2 June 2013

Teringin Nak Makan Sekerim Doh!

[Kredit]

"Wah, hari ni nampak meriah benar lauk-pauk yang Mak Jah jual?"

"Haah Man. Hari ni Mak Jah terlebih rajin pulak. Hehe. Hah, kau nak bungkus apa hari ni..?"

"Hhhmmm. Macam biasa la Mak Jah. Nasi lemak sambal kerang telur mata! Kacang lebih eh?"

"Tu je? Penat Mak Jah kau ni memasak, kalah Master Chef! Haaa, kau tak teringin nak terai lauk lain ke..?"

"Hhhmmm. Takpelah Mak Jah. Lain kali lah. Sambal kerang Makk Jah tetap manjadi pojaan hatiku! Hehe.. Tapi... Tapi saya teringin..." 

***


"Bang, rumah kita ni kalau cat kaler maroon mesti melatop kan..?"

"Maroon...? Ish, gelap la jadinya rumah kita ni nanti!"

"Alaaaa abang ni takde taste laaa. Bukan maroon yang gelap tuuu. Ni yang sedang-sedang merah. Gelap tak gelap. Omputih kata, just nice."

"Ish tak nak lah maroon. Takde kaler lain ke..?"

"Uh oh. Hijau epal meriah juge. Abang? Takde cadangan apa-apa ke..? Tau kritik je.."

"Takdelah terfikir pulak sekarang ni. Wahyu tak turun. Tapi kan.. Uhmmm.. Abang teringin..." 

*** 

"Akhi, anta dah decide belum destinasi jaulah kita nanti..?"

"Eh bukan kata nak pergi berjimba dekat Portugal ke..?"

"Err.. Akhi, anta ni nak berjaulah atau berjahiliyyah...?"

"Hahaha. Chill sudeh. Gurau je. Kita nak ke Cordoba dan Granada kan? Kata nak hayati sejarah silam Andalusia. Senyum."

"Oohhh best best! Banyak tempat yang nak kena singgah ni!  On top of that, bukan apa, ana teringin..."

 *** 

"Pergh ada macam-macam perisa sekerim kat sini! Memang terbhoeekkk aaahhh!"

"Haaaa.. Sebab tu lah aku bawak kau datang sini. Aku tahu dah kau konfem suka! Perisa Nini Cokolat Celup, Celup Celup! ada. Perisa teh tarik kaw ada. Perisa nasi lemak sambal ayam pon ada! Gaban en?"

"Uissshh terharu doh aku. Kau memang kawan baik aku kat dunia seh! Tapi kan..."

"Ada tapi pulak. Tapi apa..?"

"Macam mana nak cakap eh. Aih. Aku.. Aku teringin..."

***

"Awaaaakkk! Canteknya tudung-tudung kat sini...! Meriaaahh uolsss!"

"Hahaha. Kita tahu dah awak mesti suka Jalan Tuanku Abdul Rahim ni. Sebab tu kita beriya-iya ajak awak datang sini. Epik kan koleksi tudung-tudung dia?"

"Bukan setakat epik nih! Ini dah tahap lejen nih...! Abesla koyak-rabak dompet kita macam ni!"

"Awak jangan risau awak. Dekat sini, bukat setakat bermacam aneka tudung yang ada, harganya pon berpatutan! Cuma..."

"Cuma apa awak..?"

"Uhhmm.. Cuma kita teringin..."


***


Keinginan. 

Manusia tidak pernah puas. Tidak akan puas.

Keinginan manusia tiada hadnya. Tiada sempadannya. Infiniti. 

Sabda Nabi SAW:

"Sekiranya manusia diberi dua lembah berisi harta, pasti dia masih menginginkan lembah yang ketiga. Yang bisa memenuhi perut manusia hanyalah tanah. Allah pasti akan menerima taubat bagi sesiapa sahaja yang ingin bertaubat."

[Hadith Riwayat Bukhari]

Persoalannya, adakah keinginan kita berdasarkan nafsu, atau wahyu? Adakah ia untuk memenuhi kehendak serakah, atau bagi memenuhi tuntutan hidayah? Adakah keinginan kita bagi melempiaskan keinginan jahiliyyah, atau bagi menunaikan hak Allah?

Apakah neraca keinginan kita yang sebenarnya?

Menelusuri seerah Nubuwwah dan para sahabat r.a., kita akan mendapati, tiada yang lain yang diinginkan oleh para sahabat melainkan mengejar redhaNya. Tiada yang mereka mahukan melainkan mahu melangkahkan kaki ke dalam sorga. Tiada yang mereka dambakan selain daripada pembebasan daripada azab api neraka.

Neraca mereka adalah Islam. Kayu ukur yang mereka gunakan adalah dakwah. Penanda aras yang mereka imani adalah tarbiyah.

Inilah hasil sekolah tarbiyah ar-Rasul SAW. Tarbiyah baginda yang menyentuh dan membentuk jiwa-jiwa hamba bernama manusia.

Ketika 'Umar r.a. meminta para sahabat untuk mengimpikan sesuatu, jawapan yang diterimanya, walaupun tampak materialistik, tetapi semuanya adalah kerana mahu mendapatkan keredhaan Allah semata. Impian mereka, meski seolah-olahnya sangat kebendaan, tetapi ia sebenarnya berdasarkan kechentaan mereka kepada perjuangan untuk menegakkan Islam semata.

Dan impian 'Umar sendiri, yang mahukan rijal-rijal Super Saiya seperti Abu 'Ubaidah al-Jarrah, Muadz bin Jamil dan Salim (mereka redha dengan Allah dan Allah redha dengan mereka kesemuanya), tidak lain adalah kerana kechentaan beliau kepada agama ini, yang mahu melihat ia tertegak dengan kehebatan, keikhlasan dan kesungguhan pemuda-pemuda seperti mereka bertiga. 

Sedangkan kita...? Nanges. 

Yang kita teringinkan adalah segulung ijazah kelas pertama. Dan selepas itu?

Yang kita teringinkan adalah pekerjaan hebat dengan gaji besar dan kedudukan bergaya. Dan selepas itu?

Yang kita teringinkan adalah seunit kondominium mewah di tengah-tengah kota metropolitan Kuala Lumpur dengan kereta Audi R8. Dan selepas itu?

Yang kita teringinkan adalah seorang isteri bidadari duni rambut ikal mayang dagu lekuk pipi berlesung pipit yang manja lagi penuh chenta kepada kita. Dan selepas itu?

Yang kita teringinkan adalah anak-anak yang comel-comel belaka, agar dapat kita berguling-guling dengan mereka di atas katil nan empuk bercadar bunga. Dan selepas itu? 

Yang kita teringinkan adalah sepasang sut mahal berjenama yang bergaya, agar dapatlah kita memakainya ketika majlis makan malam yang dianjurkan syarikat supaya semua orang kagum dengan penampilan kita. Dan selepas itu?

Yang kita teringinkan adalah peluang untuk melancon seluruh dunia, agar dapatlah kita menangkap gambar sepuas-puasnya untuk kita tag dan muat naik ke MukaBuku dan Instagram. Dan selepas itu?

Keinginan kita tiada penghujungnya kan? Dan hampir setiap masa dan ketika, keinginan-keinginan kita adalah berdasarkan nafsu jahiliyyah kita semata-mata!

Habuk masuk mata.

"Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk ke dalam kubur. Sekali-kali tidak! Kelak kamu akan mengetahui  (akibat perbuatanmu itu), kemudian sekali-kali tidak! Kelak kamu akan mengetahui.

Sekali-kali tidak! Sekiranya kamu mengetahui dengan pasti, nescaya kamu akan melihat neraka Jahim., kemudian kamu akan benar-benar melihatnya dengan mata kepala sendiri, kemudian kamu benar-benar akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan (yang megah di dunia itu.)"
[at-Takaathur, 102:1-8]

Jadi apa yang kita inginkan...?

***

"Hah, apa yang kau teringin Man? Rendang ayam kampung ke? Mak Jah boleh buatkan! Spesel untuk kamu!"

Bukan Mak Jah, bukan. Saya teringin melihat khilafah Islamiyah tertegak kembali di muka bumi ini. Aman!"

***

"Pe dia bang? Apa yang abang teringinkan..?"

"Abang teringin untuk bina mahligai untuk kita berdua di sorga nanti. Senyum."

***

"Apa yang anta teringinkan akhi..? Cakaplah, mana tahu ana boleh usahakan.."

"Takde apa akhi. Ana cuma teringinkan agar suatu hari nanti Islam akan kembali menjadi Ustadziyatul 'Alam!"

***

"Weh, apa yang kau teringinkan? Baik kau cakap. Satgi kempunan, padan muka!"

"Haha. Kau betul nak tahu?"

"Ye la. Kalau tak buat apa aku tanya."

"Bereh. Aku hanya teringinkan keredhaan Allah. Dan aku teringinkan nak makan sekerim dengan kau kat sorga nanti!"

***

"Err ok... Apa yang awak teringinkan...? Nak makan capati dengan ayam tandoori kat kedai hujung tu ke..?"

"Ish awak ni. Bukanlah."

"Abes tu?"

"Kita.. Kita teringin sangat untuk berjumpa dengan Asiah, Maryam dan Khadijah r.a. di sorga nanti! Nak shopping tudung dengan mereka dekat pasar-pasar sorga nanti! Hehe.."

***

Senyum.

-gabbana-

17 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 02/06/2013, 20:15  

Saye teringin untuk jd lebih baik, mau suasana islam di U nanti kalau boleh sbb tkut iman goyang.

Rabbi, nak sangat :-(

Unknown 02/06/2013, 20:16  

Assalamualaikum.. Senyum.. Ana juga teringin sangat untuk menjadi seorang muslimah sejati dan melihat wanita-wanita di luar sana menyedari bahawa wanita adalah hiasan dunia.. Dan seindah hiasan adalah wanita solehah.. Senyum menangis..

Anonymous 02/06/2013, 20:20  

teringin berada di satu majelis inche gabbana yg bg talk

eh.

boleh ke cenggini? >,<

Anonymous 02/06/2013, 20:34  

ana ingin berjumpa dgn penulis ni..teringin sgttttt...

Anonymous 02/06/2013, 20:36  

aku teringin nak jumpa umar al-khattab

Anonymous 02/06/2013, 22:02  

Hmmmmmm ..teringin nak jumpa arwah ayah dekat Sorga !!! guling atas lantai sama-sama

Nanges

Anonymous 02/06/2013, 23:13  

teringin agar:

setiap keinginan di hati hanya kerana mengharapkan RedhaNya..

mendapat petunjukNya supaya keinginan ini tidak berpaksi kepada dunia semata..

hati ini diri ini kuat mengatasi hasutan Syaitan Laknatullah dan hawa nafsu yang mengoda..

T T

ENCIK MUSAB 03/06/2013, 01:47  

This is nice :D

Anonymous 03/06/2013, 02:03  

Best!
*nangis laju laju* T.T

Anonymous 03/06/2013, 04:26  

Kagumlah pada Sang Pencipta yang mengilhamkan penulis dengan penulisan yang sebegini indah! MasyaAllah.. :p

Nur Aqilah Zahirah 03/06/2013, 09:29  

Make a wish. :)

HUFFAZssa 03/06/2013, 13:05  

erk? memang ta buleh ke untuk kita mengharapkan yang lebih (means: yang lebih baeq)? Bukanke, kite perlu ade peningkatan dalam prestasi hidup kite jugak? Salah ke kalau kite nak jadi or dapat yang baeq.. kemudian yang lebih baeq... dan kemudian lebih-lebih baeq lagi? Fastaqul khairaatt?? [erk?!] bule ke tanye camni? just wondering.. ta paham(titik)

Insan Kerdil Berkata-kata 03/06/2013, 19:09  

huffaz.. yg en.gabbana terangkan atas ni bukanlah tringinkan perubahan lebih baik tu.. tp tringan keduniaan.. cub tgok hadis tu.. 'pasti mereka meminta gunung yg ke-3 setelah ada gunung harta pertama dan kedua'.. maksudnya keinginan keduanian dan ikot nafsu.. so? kita punya keinginan yg cmana?~ aman~

Unknown 05/06/2013, 16:40  

Suka dengan plot post ni. MasyaAllah!
Boleh buat iklan. Siriyes tau IG.

Anonymous 06/06/2013, 23:44  

wise content. penyampaian tulisan superb. coz u change and add new beat to ur writing. it's nice there twist to those keingininan. from my pov, i thought those keinginan will be just dunya. but these short yet meaningful stories indeed tell us that we can go beyond dunya with correct fikrah. jzkk. jgn terpenggal kepala dek pujian.

Anonymous 29/06/2013, 21:29  

aku mahu bertemu kamu di syurga juga gabbana

Anonymous 15/06/2014, 18:17  

Ya Allah yang membolak balikkan hati, janganlah kau ubah hati kami setelah kami telah yakin kepadaMu.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP