Showing posts with label Tak boleh belah. Show all posts
Showing posts with label Tak boleh belah. Show all posts

18 February 2014

Apa Yang Melayu Takutkan?

[Kredit]

Dalam kehidupan kita, ada banyak perkara-perkara yang kita takutkan atau risaukan. 

Boleh jadi perkara-perkara tersebut adalah benda-benda yang fizikal dan hidup seperti labah-labah berbulu sebesar tapak tangan, lipas yang menyusup masuk ke dalam telinga, kemalangan jalan raya dan terputus kepala, sedang berjalan untuk ke kantor tiba-tiba ada cermin tingkap terjatuh dan memotong otak kita atau seorang pembunuh bersiri yang gila tiba-tiba mengetuk pintu rumah kita.

Gasp. 

Dan boleh jadi juga perkara-perkara yang kita gerunkan/khuatirkan itu adalah sesuatu yang abstrak dan halus, seperti risau dibuang kerja, harga barang naik dan terpaksa menjual kereta Vios yang baru dibeli itu, gerun akan turunnya Dajjal sedangkan kita masih tidak bersedia dan prospek diserang penyakit-penyakit merbahaya seperti kanser, H1N1 dan sebagainya.

Jika difikirkan satu-persatu perkara-perkara yang menakutkan dan merisaukan kita, sudah pastilah kehidupan kita akan jadi sangat tertekan sehingga membuatkan rambut kita beruban dan memaksa kita untuk terjun banji ke dalam gaung. Begitu banyak dan mengerikan bukan..?

Lebih menarik sekiranya kita mengkaji dan membuat deduksi, apakah yang ditakuti oleh kebanyakan daripada rakyat Malaysia? Malah untuk lebih fokus dan menjadikan kajian kita lebih praktikal dan bermanfaat, kita kecilkan taburan subjek eksperimen khusus kepada masyarakat Melayu Muslim sahaja.  

Nah, apakah yang paling ditakuti dan digeruni oleh masyarakat Muslim Malaysia sehingga membuatkan mereka menggigil kepala lutut dan terkencing-kencing di dalam seluar? Mari kita lihat!

1. Babi
Entah mengapa, orang Melayu Muslim di negara kita begitu takutkan makhluk Allah yang satu ini. Apa-apa sahaja yang berkaitan dengan lembu pendek ini dikira sebagai tabu dan haram totok. Sekiranya mak atau kakak saudara kita terbeli kasut yang tapaknya diperbuat daripada kulit babi, itu adalah hari kiamat untuk mereka. 

Dan begitu mudah untuk membangkitkan kemarahan dan mengganggu jiwa masyarakat Melayu Muslim di negara ini, anda hanya perlu mencampakkan secebis/sepotong daging babi ke dalam masjid/surau yang berdekatan. Mahu lagi ekstrem silakan bawa kepala babi sekali. 

Arak? Tadehal. Zina? Biasalah tu. Judi? Eh, trend semasa kan..? Babi? HAAARAAAAMMMM!

Peluh besar.

2. Cina
Satu lagi perkara yang amat ditakuti dan menyebabkan fobia/trauma tahap gaban bagi masyarakat Melayu Muslim adalah kaum Cina. Kaum India ok, tapi kalau kalum Cina, kena hunus keris! Eh. 

Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada kaum ini. Perompak harta negara la. Tak kenang budi la. Pendatang haram la. Semuanya tuduhan-tuduhan tidak berasas yang mampu mengganggu-gugat keaman dan kestabilan negara.  

Walhal kalaulah orang Melayu Muslim ini belajar sejarah dan mengkaji susur-galur Tanah Melayu dengan adil dan saksama, mereka akan mendapati keberadaan kaum Cina di negara ini adalah seawal penubuhan Kerajaan Melayu Melaka lagi. Malah antara teori kemasukan Islam ke negara ini adalah menerusi para pedagang Cina yang sudah pon memeluk Islam ketika itu. 

Mungkinlah ini sebabnya orang Cina begitu fedap dan fobia untuk mengenali dan mempelejari Islam. Sampaikan kalau mahu masuk Islam, mereka terpaksa masuk 'Melayu' dengan menukar nama mereka dan belajar memakai kain pelikat.

Yang membezakan antara kita hanyalah taqwa, kan..? [Kredit]

3. Hantu dan segala bagai makhluk halus
Ha, ini juga merupakan antara benda/perkara yang amat ditakuti oleh masyarakat Melayu Muslim di negara ini. Sikit-sikit, akan dikaitkan dengan hantu. Sikit-sikit, akan dikaitkan dengan rasukan jin. Ternampak kain putih yang berterbangan di luar tingkap, terus dituduhnya sebagai pontianak busuk sundal malam, walhal Puan Isteri terlupa nak angkat kain jemuran di siang hari.  

Masyarakat Melayu Muslim kita rupa-rupanya masih lagi begitu mudah terpedaya dengan perkara-perkara khurafat sebegitu. Bukan mahu menafikan kewujudan jin, namun tidak perlulah berlebih-lebihan dalam berbicara dan bertindak terhadap kewujudan mereka ini.

Ironinya, di dalam ketakutan masyarakat terhadap hantu, topik ini jugalah yang paling hangat dan seronok untuk dibincangkan di kedai-kedai kopi atau forum-forum di alam maya. Setiap tahun, pasti lebih daripada sepuluh filem yang berkisarkan hantu dan jin akan dihasilkan.

4. Wahhabi
Pandang kiri, pandang kanan.

Ini adalah fenomena sedikit baru (dalam 4-5 tahun kebelakangan ini) di mana masyarakat Melayu Muslim di negara ini begitu takutkan sekelompok manusia lain yang berfahaman dengan fahaman Wahhabi. Jujur saya tidak mampu untuk komen panjang lebar pada ruangan yang terhad ini.

Namun cukuplah saya simpulkan, terlalu banyak salah faham tentang Wahhabi ini. Benar, memang ada segelintir daripada mereka yang berfahaman dengan fahaman yang ekstrem dan kita menolak kefahaman yang ghuluww (berlebih-lebihan) sebegitu. Namun untuk menuduh semua orang yang tegas dan syadid dalam pendirian mereka dalam melaksanakan hukum dan syariat Islam, itu tidak tepat sama sekali. Dan memburuk-burukkan Syaikh Muhammad Wahab (dituduh sebagai pengasas Wahhabi, walhal di zamannya dia tidak pon menggelarkan ajarannya sebagai Wahhabi) tanpa fakta dan dalil yang sahih dan kukuh, adalah perbuatan yang terkutuk dan dilaknat. 

Hanya kerana seseorang itu berbeza pendapat dengan kita, kita terus tuduhnya sebagai Wahhabi. Hanya kerana dia tidak bersetuju dengan kita, pantas kita labelnya sebagai Wahhabi! 

Tidak membaca Qunut ketika solat Subuh? Wahhabi! Tidak membaca doa secara berjemaah selepas solat? Wahhabi! Pakai kopiah senget sikit? Wahhabi! Pppffftt.

5. Agenda Freemason dan Yahudi
Semua benda pon adalah salah Freemason. Semua benda pon adalah disebabkan agenda si Yahudi yang jahat dan keji itu.

Ekonomi negara terjejas teruk? Itu rancangan Yahudi! Pelancong takut nak datang Malaysia? Itu agenda Freemason! Kalah dalam pemilihan Jawatankuasa Keceriaan dan Kebersihan Kampung? Yahudi punya kerjalah ni! Kereta rosak di tengah jalan? Ah ini semua propaganda Freemason!

Walhal ekonomi teruk sebab rasuah dan pecah amanah. Walhal pelancong tak datang sebab jenayah yang semakin menakutkan. Walhal tak terpilih dalam pemilihan sebab rumah sendiri tunggang langgang. Walhal kereta rosak sebab air enjin dah habis!

Aduhai.  


Ok ini memang buat gue gelak guling-guling. [Kredit]

6. Tiada air
Uisshh kalau yang ini, saya pon takut! 

Agak menarik apabila difikirkan, bagaimana rakyat Malaysia boleh untuk berasa risau dan takut dengan kebarangkalian ketiadaan air di rumah, di dalam sebuah negara yang terletak di atas garisan Khatulistiwa. Dalam banyak-banyak negara di dunia ini, Malaysia sepatutnya menjadi antara negara yang tidak perlu risau akan berlakunya krisis kekurangan air!
 

Saya boleh faham mengapa rakyat Malaysia begitu fobia dan trauma dengan kejadian tiada air ini. Sekali air dicatu, bagaimana mahu mandi tiga kali sehari? Bagaimana mahu mandi wajib? Ambil wudhu'? Buang air besar? Mencuci kereta? Menyiram pokok? Memandi kucing? Parah parah.

7. Tak dapat menunaikan umrah dan haji
Hal ini mungkin lebih relevan kepada golongan yang sudah berusia. 

Sejak azali kita sudah diajar bahawa mengerjakan haji dan umrah itu wajib bagi mereka yang berkemampuan, dan definisi berkemampuan adalah mempunyai wang dan dana yang mencukupi. Maka wang hasil titik peluh akan disimpan di bawah bantal atau di atas almari untuk tujuan perbelanjaan mengerjakan haji/umrah. 

Tidak dapat mengerjakan haji itu merupakan suatu ketakutan yang amat dahsyat bagi pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang masih belum berpeluang mengerjakannya. 

Pada masa yang sama, ada pula segelintir manusia yang hampir setiap tahun mengerjakan umrah dan tiga empat tahun sekali, mengerjakan haji. Alangkah bagusnya andai wang yang dibelanjakan itu disedekahkan untuk membiayai mereka yang masih berpeluang ke Tanah Haram..? Atau diinfaqkan untuk tujuan amal-amal fi sabilillah..?

Saham-saham sorganya berterusan dan bercucu-cicit hatta kita telah lama meninggalkan dunia yang fana ini! Pergh. 

8. Anak tak dapat sambung belajar
Ini juga merupakan antara faktor ketakutan yang menyebabkan ramai ibu ayah dan mak abah tak tidur malam; anak mereka tidak dapat menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Meski faktor ini ada relevannya, namun tidaklah wajar andai ia begitu ditakuti sehingga seolah-olahnya tiada lagi hari esok atau anak itu wajar ditolak masuk gaung sahaja. Eh.  Ditambah pula dengan faktor (2) seperti di atas, mak ayah kita terlalu amat fobia andai ada dalam kalangan anak-anak mereka yang gagal melanjutkan pelajaran.

Kadangkala saya merasakan ibu bapa di Malaysia ini terlalu jumud fikirannya. Dan terima kasihlah kepada sistem pendidikan negara yang sedia ada, yang jarang sekali meraikan dan memperkasakan minat dan kesukaan seseorang itu.

Dengan sistem pendidikan yang semakin mengarut dan entah apa-apa, kasihan juga pada mak ayah dan anak-anak zaman moden ni. Bersyukurlah Malaysia masih aman. Eh.

9. Anak-beranak / saudara-mara / sepupu-sepapat masuk usrah
Usrah itu ekstrem. Dalam usrah belajar buat bom. Antara yang diajar dalam usrah adalah bagaimana mahu kumpul duit untuk pergi ke Afghanistan. 

Hallo?? Ini zaman MukaBuku dan Pengicau kot..? Wardina Safiyyah pon sertai usrah tahu...?

10. Tak kahwin-kahwin
Err. Err. maaf tak boleh nak huraikan panjang lebar, tak sesuai untuk bacaan bawah umur.

Wahahaha. Lari laju-laju.

Ehem. 

Di sebalik perkara-perkara yang paling ditakuti oleh masyarakat Melayu Muslim seperti yang disenaraikan di atas, menarik juga sekiranya kita melihat pula apakah perkara-perkara yang paling tidak ditakuti dan dirisaukan oleh mereka. 

Menurut kajian yang dilakukan oleh para penyelidik di Universiti Hang Li Poh beberapa bulan yang lalu, mereka mendapati, sepuluh perkara berikut merupakan perkara-perkara yang jarang sekali menjadi kerisauan atau igauan ngeri masyarakat Melayu Muslim di negara ini.
  1. Rasuah yang bermaharajalela 
  2. Kebejatan sosial yang melibatkan segenap lapisan masyarakat, baik tua atau muda, selekeh atau bergaya
  3. Ahli politik yang zalim dan pecah amanah
  4. Budaya hedonisme (berjimba dan berhuha-huha) yang melampau-lampau
  5. Remaja berusia lima belas tahun tapi masih tidak reti mengucap syahadah apatah lagi bacaan tahiyat akhir
  6. Anak umur doblas dah ada gelpren/boipren
  7. Orang Melayu Muslim main judi, minum arak dan hisap dadah
  8. Negara porak-peranda dan kacau-bilau sebab ada orang yang sengaja suka untuk menyebarkan fitnah dan mengadu-domba
  9. Orang bukan Islam yang semakin jauh dengan Islam dek perangai dan akhlak orang Islam sendiri
  10. Bala Allah yang mungkin turun akibat semua perkara di atas
Begitulah sedikit-sebanyak faktor-faktor ketakutan (dan faktor-faktor yang tidak ditakuti) oleh kebanyakan daripada masyarakat Melayu Muslim di Malaysia. Ada antaranya adalah faktor yang evergreen, laku dan benar sepanjang zaman. Ada pula faktor-faktor yang berevolusi mengikut keadaan dan perkembangan semasa.

Nah, anda bagaimana..? Apa pula faktor-faktor yang menakutkan anda..?

-gabbana-

Pernah dengar perkataan sarkasme tak...? 

31 December 2013

Gelak Turun-Turun

[Kredit]

TELUK ANSON, 29 Disember 2013 - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) digesa untuk mengkaji semula cadangan untuk mendaftarkan kata 'guling' sebagai ganti nama (atau sinonim) kepada kata 'turun.' Hal ini mungkin akan menyebabkan kekeliruan yang mengerikan di samping kekacauan yang akan menggugat kestabilan dan keamanan negara.

Menurut Encik Somtam Berahim, seorang guru Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Kudup Teratai, tindakan DBP itu dilihat sebagai tidak relevan dan mementingkan diri. "DBP sepatutnya menjadi lebih pro-aktif dalam menangani isu-isu semasa dan terkini, terutamanya apabila ia melibatkan kepentingan masyarakat secara umum. Penukaran ganti nama 'turun' itu akan menyebabkan anak-anak murid saya tidak keruan dan gila meroyan."

Cadangan DBP ini bukan sahaja akan memberikan kesan kepada warga akademik, tetapi juga masyarakat secara umumnya. Menurut Makcik Lailatul Karim, seorang penjual nasi lemak sambal kerang tepi jalan, "Makcik dan konpius dah sekarang ni. Hari tu ada seorang pelanggan dok cakap kat Makcik, 'Ala makcik, gulingkan harga nasi ni. Saya amik separuh je nasi. Guling sikit deh?' Makcik pening. Makcik pening!"

Antara situasi-situasi lain yang dijangka akan terjejas teruk dengan langkah yang bakal dilaksanakan oleh DBP ini termasuklah:

Situasi 1
"Leman..! Lemaaaannn! Mana kau Lemaaannn..!! Oooohh kau ponteng sekolah ye hari ni...?? Cikgu kau telepon mak tadii...! Lemaaann! Kau guling sekarang Leman, kau gulinggg!!!"

Situasi 2
Beberapa pemain bola sepak wakil daerah Rompin dilihat berguling-guling di atas padang bola selama beberapa minit, sehinggalah ada yang pening-pening lalat dan muntah-muntah.

Apabila ditanyakan kepada mereka, apakah yang menyebabkan mereka berbuat demikian, ini jawapan mereka:

"Entah. Jurulatih suruh guling padang tadi pukul 5."

Situasi 3
"Weyhh seram aku tengok bomoh Siam sorang ni," bisik Andy Murray.

"Aik? Apehal nak seram pulak? Kau bukan selalu mintak nombor ke?" jawab rakannya, Rafael Nadal.

"Ye la. Selalunya tak macam ni. Ni siap guling-guling lagi."

"Ye la, nak mintak nombor, kenalah mengguling!"

Situasi 4
"Leha, oh Leha. Dah nak Maghrib ni. Kau tolong gulingkan langsir tu. Ha ye la, langsir kat ruang tamu tu. Kau gulingkan elok-elok ye?"

Situasi 5 
Menurut kajian yang dilakukan oleh Pusat Merdeka, populariti Dato' Sri Najib telah mengguling sejak beliau mengumumkan satu demi satu kenaikan harga barang. 

Situasi 6
"Eh Mail...?? Kau buat apa tu...??"

"Lah, kata nak guling ke laut kan hari ni..? Aku tengah mengguling la ni!"

Situasi 7
*sarikata Bahasa Melayu filem Spiderman*

"Hah! Tengok tu! Spiderman sedang guling dari atas bangunan! Kool!"

Situasi 8
Seorang ustaz sedang memberikan tazkirah di sebuah surau.

"Ego dan manusia memang tidak dapat dipisahkan. Namun seorang mu'min itu mestilah pandai menguruskan egonya. Kalau egonya terlalu tinggi, dia hendaklah menggulingkan egonya itu sebaik mungkin."

Situasi 9
Nilai pasaran saham Syarikat Biskut Cap Bola Baling mengguling dengan teruk sekali, rentetan harga gula yang naik menyebabkan produk utama syarikat tersebut, Biskut Gula Hohoyeah tidak lagi mendapat sambutan di hati para pelanggannya.

Situasi 10
*Iklan produk Sendayu Rendah*

"Dapatkan produk kami dengan segera! Ia gerenti akan menggulingkan berat badan anda serta-merta, sekiranya anda mengambilnya dengan istiqamah, tiga kali sehari setiap kali selepas makan!"

Situasi Bonus* 
Lagu Sudirman yang  dimodenkan:

"Hujan yang guling, bagaikan air mata..."

Demikianlah beberapa situasi yang dijangkakan akan menyebabkan masyarakat keliru dan garu kepala sekiranya DBP benar-benar akan melaksanakan pendaftaran 'guling' sebagai ganti nama kata 'turun.' Sebarang tindakan melulu dan tergopoh-gapah bukan sahaja akan menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia, malah dijangkakan akan turut memberi kesan kepada ekonomi dan industri hiburan negara. 

Sekian melaporkan, dari bilik berita Sinar Parodi.

-gabbana-

*(Terima kasih kepada idea seorang pembaca di MukaBuku) 

Lepas ni kalau baca Mutiara Naga terjemahan baru, ada kemungkinan akan keluar dialog seperti ini:

"Son Goku! Cepatlah! Panggil awan turun kamu datang sekarang juga!"

Awan turun = Awan guling

Wahahaha. Peluh kecil. 

Ada sesiapa nak guling ke masjid malam ni dengan saya, sambut tahun baru dengan tahajjud dan munajat..? Senyum. 

21 July 2011

Nota Ringkas Yang Seriyes Di Petang Hari #4

Saya sedang berjalan pulang daripada membeli makanan tengah hari. Hari ini bungkus dan bawa pulang sahaja kerana tidak ada geng untuk makan bersama.

Ketika beberapa puluh meter sahaja dari opis, saya melihat seorang wanita bertudung labuh siap berjilbab/berpurdah lagi, sedang berjalan ke arah yang bertentangan. Memang bergaya.

Yang tak bestnya adalah tangannya sedang memegang plastik berisi makanan. Cuba teka makanan cap apa...?























Mekdonel. 

Peluh besar berpeluh-peluh.

Ya, sungguh choyy melihatnya.

Maaf, saya tidak dapat tidak daripada menghakimi buku dengan melihat kepada kulit luarnya. Pakaian wanita itu langsung tidak secocok dengan Mekdonel. 

Memang terfikir tadi nak berhenti dan berdialog dengan wanita tersebut:

"Puan, puan tahu tak yang kita sebagai umat Islam disarankan untuk boikot produk-produk yang sapot Zionis, dan antaranya adalah Mekdonel..? Puan tahu tak berapa ramai orang Palestin yang dibunuh saban hari, berapa ramai mak yang hilang anak, berapa ramai anak yang hilang bapak, saban waktu dan ketika di Palestin..? Puan tahu tak..??"

Tapi entah mengapa, saya terus berlalu pergi, sambil memuncung sedikit dan menjeling plastik yang berisi Mekdonel itu. Aduhai.

Mari kita sama-sama berlapang dada dengan berfikir bahawa wanita tersebut memegang burger dan air minuman Mekdonel kawannya.

Err...


Mekdonel jahaaattt..! Jom boikot..! [Kredit]

Mari kita sama-sama boikot Mekdonel! Kalau tak mampu nak berjihad di Palestin sekalipon, apalah sangat berkorban Mekdonel itu!

Jangan sampai saudara-saudara kita di Palestin sana kelak menyoal kita: Aku bermatian mempertahankan kota suci al-Aqsa, dan kau duduk bergoyang kaki, makan dan minum menyokong produk Yahudi...??

-gabbana-

Yang dah bertahun tak sentuh Mekdonel.

17 March 2011

Bengkek Dengan Manusia Yang Bongkak

[Kredit Gambar]

Kita ni hamba je. Hamba yang marhaen yang hina dina. Macam mana hamba nak lawan dengan Tuannya yang Maha Kuasa dan Kaya..?

Sedangkan Jepun yang kemajuannya tahap Mahadewa Kaiou pon boleh tersungkur dengan 'Kun Fayakun'.. 

 ***

In Bangladesh, with has signed a deal with Russia for two nuclear power plants, authorities said they were monitoring events in Japan closely but that they would pursue their plans.

"Our reactors will be third generation and they will be able to with stand even the most powerful earthquake," Bangladesh Atomic Energy Commission chairman, Farid Uddin Ahmed said."

- Source: the Sun, Wednesday March 16 2011, page 2 
***

Ya Allah, bongkaknya manusia ni kan..? Bongkak ke b*ng*k..? La hawla quwwata illa billah... Bang, buka mata (dan hati) besar-besar dan sila belajar daripada negara matahari terbit itu!

Inilah akibatnya bila manusia dah rasa diri lebih hebat dan gah daripada Allah! Tak boleh belah betul..!

"Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi dan memperhatikan bagaimana akibat (yang diderita) oleh orang-orang sebelum mereka? Orang-orang itu adalah lebih kuat dari mereka (sendiri) dan telah mengolah bumi (tanah) serta memakmurkannya lebih banyak dari apa yang telah mereka makmurkan. Dan telah datang kepada mereka rasul-rasul mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata. Maka Allah sekali-kali tidak berlaku zalim kepada mereka, akan tetapi merekalah yang berlaku zalim kepada diri sendiri.
Kemudian, akibat orang-orang yang mengerjakan kejahatan adalah (azab) yang lebih buruk, karena mereka mendustakan ayat-ayat Allah dan mereka selalu memperolok-oloknya."
[ar-Rum, 30:9-10]


-gabbana- 

13 February 2011

Random

Haruss random.

Anda orang rasa kalau saya nak tulis buku, anda orang nak beli tak..? Anda orang nak baca tak..?

Tajuk buku: Kehidupan Random Inche gabbana.

Wahahahaha..

Peluh besar.

Ok tengs bai!
 

-gabbana-

Tak boleh belah kan..? Mood esok dah hari Isnin. 

26 January 2011

Pffftt...!! You gotta be kidding me Datin Seri!

Rosmah: Many Islamic nations look up to Malaysia

 

PUTRAJAYA: Malaysia has won the admiration of many Islamic countries due to its ability to achieve peace and stability in a multi-religious environment, said the Prime Minister’s wife Datin Seri Rosmah Mansor.

 

She added that the respect given to Malaysia was evident from the treatment given to her during her recent visit to Oman, in which she was given a “state visit” status by its government.





“When I met the Omani Deputy Prime Minister Sayyid Fahd Mahmoud Al-Said, he told me that many of the Middle Eastern countries held Malaysia in high regard.

“Malaysia is a multi-racial country but it also an Islamic country. However, we practise moderation at the same time,” she said during the launch of a National Service Training Programme called “The Catalyst To A 1Malaysia Generation” here yesterday.

Rosmah told the trainees to consider themselves fortunate for being chosen to participate as there were many others who had wanted to join but were not picked.

[Source: The Star]

***

Datin Seri, can you please kindly enlighten me, which part of Malaysia that you considered as Islamic..? The economic system? The judiciary? The political system..? Pfffttt!!

Or perhaps the way your beloved husband, Dato' Seri 1Malaysia governs the country? Oh no wonder Malaysia is so heavenly safe from all sort of natural disasters, crises and God knows whatever else He has cursed on other countries but Malaysia because God so bless this country!

And by the way, which 'Islamic nations' are you referring to again..? You mean, nations whose people are Muslims-majority right..?  Please get the fact straight Datin Seri! (Or should I call you Datuk Amar Rosmah Mansor..?) Because as far as I am concerned, there is no single, i repeat, NO SINGLE TRUE Islamic country exists in this whole universe and that's a fact.

Thank you.

Tak boleh belah..! Pppfffttt..!

-gabbana-

9 November 2010

Gila Mat!

Just one simple, short and sweet word from me; @*&$%+@#!!!

***

 

Watching porn can help cure PE condition 

 

WATCHING porn movies can help cure premature ejaculation, experts said.

 

Sin Chew Daily reported that a man who was diagnosed with prostatitis went to seek treatment at a hospital in Guizhou, China, and was asked to watch porn movies.

 

He paid S$120 (RM288) for the treatment.

Singapore urologist Dr Lin Fa Cai said the hospital might want the patient to masturbate while watching the movies, in order for him to discharge “unhealthy sperm”.

He said the movies used in such treatments were specially selected.

Dr Yang Zhi Jian from a men’s health clinic in Singapore said watching porn films could help as patients learn skills to improve their sex lives.

He, however, said he had never used the method before.

Another sex expert, Dr Yu Wei Siang, said the method could stimulate the production of male hormones.

Sumber di sini.

***

Ni la umat manusia zaman sekarang. Dok sibuk, terkejar-kejar nak selesaikan masalah ni masalah tu, tapi masalah tak pernah-pernah selesai. Sebabnya? Dok terkocoh nak selesaikan simptom kepada masalah, dan bukannya punca masalah.

Samalah macam Sekolah 1Hamil di Melaka dan cadangan nak bagi kondom dan jarum suntikan secara percuma untuk elakkan HIV.

*geleng kepala sambil menitiskan air mata*

Umat aku. Tak boleh belah!

-gabbana- 

2 November 2010

Siapa Nak Pelempang?

Takde apa. Saja bosan tahap mahadewa Kaiou. 

Betul seriyes bosan. Saya yakin kalau anda sudi menerima lempangan saya, pasti anda dapat membantu saya menghilangkan kebosanan ini. Macam mana? Anda berminat..?

Bercakap pasal pelempang dan aksi melempang orang, ada beberapa orang yang saya teringiiiiinnn sangat nak lempang. Kalau boleh nak lempang sampai merah-merah tangan ni. Nak lempang sampai berpusing 180 derajah kepala diorang tu.

Anda nak tahu siapa..?

Memang best banget kalau boleh lempang orang camni...
Benjamin Netanyahu si samseng Zionis laknatullah. Begitu juga dengan si tua nak mampus Ariel Sharon.

Para pembunuh Datuk Sosilawati and the gang. Pelik betul sampai sekarang pon tak settle lagi kes tu. Terasa nak lempang juga pihak polis yang lembab sangat ni. Pelik pelik. Awal-awal dulu macam lipas je buat kerja. Skang ni dah macam siput babs.

Pemilik syarikat bas Delima Ekspres sebab benarkan pemandu tanpa lesen memandu bas diorang.

Rakyat Malaysia yang tak faham bahasa, tak reti nak baca papan tanda "Sila Berdiri Di Kiri Untuk Beri Laluan" di eskalator Stesen PUTRA LRT.

Malaun yang memandu macam orang takde lesen, yang masuk simpang tak bagi signal, yang nak duduk lane paling kanan tapi slow macam kayuh beca dan yang suka cucuk bontot keta orang lain.

Orang yang merokok di tempat-tempat yang trang tang tang tulis sebesar-besar mak gajah 'Dilarang Merokok Di Kawasan Ini.' Juga orang yang berbau rokok satu badan. Seriyes nak lempang.

Makcik makcik dan pakcik pakcik yang tak reti nak beratur semasa menunggu tren Putra dan komuter. Orang lain penat-penat beratur, bila tren sampai dia menonong je masuk sambil buat muka tak bersalah. Ni memang minta pelempang percuma.

Beruk-beruk yang tak reti nak bagi tempat duduk kat orang lain yang lebih perlu untuk duduk di dalam LRT. Yang lagi buat naik hangin tu boleh pulak buat-buat tido kan. Elok je pulak bila sampai di destinasi yang dituju, segar bugar je bangun!

Awek-awek yang pakai tudung tapi baju seluar macam baik tak payah pakai apa-apa.  Yang tak pakai tudung tak yah cita la kan. Pakwe-pakwe mereka yang tangan gatal sangat tak reti nak duduk diam meraba sana meraba sini pon patut dilempang.

Ok cukup setakat ni. By this time tangan saya dah merah padam dah, pedih sebab melempang ramai sangat orang.

Tapi spesel untuk anda, saya bagi satu peluang. Macam mana..? Masih berminat untuk dilempang..?

Wahahaha.. ;D

Tak boleh belah!

-gabbana-



19 October 2010

Oyy Makcik! Tolong Sikit Boleh Tak..??


Ok saya bagi amaran awal-awal di sini. Kalau anda adalah seorang perempuan yang berfahaman feminism dan amat sensitip dengan sebarang kritikan terhadap kaum Hawa, saya rasa baik anda jangan baca post ini atau saya khuatir anda akan diserang penyakit darah tinggi. Tidak sesuai juga untuk bacaan anda yang berumur 18 tahun ke bawah.

Begini.

Pagi tadi bos besar syarikat di tempat saya bekerja telah memanggil semua pekerja yang ada untuk berkumpul di tingkat 26 bagi menjelaskan tentang isu rancangan pembelian saham-saham PLUS daripada pemegang-pemegang saham minoriti. Ok itu isu yang berlainan dan saya malas untuk membebel panjang tentangnya.

Setibanya saya tiba di tempat perhimpunan, saya sedikit terkejut kerana kami semua terpaksa berdiri sahaja kerana tiada kerusi atau sofa empuk yang disediakan (adakah saya telah menyeberangi garisan di sini..?). Tak apalah, saya masih muda dan sepatutnya ada kekuatan yang cukup untuk berdiri selama 2 jam seperti yang disebut dalam email yang dihantar kepada semua pekerja. T_T Saya bukan apa, hanya kasihankan mereka yang telah tua dan ibu-ibu yang mengandung.

Sedang saya berdiri dan mencari-cari kalau-kalau ada rakan-rakan sebangunan yang boleh berdiri sekali bersama saya, seorang makcik yang berbadan agak besar lalu berhampiran saya. Saya terus terkedu.

Bukan kerana saiz badannya, tetapi caranya berpakaian. Saya beritahu awal-awal di sini yang saya tiada masalah langsung dengan orang-orang bersaiz XXXL. Tapi ya, saya memang ada masalah besar dengan orang yang berpakaian tak kena tempat. Fashion suicide. Memang membunuh diri.

Masalahnya, kalau hanya diri sendiri yang terbunuh tidak apa juga. Ini orang lain turut menjadi mangsa apabila melihatnya.

Anda tahu apa pakaian yang dikenakan oleh makcik itu? Makcik itu memakai tudung, tapi baju yang dipakainya aaaaaaamaaaaatlah jarang. Sehingga boleh dilihat pakaian dalamnya. Maaf, tapi itu fakta. Kain yang dipakainya juga ketat. Alahai, hilang selera makan sebulan.

Saya pulak yang tolong rasa malu untuk makcik itu!
 Saya memang cukup pantang nenek moyang dengan kaum hawa yang memakai tudung, tapi tidak sempurna cara pakaiannya. Betul, inisiatif mereka sudah cukup bagus jika hendak dibandingkan dengan wanita-wanita yang langsung tidak memakai tudung (Sekali lagi maaf seandainya ada antara anda yang terasa). Namun itu tidak memberi cek kosong pada mereka untuk mengambil ringan aspek pemakaian yang lain.

Pantang melihat perempuan bertudung tapi lurah dendam di dada tetap kelihatan.

Pantang melihat perempuan bertudung tapi lurah dendam di punggung tetap kelihatan.

Pantang melihat perempuan bertudung tapi baju dan seluar/kain cukup ketat, mengalahkan pembalut nangka.

Aaaarrrggghhhhh...! Anda membuat saya tensen tahu tak...??

Tolong jangan jatuhkan maruah perempuan-perempuan bertudung yang lain! Lebih baik buka sahaja tudung tu...! Et lis ramai perempuan yang tidak bertudung tetapi cara pemakaian mereka jauh lebih sopan daripada golongan ini! (Ok, saya bukannya menghalalkan yang haram. Sila jangan salah faham.)

Dan perempuan-perempuan di luar sana, anda tahu tak yang kaum Adam ini amat mudah teransang..?? Hanya dengan melihat sahaja, nafsu mereka akan mencanak-canak..?? Dari mata turun ke ... -___-"... !!! Sebab itulah industri porno ditujukan khas buat kaum lelaki! Sebab itulah kes rogol lebih banyak terjadi pada kaum wanita dan bukannya sebaliknya! Anda tahu tak fakta ini..??

Maaf, tapi bagi mereka yang menafikan fakta bahawa cara berpakaian mempengaruhi emosi dan jiwa perogol, anda tidak berpijak di bumi nyata. 

Pernah ke anda, kaum wanita, yang melihat lelaki memakai baju yang ketat, atau berseluar pendek, atau bersinglet memaparkan bulu ketiak mereka, teransang kerana itu..?? Jika ya, anda sesuatu yang tidak kena pada medula oblongata anda. 

Fuh. Memang saya sedang emo. Memang saya marah. Saya pun pelik sebenarnya, dalam wanita zaman moden ini yang sibuk memperjuangkan nasib mereka, pada masa yang sama ramai antara mereka yang sebenarnya sedang ligat melelong tubuh badan mereka, sama ada secara sedar atau tidak. Kasihan, murah rupanya tag harga bagi diri mereka ini. Tapi jangan silap faham. Saya tidak generalised di sini. Hanya kepada sesiapa yang makan cili dan terasa.

Memang tak boleh belah!

-gabbana-

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP