Showing posts with label ArTy faRty. Show all posts
Showing posts with label ArTy faRty. Show all posts

30 June 2013

T-Shirt APG

Adalah dimaklumkan dengan segala hormatnya, berkuatkuasa hari ini Angel Pakai Gucci akan beralih arah kepada industri fesyen pula, setelah melihatkan ramainya anak-anak muda yang tidak cukup kain dan baju di luar sana. 

Oleh yang demikian, sebagai langkah awal penceburan saya dalam bidang ini, saya ingin menjual t-shirt APG buat julung-julung kalinya kepada anda semua. T-shirt ini bukanlah untuk mengajak anda memuja saya atau menjadi taasub kepada belog saya. Astaghfirullah. Jadi sebelum anda mula mempitnah Peah dan menuduh Pak Jusuh yang bukan-bukan kepada saya, ijinkan saya menerangkan serba sedikit tujuan saya menjual t-shirt ini.

1) Saya melihat kurangnya t-shirt tarbiyah dan dakwah yang kool dan bergaya di luar sana, di mana saya tidak malu untuk memakainya ke gedung-gedung membeli-belah atau keluar makan malam bersama keluarga di restoran;

2) Saya juga melihat kurangnya t-shirt dengan kuot takwin (pembinaan) di luar sana. Yang banyaknya adalah kuot-kuot berkaitan dengan ukhuwwah dan dakwah secara umumnya. Jadi saya mahu memeriahkan lagi industri ini dengan t-shirt yang bukan sahaja kool, malah membawa mesej takwin yang osem; dan

3) Sebagai salah satu sumber pendapatan sampingan saya yang halal, InshaAllah.

Maka jelaslah penghasilan dan penjualan t-shirt ini langsung tidak ada niat untuk mengganggu-gugat jenama-jenama yang sedia ada di pasaran seperti Louis Vuittong, Mark Yaakob dan Ermenegedik Ceknab. Jadi tidak perlu rasa terancam dan tergugat dengan t-shirt APG ini.

Untuk pengetahun anda, saya akan menginfakkan 15% daripada hasil keuntungan menjual t-shirt ini kepada usaha-usaha tarbiyah dan dakwah di luar sana. Anda jangan risau, saya jamin saya tidak akan berlaku korup. Hohoho.

Buat masa ini, t-shirt ini hanya dijual untuk ikhwah atau mana-mana makhluk yang merasakan dirinya lelaki dan mahu memakai t-shirt tarbiyah dan dakwah yang bergaya. Tiada lagi hasrat untuk membuat t-shirt untuk akhawat/perempuan. Cuba lagi tahun hadapan. Eh. 

Dan oh, untuk peringkat awalan, saya mahu melakukan bancian terlebih dahulu sama ada wujudnya pasaran untuk t-shirt ini. Sekiranya ada permintaan yang memberansangkan, InshaAllah projek ini akan diteruskan. Namun sekiranya sambutan terhadap t-shirt ini ala-ala kuis-kuis kaki di pasir pantai sambil angin lembut meniup rambut, saya tidak akan teruskan dengan hasrat saya untuk menjualnya. 

Mana tahu, sekiranya projek ini mendapat sambutan yang menggalakkan, tidak mustahil saya akan menjual t-shirt lain yang lebih kool di masa hadapan pula, biidznillah. 

Err.. Mana t-shirtnya Inche gabbana..?

Oh hihihi. Terlupa pula saya. 

Baiklah. Anda bersedia..? 

Sila tarik nafas dalam-dalam, kembangkan hidung dan hembus perlahan-lahan.

Jeng jeng jeng.

Design 1


Warna: Putih
Jenis kain: Kapan. Eh. Kapas.
Kuot dalam kotak dialog (depan): "It's time to wake up, people."
Kuot di belakang: "Mencari redha Ilahi tidak semudah memasak megi."

Design 2


Warna: Kelabu debu (Baca: Ash-grey)
Jenis kain: Kapas juga
Kuot dalam kotak dialog (depan): "Apa lagi yang hang dok tunggu tu?"
Kuot di belakang: "Biar tidak glamor di mata manusia, tetapi popular di langit sana!"

Amacam..? Rasa kalau pakai t-shirt ni pergi pasar malam, akan kena tegur tak dengan makcik jual ikan..? Wahahaha.

Ehem.

Harga pasaran yang dicadangkan untuk t-shirt ini adalah dalam lingkungan RM20-30.

Kepada anda yang berminat untuk menempah salah satu atau salah dua daripada baju ini, silalah tanpa segan-silu mengisi borang INI.

(Sila klik pada pautan dan ikuti arahan pada borang untuk mengisinya.)

Kepada anda yang ragu-ragu atau was-was, InshaAllah t-shirt ini adalah syariah compliant. Eheh. Malah boleh dibawa solat kerana gambar pakcik di hadapan itu bukanlah makhluk yang sempurna; dia tidak bertelinga dan hanya ada kepala dan bahagian badan atas. Cuma dinasihatkan tidak memakainya di masjid kerana dikhuatiri tok siak, pak bilal dan tuan imam akan berebut-rebut menarik t-shirt itu daripada tubuh badan anda dek terlalu kagum dan jeles dengannya. Kehkehkeh.

Sekiranya saya mendapati permintaan untuk t-shirt ini menggalakkan, InshaAllah baharulah saya akan meminta anda yang telah menempah untuk membuat pembayaran. Penghantaran t-shirt akan dilakukan selepas itu. Buat masa ini, penghantaran hanya akan dilakukan dalam Malaysia sahaja. Maaf kepada anda yang tinggal di luar Malaysia; harapnya tidak terjun gaung ya? Eheh.

Tempoh bancian/tempahan untuk t-shirt ini akan dibuka sehingga 5.00pm hari Rabu (waktu Malaysia), 3 Julai 2013. Sebarang surat-menyurat atau rayuan selepas itu tidak akan dilayan sama sekali, melainkan anda sudi membelanja saya segelas teh tarik cawan besar satu bhaaaiii! Eh.

Saya juga amat mengalu-alukan sebarang komen, kritikan, cadangan penambahbaikan atau teguran yang membina. Miskol dan sms liar tidak akan dilayan sama sekali. Wahahaha. 

Baiklah, sekian sahaja daripada saya. Moga Allah redha. Senyum.

-gabbana-

17 November 2011

Pertandingan Video Osem APG '11: Banner Baru




-gabbana-

14 October 2010

Inche gabbana Yang Berjiwa Seni

Ok saya pon tak berapa pasti mengapa dan kenapa saya menulis post ini. Mungkinkah saya sudah bosan? Atau mungkin juga saya sudah kekeringan idea untuk menulis? Mungkin. Semuanya mungkin.

Tapi yang lebih mungkin adalah kerana saya betul-betul ingin berkongsi dengan anda semua bahawasanya kadang-kadang saya juga boleh berjiwa seni. Hihihi.. Memang tidaklah sehebat Pablo Picasso atau Latiff Mohidin, tetapi hasil seni saya, ehem ehem, rasanya boleh tahan juga lah!

(Walaupun saya agak yakin sekiranya saya mengambil mata pelajaran seni untuk SPM dahulu pastinya saya telah gagal dengan cemerlang sekali.. TT__TT)

Ok, hasil seni saya bukanlah lukisan, atau kraftangan atau bukan juga seni ukiran. Tetapi seni tampal-menampal yang saya mula minati sejak di London. Betul saya tak bohong. Sejarah kepada minat ini adalah apabila saya begitu sayang untuk membuang poskad-poskad atau tag-tag pakaian yang begitu unik dan cantik. Akhirnya koleksi saya begitu banyak sekali menyebabkan saya garu kepala tak tahu nak buat apa dengan mereka semua dan akhirnya mengambil keputusan untuk mengabadikan mereka menjadi hasil seni yang unggul.

Nah, inilah hasilnya...



Ini adalah dinding bilik saya di London yang menjadi mangsa kekreativitian saya. Maafkan saya Inche Dinding. Saya berasa seronok kerana setiap kali tetamu yang pertama kali masuk ke bilik saya, pasti pemandangan ini yang menjadi tumpuan mereka. 

Jadinya, apabila saya mengemas-ngemas barang-barang untuk dibawa pulang ke Malaysia, saya berasa sayang untuk membuang hasil seni unggul ini. Sudah lama saya hidup bersama mereka; perpisahan dengan mereka pastinya membuatkan saya berasa sedih. Lantas saya mengambil keputusan yang drastik - saya tidak akan meninggalkan mereka ala-ala habis madu sepah dibuang. Nasib mereka akan saya bela..! Maka, mereka juga dibungkus bersama-sama barangan yang lain dan dikapalkan ke Malaysia.

Minggu lepas barangan saya akhirnya tiba dari London, setelah begitu penat dan lelah menunggu. Dan antara barangan yang saya tidak sabar untuk menyambutnya adalah poskad-poskad dan tag-tag yang telah saya tanggalkan daripada Inche Dinding di London. Setelah berfikir-fikir dan berkira-kira, saya telah memutuskan untuk menghargai jiwa seni saya sekali lagi dengan menampal mereka, kali ini pada pintu Inche Almari di bilik saya sekarang ini pula. Maafkan saya juga Inche Almari. ^^"

Dan ini adalah hasilnya...

Pandangan depan upper section Inche Almari.

Pandangan depan lower section Inche Almari.

Pandangan sisi kiri bersudut 30 derajah.

Pandangan dari atas tak berapa nak atas.

Pandangan sisi kanan 21.43 derajah.
Wah, anda tak rasa cantik dan penuh dengan unsur-unsur kesenian yang asli dan kreatif ke...?? Hihihi.. Saya sememangnya amat gemar dengan warna-warna ranggoli. Kena pula dengan latar belakang putih.. Memang terserlah..! Ok saya dah mula syok sendiri di sini. Sila maafkan saya. Oh tetapi memang saya tidak dapat membantunya! Saya amat jatuh cinta dengan Inche Almari sekarang dan setiap hari akan memandangnya dengan penuh admiration! 

Ok saya rasa saya harus berhenti di sini dahulu. Oh sila beri pendapat anda tentang hasil seni ini. Dan yang lebih utama, adakah anda rasa Inche gabbana seorang yang berjiwa seni..? ;)
 

-gabbana-

5 October 2010

Sila VOTE

Salaam dan selamat sejahtera kawan-kawan, pembaca budiman, kakak-kakak, abang-abang, nenek-nenek dan atok-atok sekalian. ;)

Kalau anda seorang yang sensitip, pasti anda perasan yang blog ini sedang giat direnovasi. Klik petang tadi, background post hitam. Tiba-tiba klik lepas Maghrib, dah jadi putih pulak. Blog header punya gambar pun dah berkali-kali tukar. Hehehe.. ^^"

Ni semua anda punya pasal. Ye anda. Ye... Andalah! Yang sedang membaca ni! Hihihi.. Sebab saya nak beri yang terbaik pada anda semua! Sebab tu la struggle nak hias bagai blog ni... Supaya anda lebih selesa, seronok dan teruja untuk membaca blog ini! Comel kan..? ;p

Ok, sekarang ni saya nak mintak tolong anda semua, walaupun saya tahu tak ramai yang betul-betul baca blog ini. Tapi saya pasti pasti ada beberapa daripada anda yang sentiasa mengikuti perkembangan blog ini. Jutaan terima kasih daun keladi diucapkan! =) Dan orang-orang seperti andalah yang saya mahukan pertolongan, sebab saya menghargai komitmen anda!

Ok camni.. Saya dah pening kepala nak pilih gambar header yang terbhoek untuk blog ini. Gambar yang sedia ada dah ok, tapi masih belum memuaskan hati. So di bawah adalah beberapa gambar yang saya cilok daripada Inche Google. Saya nak minta anda tolong vote gambar manakah yang paling menarik terbaik dia memang debom! untuk dijadikan gambar blog header yang terbaru! Dan if possible, sila sertakan sekali kenapa anda memilih gambar tersebut. Ok..? Ok! Anda semua memang the best...! Hihihi.. ;) 

Dan sebagai tanda penghargaan saya, gambar yang paling banyak vote (walaupun 1 je... huhu.. ^_^") akan dijadikan gambar blog header untuk suatu tempoh tertentu. Amacam? Menarik kan..? 

So calon-calonnya... (not in order of personal preference)

1) Saya suka warna hijau dia... Dan pokok!
2) Ni pun menarik.. Tapi macam agak menyilaukan mata.. Silat matahari! ;p

3) Yang ni ala-ala formal dan profesional.

4) No komen. Tapi saya suka! ;)

5) Simple, tapi ada sesuatu yang menarik pasal gambar ni.. Sangat abstrak!

6) Smart kan..? Sangat suka adunan kaler oren dan kuningnya!
So macam mana..? Susahkan nak buat pilihan..? Haih..

Pape pon, silalah undi dengan penuh tulus dan ikhlas. Undi rosak dan undi hantu sama sekali tidak akan diterima.

Sekian, ucapan terima kasih saya dahulukan.. ;)

You guys rock!

-gabbana-

22 November 2008

A tribute to Nyamouq

Hahaha... Ko yang mintak kan...? ;p Well, here we go, my friend...!





A picture worth a thousand words huh? So korang pandai-pandai la interpret sendiri...!! Hihihi~ (In fact, I welcome all sort of interpretations...!!!)

-gabbana-

p/s: Nyamouq is a friend in need, a best friend indeed... ;) Miss ya!

4 October 2008

Headache

Source- www.rob-sheridan.com/sketchblog

Kinda depicts what I'm experiencing at the moment, 5 days before going back to London... Hope u'll be able to appreciate it tho...! ;)


-gabbana-

29 September 2008

Troublemaker

From now on, there will be a new series of post, which I will simply label as 'arTy faRty.' I might be seemed as geeky@nerdy, but I also have a flair for art! ;) (Hahaha... I no i noe, it sounds so unlikely huh?? dammit!) And I do appreciate art, well, to a certain extent... Although your definition of art may differ greatly from mine!

When a piece of art hits me at the right spot, I can actually spend a considerable time looking, and adoring and appreciating it...! Like this particular one! Well, enjoy my choice for the first edition of arTy faRty!



Source - http://www.rob-sheridan.com/sketchblog

Cool huh...? ;)

-gabbana-

Wishes he could be more arty....

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP