21 April 2014

Budak Usrah Bukan Malaikat

[Kredit]

"Kata je ikut usrah, tapi subuh tahap tenuk Sumatera. Solat jemaah entah ke mana. Baik takyah ikut usrah camtu."

"Eh mamat tu bukan budak usrah? Tapi apsal perangai macam... Haram..? Tak boleh harap..? Ceh."
 
"Entahlah akhi. Ana risau la dengan budak-budak tu. Dah ikut usrah, tarbiyah semua. Tapi jahiliyyah masih berkarat. Kapel la, game la, apa la... Buat fitnah je kat dakwah. Haihhh."

Tekaan saya, anda yang sudah bersama gerabak tarbiyah dan dakwah ini, pasti pernah mendengar dialog-dialog seperti di atas, sekurang-kurangnya sekali dalam hidup anda. Sama ada dari kenalan yang tidak ikut berbulatan gembira atau dari ikhwah akhawat sendiri.

Bukan?

Daripada satu perspesktif, ada benarnya dakwaan-dakwaan ini. Kita yang sudah mengambil keputusan untuk bersama-sama menceburkan diri dalam konspirasi tarbiyah ini, punya amanah dan tanggungjawab untuk menjadi qudwah kepada manusia-manusia di sekeliling kita. Kita akan sentiasa diperhatikan dan dinilai oleh mereka ini, apatah lagi apabila mereka mula melihat adanya perubahan-perubahan pada diri kita.

Kita yang dahulunya jarang sekali solat berjemaah, kini lebih rajin menapak ke masjid. Kita yang dahulunya aliif baa taa pon merangkak-rangkak, kini bolehlah jadi imam solat dengan tarannum ala Syaikh Shuraim. Dan kita yang dahulunya seorang yang amat pemarah dan cepat melenting, kini lebih penyabar orangnya dan kadangkala menyisipkan sekuntum bunga mawar merah di telinga. Eh.

Maka suka atau tidak, kita perlu berhadapan dengan jangkaan atau sangkaan orang ramai yang seharian bergaul dengan kita. Mereka mengjangkakan yang kita akan baik sentiasa. Mata-mata mereka akan sentiasa memerhatikan kita, mengharapkan tidak kurang yang terbaik daripada kita.

Tarik nafas. 

Namun saya suka melihatnya dari perspektif yang sedikit berbeza. Begini.

Kebanyakan daripada komen-komen atau keluhan yang pernah saya dengari tentang ikhwah yang tidak menunjukkan qudwah yang terbaik ini adalah merujuk kepada mereka yang masih setahun jagung dalam tarbiyah. Masih hingusan dan merangkak-rangkak lagi mahu mengenali dakwah. Tak sampai setahun ikut usrah! 

Justeru, hukuman-hukuman yang dikenakan ke atas mereka berbentuk penilaian dan kritikan-kritikan pedas dan tajam, saya kira tidak adil dan kejam. Yalah, baru mahu berubah, tetapi sudah diserang dengan kata-kata yang meludah. Baru mahu mengenali erti hijrah, sudah ditampar dan dilempang dengan tangan-tangan yang serakah.

Aduhai. 

Walhal jika diperhatikan dengan teliti, sedikit penghargaan wajar diberikan kepada mereka ini atas perubahan dan hijrah yang mereka lakukan. Daripada seorang perokok tegar, kini sudah berjaya meninggalkan tabiat itu. Dari seorang berambut bebas (Baca: Free hair) kini sudah mahu mengenakan tudung dan hijab. Dari seorang yang tidak pernah mendirikan solat, kini sudah rajin membentang sejadah meski kadangkala seorang diri atau di hujung waktu.

Ah perubahan itu sedikit demi sedikit kan? Bertahap dan berdikit-dikit kan?

Bukan mudah tahu, mahu meninggalkan tabiat-tabiat lama yang sudah sebati dan mengkar di dalam jiwa? Bukan senang tahu, mahu mengikis habis dan membuang licin karat-karat jahiliyyah yang sudah melekat di hati? Dan bukan senang tahu, mahu bermujahadah, agar tidak kembali jatuh ke dalam lembah maksiat dan jurang hitam yang lama? 

Berikan mereka ini sedikit ruang. Nilai mereka dengan saksama. Bantu dan bimbing mereka untuk istiqamah di atas jalan perubahan ini.

Bukan kondem. Bukan caci. Bukan kutuk.

"Eh kau dah ikut usrah tapi masih tak tahu nak bezakan antara mad arid li sukun dengan mad iwad? Biar betul!"

"Omakhang! Bukan hang ni dah ikut tarbiyah ka? Tapi awat hang borak dengan pompuan macam nak buat marka? Awat lagu tu?

"Laaaah buat apa sibok berbulatan gembira dan berkonferens riang bagai kalau tak nak amalkan sunnah Nabi? Ini wahhabi! Eh."

Aduh.

Bukanlah niat untuk mempertahankan sebarang perbuatan jahiliyyah atau perangai yang tidak senonoh mereka ini. Apatah lagi mahu memberi lampu hijau kepada sebarang perbuatan-perbuatan yang jelas menyalahi akhlak seorang dai'e.

Saya cuma mahu berlaku adil. Dan memberi ruang kepada mereka ini untuk bernafas, agar tidaklah tercekik dengan jangkaan dan sangkaan orang ramai yang kadangkala benar-benar menyesakkan.

Benar tidak ada percampuran antara al-haq dan batil. Sungguh tidak mungkin dalam menjadi seorang mu'min yang sejati itu, hatinya boleh dilumuri dengan lumpur maksiat. Dan tiada keraguan lagi kita mesti berjihad melawan nafsu dan bisikan-bisikan jahat dengan sepenuh jiwa dan raga kita.

Itu pasti. Tiada kompromi.

Namun proses perubahan itu ada tahapannya. Jalan perubahan itu panjang, maka ada liku-likunya. Jalan menuju keredhaanNya itu bukanlah lebuh raya yang lurus terus, tanpa ada halangan-halangannya.

Nabi SAW sendiri mengambil masa hampir tiga belas tahun untuk mentarbiyah para sahabat sebelum benar-benar dapat menyuburkan jiwa-jiwa mereka dengan iman yang benar. Tiga belas tahun bukanlah tempoh yang sebentar. Dalam masa tiga belas tahun, seorang anak yang tidak tahu berjalan dan mengenal apa-apa, sudah baligh dan membezakan apa yang baik dan apa yang buruk.

Selama itulah tempoh yang diambil baginda SAW untuk menyentuh jiwa, melebur ego dan membentuk fikrah para sahabat sehinggalah mereka ini taat dan patuh sepenuhnya kepada Allah dan ar-RasulNya. Hanya setelah itu, apabila ayat pengharaman total arak diturunkan, para sahabat benar-benar dapat beriman dengannya. Hanya setelah itu, apabila kewajipan menutup rambut dan kepala diperintahkan bagi kaum perempuan, mereka tanpa ragu dan soal lagi terus melaksanakannya. 

Percayalah, mereka yang mengikuti tarbiyah, apabila mereka istiqamah dan tsabat dengannya, mereka akan menjadi seorang manusia yang benar-benar hebat. Hanya apabila mereka dibimbing dengan taqwa dan diasuh dengan penuh amanah dan timbang rasa, gergasi di dalam mereka akan berjaya dikejutkan. Apabila mereka ini diberi ruang dan peluang yang sebaiknya, mereka bukan sahaja akan mengubah dunia, malah menggegarkannya dengan gempa revolusi yang tiada tandingannya. 

"Manusia itu ibarat logam. Mereka yang terbaik semasa jahiliyyah, terbaik juga semasa Islam."

[Hadith riwayat Muslim]

Arakian hentikan kutukan dan cacian yang merosakkan. Sudah-sudahlah dengan kecaman dan kritikan yang membawahkan. Cukup-cukuplah dengan umpatan dan kejian yang membunuh dan menghiris jiwa dan perasaan.

Tegurlah dengan kasih-sayang. Bimbinglah dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Tunjukkanlah jalan yang lurus.

Jangan lupa suatu ketika dahulu kita juga pernah berada di dalam kasut yang sama. 

Suatu ketika kita juga gemar memakai jeans yang koyak-rabak menampakkan lutut kita yang buruk itu.

Suatu ketika kita juga suka memakai skirt pendek ke disko dan parti-parti liar bersama boipren yang kerap bertukar tangan.

Suatu ketika sejadah dan Quran itu juga amat asing buat kita.

Suatu ketika pergaulan lelaki dan perempuan itu bagi kita ibarat menggaulkan nasi dengan kicap manis cap kipas udang. 

Suatu ketika kita juga tidak pernah kenal siapa itu Syaikh Yusuf al-Qardhawi atau Syaikh Saad al-Ghamidi.  

Akhirnya kita ditampar makcik Hidayah dan mula mahu berubah. Kita dibelasah pakcik Taufiq dan sudah mula mahu berhijrah.

Dan kita tahu betapa peritnya erti istiqamah di atas jalan perubahan. Kita tahu betapa sukarnya mujahadah itu kerana ia memerlukan pengorbanan. Dan kita juga tahu betapa payahnya mahu berjumpa dengan insan-insan yang ikhlas mahu menghulurkan tangan.

Ingat itu.

Dan andai kita tidak termasuk dalam kalangan mereka yang punya sejarah gelap, lahir-lahir dahulu sudah pandai membaca Quran dan mentasmik hadith, punya keluarga yang amat menitikberatkan pendidikan agama, kita tetap tidak punya hak untuk menghukum secara semberono dan menilai dengan penuh ego. 

Ingat itu.

Kerana budah usrah bukan malaikat. Dan anda juga bukan malaikat.

-gabbana-

Tapi kalau sudah tiga empat tahun bersama tarbiyah, perangai masih lagi seperti raksasa gorgon, rasanya wajib dipiat telinga atau dicubit perut anda yang gebu itu.

"Adoiii sakitlaaah Inche gabbanaaaaaaa!"

Padan muka. Wahai! 

28 Caci Maki Puji Muji:

Hihihihi 21/04/2014, 11:20  

Terima kasih atas nasihat.
Jazakallahu khoir.
Moga Allah redha.
(-^___^-)

ayyaanissasharakal 21/04/2014, 12:46  

Jzkk.

Anonymous 21/04/2014, 12:49  

Thank you Inche. saya dal am situasi lebih kurang macam dalam article ni

Anonymous 21/04/2014, 13:40  

Haha. Patot kot kene tembk dgn shot gun kalau dah lama ikt tarbiah. Tpi feel still sama. :-[

mamat tak join usrah tapi sayang Allah sangat-sangat 21/04/2014, 16:17  

jangan lupe jugak,
BUKAN SEMUA BUDAK ANTI-USRAH PERANGAI MACAM SETAN ^_^

Hizairi 21/04/2014, 18:50  

Jzkk IG =D

Anonymous 21/04/2014, 19:21  

Ye....TAAAHHHUUUU!!!!!

Unknown 21/04/2014, 19:30  

We were. :)

Anonymous 22/04/2014, 01:04  

Sedikit demi sedikit :'(

Anonymous 22/04/2014, 09:18  

Rasanya isu ni timbul sebab ramai yg lama ikut usrah tapi masih tak berubah...
But...after all they're not angel...even dah lama ikut usrah

Nur Atikah 22/04/2014, 11:34  

syukran Inche :)

Anonymous 22/04/2014, 12:29  

N bcoz of "the talk" buat org tkt nk brbh jd baik
simple said:aku kn btol2x jd baik bru aku lyk pkai tdung 45,Allahu...

Anonymous 22/04/2014, 17:20  

Jzkk kheir APG.

Utk yg diluar sana. Ketahuilah mereka semua sedang mujahadah.


-Dari jordan bersama cinta.

budak kecik 24/04/2014, 16:30  

sedangkan al-quran diturunkan secara berperingkat...sebab Allah tau hamba dia tak mampu dgn perubahan mendadak...
satu ayat dri kalamullah yang saya selalu ingat...

"bagaimana mereka boleh katakan yang mereka telah beriman sedangkan kami belum menguji mereka."

Unknown 24/04/2014, 17:15  

Jzkk . Doakan moga diri ini amalnya seiring dgn cakapnya :)

jaudah al hannan 24/04/2014, 18:42  

fresh idea.hati mcm dibelai dgn kapak.aduhai

mumarridh_al-pakiti 24/04/2014, 19:15  

Apasal nk anti-usroh? Cuba semak siroh, kan ade sesi beriman sejenak? Kaji siroh, baru fhm mcm mane. Jgn menidak atau membenci suatu yg x diketahui. Benarlah manusia membenci apa yg x diketahuinya.

Anonymous 25/04/2014, 20:14  

Jzkk..sama gila situasi dgn aku...tp aku xpnh join usrah pon..tgk dr jauh je pnh la, org xjemput sengan ah aku nk dtg dekat..hehe sblm ni aku xpenah tau pon sape tu yusuf qardawi, hassan al-banna semua tu..hmm

Unknown 26/04/2014, 12:11  

good!! first time follow blog ni. ^_^

Anonymous 01/05/2014, 07:05  

kenapa anti usrah?

nuraini 03/05/2014, 22:38  

Sungguh.. Mesej disampaikan dengan padu dan bernas T_T
"Judging others does not define who they are; it defines who you are". Just sharing :)

Anonymous 10/05/2014, 15:31  

Ada manusia yang tak join usrah pun..
Tapi rajin hadir majlis ilmu,
Hati selalu ingat pada Tuhan.

Ada yg join usrah,
Luaran nampak hebat,
tapi dalaman masih tercari cari..

Penilaian manusia memang takkan pernah tepat.
Ada manusia kelihatan selekeh di luar, ikhtilat tak jaga, sibuk kacau org sana sini..
Tapi siapa tahu di hadapan Yang Maha Esa dia lah yang paling banyak menangis, mengadu, dan paling ikhlas doanya..
atau mungkin,
darjat dia lebih tinggi dari kita,,

Siapa kita untuk menilai..

Anonymous 23/06/2014, 22:03  

Trima kasih

Anonymous 11/08/2014, 21:55  

La tahzan wa la takhof... Innallah ha ma'ana.. jgn la berasa takot dgan penilaian mnusia kpd kite ttpi kite perlu takot dgan penilaian Allah pda kite.. Jgn lar jdi hamba kpd dunia @ kmewahan@ mnusia.. Ttpi jdilah hmba kpd pencipta kita iaitu Allah s.w.t.. Biaq lar mnusia xsuka kite ttpi jangan biarkn Allah murka kpd kite smua sbgai khalifah dmuka bumi ini.. jdi lar hamba Allah yg berguna ..

Realiti tarbiyah 03/09/2014, 19:43  

Tapi sedihnya dalam kalangan budak usrah pun ada yang membebankan orang lain.

Contoh usrah mate yang selalu susahkan usrah mate lain. Tak hormati masa/emosi/duit orang lain.

Tapi mengaku sudah dalam usrah 3-4 tahun.

Haish.

Saya semakin skeptikal lagi lama saya dalam tarbiyah ni.

Sedih kan?

Pada hal orang kata ukhuwah tu antara tunjang kekuatan kita.

Tapi saya rasa ukhuwah tu lebih banyak menyusahkan.

عابد ضائف 17/11/2014, 00:12  

Jazakallah inche gabbana...mg kita istiqamah

Anonymous 16/04/2015, 23:34  

Tak yah nak piat telinga .
Guna je M16 . Baru masyukk . Deep sikit .

Anonymous 19/09/2015, 23:28  

everyone have their own struggles. kecil pada pandangan org lain, tapi pada aku org yg baru nak merangkak, ia mujahadah yg sangat besar.

Ada kritikan yg mmbangun. Tapi kbnyakan kritikan yg kena kat aku, menjatuhkan. Dan ia sangat sakit.

Ketahuilah, aku sedang cuba hidup dgn nafas baru.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP