Ketika Itu
Embun pagi laju meluluh,
Ayam jantan kokok bersungguh.
Ketika itu,
Malaikat turun dari langit ketujuh,
Sang Bilal melaungkan azan Subuh,
Panggilan solat menghadap si Penyuruh.
Ketika itu,
Kita sedar ia wajib dipatuh,
Perlu bangkit jangan ditangguh,
Tiada alasan untuk ditaruh.
Ketika itu,
Kita pekakkan telinga berbaruh,
Dalam selimut kita memyuh,
Menyambung mimpi dengkur berkeruh.
Tatkala syahwat bergejolak sakan,
Marka di depan minta dilayan,
Nafsu muda wajib dilayan.
Ketika itu,
Suara hati kuat melawan,
Peluh dingin mengalir segan,
Makcik Hidayah melempang ligan,
Ketika itu,
Kita tahu ia suatu kemaksiatan,
Kita tahu ia dibenci Tuhan,
Semuanya termaktub dalam al-Quran.
Ketika itu,
Hati kita sengaja dibutakan,
Meski ia kuat jerit meroyan,
Kita patuh pada bisikan syaitan!
Sedang ummah nazak dan tenat,
Seharian dibelasah tak kenal penat,
Tangan menggapai minta diselamat.
Ketika itu,
Hati sebak tatkala melihat,
Air mata tumpah hujan ibarat,
Rasa geram penuh kesumat.
Ketika itu,
Kita tahu kita perlu berbuat,
Kita perlu bertindak cepat,
Sekarang! Sekarang! Tidak boleh lewat,
Ketika itu,
Kita mahu tunggu dan lihat,
Bermacam alasan kita sumbat,
Nak jadi suci macam malaikat!
Pabila maksiat di depan mata,
Trang tang tang kesangsian tiada,
Bercampur aduk dosa dan noda.
Ketika itu,
Tiada pegawai jabatan agama,
Mahu menengking menghayun cota,
Yang ada hanyalah kita dan dunia.
Ketika itu,
Kita tahu kita perlu segera,
Cegah dengan tangan berbuku lima,
Atau lidah bak pedang kesatria.
Ketika itu,
Kita kaku tidak berkata,
Hanya hati membenci mencerca,
Benarlah iman kita senipis cuma!
Tatkala kita dibangkitkan semula,
Bersemayam di barzakh sekian lama,
Menghadap Allah sudah tiba masanya.
Ketika itu,
Masing-masing dengan amalannya,
Tiada peduli anak atau saudara,
Nafsi-nafsi yang ada hanya.
Ketika itu,
Kita kelu seribu bahasa,
Menyesal kepalang tidak berpunya,
Melihat neraka di hadapan mata.
Ketika itu,
Kita hanya mampu berdoa,
Agar ada cebisan pahala,
Yang sudi menyelamatkan kita.
Kerana ketika itu,
Kita tahu,
Sewaktu di dunia dahulu,
Ketika berhadapan saat itu,
Ketika itu,
Ketika itu,
Kita biarkan ia berlalu...
-gabbana-
Alhamdulillah, buku IPj sudah mula sampai kepada tangan-tangan anda semua. Senyum lebar.
Namun masih ada yang belum menerimanya. Saya harap anda dapat bersabar sedikit sahaja lagi. InshaAllah pada kesabaran itu ada kenikmatan kan?
Moga ada manfaatnya!
5 Caci Maki Puji Muji:
Boleh tempah lagi ke buku IPJ tu?
Bolehhh. Boleh klik borang tempahan di sini:
https://docs.google.com/forms/d/1B7zN5iUFd2EjW7KD3QagWIOa1RGczZhgtMNLFh2Er0I/viewform
Oldebes! C:
Tempahan buku boleh dibuat sampai bila ye IG?
Terbaek.. sampai bergoyang kepala membacanya
Trima kasih h_h
Post a Comment