Agama Ini Bukan Untuk Orang Baik-Baik Sahaja
[Kredit] |
Sejak belog ini mula dihasilkan sekitar tahun 2008, telah banyak perubahan dan trasnformasi yang berlaku. Alhamdulillah, perubahan terbesar yang telah menimpa belog ini adalah halatuju dan tema penulisannya. Kini ia jauh lebih kool dan bergaya.
Buat-buat batuk. Pandang kiri, pandang kanan.
Err maksud saya, kini penulisannya tidak boleh lari daripada berbicara tentang isu-isu tarbiyah dan dakwah. Saya cuba dengan sebaiknya untuk mengaitkan setiap penulisan saya dengan Islam, kerana sememangnya ad-deen inilah yang sewajarnya mencorakkan kehidupan kita sehari-hari.
Alhamdulillah, segala puji-pujian selayaknya untuk Allah semata kerana telah mengurniakan saya dengan nikmat yang meluhur dan membersihkan ini.
Namun ada satu kegusaran dan kerisauan yang tidak dapat saya hilangkan sejak dahulu; siapa dan jenis apa orang yang membaca belog saya ini.
Oh sila jangan salah faham dan berburuk sangka. Ijinkan saya untuk menjelaskannya terlebih dahulu.
Saya tahu dan yakin, ramai ikhwah dan akhawat di luar sana yang membaca belog ini. Err bukan mahu bajet dan perasaan, namun taburan pembaca belog ini bersesuaianlah dengan tema dan pembawaannya. Saya juga tahu, ramai juga yang di luar bulatan pengaruh (Baca: Circle of influence) ikhwah dan akhawat yang membaca belog ini, termasuklah rakan sekerja Puan Mama. Aduhai.
Alhamdulillah, sekali lagi, segala puji-pujian hanya berhak untukNya dan untukNya sahaja.
Namun kebanyakan daripada mereka ini adalah dalam kalangan mereka yang sudah baik. Maksud saya, jenis yang memang sukakan kebaikan dan sentiasa mencari-cari peluang untuk berbuat baik. Arakian sudah tentu belog ini kena dengan selera dan minat mereka, biidznillah.
Nah, inilah kerisauan saya. Bagaimana dengan golongan 'nakal' dan err, tidak berapa baik di luar sana? Adakah mereka membaca belog saya ini? Adakah mesej-mesej tarbiyah dan dakwah yang ingin saya kongsikan sampai kepada mereka ini?
Kemungkinan besar tidak. Kerana mereka tidak pernah mendengar dan tidak peduli pon tentang belog ini, apatah lagi membacanya.
Dan boleh jadi, mereka langsung tidak berminat untuk membaca tulisan-tulisan saya adalah kerana mereka tidak percaya kepada apa yang ingin saya sampaikan. Gelombang pemikiran dan cara fikir mereka jauh berbeda sekali dengan mesej-mesej yang ingin saya sampaikan kepada umat manusia.
Nanti dahulu. Sabar dahulu. Saya tidak menghukum sesiapa. Saya tidak menyalahkan sesiapa.
Analoginya begini. Pernahkah anda terfikir, sangat pelik bukan jika seorang pendakwah Islam yang ingin menyampaikan Islam kepada mereka yang belum lagi Islam (sama ada menganuti agama yang berbeza atau langsung tidak percaya kepada agama) menggunakan dalil-dalil dan hujah daripada al-Quran dan hadith? Kerana dalam tempat pertama, mereka tidak percaya dan yakin dengan Islam pon!
Kurang lebih begitulah.
Saya sangat khuatir saya terjebak dalam sindrom dai'e yang syok sendiri. Berdakwah pada mereka yang sudah baik dan soleh pon. Hanya tinggal menunjukkan tariq amal dan fiqh dakwah di samping menaikkan hamasah. Kemudian rasa a sense of accomplishment, seolah-olahnya saya telah berbuat sesuatu yang cukup besar dan bermakna. Lantas mengambil selfie dengan muka penuh kebanggaan dan keterujaan. Ok sila abaikan itu.
Walhal umat di luar sana sedang sakit tenat. Jumlah anak remaja yang berzina semakin bertambah setiap hari. Jumlah mereka yang murtad tidak berkurang. Rasuah dalam kalangan umat Islam sudah tidak dapat dibendung lagi. Kecurangan dan kemungkaran berlaku di mana-mana. Jahiliyyah dan taghut bermaharajalela.
Dan apa yang telah kita lakukan?
Sibok bertelagah tentang kalimah Allah. Rancak bergaduh sama ada boleh ucap RIP atau tidak pada Karpal Singh mati. Asyik memwahabikan orang ini dan mensalafikan orang itu. Berjela-jela forum berbincang tentang kaedah berwudhu' yang paling tepat dan cara angkat takbir yang paling dekat dengan sunnah Nabi SAW.
Kita lupa, agama ini bukan untuk orang yang baik-baik sahaja. Tetapi agama ini juga untuk orang yang kurang dan tidak baik. Agama ini untuk kedua-dua orang miskin dan kaya. Agama ini sesuai baik untuk yang tua atau yang muda. Agama ini untuk semua; tiada siapa yang dikecualikan daripada faedah dan manfaatnya.
Malangnya sikap kita yang terlalu jumud dan sempit dalam melihat agama ini, menjadikan semakin ramai orang yang lari menjauhinya. Sikap kita yang terburu-buru menghukum dan melabel mereka yang kononnya tidak sepandai dan sefaham kita ini menjadikan mereka fobia dan trauma dengan golongan agama. Akhlak kita yang telah tersasar jauh daripada akhlak seorang dai'e ilallah yang sebenar, telah membawa fitnah besar kepada agama kita yang terchenta ini.
Potong bawang seguni.
Saya amat terkesan dengan tulisan Syaikh Yasir Qadhi tentang isu salafi baru-baru ini. Meski teguran dan kritikannya khusus untuk mereka yang ekstrem dalam salafi, namun saya kira, ia masih boleh digunapakai dalam konteks para dua't pada hari ini. Katanya:
"The challenges facing the Ummah are no longer about the misinterpretation of Allāh's Names and Attributes or the validity of celebrating the mawlid. No doubt, some people, at some level, do need to discuss the reality of the mawlid, and the Attributes of Allāh and other aspects of faith. But these are not the problems of our time, nor do they present major challenges to the faith of our young men and women."
(Terjemahan: Cabaran yang dihadapi ummah di masa kini bulan lagi berkaitan dengan salah faham tentang kalimah Allah atau keabsahan menyambut Maulid. Tidak dinafikan, ada segelintir pihak, pada tahap tertentu, perlu berbincang tentang realiti Maulid, sifat-sifat Allah dan lain-lain aspek dalam agama. Namun hal ini bukanlah masalah-masalah di masa kini, dan bukan juga cabaran utama kepada keimanan anak-anak muda kita.)
Katanya lagi:
"But the vast majority of our youth couldn't care less about such abstract non-tangible theoretical discussions. They are struggling to retain faith in their religion, problematizing Darwinism and secularism and post-modernism and humanism and liberalism and a thousand other 'isms', while Salafīs (and Deobandis, and Ashʿarīs, and Sufīs) still debate in their circles matters that only concern the 0.1 %."
(Terjemahan: Namun sebahagian besar daripada anak-anak muda kita tidak peduli tentang perbincangan teori yang abstrak dan tidak mengesankan ini. Mereka bertarung untuk mengekalkan kepercayaan mereka dalam agama ini, terpaksa berhadapan dengan Darwinisme dan sekularisme dan pasca-modernisme dan humanisme dan liberalisme dan entah pelbagai lagi 'isme-isme' yang lainnya, sedangkan golongan Salafi (dan Deobandi dan Ashaari dan Sufi) masih berdebat dalam kalangan mereka tentang perkara-perkara yang hanya melibatkan 0.1% (daripada masalah umat yang ada).)
(Tulisan penuh Syaikh Yasir Qadhi boleh dibaca di sini.)
Aduh! Terasa macam kena lempang berapi!
Fenomena MukaBuku, Pengicau, Instagram dan segala tok nenek aplikasi alam maya yang seangkatan dengannya, telah menjadikan apa yang sedia ada bertambah buruk. Berkicau status agama itu sudah dikira sebagai suatu pencapaian dakwah yang besar. Mendapatkan dalil dari Syaikh Wiki dan Ostad Gugel itu sudah dilihat sebagai usaha gigih menuntut ilmu. Berbahas dan berdiskusi di MukaBuku itu sudah diiktiraf sebagai suatu pertemuan intelek yang menyegarkan dan menghidupkan.

Bakaaarr! Bakaarr sampai hanguussss! [Kredit] |
Fenomena MukaBuku, Pengicau, Instagram dan segala tok nenek aplikasi alam maya yang seangkatan dengannya, telah menjadikan apa yang sedia ada bertambah buruk. Berkicau status agama itu sudah dikira sebagai suatu pencapaian dakwah yang besar. Mendapatkan dalil dari Syaikh Wiki dan Ostad Gugel itu sudah dilihat sebagai usaha gigih menuntut ilmu. Berbahas dan berdiskusi di MukaBuku itu sudah diiktiraf sebagai suatu pertemuan intelek yang menyegarkan dan menghidupkan.
Alahai.
Walhal manusia itu fitrahnya memerlukan sentuhan; sentuhan rabbani pada hati-hati yang dahagakan perhatian. Sentuhan al-haq pada jiwa-jiwa yang mendambakan kebenaran. Sentuhan kasih-sayang pada sukma yang sudah kontang kekeringan.
Tidak cukup dengar sekadar memberitahu di MukaBuku. Tidak cukup dengan setakat poke dan like. Tidak cukup dengan membuat vlog atau video-video kesedaran TiubAnda. Tidak cukup dengan hanya menulis di belog-belog marhaen seperti APG ini. Adeh.
Bukan, bukan untuk merendah-rendahkan amal sesiapa. Bukan mahu mendhaifkan mana-mana sumbangan atau kerja-kerja kebajikan. Bukan.
Tapi saya merasakan, manusia seperti saya ini, bisa sahaja melakukan lebih lagi. Terlebih mampu untuk keluar ke luar sana dan menyentuh lebih ramai hati-hati dan jiwa-jiwa yang memerlukannya. Punya cukup kekuatan dan kemampuan untuk menyantuni bukan sahaja manusia-manusia yang sejak dalam kandungan sudah pandai membaca Quran dan menghafal hadith, tapi juga mereka yang sering dipinggirkan oleh golongan agamawan ini.
Pendek kata, saya belum benar-benar beramal dan bekerja.
Pendek kata, saya belum benar-benar beramal dan bekerja.
"Katakanlah, 'Apakah perlu Kami beritahukan kepada kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya? (Iaitu) orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya."
[al-Kahfi, 18:103-104]
Nanges laju-laju.
Saya begitu terkesan apabila seorang al-akh berkongsi, bagaimana begitu sukar mahu menyantuni seorang mad'unya yang pernah beberapa kali terjebak dengan zina. Dia tidak bisa menggunakan ayat-ayat al-Quran untuk mendekatinya; sebaliknya dia terpaksa menggunakan hujah-hujah logik dan akal. Sangat berbeza keadaannya dengan menDF dan mendekati hadek-hadek comel berlari riang bersama-sama arnab gemok di tengah-tengah rimbunan bunga tulip dan dafodil. Eh.
Sukar. Menggaru kepala. Dan mengalirkan peluh besar.
Namun kalau bukan kita yang mahu menyentuh hati-hati mereka ini, siapa lagi? Jika bukan kita yang mahu membimbing dan menuntun tangan mereka, menyelamatkan mereka dari jurang api neraka, siapa lagi? Kalau bukan kita yang mahu mendidik jiwa-jiwa mereka menjadi hamba, bebas daripada belenggu syaitonirojim yang mencengkam, siapa lagi?
Kitalah yang sepatutnya berkongsikan poin-poin menarik ceramah Ostad Azhar Idrus dengan mereka.
Kitalah yang sepatutnya duduk-duduk dan mendengar segala luahan isi hati mereka.
Kita yang sepatutnya mengajak mereka ini ke masjid dan majlis-majlis ilmu yang ada.
Kitalah yang sepatutnya menDF mereka ini dengan penuh sabar, tekun dan istiqamah, sehingga mereka mahu berbulatan gembira.
Dan kitalah yang sepatutnya berkongsikan pautan-pautan artikel Angel Pakai Gucci dengan mereka ini dan membelikan mereka barang senaskah dua buku 'Ikhwah Pakai Jeans: Kerana Akhirnya Ikhwah Itu Seorang Lelaki' untuk mereka.
Ehemmm. Batuk berdarah.
Kerana jika bukan kita, siapa lagi?
Cukuplah. Cukuplah kita larut dalam keasyikan kita berqasidah dan berzikrullah sehingga kita lupa pada kesakitan umat di luar sana.
Sudahlah. Sudahlah kita dengan ukhuwwah fillah abadan abadaa bercipiki cipika sehingga kita lalai pada maksiat yang raksasa di luar sana.
Dan hentikanlah. Hentikanlah keterujaan dan keseronokan kita mahu membina al-Baitul Muslim sehingga kita langsung terleka memikirkan dan bekerja untuk masalah-masalah lain yang lebih utama.
Ketahuilah, agama ini untuk semua. Bukan hanya untuk kita yang konon-kononnya baik ini.
Jangan sampai kita dipersoalkan di akhirat nanti, mengeksklusifkan agama ini sehingga ramai manusia di luar sana yang teraniaya.
Moga Allah ampunkan dosa-dosa kita semua.
-gabbana-
Seperti biasa, sentapan seratus lapan puluh lapan darjah untuk diri saya dahulu sebelum menyentap anda semua. Adeh.
Doakan urusan saya membuat pemeriksaan akhir untuk buku 'Ikhwah Pakai Jeans' berjalan lancar dan dipermudahkanNya, biidznillah.
Moga Allah redha.

12 Caci Maki Puji Muji:
Kearah mana kita menyeru manusia.
Pestime merasakan penulisan yang tenang, benar (tak kaver) & tawadhuk. Enta dah banyak berubah (dari segi penulisan & insyaAllah diri pon) Tarbiyah itu luar biasa... Allahu menitis air mata. Semoga Allah pelihara hati dan sentiasa diiringi syafaat dan rahmatnya. Amin
And this is why I'm worried much when my circle of friends are only akhawats I guess. It's not that they are not good enough, it's just the feeling that I didn't go beyond the border to show others what's being in tarbiyyah really means. You nailed it APG, jzkk.
yaa...keep the 'spirit' burning bro...
Astarfirullahaladzim.. lahawlawalaquwatailbillah.. YaAllah, berilah kami kekuatan utk menyebarkn kebenaran agamaMu..
jzkk Inche Gabbana =D
Tahniah bro anda sudah berjaya menyentuh byk jiwa2 yg lalai khususnya diri saya yg hina ini T_T. Saya doakan anda terus istiqamah utk memelihara blog yg cool ini.
Semoga Allah beri kita semua kekuatan utk berhadapan dgn fitnah zaman modern skrg.. Ameen ya Raab
salam,
i'm still waiting your feedback selepas apa yang telah dijelaskan oleh Ustaz Don berkenaan hal video viral hari tu.
Masih tidak bersetuju?
Or macam mana?
Kata guru saya: Kita terlalu sibuk memikirkan tentang gaji setiap bulan, duit simpanan, kerja, bila nak kahwin sampai TERlupa berfikir tentang umat.
Saudara saudara seislam kita yang sedang ditindas dan ditekan di serata tempat,bagaimana boleh kita tak turut rasa derita? Bukankah muslim itu seperti satu badan? Adakah badan kita hari ini kita tak rasa apa apa kalau tangan kita hilang sebelah?
Mereka di sana tak minta kita turut sama mengangkat senjata. Saudara saudara kita amat amat memerlukan doa kita semua.
Cukup cukup lah kita bermain main dan selesa dengan keadaan kita hari ini. Semata mata bersandar kepada status manis di FB, twitter tak menjanjikan kemenangan Islam. Sedarlah bahawa kita sudah overdose kata kata manis. Carilah ilmu, tambahkan ilmu dan kongsikan ilmu. Semoga kita semua terus istiqamah dan terhindar dari takabbur. Wallahua'lam
trimas APG. sy dah sedar.
Syukrun atas perkongsian..tersentap seketika bila baca blog enta!!
Kat mana nak cari bulatan gembira ni?
Post a Comment