10 December 2015

Menjadi Lelaki Macho Terakhir

[Kredit]

Dalam banyak penulisan saya sebelum ini, saya kelihatannya seperti banyak membambu atau membelasah kaum perempuan, sehinggakan ada yang menuduh saya sebagai chauvinis, menstereotaipkan perempuan dan tipikal saorang lelaki. Gulp. 

Tetapi anda yang membaca tulisan-tulisan saya itu dengan mata hati, pasti boleh bersetuju dengan banyak perkara yang saya nukilkan. Lebih penting dari itu. anda pasti dapat melihat betapa ikhlasnya saya menegur kerana chenta dan sayangnya saya pada kaum hawa ini.

Ehem ehem melambung tinggilah saham saya selepas ini! Kekeke. 

Jadi hari ini, bagi meredakan sedikit keadaan dan tidak mahu dilihat sebagai tidak adil dan berat sebelah, saya ingin menulis sesuatu khas buat kaum Adam pula. Dan saya bagi amaran awal-awal, sekiranya selama ini anda rasa anda macho, anda tidak pernah menolong Puan Mak potong bawang di dapur atau mata anda tidak pernah masuk habuk, kali ini ia tidak akan jadi semudah yang anda sangka. 

Dan saya nasihatkan, bagus juga andai anda dapat sediakan kit menjahit untuk menjahit semula hati yang bakal koyak atau peti kecemasan untuk merawat jiwa yang bakal luka teruk. Wahahaha.

Baiklah. 

Ayat tiga puluh surah an-Nur sering dijadikan rujukan atau hujah betapa pentingnya untuk lelaki yang beriman menundukkan pandangan dan menjaga kehormatannya. Ayat yang berbunyi:

"Katakanlah kepada lelaki yang beriman agar mereka menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan mereka; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
[an-Nur, 24:30]

mengandungi begitu banyak ibrah dan hikmah untuk kita sama-sama renungi dan amalkan. Betapa tanggungjawab menundukkan pandangan itu jatuh ke bahu lelaki dahulu, sebelum ia dipertanggungjawabkan kepada kaum perempuan (kerana ayat selepas itu menyuruh agar perempuan beriman pula menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan mereka).

Hal ini besar signifikannya. Dari segi psikologi dan biologinya, sememangnya kaum lelaki akan lebih mudah teransang dan teruja hanya dengan melihat berbanding dengan kaum perempuan. Oleh sebab itulah, tidak menjadi kehairanan bagaimana industri pornografi lebih popular dan lebih banyak dilanggani oleh kaum yang berbuah halkum itu! Err. 

Tidaklah bermakna kaum perempuan tidak perlu menundukkan pandangan. Hari ini kita menyaksikan betapa ramai perempuan, baik yang bertudung atau tidak, yang berambut atau botak, tinggi atau pendek, kurus atau gemok, cantik atau tidak, yang tewas dan hanyut dengna kejambuan dan kekacakan artis-artis dari Korea terutamanya, sehingga melakukan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah dan kehormatan mereka.

Eh terbelasah juga perempuan. Sory sory. Alang-alang kan. Kekeke.

Berbalik semula kepada ayat tiga puluh surah an-Nur itu, meskipon ia mengandungi hikmah dan pengajaran yang cukup hebat dan agung, berapa ramai daripada kaum lelaki yang benar-benar memaknainya? Berapa ramai daripada anda wahai kaum Adam yang beriman sekalian, yang merasakan betapa Allah benar-benar sedang menyeru kalian dan menyuruh kalian untuk menundukkan pandangan? Berapa ramai yang merasakan bahawa mereka perlu untuk bersegera memenuhi tuntutan ayat ini tanpa sebarang songeh atau kompromi? 

Shiuhh shiuhhh saki baki angin monsun barat daya bertiup perlahan. 

Kerana itulah kita perlu melihat surah an-Nur ini secara keseluruhannya dan tidak hanya pada ayat tiga puluh sahaja. Dan tidak perlu kita scan keseluruhan surah pon kita sudah dapat memahami betapa berat dan signifikannya ayat tiga puluh itu. Cukuplah kita mentadabbur dan memaknai ayat satu surah ini.

Fuh. Anda bersedia? Tarik nafas dalam-dalam.

"(Inilah) suatu surah yang Kami turunkan dan Kami wajibkan (menjalankan hukum-hukumnya) dan Kami turunkan di dalamnya tanda-tanda (kebesaran Allah) yang jelas, agar kamu ingat."
[an-Nur, 24:1]

Peh. Peh. Pehhh!

Tarik nafas sekali lagi. Anda nampak tak permainannya kat situ??

Allah turunkan surah an-Nur ini tidak lain dan tidak bukan, untuk segala perintah dan arahan yang terkandung di dalamnya dilaksanakan! Kerana terdapat di dalamnya tanda-tanda kasih-sayang dan keagungan Allah yang jelas! Walaweh!

Nah sekarang baca semula ayat tiga puluh surah an-Nur itu. Dapat rasakan perbezaannya? Dapat rasakan bulu tengkuk anda berdiri teguk? Dapat rasakan tubuh anda seram sejuk? 

Wahai kaum lelaki yang beriman di luar sana!

Ketahuilah, suruhan untuk menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan itu bukan suatu suruhan acah-acah atau main-main dari Allah! Ia adalah suatu arahan dan suruhan yang WAJIB dilaksanakan! Kerana sungguh, ia mengandungi ubat untuk pelbagai penyakit masyarakat yang semakin membarah pada hari ini!
 
Lihat sahaja sekeliling; betapa rosak dan nazaknya masyarakat hari ini dek kegagalan kaum lelaki untuk menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan! Kes zina yang sudah tidak dapat diotakkan lagi. Rogol yang semakin menjadi-jadi. Jenayah seksual yang ibaratnya tiada berpenghujung dan sempadan. Saban hari kita mendengar berita-berita sebegini sehingga otak dan telinga kita sudah kekeringan, tidak mampu lagi untuk merembeskan darah!

Suka atau tidak, beban pertanggungjawaban itu yang pertamanya sudah tentulah pada kaum lelaki! 

"Lelaki itu pelindung bagi perempuan, kerana Allah telah melebihkan sebahagian daripada mereka (lelaki)..."
[an-Nisa', 4:34]

Tapi Inche gabbana. Takkan setiap masa nak tundukkan pandangan? Nanti jalan habis langgar tiang semua. Guane boh?

Ok, anda cukup matang dan bijaksana untuk tidak buat khalakar sebegitu rupa. 

Kerana itu frasa menundukkan pandangan itu dipasangkan dengan menjaga kemaluan/kehormatan. Anda perlu tahulah batas-batasnya dan apa yang perlu dijaga!

Termasuk di dalam menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan ialah menjaga ikhtilat anda dengan perempuan yang bukan mahram. Tidak menonton movies, drama dan yang seangkatan dengannnya yang sah-sah ada adegan yang boleh menaikkan syahwat (Hallo..? Dalam sejuta movie Hollywood, agak-agak berapa kerat je yang tiada adegan lucah dan bercumbuan?). Tidak melayari laman-laman sesawang yang ada bau-bau lucah atau mengandungi foto/video yang boleh membuatkan mata dan hidung anda berdarah. Tidak membaca majalah atau komik yang mengandungi unsur-unsur lucah dan meliarkan fantasi anda. Tidak bermain game yang ada watak-watak perempuan yang berpakaian mencolok dan menggaru mata. Tidak follow instagram perempuan (tak semestinya artis) dengan niat untuk menatap gambar-gambar mereka. Tidak merenung lama-lama rakan sekuliah yang cun melecun bulu mata melentik dan ada lesung pipit di pipi. Err. Dan banyaaaakk lagi.

Susah? Memang susah.

Tidak hairanlah Allah menjanjikan sorga yang kekal abadi buat mereka yang kuat menahan nafsunya. 

"Dan ada pon orang-orang yang takut dengan kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari (keinginan) hawa nafsunya, maka sungguh sorgalah tempat tinggalnya."
[an-Nazi'at, 79:40-41]  

Begitulah. 

Berapa ramai ikhwah di luar sana, yang kadangkala tewas juga dengan ujian menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan ini. Yang tidak khusyuk tahajjudnya dek memikirkan akhowat itu. Yang tergagap-gagap maathuratnya kerana sibuk terkenang akhowat ini. Yang tidak cukup mutabaah amalnya kerana asyik berwaksep dan bertelegram dengan akhowat.

Allah Allah!

Sikit-sikit bergetar tulang rusuk. Sikit-sikit bakal zaujah. Sikit-sikit mahligai kasih.

Penampar nak? Haish.

Jika kita betul-betul mahu menjadi orang yang beriman, mahu 'rasa' dengan panggilan Allah untuk lelaki beriman di dalam ayat tiga puluh surah an-Nur itu, mahu masuk sorga sebagai VIP terhormat, mahu jadi BFF Rasulullah SAW di sorga nanti kerana bersungguh mengamalkan sunnah dan wasiatnya, maka tidak boleh tidak kita kena bersungguh dan bermujahadah menjadi lelaki macho yang terakhir.

Kerana sungguh, spesis lelaki macho yang benar-benar gentlemen, yang bersungguh menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan ini, semakin pupus ditelan zaman!

Inche gabbana?

Ye saya?

Point yang kat atas tu, maknanya boleh lah kalau nak tenung rakan sekuliah yang cun sekejap-kejap je?

Jatuh kerusi berguling-guling.

-gabbana-

Mula-mula ingat nak selitkan juga tentang pengakuan Imam gay yang agak viral di Pengicau sekarang ini. Tapi mungkin di penulisan yang lain biidznillah. Doa-doakan! 

8 Caci Maki Puji Muji:

shazwanie 279 10/12/2015, 16:33  

Thanks for the write up. You nailed it. Akhawat ada jugak yg tak khusyuk mathurat sbb teringat pakwe soleh *kononnya*

Jzkk. Kipidap.

Kim Chaa 10/12/2015, 17:25  

Artikel ni pun sesuai untuk yang perempuan sebab perempuan zaman sekarang dah takpandai nak jaga mata. Peaceee

orkedpink 10/12/2015, 17:42  

Haha..mantap :)

Anonymous 10/12/2015, 17:51  

Woaaahhhh??? Yg ni jd kt ikhwah? Biar betul? "Yang tidak khusyuk tahajjudnya dek memikirkan akhowat itu. Yang tergagap-gagap maathuratnya kerana sibuk terkenang akhowat ini. Yang tidak cukup mutabaah amalnya kerana asyik berwaksep dan bertelegram dengan akhowat"

Anonymous 14/12/2015, 10:05  

Salam inche gabbana. Sudah ditakdirkan sy mempunyai mata yang kuyu. Sebagai manusia biasa, sy perlu berkomunikasi dgn lelaki-lelaki ajnabi atas urusan kerja. Dan selalunya respon yg sy akan dapat, mata mmg mcm tu eh ? Menggoda.. That's is the usual respond that i always heard. Sy tak kisah kalau diorg nak ckp mata sy kuyu or 'stim' (sometimes). Tapi bila diorg ckp pasal menggoda, sy rasa berdosa sangat.Sy takde niat nak menggoda sesiapa pun. Sy taktahu nak buat camne. Please do help me inche gabbana. :'(

Syed Mursyiddin 15/12/2015, 07:53  

Hmmmm...menarik penulisan kali ini

MawaddahMTS 17/12/2015, 12:46  

Salam kpd Miss Anonymous yg bertanya,
Saye buknlah Inche Gabbana yg bijak&bergaya, bahkan bukan pula org yg slayaknya berbicara,, tapi saye kira saye punya cdangan sbagai solusi.
Begini,
Jika Miss Anonymous berbcara dgn laki Ajnabi, cuba sdaya upaya unk xmelihat kedlam/arah mata dia. Cer tgk tmpt lain, mcam dinding tpi ke. Nak gk die bole skali skala, tpk jgn smpai die prasan bntuk nata anda. Emm, amalkn juga Yaasin ayat 1-9 supaya org xnmpk apa2 gg bole memudaratkan .
In shaa Allah

Btw, nice post APG

Anonymous 08/04/2016, 10:22  

Just wonder....kenapa person yang bergelar akak akak usrah....yg dok cakap pasal ibrah surah an nuur...zina mata and so on...bila muncul lelaki ajet ajet soleh...terus menggelupur...ibrah yang dia dok citer tu terus out of the world...just you know...rase pelik...bulatan gembira apakah ini...just know...i thought youre a good muslimah yg really care bout ikhtilat and all but another second...krik krik krik

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP