.
Baru-baru ini kononnya mereka bersetuju untuk membuat gencatan senjata seperti yang dicadangkan oleh kerajaan Mesir. Ini semua taktik lapuk rejim Zionis, yang mula tergugat dengan keteguhan Hamas dan al-Qassam. Taktik yang sama mereka gunakan sewaktu 2012 dahulu; selepas puas mengganas dan menghancurkan Ghazzah, mereka merayu-rayu kepada Presiden Mursi ketika itu untuk memujuk Hamas melakukan gencatan senjata. Ceh.
Mujurlah Hamas cukup bijak untuk tidak jatuh ke dalam perangkap Netanyahu. Hamas terlebih dahulu meletakkan sepuluh syarat yang perlu dipatuhi oleh rejim Zionis sekiranya mereka benar-benar 'ikhlas' mahu melakukan gencatan senjata. Juga Hamas tidak mengiktiraf pelan gencatan senjata yang dibentangkan oleh Mesir kerana Mesir tidak pon mendapatkan konsultasi daripada Hamas terlebih dahulu. Di samping itu, Hamas juga tidak mengiktiraf kerajaan kudeta al-Sisi. Yeaaahhh!
10 syarat gencata senjata seperti yang ditetapkan oleh Hamas. (Klik untuk gambar yang lebih jelas) |
Terbaru empat orang kanak-kanak yang sedang bermain bola di persisiran pantai Ghazzah telah dibedil dengan sengaja oleh Israel dengan begitu kejam sekali. Tiada amaran diberikan. Kononnya maklumat yang mereka terima, ada kegiatan pengganas di kawasan bersekitaran. Adakah kanak-kanak yang bermain bola itu dikira mengganas...?? Lahawla wala quwwata illa billah.
Hipokrasi Amerika pula semakin jelas bak bulan yang mengambang penuh. Ewah. Meski jelas kekejaman dan pelanggaran hak asasi yang dilakukan oleh Israel, Amerika terus setia menjilat, err, maksud saya menyokong segala tindakan Israel secara membuta-tuli.
Bak kata Jen Psaki, jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, "Tiada negara yang boleh menerima serangan roket terhadap orang awam, dan kami sudah tentunya menyokong hak Israel untuk mempertahankan dirinya daripada serangan sebegini rupa."
Jatuh kerusi.
Dan rakyat Palestin tidak punya hak untuk mempertahankan diri mereka? Geleng kepala.
Menurut laman sesawang ifamericansknew.org, Amerika membelanjakan kurang lebih USD8.5 juta SETIAP HARI untuk membiayai kegiatan ketenteraan Israel laknatullah. Terbaru Amerika akan menambah dana sebanyak USD351 juta lagi kepada Israel untuk rejim Zionis itu memperhebat dan memperkuat sistem pertahanan Iron Dome mereka.
Kegilaan apakah ini...??
Apa Masa Hadapan Untuk Palestin?
Melihatkan pergolakan yang sedang berlaku sekarang ini, dan melihatkan pula keadaan umat Islam secara umumnya, seolah-olah harapan untuk Palestin itu gelap dan kelam.
Meskipon Palestin berjiran dengan 4 negara Arab yang lainnya (5 jika anda mengira Arab Saudi juga sebagai jiran mereka), tiada satu pon daripada negara itu yang mahu mengangkat senjata membantu Palestin. Bantuan kewangan dan kemanusiaan mungkin ada tetapi bantuan sebegini tidak mungkin akan dapat mendiamkan serangan demi serangan Israel terhadap Ghazzah.
Meskipon al-Qassam terus giat dan teguh melakukan serangan balas terhadap Israel, hakikatnya, nyawa rakyat Palestin jauh lebih banyak telah terkorban.
Sehingga artikel ini ditulis, sudah lebih 200 nyawa rakyat Palestin yang terkorban di tangan-tangan berdarah rejim Zionis, 25 daripadanya adalah wanita dan 40 orang kanak-kanak. Innalillahi wa innailaihi raji'un.
Kami menanges bersamamu, Ghazzah. [Kredit] |
Jawapannya sudah tentu ya.
"Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan) dan untuk memasuki Masjid (al-Masjid al-Aqsa) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya."
[al-Isra' 17: 7]
Al-Aqsa, Baitul Muqaddis dan bumi Syam akan kembali dibebaskan.
Itu janji Allah. Itu firmanNya yang mulia.
Namun kemenangan itu terletaknya pada tangan-tangan kita; tangan umat Islam. Bukan pada tangan Obama. Bukan pada tangan Kesatuan Eropah. Apatah lagi bukan pada tangan Persatuan Banyak Borak dan Pertubuhan Oh Saya Nampak (Baca: OIC) itu.
Ya, pada tangan-tangan kita.
Namun apa syaratnya?
Kita perlu kembali kepada Islam yang sebenar, menjadi seperti generasi awal yang pernah membebaskan Palestin suatu ketika dahulu.
"...sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali pertama."
Kaum Zionis yang menjajah Palestin pada hari ini adalah sama, sebijik sebijon seperti kaum Yahudi yang disifiatkan di dalam al-Quran.
Dan kini dunia sedang menanti umat Islam yang sama, sebijik sebijon seperti yang disifatkan di dalam al-Quran untuk membebaskan Palestin.
Sehingga itu, kita akan terus menyaksikan entah apa operasi pula yang akan dilancarkan oleh rejim Zionis terhadap penduduk Ghazzah.
Sehingga itu, kita hanya akan mampu menjadi pahlawan papan kekunci yang terus berteriak marah dan menaip laju entah macam-macam hashtag untuk menunjukkan kemurkaan kita terhadap Israel.
Sehingga itu, kita hanya akan mampu menyumbangkan seringgit dua dan mengangkat tangan membaca qunut Nazilah, mendoakan agar Allah menghancurkan Zionis dengan anjing-anjingNya.
Sehingga itu, kita hanya akan mempu melihat dan merintih.
Bersabarlah wahai bumi Palestin. Bersabarlah dikau menantikan segolongan umat yang benar-benar kembali kepada Islam untuk membebaskanmu.
Nanges.
-gabbana-
Teruskan berdoa untuk mereka di sana. Terus sebarkan fakta dan kebenaran tentang apa yang berlaku. Sertai demonstrasi jika ada untuk menunjukkan solidariti. Boikot barangan dan produk yang sudah terbukti menyumbang kepada rejim Zionis.
Buatlah apa sahaja yang termampu agar kita tidak dipersoalkan di Mahsyar kelak.
Sumber
1) http://www.haaretz.com/news/diplomacy-defense/.premium-1.602235
2)http://www.independent.co.uk/news/world/middle-east/kidnapped-israeli-teenagers-bodies-of-three-teens-abducted-by-hamas-found-in-west-bank-9574575.html
3)http://www.globalresearch.ca/israel-palestine-netanyahu-government-knew-kidnapped-teens-were-dead-as-it-whipped-up-racist-frenzy/5390628
4) http://en.wikipedia.org/wiki/False_flag
5)http://www.sott.net/article/281706-Psychopathic-Morality-The-Truth-Behind-the-Kidnapping-and-Murder-of-3-Israeli-Teens
6) http://mondoweiss.net/2014/07/israel-itself-palestinians.html
7)http://iblogonpalestineandresistance.noblogs.org/post/2014/07/16/reports-indicate-use-of-more-illegal-weapons-against-palestinians-in-gaza/
8) http://ifamericansknew.org/stat/usaid.html
9)https://www.middleeastmonitor.com/news/americas/12837-us-congress-approves-351m-in-aid-to-israels-iron-dome
10)http://online.wsj.com/articles/palestinian-death-toll-rises-as-israel-threatens-broader-hamas-offensive-1405498640
3)http://www.globalresearch.ca/israel-palestine-netanyahu-government-knew-kidnapped-teens-were-dead-as-it-whipped-up-racist-frenzy/5390628
4) http://en.wikipedia.org/wiki/False_flag
5)http://www.sott.net/article/281706-Psychopathic-Morality-The-Truth-Behind-the-Kidnapping-and-Murder-of-3-Israeli-Teens
6) http://mondoweiss.net/2014/07/israel-itself-palestinians.html
7)http://iblogonpalestineandresistance.noblogs.org/post/2014/07/16/reports-indicate-use-of-more-illegal-weapons-against-palestinians-in-gaza/
8) http://ifamericansknew.org/stat/usaid.html
9)https://www.middleeastmonitor.com/news/americas/12837-us-congress-approves-351m-in-aid-to-israels-iron-dome
10)http://online.wsj.com/articles/palestinian-death-toll-rises-as-israel-threatens-broader-hamas-offensive-1405498640
8 Caci Maki Puji Muji:
Yahudi nie nabi pun dieorg bunuh.. Apelah sgt bunuh org awam nie.. Dgn Allah pun dieorg xkesah.. Ape nak kesah gan mnusia laen??
Tq yg empunya.sy ttunggu2 tulisan anda slps yg ptama dulu....bagaimana kita boleh mbantu....jwpn ada pada kita
sy bersama ini.teruskn sebar kebenaran
Entry yg penuh dgn ilmu..:-] Syukran...
hangin baca entry ni. grr hangin dgn zionis la bkn admin yek. huhu btw, apa yg penting zmn ini ialah we have to break the silence. Bantulah walau dengan sekecil2 usaha. Allah maha menghitung ! Thnks 4 the infoss. Allahuakbar
Baca lagi skeali..*Nangis* Ya Allah, kmngn itu pasti, tpi terletak pada tangan2 kami..Allahuu T.T
nk tanya apa hkum klau imam tersolat terawih tiga rakaat tnpa sjud sahwi.apa status solat makmum dn iman?
Palestine will be free . Stay strong ! :')
Post a Comment