29 May 2013

Surat Dari Pembaca #3: Ini Sungguh Jujur!

[Kredit]

Sudah lama saya tidak buat slot 'Surat Dari Pembaca.' Jujurnya, banyak emel dan mesej-mesej Mukabuku yang saya terima. Untuk pengetahuan anda, semua emel dan mesej akan saya baca satu-persatu. Cuma saya tidak berkemampuan pada tahap ini untuk memberi maklum balas kepada semua emel dan mesej yang dihantar.

Muka bersalah. 

Hari ini saya ingin berkongsikan satu emel yang diterima semalam, yang dihantar oleh Cik Q. Emelnya simpel dan lurus ke hadapan sahaja. Tetapi entah, saya dapat merasakan kejujuran pada emel ini. Tulisannya tulus dan saya percaya, terbit dari jiwa si Cik Q yang bersih. 

Oleh sebab itu, saya merasakan wajar untuk saya kongsikan dengan anda semua. Semoga kejujuran Cik Q dapatlah menyentuh hati-hati anda di luar sana. Senyum.

Seperti biasa, saya telah pon mendapat keijinan si penulis emel terlebih dahulu, Cik Q, sebelum berkongsikannya di sini. Dan seperti biasa juga, dengan sesuka suki hati saya, saya telah mengedit susun atur, huruf besar huruf kecil, tanda baca, ejaan dan sebagainya, untuk keselesaan dan kemaslahatan anda yang membaca. Ok saya tahu saya ada OCD. Peluh kecil.

Baiklah. Selamat membaca surat ini dengan popkon panas perisa karamel dan jus oren sejuk!

***

Salam buat inche gabbana.. (Kenapa gabbana ye? Hehe)

First, terima kasih sudi baca email ni.

Second, tujuan saya tulis email ni adalah untuk menghabiskan sisa masa yang ada sambil tunggu kawan datang. Hehe.. Saya baru lepas baca blog inche, so tergerak hati nak berkongsi cerita dengan Inche. Saya ada sorang kawan cina yang sangat baik.. Sangat baik sampai saya rasa sangat sayang dia bukan seorang muslim. Bila saya baca quran dan sampai kat ayat yang sentuh tentang azab untuk orang kafir mesti saya rasa sedih, sebab saya bayangkan alangkah kesiannnya kawan saya tu. Sekarang saya sedang cuba untuk perkenalkan Islam kepada dia. Alhamdulillah dia sangat terbuka untuk perbincangan agama. Cuma yang menjadi masalah sekarang dia lebih berminat kepada Kristian kerana dia telah didakwah oleh mubaligh Kristian dari sekolah menengah lagi. Setiap minggu pasangan mubaligh Kristian tu datang ke rumah dia untuk mengajar tentang Bible dari dia kecik lagi sampai sekarang. (Betapa hebatnya semangat diorang untuk menyebarkan Kristian kan. Beza sangat dengan kita :'( )

Sekarang setiap minggu kawan saya akan pergi church. Agak sukar untuk saya menjelaskan pada dia tentang Islam kerana dia seperti telah terpengaruh 100% dengan ajaran Kristian (tapi dia mengaku belum Kristan). Kadang-kadang ada masanya saya rasa macam give up untuk berbincang dengan dia sebab dia seperti tidak menunjukkan respon pada perbincangan kami. Dia macam main tarik tali dengan saya. Ada masa dia mengaku yang Allah tu benar tapi dia tak percaya pada Nabi Muhammad (mungkin dia dah terpengaruh dengan ajaran Kristian yang tak percaya pada Rasulullah). Tapi saya tau jalan dakwah memang panjang, perlukan kesabaran dan kecekalan yang tinggi. Saya terfikir, ni baru sorang manusia saya cuba untuk kenalkan kepada Islam, Rasulullah dulu beratus-ratus ribu, tapi Rasulullah tetap sabar kan? :')

Indahnya jalan dakwah kalau kita yakin pada Allah. Yang kemenangan pasti berpihak pada jalan yang benar. Doakan kawan saya tu diberikan hidayah untuk memeluk Islam, juga doakan saya semoga terus sabar dalam perjuangan dakwah ini.

Ok. Tu saje. Kawan saya pun dah datang. Terima kasih sudi baca. Salam.

***

Kan kan kan? Jujur bukan..?

Kesat air mata. 

Untuk Cik Q, teruskan dengan usaha-usaha dakwah anda. Makcik Hidayah itu milik Allah dan Dia boleh suruh Makcik Hidayah langgar sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.

Tugas kita? Berusaha dan berusaha dan berusaha, untuk menghalakan Makcik Hidayah kepada mereka ini. Eheh. Tanpa lelah dan mengenal erti putus-asa.

Siapa tahu, suatu hari nanti dia akan tersentuh juga. Hasil senyuman anda yang tidak putus-putus itu. Hasil kesabaran anda menjawab setiap persoalan yang ditanyakan. Hasil kesungguhan anda memujuk dan terus-menerus mencari peluang untuk memperkenalkan keindahan Islam kepadanya. Hasil kejujuran anda yang benar-benar mahu rakan anda itu bersama-sama anda di dalam sorga nanti!

Saya yakin, tiada sebab untuk Allah tidak membuka pintu hatinya untuk menerima Islam andai anda benar-benar ikhlas mahu menariknya ke arah agama yang mulia ini. Saya yakin, berkat kejujuran dan kesabaran anda, Makcik Hidayah pasti akan mengetuk pintu hatinya. Saya yakin, suatu hari nanti dia akan jatuh chenta pada Islam juga akhirnya! 

Dan oh, jangan lupa doakan untuknya! Biarlah si Pemilik Jiwa yang memegang hatinya itu melembutkan egonya dan mencairkan bongkah ais yang menghalang dirinya daripada jatuh chenta pada Islam. Kita berusaha dan meletakkan ikhtiar; selebihnya kita bertawakkal kepada ketentuanNya! 

Apa yang penting?? Kerjasama! Ok tetiba.

Oldebes kepada Cik Q! Moga Allah permudahkan usaha-usaha murni dan mulia anda itu! Dan saya doakan agar suatu hari nanti, akan terbuka jua pintu hati rakan anda itu untuk menerima Islam!

Senyum pipi kembung.

-gabbana-

Hari ni rasa tak sedap badan pula. Takkan nak demam lagi kot? Adoiii banyaknya dosa saya ni! Nanges. 

7 Caci Maki Puji Muji:

Nina 29/05/2013, 15:15  

Cik Q,,, boleh cari sesiapa yang berdekatan.

Lets say kalo cik Q kat UTM, or JB, kitorng ade mujahid training setiap hari selasa untuk belajar cmne nak trigger dan mulakan conversation, di IKRAM taman universiti

InshaAllah, kat kawasan lain pun banyak... Hidayah Centre and any other NGO.. kat penang pun ade

Cik Q boleh refer pd You tube untuk bljar juga, as long as the way we approach them is as what Allah and Rasulullah saw order us.

last but not least, do give him or her the translation of alquran. and

the most important and crusial mesej adelah
definisi (penerangan)
1. Islam
2. Muslim
3.Who is Muhammad ( Zumar:40 the sealed prophet)
4. Who is Allah (112:1-4)

or cik Q ley contact saya k kalo nak pape. :)

semoga terus diberi kekuatan, inshaAllah

Ainaa athirah 29/05/2013, 15:27  

assalamualaikum wbt cik Q :)

saya doakan awak dikurniakan kekuatan oleh Allah untuk terus sabar sabar dan sabar dalam berdakwah :D Ameen

dan insha Allah saya doakan sahabat anda itu akan beroleh hidayah.Ameen!

selalu ingat dalam hati,kalau Allah nak bagi hidayah pada seseorang,satu dunia takleh halang.

banyakkan berdoa ok!

oh,anda sangat jujur.subhanallah

atikah ramly 29/05/2013, 15:55  

Salam.

Saya ada kawan yang memang terlibat dengan aktiviti dakwah kepada non muslim di sekitar lembah klang. selalu juga mereka ada perbincangan sesama mereka dalam bidang dakwah.

Jika berminat, boleh pm saya untuk mendapatkan contact no. emel saya : oggyit@yahoo.com

sekian. moga sedikit sebanyak membantu. :)

siti hazreen 29/05/2013, 20:50  

semoga cik Qi terus tabah dan tak putus asa ^___^

JM 30/05/2013, 07:18  

masha Allah moga Allah mudahkan, cik Q. in case klu cik Q baca ni, boleh email saya? nak jugak tolong mana yang mampu insha Allah :) or kalau IG boleh forwardkan email sy padanya. jazakallahu khayran!

jyja.medwahi@gmail.com

Ana Thira 30/05/2013, 07:50  

Salam alaik,mungkin boleh cuba ambil isi dalam novel Isabella,novel tu mengenai perbandingan agama Islam dgn Kristian.Soal Nabi Muhammad pun ada. InshaAllah membantu :) Semoga awak mendapat redha Allah.

Anonymous 31/05/2013, 19:50  

Allahu, saya alami stuasi sama, sedih sgt. Tp kta tetap boleh saling doa agar dlimpah taufik dan hidayah. InsyaAllah. Kita perlu tunjuk akhlak yg baik. Rasulullah, adalah contoh ikutan yg terbaik. :)

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP