3 June 2013

Tarbiyah Liberal?

[Kredit]

(Amaran: Artikel ini hanya sesuai untuk dibaca oleh mereka yang sudah berkecimpung dengan tarbiyah dan dakwah. Aktif atau tidak, itu belakang kira. 

Sebarang kejadian mulut berbuih atau mata juling akibat tidak mahu mendegar nasihat ini, adalah di luar tanggungjawab saya sekian terima kasih.

Dan untuk anda yang sepatutnya terasa, anda tahu siapa diri anda. Aman.)

Pengsan.

Bangun balik dah baca semula tajuk post.

Pengsan. Berbuih mulut.

Tarbiyah dan liberal adalah dua perkataan yang sepatutnya tidak sepadan dan tidak boleh belah. Ia tidak secocok. Tidak boleh masuk.

Tetapi sedihnya, itulah hakikat yang berlaku pada hari. Tarbiyah menjadi liberal bukan pada frasanya, tapi pada amal dan perbuatannya. 

Apa itu tarbiyah liberal?

Kamus dewan edisi terbaru tidak pernah mengeluarkan atau mendefinisikan maksud tarbiyah liberal. Begitu juga dengan ensaiklopedia Britannica yang terkenal itu. Cari kat Wikipedia pon konfem tak jumpa. Mungkin mereka tidak berani atau tidak sanggup untuk memberikan takrifan kepada frasa yang cukup menggegarkan bumi ini. 

Tetapi berdasarkan kefahaman dan pemerhatian saya yang marhaen ini, tarbiyah liberal bermaksud meringan-ringankan tarbiyah, tidak seriyes dengan tarbiyah, merasakan tarbiyah itu tidak perlu atau bukan prioriti dan tidak bersungguh-sungguh dalam mentarbiyah. 

Suatu ketika dahulu beberapa kali sudah saya terjatuh kerusi, apabila ada pihak yang cuba memisahkan antara dakwah dan tarbiyah. Kononnya dakwah dan tarbiyah adalah dua entiti bebas yang terpisah. Golongan ini cuba memperjuangkan dakwah tanpa tarbiyah; mereka juga boleh berdakwah tanpa adanya tarbiyah. Pada masa yang sama, mereka juga melabel sesetengah golongan yang hanya mahu ditarbiyah dan mentarbiyah, tanpa mahu berdakwah. 

Jatuh kerusi lagi sekali.

Saya betul-betul pening dengan pandangan sebegini rupa. Saya tidak tahu dari mana datangnya rujukan mereka ini. Tarbiyah dan dakwah tidak mungkin boleh dipisahkan. Mereka bergerak seiring dan sejalan. Ala-ala video 'Sebelah Sayap' oleh Mat Luthfi; tanpa salah satu daripadanya, Islam tidak mungkin akan terbang! Ahah. 

Sudah berkali-kali saya katakan; dakwah tanpa tarbiyah itu gila. Dan tarbiyah tanpa dakwah itu gemok!

Dan kini tarbiyah liberal pula..? Adus. 

Golongan tarbiyah liberal ini lain macam pula spesisnya. Mereka tidak menolak kepentingan untuk berdakwah. Mereka tidak menafikan kepentingan tarbiyah. Malah mereka suka untuk bersama dengan gerabak tarbiyah dan dakwah ini.

Jadi apa masalahnya Inche gabbana..? Bunyinya macam kool sahaja mereka ini?

Batuk.


Masalahnya, mereka mahu tarbiyah dan dakwah itu dilaksanakan mengikut selera dan kehendak mereka. Mereka mahu tarbiyah dan dakwah itu berjalan sepertimana otak mereka berjalan. Mereka inginkan tarbiyah dan dakwah itu bergerak berdasarkan neraca nafsu dan kesukaan mereka.

Mereka tidak suka apabila murabbi mereka memaksa mereka untuk membawa bulatan gembira. Mereka benci dan meluat apabila muwajjih dalam konferens riang berkali-kali menekankan kepentingan meninggalkan jahiliyyah; pada mereka itu hak mereka dan mereka tidak menyusahkan orang lain! Mereka tidak boleh terima adanya mutabaah amal, qadhaya dan sebagainya, kerana merasakan hal-hal yang sedemikian mengongkong hidup mereka dan menyekat kebebasan mereka. 

Peluh besar.

Yang mereka sukakan adalah mereka ke bulatan gembira untuk mendapatkan ilmu semata-mata. Yang mereka mahukan adalah konferens riang yang penuh dengan aktiviti ukhuwwah mata bersinar-sinar tanpa pengisian-pengisian yang mengezaass dan menghempap kepala dengan batu besar. Yang mereka mahukan adalah mereka bebas mencorakkan tarbiyah dan dakwah mengikut kepala dan nafsu mereka semata!

La hawla quwwata illa billah. Geleng kepala.

Saya mahu bertanya kepada golongan ini dengan satu soalan (Yang ranting soalannya ada banyak. Heh.).

Siapa rujukan anda? Buku fikrah mana yang anda gunakan? Shuyukh atau asatizah mana yang menasihatkan anda? 

Apa bezanya anda dengan golongan sekular, yang memisahkan agama dengan urusan dunia? Apabila anda memisahkan tarbiyah dengan ruhnya yang sebenar? Apabila anda menjuzuk-juzukkan tarbiyah dan dakwah mengikut suka hati peparu dan ginjal anda...?? 

Maaf sekiranya bunyinya terlalu kasar. Tapi jujur, saya betul-betul tidak boleh menerima fenomena sebegini. 

Jika benar mahu membawa fikrah ikhwan, maka kembalilah kepada asolah fikrah ikhwan. Jika beriya-iya anda mendabik dada bahawa anda memperjuangkan fikrah Hassan al-Banna, maka jadikan Majmu' ar-Rasail sebagai panduan anda. Jika benar anda berasa 'izzah dengan fikrah haraki yang usianya lebih tua daripada tok dan nenek kita ini, maka beramallah dengan tuntutan dan haknya yan sebenar, bukannya dengan resipi dan kesukaan kita sendiri! 

Saya tahu, ketika ini pasti akan ada yang berkata atau etlis terlintas di kepala,

"Hekeleh Inche gabbana ni, bajet bagus pulak dia! Dia tu pon baru setahun jagung dalam tarbiyah ni, dah nak tunjuk pandai! Ppffftt!"

atau

"Poyo seh Inche gabbana ni! Dia ingat cara dia sorang je betul...?? Tarbiyah tu kan luas skop dia..? Jangan jadi jumud boleh kan...??"

atau

"Apa punya dai'e la Inche gabbana ni. Suka sangat buat tuduhan melulu. Tak berlapang dada langsung!" 

Tapak tangan.

Tarik nafas. Hembus perlahan-lahan.


Untuk rekod, sumber maklumat saya adalah sumber yang amat terpercaya (tsiqah) dan berwibawa. Tiada sebab untuk saya meragui maklumat dan informasi yang telah dibekalkan kepada saya.

Kedua, saya tidak mendakwa apatah lagi mendabik dada bahawa hanya saya sahaja yang betul. Konon cara saya sahaja yang boleh terima. Seolah-olahnya kalau nak buat tarbiyah dan dakwah, mesti kena ikut cara Inche gabbana!

Astaghfirullah.

Apa yang saya ingin katakan dan tekankan di sini, seandainya anda benar-benar ingin membawa tarbiyah dan dakwah versi ikhwan, maka gunalah cara ikhwan. Rujuk buku-buku dan risalah-risalah mereka. Fahami hak dan tuntutan fikrah ini.

Kalau nak fahami Ini Sungguh Kool, boleh rujuk 'Bainal Ams wal Yaums' (Antara Hari Ini dan Semalam) tulisan Imam Hassan al-Banna. Nak tahu kepentingan dan kewajipan membawa bulatan gembira, boleh rujuk 'Tsawabit dan Mutaghayyirat' (Perkara yang tetap dan boleh berubah) hasil buah fikiran Syaikh Jumu'ah Amin. Nak faham kepentingan taarif, takwin dan tanfiz secara tersusun dan efisien, silalah rujuk Jalan Dakwah karya Syaikh Mustafa Mahsyur. Nak jelas mengapa jahiliyyah itu penghalang kepada tarbiyah dan dakwah, boleh rujuk Ma'alim fit Thariq (Petunjuk Sepanjang Jalan) oleh Sayyid Qutb. Kalau nak tahu fiqh dakwah, mengapa kita perlu fokus pada qaedah sulbah dan kepentingan melakukan kerja-kerja dakwah yang muntij, anda boleh rujuk al-Muntalaq tulisan Syaikh Muhammad Ahmad Rasyid. Nak rujuk gerakan tarbiyah dan dakwah zaman Nabi dan para sahabat, silalah rujuk fiqh seerah Syaikh Muhammad al-Ghazali atau Syaikh Ramadhan al-Bouti. Dan banyak lagi sumber-sumber rujukan dan bahan-bahan fikrah yang sepatutnya menjadi landasan dan rujukan para dua't di luar sana. 

Ini tidak, janganlah memandai keluarkan teori atau fikrah sendiri tanpa bahan rujukan atau sumber yang sepatutnya! Anda bukan sahaja merosakkan fikrah dan kefahaman anda sendiri, bahkan anda juga telah memalitkan lumpur-lumpur fitnah pada jamaah tarbiyah dan dakwah ini! 

Pening kepala. 

Bagi saya, golongan ini terlalu amat mementingkan diri. Mereka bersama tarbiyah dan dakwah kerana punya kepentingan diri yang mahu dipuaskan. Mereka ok bila mana teguran dan nasihat yang diberikan tidak bertentangan dengan amalan kehidupan seharian mereka. Mereka boleh terima apabila fikrah yang diperjuangkan tidak menggangu gugat zon selesa mereka. Dan mereka berpuas hati bila mana bulatan gembira yang mereka hadiri dan konferens riang yang mereka sertai tidak menegur atau menyentuh jahiliyyah-jahiliyyah yang mereka ceburi.

Tapi mereka pantas melenting apabila teguran yang dilemparkan benar-benar terkena pada diri. Mereka panas hati apabila kehidupan berjimba dan huha huha mereka sehari-hari digganggu oleh mutabaah amal atau arahan dari murabbi. Mereka tidak senang duduk dan garu kepala apabila pengisian-pengisian yang mereka dengari mencabar keegoan dan mencalar keangkuhan diri mereka.

Allahu rabbi. 

Maka lahirlah spesies dai'e yang hanya mahu berjuang apabila dirinya percuma dan tiada kepentingan diri lain yang perlu dipenuhi. Terbentuklah sekumpulan dua't yang manja dan tidak tahan dengan mehnah dan tribulasi. Wujudlah sekelompok dua't yang tidak boleh disusun dan diberikan arahan, kerana mereka hanya mentarbiyah dan berdakwah sesuka hati, yang hanya kena dengan nafsu dan kehendak diri. Terbinalah manusia yang sentiasa mencari-cari kambing hitam untuk dipersalahkan bila mana mereka rimas dan lelah dengan tarbiyah dan dakwah ini. Muncullah raksasa-raksasa yang ego dan angkuh, yang sentiasa merasakan dirinya sahaja yang betul dan tidak mahu mendengar penjelasan dan nasihat orang lain. 

Lahirlah segolongan manusia yang bernama dai'e liberal. 

Nanges laju-laju.

Sumpah saya terlalu amat sedih apabila pertama kali mendengarkan fenomena ini. Seperti tidak percaya, dalam gerabak tarbiyah dan dakwah yang sedang bergerak laju, ada sekelompok manusia sebegini. Yang lebih menyedihkan, adalah apabila mereka pantas menyalahkan pihak lain demi semata-mata mahu menyembunyikan kelompangan dan kebobrokan yang ada pada diri mereka. 

Hanya kerana mereka masih bermain-main dengan jahiliyyah dan berat untuk meninggalkannya, mereka menyalahkan tarbiyah yang kononnya terlalu syadid. Hanya kerana mereka gemok dan malas untuk membawa bulatan gembira, pantas mereka mengatakan tiada dalil yang menyatakan bahawa membawa bulatan gembira itu wajib. Hanya kerana mereka tidak rela untuk berkorban masa dan tenaga, bersengkang mata bersyura dan merancang gerak kerja, mereka menjadikan sesuatu kumpulan atau individu sebagai tapir hitam mereka. Eh. Kambing hitam.

Ikan apakah ini...?? 

Hang biaq betoiii...?? [Kredit]

Memetik kata-kata seorang al-akh yang amat saya hormati,

"Seperti orang yang tak nak ikut sunnah akan berkata, 'Kami bukan tak nak ikut sunnah, cuma kami tak mahu jadi wahabi!'

Atau orang yang tak nak hudud akan berkata, 'Kami bukan tak nak hudud, cuma kami tak mahu hudud Pas!'

Dan sekarang ada orang kata, 'Kami bukan tak nak all out utk dakwah, cuma kami tak mahu syadid macam XYZ!'"

Geleng kepala, air mata mengalir laju.

Jujur, kadangkala saya berasa penat dan lelah dengan golongan sebegini. Terasa seperti mahu berputus-asa membantu mereka. Lebih baik saya fokuskan tenaga, masa dan semua sumber yang ada kepada ramai lagi di luar sana yang menanti-nanti sahaja untuk ditarbiyah dan sudah bersedia untuk bergerak dengan lajunya. Seolah-olah golongan sebegini sudah tiada harapan lagi.

Astaghfirullahal adzim. Urut dada.

Sudahlah. Cukuplah memberi alasan. Cukuplah menabur fitnah dan penipuan. Dan cukuplah menipu diri anda sendiri kerana anda tahu apa itu kebenaran. Tarbiyah adalah tarbiyah. Tidak sepatutnya ada apa-apa yang bernama tarbiyah liberal. Tiada siapa-siapa yang sewajarnya digelar dai'e liberal.

Kembalilah. Kembalilah kepada asolah dakwah. Kembali jernihkan tarbiyah. Sudah masa untuk anda membuang jahiliyyah.

Andai anda tidak suka kepada mana-mana kumpulan sekali pon, atau merasakan buku-buku fikrah yang ada sudah ketinggalan zaman, bukalah buku-buku sirah, hayati perjalanan hidup Nabi SAW dan para sahabat; anda pasti akan menemukan jawapan. 

Dan sekiranya anda masih berdegil, masih mahu mempertahankan ego anda itu, masih mahu berlagak angkuh dan tidak mahu berubah demi kebaikan, ketahuilah, gerabak ini tidak memerlukan manusia seperti anda. Tarbiyah dan dakwah ini tidak membutuhkan sedikit pon apa-apa daripada anda. Islam tidak akan rugi sekelumit apa pon tanpa anda. Percayalah.

Kerana apa?

Kerana dakwah bukan untuk orang manja!

-gabbana-

Maaf andai saya kelihatan emo dalam post ini. Hakikatnya, saya amat sedih dan tidak terpercaya dengan apa yang berlaku. Ia terlalu menghiris jiwa. 

Saya tidak hairan selepas ini ada yang akan melabel saya sebagai syadid pula! Allahu... 

57 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 03/06/2013, 22:06  

Assalam. Apg, saya ada soalan. Saya ada join D&T dan boleh dikatakan dah biasa dengan bulatan gembira ni. Tapi saya rasa tak selesa bila naqib/ naqibah memaksa saya join program walaupun bila saya tk free atau tak rasa nak join program tu. So... apg rasa salah ke kalau saya ikut rasa tak selesa saya tu?

Hafizi Azmi 03/06/2013, 22:11  

indeed..
sbb dakwah bukan utk org manja.. :)

ini syadid, atau realiti..?
haa...

ENCIK MUSAB 03/06/2013, 22:15  

APG, Ana uhibbuka fillah, ;D HAHA

Anonymous 03/06/2013, 22:21  

wslm... yg x selesa perlu diselesakan.. kalo btol2 kita buat kerna Allah.. kene cuba.. bkn sbb naqib/naqibah suruh..

setiap amalan perlu dimulakan ngan paksaan.. nak buang jahiliyyah pown perlu paksa diri.. coz islam bkn agama magic...

"ting" tetiba awk suka gi daurah..
"ting" tetiba awk jdik baek..
kalo x msti rmai yg b'kecimpung dlm jln niey.. hakikatnya.. jalan niey x mudah..

Anonymous 03/06/2013, 22:25  

Kita nak redha Allah. Camtu haa.. Redha Allah.

Nizam 03/06/2013, 22:25  

sepatutnye tak boleh la nak paksa sangat datang bulatan gembira tu ye dok. lagipun setiap orang ada hal masing2 and mungkin dia dah ada perancangan lain. dan beramal pun Allah kata ikutlah sesuai kemampuan kita. Lagi pun kalau kita paksa diri datang, and tetibe perbuatan kita tu menyebabkan urusan dunia yang lain terabai atau terkurang, tak ke nanti menimbulkan fitnah kepada bulatan gembira itu sendiri. Padahal bulatan gembira itu penting memang penting, mungkin bole dianggap sebagai fardu kifayah tapi tak pe je kalau nak skip sekali dua. Sebab setiap benda tu ad hak dia. Badan kita ada hak dia untuk rehat. Keluarga kita ada hak untuk bersama dengan kita. Masyarakat ada hak untuk bergaul dan berkawan dengan kita. Allah lagi lah ada hak ke atas diri kita.

Plus, pasal bulatan gembira lagi. Err tak paham kenapa mesti memaksa orang yang tak nak bawa bulatan gembira untuk bawa bulatan gembira. Kan lebih baik untuk gunakan orang yang bersedia dan lebih bersemangat. Ya mungkin dengan memaksa bole mengajar orang yang membawa itu melahirkan keikhlasan, tapi macam mana kalau dengan cara itu juga boleh menyebabkan orang-orang yang dibawa dalam bulatan gembira tu jadi lebih jauh atau terpesong daripada jalanNya. Tidakkah ia lebih membawa keburukan daripada kebaikan.

Mohon penjelasan... TQ

z!!-han 03/06/2013, 22:27  

4 sure kne besusah pyh. dakwah+payah=jannah.allah siap bg offer tebaek pnye yg mmg xkn ade mnusia mmpu bg.
kite tlg agame allah,then allah hpuskn dose2 kite n allah bg kite jannah.ape lg kite nk?

aku 03/06/2013, 22:30  

DnT yang longgar, termasuklah yang menyentuh isu BaitulMuslim. saya pun xkisah if orang nak kata saya syadid. so what? seperti imam syafi'e yang amat teliti dan mementingkan kesempurnaan. itu juga yang kita pilih berbanding imam-imam laen.

liberal??
haha. mesti ada satu kaum/kelompok yang suka gila terma ni.

=D

Nizam 03/06/2013, 22:30  

sorry tapi tak semua benda boleh dipaksa-paksa

tengok cara nabi dakwah, naib paksa ke?

nabi ajak dulu mula2
tunjukkan akhlak terpuji

kalau paksa ialah suatu cara yang baik, then coba lihat agama2 lain yang coba memaksa org islam keluar islam, tak ke tu cara paksa gak? berjaya dop?? tidak kan...

ya betul bile difikirkan balik kena paksa sikit untuk buat benda2 baik ni. tapi lebih baik bukan org lain yang memaksa melainkan diri sendiri yang sedar dan coba memaksa diri sendiri

sekadar pendapat hm.....

Anonymous 03/06/2013, 22:35  

Saya setuju dengan NIZAM berkenaan dengan paksa bawa bulatan gembira tu. Sebab saya dah ada pengalaman jadi macam tu.

Saya pernah ajak kawan join usrah, dan memang dia sendiri yang tanya (dia memang nak join la). Tapi disebabkan mustawa dia tak sama dengan saya, jadi dia terpaksalah dimasukkan dalam kumpulan lain.

Dan, kebetulan pula naqibah yang dia dapat tu "naqibah jadian" pula. :'(

Liqa buat jarang-jarang, perbincangan kurang, pengisian pun tak berapa ada. Buat masa maghrib, jadi setiap kali ada bulatan gembira, solat maghrib lambat. Isyak masuk pukul 8.20, solat pukul 8.15. Katanya masa itu saja yang dia boleh luangkan.

Kawan saya tak sedap hati sebab katanya macam mana nak bergerak membangunkan ummah, kalau solat pun lintang pukang. Akhirnya, kawan saya tawar hati dan membuat keputusan meninggalkan D & T itu. Bila sebut saja daurah / jaulah dsb, terus dia fobia.

Saya rasa inilah kesan memaksa orang membawa bulatan gembira. Betulkan jika saya salah. Wallhu'alam.

Anonymous 03/06/2013, 22:35  

Mungkin dalam konteks kamu. Mari kita lihat dalam konteks mereka yg liberal kamu panggil. Sedar atau tidak ada dogmatik mungkin dalam kamu. Allahu

Anonymous 03/06/2013, 22:39  

Bagi saya, perkara yang boleh dipaksa adalah perkara yang bersifat individu. Seperti puasa, solat, baca quran etc.

Kalau perkara yang melibatkan individu lain, maka paksaan mendatangkan kesan buruk dan fitnah yang besar. Contohnya, paksa orang suruh bagi penyampaian /ceramah. Nanti orang dengar pun bosan, tak dapat isi.

Unknown 03/06/2013, 22:43  

Bulatan gembira lebih kurang 2jam seminggu...bersamaan +- 1.2% daripada masa yg kita ada seminggu..dakwah dan tarbiyah tidak mengganggu perancangan anda tetapi menggantikan waktu2 yg kita lalai..

Perumpamaannya anda boleh cancel janji dengan kawan jika clash dgn exam tp anda xboleh cancel janji dgn kawan jika clash dgn usrah...di manakah level Allah dihati kita... sobs2

Anonymous 03/06/2013, 22:48  

Pasal bulatan gembira, saya dah lalui..insyaAllah..tarbiyah tu proses. Maka laluilah dengan sabar. Cabaran dlm bulatan gmbira etc, akan jadi pengalaman buat kita. Dan boleh ke pengalaman tu di bayar dgn seisi langit dan bumi? Maka sabar lah. Redah dulu jalan ni.. Bila dah faham, pengalamn tu la yg kte ingat. Betulkan jika salah, tambah jika kurang.

Inche gabbana 03/06/2013, 23:29  

Salaam a'laikum warah matullah.

Jazakumullahu khairan katheera yang sudi memberi komen dan memberikan pandangan.

Tapi saya rasa ramai yang salah/kurang/tidak faham dengan artikel yang saya tulis ini.

Artikel ini bukan tentang paksaan/kesanggupan dipaksa dan yang seangkatan dengannya.

Ia berkenaan dengan sejenis golongan yang telah meliberalkan tarbiyah. Yang mengambil ringan akan hak-hak tarbiyah. Yang tidak seriyes dalam tarbiyah.

Orang yang faham dan beramal dengan tarbiyah yang sebenar, dia tidak rasa dipaksa pon. Dia akan beramal dengan gembira dan sukarela iAllah.

Saya pon tak setuju dengan dakwah secara paksa. Itu bukan cara kita. Itu bukan cara Nabi dan para sahabat.

Sebab tu saya letak 'amaran' di bahagian awal2 artikel ini. Sebab saya tuju pada orang yang sudah pon beramal dengan tarbiyah dan dakwah. Yang sudah pon berbulatan gembira, etc.

Maaf, saya mungkin tidak adil dan tidak telus dalam pandangan saya. Dan anda berhak mengkritik dan tidak bersetuju.

Allahu a'lam.

Moga Allah redha. ;)

Syabab 04/06/2013, 02:30  

Assalamualaikum semua. :)

Ahah! saya setuju dgn apb. Ni bukan pada rasa keterpaksaan dalam proses dakwah dan tarbiyah. tapi ni adalah proses kesanggupan seseorang hamba Allah korbankan masa harta utk Allah. Memang,kita punya banyak hak utk d tunaikan. hak kpd kawan2,hak kpd masyarakat,hak kpd study lagi. Tapi ni soal individu. pengurusan masa yg setiap individu perlu cermat dalam menguruskannya.

Contoh macam Allah amanahkan solat fardhu 5 waktu kpd manusia. Bila kita terlepas solat subuh, wajar ke kita salahkan Allah sebab mensyariatkan solat subuh awal?

Berkenaan ujian yg d lalui waktu mula2 kenal dengan usaha ni,awal2 lagi dah kena test, dah kena uji. berbulatan gembira pada waktu maghrib, ambik masa riadah petang2, dan macam2. eheh! senyum sendiri saya bila dengar mcm ni.

Tak ke Allah dah habaq siang2 dah ke kita semua, barangsiapa nk beriman,nah nantikan ujian daripada Allah! Baru la terbukti keimanan seseorang bila d uji,kan? Biasalah, pada awal proses mencari jalan yg lurus, pasti dan pasti Allah akan selit dengan ujian. Kawan2,andai betul sabar dengan ujian,Allahu,manis rasanya. Rasa macam sayang sangat dengan usaha ni. Rasa macam... entah lah,saya pun xtau nak cakap macam mana. best sgt! :)

Betul lah, tarbiyah liberal. Term yg baru,tapi dah menular dengan pantas dalam kalangan da'ie. Haih. Kawan2,atas jalan ni nabi muhammad bermandikan darah. Atas jalan ni baginda nabi saw bermandikan peluh. Atas jalan ni,baginda nabi saw habiskan air mata sebab menangis untuk ummat.

Tapi kita?

"aduh! awat la naqib pi wt bulatan gembira time riadah. dah xjadi bulatan gembira dah ni. Bulatan sedih. Ergh~ Malas nya!"

Korban riadah pun tak sanggup. Korban masa pun tak sanggup. Kemudian dengan mendabik dada kita mintak syurga? Allahu. Saya cakap,sebab saya yang salah. Sebab saya kurang menangis mohon hidayah untuk kamu semua. Maafkan saya.

Assalamualaikum.

Anonymous 04/06/2013, 02:48  

Thanks APG..
May ALLAh bless..
bukan sebab dipaksa/ terpaksa/ memaksakan..
sy phm..
teguran dari ALLAH melalui APG..

Nizam Ahmad 04/06/2013, 04:54  

"Perumpamaannya anda boleh cancel janji dengan kawan jika clash dgn exam tp anda xboleh cancel janji dgn kawan jika clash dgn usrah...di manakah level Allah dihati kita... sobs2" -Syamim Kamal-

Err... dak dekat dengan Allah tak semestinya dengan usrah
Kalau kita beriadah tu kerana Allah, jaga kesihatan untuk beribadat tak ke baik begitu

And ada banyak cara lain untuk dekatkan diri kepada Allah seperti berzikir sambil buat apa2, menggembirakan ibu bapa dan sebagainya. Don't restrict yourself to only usrah when Allah gives you many ways to worship Him

Nizam Ahmad 04/06/2013, 05:07  

Terima kasih kepada Inche Gabbana atas komen yang diberi.

Ya betul, mungkin ini adalah masalah mengenai ketidakrelaan sesetengah mereka yang mengikuti D n T (dakwah dan tarbiyah)

InsyaAllah saya cuba jelaskan lagi pandangan saya

Sebenarnya begini,

Kita nak orang serius ber D n T kita tak boleh paksa-memaksa
Ya, mungkin dia yang bermasalah sebab tak sanggup
Tapi tidakkah memang Allah ciptakan manusia itu berbeda-beda sikap dan perangai dia

A mungkin lebih senang dengan cara 1
B mungkin dengan cara 2
C pula nak cara 3

Pendek kata, kita boleh ajak dorang lebih serius sebenarnya walaupun bukan dengan cara paksaan

Macam mengorat la, makin dipaksa makin susah.
Tapi kalau sesuai teknik, alhamdulillah

Dan masalah lain yang saya nampak adalah fitnah terhadap Islam itu sendiri oleh kepala bulatan gembira yang terlalu memaksa/dipaksa

Kenapa saya cakap fitnah? Sebab ia tidak menggambarkan ciri Islam yang tidak memaksa,

Kita belajar hadis nabi
Kan ada Amar Makruf Nahi Mungkar
kita just mengajak, nak ikut tak nak kita serahkan pada dorang

Dan sebagai orang yang belajar mengenai phychology manusia
Cara mengajak tanpa paksaan jauh lebih baik dan berkesan

Mungkin di awalnya dia kadang2 tak datang usrah, kadang2 datang. Tapi lama2 insyaAllah dia sendiri akan sedar yang benda ni benda baik dan bile dia sendiri yang nak ikut, dia jadi lebih baik dan membaikkan ramai orang lagi

Maksud saya di sini adalah kita sudah pun selamatkan tiga empat orang, kenapa tidak kita selamatkan lebih ramai lagi dengan cara yang lebih baik


Sori la ayat bunyi cam pelik sikit. Tadi dah cube post yg panjang dan okay sikit tapi tak ter'send' haha.... nanti2 saya jelaskan lg insyaAllah

Anonymous 04/06/2013, 05:31  

Hassan al Banna menyebut:

Wahai Ikhwan al-Muslimin terutama mereka yang bersemangat dan gopoh, dengarlah kata-kata saya yang bergema dari atas pentas dalam perhimpunan agung ini. Segala langkah dan sempadan dalam jalan kamu ini telahpun digariskan. Saya tidak akan melanggar sempadan ini yang saya sendiri yakini sepenuhnya bahawa ia adalah jalan yang paling selamat untuk sampai ke matlamat. Benar, jalan ini mungkin jauh namun tiada jalan lain selain jalan ini. Kejantanan akan terserlah melalui keupayaan untuk bersabar, tabah, gigih dan usaha yang berterusan. Sesiapa di kalangan kamu yang terlalu cepat mahu mengutip hasil sebelum tempoh matang atau memetik bunga sebelum sampai masanya maka saya tidak akan bersetuju dengannya sama sekali. Lebih baik dia berundur daripada dakwah ini kepada gerakan lain. Sesiapa yang mampu bersabar dengan saya hingga benih tadi berkembang, tumbuh sebagai pokok, mengeluarkan buah yang baik dan tiba masa untuk memetiknya maka kesabarannya akan diberikan ganjaran oleh Allah. Kita akan memperolehi salah satu daripada ganjaran berikut iaitu kemenangan dan ketuanan atau mati syahid dan kebahagiaan yang abadi".

Org yg manja dan byk alasan. Nak tarbiah mudah2 tak sesuai utk kerja berat. Sesuai ikut jamaah yg menghimpunkan org manja.hehe. org2 begini merasakan masuk syurga itu mudah. Bukan seumpama para sahabat yg sanggup korbankan segalanya utk mencari syurga.

Tulislah artikel apapun org2 ini tetap akan cari alasan. ALANGKAH BAIKNYA KALAU SEMUA ALASAN ITU BOLEH DIGUNAKAN DI HADAPAN ALLAH NANTI?

Dalam usia makin bertambah, menghabiskan masa merawat org atau rombongan begini pastinya membuang masa. Mmg masa itu rawatan, tapi bila dah tak boleh dirawat pihat hospital pun akan suruh bawa balik pesakit kerumah dan tunggu masa sahaja lagi. Medan tarbiah medan mencari mutiara bkn melalui celahan batu tapi bkn menukar batu menjadi mutiara.



Nizam Ahmad 04/06/2013, 05:45  

Satu fenomena yang saya lebih risaukan adalah kesombongan hati sebenarnya...

Kita sibuk mentarbiah tapi tak mahu diri sendiri ditarbiah

Ya jalan dakwah itu berliku dan susah
Hanya orang yang sabar dapat meraihnya

Tapi cuba anda tundukkan hati, buang sikit kesombongan hati (kalau ada) dan dengar baik2

Dalam beramal dengan Islam, semua orang ada cara masing2

Allah bahkan menyuruh kita beramal semampu kita

Ada juga hadis nabi mengenai orang yang nak berpuasa sepanjang masa tapi nabi larang
Kenapa?
Sebab diri kita ada hak ke atas kita
Family ada hak ke atas kita
Allah lagi la ada hak ke atas kita

Dah boleh grab apa yang di atas, oke saya teruskan...

Adakah kami golongan yang tidak mendengar, cuba mempertikai?
Atau tidakkah anda sedar kalau tujuan saya adalah mau mengetengahkan pemikiran segelintir kami,
Yang juga sebenarnya ibarat memohon pertolongan anda untuk membetulkan
Dan mungkin juga sebenarnya untuk membetulkan diri anda

Selain itu, anda bercakap mengenai manja. Salahkah menjadi manja?

Adakah menjadi manja bermakna tidak mampu mentarbiah dan ditarbiah?

Tidakkan...

Cuba lihat sahabat2 Nabi. Samakah mereka? Lain personaliti, lain cara kan

Saidina Umar dengan ketegasannya, Saidina Usman pula dengan kelembutannya

Tidakkah anda rasa kalau2 luahan ini adalah kerana mereka masih juga mahu berada di dalam bulatan ini tetapi mengharapkan anda supaya membuka mata lebih luas lagi dan melihat suatu konteks yang berbeza

Mereka sebenarnya sayang bulatan gembira ini, masih mau memngikuti tetapi pemaksaan itu umpama cengkaman besi pada leher mereka

Dan menjawab kepada ayat Hassan al-Banna yang anda berikan,

Saya rasa boleh je kalau nak simpulkan, mereka boleh keluar bulatan gembira dan buat bulatan gembira mereka sendiri

Dan cakap pasal bulatan gembira lagi, adakah cuma usrah?
Tidak bolehkah bulatan gembira itu suatu majlis ilmu,
suatu majlis zikir,
suatu sesi ceramah dan sebagainya
Tidakkah itu semua juga bulatan gembira sebenarnya

Semoga Allah Redha :)

Nizam Ahmad 04/06/2013, 05:53  

Oh ya,
Nak masuk syurga tak susah sebenarnya

Kenapa?
Kalau kita buat sesuatu kerana nak capai redha Allah
Rasa senang kan nak buat benda tu

And ada kan cerita orang yang berbakti kepada ibu, dia masuk syurga.

Ada lagi cerita orang yang bagi air kat anjing masuk syurga.

Ada lagi cerita orang yang bertaubat last minute masuk syurga.

Senang je nak masuk syurga ni sebenarnya.
Dan nak buat dosa tu sebenarnya lagi susah.


Kalau masih lagi rasa susah
Yang tu bab paksa diri
Bukan diri dipaksakan

*Jalan kita mungkin berbeza,
*Tapi destinasi kita masih sama
*Mencapai Redha dan Cinta Allah

~Maaf andai terkasar dan tersalah bicara hehe~

aishahadnan 04/06/2013, 07:57  
This comment has been removed by the author.
Anonymous 04/06/2013, 08:00  

Nak komen jugak, ni pasal keikhlasan hati dalam DnT
dulu saya pernah join usrah, bekas naqib saya tu pernah ajak ikut mukhayyam, malangnya saya x dapat pergi sebab ada komitmen dengan hal lain, terus bekas naqib saya tu ignore saya, chat fb x pernah reply, sms x reply, saya cuba husnuzon, tapi i cant help myself but to think betul ke dia ni ukhuwah kerana Allah? x kan la sebab perkara macam tu terus x nak kawan dengan saya.. mungkin dia lebih suka berukhuwah dengan org yang mampu beri komitmen 130% terharap usrah, daurah, mukhayyam etc

Anonymous 04/06/2013, 09:45  

he3... tu salah satu pendekatan naqib tu kowt.. sperti kaab bin malik n 3 shbt yg laen yg dipulaukan sbb x gi perang tabuk.. just nak bg awk rasa yg betapa pentingnya muqayyam tu.. setahun skali kowt.. iA niat dia baek.. cara tu patut guna setelah awk da dinasihati n dfahamkan.. wallahualam.. mungkin naqib tu da x tau nak guna cara apa lg.. bila awk da bw bulatan gumbira iA awk phm btapa kita inginkan kebaikn bg ank2 jagaan kita..

artikel niey APG khususkan utk org yg da phm.. bkn knk2 yg baru b'tatih.. yg baru 4,5 bln usrah.. tp yg da 4,5 tahun usrah tp masih x phm2 btapa pentingnya kat mne kita letak priority kita.. btapa pentingnya m'jadi da'i yg menghasilkan da'i yg m'hasilkan da'i sbb... kalo x... bila islam nak mng?? kita nk sumer org dpt islam yg sbnr tu kan??.. so.. cita2 yg besar niey patut ada tenaga yg bsr jgk.. sbb tu pentingnya b'gerak... tp.. ada je usrah maintainent.. usrah utk org2 yg nak jdik baek dri sndrik je.. maybe dia akn bentuk ank2 kandung dia nanti.. or dia just jadik pendokong yg infaqkan harta.. so mmg x bley la ckp yg kalo org tu x bw usrah makanya dkwah kita x b'jaya pdnya.. iA usrah tu da mengubah dia jadik lebih baek.. so.. pd yg bw usrah maintainent.. teruskan berusaha.. jgn stop slagimana ank tu masih nakkan tarbiyyah.. walau tarbiyyah tu m'gemukkn erp APG.. ha2..

n smemangnya jalan menuju Allah tu byk cara.. makanya pilihlah jalan yg paling awk rasa selamat, paling cpt, paling b'kesan.. kalo awk rasa ngan dgr crmh UAI kat youtube tu lah yg paling b'kesan, yg paling dpt membawa awk msk ke syurga ngan cepat.. maka buatlah...
sbb kita nk msk syurga cpt2.. x sama golongan yg 1st msk syurga ngan golongan yg kne tunggu 5,6 tahun kat padang mashyar tu utk msk syurga..

tp bagi sy sndrik.. bagi kami.. hanya dgn mentarbiyah individu.. m'bntuk individu melalui p'jmpaan yg b'terusan at least sekali seminggu.. then daurah yg akn mengumpulkan semangat2 seluruh ikhwah akhawat utk persediaan sebulan yg m'dtg.. n muqayyam yg diadakan setahun sekali spaya kita bley memaksa diri pd tahap maximum.. then mabit yg menekankan aspek rohani.. menyucikan jiwa.. m'basuh hati kita.. mmg semua aspek dlm tarbiyah penting n kita x lay pilih2 sesuka hati.. just nak dtg usrah je.. x nak g daurah.. nk dtg usrah bila ada masa lapang je.. kalo nak exam mgg dpn x nak g usrah mgg niey... iA naqib akn pilih wktu t'baek yg korang rasa x berat sgt.. wktu yg paling ideal setelah cek ngan seluruh usrahmate kita or daurahmate kita walau tu bkn masa yg t'baek utk kita.. it's hasil dari syura.. setelah da bincang pro n cons smua individu..

so.. pilihlah jalan yg awk rasa bley exprees ke syurga.. adakah ngan solat kita mampu utk bw kita kesyurga yg sgt indah, cantik, menawan.. kebahagiaan selama2nya.. kemudahan yg kita bley mntk apa2 je.. semudah itu? yup.. mmg ada hadis rasulullah.. sapa ngucap je da bley msk syurga.. tp lps berapa juta tahun??? lepas da diseksa dlm neraka?? lps da b'panas di padang masyar?? wallahualam... kita bkn just nak msk syurga.... tp nak msk syurga tertinggi!!! nak msk dlm golongan yg pertama!!

so... make your choice.. wallahualam... APG relax r.. mg Allah redha

RupanyaAkuManja 04/06/2013, 10:23  

akhi, ana uhibbuka fillah!

mundzir 04/06/2013, 11:14  

zraaaaaapp..!!

Anonymous 04/06/2013, 12:05  

Maaf memberi pendapat...
Saya setuju dengan Anonymous 4/6/2013 9:45.
Apa yang en. Nizam kata itu pun saya setuju.
takut saya baca perbincangan tadi takut tiada jalan penyelesaian. Akhirnya saya perasan point "Artikel ini utk mereka yg telah 4,5 tahun dengan usrah, bukan 4,5 bulan dengan usrah". Terima kasih bagi yang membantu memberikan pencerahan!
-jangan.perkecil.setiap.nasihat-

Anonymous 04/06/2013, 18:49  

setuju dgn anonymous 04/06/2013 12.05...anyway...perbincangan yg amat menarik...anyway...harap2 perbincangan ini mendapat rahmat Allah untuk kita teruskan berdakwah....^_^

Nizam Ahmad 04/06/2013, 18:53  

Thanks untuk komen2 di atas
Ada yang baik dan buruk

Walaupun saya tak dapat jawapan yang saya cari

Jawapan yang cukup kuat untuk memaksa diri konsisten dengan usrah

Cukuplah buat sementara ni saya buat semampu saya

Mungkin bukan sekarang, tapi suatu hari nanti insyaAllah

Sorry jugak andai terkasar bahasa tersasul bicara ya


~btw, saya tak kisah sangat syurga neraka tu. Cukuplah andai Allah redha, pergi memana pun saya tak kisah. Kerana saya hambaNya~

~Dan saya yakin dan bersangka baik kalau saya sayang Allah cukup kuat, Allah akan letakkan saya nanti kat tempat yang dekat denganNya. Kerana bile kita sayang Allah, Allah akan sayang kita balik. InsyaAllah~

Just another point of view regarding syurga neraka hihii

Jazakallah sume :D

Himmah Aliyyah 04/06/2013, 22:03  

Topik ni sgt byk tegurannya... Sgt banyak...
Sesungguhnya syurga itu mahal harganya...
Dan kt akhirat nnt sgt ramai yg menyesal...
Ada yg dpt msuk syurga pn menyesal...
Sbb x dpt masuk msuk syurga yg lagi tinggi...

"Adapun seseorang mujahid yang tidur sepenuh kelopak matanya, makan seluas mulutnya, tertawa selebar bibirnya, dan menggunakan waktunya untuk bermain dan kesia-siaan, mustahil ia termasuk orang-orang yang menang, dan mustahil tercatat dalam jumlah para mujahidin."
(Imam Hassan Al-Banna)

Anonymous 05/06/2013, 09:09  

Katakan tak nak hudud ala pas.uai? ustaz celupar, meloyakan. Syurga neraka hidayah Allah.rahsia Allah







QueAe 05/06/2013, 11:53  

berkenaan bulatan gembira

anak usrah datang drpd pelbagai latar belakang.. ada juga yg ibu bapa mereka tak gemar mereka terlalu aktif dalan dnt. malah ada yang dah 5,6 tahun dalam dnt tu pun ada masalah tersebut.ana tak setuju dengan perkataan dnt bukan untuk org manja. setiap individu terikat dengan masalah masing2, dan untuk itu kita perlu cari alternatif dimana naqib/ah boleh bimbing anak2 usrah dngn cara selain mengadakan bulatan gembira yg memaksa . disini naqib/ah yg perlu berkorban.. ambil masa lunch sama2, riadah sama2 dan selitkan pengisian.. maka anak usrah taklah rasa terpaksa, dan cara ini tak semestinya akan melahirkan daie yg manja, tetapi anak usrah akan contohi antum.. dan rasa semangat untuk sambung legasi yg sama! dakwah ada 1001 cara, dan seiring zaman berubah qawaid juga berubah. it's all about psychology :)

Anonymous 05/06/2013, 13:14  

like anonymous 9:45 1000x

bukan inche gabbana lulz 05/06/2013, 18:00  

setuju ngn nizam ahmad, queae, anonymous 9.45 ^__^

Anonymous 05/06/2013, 22:12  

Salam...
dah lama saya tak baca tinta2 APG, hari ni rasa tergerak nak baca.. rupa2nya saya hampir nak tergolong group dai'e liberal ni..

saya suka berdakwah, tapi banyak pakai fikrah sendiri.. bukan saya reka semata2.. tapi sebab bila setiap kali tadabbur Al-quran, naqibah akan cakap, sapa ada lintasan hati untuk dikongsikan, jadi saya fikir bukankah lintasan hati tu apa yang hati kita rasa dn fikiran kita cerna? bukan kena rujuk mana2 kitab dulu baru kira lintasan hati..

saya juga pernah dengar dalam ceramah, ketika sahabat nabi diminta untuk memberi fatwa, mereka bertanya bagaimana mahu mengeluarkan fatwa, maka dia diberitahu, jika apa yang terlintas difikiranmu dan kamu berasa tenang dengannya (tidak menurut nafsu), maka jadikan lah ia sebagai fatwa..

saya tak berapa faham sangat sebenarnya, tapi saya kira Quran adalah panduan terbaik untuk saya berdakwah.. dan insyaAllah saya akan cuba untuk jadikan kitab2 yang di recommend sebagai panduan lepas ni..(sebelum ni banyak dengar dari orang, xbaca sendiri)

pasal dakwah paksa, saya pernah terima daurah dakwah fardhiah..

kalau kita nak dakwah orang, kita kena la kenal dia dulu dan tahu potential dia macam mana, kita serap dia secara perlahan tapi efektif.. jadi kalau dia dah betul2 terima dakwah fardhiah mengikut tangga2 tertentu, sepatutnya tiada istilah paksa lagi dah..

plus setiap tahun saya ditanya, awak nak join usrah lagi tak tahun ni? so sepatutnya memang xwujud istilah paksa dari awal..

tapi yan saya faham dari tulisan APG, orang yang memang rela join D&T tapi nak sebahagian je, macam nak makan nasi kerabu, tapi nak nasi je, kerabu ikan buang sebab tengok ayam goreng lagi sedap.. kadang2 saya rasa, golongan ni wujud sebab mereka jadikan D&T sebagai trend seperti mana sesetengah wanita jadikan tudung sebagai fesyen semata2.. tapi untuk bersangka baik, anggap lah dai'e liberal wujud bukan kerana mereka mahu ikut kepala mereka semata2, tapi kerana mereka masih lagi belum sampai tahap rela berkorban apa saja..

wallahua'alam~

anonymous 2 06/06/2013, 07:32  

untung ah naqib tanye dulu nk join usrah ke tak nak?

kitorg dia tak tanye pape pun, terus buatkan kumpulan surah untuk kami2 ni. tau2 kena paksa datang tiap minggu.

and depend on naqib, ad yg jenis supporting, da cantik dah tu, jadwal usrah smart, main futsal same2, daurah2 same (tanpa paksaan)

tp ad sesetengah tu terpaksa pulak ikut jadwal dy. esok nk exam pun suroh dtg jugak.bukan xnak datang, tp kitorg offer alternatif tarikh lain kot. tu yg ramai start ponteng

astaghfirullah al-azim. ntah la huhu =.=

Anonymous 07/06/2013, 07:29  

Xsume murabbi perfect.kalau kamu duk mintak2 nak murabbi camtu camni,ape kate kamu yg jadi?huhu

Rsny jgn ambil hati dgn mereka.ya,sedih mmg sedih tp jgn petik buah yg belum masak.n sy rs bila smpi kate usrah tu xde penting sgt smpi kne tinggalkn urusan dunia,or nak usrah je n xsuke la daurah sume ni xtentu masa...anda BELUM lagi sedia utk bc artikel ni,sbb anda akan melenting.rsny kita patut muhasabah.hurm,moga2 dijauhkn Allah.

Senyum tgk gelagat orang.semoga mereka lebih baik dr saya spy saya dpt belajar dr mereka.

kartini 08/06/2013, 21:03  

dakwah dan tarbiyah itu adalah untuk orang-orang yang tak rasa dipaksa, sentiasa rela dan sanggup berkorban untuk berada di jalannya. benar, Rasulullah (saw) tidak memaksa para sahabatnya dalam melaksanakan dakwah dan tarbiyah, tetapi para sahabat tetap bersungguh, sanggup berkorban harta, jiwa dan masa mereka, kerana kefahaman dan kepentingan dakwah dan tarbiyah itu yang sememangnya memerlukan pengorbanan yang extreme, seperti para sahabat baginda.

benar, dakwah dan tarbiyah ini memerlukan gerak kerja yang 'extreme', untuk mendapatkan hasil yang kita semua idamkan - daulah islam dan ustaziatul alam!

"dakwah boleh ditujukan untuk sesiapa pun di dunia ini, tetapi tarbiyah ditujukan untuk orang-orang yang dibuka hati mereka untuk merasainya"

dakwah dan tarbiyah bukan untuk orang yang merasa diri dipaksa, dan manja.

wallahu a'lam.

Che Pasta 08/06/2013, 23:00  

Assalamualaikum w.b.t.
Syabas APG! Mgkin susah untuk difahami scra detail tp scara kasarnya post anda telah membuka mata sy. Siapa yg dh pernah rsa tarbiyah tu akan tau cmne rsenye. Sememangnya tarbiyah itu seronok. Seronok dipenghujungnya. Ya, bukan utk org yg manja, tp utk org yg kuat dan ingin mjadi kuat mental, hati & fizikalnya. Tarbiyah itu best osem gempak kool macho :)

Anonymous 10/06/2013, 18:20  

salam apg dan semua yg tahu akn jwpn kpd persoalan sy ni

nk tanye satu je..

apa maksud as solah dakwah? as solah fikrah ikhwan?

mohon penjelasan, jzkk :)

Muslim 15/06/2013, 17:39  

Dulu-dulu, ana lagi suka orang yang ajak ana solat di masjid, compare dengan orang yang paksa ana solat di masjid. Mungkin lain orang, lain kesukaannya. Wallahualam.

Sebab ada orang ok je kena paksa, tapi bila ajak dia liat. Ada orang suka diajak, tapi bila dipaksa, terus rasa macam buat sebab orang suruh, bukan ikhlas kerana Allah.

Dulu ana join gak DnT dalam setahun, mmg busy sebab dah keje...Usrah plak drive sejam dr rumah sewa...sanggupkan jiwa mahu tarbiyyah sucikan hati.

Tp, sekarang dah tak ikut atas complicated reason dr usrahmate n family. Apapon, ana rasa macam dah menyerap sikit fikrah Ikhwan dalam diri, membuka mata ana atas sesetengah perkara.

Anyway, tujuan kita sama, cara kita berbeza. kalau ada orang nk ikut DnT, bg ana xperlu paksa selagi apa yang dia buat tu mencari keredaan ilahi tapi amalan yg berbeza dgn apa yang naqib dah set for mutabah amal (sori kalau salah eja). Biar dia dpt fikrah tu, kita mahu kemenangan islam suatu hari nanti, bukan kemenangan suatu jemaah islam. Wallahualam.

Lastly, ana suka blog ni sebenarnye sebab ana tak pernah baca blog lain selain ni. honestly. lol. sebab mmg x minat blogging pon. hahah. Cuma, kali ni mcm x berapa berkenan sebab tujuan kita sama, semacam kita memaksa orang ikut cara kita. Ada orang perjuang Sunnah, ada perjuang hubungan kita dengan Allah agar lahir individu mantap seperti sahabat, ada perjuang dakwah dan tarbiyah, ada perjuang perpaduan atas kesamaan. Semua ada baik dan buruknya, sebab tu ana prefer dengar dari semua pihak dan nilai sendiri. Apapun, ana nilai diri sendiri dan orang lain mainly dr factor ni: Akidah yang jelas dan takda kacau bilau, ilmu dan amal yang sahih dan ikhlas, dan kesungguhannya berdakwah.

Salam Alaykum Ikhwah. sekian.

goku 15/06/2013, 19:53  

Akhi, takutlah pada neraka Allah, dan haraplah syurga Allah. Betapa banyak ayat dlm AlQuran yg menceritakan azab neraka. Setiap kali sebelum salam Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam akan meminta dijauhkan dari neraka, dan meminta utk diberikan syurga kepadanya.

Bagaimana mungkin kita boleh kata kita x kisah kita masuk syurga atau tidak asalkan mendapat redha Allah?

"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yg REDHA dan DIREDHAINYA. Maka masuklah dlm golongan hamba2Ku,dan masuklah ke dalam syurgaku. (AlFajr 27-30)

Ini adalah perkataan orang yang keliru!

goku 15/06/2013, 20:29  

As solah dakwah tu secara literalnya bermaksud keaslian dakwah.

Muslim 15/06/2013, 23:04  

Agreed...mencari redha Allah dan mahukan ganjaran Syurga parallel...camne boleh kate x mau syurga...aish...redha Allah yang memasukkan kita ke Syurga. Wallahualam.

Muslim 15/06/2013, 23:14  

Maksud ana,mencari redha Allah kerana mahukan Syurga. x boleh la kita kata x mau syurga...aih...x de orang mahu dirinya dan orang lain masuk keneraka kalau dia tahu betapa azabnya neraka tu. Ini yang ana maksudkan parallel atau selari. sori ayat terabur.

nur 18/06/2013, 10:09  

Huhu..banyak nya xbaca lagi ni..Moga Allah redha usaha ni

kawan salwa 19/06/2013, 10:55  

bulatan gembira merupakan salah satu medium......

Nizam Ahmad 22/06/2013, 05:50  

tengs akhi goku atas teguran dan pencerahan...

seem like i have to change my mindset haha

and dari ayat Quran yang enta tulis kt atas nun

ana dah perasan bbrp perkara

kalau Allah itu lg suka hamba2 dekat dengan Dia di syurga

tengs ya akhi goku :-)

Nizam Ahmad 22/06/2013, 05:53  

akhi Muslim pun... tengs jugak ye atas teguran + pencerahan
haha...

semoga kita semua mendapat hidayah Allah

dan menjadi hamba Allah yang lebih baik

jzkllh~

CIK Eeqa's :) 16/10/2013, 01:40  

Assalam.
Mohon share ye artikel ni.

Jazakallah.

Anonymous 30/10/2013, 22:19  

Dakwah bukan untuk orang manja,

tapi....

Dakwah bole pulak untuk orang gedikkss, atau digedikskan.

enonimes 23/12/2013, 01:54  

Dan kita-kita pun berkata
umpama faham segala
turun hujan lebat
tanah pun masih kering merekah

Jazakallah khair ya akhi
kerana melalui tulis mu
Allah membuka mata-mata
teruskan
ana pasti di sini
menjadi saksi
menjadi bukti
akan chentamu pada Ilahi

Anonymous 05/01/2014, 14:16  

jikalau benar kita merskn kepentingn d&t, nescaya ia bukan suatu progrm bila.kita free or rase nk.pi.kta pi but we r the one who try to adjust, arrange.our.time sedaya upaya utk pi.. ;).sekdr.menyibuk.hehe.

Anonymous 05/01/2014, 21:07  

Hang memang syadid! Bergembiralah!

Penah tumpang umah dulu 26/10/2014, 10:52  

manja2 ni boleh lagi tolerate insyaAllah..bersabar berdoa..
selagi dia masih mahu bersama dengan jemaah, mendokong sekurangnya walau tak menyebarkan fikrah.
sebab disana ada 1 lagi golongan yang kelihatan seperti bersama beramal,bawa usrah dll.tapi masa yang sama merancang secara subversif untuk menolak arahan tanzim,naqib/ah, menolak semua syuyukh,mengucarkacirkan dari dalam semata2 pendapat dan kepentingan sendiri.. semoga kita dijauhkan dari bertemu atau menjadi orang sebegini..

Anonymous 16/11/2014, 02:02  

Akhi murobbi apg, rindu kat antum. Haa

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP