13 June 2014

A Ilahum Ma'Allah

[Kredit]

Kadangkala apabila kita berasa sedih dan bawah, apabila tiada orang yang boleh kita harapkan untuk meminjamkan bahu dan telinga, maka kita memilih untuk menyendiri. Menikmati kerlipan bintang-bintang yang bercahaya terang. Mendengar deruan angin petang yang menampar pelepah-pelepah pohon kelapa. Menikmati bunyi air laut yang tersadai di pantai. Atau duduk-duduk di batuan sungai dan memejamkan mata, menikmati bunyi air sungai yang mengalir di celah-celahnya. Dan di sana kita jumpa ketenangan.

A ilahum ma'Allah. Apakah di samping Allah ada sembahan selain daripadaNya?

Ada masa-masanya kita kesempitan, baik dari segi harta, tenaga mahupon emosi. Dan kita tidak tahu pada siapa atau apa yang patut kita tuju. Kesempitan yang mendesak. Kesempitan yang mencekik. Sehingga membuatkan kita buntu, tidak tahu sama ada kita masih punya harapan untuk bergantung padanya. Ketika itulah bantuan dari arah yang tidak disangka-sangka datang. Ketika itulah pintu-pintu rezeki terbuka luas, untuk kita masuk dan ambil manfaatnya. Semuanya hanya kerana tawakkal kita kepada Allah, yakin bahawa Dia tidak akan membiarkan kita terkapai-kapai, lemas dalam kesesakan dunia.

A ilahum ma'Allah. Apakah di samping Allah ada sembahan selain daripadaNya? 

Suatu ketika kita pernah jatuh ke dalam lembah maksiat yang paling dalam. Kita pernah berlumur dengan lumpur-lumpur dosa yang cukup jijik dan busuk. Ketika itu hati kita cukup hitam. Nur pada wajah kita hitam dan muram. Sepertinya kita sedang meniti jalan yang lurus ke neraka. Ketika itulah, ketika tiada siapa yang mahu dan mampu untuk membimbing kita, Dia datang menghantar Makcik Hidayah untuk menampar kita. Terguling-guling kita jatuh, penuh keinsafan, penuh pengharapan. Kita bangkit dengan harapan yang baharu, betapa kita perlu berlari laju menuju redhaNya. 

A ilahum ma'Allah. Apakah di samping Allah ada sembahan selain daripadaNya? 

Kadangkala kita merasakan doa kita tidak didengariNya. Kita menyangka bahawa Dia tidak mempedulikan rintihan dan aduan kita. Sehingga kita berasa bosan untuk bertawajjuh denganNya. Kita berasa muak dan rimas untuk menghabiskan sisa-sisa masa yang ada untukNya. Hanya kerana kita kechiwa kononnya Dia, Allah yang Maha Mendegar dan Maha Mengetahui itu, buat biskut sahaja dengan kita. Namun lama selepas itu, baharulah kita sedar dan tahu, bahawa Dia punya cara yang tersendiri untuk menunaikan permintaan kita. Dia punya jalan dan wasilahnya yang jauh lebih bijaksana untuk memenuhi doa kita dan menenangkan jiwa kita yang berkecamuk.

A ilahum ma'Allah. Apakah di samping Allah ada sembahan selain daripadaNya?

Pernah juga kita seperti hilang punca, hilang harapan. Sama ada seorang ibu yang amat berharap agar dapat melahirkan seorang anak, setelah bertahun lamanya menanti. Atau seorang pelajar yang menunggu siapalah yang sudi untuk membiayai dan menanggung pelajarannya. Atau pekerja yang baharu sahaja dipecat atas kesalahan yang tidak masuk akal sedangkan dia punya isteri dan anak-anak untuk disuapkan nasi. Arrghh berat nanang! Tidak semena-mena, datang bantuan Allah dari arah yang tidak pernah kita jangka. Harapan kita yang hampir punah, kini tumbuh kembali. Mata kita bersinar-sinar penuh keterujaan, kerana kita yakin ada cahaya di hujung terowong.

A ilahum ma'Allah. Apakah di samping Allah ada sembahan selain daripadaNya? 

Kadangkala, timbul rasa ego, angkuh dan takabbur dalam diri kita, sehingga tergamak kita mempersoalkan kewujudan Allah yang Maha Agung itu. Hanya kerana kita tidak melihat zatNya, kita yakin yang Dia tiada. Hanya kerana kita tidak pernah mendengarNya berfirman, kita katakan tidak mungkin Dia ada. Betapa jahilnya kita! Betapa sombongnya kita! Sehinggalah kita diuji bertalu-talu, dicuba berderu-deru. Sehingga kita terduduk. Membuatkan kita terjelepok. Ketika itu, tiada siapa lagi yang dapat kita bergantung harap melainkan padaNya. Ketika itu baharulah kita dapat merasakan kewujudanNya!

A ilahum ma'Allah. Apakah di samping Allah ada sembahan selain daripadaNya?

 "Bukankah Dia (Allah) yang menciptakan langit dan bumi dan yang menurunkan air dari langit untukmu, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu kebun-kebun yang berpemandangan indah? Kamu tidak akan mampu menumbuhkan pohon-pohonya. Apakah di samping Allah ada sembahan selain daripadaNya? Sebenarnya mereka adalah orang-orang yang menyimpang (dari kebenaran).

Bukankah Dia (Allah) yang telah menjadikan bumi sebagai tempat berdiam, yang menjadikan sungai0sungai di celah-celahnya, yang menjadikan gunung-gunung untuk (mengukuhkan)nya dan yang menjadikan suatu pemisah antara dua laut? Apakah di samping Allah ada sembahan selain daripadaNya? Sebenarnya kebanyakan daripada mereka tidak mengetahui.
Bukankah Dia (Allah) yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepadaNya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah di samping Allah ada sembahan selain daripadaNya? Sedikit sekali (nikmat Allah) yang kamu ingat."
Bukankah Dia (Allah) yang memberi petunjuk kepada kamu dalam kegelapan di daratan dan lautan dan yang mendatangkan angin sebagai khabar gembira sebelum (kedatangan) rahmatNya? Apakah di samping Allah ada sembahan selain daripadaNya?

Bukankah Dia (Allah) yang menciptakan dari permulaannya, kemudian mengulanginya (lagi) dan yang memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi? Apakah di samping Allah ada sembahan selain daripadaNya? Katakanlah, 'Kemukakanlah bukti kebenaranmu, jika kamu orang yang benar.'"
[an-Naml, 27:60-64]  

Allah itu ada. Sentiasa ada. Cuma kita sahaja yang buta.

Bukalah mata. Pasangkan telinga. Celikkan hati.

Lihat. Dengar. Rasa.

A ilahum ma'Allah. Allah itu ada. Sentiasa ada.

Senyum. 

-gabbana-  

17 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 13/06/2014, 16:44  

Nice input akh!

Anonymous 13/06/2014, 16:59  

Tiba-tiba rasa ada air dekat mata. Percikan hujan mungkin. Hati rasa terpujuk dan rasa untuk kuat tu terus ada.

Anonymous 13/06/2014, 18:11  

Enough untuk tiba2 buat habuk masuk dlm mata..isk..thank ya akh..jazakallahu khairan jaza'..:')

Anonymous 13/06/2014, 19:30  

erhh! ku pernah rasai jahiliyyah!

Anonymous 13/06/2014, 20:49  

T-T sapa yang potong bawang kat sbelah nie ..

Anonymous 13/06/2014, 21:09  

Jzkk akhi

gagak hitam 14/06/2014, 08:02  

:,)

Unknown 14/06/2014, 13:10  

The best. Jzkk ya akhi

zulaika 14/06/2014, 15:38  

Allah sentiasa ada...

Budak baru 15/06/2014, 15:26  

Apa maksud 'Apakah di samping Allah ada sembahan selain daripadaNya?' ?

Dalam bahasa melayu biasa.
Help me?

Anonymous 15/06/2014, 17:55  

Budak baru

maksud dia.
Adakah wujud sembahan yg kita sembah selain Allah?

Maksud smbhn di sini merujuk kpd sesuatu yg kita lebih harapkan, lebih utamakan dr sesuatu.

Jadi,
adakah ada selain allah tmpt utk kita lebih harapkan dn lebih utamakan?

Jawapannya, tidak.
Kerana apa?

Allah yg menciptakan dan menetapkan sgala sesuatu pkara,masalah. Dan layaknya, kpd Dia tmpt kita berserah, mengadu,btawakkal dan meminta.

Wallahu'alam.
Andai saya salah, mhn betulkan.

Cik Teh 15/06/2014, 20:27  

Jarang suka or tertarik dgn ur writing..but this one..its just on time..

Miza 16/06/2014, 03:50  

Tak selalu baca blog ni, tapi this one really touches my heart. Thanks for the reminder, and may Allah bless you.

mrs 16/06/2014, 11:21  

terima kasih...tetiba ada air hangat di mata!

Budak baru 16/06/2014, 23:50  

Terima kasih anon 17:55. Harini saya randomly bukak page quran yg dah berhabuk tu . Sekali tepat2 baca dekat surah ni! T.T
Pastu bukak blog ni, tgk ada org reply.
Ok dah faham.

Pastu tetibe hujan lebat.
T.T

Thanks. Thanks. Moga Allah beri ganjaran kpd anda. Dan APG.

...miSS fAi... 26/06/2014, 08:50  

panasnya pipi kena tampar banyak kali nie...

faa 27/06/2014, 16:00  

jzkk :))

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP