Malaysia Masih Aman; Bercukurlah!
[Kredit] |
Populariti Dato' Sri Najib merudum daripada 62% pada tahun lepas ke 52% Disember baru-baru ini, menurut kajian dan bancian oleh Pusat Merdeka, satu badan bereputasi tinggi dan boleh dipercayai dalam kajian sedemikian rupa, melalui Bancian Pendapat Awam 2013 mereka. Kira sekiranya pilihan raya diadakan sekarang, peluang untuk kerajaan Barisan Nasional mengekalkan kedudukan mereka adalah 50:50.
Hasil bancian tersebut merupakan tamparan hebat bukan sahaja kepada Perdana Menteri, malah kepada seluruh kerajaan Barisan Nasional amnya. Pengumuman demi pengumuman yang dibuat untuk menaikkan harga barang (atau mengurangkan subsidi, mana-mana yang anda suka, kerana hasilnya tetap sama. Apa kau orang ingat rakyat bodohkah..? Eh.) jelas telah memberi kesan langsung kepada populariti kerajaan pimpinan Dato' Sri Najib.
Apa yang lebih mencemaskan dan menjengkelkan pada masa yang sama, pengumuman-pengumuman yang dibuat jelas mencabul atau menafikan manifesto-manifesto yang dicanangkan pra Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu. Meski manifesto bukanlah janji yang mesti ditepati, namun ia melambangkan integriti dan maruah parti yang bertanding. Jika manifesto yang dibuat hanya untuk memancing undi semata-mata, maka kerajaan yang menang adalah kerajaan yang tidak bertanggungjawab dan amanah dalam menabur janji kepada rakyat. Kalau macam tu lebih baik janji Malaysia akan layak ke Piala Dunia 2014. Ohoi.
Menurut Professor Khoo Kay Peng, nama yang tidak asing lagi dalam arena analisa politik negara, apa yang menyebabkan populariti Dato' Sri Najib jatuh dengan begitu merudum dalam tempoh yang agak singkat adalah kerana unjuran dan seruan yang dibuat kerajaan langsung tidak diimani oleh para menteri kabinet, ahli-ahli parlimen dan wakil rakyat Barisan Nasional sendiri. Mereka menyuruh rakyat agar berjimat, namun mereka paling ke hadapan sekali dalam hidup bermewah dan bersenang-lenang. Mereka menyuruh rakyat jangan makan ayam atau daging jika harga keduanya naik, namun mereka ini terlalu mampu untuk makan di restoran-restoran mewah Michellin lima bintang.
Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh para menteri kabinet juga menampakkan ketidakmatangan mereka dalam berhadapan dengan kemarahan dan ketidakpuasan hati rakyat.
"Jika tidak suka dengan undang-undang negara ini, sila berpindah ke luar negara."
"Jika tidak suka dengan sistem pendidikan negara, bolehlah hantar anak-anak tuan-tuan dan puan-puan belajar di luar negara."
"Jika tidak suka harga gula naik, jangan minum teh tarik."
"Jika tidak suka harga minyak naik, silalah kayuh basikal ke tempat kerja."
"Jika tidak suka harga tol naik, bolehlah bakar kompleks tol yang ada."
Ok, obviyes jugalah saya mereka-reka dialog di atas. Tapi anda faham apa yang saya maksudkan.
Kerajaan juga perlu lebih sensitif dan peka pada tahap kepandaian dan kebijaksanaan rakyat. Rakyat tidak bodoh dan dungu. Rakyat membaca. Rakyat pernah ke luar negara dan melihat sendiri kemajuan dan kemakmuran yang dinikmati rakyat di negara lain. Rakyat tengok berita. Rakyat buka internet dan main MukaBuku. Dunia hari ini tidak sama lagi seperti dahulu.
Contohnya, kerajaan suka membuat perbandingan dengan negara-negara yang tidak sekufu ketika mana mahu menjustifikasikan polisi atau undang-undang baharu yang mahu diperkenalkan. Ketika mahu melaksanakan GST (Cukai Perkhidmatan Kerajaan), kerajaan membuat perbandingan dengan negara-negara maju. Ketika mahu mengurangkan subsidi minyak, kerajaan membuat perbandingan dengan negara-negara BUKAN pengeluar minyak. Aduhai, pak dan mak menteri ingat kami di universiti dahulu main jet kertas dan balas-balas surat chenta sahajakah?
Mari saya berikan contoh mudah tentang GST, untuk membuktikan betapa dangkalnya perbandingan yang dibuat kerajaan. Pada dasarnya, saya sendiri bersetuju dengan pelaksanaan GST, kerana ia menyasarkan golongan yang kaya dan berkemampuan. Maknanya, orang kaya akan membayar cukai yang lebih kerana secara teorinya, golongan ini yang akan berbelanja lebih.
Masalahnya, GST yang bakan dilaksanakan di Malaysia akan melibatkan semua pihak, dari pihak pembekal bahan mentah, pihak pengeluar, pihak pengilang, pihak pemproses sehinggalah ke pihak pembeli. Suka atau tidak, harga barangan akan naik. Walaupon kerajaan sudah memberi jaminan bahawa barang-barang asasi tidak akan dikenakan GST, kesan bola salji (Baca: Snowball effect) atau kesan Domino (Baca: Bukan Pizza Domino's) akibat pelaksanaan GST akan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan secara keseluruhannya.
Maknanya, nak baiki paip bocor pon nanti akan jadi lebih mahal dari biasa. Nak makan malam lilin romantik berdua akan jadi lebih mahal dari biasa. Nak hias rumah dengan perabot IKEA akan jadi lebih mahal dari biasa. Nak beli selipar Fipper akan jadi lebih mahal dari biasa. Nak makan aiskrim Paddlepop pon akan jadi lebih mahal dari biasa.
Pendek kata, kualiti kehidupan (Baca: Living standard) rakyat Malaysia dijangka akan menurun selepas pelaksanaan GST.
Inilah masalahnya. Saya masih ingat dahulu ketika saya menuntut di Kerajaan Bersatu, kualiti kehdiupan rakyat di sana cukup tinggi, meskipon mereka dikenakan GST (di sana dikenali sebagai VAT; Value Added Tax) dan cukai pendapatan mereka juga tinggi. Mengapa? Kerana gaji mereka tinggi, dan pada masa yang sama barangan keperluan seharian mereka amat berpatutan harganya.
Misalnya, sekiranya saya mahu membeli-belah barangan dapur, saya hanya memerlukan
£50 untuk memenuhkan satu troli. Hallo, ini satu troli penuh dengan beras, gula, emping jagung, susu, roti, telur, teh, kopi, sos cili, malah barang-barangan 'mewah' lain seperti cokolat, snek dan sebagainya.
£50 pada hari ini bernilai kira-kira RM250.00. RM250.00 untuk satu troli...?? Mana nak dapat di Malaysia ni, hatta di Mydin sekali pon...??
Dengan hanya £30 misalnya, anda sudah boleh melanggan perkhidmatan komunikasi untuk sebulan, lengkap dengan internetnya sekali. Dan oh, telefon percuma. Ya, percuma! Dengan kurang lebih £80 (harga untuk pelajar), anda boleh ke mana-mana sahaja yang anda suka menaiki bas atau perkhidmatan keretapi bawah tanah, asalkan anda di dalam Zon 1 dan 2.
Itu belum lagi diceritakan kegilaan membeli-belah di sana, terutamanya ketika musim-musim harga runtuh. Di sana, apabila disebut harga runtuh, harganya benar-benar runtuh, bukan macam di Malaysia ini yang buat-buat runtuh, kemudian bina semula. Eh.
Dan untuk lebih praktikal, nila matawang £ tidak sepatutnya ditukar ke dalam nilai ringgit. Kerana bagi mereka di sana, £50 adalah RM50.00 kita di sini. £30 seolah-olahnya adalah RM30.00 di sini. RM30.00 untuk perkhidmatan komunikasi lengkap dengan internet selama sebulan? Dan telefon percuma lagi..?? Pasti anda berada dalam dunia Alice atau Doraemon.
Mengapa? Kerana purata gaji mereka yang tinggi. Untuk menambah garam ke luka, seorang pemandu bas di Kerajaan Bersatu menerima gaji lebih daripada £2,000.00 sebulan (termasuk elaun). Malah seorang jurutera lantai (Baca: Pengemop lantai), kerjaya yang amat popular dalam kalangan para pelajar Malaysii di sana, boleh memperoleh sehingga £800 sebulan. Sekarang bandingkan dengan harga barangan di sana. Kegilaan apakah ini...??
Nah, anda sudah nampak bezanya sekarang?
Masalah utama yang menyebabkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia tidak setanding dengan negara-negara lain adalah kerana kadar kenaikan pendapatan isi rumah tidak setara dengan kenaikan harga barang. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Bank Dunia, kadar kenaikan gaji secara purata rakyat Malaysia adalah negatif untuk tempoh sepuluh tahun yang lepas!
Purata kadar kenaikan gaji adalah sekitar 2.6% sedangkan kadar inflasi secara puratanya meningkat 2.8% setiap tahun! Dengan kata lain, meskipon kadar gaji naik setiap tahun, namun ia tidak mampu untuk 'mengejar' kenaikan harga barang yang begitu pantas kudaku lari gagah berani. Eh.

Terasa macam nak nanges tak..? [Kredit] |
Contohnya, dua puluh tahun lalu seorang eksekutif bergaji RM1,500.00. Harga sekeping roti canai dan segelas teh tarik ketika itu adalah RM1.50. Dengan gaji sebanyak itu, sang eksekutif mampu untuk makan dan minum 500 keping roti canai dan gelas teh tarik (untuk memudahkan perbincangan. Gila apa nak makan 500 keping roti canai dan teguk 500 gelas teh tarik. Peluh.)
Sekarang, seorang graduan yang baru bekerja menerima gaji secara purata sebanyak RM2,400.00. Tapi kos sekeping roti canai dan teh tarik adalah kira-kira RM3.00. Maka kini, seorang graduan yang marhaen hanya mampu untuk membeli 400 keping roti canai dan 400 gelas teh tarik, kurang 100 setiap satu berbanding dengan 20 tahun yang dahulu.
Itu belum lagi dikira dengan harga rumah yang melambung ke langit. Jika dahulu seorang pekerja kolar putih bergaji RM2,000.00 sebulan sudah mampu untuk membeli rumah bertanah secara bayaran ansuran, dengan harga rumah antara RM200,000-300,000 (di kawasan Lembah Klang). Kini, meskipon bergaji RM4-5,000.00, mana nak cari rumah bertanah dengan harga bawah RM300,000.00 di kawasan Lembah Klang? Takkanlah nak ulang-alik dari Ipoh ke Kuala Lumpur setiap hari? Kau mampu?
Belum lagi dikira dengan kos-kos hidup yang lainnya. Kereta, elektrik, makanan, internet, pinjaman bank dan lain-lain lagi. Padanlah ramai anak-anak muda sekarang ini belum apa-apa lagi sudah licin kepala mereka. Wahahaha. Eh.
Dan apa maklumbalas kerajaan sekiranya dihujahkan sebegini rupa?
"Ah kalau kami tidak suka, kamu pindahlah ke Kerajaan Bersekutu tu Inche gabbana!"
Alahai. Tuan
dan Puan Menteri, anda silap. Kami, rakyat marhaen ini, apabila kami
mengomel dan menyatakan rasa tidak puas hati, bukan kerana kami tidak
sayang negara ini. Bukan kerana kami benci kepada tanah tumpahnya darah
kami ini.
Kerana
kami sayanglah kami komen. Kerana kami chentalah kami kritik. Kerana
kami peduli la kami mengomel. Kerana kami semua mahukan yang terbaik
buat negara ini. Kerana kami mahu berdiri gah, hidung kembang-kempis
penuh bangga dengan jiran-jiran sebelah rumah dan jiran-jiran jauhlah
kami. Kerana kami mahu hidup gembira dan bahagia buat selamanya.
Ini
tidak, sikit-sikit, rakyat yang salah. Sikit-sikit, rakyat tidak tahu
bersyukur. Sikit-sikit, pindah negara lain. Adoila mudahnya sifir kalian
semua. Dahulu belajar sampai darjah berapa ya? Ops.
Masalah utama yang mendasari kepada masalah-masalah ekonomi sepertimana yang kita lihat dan omel hari ini, adalah disebabkan wujudnya vakum yang besar pada pentadbiran cekap (Baca: Good governance) dalam kerajaan. Ketirisan berlaku hampir dalam setiap urusan kewangan dan perniagaan yang dikendalikan badan kerajaan. Rasuah itu perkara biasa. Projek 2 juta, tapi yang terbina hanya 1 juta kerana 1 juta lagi dah dibelanjakan di Disneyland.
Geleng kepala.

Saya kira, rakyat boleh terima kenaikan harga-harga barang ini sekiranya tidak berlaku ketirisan melampau dalam menguruskan harta benda dan khazanah negara. Rakyat tidak akan berkira sangat andai kemudahan-kemudahan asas tersedia dengan baiknya. Dan rakyat juga tidaklah kisah sangat dengan kenaikan tarif itu dan kenaikan tambang ini andai kerajaan yang memerintah benar-benar mengambil berat akan kebajikan rakyat.
Rakyat tidak kisah harga tambang LRT naik andai perkhidmatannya secekap MRT di Singapura atau London Underground.
Rakyat tidak berkira sangat harga gula dan minyak naik andai kekayaan negara dibahagi sama rata dan saksama.
Rakyat tidak peduli sangat andai dinaikkan harga tol, dan pada masa yang sama mereka punya pilihan untuk menggunakan perkhidmatan kenderaan awam yang efektif dan cekap. Dan pada masa yang sama syarikat konsesi tidak terlalu tamak untuk mengaut keuntungan sebanyak mungkin!
Rakyat tidaklah marah sangat andai mahu dinaikkan tarif elektrik dan pada masa yang sama, kerajaan tidak membeli jam dinding pada harga RM300.00 sebuah.
Dan rakyat pon pandang sebelah mata jugalah dengan kenaikan harga minyak dan gula, andai pak-pak dan mak-mak menteri menunjukkan contoh tauladan yang baik.
Kerajaan juga perlu lebih jujur dan berhenti memberikan alasan-alasan bodoh yang tidak menampakkan kematangan pihak pemerintah. Rakyat sudah besar. Rakyat sudah matang. Rakyat perlu ditangani dan diuruskan sesuai dengan perkembangan teknologi dan keadaan semasa.
Rasuah perlu diperangi dengan sehabis baik. Jangan hanya ikan-ikan kecil yang ditangkap dan digoreng, ikan-ikan besar juga perlu dijala dan dibuat masak lemak cili padi. Ketirisan mesti dikurangkan. Kerajaan wajib mentadbir negara dengan lebih amanah dan ihsan.
Kita bukannya negara yang miskin dengan sumber kekayaan semulajadi. Kita bukannya negara yang tidak habis-habis berperang sesama sendiri. Malah kita cukup bertuah kerana bebas daripada bencana-bencana alam besar yang sering melanda negara lain.
Oleh sebab itu, tidak ada alasan untuk kita tidak maju ke hadapan. Kekayaan dan kemakmuran yang ada pada negara ini sewajarnya mampu untuk mengangkat martabat kita ke suatu tahap yang lebih tinggi. Malah lebih daripada itu, kita juga mampu untuk sampai ke suatu tahap di mana kita menjadi pelindung dan memperjuangkan nasib-nasib negara yang lebih lemah.
Namun ia hanya tinggal angan-angan dan impian, andai tiada siapa yang mahu mengubah keadaan 'selesa' dan tidak mahu keluar dari kepompong kejumudan ini. Malaysia akan terus syok sendiri, berbangga dengan statistik yang tidak pernah wujud dan pencapaian yang tidak dipandang oleh sesiapa.
Tahun 2014 akan menjadi tahun yang amat sukar dan neraka buat kebanyakan rakyat Malaysia. Yang kaya akan bertambah kaya, sedangkan yang miskin akan terus papa.
Rakyat kini ibarat gunung berapi yang sedang bersedia untuk meletup. Andai kerajaan tidak bijak menangani situasi yang sedia ada dan terus-menerus mengayakan kroni-kroni mereka sambil memberika alasan-alasan budak tadika, bila-bila masa sahaja rakyat akan bangkit dan mempamerkan kemarahan mereka.
Sudah tiba masanya harta-benda dan khazanah negara diurus dengan adil dan saksama.
Sudah tiba masanya kerajaan amanah, jujur dan bersih dalam mentadbir negara.
Dan sudah tiba masanya, kerajaan sedar, negara ini adalah kurniaan Allah dan milik rakyat jelata, bukan hak milik mak bapak mereka.
-gabbana-
Menulis artikel ini tidak bermakna saya menyebelahi pihak pembangkang. Kita perlu mengubah mentaliti kita bahawa menyokong itu tidak semestinya kerajaan dan mengkritik itu tidak semestinya pembangkang.
Saya bukanlah pakar ekonomi pon. Ada lah ilmu sikit-sikit. Rakyat marhaen katanya. Namun harapnya perkongsian yang ringkas ini bermanfaat untuk ada semua.
Aman, tanpa perang.
Usia istem keretapi bawah tanah di London sudah mencapai ratusan tahun, tapi kecekapannya sehingga kini amat sukar untuk ditandingi. Ah rindu London! [Kredit] |

15 Caci Maki Puji Muji:
Bagus entri kali nie..sesuai dgn penutup tahun 2013..nilai RM1 dijangka turun untuk 2014 dan 2015 kpd 90 sen dan 80 sen..semoga kita sama2 dpt selamatkan negara kita..seriyes,trtggu PM yg btl2 ditarbiyah n amanah mcm Khalifah2 dlu..
Betul tuh enche gabana.. Sy mula2 mmg x nak ambik tahu psal bnde2 mcm nih... Tapi die dah mula menaikkan itu Dan ini sesuka hati dgn alasan sme lvel dgn budak umo 5 tahun... Mng hati nih x boleh nak cool dah... Sakit Dan bertambah sakit hati...
Dah ka... Sy bru sahaja blajar hdup dikolumpor nih... X smpt nak stable lgi kwgn... Dah mcm2 mnde kne tnggung... Sakit mmg sakit... Berbekalkan ayat "Malaysia masih aman.. " Rakyat terus diperkotak katikkan sperti kuli... Mcm hmba abdi die pulak... Sy hanya hmba Allah, bukan hambamu wahai kerajaan -_-"
Loyalty to country ALWAYS. Loyalty to government, when it deserves it.
En gabbana,mmg xde duit sgt ke negara kita ni?
Patut tak kita cuak-in case ekonomi kita xleh sustain?
dah sampai masa hentikan guna pekerja asing, baru pendapatan boleh meningkat..selagi ada pilihan untuk buruh lebih murah selagi tu majikan xkan naikkan gaji, dan selagi tu pendapatan xkan meningkat..sekian, my 2cents..
'kalau tak suka pemerintahan negara ini pindah negara lain'
rasanya tak suka pemerintahan negara ni tukar pemerintah lain kita rakyat majoriti,buat apa layan alasan bodoh dan tak masuk akal kerajaan. gaya jawab soalan rakyat pun dah buktikan mereka tak layak memimpin. tak usah buang masa,tunjuk mereka sapa yang lagi berkuasa majoriti rakyat ke kroni mereka.
saya tak menyokong mana mana pihak. umur pun tak cukup lagi untuk memilih. tapi tolonglah grown up. jangan jadi orang buta, dah terang lagi bersuluh ni.
Sedihnya tgok negara kita ni...... yg kaya makin kaya, yg miskin makin miskin, yg berambut kembang pun semakin kembang hahah -.-
Senang nk tuding jari. Suruh belajar pandai2 boleh bersaing dgn kaum lain dan martabatkan agama. Jangan agama diperlekehkan krn kegagalan pelajar di ipt dan oberseaa gagal mencapai matlamat. Bukan dunia yang dikejar tetapi sebarang ilmu blh membantu kearah kecemerlangan agama.
Tu 'janji ditepati' la inche gabbana...sempena tahun baru...kalau tak paham,jangan guna bahasa melayu.
Setuju en gabbana...rakyat semakin terhimpit dgn perlakuan2 tdk matang sang pemimpin atasan...sungguh mereka tak takut langsung akan mahkamah ALLAH kelak..
Tahniah inche gabbana,,
anda guna ilmu yg anda belajar kt kerajaan bersekutu dgn jayanya..
mak saya pun duk baca bersama..
:)
Gamba tu kt ane ek lupe la.saya mcm pnah trbaca pasal gmba tu
bagus bagus, kdang kdang buat entri cenggini pon elok jugak. ramai yg sokong :)
"thanks to gavorment.. " ohoi
still reading.. 16 Jun 2018. Terbaik! Suara rakyat telah terbukti bergema kini!
Post a Comment