3 April 2014

Al-Sisi Untuk Dummies

[Kredit]

Pada mulanya saya ingin menamakan post ini sebagai 'Krisis Mesir Untuk Dummies 2.0' sebagai kesinambungan kepada post yang terdahulu dengan tajuk yang sama. 

Namun selepas memikirkan betapa teruknya keadaan Mesir hari ini, semuanya berpunca daripada rampasan kuasa yang diketuai oleh al-Sisi pada 3 Julai 2013 yang lalu, maka saya kira ada relevannya untuk saya memberikan tajuk post ini dengan 'al-Sisi Untuk Dummies' sebagai tanda protes dan kejelikan saya terhadap kekejaman rejim al-Sisi.

Benar, mustahillah pergolakan yang berlaku di Mesir kini adalah disebabkan oleh al-Sisi seorang sahaja. Malah kemungkinan besar al-Sisi hanyalah boneka kepada tangan-tangan Yahudi dan Amerika yang amat takut dan benci akan kemaraan dan kebangkitan kuasa Islam di Mesir, yang merupakan sebuah negara yang amat strategik kedudukannya, baik dari sudut ekonomi, politik serantau mahupon pertahanan.

Namun seperti Mustafa Kamal Attaturk, yang terus dilihat sebagai punca utama kepada kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah - meski dari sudut faktanya kejatuhan sistem khilafah pada tahun 1924 adalah disebabkan oleh kombinasi pelbagai faktor - al-Sisi sudah pon menempah tempat dalam lipatan sejarah ketamadunan manusia moden sebagai seorang politikus autokrat yang kejam, sanggup melakukan apa sahaja semata-mata untuk mencapai impian yang dicita. 

Maka ijinkan saya untuk berkongsikan siapakah sebenarnya al-Sisi ini dan secara tidak langsung, akan menceritakan juga keadaan dan situasi semasa di Mesir. Seperti biasa, format "...Untuk Dummies" akan digunakan, di mana kita akan mengenali al-Sisi ini menerusi beberapa unjuran fakta penting.

Sebagai diskelemer, tidak mungkinlah anda dapat mengenali al-Sisi dari luar dan dalam, sepertimana ibunya sendiri mengenalinya setelah usai membaca post ini. Namun sedikit-sebanyak dapatlah kita mengenali sosok al-Sisi yang sudah terlumur dengan darah umat Islam ini dan apakah faktor-faktor yang menjadikannya begitu zalim dan penuh kegilaan.

Baiklah. Sudahkah anda bersedia? 

Sila pasangkan tali pinggang keledar kerana risau mungkin ada yang akan jatuh kerusi beberapa kali. Wahai!

#Fakta 1: Siapakah al-Sisi?

Nama penuhnya seperti yang tertera dalam surat beranaknya adalah Abdul Fattah Sa'id Hussain Khalil al-Sisi. Beliau dilahirkan pada 19 November 1954 di Kaherah. 

Dia (maaf, saya rasa dia tak layak untuk guna beliau) mendapat latihan ketenteraan sejak awal lagi, apabila lulus daripada Akademi Ketenteraan Mesir pada tahun 1977. Sejak dari itu, dia mengambil pelbagai kursus dalam bidang ketenteraan, termasuklah ijazah sarjana dari Kolej Perang Tentera Amerika Syarikat pada tahun 2006. 

Hubungan rapatnya dengan Muhammad Hussein Tantawi, Ketua Panglima Angkatan Tentera Mesir melonjakkan dirinya pada posisi-posisi penting dalam Angkatan Tentera Mesir (ATM? Dah nampak dah permainannya di situ?) termasuklah menjadi Timbalan Ketua Bahagian Perisikan Tentera. 

Dia juga merupakan ahli termuda di dalam Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (SCAF) yang mengambil alih pentadbiran Mesir selepas kejatuhan Presiden Mubarak. Dia yang ditugaskan khas oleh Tantawi untuk menjalinkan hubungan belakang tabir dengan Ikhwanul Muslimin telah berjaya mengharumkan namanya dalam kalangan Ikhwan, dan ini terbukti apabila Presiden Mursi melantiknya sebagai Ketua Panglima Angkatan Tentera Mesir menggantikan Tantawi. Dia juga memegang jawatan Menteri Pertahanan dalam kerajaan Hisham Qandil.

[Sumber: Wikipedia dan BBC News]


#Fakta 2: Mengapa al-Sisi?

Keperibadian al-Sisi yang moderat sekiranya hendak dibandingkan dengan figur-figur tentera yang lain, ditambah pula dengan karakternya yang dikenali ramai sebagai seorang 'Muslim yang taat' menjadikan dirinya calon yang amat berpotensi untuk menggantikan Tantawi pada pandangan Presiden Mursi.

Al-Sisi yang dikenali suka menyelitkan ayat-ayat al-Quran di dalam percakapan hariannya, sering mempromosikan Islam ketika berhadapan dengan rakan-rakan dari Barat dan isterinya yang memakai hijab, menjadikan al-Sisi seorang rakan pakatan yang amat disenangi Ikhwan ketika itu. 

Namun selepas melakukan rampasan kuasa dan menghalalkan pembunuhan Ikhwan beramai-ramai selepas kejatuhan Presiden Mursi, terbukti yang al-Sisi hanyalah seekor musang berbulu ayam, musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan dan api dalam sekam! Hamek kau!

[Sumber: BBC News]


#Fakta 3: Konspirasi al-Sisi

Saya kira, penggulingan Presiden Mursi bukanlah suatu permainan kanak-kanak. Bukan juga rancangan yang al-Sisi seorang diri. Ia adalah rancangan rapi yang melibatkan ramai pihak dan tangan-tangan keji.

Yang pasti, keterlibatan al-Sisi di dalam konspirasi menjatuhkan Presiden Mursi semakin jelas apabila pihak tentera mengeluarkan ultimatum kepada kerajaan pimpinan Mursi, untuk memenuhi semua tuntutan puak Tamarrud (para penentang Mursi) sehingga 3 Julai 2013.

Presiden Mursi dengan tegas menolak ultimatum tersebut dan berazam untuk mempertahankan kedudukannya sebagai Presiden yang sah, hatta dengan nyawanya sendiri. Berikutan dengan keputusan Presiden Mursi itu, pihak tentera 'terpaksa' membuat rampasan kuasa dan melantik Adly Mansour sebagai Presiden boneka sementara. 

Tembelang al-Sisi pecah apabila dia dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan sementara Hazem Beblawi. Kebanyakan keputusan-keputusan penting yang dibuat oleh pihak kerajaan amat jelas dibuat di bawah telunjuk pihak tentera, membuktikan bahawa penggulingan Presiden Mursi adalah sebenarnya rampasa kuasa oleh pihak tentera.

[Sumber: Wikipedia dan Forbes]


#Fakta 4: Tangan-tangan Yahudi dan Barat

Sejak awal-awal lagi, terlalu jelas bahawa tangan-tangan Yahudi dan Barat memainkan peranan mereka dalam usaha-usaha menggulingkan Presiden Mursi.

Israel melihat pelantikan Adly Mansour sebagai peluang untuk Israel dan Mesir memperbaiki hubungan dua hala antara negara. Amerika Syarikat sehingga kini tidak mahu melabel atau mengesahkan bahawa tindakan al-Sisi menjatuhkan Presiden Mursi adalah sebenarnya suatu kudeta.

Jeneral Abdul Fatah al-Sisi bersama dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry. [Kredit]

Sempadan Rafah, yang dibuka oleh Presiden Mursi dan menjadi sumber kemasukan barangan keperluan harian untuk penduduk Palestin serta-merta ditutup apabila Presiden Mursi digulingkan. Hamas diisytihar sebagai pertubuhan pengganas dan mana-mana pemimpin Hamas yang berada di Mesir, boleh ditangkap dan dipenjarakan.

Anda beritahu saya, kegilaan apakah ini..??

Terbaru, pecah tembelang busuk al-Sisi apabila dilaporkan dia dan anjing-anjingnya menziarahi Presiden haram Benjamin Netanyahu di Israel untuk mendapatkan sokongan rejim Zionis itu terhadap pencalonannya sebagai Presiden Mesir yang baru. Benjamin Netanyahu telah berjanji untuk membiayai kempen al-Sisi dengan menyumbangkan wang haram sebanyak USD80 juta.

Inilah perjanjian syaitonirojim! 

[Sumber: Middle East Monitor, Al-Jazeera, Reuters dan The Telegraph]

 
#Fakta 5: Kekejaman al-Sisi

Pembunuhan beramai-ramai di Medan Raba'ah. Moga Allah mengurniakan syahid buat mereka yang terkorban. [Kredit]

Keraksasa-gorgonan al-Sisi bermula pada 8 Julai 2013, 5 hari selepas penggulingan Presiden Mursi apabila 50 orang dibunuh apabila berdemonstrasi secara aman di hadapan ibu pejabat Pengawal Republikan, Kaherah. Kemudian tidak kurang 80 orang lagi dibunuh dengan kejam oleh anjing-anjing al-Sisi pada 27 Julai di Masjid Rabia'h al-Adawiyah, juga di Kaherah. 

Kemuncak kepada kekejaman dan kerakusan al-Sisi berlaku pada 14 Ogos 2013, apabila ratusan malah ribuan nyawa (ada laporan yang menyatakan sehingga 2,200 nyawa!) yang tidak berdosa dibunuh oleh tentera-tentera al-Sisi di Medan Rabia'h al-Adawiyah. Mereka yang terbunuh adalah sebahagian daripada rakyat yang turun untuk membantah kudeta al-Sisi. Namun pihak tentera menghalalkan darah mereka ini dengan dakwaaan mengganggu-gugat kestabilan dan keamanan Mesir.

Simbol raba'ah (Empat jari) segera menjadi popular di seluruh dunia, sebagai tanda sokongan masyarakat dunia kepada Ikhwan dan juga bantahan terhadap kekejaman al-Sisi di dalam peristiwa di Masjid Rabia'h al-Adawiyah itu. Hatta Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan turut mempamerkan simbol raba'ah itu sebagai tanda solidaritinya dengan rakyat Mesir. 

Sehingga kini, ribuan nyawa sudah menjadi mangsa kepada kerakusan al-Sisi dan anjing-anjingnya. Ribuan lagi yang ditangkap dan disumbat masuk ke dalam penjara tanpa sebab-musabab yang munasarawak, termasuklah 21 pelajar perempuan yang menyertai apa yang dikenali sebagai 'Pergerakan jam 7 pagi'

Terbaru, pelajar-pelajar Universiti Al-Azhar dikepung, diserang dan dibunuh hanya kerana mereka melakukan demonstrasi sebagai sokongan terhadap Presiden Mursi.

[Sumber: Al-Jazeera, Huffington Post, France 24 dan Ahram Online]  

 
#Fakta 6: Dunia Yang Bisu dan Tuli

Seperti biasa, dunia bukan sekadar menutup sebelah mata, malah kedua-dua belah mata dan telinga sekaligus terhadap apa yang berlaku di Mesir. 

Penggulingan Presiden Mursi hampir setahun yang lalu jelas merupakan pencabulan terhadap sistem demokrasi sepertimana yang dicanang-canangkan oleh pihak Barat. Malangnya, demokrasi yang mereka perjuangkan hanya sesuai apabila ia menyebelahi mereka. Apabila jelas trang tang tang parti Islam menang melalui jalan demokrasi, mereka cepat melatah dan menggelabah. Tangan-tangan jahat segera bekerja, untuk mengatur dan melaksakan pelan keji dan jijik untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin Islam ini. Presiden Mursi adalah bukti kepada hipokrasi Barat. 

Democracy only works in the West.

Namun tidak semua masyarakat di Barat yang bersikap berdiam diri dan tidak peduli. Ramai antara mereka yang turut mengakui bahawa demokrasi telah dikhianati di Mesir. Ramai juga yang mengkritik kerajaan mereka sendiri kerana gagal bertindak atas apa yang berlaku pada Presiden Mursi dan Ikhwanul Muslimin. 

Sudah banyak demonstrasi diadakan di seluruh dunia termasuk di Malaysia, bagi menyatakan bantahan demi bantahan dan kutukan demi kutukan terhadap penggulingan Presiden Mursi dan kekejaman rejim al-Sisi. Namun sehingga kini, rakyat Mesir terus menderita dan terseksa di bawah pemerintahan kuku besi al-Sisi dan konco-konconya.

Itulah kita. Hanya mampu mengutuk. Adeh.

[Sumber: Financial Times dan The Telegraph]


#Fakta 7: Al-Sisi Yang Tamak Kuasa

Pada mulanya, (kononnya) al-Sisi menyatakan bahawa dia tidak berminat untuk bertanding bagi jawatan Presiden Mesir. Kononnya lagi, tindakan dia menggulingkan Presiden Mursi adalah untuk kepentingan dan kemaslahatan rakyat Mesir.

Puiii.

Satu-persatu agenda al-Sisi terbongkar dengan busuknya. Iyalah, belacan tu kalau dah busuk, tutuplah dengan apa pon, baunya tetap menyengat hidung juga kan? Eh.

Al-Sisi adalah seorang yang amat licik dan bijak orangnya. Apabila Presiden Mursi melantiknya sebagai Ketua Panglima Angkatan Tentera Mesir, Jabatan Hal-Ehwal Moral (Baca: Morale Affair Department. Peluh kecil.) menghasilkan sebuah dokumentari yang memaparkan kealiman al-Sisi. Alim-alim kucheng mungkin?

Selepas Presiden Mursi digulingkan, media pro-kerajaan kudeta terus menerus menerus mengipas punggung al-Sisi dengan menggambarkan dia sebagai seorang penyelamat dan harapan bangsa Mesir. Budaya kultus terhadap al-Sisi dirancakkan lagi dengan memaparkan wajahnya di merata-rata tempat - telebisen, surat khabar, papan tanda malah ole-ole untuk pelancong - bagi mengukuhkan lagi pengaruh al-Sisi. 

Antara propaganda al-Sisi adalah dengan menyamakan dirinya dengan Jamal Abdul Nassir. [Kredit]

Sebuah kempen yang digelar 'Kamil Gemilak' diwujudkan untuk 'memujuk' al-Sisi bertanding bagi jawatan Presiden. Malah pada 26 Januari 2014, mereka mengadakan kenyataan akhbar secara besar-besar di Stadium Kaherah untuk mendesak al-Sisi menimbangkan permintaan mereka itu.

Akhirnya, pada 26 Mac 2014 yang lepas, al-Sisi secara rasminya meletakkan jawatannya sebagai Ketua Panglima Angkatan Tentera Mesir dan Menteri Pertahanan dan mengumumkan bahawa dia akan bertanding bagi merebut jawatan Presiden Mesir yang baharu. Agak khalakar juga apabila al-Sisi mendakwa beberapa kali dia mendapat mimpi/bayangan (Baca: Vision) yang sememangnya dia sudah ditakdirkan untuk menjadi Presiden Mesir. 

Khurafat sungguh. Itulah, dahulu semasa daurah Usul 20, hang pi bantai tidoq! Eh.

Anda hairan? Tidak perlu.

[Sumber: Wikipedia, BBC News dan Middle East Monitor]

 
#Fakta 8: #EG529

Pada 24 Mac 2014, umat Islam seluruh dunia diserang histeria secara berjemaah apabila suatu kegilaan yang maha dahsyat telah menimpa Mesir; seramai 529 penyokong Presiden Mersi dihukum mati oleh mahkamah di Minya untuk suatu tuduhan yang tidak mungkin dapat diotakkan oleh sesiapa pon.

Hukuman dijatuhkan oleh si hakim hanya selepas dua hari dibicarakan. DUA HARI untuk buat keputusan hukuman mati untuk 529 orang...?!! Gila bak hang!

Para peguam bela kepada semua tertuduh mendakwa mereka langsung tidak diberi peluang untuk membela dan membuat hujahan balas terhadap pertuduhan yang dibuat.

Meskipon semua tertuduh masih punya peluang untuk membuat rayuan di Mahkamah Tinggi, keputusan mahkamah Minya itu merupakan suatu penghinaan besar bukan sekadar kepada sistem penghakiman di Mesir, malah seluruh dunia. Lebih memalukan apabila rejim kerajaan kudeta mempertahankan tindakan mahkamah dan mendakwa bahawa hukuman itu dijatuhkan hanya selepas kajian yang terperinci dilakukan.

Ppppffftttt??

[Sumber: Al-Jazeera, BBC News dan The Guardian]

 
#Fakta 9: Kesilapan Ikhwan

Kepercayaan Ikhwan kepada al-Sisi akhirnya memakan diri. Musuh dalam selimut boh! [Kredit]

Sekiranya saya boleh berikan sedikit pandangan saya tentang krisis yang berlaku sekarang ini, meskipon marhaen dan mungkin tiada nilainya.

Ya benar, umum mengetahui memang ada makar-makar jahat yang merancang untuk menjatuhkan Presiden Mursi dan menghapuskan pengaruh Ikhwanul Muslimin di Mesir secara total. Hal ini tidak dapat diragui lagi.

Namun di pihak Ikhwanul Muslimin sendiri, kepercayaan besar yang mereka letakkan kepada al-Sisi terutamanya telah memakan diri mereka sendiri, waima tanda-tanda dan simptom-simptom jelas yang menunjukkan ke arah pengkhianatan al-Sisi sudah ada sejak lama lagi. 

Al-Sisi adalah anak didik Jeneral Muhammad Farid al-Tohamy, seorang penyokong tegar kepada Tantawi dan Mubarak. Jeneral Tohamy pernah mengepalai badan pencegah rasuah tertinggi di Mesir, yang bertanggungjawab sepenuhnya menutup salah-laku dan korupsi yang bermaharajalela dalam Angkatan Tentera Mesir. 

Sebaik sahaja Presiden Mursi digulingkan, al-Sisi melantik Jeneral Tohamy untuk mengetuai Perkhidmatan Perisikan Awam Mesir, yang bertanggungjawab memburu Ikhwan dan membunuh mereka yang turun berdemonstrasi bagi menyatakan sokongan terhadap Presiden Mursi. 

Pengalaman Ikhwan sejak zaman Jamal Abdul Nassir sewajarnya menjadikan mereka lebih berhati-hati dan matang dalam berurusan dengan pihak tentera, yang sememangnya sudah punya sejarah yang cukup hitam dalam upacara rampas-merampas kuasa. Kepercayaan dan keyakinan mereka terhadap al-Sisi jelas merupakan tindakan fatal yang kini menghantui mereka.

Ikhwanul Muslimin juga dilihat sedikit gopoh dan terburu-buru dalam merangka perlembagaan baru buat Mesir. Meski lebih 61% rakyat yang menyokong perlembagaan baru itu menerusi referendum yang dibuat, ia dilihat sebagai mencabar status quo dan legasi yang ditinggalkan oleh rejim Mubarak sebelum itu. Akibatnya, semakin berkobar-kobarlah semangat dan tekad musuh-musuh mereka untuk melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan dan menghapuskan mereka dari bumi Mesir.

Namun saya yakin, apa yang terjadi pada Ikhwan di Mesir hanyalah gerhana, bukannya terbenam matahari. Mehnah dan tribulasi yang mereka lalui kini adalah pengalaman-pengalaman yang sangat-sangat berharga, yang pastinya akan menguatkan lagi mereka di masa hadapan, biidznillah. 

[Sumber: BBC News]

 
#Fakta 10: Masa Hadapan Mesir

Masa hadapan Mesir buat masa ini nampak suram dan kelam. Tindakan-tindakan al-Sisi dan rejim kudeta sebelum ini menguatkan lagi kesangsian bahawa legasi Mubarak akan dikembalikan semula. 

Mesir selepas Mursi digulingkan dan al-Sisi naik tidak bertambah baik, malah dalam hampir semua aspek - ekonomi, pertahanan, kebajikan masyarakat, keselamatan awam, infrastruktur asas, kebebaban bersuara dan lain-lain lagi - menjadi semakin buruk dan teruk. 

Pengangguran meningkat sehingga 13.2%, kadar kemiskinan melonjak dari 14% semasa pemerintahan Mursi kepada 17%, kerajaan gagal menepati janji untuk membayar gaji minimum kepada 6 juta pekerja, defisit sumber tenaga sehingga 30% sehingga terpaksa mengimport tenaga dari Israel, pelancongan merudum dengan mendadak dan dijangkakan Mesir akan menanggung defisit sehingga 15% daripada keluaran kasar dalam negara (Baca: Gross Domestic Product). Terbaru, pasaran saham Mesir mengalami kerugian sebanyak 33 bilion dolar Mesir dalam masa tiga hari sahaja! 

Hal ini sudah tentunya ibarat membaling najis kepada muka geng-geng tamarud, yang dahulunya bersungguh-sungguh mahu Presiden Mursi meletakan jawatan atas dakwaan beliau gagal memulihkan keadaan Mesir selepas hampir setahun memerintah. 

Bunyinya seperti kasar, namun saya seperti mahu membuat muka keji dan menjerit sekuat hati, "PADAAANLAH DENGAN MUKA HAMPAAAAA OYYY!!!"

Fuh.  

[Sumber: Bisnis.com dan Middle East Monitor]


Analisa dan Kesimpulan

Ehem. Betulkan kolar. 

Melihatkan keadaan Mesir marcapada ini, hanya keajaiban sahaja yang boleh mengembalikan Ikhwanul Muslimin pada kedudukan mereka pasca revolusi musim bunga yang lalu. Sembang-sembang pagi saya dengan seorang sahabat beragama Islam berkerakyatan British beberapa hari yang lalu, dia juga berpendapat bahawa buat masa ini, riwayat Ikhwanul Muslimin sebagai pergerakan massa atas tanah telah menemukan ajalnya. Sekurang-kurangnya untuk lima ke sepuluh tahun akan datang.

Pihak tentera akan melakukan apa sahaja bagi memastikan revolusi yang menjatuhkan Mubarak tidak berulang lagi. Musuh-musuh Islam, baik dalam atau luar Mesir juga akan berusaha sesungguhnya bagi memastikan kejayaan parti Islam seperti al-Hurriyah wal 'Adalah (Baca: FJP; sayap politik Ikhwan) tidak akan berlaku lagi. 

Justeru, hampir mustahil untuk Ikhwanul Muslimin bergerak aktif seperti dahulu. Malah saya kira, nasib mereka di era Mubarak adalah jauh lebih baik dari sekarang ini di bawah rejim zalim al-Sisi. 

Namun begitu, Ikhwanul Muslimin bukanlah sebuah pergerakan yang baharu ditubuhkan semalam. Sejak zaman Jamal Abdul Nassir lagi, mereka sememangnya telah dilatih dan terlatih untuk bergerak secara bawah tanah. Kini nampaknya mereka terpaksa kembali semula ke bawah tanah, bagi memastikan fikrah Islam yang mereka perjuangkan akan terus hidup dan subur. 

Kita juga yakin, apa yang berlaku pada Ikhwan sekarang ini hanyalah satu fasa yang terpaksa mereka lalui, demi membersihkan saf-saf mereka dan menguatkan lagi binaan-binaan yang telah mereka usahakan selama ini. Saya amat yakin, Ikhwan akan bangkit semula, bertambah kuat dan matang selepas ini.

Usaha-usaha menghapuskan pengaruh Ikhwan baik oleh al-Sisi dan anjing-anjingnya mahupon tangan-tangan berkudis dan busuk dari luar hanya membuktikan satu perkara; betapa perjuangan yang dibawa oleh Ikhwan adalah tiada yang benar melainkan benar belaka. Musuh-musuh Islam ketar lutut dan berpeluh sejuk, tidak dapat tidur malam memikirkan Ikhwan akan berjaya membangunkan Mesir sebagai sebuah negara Islam yang gemilang dan digeruni ramai. Dalam tempoh setahun sahaja Presiden Mursi memerintah, telah begitu banyak pencapaian dan kejayaan yang dikecapi. Bayangkan sekiranya Ikhwan diberi peluang untuk memerintah Mesir untuk lima tahun lagi? Sepuluh tahun lagi? Dua puluh tahun lagi..?? Perrgghh.

Itulah yang amat ditakutkan dan dibenci oleh musuh-musuh Islam.

Ikhwah akhawat di Mesir sudah pon melalui ujian yang cukup menggoncang jiwa dan mereka kekal tabah dan tsabat. Kita bagaimana andai diuji nanti..? Nanges. [Kredit]

Pengalaman yang dialami Ikhwan sekarang ini juga menjadi pengajaran yang amat-amat berharga buat pertubuhan atau pergerakan haraki Islam di seluruh dunia. Mereka menjadi penanda aras dan kes studi untuk semua agar kita tidak jatuh ke dalam lubang busuk yang sama buat kedua kali. Selain pencapaian memberansangkan AKP di Turki, FJP di Mesir juga tidak gagal, cuma belum lagi. Belum lagi.

Ya, mungkin Ikhwan tidak berjaya menegakkan semula khilafah Islamiyyah di Mesir sekarang ini. Namun saya yakin dan percaya, menerusi tangan-tangan mereka jugalah, Islam akan tertegak semula, bukan sahaja di Mesir, malah seluruh dunia.

Bukan sekarang. Bukan sekarang. Tetapi tidak lama lagi. Tidak lama lagi!

"Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, tetapi Allah tetap menyempurnakan cahayaNya meskipon orang-orang kafir membencinya."
[as-Saff, 61:8]

Bukan al-Sisi yang kita takutkan. Bukan al-Sisi yang kita benci dan mahu perangi. Bukan al-Sisi yang kita mahu hapuskan.

Al-Sisi yang ini mati, akan muncul lagi al-Sisi al-Sisi yang lainnya. Al-Sisi hanyalah si penerus legasi jahiliyyah Jamal Abdul Nassir, Anwar Saddat dan Mubarak. Al-Sisi hanyalah boneka kepada taghut dan syaitonirojim yang jauh lebih berkuasa, jauh lebih mengerikan.

Jahiliyyah itulah yang mahu kita hancurkan. Taghut itulah yang mahu kita padamkan. Sehingga itu, kita tidak mungkin akan dapat mengecapi manis dan lazatnya erti kemenangan.

Teruskan berdoa untuk Mesir dan Ikhwan di sana. Teruskan berdoa dan lakukan apa sahaja yang kita mampu untuk bersama-sama mereka menegakkan semula Islam di muka bumi ini. Kembalilah kepada yang perkara-perkara asas, kerana itulah yang mereka mahukan. Bina jiwa-jiwa manusia di luar sana sehinggalah mereka juga sedar akan tanggungjawab untuk menyelamatkan ummah ini. Itulah asas perjuangan mereka. 

Kitalah yang akan meneruskan perjuangan mereka. Ikhwan tidak kekal. Tetapi Islam dan perjuangan menegakkannya akan terus kekal buat selamanya.

Percayalah, kerana harapan itu kekal hidup dan masih ada.

Senyum.

-gabbana- 

Baca 'Krisis Mesir Untuk Dummies' andai anda masih baru (Baca: Noob. Eheh) dengan isu ini. 

Ikuti perkembangan-perkembangan terbaru di Mesir di Mesir Kini

Teruskan menembak doa buat seluruh umat Islam di dunia yang tidak senasib baik seperti kita di sini. Jangan angkuh dan sombong, menyangkakan kemewahan dan keamanan yang kita nikmati sekarang ini akan kekal buat selamanya. 

Hari ini mungkin hari kita. Tapi bagaimana pula dengan hari esoknya...?

Nanges. 

10 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 04/04/2014, 02:43  

Salam I.G mohon bt post penerabgan apa itu Al-Qaeda.. gua noob...

MindaMurobbi 04/04/2014, 09:52  

Mabrook....suatu analisis yg mantop dan mampu memecah persoalan di minda.

Nurul 05/04/2014, 19:29  

Salam. Youve succeed to create a clearer view about this issue.Jazakillah kheir.

Cuma dalam perenggan Fakta #10, anta tulis mcm ni kan

"Mesir selepas Mursi tidak bertambah baik, malah dalam hampir semua aspek - ekonomi, pertahanan, kebajikan masyarakat, keselamatan awam, infrastruktur asas, kebebaban bersuara dan lain-lain lagi - menjadi semakin buruk dan teruk. "

mungkinkah Mesir selepas Mursi digulingkan yang dimaksudkan ? cuma takut ada tersalah faham as ini Mesir lepas Mursi naik. Hm

Syukran.

Anonymous 06/04/2014, 16:15  

IG, kurangkan emosi maybe? Huhu.
Btw best, mmg meng clear kan ape yg perlu di clearkn psl mesir n sisi ni. Thumbs up

Anonymous 06/04/2014, 17:01  

Inche gabbana harap dapat doakan kami pelajar2 perubatan yg tengah duduki peperiksaan akhir ijazah sarjana muda perubatan :)

Anonymous 09/04/2014, 15:13  

Tentang Dr Ali Jumuah

Anonymous 11/04/2014, 04:00  

THIS IS VERY VERY GOOD!

Anonymous 27/04/2014, 07:14  

Ohsem...

Anonymous 11/05/2014, 20:01  

Barakallah

Salman 27/05/2016, 02:03  

Saya mempunyai pandangan yang berbeza...

https://salmanbrahman.blogspot.my/2013/08/al-sisi-adalah-pemimpin-yang-sah.html?m=1

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP