Ikhwah Jadian Ziarah Semula
[Kredit] |
Teng teng teng, teng teng teng, teng teng teng teng teng teng teng.
Ini bukan kisah tentang ikhwah yang bertukar menjadi panda apabila terlihat batang-batang buluh.
Bukan juga ikhwah yang bertukar menjadi gorila apabila bulan mengambang terang.
Apatah lagi ikhwah yang bertukar menjadi gila meroyan tak tentu pasal apabila termakan cokolat Kedberi. Wahahaha.
Tetapi ini ikhwah yang tiba-tiba dan tidak semena-semena bertukar perangai dan kelakuan, apabila wujud makhluk bernama akhawat di sekitarnya. Kiranya akhawat tu macam pencetus lah kepada perubahan mereka ni. Peluh kecil.
Ya, inilah ikhwah jadian yang sebenar-benarnya. Dan spesis ini masih wujud, malah dikhuatiri semakin bertambah dan sedang giat meluaskan kawasan pengaruhnya.
Mari kita lihat dan kaji beberapa simptom atau sifat ikhwah jadian ini, agar dapatlah kita kenali mereka ini supaya kita dapat lari-lari jauh daripada mereka ini sebelum mereka menerkam dan menggigit perut kita! Eh.
Simptom 1: Pijak semut
Dengan akhawat: Pijak semut tak mati. Dah pakai but tentera sekalipon, dilompat-lompatnya di atas semut, masih tak mati-mati juga semut itu. Ajaib.
Dengan ikhwah lain: Jangankan semut, habis permasuri semut dan busutnya hancur diterajang!
Simptom 2: Kentut
Dengan akhawat: Pergh. Kentut pon wangi! Silap haribulan, orang boleh siap tanya lagi, "Wah akhi, anta pakai minyak atar cap apa ni...?" Kekeke.
Dengan ikhwah lain: "Oiii! Sapa kentut ni...?? Macam neraka!"
Simptom 3: Percakapan
Dengan
akhawat: Lembut. Sopan-santun. Manis. Setiap butir kata yang keluar
ibarat mutiara yang tersimpan rapi di dalam laut yang paling dalam. Ewah
kau. Eh dahulu di universiti ambil pengkhususan dalam bidang sasterakah?
Dengan
ikhwah: Kadang-kadang tak pasti yang sedang berbicara itu ikhwah atau
ketua Kumpulan Jalur Tiga cawangan Raub. Dengan carutannya, dengan
kata-kata kesatnya. Terima kasihlah kerana beri pahala percuma sebab
galakkan kami perbanyakkan istighfar.
Simptom 4: Pemakaian
Dengan akhawat: Mak aihh engkau. Kalau David Beckham atau Ronaldo nampak pon boleh tercengang kekaguman. Minyak rambut tu hampir-hampir nak habis sebotol anda tibai! Minyak wangi anda sebatu jauhnya dah boleh hidu. Kalau boleh pakai tali leher ke konferens riang, dah lama dah pakai. Memang lejen.
Dengan ikhwah: Keep it simple. Itu moto mereka. Pagi kain pelikat dengan baju pagoda. Tengah hari kain pelikat dengan baju pagoda. Malam pon kain pelikat dengan baju pagoda. Kalau terpaksa keluar untuk makan misalnya, kain pelikat dan jaket yang disarungkan pada baju pagoda yang menjadi pilihan. Bau badan dah macam kambing gurun. Rupa paras tak ubah macam jin hutan.
Simptom 5: Mesyuarat
Dengan akhawat: Berjam-jam mesyuarat masih rasa tak cukup. Ada banyak perkara yang perlu dibincangkan. Daripada sekecil-kecil isu ("Cantik tudung ukhti. Beli kat mana?") hinggalah ke sebesar-besar isu ("Ukhti tahu tak sekarang ni Iraq sedang bergolak?"). Mesyuarat kalau tamat jam 1 pagi tu dah dikira awal dah tu.
Dengan
ikhwah: Kalau boleh, lepas buka dengan ummul Quran, nak terus tangguh
dengan kafaratul majlis. Semua isu dibincangkan dengan ringkas dan
padat. Lurus ke depan. Jangan main-main!
Simptom 6: Bila minta tolong
Dengan akhawat: Akhawat belum sempat nak minta apa-apa pertolongan, mereka dah tawarkan dahulu dah. Penuh bersemangat. Ikhlas. Hidung kembang-kempis. Siap tawarkan perkhidmatan selepas bantuan lagi. Peh.
Dengan ikhwah: "Aaseef qawiyy jiddan akhi mahbub fillah! Ana bukan taknak tolong... Tapi... Ana sibok sikit la akhi. Sungguh. Kalau boleh memang ana nak bantu. Tapi itulah.." Oh ye lupa. Memanglah anda sibuk. Sebab anda nak bantu akhawat en?
Simptom 7: Menepati masa
Dengan akhawat: Menepati masa? Tak mainlah. Konsep yang lebih tepat adalah mendahului masa! Kalau janji jam sembilan malam, jam lapan empat puluh lima sudah tersedia menanti. Kalau janji jam tujuh pagi, silap haribulan malam sebelumnya tu dah siap-sipa dengan beg tidur dan selimut di tempat kejadian.
Dengan ikhwah: Alah ikhwah kan? Semuanya berhati mulia. Berlapang dada. Bukan apa, sekali-sekali mahu juga menguji kesabaran ikhwah ni. Alah lewat empat puluh lima minit je pon. Kenapa nak kecoh sangat?
Simptom 8: Itsar (Melebihkan orang lain)
Dengan akhawat: Segala benda mahu diitsarkan. Baik makannya, tempat duduknya, duitnya... Segala macamlah! Yalah, bukankah itsar itu adalah setinggi-tinggi tahap dalam berukhuwwah?
Dengan ikhwah: Hanya beberapa perkara tertentu sahaja yang akan diitsarkan. Contohnya peluang untuk beri tazkirah, giliran menjadi imam, lantikan untuk menjadi AJK bagi konferens riang dan sebagainya. Dalam hal-hal sebegini ikhwah jadian lebih semat dan berstrategi. Adeh. Tapi kalau bab akhawat? Lu jangan cari gaduh bro! Itu gue dulu! Eh.
Simptom 9: Bermain badminton (atau apa-apa sahaja sukan yang lainnya)
Di hadapan akhawat: Pergh. Tangkas. Pantas. Cergas! Bila smash tu, rasanya Datuk Ling Chong Wei pon boleh gantung raket dah. Main sungguh-sungguh. Penuh dedikasi. Penuh himmah dan hamasah. Eh mestilah, qawiyyul jism kan..?
Dengan ikhwah: Main pon ala kadar sahaja. Macam tak cukup makan. Sekadar nak rembeskan peluh setitik dua. Alah, cukuplah setakat nak lengkapkan mutabaah amal untuk minggu itu sahaja pon kan? Alahai.
Simptom 10: Konferens riang
Kalau ada akhawat: Kehadiran penuh, dari mula konferens sehingga tamat konferens. Paling pro-aktif semasa perkongsian. Penceramah belum mula apa-apa lagi dah mula tanya soalan. Sukarela menawarkan diri menjadi apa-apa sahaja AJK yang ada. AJK basuh dulang makan pon sanggup! Kalau mahu jadi penceramah pon apa salahnya? Eh.
Kalau ikhwah sahaja: "Err. Err. Akhi.. Ana ada hal lah wiken ni. Ana mintak ijin untuk tidak hadir ya?" Kalau hadir sekalipon, tidak sepenuh hati. Separuh pon belum tentu lagi.
Hah. Bagaimana? Anda ada tak salah satu daripada simptom-simptom di atas..? Jika anda, anda wajar garu kepala dan berasa khuatir. Mungkin andalah ikhwah jadian yang dimaksudkan itu! Aummm.
Sebenarnya bukan hanya teraplikasi pada ikhwah sahaja. Yang bukan ikhwah pon ada juga perangai kurang senonoh ini apabila berhadapan dengan makluk bernama perempuan.
Cuma yalah, apabila bergelar ikhwah, sepatutnya menjadi qudwah lah kepada orang lain kan...? Jika benar kita telah berbai'ah dengan tarbiyah dan dakwah, sewajibnya kita menjadi ikhwah yang sebenar-benarnya setiap masa dan ketika.
Dan bukan ikhwah hanya pada mata akhawat sahaja. Tahu?
Teng teng teng, teng teng teng, teng teng teng teng teng teng teng.
-gabbana-
Kenapa ziarah semula (Baca: Revisited)? Sebab Ikhwah Jadian sudah pernah buat kacau sebelum ini!

8 Caci Maki Puji Muji:
IG mcm tak sabar nak berBM je ni.. :) semoga dpermudahkan oleh-Nya..
T.T solusi?
Erkk..sape yang maen bawang nih? T_T
Sentap bak hangg
hang on..
Betul ke wujud nii....?
Ke telah muncul virus jenis baru yang menyebabkan Ikhwah bertukar Were-Ikhwah-2 (bc : Ikhwah jadian-2)
Penyakit lama lebih relevan thoou...
Sebenarnya rasa lagi best kalau dalam program tu perempuan sahaja, dalam meeting pun sesama perempuan sahaja, tak segan nak bagi pandangan atau masukan. itu yang saya rasakan.
ada kes cam tu inche gabbaana? macam mana solusinya?
tukar entri ni jadi akhowat jadian pun best gak lebih kurg jgk situasinya.. ikhwah jadian vs akhowat jadian makin menjadi jadilah jwbnya..
ikhwah jadian dengan tarbiah. terutama dalam proses BM. pergh, jadian sungguh.
Post a Comment