Ikhwah Jadian
Kedengaran bunyi serigala bersahut-sahutan dari jauh. Jam di dinding hampir menunjukkan jam dua belas tengah malam.
Tiba-tiba pintu anda diketuk. Tok tok tok. Assalamu a'laikum ada orang kat rumah? Assalamu a'laikum tak jawab dosa...!
Suara garau dan parau memberi salam. Anda berasa cemas dan gerun. Peluh-peluh jantan yang sejuk mula membasahi dahi. Pintu anda diketuk lagi. Kali ini lebih kuat dan padu.
Assalamu a'laikum dah tiga kali bagi salam ni!
Terketar-ketar tangan anda memegang tombol pintu. Namun anda memberanikan diri juga untuk membukanya. Takut tapi kuriyes juga. Perlahan-lahan anda memusingkan tombol pintu tersebut. Perlahan-lahan juga pintu rumah anda terkuak buka.
Teng teng teng, teng teng teng, teng teng teng teng teng teng teng.. (Lagu saspens, nada tinggi)
Kelihatan satu sosok tubuh, bersaiz sederhana, berjubah putih sekonyong-konyong di hadapan anda. Jasad pucat itu berdiri tegak di hadapan anda. Kepalanya tunduk. Anda terpaku, tergumam seribu bahasa.
Tiba-tiba makhluk itu mengangkat kepalanya. Anda rasa seperti nak terkencheng ketika itu juga. Makhluk itu menyeringai, tersenyum lebar, dari satu telinga ke telinga yang lain. Lantas dia bersuara,
"Bhai, nak usrah...?"
Wahahahaha. Ok sila hentak dahi anda ke meja lapan kali berturut-turut sekarang juga. Kepala anda tahu, bukan kepala saya. Eheh.
Ok itu adalah salah satu daripada babak sebuah filem yang saya rasa tidak akan diterbitkan buat selamanya. Tapi manalah tahu ada yang berminat, saya akan beri nama filem tu 'Ikhwah Jadian.'
Ya, Ikhwah Jadian. Anda tahu apa itu yang dimaksudkan dengan ikhwah jadian?
Batuk. Betulkan kolar. Luruskan tali leher.
Mengikut definisi yang dikeluarkan oleh Kamus T&D edisi ketiga poin lima, frasa ikhwah jadian bermaksud:
"Seorang lelaki yang boleh tahan kacaknya, yang sudah mengikuti gerabak tarbiyah dan dakwah sejak sekian lama. Lelaki ini mempunyai dua identiti yang berbeza, mengikut situasi, masa dan tempatnya berada. Perubahan identiti yang terjadi selalunya didorong oleh faktor luaran seperti petikan jari, ucapan "Ohoiii!!", bunyi tapak kasut tumit tinggi atau bunyi gesekan ngilu kapur pada papan hitam."
Ya, ikhwah jadian merujuk kepada seorang al-akh yang mempunyai dua identiti yang berbeza. Atau dengan bahasa yang lebih bertamadun dan nampaklah seolah-olah saya ada sedikit pengetahuan tentang ilmu sosiologi - dualisme.
Ada beberapa situasi dualisme ini yang patut dipuji dan amat digalakkan untuk anda yang bergelar sebagai ikhwah dalam tarbiyah dan dakwah. Antaranya:
1) Singa di siang hari dan rahib di malam hari
2) Tampak segak bertali leher, berkemeja kemas dan berseluar alur tajam di siang hari, tapi lebih selesa berkain pelekat dan berjubah di malam hari
3) Garang dan penuh tegas ketika menguruskan mukhayyam tapi lembut pijak semut pon setakat pengsan je apabila berhadapan dengan hadek-hadek tersayang
4) Tidak kedekut dan lokek apabila seruan infaq dicanangkan tapi kedekut Haji Bakhil untuk bermewah-mewah buat diri sendiri
5) Nampak senyap, redup dan calon menantu sopan di hari-hari biasa, tapi apabila di gelanggang konferens riang, nadwah atau perbincangan-perbincangan berfikrah, dialah yang paling lantang dan bersemangat sekali
6) Seorang beloger yang menggunakan nama samaran dan bersungguh-sungguh cuba menyembunyikan identitinya yang sebenar. Eh macam pernah ku dengar, tapi di mana ya? Wahahaha..
7) ...dan yang seangkatan dengannya.
Ok itu semua kes dua identiti yang tiada masalah. Belum lagi sampai tahap Tuan Duktur Jekyll dan Inche Hyde. Atau belum lagi layak digelar ikhwah jadian yang bertukar menjadi raksasa gorgon selepas jam dua belas tengah malam atau setelah melihat bulan purnama penuh. Eh.
Tetapi yang ingin saya bincangkan di sini (dan bakar sampai hangus selepas itu) adalah kes dualisme yang amat merbahaya sekali untuk kesihatan tarbiyah dan dakwah, baik untuk diri sendiri mahupon untuk ummah ini. Yang lebih mengerikan dan mendegupkan jantung lebih kencang adalah sekiranya disebabkan oleh dualisme ini, kita layak untuk dicop di dahi sebagai golongan munafik! Na'udzubillah..
Mari kita kaji dan teliti beberapa kes dualisme yang berlaku dalam kalangan ikhwah (juga akhawat) yang mungkin tidak disedari oleh sebahagian besar daripada kita.
Kes 1
Begitu menjaga pandangan dan tutur kata ketika berhadapan dengan si dia berlainan jantina. SIlap haribulan boleh terlanggar tiang lampu di hadapan, punyalah tawadhu' merendahkan pandangan. Cakap pon sepatah-sepatah dengan yang berlainan jantina. Orang tanya sepatah, dia jawab setengah patah. Orang tanya dua patah, baharulah dia jawab sepatah. Memang syadid!
Tapi bila di alam maya, holoi, dialah yang paling kasanova sekali! Semua gambar rakan-rakan berlainan jantinannya akan dihendap, tidak kiralah yang menutup aurat atau tidak. Komen-komen akan dibalasnya dengan penuh girang. Dinding-dinding mereka ini pasti akan dipenuhi dengan tegurannya atau cucukan jari (Baca: Poke). Pantang nampak dahi licin, pasti akan ditegurnya, "Hai cik adik manis. Abang ni beriman, sudikah berkenalan..?"
Pengsan.
Kes 2
Kes kedua ini hampir serupa dengan kes pertama. Cuma bezanya pada ikhtilat (pergaulan lelaki dan perempuan). Begini. Ikhwah jadian yang satu ini punyalah jaga hubungannya dengan akhawat. Makna kata, kalau dengan akhawat, bukan main lagi dia menunduk sampai ke lantai untuk menjaga pandangan. Tutur katanya juga cukup halus dan mulus, macam anak dara sunti pon ada. Gelak tawa? Haishh tak qudwah la kalau gelak kuat-kuat depan akhawat!
Tapi kalau depan perempuan biasa (No offence intended here. Harap maklum dan faham.), bukan main lagi di bertepuk-tampar! Siap boleh main batu seremban dan sep sep sep lagi! Ewaaaahh! Gelak tawa tu toksah cerita la. Silap haribulan, orang yang mendengar dah tak tahu beza dah yang gelak tu lelaki ke perempuan. Eh pergi mana sifat malu dan menjaga kehormatan tadi tu..? Kena pam masuk jambankah...??
Kes 3
Depan hadek-hadek bulatan gembira, ikhwah jadian inilah segala-galanya. Qudwah dan murabbi teragung abad ini. Hadek-hadek tu tunggu je masa, bilalah abang murabbi dia ni nak terbang keluar ikut tingkap. Punyalah kagum mereka dibuatnya! Segala yang keluar daripada mulutnya akan ditadah rapi ibarat mutiara berharga. Segala perbuatan dan amalannya akan dicontohi dan diberi perhatian seriyes, kerana yakin itulah sosok yang terbaik yang perlu diikuti. Hadek-hadek memandang dirinya dengan mata yang penuh bersinar-sinar dan hidung kembang-kempis penuh teruja. Pendek kata, "You are for me and I am for you" lah! Eh.
Tapi apabila pulang ke rumah bersama keluarga, wahai, ke mana pergi qudwah, entah ke mana hilang tauladan. Puan Mama kirim belikan santan, dia jawab malas dengan suara tinggi penuh kejelikan. Inche Papa minta tolong garukan belakang badan, dia tempelak dengan wajah yang menakutkan. Satu hari di rumah, terbungkang macam ular anakonda berhibenarsi kekenyangan. Langsung tiada usaha nak bantu Inche Adik Lelaki yang sedang menyiapkan esainmen, membantu Cik Kakak Besar menjemur baju atau Cik Adik Perempuan menyental jamban.
Eh, kenapa di luar boleh jadi Superman tapi di rumah perangai macam jin hutan?
Kes 4
Ikhwah jadian ni memang paling banyak spesisnya melata di muka bumi. Jenis yang macam mana? Yang cakap pung pung macam mesingan, baik di konferens-konferens riang mahupon di dalam bulatan gembira. Macam-macamlah yang ditembaknya. Hubungan dengan Allah kena mantap. Bangun malam tak boleh tinggal. Al-Quran kena hidup dalam hati, bukan hanya sekadar sempan di dalam beg atan henpon. Kena bawa bulatan gembira. Karat-karat jahiliyyah memang kena kikis sampai licin. Perrgghh kalau dengar dia ni bercakap, memang terasa berada di alam lain yang penuh dengan bunga-bunga dendelion dan angin lembut shiuhh shiuuuh meniup rambut; cukup soleh dan musleh!
Hakikatnya? Diam-diam, dalam setor atau bawah katil, dia lakukan jahiliyyah. Baik jahiliyyah saghir mahupon kabeer, semuanya dibantainya! Game, movie tu, tak usah katalah. Dialah orang yang paling terhapdet dengan game dan movie terbaru! Bangun malam jarang sekali. Jemaah Subuh di Masjid..? Err.. Jemaah dhuha ada buat tak..? Peluh besar. Pokoknya, dirinya yang sebenar dengan dirinya yang dikenali di hadapan mata ikhwah adalah ibarat langit petala ketujuh dengan pusat bumi yang paling dalam. Lidah dan mulutnya seolah-olahnya adalah dua anggota yang terpisah daripada tubuh badan yang lain.
Hey anda, di dunia ini anda bolehlah menipu orang dan membuat tipu-daya. Di mahsyar nanti, anda nak lari mana hah...??
Zrrrraaaassss. Berlari-lari ke bilik air sambil teresak-esak.
Kes 5
Terakhir yang ingin saya kongsikan, adalah kes dua identiti ikhwah jadian di medan dakwah dan di kantor (opis) tempatnya bekerja. Di medan dakwah, baik di taman-taman sorga dia berbulatan gembira mahupon di jalanan menyebarkan kebaikan, bukan main lagi hebat dan wara'nya al-akh ini. Serba-serbinya dijaga; baik pakaiannya, pertuturannya, akhlaknya, ikhtilatnya.. Pendek kata, dengan budi pekerti mulia yang dimilikinya itu, jika masuk pertandingan Imam Muda Melayu Terakhir, konfem akan dinobatkan sebagai juara tanpa perlu bertanding.
Tapi bila di kantor, waduh, dia dan orang lain tiada bezanya. Dia jadi tamayu' (larut) dengan keadaan sekelilingnya. Apabila ada orang ajak keluar makan tengah hari bercampur lelaki perempuan, dia turut serta malah bergelak tawa bertepuk tampar bersama mereka. Apabila ada pelanggan berlainan jantina menghulurkan tangan kemesraan, disambutnya dengan senyuman. Apabila ada rakan-rakan sepejabat yang buat maksiat atau tinggal solat, dia hanya memerhatikan mereka seolah-olahnya tiada apa yang perlu dirawat.
Apa anda ini seorang sekular, memisah-misahkan kehidupan di kantor dan di luarnya??
Cukuplah lima kes untuk kita sama-sama kaji dan selidiki. Adakah kita termasuk salah seorang daripada ikhwah jadian yang disebut di atas? Jika ya, sedarkah kita selama ini bahawa kita adalah salah seorang daripada banyak ikhwah jadian yang bertebaran di muka bumi Allah ini?
Lantas saya teringat pada sepotong hadith. Tapi... Tarik nafas. Hadith ini amat keras dan mengerikan. Untuk anda yang lemah semangat dan mengandung empat bulan setengah ke atas, saya nasihatkan agar anda langkau bahagian ini dan sambung bacaan selepas itu.
Untuk yang lain-lain, anda benar-benar mahu mendengarnya..? Baiklah. Saya jujurnya tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kes buta mata atau gila meroyan berlari-lari keliling kampung selepas membaca hadith ini.
Anda bersedia..?
Lelaki itu menjawab: 'Sungguh aku menyuruh kamu berbuat kebaikan tetapi aku sendiri tidak mengamalkannya, dan sungguh aku melarang kamu daripada kemungkaran tetapi aku sendiri melakukannya.'”
Gulp. Gulp. Gulp.
Puan Mama! Anda masak apa hari ni..? Kenapa banyak sangat bawang yang digunakan ni...??
Begitulah. Jujurnya ini bukan artikel bersangka buruk. Bukan juga bertujuan untuk menyerang peribadi sesiapa. Ia adalah ingatan batu besar menghempap kepala buat diri saya sendiri terlebih dahulu sebelum untuk anda semua. Kerana kadangkala, saya juga menghidap barah dua identiti ini, sama ada secara sedar atau pon tidak. Tunduk malu, air mata bercucuran laju.
Ayuh kita sama-sama bermujahadah, melawan penyakit dualisme ini. Biarlah kita adalah kita setiap masa, dan bukannya Pak Cik Emotaksedardiri sebentar lagi dan Abang Dalam Hati Ada Taman pada keesokan harinya pula. Semoga kita dikurniakan Allah dengan kekuatan untuk melawan nafsu diri dan bisikan syaitonirojim yang mengkehendakkan kita punya dua identiti yang berbeza; satu identiti penyedap mata dan jiwa orang yang melihatnya dan satu lagi boleh disorok-sorok, disarungkan tatkala nafsu bermaharajalela dan jahiliyyah menguasai jiwa.
Astaghfirullahal adzim...
Untuk siapa kita beribadah selama ini? Untuk apa kita bermujahadah diri dan melawan nafsu dan syaitonirojim yang jahat dan keji? Kerana akhirnya, kita akan kembali semula kepadaNya, si Pencipta yang memiliki jiwa-jiwa kita...
Moga kita terus tamayuz, berdiri teguh di atas panji-panji Islam yang mulia, tidak menjadi fitnah kepada dakwah ini! Moga kita menjadi qudwah untuk tarbiyah ini, tidak tamayu' dengan godaan dan tipu-daya duniawi!
Tok tok tokk! Assalamu a'laikum! (Suara garau)
Eh? Siapa pula tu...?
Teng teng teng, teng teng teng, teng teng teng teng teng teng teng..
Akan bermukhayyam In Shaa Allah bermula esok sehingga Ahad ini. Makan tidak akan dapat bersiaran secara normal sehingga itu. Doakan agar saya selamat pergi dan selamat kembali.
Yang lebih utama, doakan agar saya terus tsabat di atas jalan ini. Semoga saya tidak menjadi seorang al-akh yang punya dua identiti.
Ok agak ironi di situ. Kalau ikutkan Inche gabbana adalah identiti saya yang kedua.
Krikkk. Krikkk bunyi cengkerik.
Batuk batuk.
Aaaahh malaslah saya nak eksplen. Faham-faham sendiri sahajalah!

Nampak je baik dan kacak, tapi hakikatnya? Adoiii macam haprakk! [Kredit] |

“Dibawa seorang lelaki pada hari kiamat lalu dicampakkan ke dalam api neraka sehingga terburai usus-usus
perutnya, lalu dia berpusing-pusing di dalamnya umpama seekor himar
(keldai) yang sedang berpusing di batu kisarannya.
Penghuni neraka mengerumuninya seraya bertanya: 'Hai si fulan! Apa yang telah terjadi kepada kamu, bukankah dahulu kamu yang menyuruh kami supaya berbuat kebaikan dan melarang kami daripada melakukan kemungkaran?'
Penghuni neraka mengerumuninya seraya bertanya: 'Hai si fulan! Apa yang telah terjadi kepada kamu, bukankah dahulu kamu yang menyuruh kami supaya berbuat kebaikan dan melarang kami daripada melakukan kemungkaran?'
Lelaki itu menjawab: 'Sungguh aku menyuruh kamu berbuat kebaikan tetapi aku sendiri tidak mengamalkannya, dan sungguh aku melarang kamu daripada kemungkaran tetapi aku sendiri melakukannya.'”
[Hadis Riwayat Muslim di
dalam sahihnya, no. 2989]
Gulp. Gulp. Gulp.
Puan Mama! Anda masak apa hari ni..? Kenapa banyak sangat bawang yang digunakan ni...??
Begitulah. Jujurnya ini bukan artikel bersangka buruk. Bukan juga bertujuan untuk menyerang peribadi sesiapa. Ia adalah ingatan batu besar menghempap kepala buat diri saya sendiri terlebih dahulu sebelum untuk anda semua. Kerana kadangkala, saya juga menghidap barah dua identiti ini, sama ada secara sedar atau pon tidak. Tunduk malu, air mata bercucuran laju.
Ayuh kita sama-sama bermujahadah, melawan penyakit dualisme ini. Biarlah kita adalah kita setiap masa, dan bukannya Pak Cik Emotaksedardiri sebentar lagi dan Abang Dalam Hati Ada Taman pada keesokan harinya pula. Semoga kita dikurniakan Allah dengan kekuatan untuk melawan nafsu diri dan bisikan syaitonirojim yang mengkehendakkan kita punya dua identiti yang berbeza; satu identiti penyedap mata dan jiwa orang yang melihatnya dan satu lagi boleh disorok-sorok, disarungkan tatkala nafsu bermaharajalela dan jahiliyyah menguasai jiwa.
Astaghfirullahal adzim...
Untuk siapa kita beribadah selama ini? Untuk apa kita bermujahadah diri dan melawan nafsu dan syaitonirojim yang jahat dan keji? Kerana akhirnya, kita akan kembali semula kepadaNya, si Pencipta yang memiliki jiwa-jiwa kita...
"...Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang labih baik amalnya..."
[al-Mulk, 67:2]
Moga kita terus tamayuz, berdiri teguh di atas panji-panji Islam yang mulia, tidak menjadi fitnah kepada dakwah ini! Moga kita menjadi qudwah untuk tarbiyah ini, tidak tamayu' dengan godaan dan tipu-daya duniawi!
Tok tok tokk! Assalamu a'laikum! (Suara garau)
Eh? Siapa pula tu...?
Teng teng teng, teng teng teng, teng teng teng teng teng teng teng..
-gabbana-
Akan bermukhayyam In Shaa Allah bermula esok sehingga Ahad ini. Makan tidak akan dapat bersiaran secara normal sehingga itu. Doakan agar saya selamat pergi dan selamat kembali.
Yang lebih utama, doakan agar saya terus tsabat di atas jalan ini. Semoga saya tidak menjadi seorang al-akh yang punya dua identiti.
Ok agak ironi di situ. Kalau ikutkan Inche gabbana adalah identiti saya yang kedua.
Krikkk. Krikkk bunyi cengkerik.
Batuk batuk.
Aaaahh malaslah saya nak eksplen. Faham-faham sendiri sahajalah!
32 Caci Maki Puji Muji:
terase tak terase u_u
Saya suka artikel ini tapi saya ingin sangat tahu siapakah Inche Gabbana.Serius ingin tahu.Harap saudara Inche boleh mempertimbangkan.
bagooooooos.post di atas amat sentap mak anak luar dalam!!begitu daring nampaknya anda apg!woha!
Agak terkesan...Entri yang bagus, realiti .
adeeeh.... adeeeeeh... tak sakit :'(
padu btol peringatan ini. hadoii.. terima kasih.
Ohoii.kne tikam pisau rambo 360drjah O.O
Jzkk...terasa dipanah petir T_T
this is reason why i left usrah behind,coz i think i'm such a terrible person.but i not sure,does my decision is correct or not T_T
like
adusssss...sentap mak! huhu.. thanks Inche Gabbana for the reminder..I really need this :)
Kalau bkn saat ni kite guna utk brubah from being a terrible person to be a beter person, then bila lg? Thinkin bout this makes me still merangkak (dgn harapannye dpt berlari satu hari nnti) dlm sistem usrah ni.. Doakn sy ye..
to kingshooter93: bukan alasan hypocrite or terrible person untuk seseorang itu tinggal kan usrah.. Usrah itu pon salah satu tempat untuk kite berubah ke arah kebaikan.Bukan semua org iman nya yang sentiasa naik.. imam itu akan ada naik turun nye.. makanya, rapat-rapat kan lah diri utk ke taman2 syurga, utk sentiasa pastikan iman at least tak jatuh beyond the limit. Usrah sendiri itukan adalah salah satu pembinaan individu muslim.. insyaAllah, moga Allah bukakan hati2 hambanya yg ingin berubah utk kebaikan. =) peace!
Huu.buat minum ptang.kencang sggh tp itulh hakikatnya.jzkllh
pergh...sungguh sadis mengenang nasib diri ini... Moga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk terus tsabat di atas jalanNYA...insyAllah (^^)
salam. harap APG boleh buat entri tentang kehidupan belajar di luar negara, macam mana tugas dan peranan ikhwah yang bercampur aduk dengan local people, and malaysian community to sendiri(sbb x ramai pun malaysian community)
Assalamualaikum..
jzkk, bagus sgt entri ni, mmg trasa smpai lubuk hati yg plg dalam.. mampu ketuk hati sy sekuat2nya agar kembali membetukan niat :'(
btw, video dr bilal Assad ni sgt2 brsesuaian dgn entri kali ni :) nasihatnya betul2 indah.. semoga brmanfaat, insyaAllah..
http://www.youtube.com/watch?v=Fk9TQtKoJjw
......
sayalah ikhwah jadian untuk kes 1 dan 2 atau mungkin kes 5 jugak masa praktikal kat ofis...T_T
tolong lempang saya laju2 boleh?
T_______T
entry yg sgt menarik.. hurm.. bgslah.. inche gabbana mmg Rasulullah prnah berkata org yg paling baik adalah orang yang baik dengan ahli keluarganya.. mgkin inche gabbana blh kongsi skit nak jadi anak2 yg musleh,soleh,soleh,baik2.. buat ibubapa terutama sekali untuk adk2,ank2,kakak2,abg2 yang ada ibu tiri.. ^_^ -help-
Ingatan yang direct, berani dan selalu berlegar2 dalam fikiran tapi tak tahu dari mana nak mulakan teguran tu. Sbb kadang2 takut terjadi fitnah. Frankly sangat terkesan untuk saya.
Saya selalu mahu, tapi tak berani nak tulis entry mcm ni kat blog sendiri sbb takut dibandingkan dengan akhlak saya sendiri.
Mungkin ke itu antara sbb inche gabbana tak reveal kan diri? Sbb mmg fitrah manusia suka cari salah orang. sbb xkonfiden. Sedangkan kita nak beri kebaikan.
Anyway, Mungkin ini approach yg bersesuaian dgn zaman sekarang, depends pada apa kekuatan yg kita ada. Ada orang menjadi qudwah secara direct melalui peribadinya (kehidupan sbnar).
Ada juga orang yg menjadi qudwah melalui pemikiran dan penulisannya (alam maya). kalau ada orang yg dapat menjadi kedua2nya, sgt beruntung sbb dia boleh tarik lebih ramai manusia untuk buat kebaikan dan dia mampu convince kan org lain.
Apapun, terus menulis dgn gaya yang sedia ada. sbb melalui cara ni dapat menyentuh lebih banyak hati, either yg berada dlm jln dakwah ataupun tidak.
dekat skolah saya dulu ada sorg ckgu lelaki yg suka dengar lagu rock kuat2 kat bilik guru, tapi dalam diam2 rupanya dia tgh baca blog APG :)
ya Allah:) post ni sangat dush dush menusuk jantung hati limpa jiwa raga semue. nauzubillah, minta dijauhkan daripada golongan yang dinyatakan. dan alhamdulillah, Allah gerakkan hati untuk bace blog ni :) moge Allah redha buat semue.
Assalamualaikum. Pernah juga menulis satu entri tentang tema yang sama. Cuma, entri di blog ini disertakan contoh-contoh yang memang menikam jiwa !
http://mylittlepencil.wordpress.com/2012/08/01/daie-berkepala-dua/
Memang menjadi penyakit para dua't masa kini. Moga kita semua terus muhasabah diri berada di dalam jalan ini, inshaAllah !
entry yang menarik.... and yup coz kadang-kadang manusia bijak dalam mengilhamkan babak-babak dalam pementasan di dunia.... so, it's to the indivicual, tsabit dalam tarbiyyah Islamiyyah and at the same time tak terlalu syadid dalam bab dunia... wasatiyyah dalam berkehendakan....
sekali lg artikel inche gabbana tlh menjentik hati ini.
Zupp terus kene panah haiyyaaaa
ADUIII.... cam ne nak buat...??
kaang2 environment membuatb kita jadi cam tu..
tikam jantung laju2..:"(
Sangat bagus untuk sang hati dan diri yg lalai.
Tertusuk terus ke dalam hati dan limpa serta otak !
:'(
Sedang pikir camner nak buang identiti kedua... hmm perlukan hati yg kuat nie. Insyaallah moga-moga kita x tergolong dr kalangan hadis "ikhwah jadian" tersebut
Kemah la inche gabbana
Minta kebenaran APG utk share artikel dan edit sedikit utk versi akhwat.
jzkk.
i did become one of the ikhwah jadian even after reading this post. as a result, im faced with humiliation. they put the blame of attending circles to me. theyre unable to accept my mistakes. they keep calling me hypocrites. meanwhile, i keep blaming myself for my failure of doing df to them. had it not they are df, surely things will not turn out to be like this. my personality when being with akhawats and with friends is really different u could say.
some things are better be shown here than there. the effects of having two sides, not serious in dnt
Post a Comment