5 June 2013

Neraka Itu Besar, Tapi Pintu Taubat Itu Lebar

[Kredit]

Saya menerima banyak mesej-mesej peribadi yang meminta nasihat dan pandangan, bagaimana mahu bertaubat dan adakah Allah akan menerima taubat mereka. Mereka merasakan dosa mereka sudah terlalu berkarat dan noda mereka hitam legam, sehingga mereka tidak punya harapan lagi yang dosa-dosa mereka akan diampunkan. Mereka benar-benar buntu dan mahu berputus-asa.

Uhm uhm.

Jujur, saya amat sedih dan bersimpati apabila membaca mesej-mesej sebegini rupa. Apakah yang lebih memeritkan dan menyedihkan apabila seseorang itu berputus-asa dan putus harapan dengan rahmat dan kasih-sayang Allah..?

Semua orang tahu, yang Allah itu bersifat dengan Maha Pengampun. Dia juga Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dan Dia juga Maha Penerima taubat. Tetapi jauh di dalam sudut hati mereka ini, entah mengapa, ada bisikan-bisikan dan cucukan-cucukan yang mengatakan bahawa Allah tidak akan mengampunkan dosa dan noda mereka. Betapa mereka tidak punya harapan lagi dan lebih baik terjun gaung sahaja. Eh.

Itulah bisikan syaitonirojim yang mahukan manusia berputus-asa daripada rahmat dan kechentaanNya. Itulah cucukan iblis yang tidak mahu kita kembali dan meraih redhaNya. Bukankah iblis suatu ketika dahulu pernah diberi peluang untuk bertaubat tetapi dia menolaknya? Maka dia juga mahu melihat kita larut dan hanyut dengan dosa-dosa kita, hingga kita mati dalam noda dan tidak berpeluang untuk kembali semula kepadaNya.

Ya, itulah misi syaitonirojim dan konco-konconya. Itulah perjuangan yang mahu ditegakkan oleh iblis dan tentera-tenteranya. Menyesatkan manusia sesesat-sesatnya dan menjauhkan mereka dari Allah sejauh-jauhnya sehingga kesemuanya dihumbankan ke dalam neraka. 

Berputus-asa daripada rahmat Allah itu adalah sifat syaitan. Tidak percaya kepada keampunan yang ditawarkan oleh Allah itu adalah suatu kerugian. Walhal Allah telah berfirman:

"Katakanlah, 'Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus-asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang."
[az-Zumar, 39:53]

Allahu. Nanges.

Nah, itu janji Allah yang Maha Agung kan? Itu kalam Allah yang Maha Tinggi kan? Itu jaminan dari Allah yang tidak pernah memungkiri janji kan? 

Semua dosa-dosa  akan diampunkan, dari sebesar-besar dosa sehinggalah sekcil-kecil noda (jumhur ulama' mengatakan kecuali dosa syirik, yakni mempersekutukan Allah dengan sesuatu). 

Anda dahulu seorang penzina tegar? Bertaubatlah dengan bersungguh-sungguh, nescaya Dia akan mengampunkan anda.

Anda dahulunya seorang perompak hidung besar? Ikhlaskan niat dalam memohon keampunan dariNya, yakinlah Dia akan memaafkan anda.

Anda dahulunya seorang pengumpat mulut lebar? Beriltizam untuk tidak mengulanginya lagi, ketahuilah tiada sebab untuk Dia tidak menerima taubat anda.

Anda seorang kaki penonton porno bermata bundar? Sesali perbuatan terkutuk anda itu dengan sepenuh hati dan ketahuilah, Dia pasti akan menchentai anda.

Anda pecah amanah dan suka makan rasuah macam ular? Bersihkan diri anda dan mohon keampunan dengan sesungguhnya, pasti anda akan menemukan cahaya di hujung terowong.

Pokoknya, siapa pon ada di masa dahulu, itu cerita lama. Andalah penentu masa hadapan yang baharu. Andalah yang sedang memegang pena kehidupan, yang bakal mengarang novel baru untuk hidup anda. Dan andalah yang akan menentukan sama ada novel yang anda karang nanti bergenre romantis, saspen, seram atau komedi! Wahahaha.. 

Dan perhatikan ayat Quran tadi, bagaimana sifat Allah yang Maha Pengampun itu sering dipasangkan dengan sifat Allah yang Maha Penyayang. Kerana sesungguhnya, Allah terlalu amat sayangkan hamba-hambaNya, malah lebih sayang lagi daripada sayangnya seorang ibu kepada anaknya. Chentanya Allah dan sayangnya Dia kepada kita tidak ada penghujungnya. Dia sentiasa menanti-nanti untuk kita kembali kepadaNya dengan penuh setia dan gembira.

"...Bila kamu mendekati AKu satu jengkal, Aku mendekatimu satu hasta. Bila kamu mendekati Aku satu hasta, Aku mendekatimu satu depa. Bila kamu datang kepada-Ku dengan berjalan kaki, Aku datang kepadamu berlari-lari."

[Hadith Riwayat Bukhari]

Manis kan Allah..? Eh silap. Allah tu super dan sumpah manis kan...??

Lap air mata. Anda nak tisu juga..? 

Ketahuilah wahai anda di luar sana! Andai dosa anda sebesar gunung sekali pon dan anda menyesalinya lantas memohon keampunan daripadaNya, Dia pasti akan mengampunkannya! Andai dosa ada seluas lautan Pasifik sekalipon dan anda benar-benar malu dan mahu memohon keampunan seikhlas hati daripadaNya, tiada sebab untuk Dia tidak memaafkan anda! Dan andai dosa dan noda anda seluas langit dan bumi sekalipon dan anda bersungguh-sungguh, berazam untuk tidak mengulanginya lagi dan berlari-lari mengejar redha dan keampunanNya, chentaNya yang Maha Agung itu sedang setia menanti anda!

Dari Anas bin Malik r.a., dia berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, 'Allah SWT berfirman, "Wahai anak Adaam, sepanjang engkau memohon kepadaKu dan berharap kepadaKu akan Aku ampunkan apa yang telah kamu lakukan. Aku tidak peduli, wahai anak Adam, jika dosa-dosamu setinggi awan di langit kemudian engkau meminta keampunan kepadaKu, akan Ku ampuni. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang membawa kesalahan sebesar dunia, kemudia engkau datang kepadaKu tanpa menyekutukan AKu dengan sesuatu apa pon, pasti Aku akan datang kepadamu dengan ampunan sebesar itu pula."'

[Hadith Riwayat Tirmidzi]

Berlari-lari laju sambil menutup muka penuh malu. .

Wahai anda sekalian, sudah jelas lagi terbukti bukan? Betapa Allah itu amat-amat menyayangi kita, meski diri kita berlumur dengan dosa dan noda? 

Tiada siapa yang terlepas daripada dosa dan melakukan maksiat. Tiada siapa yang sempurna dan maksum melainkan para Nabi dan Rasul. Sebaik-baik Imam Muda dan sewara'-wara' ostajah pilihan itu pon, mereka ada terpalit dengan dosa. Sehebat-hebat Ostad Don Daniyal dan seterer-terer Ostajah Nurhafizah Musa itu pon, mereka juga tidak terlepas daripada melakukan maksiat di sisinya. 

Tetapi yang membezakan seorang mukmin (mereka yang percaya kepada Allah dan beriman kepadaNya) dan seorang kufur, adalah taubat. Kuncinya adalah taubat nasuha, penghapus segala dosa. 

"Sesungguhnya Allah menyukai seorang mukmin yang berbuat dosa tetapi bertaubat."

[Hadith Riwayat Ahmad]

Namun awas! Sifat Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat ini tidak seharusnya disalahgunakan dan disalahertikan! Ia bukan lesen dan lampu hijau untuk kita terus berbuat maksiat dan bergelumang dengan noda dan dosa. Ia bukannya suatu kebenaran bertulis yang memberi kita izin untuk terus-menerus memalit diri kita dengan lumpur yang keji dan hina.

Tetapi ia adalah harapan; harapan buat setiap pembuat noda dan pelaku dosa. Ia adalah pintu jaminan yang memberi peluang kepada setiap daripada kita untuk kembali kepadaNya. Ia adalah kapsul penuh kechentaan yang membuktikan sifatNya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

"Jika agama gagal menawarkan harapan, ia bukan dari Tuhan." [Mat Luthfi, 2013]

Dan kerana sifat orang-orang beriman itu, dia tidak pantas untuk terus berada dalam keadaan dosa dan noda. Sifat orang-orang yang takut kepada kemurkaanNya itu, dia benci untuk terus bermaksiat kepadaNya. Dan sifat orang-orang yang memburu chentaNya itu, seboleh-bolehnya dia mahu lari jauh-jauh dalam guni (eh?) daripada dosa silamnya yang hitam dan kelam.

"...dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri mereka sendiri, (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa (lagi) yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan dosa itu, sedangkan mereka mengetahui."
[ali-Imraan, 3:135]

Andai anda merasakan dosa anda terlalu berkarat dan pintu sorga sudah tertutup rapat, kenangkan kembali kisah pelacur yang memberi minum kepada seekor anjing.

Jika anda merasakan anda hanya layak ke neraka dan Allah sudah murka pada anda, kaji kembali kisah pemuda yang sudah membunuh seratus nyawa.

Sekiranya anda merasakan diri anda terlalu zalim dan tiada lagi harapan untuk anda, buka Quran dan hayati kisah Nabi Yunus a.s. yang terperosok di dalam perut ikan Nun.

Jika anda merasakan yang Allah tidak lagi sayang dan tidak mahu menerima taubat anda, hayati kisah Nabi Adam a.s. dan isterinya Hawa yang dihalau dari sorga.

Dan andai anda merasakan tiada lagi jalan keluar untuk anda kerana bertimbunnya dosa dan noda dalam jiwa, ketahuilah, Firaun pon Allah beri peluang untuknya bertaubat dengan menghantarkan Nabi Musa kepadanya! 

Allahu rabbi. Anda, boleh berhenti kot memotong bawang dengan laju-laju? 

Maka kembalilah kepadanya wahai sahabat, sebelum terlambat. Mohonlah keampunan dariNya sebelum Izrail datang mencabut nyawa. Segeralah berlari kepadaNya sebelum kita tersadung dan terjelepok masuk ke dalam gaung neraka. 

Kerana selagi hayat dikandung badan dan ruh masih bernyawa, sehingga itulah pintu taubat masih terbuka. Selagi kita bergelar hambaNya dan tercari-cari jalan keluar daripada zaman silam yang gelap dan busuk, ketahuilah chentaNya sentiasa ada untuk kita. Selagi mana kita masih percaya padaNya dan jauh di sudut hati masih mengakui keEsaan dan kekuasaanNya sebagai Tuhan, rahmat keampunanNya masih wujud.

Mintalah pada Allah yang suka mengampunkan itu. Kalau bukan Dia yang mahu mengapunkan kita, siapa lagi..? [Kredit]
Pedulikan apa yang orang kata. Ketepikan apa yang orang cerca. Tidak usah kisah dengan apa yang mereka hina.

Hakikatnya, neraka bukan pada tangan mereka. Sorga juga buka milik mereka. Yang menghakimi dan menjatuhkan hukuman adalah Dia. Dan yang menerima taubat dan memberi keampunan, juga Dia.

"Manusia mungkin benci dan cerca. Manusia mungkin caci dan hina. Tapi Allah ada. Dia tetap sayang dan chenta. Dia tetap nanti untuk kita kembali semula. Berubahlah, Dia pasti akan gembira." [Inche gabbana, 2013]

Benar, neraka itu cukup besar, tetapi ketahuilah, pintu taubat itu terbuka lebar. Dan benar, sorga itu hanya untuk mereka yang dikasihi dan dichentaiNya. Kerana itu kembalilah kepadaNya untuk kita menjadi kekasihNya yang setia.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubt nasuha (taubat yang semurni-murni dan sesungguh-sungguhnya), mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus segala kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam sorga-sorga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai..."
[at-Tahrim, 66:8]

Jangan sesekali berputus-ada daripada rahmat dan keampunanNya. Jangan berpaling ke belakang dan merasa lelah melihat masa silam yang lampau. Jangan berasa sudah tiada cahaya harapan untuk anda. 

Kembalilah kepadaNya. Raihlah keampunanNya. Buru redhaNya. Dan anda pasti ketemu dengan chentaNya. 

Kerana yakinlah, "....sesungguhnya kasih sayangKu mengalahkan murkaKu."

Senyum, mata bersinar-sinar.

-gabbana-

Yang saya tulis ini adalah dosa dan kesalahan kita pada Allah. Maksiat dan dosa sesama manusia itu lain cerita tahu..?

Bersambung... Eh?

12 Caci Maki Puji Muji:

Kak iman 05/06/2013, 11:51  

jnji allah tu pasti...

Anonymous 05/06/2013, 12:22  

Allahuakbar....Allahuakbar........Allahuakbar....Allahuakbar........Allahuakbar....Allahuakbar........Allahuakbar....Allahuakbar........Allahuakbar....Allahuakbar........Allahuakbar....Allahuakbar........Allahuakbar....Allahuakbar........Allahuakbar....Allahuakbar........Allahuakbar....Allahuakbar........

Inche gabbana 05/06/2013, 14:56  

Lenggang Kangkung: Maaf saya terpaksa mendelete komen anda. Saya tak nampak apa tujuan anda letak link tu.

Dan akan timbul lebih byk salah faham dan fitnah nanti. Harap anda faham.

NurKamillya 05/06/2013, 17:11  

ayt surah azzumar tu kan, wahai hamba yang melampaui batas...

terfikir, kalau seseorang tu tak sedar / tak rasa bersalah / selesa dengan dosa, mungkin takkan tersentap dengan ayat ini..

sebab orang yang merasakan dirinya melampaui batas je akan rasa ayt ni untuk dia. betul x?

Anonymous 05/06/2013, 17:12  

Dosa dengan manusia banyak sgt....itula masalahnya.....itu membuat saya rasa saya tidak layak bahagia...saya tak risau dosa saya dengan Tuhan sebenarnya...saya risau dosa saya dengan manusia....and ya saya berdosa dengan anda...anda membuat ketenangan hidup saya huru hara.....maafkan saya.

Anonymous 05/06/2013, 18:53  

sebenarnye da lame nak tnye,tp bru skarang ade kekuatan..heh..
marhaen tu ape??
cari kt kamus besta,
marhaen tu rakyat jelata
itu ke yg gabbana nak jelas kn??

Anonymous 05/06/2013, 21:39  

assalamualaikum akh .
post enta amat baik skali .
byk bntu sy mnaiki gerabak dakwah wa tarbiyah .
jazakallah .

Anonymous 06/06/2013, 21:41  

en gabbana,cpt2 tulis psl dosa dgn manusia pula..
ada tak harapan utk kami kembali kepadaNYA dan bagaimana crnya berkaitan dgn dosa sesama manusia?
terima kasih(^_^)

Anonymous 11/06/2013, 17:04  

alhamdulilah syukur !

Anonymous 12/06/2013, 17:11  

mohon share...boleh??

Anonymous 02/07/2013, 19:46  

Allah itu Maha KAYA dgn semua sifat2nya... Aku cintakan Allah... anda??

Unknown 21/08/2013, 23:34  

tu bkn maksud hati da keras @ mati sebab tu da takde effect da dgr ayat al quran & ditegur

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP