23 December 2013

Tersentap Jantung Gue

[Kredit]

Pagi tadi seperti biasa, bagi membunuh masa-masa terluang di dalam tren, saya mengambil kesempatan untuk menghabiskan tilawah al-Quran saya. Inilah antara kelebihan menaiki tren ke tempat kerja di mana saya punya ruang dan peluang untuk melakukan pelbagai perkara, termasuklah menghapdet status di MukaBuku. Eh.

Ditakdirkan Allah, saya bermula dengan muka surat pertama surah al-Anbiya'. Saya pon bacalah tanpa menaruh sebarang rasa syak wasangka. Eh, macam familiar pulak ayat ini, hati saya bermonolog dalaman. Lantas saya menjeling maksud ayat yang baharu sahaja saya baca:

"Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia), berpaling (dari akhirat)."
[al-Anbiya', 21:1]

Gulp. Jantung saya berdebar-debar. Kenapa ayat ini lain macam kerasnya..?

Lantas saya membaca pula ayat kedua, dengan rasa sedikit teruja kerana mahu tahu apakah sambungan kepada ayat yang pertama. 

"Setiap diturunkan kepada mereka ayat-ayat yang baru dari Tuhan, mereka mendengarkannya sambil main-main."
[al-Anbiya', 21:2]

Ok. Smack. Down. 

Terasa seperti mahu gugur jantung ketika itu. Eh ke dah gugur..? Peluh.

Mari kita sama-sama bermuhasabah, muhasarawak, muhapahang dan yang sewaktu dengannya, menerusi ayat satu dan dua surah al-Anbiya' ini. 

Kita tahukah bila tarikh kematian kita? Tidak.

Kita tahukah bilanya akan berlaku hari kiamat? Tidak.

Kita tahukah apa nasib kita di Mahsyar kelak. Tidak. 

Kita tahukah berapa jilid buku pahala yang telah kita khatam dan berapa jilid pula buku dosa kita? Tidak.

Dan kita tahukah sama ada kita akan masuk sorga atau tidak? Tidak.

Nah, kita tidak punya jawapan kan untuk semua itu? Tapi apa yang kita lakukan? Apa persediaan kita..?

"...sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia), berpaling (dari akhirat)."

Kita terus dengan gigihnya mengejar dunia. Kita tidak habis-habis berbicara tentang harga rumah, kereta apa nak beli, nak melancong ke mana dan kerusi urut cap apa yang paling mengujakan. Kita tidak kisah melakukan dosa. Kita sudah biasa melihat orang lain bermaksiat dan menganggap ia biasa sahaja. Kita sering membuang masa dengan cakap-cakap dan borak-borak kosong yang tidak mendatangkan manfaat dan amal. 

Mana akhirat kita?

Ketika sujud di tikar sejadah. Ketita menziarahi orang yang sedang nazak nak mati. Ketika kita dijangkiti kudis dan penyakit kulit yang cukup menjijikkan. Ketika bisnes tapewer kita rugi teruk dan kita sudah kehabisan modal. Kita membacakan surah Yaasiin pada pusara nenek dan atok kita. Kita anak kita mahu menghadapi peperiksaan besar. Ketika tiba-tiba bumi yang kita pijak bergegar dan kita cepat-cepat lari menyorok bawah meja. 

Selepas itu? Apa cerita?

Kita kembali menchentai dunia. Kita terus berangan-angan untuk menjadi kaya seperti Mark Zuckerberg, Bill Gates, Tony Fernandes dan Syed Bukhari, sambil menikmati roti cicah kaya. Kita pantas berasa cemburu apabila melihat ada jiran menukar langsir baharu atau ada rakan sekerja yang baru balik melancong dari Uganda. Kita sanggup bekerja lewat malam, buat tiga empat kerja tambahan, semata-mata kerana mahu beli kereta baru yang lebih mewah dan besar dan supaya dapat pakai spek hitam Gucci dan tali pinggang kulit LV. Kita sanggup bermusafir nun ke Kedah sana semata-mata mahu menikmati cendol bakar dan kemudian ke Johor pula untuk makan laksa. 

Geleng kepala. 

Dan apa reaksi dan maklum balas kita apabila ada orang yang sudi mengingatkan? Apabila ada yang cukup berani untuk menegur dan manasihatkan? Apabila ada yang cukup kuat untuk membacakan ayat-ayat Tuhan? 

"Setiap yang diturunkan kepada mereka ayat-ayat yang baru dari Tuhan, mereka mendengarkannya sambil main-main."

Sambil main-main. 

"Lek la brooo. Kecoh la lu. Gua muda lagi kottt. Takkan muda-muda macam ni dah nak sarung jubah pakai serban...??"

"Alah kau ni, seriyes sangatlah. Sekarang dunia dah moden. Biasalah tu laki pompuan campur-campur. Tak kool lah kalau nak asing bagai. Kau ingat ni Taliban ke apa?"

"Eh ayat-ayat Quran tu Allah turunkan untuk Nabi dan para sahabat je en? Tak applicable untuk kita kan...?"

"Nak ikut sunnah Nabi? Ish tak logik kot. Tu sesuai masa dengan Nabi dan para sahabat je la, sesuai dengan padang pasir dan pokok kurma! Tumpuk-tumpuk, tahi unta! Eh."

"Dakwah? Tarbiyah? Usrah? Apa kejadah? Ekstrem gila kaaauu Bedah!"

Seperti si anak yang main-main dengan ibunya yang menyuruhnya mandi. Seakan-akan si murid yang main-main dengan gurunya yang menyuruhnya menyiapkan kerja sekolahnya. Tidak seriyes. Pandang enteng. Main-main.

Sedangkan...

"Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka..."

Bila-bila masa sahaja Izrail boleh datang mencabut nyawa. Bila-bila masa sahaja kita boleh diserang sakit jantung dek kolesterol yang sudah tersumbat pada salur darah kita. Bila-bila masa sahaja kita boleh dilanggar lori ketika sedang melintas jalan raya.

Na'udzubillah...

Dan ketika itu, andai kita sedang berada dalam keadaan lalai, sedang asyik bermaksiat dan berbuat dosa, larut dalam kemewahan dan kechentaan kita kepada dunia, kita menanges air jus buah delima sekali pon, tiada apa yang dapat menyelamatkan jiwa kita. 

Dan andai kita menghadap Tuhan dalam keadaan itu, amal kita dihitung ketika mana kita bermain-main dengan ayat-ayatNya dan dahulu ketika di dunia kita langsung tidak mengendahkan seruan yang mengajak kita ke arah kebaikan, percayalah, ketika itu, tiada apa yang dapat menebus kembali penyesalan kita. Hatta dunia dan seisinya, yang suatu ketika dahulu amat kita chentakan itu. 

"Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin.”
[as-Sajdah, 32:12]

Waduh, tersentap jantung gue! 

-gabbana-

21 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 23/12/2013, 20:01  

Apg, tak cukup panjang entri ni!

Masa 23/12/2013, 20:07  

serius sentap. bila baca surah yaasiin, baca terjemahan dia, seriyes insaf time tu. tp lame2 dh asyik dgn dunia, dah lupa dah pasal akhirat..

nanges :'(

Anonymous 23/12/2013, 20:07  

ya saya setuju dengan anon 1 tapi tetap sentap bila baca lebih lebih lagi bila baca entri yang lain berkenaan kiamat . waduh , amal belum cukup mau tampung masuk syurga T^T

Anonymous 23/12/2013, 20:11  

Sentap jugak makk.. T..T

Anonymous 23/12/2013, 20:19  

Macam kena bazooka gamaknya .
Syukran jiddan atas entrinya apg!
*potong bwg laju-laju .

Anonymous 23/12/2013, 20:35  

mnusia yg sntiasa lupa..
bila diingtkn tntg akhrt insaf cuma sketika..
gue tau itu...
jd nk buat ap?
lu,gua n kita smua mmg kna sllu bshkn hti msing dgn ilmu Allah..jgn biar hti kring cekeding...

Allah! gue sentap hbis.

nanges.

Anonymous 23/12/2013, 21:41  

Jzkk utk entry yg super terbaik. Mudah mudahan kita smua akan sntiasa ingt mati. Sntiasa mgunakan peluang dan ruang yg masih ada ini utk bertaubat n beramal dgn sbanyak mgkin.

Paling pntg nk stop mengumpat org. dosa mngumpat paling super scary! Dosa dgn Allah kita mnta ampun dgnnya dan bertaubat. Dosa mengumpat paling dasat. Kena g cari blk org tu mnta maaf.

Anonymous 23/12/2013, 22:21  

alhamdulillah. simpel tapi cukup.

Anonymous 23/12/2013, 22:43  

Ah.
An opocot moment.
*clasps hands onto chest*

Jazakallahu khayral jaza'. Needed this.

- A.

Anonymous 23/12/2013, 23:00  

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:

Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. (Shahih Muslim No.4832)

sekadar perkongsian bersama.
Jzkk (:

Anonymous 24/12/2013, 05:45  

Teringat satu kata2 hikmah "agama rakyat itu b'gantung atas agama pemimpinnya..."
itulah yg t'jadi sekarang,waima mereka yg b'gelar dai'e&m'dpt tarbiyah juga tdk t'lepas dari fitnah ini,tanpa sedar hati masih cintakan dunia tetapi sudah merasakan all out dlm melakukan kerja dakwah..
muhasabah diri,b'terusan dalam memohon petunjuk dari DIA kerana tipu daya syaitan itu sangat halus...

Anonymous 24/12/2013, 16:41  

syukran apg.

Alhamdulillah BLOGER mung buat gua kembali menginsafi.. dosa2 semalam..

memang pung aku mudah lalai. memang mudah. dan sangt mudah lalai.

nangis air mata hujan...

dan setiap kali buka apg punya fb n blogger untuk mencari diri balik.. sebab kadang2 memang Sentap ...

THANKS U.

Anonymous 24/12/2013, 18:17  

Jzkk. Membaca di klcc. Tiba-tiba rasa mcm kena pelempang je. Alhmdlllh.

THE KEHALUSAN KELEMBUTAN 24/12/2013, 18:36  

kesimpulan sentiasa dekati Al Quran dan hayati setiap ayat-ayatNya.
Moga hati sentiasa mengingati Mati. moga Allah redha

Anonymous 25/12/2013, 07:51  

wake up slaps

day 25/12/2013, 23:31  

suke.. simple.. ^^

Unknown 26/12/2013, 20:28  

sentapppp -.-"

Anonymous 27/12/2013, 08:27  

Semoga kita mmpu mncapai firdousy kelak...amin:(

mimsinlammim Ilyas 28/12/2013, 18:44  

Makin byk membelek lazada, zalora, lelong & ebay mkin dunia masok dlm qalbu...mkin ringan kita memandang sorga..

Anonymous 28/05/2015, 11:55  

Camnelah apg leh bce quran dlm tren?sy sardin spnjang mse dlm tren..

fatin m 01/08/2015, 19:41  

salam IG, sy nk tnye, macam mane nk tadabbur ayat al quran?perlu kan seorg ustaz/ustazah mengajar k?ehem

sy cube bace tafsir al quran, tp rasenyer macam sekadar baca je. xpaham deep meaning. so, mcm mane yer? menggaru kepala yg x gatal

tp bile bace articles dlm APG nih, sedikit sebanyak membantu sy dlm memahami bahasa al quran.. kipidap.. senyum.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP