27 September 2013

Fair & Lovely

[Kredit]

Bukan, ini bukan promosi ubat pencuci muka yang akan mencerahkan dan memutihkan wajah anda itu.

Pagi tadi ketika sedang menangkap gambar seorang diri untuk sebab-sebab yang tidak dapat saya kongsikan di sini, telah berlaku satu peristiwa yang cukup menginsafkan dan menaikkan bulu roma. Dalam banyak-banyak gambar yang ditangkap, ada satu gambar yang benar-benar menggugah jiwa saya.

Akibat pengcahayaan yang kurang baik ketika gambar itu diambil, wajah saya kelihatan gelap dan hilang serinya. Apatah lagi wajah saya kelihatan seriyes, tanpa senyuman dan seolah-olahnya saya sedang marah. Muram dan tanpa sinar, saya kelihatan benar-benar hodoh ketika itu. Malah saya sendiri berasa cuak dan terkejut melihatkan wajah saya di dalam gambar itu.

Benar-benar mencabar status saya sebagai seorang lelaki kachak bergaya abad ini. Wahahaha.

Peluh kecil. 

Entah mengapa, satu persoalan tiba-tiba menerjah kepala saya. Persoalan yang benar-benar menggugah jiwa dan menghentak sukma. 

Bagaimana kalau wajah saya sememangya tidak bersinar? Tiada cahaya keimanan yang terpancar padanya..? 

Shretttt. Seluar siapa yang koyak tu..? 

Persoalan tersebut tidak semena-semena membuatkan saya gelisah. Tidak senang berdiri dan terasa tidak sedap hati. 

Bagaimana sekiranya sangkaan saya itu benar? Dan apakah penyebabnya..?  

Mungkinkah saya tidak ikhlas dalam beramal selama ini? Mahu riya' dan menunjuk-nunjuk kepada orang lain?

Mungkinkah saya sering mengumpat dan mengata orang lain, sama ada sedar atau tidak?

Mungkinkah saya senang sekali memperkecil dan memperlekeh orang lain, dan sentiasa merasakan diri saya sendiri sahaja yang betul?

Mungkinkah saya sering bermaksiat ketika seorang diri, berlagak seperti seorang soleh kentut bau wangi pijak semut tak mati di hadapan orang lain? 

Atau mungkinkah hidup saya sebenarnya begitu jauh daripada apa yang dikehendaki oleh Allah dan Rasulullah..?

Mungkinkah semua ini yang menjadi penyebab mengapa wajah saya tidak bersinar dengan cahaya keimanan? Mungkinkah semua ini yang telah merompak cahaya gemilang dan sinar cemerlang daripada wajah saya yang berseri-seri dan  boleh tahan tampan itu? Eh. 

Atau mungkinkah sebenarnya selama ini, saya tidak beriman pon; maka mana mungkin ada cahaya..?

Ok itu sentap tahap Otromen Taro. Kasar kot. Wuwuwu. 

Lantas saya teringat kepada beberapa ayat Quran yang berbicara tentang wajah-wajah orang beriman di akhirat kelak. Anda bersedia..? Kerana ia bakal menyakitkan. Dan ada kemungkinan akan berlaku kebakaran. 

Baiklah. Tarik nafas. 

"Pada hari engkau akan melihat orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, betapa cahaya mereka bersinar di hadapan dan di samping kanan mereka, (dikatakan kepada mereka), 'Pada hari ini ada berita gembira untukmu, (iaitu) sorga-sorga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Demikian itulah kemenangan yang agung."
[al-Hadid, 57:12]

Pergh. Epik. Dan apa pula nasib orang yang munafik? Yang memungkiri janji mereka di dunia dahulu?

"Pada hari orang-orang munafik lelaki dan perempuan berkata kepada orang-orang yang beriman, 'Tunggulah kami! Kami ingin mengambil cahayamu.' (Kepada mereka) dikatakan, 'Kembalilah kamu ke belakang dan carilah sendiri cahaya (untukmu).' Lalu di antara mereka dipasang dinding (pemisah) yang berpintu. Di sebelah dalam ada rahmat dan di luarnya hanya ada azab."
[al-Hadid, 58:13]  

Sakit punggung. Ada sesiapa yang memerlukan tisu? Apa nak sekotak?

Mari kita lihat satu lagi firman Allah:

"Wajah-wajah (orang mu'min) pada hari itu berseri-seri. Memandang Tuhannya.

Dan wajah-wajah (orang kafir) pada hari itu muram. Mereka yakin akan ditimpakan kepadanya malapetaka yang sangat dahsyat."
[al-Qiyamah, 75:23-25]

Wah, siapa yang potong bawang ni..? Banyak sangat kulit bawang atas lantai ni!
 
Ehem.

Jelas bukan, bagaimana Allah memisahkan orang-orang mu'min dengan orang-orang yang berdosa di akhirat nanti..? Cukup mengerikan, sadis dan mengalirkan air mata sebaldi bukan..? 

Tapi Inche gabbana.. Ayat-ayat tu macam spesifik tuju kat orang-orang kafir je..? Tak pon orang-orang munafik. Ish takkanlah kita ni teruk sangat kottt...

Ha itulah masalahnya. Kita selalu 'bersangka baik' pada diri kita. Kadang-kadang tu terlebih sangka baik pula. Hoh.

"Alaaa. Kan Nabi ada cakap, selagi mana kita ucap kalimah 'Lailaha ilallah,' ha konfem akan masuk sorga. Nak takut apa..?"

"Orang-orang Islam konfem masuk sorga kottt. Kalau dah dicampak ke dalam api neraka sekalipon, nanti masuk sorga jugak. Rilek ah."

"Ish saya ni baik apa. Solat tak tinggal. Puasa Ramadhan penuh. Dosa maksiat tu, ala biasa la kot. Manusia. Takkanlah Allah nak campak saya masuk neraka. Allah tu kan Maha Penyayang..?"

"Ayat-ayat Quran yang cerita pasal azab api neraka lah, seksaan Dia yang maha keras lah, tu semua tuju kat orang-orang kafir. Apa kena-mengena dengan kita..?"

"Pelacur pon Allah bagi masuk sorga. Orang yang dah bunuh 100 nyawa pon Allah ampunkan. Kau nak kecoh apa? Jangan syadid sangat boleh tak..?"

"Ni kalau aku mati ni, InshaAllah masuk sorga ni. Amal aku banyak. Sedekah pon not bad. InshaAllah InshaAllah. Amin."

Terduduk.

Biasa kan dengan dialog-dialog sebegitu rupa? Mana tak biasa, sebab kebanyakannya datang daripada kita juga! Aiseh.

Masalahnya anda semua... Benarkah kita ini muslim..? Betulkah kita sudah benar-benar beriman? Iman bagaimana yang dimaksudkan oleh ar-Rasul itu? Bukankah ayat-ayat Quran diturunkan untuk kita semua dan menjadi tanggungjawab kita untuk memahaminya? Apa cerita di sebalik si pelacur masuk sorga dan lelaki yang diampun dosa-dosanya meski sudah membunuh seratus nyawa..?

Syaikh Abul A'la Maududi, seorang ulama' besar di India memberikan argumentasi yang cukup pedas, tajam lagi mengoyak jiwa tentang status kemusliman seseorang itu, di dalam tulisannya 'Dasar-Dasar Islam.' Katanya, seseorang itu tidak boleh dikatakan muslim apatah lagi beriman, hanya kerana namanya Abdullah, dia tidak makan babi dan sekali-sekala menunaikan solat di masjid! Kerana menurut Syakh Maududi, tidak adillah Allah andai seorang Muslim itu masuk sorga hanya kerana namanya yang bunyi ala-ala Arab itu, dan orang kafir dimasukkan ke dalam neraka!

Ujarnya lagi, seseorang itu hanya benar-benar beriman apabila dia beriman sepenuhnya dengan apa yang diturunkan Allah kepada manusia. Tidak cukup dengan itu, dia juga hendaklah beramal dengannya!   

Dan ayat-ayat Quran sendiri banyak mencela orang-orang fasiq dan orang-orang munafiq; mereka yang banyak bermaksiat dan keimanan mereka yang dusta! Lalu kita memeriksa diri kita; bukankah diri kita ini penuh dengan dosa dan noda..? Bukankah sudah banyak janji-janji kita pada Allah yang kita mungkiri..? Dan anda tahu apa janji Allah untuk golongan sebegini? Neraka! 

Nanges laju-laju. Lap hingus.

Nah, bagaimana..? Masih mahu mendakwa diri itu sebagai ahli sorga? Masih berasa yakin yang diri itu konfem akan menjejakkan kaki ke dalam sorga, meski terpaksa dicampakkan ke dalam neraka? Masih merasakan diri itu sudah beriman..? Dan jujurnya, anda betul-betul nak masuk ke dalam neraka dahulukah..? Anda sanggup..? Gulp.

Jadi... Marilah kita mencari cahaya keimanan itu, yang bukan sahaja akan menyerikan wajah kita dengan sinarnya yang gemilang, tetapi yang bakal menerangkan kubur kita nanti dan yang akan menjadi obor yang menerangi jalan kita ke sorga. Yang akan menjadi hujah dan saksi kita di hadapanNya nanti, yang bakal menjadikan kita sebagai para kekasih yang dirindui Rasulullah dan para penghuni langit sekaliannya. 

Iman yang benar. Bukan plastik. Iman yang mencerahkan. Bukan menggelapkan.

"Muhammad adalah utusan Allah, dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih-sayang sesama mereka. Kamu melihat mereka rukuk dan sujud mencari kurnia Allah dan keredhaanNya. Pada wajah mereka tampak tanda-tanda bekas sujud."
[al-Fath, 48:29]

Kita tidak perlukan pencuci muka cap Fair & Lovely untuk kelihatan cerah bercahaya. Kita hanya perlukan keimanan yang benar dan jitu.

"Kak, boleh beri saya pencuci hati cap Fair & Lovely tu tak..?"

Senyum.

-gabbana-

6 Caci Maki Puji Muji:

AO 27/09/2013, 18:06  

Allahu...
pecah baray mata T.T

Sumayyah Baharuddin 27/09/2013, 18:35  

MasyaalLah. Tengah camwhore pon bole dapat hidayah. T.T

qaseh 27/09/2013, 19:46  

Alhamdulillah dan terima kasih.
tidak terkata pabila Allah telah memberi ilham..hanya air mata keinsafan yang mampu dikeluarkan tatkala membaca setiap coretan keinsafan inche gabbana. Semoga Allah permudahkan dakwah dan tarbiyah yang inche gabbana cuba sampaikan.

Unknown 27/09/2013, 23:50  

Sentap berdas-das. Bilamana kita sangka kita dekat dengan Sang Khaliq, padahal, kita berada jauh dari Dia. Tarik nafas dalam2.

Unknown 28/09/2013, 02:33  

Assalamualaikum saudara, mungkin agk terlmbt utk saya mengenali d membaca blog saudara ini d jujur saya katakan baru seminggu y lpas saya mengetahui akn kewujudan blog angel pakai guccu ni
.tp alhamdulillah, saya suka dgn cara saudara menyampaikan dakwah.. mungkin cara penulisan saudara sngt sntai tp setiap post saudara sngt memberi kesan.. saya doakan saudara trus berdakwah walau dengan apa cara sekalipon.. insyaAllah.. may Allah always bless you..amin..

inche banana 28/09/2013, 14:53  

setuju dgn comment sumayyah.inche gabbana ber-camwhore pun blh dpt hidayah.yg kita2 ni hok camwhore tp tak sedar diri.muka gelap guna filter bagai,muka jd cerah terus perasan comey.Allahu..*tampar pipi sendiri*

syukran sbb bagi peringatan,ya akhi.Moga Allah masukkan kita semua dlm golongan mereka2 yg mukanya bcahaya di akhirat kelak.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP