7 October 2013

Abang Murabbi, Bisa Jadi Abang Ipar Gue Enggak?

[Kredit]

(Nota penuh kasih sayang pijak semut tak mati: Post ini khas untuk mereka yang sudah membawa bulatan gembira sahaja. Jangan berkecil hati ya, tahun hadapan bisa cuba lagi. Eh. Sekian terima kasih kerana memahami.)

Setiap daripada kita yang bergelar murabbi/ah pastinya amat membutuhkan ketsiqahan (kepercayaan) daripada hadek-hadek bulatan gembira yang kita bawa. Tiada kegembiraan dan kepuasan yang lebih haibat lagi apabila kita mengetahui yang hadek-hadek kita benar-benar yakin dan percaya kepada kita.

Malah ia merupakan isyarat jelas kepada keberjayaan dan keberhasilan kita dalam mentarbiyah mereka. Usaha kita dalam mentajmik (mengumpulkan), mentakwin (membina) dan mentanfiz (menggerakkan) mereka ini bukan sia-sia apabila kita berjaya mendapatkan tsiqah mereka. Apabila mereka sudah tsiqah kepada kita, maka mudahlah pula untuk kita menjalankan konspirasi tarbiyah kita dan mula menakluki dunia dan seterusnya alam semesta. Wah! Gelak keji. 

Namun tsiqah hendaklah diperoleh, bukannya dipaksa (Baca: Earned, not imposed). Dan ia diperoleh hasil daripada tarbiyah yang penuh dengan kasih-sayang, sentuhan rabbani yang basah dan sekali-sekala pergi makan roti naan keju dengan ayam panggang tandoori di tepi pantai nan indah. Koff. Anda tidak boleh mengeluarkan kata-kata seperti berikut:

"Weh hadek bulatan gembira! Apa fasal anda tidak tsiqah dengan saya hah..? Saya kan akak murabbiah anda..?? Apa anda nak kena sebat..??"

atau

"Apa masalah anda ni...? Kenapa tak taat pada saya? Anda sebagai mutarabbi saya wajib taat kepada si murabbi tahu..?? Apa guna ikut tarbiyah macam ni??"

atau

"Buat penat dan basah ketiak je selama ni ana DF anta, ana tarbiyah ana, ana buat macam-macam pada anta. Alih-alih anta tak percaya kat ana pon. Hancur luluh hati ini tahu...??"

dan yang seangkatan dengannya. Sekiranya anda benar-benar mengeluarkan kata-kata seperti di atas. anda adalah seorang murabbi/ah yang gagal. Wahai! 

Tapi Inche gabbana, macam mana kita nak tahu yang hadek-hadek kita dah tsiqah pada kita..? Ada tips tak..? 

Eh eh, macam tahu-tahu je anda ni sebab apa artikel ni ditulis kan? Insha-Allah dalam penulisan yang serba ringkas dan sempoi ini, saya akan berkongsikan kepada anda, apakah tanda-tanda atau isyarat yang mad'u, mutarabbi atau hadek-hadek anda sudah mula menunjukkan ketsiqahan mereka pada anda. 

Anda sudah bersedia? Sila ikat tali pinggang keledar anda sekarang juga! Vavavum!

Isyarat Pertama - Di mana dikau wahai sang murabbi? 

Si hadek akan mencari anda dahulu apabila dia ditimpa masalah. Tidak kiralah sama ada dia menghadapi masalah kewangan, masalah dengan keluarga, masalah dengan rakan-rakan hatta masalah sembelit sekalipon, pasti dia akan mencari anda dahulu untuk meluahkan perasaannya. Dia mungkin tahu yang anda tidak mempunyai kapasiti untuk membantunya, namun dek ketsiqahannya pada anda, cukuplah dia meluahkan segala yang terbuku di hati untuk menenangkan diri. Ewah.

Tapi janganlah berkecil hati makan sambal belacan berulamkan jantung pula sekiranya dia mencari rakan-rakan sebulatan gembiranya untuk meluahkan masalahnya. Malah itu satu petanda yang baik betapa ukhuwwah dalam bulatan gembira itu sudah berpaut. Namun jika dia, err, mencari murabbi lain untuk meluahkan perasaan, ok anda patut berasa cemas. 

Isyarat Kedua - Apa pendapat anda wahai murabbi?

Sebelum membeli tiket pulang ke kampung, merancang untuk bekerja di mana atau membeli rumah di lokasi tertentu, nak beli telefon pintar yang mana satu, nak sambung belajar dalam bidang apa di universiti mana, malah nak kahwin dengan akhawat mana sekalipon, seorang mutarabbi yang benar-benar percaya kepada si murabbi pasti akan bertanyakan pendapatnya terlebih dahulu. 

Tetapi yang lebih utama adalah soalan-soalan berkaitan dengan gerak kerja tarbiyah dan dakwah. Pendapat anda tidak semestinya diterima olehnya, tapi selalunya dia akan mengambil seriyes pendapat yang telah anda berikan.

Ok tapi kalau tanya baju jenama apa nak beli dan nak makan tengah hari di mana pon tanya pendapat murabbi, itu boleh tahan rimas jugalah. Peluh kecil. 

Isyarat Ketiga - Eh kak naqibah anda tahu tak potpet potpet...

Amboi dengar cerita panas sahaja terus anda teruja en? Ini bukan gosip artis atau fitnah Peah ok? Si hadek yang telah mula mempercayai anda tidak segan-silu untuk menceritakan rahsia dirinya, yang mungkin akan mendatangkan aib kepada dirinya. Contohnya, kisah silam hidupnya yang penuh dengan warna-warni pensel warna cap Stabilo. Eh.  Atau kisah keluarganya yang merupakan ahli anggota Yakuza atau rahsia ahli sebulatan gembira yang cukup membeliakkan mata, yang hanya diketahui oleh dirinya.

Tujuan dia bercerita kepada anda bukanlah untuk membuka pekung di dada, tetapi dia cukup tsiqah kepada anda untuk membimbingnya kembali menuju cahaya Ilahi. Kalau ini benar-benar terjadi, sila sediakan sekotak tisu cap Kottex kerana anda mungkin memerlukannya.

Isyarat Keempat - Bosan seh. Mamak jom?

Si hadek yang sudah mula selesa dan percaya dengan anda, akan selalu merindui saat-saat bermuayasyah (berborak bantal) dengan anda, sehinggakan apabila dia bosan atau mempunyai masa yang lapang, pasti dia akan berwaksep dengan anda atau mendinding anda di MukaBuku untuk mengajak anda keluar menemaninya. Sama ada pergi membeli barang dapur di Pasar Raya Besar Gergasi, atau lepak-lepak minum air suam di mamak, atau sekadar mengira kelopak bunga di taman tasik.

Ok ini manis. Risau saya ada yang rosak gigi nanti. Wahahaha. Gunakan peluang ini sebaiknya untuk mengenali hadek anda itu dengan lebih mendalam! Senyum.

Isyarat Kelima - Tiru macam saya!

Si mutarabbi yang benar-benar tsiqah dan menanam sepenuh kepercayaan kepada si murabbi secara secara sedar atau tidak akan terikut-ikut dengan gaya si murabbi. Sama ada dari segi cara pemakaian seperti cara mengenakan tudung labuh, cara bercakap, buat lawak yang sama, sentiasa mahu menggunakan 'punchline' si murabbi, mencontohi jadual harian si murabbi dan sebagainya.

Antara tanda yang paling jelas adalah apabila dia bertanyakan tips-tips untuk membawa bulatan gembiranya yang sendiri. Itu maknanya dia sangat suka dengan bulatan gembiranya bersama anda, sayugia ingin membawa bulatan gembiranya dengan gaya yang sama. 

Ya benar, kita bukanlah mahu melahirkan klon dalam tarbiyah ini. Namun hasil hubungan hati yang kuat yang terjalin antara murabbi dan mutarabbinya menyebabkan si hadek sangat mengagumi keterampilan dan akhlak si murabbi dan benar-benar menjadikan diri si murabbi sebagai qudwahnya.

Pergh. Itu sumpah lejen!

Isyarat Keenam - Eh jemputlah datang ke rumah!

Apabila si hadek sudah berani mengajak anda datang bertandang ke rumahnya, itu adalah isyarat besar betapa dia sudah mula mempercayai anda. Keluarga merupakan sesuatu yang peribadi buat setiap orang. Dengan latar belakang keluarga yang bermacam-macam; mungkin si Inche Papanya merupakan jaguh dangdut, Puan Mamanya yang tidak berjilbab, si Cik Kakaknya artis terkenal tanah air dan si Encik Adik Lelakinya merupakan tokoh rempit Daerah Hulu Langat, yang menyebabkan dirinya begitu berahsia tentang keluarganya.

Makanya apabila dia sudah mula mengajak anda untuk datang bertandang ke rumahnya, tidak kiralah untuk majlis hari jadi kucingnya, atau doa kesyukuran sempena lulus ujian memandu atau  saja-saja makan tengah hari nasi Arab kambing golek yang dimasak Puan Mamanya, kesediaan dirinya untuk 'berkongsi' wajah sebenar keluarganya adalah satu petanda baik yang dia sudah selesa dan percaya dengan anda.

Tapi isyarat ini mungkin tidak boleh dipakai sekiranya si hadek sememangnya merupakan spesies mesra alam sejak azali lagi.

Isyarat Ketujuh - Bang Murabbi, bak sini peha tu.

Err. Err. Err.

Telan air liur.

Apabila sedang berehat-rehat ketika berkonferens riang atau kepenatan setelah bangun qiam berjemaah, tidak semena-mena dia berbaring di atas paha anda yang gebu itu. Itu boleh jadi petanda yang dia sangat tsiqah dan sayang kepada anda atau dia memang jenis yang manja-manja. 

Garu tengkuk. Pandang ke atas. Eh, birunya langit!

Isyarat Kelapan - Ohoi kau tak tanya akak murabbiah lagi..?

Ha, ini adalah satu petanda yang sangat bagus betapa si hadek bukan sahaja amat mempercayai anda, malah dia amat pro-aktif di dalam bulatan gembiranya. Apabila ada mana-mana rakan-rakan sebulatan gembiranya yang menghadapi masalah atau ingin bertanyakan pendapat, pasti dia akan akhiri perbualan dengan kata-kata semacam ini:

"Ha, cuba kau tanya Abang Murabbi pulak. Dia lagi pakar rasanya dalam hal-hal macam ni. Insha-Allah aku yakin dia boleh bantu."

Hoyeah.

Isyarat Kesembilan - Si hadek sentiasa menyelitkan anda di dalam doanya

Ok ini benar-benar mengalirkan air mata keterharuan. Dan tidak mungkin pula anda boleh mengetahuinya, melainkan dia sengaja dan tanpa segan-silu memberitahu anda. Tapi peliklah pula.

Namun doa yang penuh dengan keikhlasan pasti akan sampai kepada anda jua. Anda pasti akan dapat merasakannya setiap kali anda melihat wajah si hadek yang terchenta. Bukankah ukhuwwah itu terikat atas dasar keimanan yang kuat? 

Ok boleh hulurkan sehelai tisu? Mata saya tiba-tiba masuk habuk pula.

Isyarat Kesepuluh - Menawarkan untuk berkahwin dengan Cik Kakak Sulung

Tersedak.

Err.. Pandang kiri, pandang kanan. 

Kalaulah si hadek tu ada kakak yang masih bujang. Akhawat pula tu! 

Sekiranya itu terjadi, ketsiqahan si hadek kepada anda sudah pon mencapai tahap Mahadewa Kaiou. Kbai.

Ok cukuplah sepuluh isyarat atau petanda ketsiqahan si hadek kepada anda. Senarai ini tidaklah komprehensif; ia adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya yang masih marhaen di atas jalan ini. Saya yakin mereka yang lebih berpengalaman di luar pastinya mempunyai tips-tips yang jauh lebih berguna dan bermanfaat.

Ia juga tidak eksklusif; tidak bermakna si hadek perlu memberikan kesepuluh isyarat di atas untuk menunjukkan dia sudah benar-benar tsiqah kepada anda. Tapi jika benar kesepuluh isyarat itu sudah ditunjukkan olehnya kepada anda, ok anda berhak berdiri di tepi tanjung sambil memerhatikan matahari terbenam, dengan angin petang shiuh shiuuhh menampar lembut muka dan mata anda bersinar cemerlang. Eheh. 

Ketsiqahan yang anda perolehi perlulah dimanfaatkan sebaiknya oleh anda, untuk menggerakkan dan menyusun si hadek sehingga dia menjadi seorang rijal dakwah yang benar-benar mantap dan bersungguh. Anda dilarang sama sekali untuk mengeksploitasikannya demi kepentingan peribadi. Sekiranya itu yang berlaku, ha, anda jawablah di hadapan Allah nanti!   

Ingat! Ketsiqahan itu perlu diperolehi dan tidak boleh dipaksa-paksa! Andai anda benar-benar ikhlas dengan dakwah ini, bersungguh-sungguh pula berkorban dan berusaha menyentuh hati-hati di luar sana, percayalah, pasti akan ada yang cair dan menyerahkan jiwa raga mereka kepada anda. Namun andai anda punya agenda peribadi dan bermain-main dengan dakwah ini, tidak perlu terkejut jika anda tidak disukai dan dibenci!

"Eh hadek mutarabbi. Saya ada baca artikel Inche gabbana pasal tanda-tanda ketsiqahan seorang mutarabbi kepada murabbinya. Anda ada kakak yang masih bujang tak..?"

Pengsan.

-gabbana-

Zulhijjah sudah melabuhkan sauhnya. Jom kita kejar sorga untuk sepuluh hari yang pertama ini!
 

Mesir kembali berdarah. Islam tidak akan menang selagi para pejuangnya bermain-main dengan jahiliyyah dan bermalas-malasan dengan kemewahan dunia! Ayuh bangkit!
 

6 Caci Maki Puji Muji:

Unknown 07/10/2013, 12:56  

logik inche gabbana :D (Y)

Anonymous 07/10/2013, 13:03  

tsiqah jugak perlu dihargai, kalau buat halai balai, perihal anak usrah endah tak endah, lambat laun tsiqah bertukar benci. >.<

benci sebab we put our trust to someone who doesnt even know how to appreciate it.

Anonymous 07/10/2013, 17:46  

Gembira membacanya..bukan mudah utk peroleh tsiqah ke tahap itu melainkan seseorang itu benar2 dekat di hati -)

Anonymous 10/10/2013, 08:05  

Maaf, mungkin post ini lari dari maksud yang ingin disampaikan oleh Inche Gabbana..bukan niat to be negative, but this a story of my own dear sister who joined usrah ( 2 years sudah) but with that she stops confide in her parents , sisters - me , uncles and her old friends who are fairly good people but not within the group of her usrah circle. Now she only concentrate on her murabbi and "hadek2 bulatan gembira". Sorry Inche Gabbana, i have seen many examples of this kind, and it sadden me..why do you must confide your confidential story (ies) and secrets with your murabbi, who is not of your own kin? I strongly believe in good, strong family ties and somehow her usrah has gap us form her, has broken or rather weaken the strong ties we used to have....

Anonymous 10/10/2013, 08:29  

last
anonymous- ehhe i understand how do u feel. i do feel like that once a
while. sometimes i feel , n even when i observe these like to converse
and talking with the usrah friends or their kind better than with
siblings, parents or relatives. Even siblings who lives thru all the
years, growing up with them.. their face light up when talking to their
frens. of course, i myself like to be with people with same interest
like me, or to be in the group of good people. But you know how strong
the bond btw siblings or within family, which should be stronger. By
becoming a better muslim, our relationship to those who already close to
us should also improve, and ought not to be limited to certain kinds of
people only. Be kind to everyone. Treat all equally.. -notcar99-

Anonymous 10/10/2013, 18:42  

Dear anonymous who replied me

..very well said..thank you.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP