Daripada Buat Audit, Lebih Baik Buat Biskut!
Laporan Ketua Audit Negara 2013 sekali lagi membongkarkan salah laku dan pecah amanah yang berlaku pada pebendeharaan negara yang melibatkan jabatan-jabatan kerajaan. Pelbagai perbelanjaan yang tidak masuk akal dan pembaziran tahap saudara syaitonirojim dikenalpasti dalam pelbagai sektor dan jabatan kerajaan.
Seorang pegawai tinggi sebuah kementerian yang membuat tuntutan sehingga RM300,000 untuk suatu lawatan ke Switzerland.
Bantuan kebajikan yang disalurkan kepada mereka yang telah mati.
Senjata api dan pelbagai barangan milik pihak polis yang hilang dari 2010-2012 yang telah menyebabkan kerugian kira-kira RM1.33 juta.
Kempen MukaBuku dan Pengicau oleh Kementerian Kesihatan yang menelan belanja sehingga RM320,000.

Pihak kastam yang telah membazirkan RM600,000 untuk berpasang-pasang kasut yang tiadk mengikut spesifikasi.
Stok makanan yang telah tamat tarikh luputnya dalam simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia.
Tiga mesin pengimbas yang dibeli pada RM14,000 setiap satu.

Dan entah beraneka lagi pembaziran dan salah laku yang hanya membuatkan saya pandang ke langit dan berkata, "Pppfffftttt."
Syabas kepada Jabatan Audit Negara yang dengan berani dan tanpa segan-silunya telah mendedahkan dan membongkarkan kejelikan dan kejijikan yang berlaku dalam pengurusan perbendaharaan negara. Saya kira ini merupakan sebahagian daripada pencapaian dalam usaha kerajaan melakukan transformasi kepada proses yang sedia ada yang wajar diiktiraf.
Namun apa yang lebih merisaukan dan mengerikan adalah, laporan yang sama telah pon dikeluarkan pada tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya. Tidakkah anda merasakan sedikit ironi, meskipon Jabatan Audit Negara begitu berani dan konsisten dalam mendedahkan salah laku yang berlaku, saban tahun kita tetap menyaksikan berlakunya kes-kes pecah amanah dan pembaziran harta benda negara? Seolah-olahnya tiada siapa yang peduli atau gentar dengan pendedahan yang dibuat oleh Jabatan Audit Negara.
Sudah tentunya ia amat berkait dengan isu penguatkuasaan undang-undang dan keseriyesan kerajaan dalam mengambil tindakan terhadap individu-individu dan jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat. Tidak guna andai kita punya undang-undang yang kebabommm! terhebat di dunia, kita punya Jabatan Audit yang begitu cekap dalam menjalankan tugasnya, tapi tiada tindakan dan penguatkuasaan undang-undang yang dilakukan. Maka undang-undang yang berjela-jela itu hanya tinggal tulisan di dalam buku-buku tebal yang disimpan di Arkib Negara sahajalah. Goreng pon sodap! Eh.
Tetapi apa yang lebih mengalirkan peluh besar saya dan menyebabkan saya ketar lutut jugalah, adalah apabila kita melihat sektor-sektor kerajaan ini dikuasai oleh orang-orang Melayu yang sepertimana termaktub dalam perlembagaan negara, beragama Islam. Dengan kata lain, berlakunya pecah amanah, korupsi dan salah laku dalam kerajaan adalah di tangan umat Islam sendiri.
Tersembur air suam je sebab nak minum teh tarik tak mampu, harga barang naik. Eh.
Di mana silapnya?
Bukankah umat Islam sewajibnya menjadi khalifah kepada seluruh alam buana ini? Bukankah umat Islam sewajarnya menjadi qudwah kepada yang lain? Bukankah umat Islam sepatutnya membimbing yang lain dan mengajak mereka ke arah kebenaran..?
Aduhai.
Ini adalah kes-kes yang berjaya dikesan dan dilaporkan. Bagaimana dengan salah laku yang disapu masuk ke bawah permaidani tebal sepuluh inci? Banyaknya kes-kes ikan-ikan kecil yang berjaya ditangkap; bagaimana pula dengan ikan-ikan besar yang masih bebas dan riang-gembira berenang-renang di air kemewahan dan kekayaan? Dan Jabatan Audit Negara hanya melaksanakan tugasnya pada jabatan-jabatan kerajaan; bagaimana pula dengan salah laku, pecah amanah dan pembaziran yang juga sebenarnya membarahi sektor swasta..?
Tangan di dada, mata pandang ke atas. Ah, cantiknya awan.
Khalifah 'Umar al-Khattab r.a. sanggup memikul sendiri guni gandum ke sebuah rumah wanita yang merebus batu untuk 'dimakan' anak-anaknya.
Khalifah 'Umar Abdul Aziz pula meninggal dalam keadaan yang cukup miskin dan tidak meninggalkan sebarang harta buat anak-anaknya.
Atau bagaimana Khalifah Harun al-Rasyid yang memecat Perdana Menteri yang diangkatnya sendiri, Yahya bin Khalid, yang didapati telah melakukan korupsi.
Nah, bandingkan pula dengan gaya hidup dan akhlak para pemimpin kita di hari ini. Bercuti ke luar negara saban bulan. Memiliki rumah besar dan mewah, kereta mahal berjenama bergugusan. Makan di hotel-hotel dan mesyuarat dan konferensnya di luar negara. Keluarga dan sahabat handai terus dilindungi dan dimandikan dengan kemewahan. Dan rakyat terus ditindas dan dizalimi. Malah disuruhnya kita berjimat, sedangkan khazanah negara saban hari dirompak dan dirembat!
Di mana silapnya?
Sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka. Ya, silapnya adalah kita tidak mengubah apa yang ada pada diri kita.
Lantas, apa yang ada pada diri kita?
Hati. Ya, hati.
Kita gagal mendidik hati kita, yakni raja kepada seluruh tubuh itu, untuk tunduk dan patuh pada perintahNya. Kita tidak mampu untuk mengajar dan membina hati kita supaya sentiasa takut akan seksaan Allah yang maha pedih itu. Kita tidak berjaya untuk melahirkan seketul hati yang mengenal akan sifat-sifatNya yang agung lagi mulia, lantas menjadikan kita seorang hamba.
Hati kita tidak lagi mengenal Allah. Hati kita keras. Hati kita kotor.
Maka berlakulah fasad (kerosakan) yang dahsyat di muka bumi ini, apabila mereka yang telah diamanahkan dengan tugas kekhalifahan bukan sahaja gagal melaksanakan tugasnya itu, malah menjadi agen perosak kepada alam ini. Maksiat berleluasa. Kejahatan bermaharajalela. Baik dan buruk tidak dapat dibezakan lagi. Dosa dan pahala bercampur-baur, sehingga mereka yang ikhlas hatinya juga sering keliru jalan manakah yang perlu mereka pilih dan ikuti.
Nanges.
Jadi apa solusinya Inche gabbana..?
Tarik nafas. Hembus.
Meskipon ia bakal mmbuatkan anda menjeling, dan bakal menyebabkan hati anda berkata-kata, "Klise," saya tidak akan bosan untuk menyebutnya dan memperjuangkannya berulang-ulang kali.
Tarbiyah. Ya, kita wajib kembali kepada tarbiyah. Tarbiyah yang mendidik hati. Tarbiyah yang melembutkan hati yang keras. Tarbiyah yang membersihkan hati yang kotor.
"Hekele Inche gabbana ni. Tak habis-habis nak promot geng-geng usrah dia tu. Nak pancing orang masuk usrah lettew!"
"Sikit-sikit tarbiyah. Sikit-sikit tarbiyah. Idealistik betul. Hallo, kalau takde sistem, takde makanisme, buatlah tarbiyah macam nak rak pon, masalah takkan selesai Inche gabbana oi!"
"Tarbiyah..?? Hahaha. Tarbiyah bleh buat apa Inche gabbana..? Nak suruh masak megi pon tak boleh! Hahaha!"
Ok, berhati-hati dengan sangkaan dan cercaan anda itu.
Dengan tarbiyahlah, manusia sekeras 'Umar itu berjaya diangkat menjadi salah seorang khalifah teragung dalam sejarah Islam.
Dengan tarbiyahlah, kerajaan Parsi dan Rom Timur berjaya dikalahkan.
Dengan tarbiyah juga, Islam berdiri gah dan megah di puncak dunia sebagai penguasa seluruh alam buana.
Rasulullah SAW juga ketika mendirikan kerajaan Islam yang pertama di Madinah, tidak pernah punya pengalaman dalam memerintah sebuah negara. Namun baginda dan para sahabat berjaya menjadikan Madinah sebagai pusat pemerintahan Islam yang hari demi hari mencatatkan kemenangan besar ke atas musuh-musuh Islam. Semuanya hasil tarbiyah rabbani yang telah berjaya membentuk hati-hati manusia yang suatu ketika dahulunya begitu jauh dari ruh dan nur Islam.
Hujahnya mudah. Mereka yang ditarbiyah dengan mantap pasti akan takut dengan amaran-amaran keras Allah dan chenta pula pada ganjaran-ganjaran yang dijanjikanNya. Mereka yang hatinya basah dengan cahaya rabbani pasti mahu berazam menegakkan syariah Islam di muka bumi. Dan mereka yang melalui madrasah tarbiyah sepertimana yang pernah dilalui oleh para sahabat Nabi SAW suatu ketika dahulu, pastinya akan bersungguh-sungguh melakukan amar maaruf dan nahi mungkar.
Pastinya dunia akan menjadi lebih aman. Pastinya alam semesta ini akan menjadi tempat yang lebih subur untuk bunga-bunga dafodil tumbuh dengan segarnya dan arnab-arnab gemok berlari riang.
Kita tercari-cari solusi untuk permasalahan umat ini. Puas kita membelek-belek buku dan kitab falsafah untuk memburu formula-formula bagi merawat umat ini. Dan dada kita sudah semput dan lelah dengan forum-forum dan konferens-konferens bagi membincangkan apakah jalan penyelesaian terbaik untuk mengembalikan kegemilangan Islam.
Sedangkan solusi dan formulanya sudah sejak sekian lama berada di hadapan mata; tarbiyah.
"Sesungguhnya generasi terakhir umat ini tidak akan menjadi baik, kecuali dengan sesuatu yang telah membuat baik generasi pertamanya." [Dikuot dari Memoar Hasan al-Banna]
Selamat mentarbiyah diri dan mereka yang berada di sekeliling! Atau tidak, selamat menguli tepung dan membakar biskut!
-gabbana-

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka."
[ar-Ra'ad, 13:11]
Sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka. Ya, silapnya adalah kita tidak mengubah apa yang ada pada diri kita.
Lantas, apa yang ada pada diri kita?
Hati. Ya, hati.
"Ketahuilah, dalam setiap jasad ada seketul daging; apabila ia baik, baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah, ia adalah hati."
[Hadith riwayat Bukhari dan Muslim]
Kita gagal mendidik hati kita, yakni raja kepada seluruh tubuh itu, untuk tunduk dan patuh pada perintahNya. Kita tidak mampu untuk mengajar dan membina hati kita supaya sentiasa takut akan seksaan Allah yang maha pedih itu. Kita tidak berjaya untuk melahirkan seketul hati yang mengenal akan sifat-sifatNya yang agung lagi mulia, lantas menjadikan kita seorang hamba.
Hati kita tidak lagi mengenal Allah. Hati kita keras. Hati kita kotor.
Maka berlakulah fasad (kerosakan) yang dahsyat di muka bumi ini, apabila mereka yang telah diamanahkan dengan tugas kekhalifahan bukan sahaja gagal melaksanakan tugasnya itu, malah menjadi agen perosak kepada alam ini. Maksiat berleluasa. Kejahatan bermaharajalela. Baik dan buruk tidak dapat dibezakan lagi. Dosa dan pahala bercampur-baur, sehingga mereka yang ikhlas hatinya juga sering keliru jalan manakah yang perlu mereka pilih dan ikuti.
Nanges.
Jadi apa solusinya Inche gabbana..?
Tarik nafas. Hembus.
Meskipon ia bakal mmbuatkan anda menjeling, dan bakal menyebabkan hati anda berkata-kata, "Klise," saya tidak akan bosan untuk menyebutnya dan memperjuangkannya berulang-ulang kali.
Tarbiyah. Ya, kita wajib kembali kepada tarbiyah. Tarbiyah yang mendidik hati. Tarbiyah yang melembutkan hati yang keras. Tarbiyah yang membersihkan hati yang kotor.
"Hekele Inche gabbana ni. Tak habis-habis nak promot geng-geng usrah dia tu. Nak pancing orang masuk usrah lettew!"
"Sikit-sikit tarbiyah. Sikit-sikit tarbiyah. Idealistik betul. Hallo, kalau takde sistem, takde makanisme, buatlah tarbiyah macam nak rak pon, masalah takkan selesai Inche gabbana oi!"
"Tarbiyah..?? Hahaha. Tarbiyah bleh buat apa Inche gabbana..? Nak suruh masak megi pon tak boleh! Hahaha!"
Ok, berhati-hati dengan sangkaan dan cercaan anda itu.
Dengan tarbiyahlah, manusia sekeras 'Umar itu berjaya diangkat menjadi salah seorang khalifah teragung dalam sejarah Islam.
Dengan tarbiyahlah, kerajaan Parsi dan Rom Timur berjaya dikalahkan.
Dengan tarbiyah juga, Islam berdiri gah dan megah di puncak dunia sebagai penguasa seluruh alam buana.
Rasulullah SAW juga ketika mendirikan kerajaan Islam yang pertama di Madinah, tidak pernah punya pengalaman dalam memerintah sebuah negara. Namun baginda dan para sahabat berjaya menjadikan Madinah sebagai pusat pemerintahan Islam yang hari demi hari mencatatkan kemenangan besar ke atas musuh-musuh Islam. Semuanya hasil tarbiyah rabbani yang telah berjaya membentuk hati-hati manusia yang suatu ketika dahulunya begitu jauh dari ruh dan nur Islam.
Hujahnya mudah. Mereka yang ditarbiyah dengan mantap pasti akan takut dengan amaran-amaran keras Allah dan chenta pula pada ganjaran-ganjaran yang dijanjikanNya. Mereka yang hatinya basah dengan cahaya rabbani pasti mahu berazam menegakkan syariah Islam di muka bumi. Dan mereka yang melalui madrasah tarbiyah sepertimana yang pernah dilalui oleh para sahabat Nabi SAW suatu ketika dahulu, pastinya akan bersungguh-sungguh melakukan amar maaruf dan nahi mungkar.
Pastinya dunia akan menjadi lebih aman. Pastinya alam semesta ini akan menjadi tempat yang lebih subur untuk bunga-bunga dafodil tumbuh dengan segarnya dan arnab-arnab gemok berlari riang.
Kita tercari-cari solusi untuk permasalahan umat ini. Puas kita membelek-belek buku dan kitab falsafah untuk memburu formula-formula bagi merawat umat ini. Dan dada kita sudah semput dan lelah dengan forum-forum dan konferens-konferens bagi membincangkan apakah jalan penyelesaian terbaik untuk mengembalikan kegemilangan Islam.
Sedangkan solusi dan formulanya sudah sejak sekian lama berada di hadapan mata; tarbiyah.
"Sesungguhnya generasi terakhir umat ini tidak akan menjadi baik, kecuali dengan sesuatu yang telah membuat baik generasi pertamanya." [Dikuot dari Memoar Hasan al-Banna]
Selamat mentarbiyah diri dan mereka yang berada di sekeliling! Atau tidak, selamat menguli tepung dan membakar biskut!
-gabbana-
10 Caci Maki Puji Muji:
Tarbiyah bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah. Rite?
The power of Tarbiyah! Dapat merubah seorang manusia daripada zero menjadi hero.
Jadi, anda-anda..join lah tarbiyah. Dan selepas itu anda akan berfikir berjuta-juta kali untuk melemparkan andaian yang bukan-bukan kepada orang yang join tarbiyah ni. :)
Terima kasih Jabatan Audit Negara. Kami berterima kasih kerana ada anda memeriksa dan melaporkan.
terfikir,mungkin lepas ini juruaudit negara pun perlu ditarbiyah.bukan setakat diri kita je.
syabas inche gabbana kerna memberikan ulasan laporan audit dengan bergaya.heh
mana dapatlink audit? Enta baca terus dari audit atau naqal melulu dari internet?
Permurnian faham ilmu ke arah yang lebih adil melalui jalan taadib, i think more interesting.. Tarbiyah? x cukup.
Alhamdulillah dan terima kasih.
Terima kasih untuk ulasan inche gabbana.
Editor Hati:saya tertanya mengapa anda mengatakan juruaudit negara pun perlu ditarbiyahkan. tidakkah anda merasakan mereka telah mentarbiyahkan diri mereka melalui berjaya mengesan segala kekurangan dalam pengurusan kewangan tersebut.tanpa rasa takut, mereka telah mendedahkan segalanya kekurangan yang orang awam tidak mengetahui.
Anonymous:anda boleh pergi sahaja ke portal rasmi jabatan audit negara.segala-galanya akan diberi disitu.
LINK LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA
(utk laporan penuh sbb paper xpick up semua)
-nikmatilah!
Persekutuan:
https://www.audit.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=377:laporan-ketua-audit-negara-persekutuan-2012&catid=89&Itemid=228&lang=ms
Negeri:
https://www.audit.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=397:negeri-2012-final&catid=90&Itemid=229&lang=ms
Badan Berkanun Persekutuan:
https://www.audit.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=398:lkan-bbp-2012&catid=91&Itemid=230&lang=ms
When the auditor comes a calling, we run helter skelter. Their job is to find the needle in the flour. Every detail is questionable, their concern only facts and figures.
Whereas, we have have to battle it out, sweating in the non-functioning air-cond rooms, whilst they figure it out in the comfy of the meeting room, without even checking what's really happening on the ground. They are trained and sent to find fault and that
is all they care and meant to be sent.
Ayat tu sesuai utk old style punya auditing. Skarang diorg kate utk penambah baikan. Tu gov punya auditing. Private pun sy pasti sama je.
Bila kita nak muhasabah, mmg la kte carik kesalahan diri, kan?
Kalau anda benci auditor, anda normal.
Tarbiah yang mengajar kita erti keimanan kpd Allah...
Tarbiah juga mengajar kita untuk terus berada djalan dakwah ini...
Mmg tarbiah bukan segala- galanya tapi semuanya bermula dgn tarbiah.... Sejarah telah membuktikannya;.. n_n
Post a Comment