Dai'e Ala Mat Jenin
[Kredit] |
"Ana nanti nak kahwin dengan zaujah yang rajin bangun qiam ah. Dapatlah dia kejut ana sekali! Hohoyeeaahh!"
"Saya
nanti nak cari suami yang soleh, wara' dan beriman. Konfemlah dia dapat
bimbing saya menjadi seorang wanita yang bukan sahaja bergaya, malah
dekat denganNya. InshaAllah."
"Tunggulah
nanti aku dah habis buat ACCA ni aku all-out dalam dakwah. Time tu,
tengoklah, jangankan dua usrah, lapan usrah pon aku boleh bawak! Ohoi!"
Pandang ke atas. Biru sungguh langit hari ini.
Kita mengharap. Semua orang mengharap. Kadang-kadang terlalu kerap.
Tiada salah kita mengharap. Kerana harapan itu seringkali menghidupkan.
Namun
yang sering menjadi persoalan, adakah harapan kita itu akan menumbuh
dan membuah menjadi kenyataan. Atau yang tinggal hanyalah angan-angan?
Dahulu kita mungkin pernah mencemuh atau menempelak rakan-rakan kita yang tidak bersama-sama kita dalam gerabak tarbiyah dan dakwah ini, beralasan dengan hujah-hujah seperti:
"Sekarang
ni mana aku ada masa nak bersegi tiga gembira bagai Kiah oii. Sekarang
ni masa untuk aku fokus setadi dulu. Nanti dah dapat ijazah sarjana muda
bergaya, ha, masa tu aku joinlah geng-geng tudung labuh kau tu.
Insha-Allah lah."
"Tunggu
la saya jadi baik dulu anda. Sekarang ni rasa tak layak la nak main
osom gergasi, cipiki cipika semua tu dengan anda semua. Rasa diri ni
kotor. Busuk. Nanti bila saya dah rasa saya lebih bersedia, saya akan
cari anda semula. Insha-Allah lah."
"Gua
rasa, gua kena kerja dulu la bro. Bila gua dah kerja, gua dah ada duit,
dah boleh beli Skyline, dah boleh beli rumah semidi ke apa, dan dah
kawen etlis anak sorang dua, masa tu gua lebih stabil. Bila gua lebih
stabil, gua rasa gua akan akan lebih tenang dan senang untuk join semua
ni. Ok bro? Insha-Allah lah. "
Kita
tahu, kebanyakan daripada mereka ini, tidak sempat atau tidak dapat pon
memenuhi janji-janji yang mereka lakukan ke atas diri sendiri. Kita
sudah kenal benar, bahawa golongan sebegini lebih banyak memberikan
alasan daripada memasang impian. Dan kita faham benar, akhirnya mereka
ini sendiri yang akan lupa dengan kata-kata yang pernah keluar daripada
mulut mereka.
Bukan mahu menghakimi secara melulu. Bukan pula mahu menuduh semberono.
Tapi
ini hakikat dan realiti. Sebahagian daripada sunnatullah alam yang
sudah berjalan sejak ribuan tahun lamanya. Ia sentiasa menjadi ingatan
dan bekalan buat sang dai'e dalam menyantuni kepelbagaian masyarakat di
luar sana.
"By working faithfully eight hours a day, you may eventually get to be boss and work twelve hours a day," kata Inche Robert Frost.
(Terjemahan: "Dengan
bekerja lapan jam sehari penuh kesetiaan, anda mungkin dapat mejadi
Tuan Bos Besar suatu hari nanti, dan bekerja dua belas jam sehari pula.")
Selepas habis satu ijazah, akan diambilnya ijazah yang lain pula. Manusia tidak pernah puas.
Manusia
tidak akan mungkin dapat menjadi baik sepenuhnya. Tidak pula dapat
bersedia dengan sepenuhnya sebelum mengemban tugas-tugas tarbiyah dan
dakwah.
Dan manusia tidak mungkin akan dapat lari daripada komitmen dan tanggungjawab. Stabil? Perkataan bahasa Swahili kah itu
Pengalaman
saya sendiri cuba untuk menyantuni dan mendekati sahabat-sahabat yang
telah bekerjaya dan berumah tangga, aduh, pengalamannya amat jauh
berbeza. Sukar sekali mahu menuntut komitmen mereka ini. Payah sekali
mahu mengajar mereka memaknai erti sebuah pengorbanan. Pada
mereka, fokus mereka ketika ini adalah keluarga dan kerjaya. Menuntut
ilmu agama apatah lagi mahu menjual diri untuk dakwah, adalah yang
ketiga selepas keluarga dan kerjaya. Itu pon jika ada kuotanya.
Maka
kita bersyukur kepada Allah, kerana entah bagaimana, Dia telah memilih
kita untuk bersama-sama memikul amanah yang maha berat ini, sejak
awal-awal lagi. Meski kita tidak layak, walau kita ini marhaen, Dia
tetap mahu menjadikan kita sebahagian daripada jundiyynya, inshaAllah.
Arakian
sejak awal lagi, kita telah belajar erti pengorbanan. Sejak dahulu lagi
kita telah diajar untuk mempriotikan amalan dan tanggungjawab kita. Dan
sebelum kita dihambat dengan fitnah kerjaya dan keluarga, kita telah
terlebih dahulu ditarbiyah untuk mempersiapkan diri dengan sarana-sarana
yang sepatutnya untuk berhadapan dengan semua itu.
Kononnya lah.
Rupa-rupanya,
dalam tarbiyah dan dakwah ini, kita dijangkiti pula dengan virus yang
sama yang pernah menjangkiti sahabat-sahabat kita dahulu, dalam versinya
yang lebih canggih dan berbahaya.
Virus harapan demi harapan yang akhirnya bertukar menjadi angan-angan.
Angan-angan
mahu bernikah dengan akhawat yang qawiyy agar dapatlah aura
keqawiyyannya itu dapat dikongsi dengan kita. Tidak banyak, sedikit pon
jadilah!
Angan-angan
mahu berimamkan ikhwah Super Saiya peringkat ketujuh, yang bukan sahaja
bisa membimbing lima bulatan gembira, menjadi muwajjih dalam konferens
riang, malah merupakan seorang suami yang romantik dan penyayang!
Angan-angan mahu lebih aktif dan terkeluar semua (Baca: All-out) dalam tarbiyah dan dakwah selepas suatu tempoh masa yang hanya kita sahaja tahu sama ada fakta atau hikayat seri buana.
Angan-angan
mahu menghafaz satu Quran dan hadith sebanyak mana yang boleh, tapi
hanya selepas kita sudah berjaya menguruskan keluarga dan anak-anak
dengan baik dan selesa.
Angan-angan
mahu membaca dan menghadam sebanyak-banyaknya buku-buku dan
makalah-makalah fikrah selepas kita punya masa yang lebih apabila kita
bekerja sendiri.
Semuanya
angan-angan. Mengapa? Kerana jauh di sudut hati kita, meski pahit,
walau sakit, kita tahu ia tidak akan bertukar menjadi kenyataan.
Zaujah
yang dinikahi rupa-rupanya juga mengharapkan kita ini rajin bangun
qiam. Alih-alih, solat Subuh pon gajah jatuh tersembam!
Suami
yang dikahwini juga mengharapkan anda si isteri, dapat membimbingnya ke
jalan yang lurus. Akhirnya kedua-duanya terbimbing ke komplek
beli-belah setiap hujung minggu mencuci mata dan makan Churros.
Tempoh
masa yang kita harapkan untuk bersungguh-sungguh dalam tarbiyah dan
dakwah itu tidak kunjung-kunjung tiba, kerana kita sentiasa sibuk dan
penuh dengan komitmen-komitmen baru yang seolah-olahnya tidak
berpenghujung.
Kita
akhirnya punya masa untuk menghafaz al-Quran dan hadith, kerana
anak-anak sudah besar belaka dan keluarga juga sudah selesa bahagia.
Namun ketika itu, kita sudah nyanyuk, ingatan kita juga sudah berhabuk.
Dan
rupa-rupanya, selepas bekerja sendiri, kita menjadi lebih sibuk dari
Perdana Menteri Brazil yang sedang pening menguruskan Piala Dunia.
Jangankan bahan-bahan fikrah, al-Quran dan maathurat itu pon entah ke
mana.
Alahai.
Maka
berubahlah mulai sekarang. Sementara kita punya masa dan tenaga. Ketika
kita masih punya semangat yang membara dan optimisme yang menggila.
Begitulah.
Paksa diri untuk qiam setiap malam, agar ia menjadi tabiat yang tak mungkin padam.
Daripada Abu Barzah al-Islami r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Pada hari kiamat, kedua kaki seorang hamba tidak dapat bergerak, sehingga dia ditanya mengenai empat perkara. Tentang umurnya, untuk apa ia digunakan, masa mudanya, untuk apa ia habiskan, tentang hartanya, dari mana ia diperolehi dan ke mana ia membelanjakan, dan tentang apa saja di antara ilmunya yang telah ia amalkan."
[Hadith Riwayat at-Tirmidzi]
Begitulah.
Paksa diri untuk qiam setiap malam, agar ia menjadi tabiat yang tak mungkin padam.
Perbanyakkan tilawah dan tadabbur Quran setiap hari, agar ia sentiasa hidup di dalam hati.
Bawalah dua, tiga malah tujuh bulatan gembira, selagi mana kita punya masa dan tenaga untuk menambah saham-saham sorga kita.
Ambil
setiap peluang yang ada untuk mentarbiyah dan berdakwah, kerana boleh
jadi peluang-peluang itu tidak akan kunjung tiba sehingga ke sudah.
Biasakan
diri bermuhajadah dan bersusah-payah, agar apabila kita diuji nanti,
kita hanya kunyah kacang putih tanpa sebarang masalah.
Jangan
mengharapkan orang lain untuk berubah. Apatah lagi meletakkan harapan
segunung tinggi kepada orang lain untuk menjadikan kita yang biasa-biasa
ini menjadi luar biasa.
Allah
kurniakan akal dan hati, tangan dan kaki, sama kepada semua orang.
Berhentilah daripada menjadi Mat Jenin yang lebih banyak berangan-angan
daripada beramal dan melaksanakan, hingga angan-angannya itu memakan dan
membunuh diri.
Cukuplah. Cukuplah kita bermain-main dengan masa yang Allah beri kepada kita. Cukuplah kita membazirkan kelebihan dan kenikmatan yang Allah anugerahkan kepada kita. Cukuplah kita terus-menerus memberikan alasan untuk tengok dan lihat dahulu.
[Kredit] |
Cukuplah. Cukuplah kita bermain-main dengan masa yang Allah beri kepada kita. Cukuplah kita membazirkan kelebihan dan kenikmatan yang Allah anugerahkan kepada kita. Cukuplah kita terus-menerus memberikan alasan untuk tengok dan lihat dahulu.
Sudah tiba masanya untuk kita berubah.
Kerana perubahan itu bermula daripada anda. Hari ini. Sekarang.
Bukannya esok atau lusa. Nanti. Akan datang.
Senyum.
-gabbana-
Alhamdulillah, baharu sahaja tiba di Kuala Lumpur setelah tiga hari bermusafiran.
Urusan penghantaran buku IPJ yang disangkakan mudah dan lurus ke hadapan, rupa-rupanya jauh lebih rumit dan memeningkan kepala. Kasihan juga kepada pasukan penghantaran saya. Moga Allah berkati dan redha dengan usaha-usaha mereka!
Banyak yang telah saya pelajari hanya daripada urusan penghantaran buku sahaja. Saya lebih memaknai erti ukhuwwah, kesabaran, berlapang dada, disiplin, keefisienan dan banyak lagi. Benarlah tarbiyah itu ada di mana-mana. Senyum.
Urusan penghantaran buku IPJ yang disangkakan mudah dan lurus ke hadapan, rupa-rupanya jauh lebih rumit dan memeningkan kepala. Kasihan juga kepada pasukan penghantaran saya. Moga Allah berkati dan redha dengan usaha-usaha mereka!
Banyak yang telah saya pelajari hanya daripada urusan penghantaran buku sahaja. Saya lebih memaknai erti ukhuwwah, kesabaran, berlapang dada, disiplin, keefisienan dan banyak lagi. Benarlah tarbiyah itu ada di mana-mana. Senyum.
8 Caci Maki Puji Muji:
Sangat tersentuh hati ini,
sy ni dhbrada dlm dunia tarbiyah namun begitu sy ada saya penyakit dimana sy ini bekas pminat kpop.sy cuba utk tidak terlibat lagi ttpi sy tidak mampu melawan diri sy ni utk brhenti sepenuhnya. Sy ambil langkah kononnya stepbystep. Tp sy takut ke kancah yg lama.
sy harap inche gabbana boleh sentuh sedikit mngenai prkara sensitif bg pemuda malaysia kini,
iaitu mngenai meminati drama korea dan kpop ni.
terima kasih (kalau tidak keberatan)
Betul2.. Realiti.. Mase da kerje ni, sibok bukan main. Mmg rase sgt2 hati yg pernah ditampar Makcik hidayah suatu ketika dahulu da makin tumpul & karat2 jahiliyah muncul sedikit demi sedikit...={ kalo bukan diri kte sendiri yg jage hati sendiri utk istiqomah, sape lg? Kta yg perlu usaha dan cube usaha utk menyelam sambil minum air. Mmg mencabar sbb iman itu manis & syurga itu indah. Let us do our best, let Allah do the rest! =] in sha Allah..
IPJ ada jual kat mana?
"Cukuplah. Cukuplah kita bermain-main dengan masa yang Allah beri kepada kita. Cukuplah kita membazirkan kelebihan dan kenikmatan yang Allah anugerahkan kepada kita. Cukuplah kita terus-menerus memberikan alasan untuk tengok dan lihat dahulu."
deep.
jay zack kay kay for keep reminding us tentang tanggungjawab kita...
Jazakallah stabbed right to the center
of my heart
Selagi ada masa, selagi masih muda, selagi masih bertenaga ... !
Kerana, semakin besar, semakin banyak tanggungjawab & cabaran. :')
Jazakallah akhi atas peringatan.. in shaa allah cube tingkatkan amal fardhi.. :')
Alhamdulillah... saya juga amat memaknai erti berukhwah itu. :)
Jzkk IG!!
Mcm peluru berpandu!
Dahlah tgh final exam ACCA :V
Post a Comment