26 December 2013

Saya Rindu Tahu?

[Kredit]

Saya rindu tahu, dengan saat-saat ketika menghadiri halaqah dan liqa' itu benar-benar membasahkan dan mengisi jiwa, bukan sekadar aktiviti mingguan yang wajib dihadiri.

Saya rindu tahu, ketika mana ahli-ahli bulatan gembira bertanya khabar kerana mereka benar-benar ambil peduli tentang diri dan bukan sekadar menjadi modal pembuka bicara.

Saya rindu tahu, tatkala aktiviti qadhaya berjalan dengan rancaknya, benar-benar mahu berbincang tentang musykilah dakwi dan bersama-sama mencari solusinya, dan bukan setakat borak-borak kosong bergelak tawa.

Saya rindu tahu, masa-masa apabila seorang al-akh itu diberikan satu tugas atau tanggungjawab, dia pantas menerimanya dengan taat dan patuh, tanpa berbasa-basi dan petah memberi alasan, meski tugasan itu tampak seperti begitu sukar untuk dilaksanakan olehnya serang diri.

Saya rindu tahu, pada konferens-konferens riang yang menggugah jiwa dan membakar semangat hingga ia menyala-nyala, dan bukan sekadar perhimpunan manusia sekali sebulan bagi memenuhkan KPI.

Saya rindu tahu, apabila ikhwah bertanyakan "Kei fahal akhi?' dan mereka benar-benar memaksudkannya, dan bukan setakat ayat-ayat klise di waksep atau MukaBuku.

Saya rindu tahu, tatkala ikhwah saling mengambil berat sesama mereka, bukan sekadar bertanyakan khabar diri malah khabar amal dakwi dan tarbawi, amat risau andai ada ikhwah yang gugur dan futur.

Saya rindu tahu, dengan semangat-semangat membara ikhwah yang mahu menegakkan Islam di muka bumi, yang mahu mati syahid tanpa ragu-ragu lagi dan sanggup berkorban apa sahaja demi melihat al-Haq bangkit semula, dan bukan sekadar omong atau slogan kosong yang dilaung-laung.

Saya rindu tahu, saat-saat di mana ikhwah benar-benar beriman dengan lafaz 'bersangka baik' atau 'salamatus sadr' dan bukan hanya tahu menyebut-nyebutnya tetapi culas untuk beramal dengannya.

Saya rindu tahu, apabila ikhwah mendengar khabar atau cerita yang kurang enak tentang al-akh mereka, terus sahaja mereka mengatakan, "Subhanallah! Tidak patut kita berbicara tentang hal ini! Ini cerita dusta!" dan tidak terus bulat-bulat mempercayainya.

Saya rindu tahu, ketika mana ikhwah sentiasa bersedia menawarkan bahu untuk ditangisi dan peha untuk bermanja-manja, dan bukan hanya menghantar emotikon-emotikon manis dan ceria sebagai pengganti diri yang entah di mana. 

Saya rindu tahu, pada suasana dakwah, ikhwah dan akhawat benar-benar mahu mengajak manusia kepada Allah, bertungkus-lumus mahu menyentuh hati-hati luar sana, tanpa ada sebarang agenda atau propaganda yang tersembunyi.

Saya rindu tahu, pada perbincangan dan borak-borak dakwi dan tarbawi bersama ikhwah terchenta, bertanyakan berapa bulatan gembira, bagaimana keadaan hadek-hadek terchenta, bagaimana mutabaah amal harian, minggu itu berapa kali bangun malam, dan bukan sekadar borak-borak tentang kereta, keluarga dan rumah jenis apa yang bakal dibeli.

Dan saya rindu tahu, pada suasana dakwah yang tulus, yang bersungguh dan yang tidak mengharapkan sebarang pulangan dunia, tidak takut dan risau memikirkan cacian manusia dan mehnah dunia, kerana semuanya dilakukan hanya untuk mendapatkan keredhaanNya semata.

Ya Allah, saya rindu tahu...?

Ya Allah, Kau kuatkan hati ini, agar terus tsabat dan istiqamah di atas jalan perjuangan ini.

Ya Allah, jangan Kau tarik kenikmatan dan kelazatan berada di atas jalan ini. 

Ya Allah, Kau satukan hati-hati kami, biar kami bertelingkah dan berbalah di dunia ini, asal kami menuju destinasi yang sama; sorgaMu yang abadi.

Hanya kepadaMu aku menyerahkan diri ini. Engkaulah sebaik-baik Pelindung dan Engkau jugalah sebaik-baik Hakim dan Pembalas.

Nanges.

*Diadaptasi daripada "Aku Rindu Zaman Itu", nukilan Almarhum KH Rahmat Abdullah, seorang Super Murabbi yang telah meninggalkan begitu banyak mutiara berharga di dunia yang fana ini 

-gabbana-

10 Caci Maki Puji Muji:

Azery 26/12/2013, 10:30  

Jzkk.

Alahai rindunya. T_T

Anonymous 26/12/2013, 10:37  

saya pun rindu tahu...

kenangan bersama kawan2 sekolah.. rindu nak makan setalam... rindu nak bersihkan surau sama2... rindu nak qiam sesama
rindu dengan suasana yang baik tahu...

sememangnya kenangan hanya akan jadi kenangan... :'(

bila agaknya tahu dapat merasakan suasana seperti itu...?

mungkin kah di syurga??

Unknown 26/12/2013, 10:40  

KPI

apakah itu?

mutiara bd 26/12/2013, 12:43  

key performanace indicator.
sy tlg jawab.

T_T

day 26/12/2013, 16:32  

kita sama.. :)

Unknown 26/12/2013, 19:02  

Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini, jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer....

mujahid 26/12/2013, 19:03  

Hahaha..macam faham je. Asas penting.

Anonymous 26/12/2013, 21:03  

akupun merindui detik itu
tapi pergantunggan pada-Nya diuji disitu
agar kita sama2 jitu
menuju jalan-Nya yang satu
insyaAllah.
Jazakallah.

WT 29/12/2013, 15:08  

saya juga rindu semua itu..tapi saya tidak kuat dan selalu jatuh ke dalam kancah futur apabila satu persatu sahabat mula mengundurkan diri dari bulatan gumbira dek kesibukan di kiri dan kanan.. :(
graf perubahan sentiasa turun naik turuk naik..sedih :'(
saya mahu sentiasa semakin baik walau sedikit demi sedikit..dan semoga setiap perubahan ke arah kebaikan itu kekal..

Anonymous 31/12/2013, 03:21  

wahai..ak pun ingin sahaja merasai perasaan rindu itu..sungguh..sgt kepingin..:'[

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP