7 June 2013

Palestin, Syria, Myanmar, Mesir dan Turki... Selepas Ini Apa Pula?

[Kredit]

Krisis dunia Islam tampaknya tiada berpenghujungan.

Yang paling senior antara semua sudah tentulah krisis di Palestin. Sehingga ke hari ini, tentera-tentera Zionis laknatullah secara konsisten dan berstrategi terus-menerus menindas umat Islam di Palestin. Saban hari, pasti akan terdengar ada nyawa yang melayang atau ada rumah yang dibom atau ada orang yang dihalau daripada rumah sendiri. Tiada hari yang aman tanpa gangguang dan provokasi daripada Israel.

Di Syria, Hizbullah (atau Hizbus Syaitan menurut Syaikh Yusuf al-Qardhawi) telah menyatakan sokongan rasmi mereka terhadap Bashar al-Assad laknatullah dan akan melakukan apa sahaja untuk mempertahan rejim Firaun moden itu. Hizbullah dan Iran kini berdiri teguh di belakang rejim Bashar, menunjukkan wajah jijik mereka yang sebenar. 

Mesir masih lagi tidak stabil. Saban hari pasti ada protes yang menuntut agar Presiden Muhammad Mursi meletakkan jawatan. Saban hari pasti akan ada kekacauan yang dicetuskan oleh puak-puak yang tidak mahu Ikhwanul Muslimin dan kumpulan 'Islamis' memerintah Mesir.

Pembunuhan etnik Rohingya yang beragama Islam dan penganiayaan terhadap mereka oleh masyarakat Buddha di Myanmar terus berlaku setiap hari, meski ia tidak dilapor di dalam akhabar dan media. 

Krisis kemanusiaan di Sudan dan Somalia makin meruncing. Kes kebuluran, rogol, tiada pendidikan dan jenayah yang berleluasa seperti sudah menjadi sesuatu yang normal di sana. 

Terbaru, Turki, sebuah negara Islam yang selama ini dipandang tinggi dan sering dijadikan contoh dan sebutan sebagai model negara Islam pula mengalami krisis dalam negara. Bertitik-tolak daripada pengumuman kerajaan untuk mengawal penjualan arak (BUKAN pengharaman) di sana, berlaku protes kecil-kecilan yang kemudiannya bertukar menjadi besar dan ganas. Pelbagai alasan digunakan untuk menjustifikasikan protes yang dibuat; isu alam sekitar lah, kerajaan tidak adillah, itulah inilah... Makar-makar jahat untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Recep Tayyib Erdogan. 

Meski krisis di Turki masih lagi pada skala yang kecil, tidak mustahil ia boleh menjadi lebih dahsyat dan mengerikan di masa hadapan. Dan saya yakin, itulah yang dimahukan oleh musuh-musuh Islam, seperti yang berlaku di Mesir.

Apa yang berlaku cukup menarik dan menghairankan pada masa yang sama. Kerajaan pimpinan Erdogan boleh dikatakan antara kerajaan terbaik yang ada pada masa moden ini, bukan sahaja dalam kalangan negara-negara Islam, malah di seluruh dunia! Turki baharu sahaja selesai melangsaikan hutangnya dengan IMF, suatu kejayaan yang cukup membanggakan. Ekonominya cukup pesat membangun. Turki yang tidak lama dahulu dilihat sebagai sebuah negara Eropah yang lemah dan tidak berdaya saing, kini mendapat penghormatan dan tabik spring daripada negara-negara Eropah yang lain.

Turki yang dahulunya dikenali sebagai 'Lelaki Sakit Eropah' (Baca: The Sick Man of Europe) kini bermegah menjadi Lelaki Gagah Bergaya Eropah. Semuanya hasil pemerintahan dan pentadbiran yang cekap, amanah dan bertanggungjawab oleh kerajaan Erdogan.

Anda pasti masih ingat bagaimana Erdogan, dalam sebuah forum, dengan penuh macho dan bergayanya telah menyatakan pendirian tegasnya terhadap tindakan Israel yang membunuh rakyat Turki pada misi Mavimara ke Palestin dan menolak untuk duduk bersama dengan Presiden Israel ketika itu, Shimon Peres. Juga pastinya imej wanita pertama Turki, Emine Erdogan yang sanggup ke Myanmar untuk melihat sendiri penderitaan kaum Rohingya masih terpahat dalam kepala anda. Ketika itu, meski kita bukan rakyat Turki, kita turut berbangga sama punya seorang pemimpin Islam sebegitu rupa. 

Namun itu semua tidak dapat memuaskan hati segelintir pihak di Turki. Mereka yang dengki dan hasad melihat kejayaan kerajaan Islamik Erdogan memerintah Turki, sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan Erdogan dan konco-konconya. Selama lebih sepuluh tahun Erdogan memerintah, mereka tercari-cari ruang dan peluang untuk mereka memasukkan jarum-jarum mereka. Namun mereka gagal dan tidak berjaya, dek sokongan rakyat yang padu terhadap Erdogan, juga pemerintahannya yang adil dan menguntungkan rakyat. 

Akhirnya mereka ketemu sebab untuk menyerang Erdogan, pada kencing syaitonirojim bernama arak. Semua jasa-jasa dan sumbangan kerajaan Erdogan kepada Turki selama ini seolah-olahnya tiada nilainya jika hendak dibandingkan dengan najis bernama arak itu. 

Ikan apakah ini...?? Pppfffttt!

Daripada isu arak, ia diperbesar-besarkan lagi apabila pihak polis bertindak keras terhadap para penunjuk perasaan. Ia mungkin kesilapan taktikal di pihak Erdogan, tetapi ia tetap tidak memberi justifikasi untuk para penunjuk perasaan bertindak sebegitu rupa. Kalau isu kerajaan korup ke, kerajaan tak bagi beli beras ke, kerajaan suka beli beg tangan ke, tidak mengapalah juga. Tapi ini disebabkan arak..?

Entahlah. Garu kepala. 


Kita sama-sama doakan agar krisis yang sedang melanda Turki akan berakhir dengan segera. Kita perlukan sebuah negara seperti Turki untuk menjadi contoh kepada negara-negara Islam yang lain! [Kredit]

Benarlah firman Allah:
"Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah, 'Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang sebenarnya.' Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kepadamu, tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari Allah."
[al-Baqarah, 2:120]

Benar, mungkin kebanyakan dan majoriti daripada penunjuk perasaan sendiri adalah beragama Islam. Tapi Islam yang bagaimana? Dan siapa yang mendokong mereka? Siapa yang menjadi dalang kepada semua?

Menelusuri sejarah moden Turki, anda pasti faham dengan apa yang saya maksudkan. Usaha-usaha untuk menjatuhkan Khilafah Turki Uthmaniyyah oleh puak-puak Yahudi laknatullah akhirnya berjaya dengan muncul seorang figur bernama Mutaffa Kemal Attaturk, yang juga punya darah Yahudi dari belah ibunya. Sejak itu, permusuhan antara Yahudi dan umat Islam tidak pernah padam. Legasi Attaturk masih diwarisi dan dibangga-banggakan sehingga ke hari ini. 

Melihat kepada krisis yang berlaku kepada umat Islam pada hari ini, ada dua perkara besar yang dapat saya perhatikan.

Pertamanya, hipokrasi kuasa-kuasa besar dunia terutamanya Barat. Bagaimana mereka hanya akan membantu negara-negara yang tertindas dan bertindak sebagai polis dunia apabila ia akan menguntungkan mereka. Lihatlah Libya, bagaimana Muammar Gaddafi dijatuhkan dalam masa yang agak singkat. Dan kini lihat pula Syria, sudah berapa lama kebangkitan rakyat berlaku di sana dan Bashar masih kekal berkuasa. 

Mengapa? Kerana Libya punya takungan minyak yang besar sedangkan Syria tiada apa-apa yang menarik untuk ditawarkan kepada dunia. Terbaru, apabila rejim Bashar laknatullah menggunakan gas saraf Sarin ke atas rakyatnya sendiri, untuk melumpuhkan perjuangan para mujahidin di sana. Perancis telah pon mengesahkan penggunaan gas itu. Dan apa kata Amerika? 

"Kita perlukan bukti-bukti lanjut sebelum membuat keputusan dan mengambil tindakan."

Jatuh kerusi.

Nasib baiklah saya tiada darah Inkredibel Hak. Bau-bau bacang pon tiada. 

Anda dah nampak kan permainan konda-kondi dan batu serembannya di situ..? 

Keduanya, adalah kelemahan umat Islam secara berjemaah. Sungguh ironi bukan, apabila kita terpaksa mengharapkan belas ihsan dan bantuan negara-negara kafir, untuk menyelesaikan masalah umat Islam..? Kita menuding jari dan menyalahkan negara-negara Barat yang acuh-acuh dan tidak kisah dengan penderitaan dan kesengsaraan umat Islam di seluruh dunia. Anda tahu apa yang bermain dalam kepala otak mereka?

"Ada aku kisah...??"

Hamek kau. 

Apa tindakan kita sebagai umat Islam? Di mana Arab Saudi yang duitnya berkepuk-kepuk berguni-guni? Di mana UAE yang punya ribuan bangunan pencakar langit nan tinggi? Di mana Indonesia yang punya umat Islam paling ramai sekali? Di mana Pakistan yang sudah punya teknologi nukelar sendiri? Di mana Malaysia yang punya Perdana Menteri yang paling disayangi seluruh rakyatnya berbilang kaum dan negeri? Eh. 

Tiada penghinaan yang lebih besar apabila umat Islam tidak mampu untuk mempertahankan nasib saudara-saudaranya sendiri. Tiada kemalangan yang lebih dahsyat apabila ramainya umat Islam yang tidak kisah dan goyang kaki, tidak peduli dengan apa yang sedang berlaku kepada umatnya sendiri. Dan tiada bala bencana yang lebih besar apabila umat Islam tidak punya perisai dan senjata untuk melindungi dirinya sendiri daripada asakan dan serangan ganas musuh-musuh Islam yang sentiasa mencari peluang untuk menghapuskan cahaya Ilahi! 

Nanges laju-laju. Tutup muka penuh malu.

Ya, kita adalah sebahagian daripada umat ini. Kita sama-sama bertanggungjawab terhadap apa yang sedang menimpa umat Islam pada hari ini. 

Boleh jadi apa yang berlaku di Palestin itu adalah kerana berleluasanya maksiat di Malaysia. Boleh jadi apa yang berlaku di Syria itu adalah kerana umat Islam tidak lagi sibuk mahu mengimarahkan masjid dan tempat-tempat ibadah. Boleh jadi apa yang berlaku di Kashmir dan Afghanistan adalah kerana korupnya para pemimpin Islam pada hari ini. Boleh jadi apa yang berlaku di Myanmar adalah kerana kita yang terlalu chentakan dunia. Boleh jadi apa yang berlaku di Sudan dan Somalia adalah kerana sudah tiada beza antara Muslim dan bukan Muslim dari segi akhlak dan perlakuannya. 

Dan boleh jadi, apa yang berlaku pada umat Islam pada hari ini, adalah kerana maksiat dan jahiliyyah pada diri kita sendiri. Boleh jadi? 

Potong bawang. 

"Alah, buat apa aku nak kisah? Palestin tu beribu-ribu batu jauhnya daripada Malaysia ni! Biarlah pak-pak Arab tu yang sibuk!"

"Ish nak tolong Syria? Orang miskin kat Malaysia ni pon banyak lagi!"

"Diorang ni teruk betullah! Tak bersatu! Asyik dok gaduh sama sendiri! Cuba contohi Malaysia, aman damai sokmo!"

Anda, ketahuilah, jika kita terus-menerus dengan kejahilan dan keangkuhan kita, tunggulah bala bencana dari Allah yang akan turun pada bila-bila masa. Na'udzubillah. Ketika itu, berlindung di dalam gua yang paling dalam atau menyorok dalam bunker yang paling kebal pon belum tentu dapat menyelamatkan diri kita. Astaghfirullah. Di saat itu, tiada penyesalan atau rayuan yang dapat menenangkan kita. Innalillah. 

Dan andai kita tidak bersyukur dengan nikmat yang kita kecapi ini, merasakan kita layak menerimanya dan bukan kerana rahmat dan kasih-sayangNya, sombong, angkuh, takabbur, kedekut taik idung masin, bakhil dan sebagainya, maka nantikanlah kemurkaan Allah yang bakal tiba. Ia mungkin datang dalam bentuk bala bencana. Ia mungkin menyerang dalam bentuk perpecahan sesama kita. Ia mungkin menghambat kita dalam bentuk jenayah dan rasa tidak tenang. Allahu a'lam. Moga Allah jauhkan kita daripada bala dan kehinaan sebegitu rupa.

Geleng kepala.

Kebejatan yang sedang berlaku pada umat Islam hari ini bukan main-main. Bukan cobaan. Bukan mimpi ngeri yang tunggu masa untuk dikejutkan. Bukan. Tetapi ia adalah realiti pahit yang perlu ditelan oleh kita semua. Ia adalah hakikat perit yang perlu kita terima.

Kerana kita adalah sebahagian daripada umat ini. Dan kitalah yang perlu mengubahnya.

-gabbana- 

Siapa percuma pada malam ini, daripada duduk depan TV usap kepala adik bongsu anda, anda digalakkan untuk menyertai Global March to Jerusalem yang akan diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam bagi menunjukkan solidariti kita kepada rakyat Palestin. Sekurang-kurangnya adalah amal anda di situ, InshaAllah. 

Klik sini untuk ke laman MukaBuku GMJ 2013.

Saya sendiri kemungkinan besar tidak dapat menyertainya. Pitnah Peah urusan kantor. Nanges. Tapi kalau ada kesempatan, teringin juga mahu menyinggah. Tujuan utama mahu berjumpa ikhwah terchenta!

Tapi anda, berarak sahaja tidak cukup tahu? Berflash mob sahaja tidak cukup tahu? Membuat bantahan dan sepanduk di hadapan kedutaan juga tidak cukup tahu?

Untuk mengubah nasib umat ini, ia memerlukan lebih daripada itu.

Ia bermula di sini *tunjuk hati* dan kemudian, sebarkan chentaNya kepada seluruh umat manusia. Senyum. 

11 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 07/06/2013, 21:01  

masyaAllah ignorancenya aku.. syukran akh.

. 08/06/2013, 04:08  

tumpang lalu..nak promote entri ana sat naa..hehe
http://themerapu0ne.blogspot.com/2013/06/nak-tarbiyah-biar-kena-cara.html

Anonymous 08/06/2013, 20:46  

adakah aku sudah bersungguh menjalankan tangunggjawab semampuku kepada semua saudaraku? sudah cukupkah usahaku?

astagfirullah...

Anonymous 10/06/2013, 21:12  

Ya Allah..sadis yer tgk gamabr atas skali..mane dapat gambar tu en gabbana?

farah izzati 11/06/2013, 18:50  

syukran yaa sheikh, semoga melimpah ruah rahmat ALLAH ke atas kamu, dipermudahkan urusan, dan ditetapkan hati dan kaki di jalan ni. Teruskan.

Usagi 13/06/2013, 12:38  

Salam Inche Gabanna
Syukran atas perkongsian yang best ni
Memang meleleh air mata dalam hati

Sekadar nak share insiden yang dialami sahabat yang join flash mob baru2 ni di area K.L
Tengah syok2 ber flash-mobbing, ada orang ramai yang lalu lalang boleh kata:

"Lantak la dengan Palestine tu"

Boleh bayangkan betapa shocked nye sahabat ni bila dengar ayat tu..

Allah... masih ada yang ignorant

Smoga Allah jauhkan kita dari sifat ni
Amin..

Anonymous 13/06/2013, 12:46  

bagaimana pula dengan tindakan polis yang menyerang para demostran? bagaimana pula dengan censorship media? Turki bukan membangun disebabkan Erdogan. Tapi dasar sekularnya yang kuat. Turki menjadi Sick man of europe sewaktu kejatuhan empayar ottoman yang korup dan tidak sekular. Erdogan cuma berada pada waktu, tempat yang memberikan dia nampak hebat. Para demonstran di Turki tidak mahu dasar islamik yang sedikit demi sedikit mula diterapkan kerana mereka tidak mahu Kerajaan Islam yang sudah tentu jika melihat sejarah menindas perkembangan ilmu dan hak asasi manusia.

Anonymous 14/06/2013, 13:18  

Anonimus 1246.agak janggal jika kita kata pembangunan dan kehebatan yg berlaku adalah kebetulan dan tanpa perancangan. Apakah sekularisma jadi syarat kpd ledakan ekonomi yg kuat? Greece yg disempadan lbih dari sekulsr. Portugal ,Spain bukan sekular?Fakta: Renauson Eropah bermula dari pencerapan ilmu yang amat terkedepan diempayar Andalusia dan wilayah islam yang disekitarnya.Model Taliban adalah hasil dari pemahaman yg tidak mewakili majoriti pemikiran dan kefahaman yang ada dari kalangan islamist. Salahkah untuk beri peluang setelah hampir seabad sekular totok mencuba Sekurangkurangnya Turki sekarang tidak dipandang kerdil oleh kuasa barat malah sudah jadi kuasa yang "diperhati" Minta saudara lebih adil dan terbuka dalam menyatakan persepsi anda

Anonymous 31/07/2013, 01:49  

Anonimus 1246 sapa kata kerajaan islam menindas perkembangan ilmu .sila kaji betul2 tentang peradaban dan perkembangan ilmu islam dimana menjadi rujukan dan model terbaik sehingga zamn kini cth ramai cendekiawan islam seperti ibnu sina dimana bukunya masih menjadi rujukan perubatan sehinga kini, abdurahman al sufi dimana buku beliau tentang aturan tetap bintang di cakerawala masih di rujuk oleh pihak yang sedang taksub hendak ke planet marikh sedgkn waktu tersebut belum ada lagi teleskop.turki menjadi sick man of europe setelah dijajah oleh british yg menghancurkn sistem khalifah dan diletakan sekutunya kamal atartuk yg nk kna ketuk.penjahahn kamal yg mnjdikn sick man of great eroupe.minta saudara lebih adil dan terbuka dalam mnyatakn persepsi anda.kaji dengan lbih dlm lagi islam insyallah kmu akn menemui jalanya.

Anonymous 18/08/2013, 11:01  

Aku kalau boring... mesti baca blog ... paper
memang la isi... tapi blog kupas lebih baik laa ... tahniah
atas kupasan .. :)

My site: Jubah Dress

Unknown 20/09/2013, 13:24  

Alhamdulilah amat bermakna info saudara ni.daripada dok lyn fb . . .amat berguna sumber saudara. . Sedikit sebanyak saya tahu bnyk pengetahuan

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP