1 October 2014

Encik Suami

[Kredit]

Puan Naili Azamudin, Suri Rumah, 43 tahun (Isteri)

Entahlah. Semenjak dua menjak, nampak lain je suami saya tu. Macam... Bukan dia. Macam orang lain.

Selalunya lepas balik kerja, lepas tanggal stoking semua tu, dia akan minta saya buatkan dia teh o' panas, minuman kegemaran dia di waktu petang. Dia dan senyuman dia. Ah tak pernah gagal cairkan hati saya. 

Tapi kebelakangan ni, lepas tanggal stoking, dia terus naik atas. Pandang saya pon tidak. Bila saya sendiri yang tawarkan dia nak tak teh o' panas dia macam biasa, dia pandang saya macam orang yang takde roh. Kosong, kosong bak kata Najwa Latif. Eh. Dia hanya gelengkan kepala. Senyum pon tawar je. Setawar biskut kering cap ping pong tu.

Makan pon dia tak selera macam biasa. Selalunya kalau saya masak, dia konfem akan tambah nasi, sekurang-kurangnya sekali. Kalau saya masak lauk kegemaran dia, asam pedas ikan tenggiri atau masak lemak udang harimau, dia akan tambah tiga empat kali. Tapi baru-baru ni, nak habiskan sepinggan nasi pon susah. Sesuap, sesuap. Makan pon tak pandang saya. Sama ada dia pandang pinggan atau dia pandang ke hadapan.

Sekarang ni malam-malam dia tak keluar rumah macam biasa. Selalunya dia sibuk. Lepas makan dia akan terus bersiap-siap nak keluar. Jam satu dua pagi dia baru balik. Tapi saya dah biasa dah, tak kisah. Dia pon akan selalu beritahu saya dia ke mana, dia ada mana. Cukuplah dengan mesej waksep dengan emotikon senyum ada hati. Bahagia. 

Tapi la ni lepas makan, dia duduk je kat sofa depan tu. Dengan kain pelikat cap gajah Duduk dan baju pagoda dia tu. Patutnya saya suka la kan dia duduk di rumah. Bolehlah saya borak-borak ke sambil lipat kain. Bolehlah saya cerita banyak benda kat dia yang tak sempat sempat saya nak cerita. Tapi... Entah. Bila dia buat senyap macam tu, tak layan orang, baca surat khabar sorang-sorang, dia dengan dunianya yang sendiri, saya rasa macam lagi bagus kalau dia keluar rumah macam dulu-dulu. Betul ni.

Sekuranya-kurangnya takdelah tensen saya ni melihat peel dia tu. Takdelah saya bersangka bukan-bukan pada dia. Ini tidak, macam mayat hidup. Stress. Stress! Boleh bikin naik darah saya kalau macam ni! 

Bila saya tanya, apa masalah dia, dia jawab, takde apa. Lelaki. Ego. Hish. Orang risaukan dia tahu tak? Bila kita push sikit, tanya lebih-lebih, mulalah dia garu kepala. Mulalah dia kata kita membebel la, bising la. Kita ni orang pompuan, memang macam tu lah perangai kita. Bila tak suka, kita cakap. Bila risau, kita luahkan. Bila nak tahu, kita tanya.

Bukan macam lelaki. Suka menyimpan sendiri. Nanti bila dah terburai, dah busuk, mulalah dia meletup. Mulalah dia nak salahkan orang tu, salahkan orang ni. Kalau bagitahu awal-awal kan senang? Terasa juga saya ni dibuatnya, bila dia tak mahu kongsi dengan saya. 

Saya sayang kat dia. Dah lama kami bersama. Tapi bila dia buat macam ni kat saya, saya rasa helpless. Saya tak tahu nak buat apa. Nak mengadu pada siapa. 

Eh. Kejap. Mungkin... Gasp. 

Dia nak kawen lain ke..?? Waaaaaa.


Cik Samira Saifudin, Pelajar Kolej Swasta, 19 tahun (Anak sulung)

Ibu ada komplen, cakap abah macam layan tak layan je dia sekarang ni. Dia cakap abah macam, a different person.

Mula-mula tu aku tak perasan sangat. Ye lah, aku sekarang ni dah belajar kat kolej. So most of the time memang spend masa kat kolej lah. Balik rumah pon, jarang dapat bertembung dengan abah. Sebab sejak aku kecik lagi, abah memang selalu keluar malam. 

Tapi sekarang ni abah dah duduk rumah. Hallo? Abah duduk rumah? Suatu keajaiban kot! Aku pulak yang rasa gangjal. Eh janggal. 

Nak berborak-borak dengan abah, rasa macam awkward. Bukanlah aku tak pernah borak-borak dengan abah, selalu je. Tapi selalunya dalam telefon ah, atau hujung minggu. Tapi borak-borak dengan abah, di malam hari weekdays, itu sumpah rare. Nak start the conversation pon tak tahu macam mana. Cengkerik cengkerik.

Tapi betullah ibu cakap, abah dah lain. Aku pon tak tahu nak describe macam mana. Just. Different

Dia macam... Hollow. Pandangan mata dia.. Jauh. Tak tahulah apa yang abah fikirkan.

Ada jugak aku terfikir, tapi hish. Takkanlah. Mintak simpang.

Tapi aku tak boleh nak diskaun yang possibility tu ada. 

Hmmm. Abah nak kawen lain ke..? Hish. Kalau betul, dengan sapa? 

Alamak... Takkan dengan Makcik Aloyah tu kottt..?? Memang aku pernah nampak abah borak-borak dengan Makcik Aloyah masa dia drop-by nak hantar barang kat ibu. Ish tak mungkin tak mungkin. Tak sanggup aku nak beradiktirikan si Zulkafli tu. Classmate aku masa sekolah tu! 

Tapi... Makcik Aloyah tu dah lama menjanda. Cantik lagi. Alamak. Alamak! 


Puan Saodah Bustamam, Guru Pencen, 57 tahun (Jiran selang dua rumah)

Alah, middle life crisis tu la gamaknya. Biasalah lelaki nak capai separuh abad tu. Laki akak dulu pon macam tu jugak.

Tapi memang perasanlah perubahan tu. Dulu-dulu, dalam jam satu dua pagi gitu, selalulah dengar gate otomatik rumah depa tu terbukak. Bunyi enjin kereta. Hampir setiap malam gitu.

Sekarang ni dah takde dah. Aman la sikit. Takdelah akak terjaga tengah-tengah malam. 

Dan perasan juga, dulu lepas balik kerja tu, dia akan keluar rumah, borak-borak dengan jiran, mana yang ada. Termasuklah lak akak. Sampailah lima belas dua puluh minit sebelum Maghrib gitu. 

Sekarang ni macam dah jarang dah. Laki akan pon ada bertanya. 

Akak senyap je lah. Tak mahulah nak bawak mulut kan. Macam makan daging saudara sendiri pulak nanti. 

Tapi dengarnya, nak kawen lain. Betul ke..?


Tuan Umair Abdullah, Pengurus Pemasaran, 49 tahun (Rakan sekerja)

Haah, memang perasan juga. Dulu ceria. Bubbly

Sekarang ni, masuk opis, macam zombie. Dia dah jarang singgah tempat saya borak-borak kosong macam selalu. Time lunch, bila ajak keluar, dia tak mahu. Pelik. Dia kata nak makan kat opis je. Bini dia buatkan bekal. Untunglaaahh.

Bini dia ada juga sms, tolong tengok-tengokkan dia. Yang kelakar tu ada ke bini dia tanya, dia ada keluar dengan mana-mana pompuan tak.

Dia tu..?? Kahkahkah. Dengan pompuan lain kalau bukan urusan kerja, memang tak bertegur sapa. Sampai ada pompuan yang panggil dia sombong. Garang. Nasib diorang lah kan. 

Entah. Saya pon tak pastilah apa masalah dia. Gelpren lama kontek balik kot. Hehehe. 


Encik Saifudin Saleh, Pengurus Kanan, 45 tahun (Suami)

Haih. Bukan nak mengeluh. Tapi tulah. Bulan ni dah nak masuk tiga bulan dah ni.  

Bila jadi macam ni, memang rasa takde ruh. Rasa tak keruan. Macam takde halatuju. 

Dah lama tercari-cari. Dah lama tak rasa tersentuh. Rindu.

Tak macam dulu. Penuh dengan kasih-sayang. Penuh dengan kata-kata yang menggugah. Setiap kali berjumpa rasa basah. Setiap kali bertemu, rasa segar.

Tahulah semua orang sibuk pon. Nak masuk politiklah. Masyarakah madanilah. Apalah. faham je lah. Tapi takkan sampai tiga bulan? Tiga bulan!

Tak boleh macam ni. Mati kutu aku dibuatnya.

Dah tiga bulan aku takde usrah!
 
-gabbana-

Kehkehkeh. 

7 Caci Maki Puji Muji:

D 01/10/2014, 16:30  

dah tu..pasai paa tak cerita dengan isteri..

lg 1, takdak usrah, pi la buat usrah sendiri..tu anak bini dok tertanya2..pi kumpul depa..solat jemaah...pastu bg la pengisian..

takkan dok nak terimaaaa ja..kena ada memberi la jugak..dah alang2 melepak rumah pakai pelikat baju pagoda~

usrah "khusus" pun kena kasi kilat jugak jiwa..encik suami...encik suami..

Anonymous 01/10/2014, 16:47  

Untungla dengan usrah si suami jd lbhbaik. Tp ada juga suami yg ikut usrah tp ttanggungjwb, nfkh dll msh bnyk kurgnya.. Tak semua, tp bnyk dgr
cerita juga alami sendri. Smpai dah mula rasa, usrah atau tidak usrah bkn pokok pngklnya.. Yg plg utama dia sentiasa perbaiki dr..jd suami yg bertanggungjwb spt yg telah diamanhkn ke atasnya dgn mnjdkn Rasulullah sbgai role model.. Just my 2 cents.

Anonymous 01/10/2014, 17:52  

Kah kah kah! Bangang la saspen.. Rupanya tak gi usrah. Aku pun serabai gak ni. Sebulan hari tu ambik cuti nak exam. Ni sebulan sambung cuti semester.

ayuzawa 02/10/2014, 10:56  

Ape ni encik gabbana..eden mencari2 point nak disampaikan di sini..kisah suami ker....ahha...rupanya saborjela..

Anonymous 03/10/2014, 06:39  

sumpah deep

Anonymous 09/10/2014, 14:03  

Hehehe...tetcari2 ape kna ngn si suami.
Rupnya xgi usrahh..hbtnya!!! Cerita yg sngt rsre...

Anonymous 12/10/2014, 11:48  

so true...rasa kosong sejak dah lama tak usrah ni. rindu naqibah rindu usrah rindu usrahmates :'(

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP