Kit Futur
Futur yang saya maksudkan dan akan digunapakai dalam sepanjang post ini adalah futur lemah/gugur iman dan berasa tidak semangat dan bukannya futur sarapan pagi.
Baiklah.
Gejala kefuturan ini sudah tidak asing lagi. Setiap daripada anda yang sudah berkenalan atau berjinak-jinak dengan tarbiyah dan dakwah, pasti sudah amat biasa dimomok-momokkan dan diprovokasi dengan frasa yang satu ini. Sehinggakan perkataan 'futur' itu seperti sudah terlalu biasa didengari dan tidak memberikan apa-apa kesan lagi pada hati.
Sedangkan, pernah suatu ketika ia adalah frasa yang amat ditakuti lagi digeruni. Pernah suatu saat kita menggeletar dan goyang lutut kaki apabila futur disebut berulang-kali. Pernah juga kita berasa lemas dan sesak nafas apabila kita diserang oleh kefuturan ini, meski kita tidak rela dan benci.
Tetapi entah mengapa, sejak kebelakangan ini kita tidak lagi merasa apa-apa dengan raksasa gorgon yang satu ini. Seolah-olahnya ia tidak lagi memberikan apa-apa kesan kepada hati kita. Ia tidak lagi mengalirkan peluh besar kita atau menyebabkan kita tidak senang duduk dan panas punggung.
Hanya ada dua penjelasan kepada fenomena/gejala ini:
1) Sama ada iman kita sudah benar-benar mantap ala-ala Super Saiya peringkat kelima sehinggakan kefuturan tidak bisa mengganggu-gugat dan menjejaskan hati dan jiwa kita. Pergh.
atau...
2) Kita sudah begitu larut dan biasa dengan kefuturan sehinggakan kita tidak lagi merasakan apa-apa dengannya. Alah biasa tegal biasa gitu! Eh.
Batuk batuk.
Maka pada hari ini saya mahu berkongsi dengan anda, KIT FUTUR yakni satu set soalan yang mengandungi sepuluh soalan, bagi menguji sejauh mana tahap kefuturan anda. Soalan-soalan ini direka khas setelah mengambil kira faktor-faktor tempatan seperti iklim Khatulistiwa, keadaan sosio-politik Malaysia pasca PRU 13, kadar obesiti yang tinggi dalam kalangan penduduk Malaysia dan juga kadar penghapdetan status MukaBuku oleh hadek-hadek yang pulang bercuti meningkat naik dengan raksasanya. Eh. Wahahaha..
Juga, soalan-soalan ini mungkin lebih relevan buat mereka yang pulang bercuti ke kampung, maka menyebabkan mereka jauh dari sumber-sumber tarbiyah dan dakwah (yang tidak sepatutnya berlaku). Soalan-soalan ini diharapkan dapatlah menampar muka kita semua semua dengan tamparan wanita gagah berani dan mengejutkan kita daripada lena yang panjang.
Format KIT FUTUR ini amat mudah dan lurus ke hadapan; jawab setiap soalan dengan penuh jujur dan ikhlas kemudian beri markah kepada setiap jawapan yang diberikan. Skor/markah bagi setiap jawapan sudah disediakan. Markah yang diberikan adalah pada julat yang tertentu; maka sila berikan markah yang paling tepat dan sesuai dengan situasi anda. Jawapan-jawapan sudah disediakan dalam bentuk aneka pilihan (Baca: Multiple choice). Setelah anda selesai menjawab semua soalan, kira jumlah markah anda dan padankan dengan status kefuturan anda yang akan disediakan di hujung soalan nanti.
Mudah bukan?
Sebagai diskelemer, futur itu normal. Yang tidak normal dan merbahaya adalah futur yang dihiasi, yakni kita berasa ok malah syok dengan kefuturan itu. Dan.. Err.. Meskipon futur itu normal, sebagai seorang dai'e hidung kembang kempis yang hoyeah di atas yang sumpah panjang ini, takkanlah kita nak biarkan diri kita terus berada dalam kefuturan bukan..?
Baling hirisan bawang tepat pada mata.
Betulkan kolar. Luruskan tali leher. Duduk tegak. Batuk batuk.
Baiklah, anda sudah bersedia..?
Arahan: Bulatkan jawapan yang paling tepat dengan situasi diri anda. Sila gunakan pensel 2B sahaja. Sekiranya anda menggunakan gajet elektronik seperti iPapan atau Nota, pastikan anda jari anda bebas daripada kotoran, minyak mahupon sisa cili lauk ayam kampung goreng bercili yang anda bedal siang tadi.
Sila jawab dengan keadaan diri anda yang paling jujur dan ikhlas, kerana ini hanyalah antara anda dan Tuhan (juga orang yang mengintai dari belakang jika ada). Andai anda tidak tahu menjawab mana-mana soalan atau sengaja buat-buat tidak tahu, pandanglah ke atas dan harapakan petunjuk hidayahNya, kemudian kau bantai sahajalah labu! Sekian.
Masa: Sila jawab dalam masa (maksima) sepuluh minit. Yang anda nak lama-lama tu buat apa? Kalau dah futur tu, futur juga, tidak perlulah berselindung lagi! Wah!
Arahan tambahan minit terakhir: Sila baca bismalah dan solawat banyak-banyak sebelum menjawab.
Soalan 1
Semenjak anda pulang bercuti ke kampung, bagaimanakah keadaan solat berjemaah anda?
Jawapan
A) Solat jemaah tu apa...? (9-10 markah)
B) Err.. Err.. Masjid atau surau berdekatan jauh! (6-8 markah)
C) Sekurang-kurangnya tiga waktu pasti berjemaah (3-5 markah)
D) Alhamdulillah, saya berusaha sebaiknya untuk berjemaah. Selalunya penuh. Tanda aman. (1-2 markah)
Soalan 2
Apakah status tilawah dan tadabbur Quran anda?
Jawapan
A) Err.. Aahh.. Saya lupa saya letak Quran saya kat mana.. Garu kepala. (9-10 markah)
B) Saya hanya buka Quran apabila saya ada masalah (6-8 markah)
C) Masih bertilawah dan tadabbur, cuma kurang sedikit daripada selalu (4-5 markah)
D) Cukup! Kadang-kadang tu terlebih pulak. Ye lah, nak kejar Ramadhan kan? (1-3 markah)
Soalan 3
Bagaimana tahap kesihatan qiamullail anda ya?
Jawapan
A) Ngrroorrhh.. Ngrrooaahh.. Hah..? Hah..? Apa dia..? (8-10 markah)
B) Dah macam-macam bunyi penggera saya pasang, sampai jiran sebelah rumah dah marah dah! Tapi tak bangun-bangun jugak! Hailaaa... (6-7 markah)
C) Alhamdulillah, adalah kadang-kadang tu terbangun. Tetapi selalunya kalau bangun tu, memang tekan snooze la.. Sedar-sedar je dah Subuh! *gelak bersalah* (4-5 markah)
D) Alhamdulillah... (faham-faham sendiri) (1-3 markah)
Soalan 4
Selalu tak baca buku fikrah?
Jawapan
A) Kalau kat rumah selalunya baca Doraemon atau Dik Cerdas je. Mata terkedip-kedip. (9-10 markah)
B) Err.. Digilir-gilirkan dengan Mastika, Metro dan bahan bacaan yang lain. Termuntah jugaklah kalau asyik baca buku fikrah je tak..? (6-8 markah)
C) Kalau ada masa lapang InshaAllah utamakan bahan-bahan fikrah dulu. Senyum. (3-5 markah)
D) Oooh. Memang saya wajibkan diri baca setiap hari, dalam apa jua keadaan. Sikit pon jadilah! (1-2 markah)
Soalan 5
Dalam seminggu, berapa kali anda menghubungi ikhwah untuk bertanya khabar dan sebagainya?
Jawapan
A) Leh... Dekat kolej/uni dah selalu jumpa ikhwah! Takkan masa coti pon nak kontek ikhwah jugaaa! Nak jugak lepak dengan geng-geng lama! Isshhh. (9-10 markah)
B) Ada lah sekali-sekala. Selalunya main cucuk-cucuk dekat MukaBuku je. Kalau ekstra rajin, adalah tag nama ikhwah pada gambar-gambar comel ala-ala Gwiyomi! Eh. (6-8markah)
C) Selalu jugalah. Kalau tak berdinding-dinding mesra di MukaBuku, sekali-sekalu tu ada juga berbalas sms atau Waksep chenta! *tersipu-sipu* (4-5 markah)
D) Kontek ikhwah? Setiap hari! *mata berkaca-kaca sebab rindu ikhwah* (1-3 markah)
Soalan 6
Selalu tak hubungi hadek-hadek, tanya khabar iman mereka dan tanya ada bulatan gembira atau tidak?
Jawapan
A) Err... *lari jauh-jauh laju-laju* (8-10 markah)
B) Aaahh. Adalah teringat kadang-kadang. Tapi selalunya takde kredit! Uish. (6-7 markah)
C) Ada ada, alhamdulillah. Seminggu tu adalah dua tiga kali. (3-5 markah)
D) Bukan tadi dah jawab ke? Bukan hadek-hadek tu ikhwah jugak ke? (1-2 markah)
Soalan 7
Movie peberet?
Jawapan
A) Oiiihh sume movie yang ada karakter adiwira! Superman, Avengers, Ironman sume tu lahhh..! Pssstt, jangan lapor pada murabbi saya deh...? (8-10 markah)
B) Alamak, kena jawab ke...? Entah, saya suka movie yang ada elemen saspens dan misteri. Macam Inception. Perrgghh tu memang lejen! Tapi sekarang ni dah jarang tengok ah. Sibuk. (6-7 markah)
C) Eh, dai'e tengok movie ke..? Bukan dah dengar pengisian Babai Jahiliyyah ke? Kalau movie yang macam Sang Murabbi ke, The Omar Series ke, atau kartun-kartun yang ada pengajaran bagus macam KungFu Panda ok kot. Ke macam mana? (4-5 markah)
D) Movie..? Apa tu..? (1-3 markah)
Soalan 8
Kalau murabbi anda telefon atau sms/waksep, apakah yang pertama sekali anda lakukan?
Jawapan
A) Buat-buat tak dengar/nampak. Lepas seminggu baru 'buat-buat' teringat nak balas. (9-10 markah)
B) Kalau iman tengah naik dan konfiden nak jawab, saya akan angkat dan balas. Boleh ke camtu..? (6-8 markah)
C) InshaAllah kalau waktu tu percuma dan takde benda lain yang lebih penting untuk dibuat, saya akan segera angkat dan jawab. Senyum. (3-5 markah)
D) Woahhh! Murabbi telefon...?? Saya akan angkat cepat-cepat laju-laju dan benda pertama sekali saya akan cakap, "Salaam a'laikum Inche Murabbi! Saya rindu anda uhibbuka fillahhh! Eh." (1-2 markah)
Soalan 9
Apa aktiviti anda ketika masa lapang...?
Jawapan
A) Uisshh saya tahu anda nak pekena saya en..?? Masa lapang sudah tentulah saya akan buat aktiviti-aktiviti yang berfaedah macam kumpul setem, tanam bunga ros dan tangkap rama-rama! (9-10 markah)
B) Selalunya tolong mak di rumah; macam hantar adik pergi sekolah, tolong mengemas rumah dan tolong basuh baju. Soleh kan..? (6-8 markah)
C) Masa lapang..? Uish. Selalunya akan cuba habiskan bahan-bahan fikrah yang ada, tak pon pergi ziarah ikhwah! (3-5 markah)
D) Masa lapang..? Err.. Maafkan saya, tapi.. Dai'e ada masa lapang ke..? (1-2 markah)
Soalan 10
Bulatan gembira anda semasa cuti ni apa khabar..?
Jawapan
A) Eh, cuti kan..? Kena berbulatan gembira jugakah...?? Orang dah plan nak pergi holiday ni! (8-10 markah)
B) Garu kepala. Pandang kiri, pandang kanan. Err.. Adalah sikit-sikit. Kalau ada orang kontek, saya pergilah... (6-7 markah)
C) Susah sikit la nak cari bulatan gembira masa cuti ni. Tapi saya akan cuba usahakanlah untuk cari. Kalau tak jumpa juga, saya akan minta sesi atas talian dengan murabbi gebu saya. (4-5 markah)
D) Bulatan gembira saya sendiri atau bulatan gembira yang saya bawa..? (1-3 markah)
Soalan bonus
Impikanlah!
Jawapan
A) Saya mengimpikan agar keputusan hekzem saya gilang-gemilang tahap gaban agar dapatlah saya terbang dan bermain salji yang putih dan sejuk itu! (Sila beri markah sendiri)
B) Impian? Impian saya nak berjaya di dunia dan akhirat, inshaAllah. (Sila beri markah sendiri)
C) Saya nak impi macam 'Umar al-Khattab boleh? Rijal-rijal hebat yang akan memenangkan Islam ini! (Sila beri markah sendiri)
D) Allah, susahnya soalan. Hhmmm. Saya mengimpikan agar setiap amalan dan perbuatan saya ikhlas keranaNya. Saya mengimpikan agar Islam tertegak semula di dunia ini sebagai Ustadziyatul 'Alam dan andai saya tidak sempat melihatnya, biarlah ia tertegak dengan peluh dan darah saya. Dan saya mengimpikan redhaNya yang hakiki dan saya nak masuk sorga yang abadi dengan ikhwah yang terchenta agar dapatlah saya main osom gergasi dengan mereka di sana! (Kalau betul ada yang jawab begini, sila beri -10 markah. Eheh.)
Krriiinnnggggg! Ok masa dah tamat. Hallo hallo, masa dah tamat!
Ok, sila letakkan pensel anda (atau iPapan/peranti pintar anda) sekarang juga. Anda berpuas hati dengan jawapan anda..?
Ok sekarang anda boleh mula mengira markah dengan penuh jujur lagi amanah.
Selesai? Baiklah, sekarang anda boleh periksa status kefuturan anda seperti jadual di bawah. Saya nasihatkan kepada anda yang tidak dapat menerima hakikat atau sering hidup dalam penafian (Baca: Live in denial), sila sediakan nombor paramedik atau waris yang terdekat. Eheh.
STATUS FUTUR
80-100 markah: Kefuturan pada tahap yang amat kritikal. Jika anda merasakan tidak ada harapan lagi untuk meningkatkan iman, saya nasihatkan lebih baik terjun gaung atau berenang bersama jerung sahaja.
60-79 markah: Kefuturan anda pada tahap yang membimbangkan tapi jangan khuatir, masih ada sinar di hujung terowong. Masa hadapan anda cerah sekiranya anda berazam untuk berubah dan sedia untuk berkorban!
40-59 markah: Uhm. Macam mana nak cakap eh? Kefuturan anda pada tahap manusia biasa. Kiranya agak normal ah. Tapi... Takkan nak jadi orang biasa-biasa sahaja kan? Ahli-ahli sorga itu, ramainya mereka yang luar biasa! Senyum.
20-39 markah: Tahniah! Iman anda bolehlah dikatakan pada tahap yang stabil dan tidak mengalirkan peluh besar. Tingkatkan usaha agar graf iman anda pada trend yang menaik!
0-19 markah: Woohooo! Jika anda teruskan begini, tidak lama lagi anda sudah boleh berjalan di atas air!
Batuk kecil.
Haaa, bagaimana..? Apakah status kefuturan anda..? Op op, jangan beritahu saya atau kepada sesiapa! Biarlah ia menjadi rahsia anda dan Dia. Semoga menjadi muhasabah dan peringatan yang berguna untuk anda.
Sebenarnya ada banyak lagi soalan yang boleh dimuatkan dalam kit ini. Tetapi cukuplah setakat itu. Khuatir pula saya ada rumah yang terbakar atau ramai yang akan dikejarkan ke hospital nanti. Ahah.
Oh oh! Kit ini untuk kegunaan peribadi sahaja tahu...?? Tidak boleh dibawa keluar ke dalam bulatan gembira, apatah lagi dijadikan bahan pengisian dalam konferens riang! Pengsan.
Tiada lagi kajian secara saintifik atau pemerhatian secara bersistematik untuk mengesahkan ketepatan dan kepersisan keputusan kit ini. Saya tidak bertanggungjawab untuk sebarang kejadian terjun gaung, terjun ke dalam kandang buaya atau baring di atas landasan keretapi. Pada masa yang sama, saya juga tidak tahu menahu seandainya benar-benar nanti ada kejadian orang berjalan atas air atau keluar tingkap terus terbang ke udara! Ohoi!
Tapi untuk anda, ya andalah siapa lagi! Ya anda, yang sedang menggaru hidung buat-buat tidak tahu itu. Senyum.
Anda tahu kit ini berguna. Anda tahu kit ini dekat dengan hati anda. Dan anda tahu, kit ini dapat mengesahkan status kefuturan anda.
Akhirnya, tepuk dada, silalah tanya iman dan taqwa dengan penuh sopan santun dan penuh tatasusila. Anda pasti akan ketemu jawapannya!
Senyum kenyit mata. Ewah!
-gabbana-
Menulis adalah suatu terapi yang cukup baik untuk saya bagi melepaskan tekanan di jiwa.
Ya Allah, permudahkanlah.

KIT FUTUR

Jom sarapan pagiiii! Eh? [Kredit] |

16 Caci Maki Puji Muji:
salam..inchee
okay!terbaik sebab kena dengan batang hidung. mcammna pulak dengan golongan yg menghukum seseorng itu 'futur' sedngkan mereka tak tanya pon sebab musabab..xkan sekadar xblas mesej,jarang pegi meeting dah diconsider 'futur'....tekanan jiwa jugak dekat hamba Allah yg xnak 'futur' dan ada masalah sendiri,lpas tu orng panggil pulak 'budak futur'..
kang futur betol2 plak budak tu..hailaaa...
#ambil ibrah 'sebelah sayap' matluthfi
Salam,pertama sekali,terima kasih kerana berjaya menampar,mencucuk & menembak berdas-das peluru ke dalam hati ini.*ini satu perumpamaan yg hiperbola*
Pada saya, ini adalah satu ilham/nasihat/kejutan drpd Allah utk mengejutkan saya drpd tidur yg lena kerna dibuai oleh sang futur.
Terima kasih sekali lagi.
Memetik trademark saudara,jay zek kay kay. :)
#saya setuju dgn pertanyaan dan pernyataan cik cinta mujahadah
kelihatannya sy ini sdg futur. perlu kurangkan score kefuturan yg semakin membimbangkan ini.
alhamdulillah..nice sharing..
entry nie agak berbeza sikit drpd yg biasa. siap ade kit kefuturan. nice one!
slm alaik yg sy fhm mende neh adalah utk kita fahami tahap futur diri sendiri bukan hadeks or org lain bcoz wlw camne pown kita still kene terbuka dgn masalah2 yg org lain hadapi jgn kita cepat analyse org lain futur. sbg cara untk meet their needs n biar diorg rasa chenta dgn ukhwah dnt n trus tsabat less futur.
kpd IG jzkk coz u guide us to know more
about kefuturan diri.
Salam.. inche..
syukran..post ni memang menampar muka aku..huhu..
aku pernah merasai kemanisan ukhwah dan tarbiah..dan aku rindu ingin merasainya lagi dan lagi.. =(
-insan sepi-
salam akh,
walaupun kondisi ana macam ada 'lesen' untuk futur, (eh wujud kah?) namun Kit anta memang bebetul menusuk kalbu.
berguna setelah balik darat sebenarnya..
jay zek kay kay
psst : kene ngeteh ngan anta bila ana balik darat tau.
markah kit futur,
buatkan jiwa jatuh pecah berdarah..
muhasabah..astaghfiruLlah..
masyaAllah 'alaik..
esok masih ada,anugerah dari Ilah..untuk sama2 kita berhijrah,sama2 berubah..insyaAllah..
jzkk..
salam. kit ni memang tampaq muka bertubi tubi. serius. tahap kefuturan pun tggi mengalahkan gunung everest berangan exam cemerlang gemilang terbilang, berangan nak berjaya dunia dan akhirat, berangan Islam tertegak sbg Ustadziatul 'Alam. ohhh berangannyaa!!!
Alamak banyak markah ni..
hadoi!
Nak kena pi servis la hati yang semakin nak berkarat ni..
okay.
tak terkira!
whoaaah >.<
Assalamu'alaikum.
Niat yang baik, tapi mungkin caranya tak sesuai untuk semua orang.
Saya seorang yang futur dari jemaah, to be exact, saya dah tak join jemaah dan ramai yang mengatakan bahawa saya ni futur jemaah. Saya hanya senyap dan tak membalas kepada mereka. Saya hanya menjawap, terima kasih kerana concern about me, but I am just unable to commit. Dan saya tak memberikan apa2 alasan.
Pada pendapat saya, yes, saya memang futur, saya ni memang macam dah tak ada harapan dan saya ni jenis hopeless case. Tapi saya bersyukur kerana Allah masih memberi saya harapan. Masa2 lapang saya gunakan untuk melawati saudara-mara yang dah tak lama dilawati.
Saya akan guna untuk melawat ayah yang duduk di kampung. Menjaga dan menemani emak di rumah. Tolong mengemaskan rumah dan sebagainya. Ada hari saya akan pulang ke rumah sehingga malam kerana pulang dari kerja kerana mencari nafkah dan duit untuk membantu diri saya dan keluarga. Jadi, mungkin pada pandangan orang lain, saya ni FUTUR. Tetapi saya yakin Allah faham situasi saya. Allah sentiasa menilai saya mengikut kemampuan saya.
Jemaah penting untuk membuat kerja2 untuk Islam. Tidak ada invidividu yang boleh survive hidup kat dunia sorang2. Tetapi ada banyak medium untuk membuat kerja untuk Islam. Seseorang tu harus lihat pada diri mereka, bagaimanakah dengan diri mereka, dah terjaga ke belum? Adakah rumah bersepah ke kemas? Bagaimana dengan mak ayah? Selalu jumpa ke jarang? BIla mereka sunyi dan memerlukan kita, adakah kita pergi melawat dan menjaga mereka? Bagaimana dengan pendapatan kita? Adakah halal atau ada syubhah? Adakah kita menggunakan masa yang diperuntukkan untuk buat kerja kita dan belajar atau pun buat 'benda lain'? Bagaimana dengan hati kita? Adakah kita berasa riak sebab kita buat kerja jemaah? Adakah kita merasakan kita ni lagi bagus dari mereka di luar sana yang tak join jemaah, solat pun tunggang-langgang, hanya lepak2 di kedai mamak dan sebagainya? Mungkin satu hari Allah akan berikan mereka hidayah dan mereka akan mempunyai martabat lebih tinggi dari kita?
Ini semua soalan2 penting yang perlu dijawab oleh setiap individu. Kalau tak, bagaimana Imam Al Ghazali boleh tidak mampu untuk bercakap, bagaimana beliau boleh meninggalkan pangkat tertinggi di Nizamiyyah dan pergi menjadi seorang pencuci tandas. Ramai yang mengkritik dan mengkondem Al-Ghazali. Tetapi mungkin pada mata Allah, beliau mempunyai martabat yang tinggi. Bagaimana dengan kisah Owais Al-Qarni yang tidak pernah berjumpa dengan Rasulullah S.A.W walaupun hidup pada waktu tu hanya kerana menjaga ibunya yang buta?
Manusia harus diberikan harapan, bukannya dikondemn dan dikritik. Kita memanggil manusia supaya mereka dekat dengan Allah, bukannya dekat dengan mana2 persatuan atau jemaah. Wallahu'alam. Maaf jika terkasar bahasa tersilap bahasa. Minta maaf banyak2. Saya hanya Hamba Allah yang cuba untuk menjadi manusia yang lebih dekat pada-Nya.
Maaf kalo ambe bertanya..what exactly the meaning of "futur"?
Agak memihak kepada anonymous dari segi pecahan tanggungjawab. Means ada masa utk keluarga, diri, dakwah. InsyaAllah belajar untuk bahagikan tanggungjawab seadil dan kena pada tempatnya. Lepas dah boleh bahagikan tanggungjawab mungkin tak futur lagi. Hehehe.
Saya tidak tahu kondisi anonymous tersebut. Saya meraikan membaca pandangannya. Namun insyaAllah jika diri kita tidak berada pada situasi Uwais dan Al Ghazali jgn kita jadikan mereka sebagai hujah utk tidak berada dalam gerabak. Jika bukan dengan peluh, daki, lelah kita ini untuk menyampaikan setiap risalah chenta Dia, siapa lagi?
Sungguh indah dan bahagia berpenatan dalam menyampaikan risalahnya.
Saya ditarbiyah dgn cara yg sungguh lasak oleh Penchepta. Tatkala saya meluncur laju kehadapan. Pantas bergerak. Tidak matang sungguh. Saya hanya tahu, aku perlu sampaikan risalah ini! Dan ketika itu jugalah saya diuji dengan Mak Terchenta saya sakit di kampung. Ya, ketika saya meluncur laju, saya lupa tanggungjawab sbg seorang anak.
Saya redha terpaksa ponteng kuliah dgn masa yg sgt lama utk menjaga Mak. Dan pergi hanya utk mengambil exam. Keputusan sy jatuh! Anda boleh bayangkan tak belajar apa pergi jawab exam. Tapi, i hv to accept. Teruk saya ditarbiyah. Rasa macam nak pitam aje! Tu la lupa lagi Mak kat kampung. Tak tanya khabar ape.
Dan dgn tarbiyah itu banyak mengajar saya. Bahagikan tanggungjawab seadilnya antara keluarga, diri dan dakwah. Dan saya belajar menjadi seorang yg lbh rasional.
Jangan jadikan ujian sebagai tiket untuk kefuturan. Jadikan tiket muhasabah! Apa yg perlu kita betulkan sebagai daie!
Ya sememangnya cuti amat merisaukan saya! 1 month to go dan luangkan masa untuk melaksankan tgjwb sbg seorang anak! Dan sebelum itu akan bertemu janji dengan Murabbiah Terchenta yang boleh berjalan di atas air di Opisnya!(teringin menjadi seperti dia)
Sekadar berkongsi pengalaman. Semoga kita semua dalam peliharaan dan redha. Ameen!
I get 67! Hoho
Post a Comment