16 June 2013

Futur Tidak Pernah Rasis


"Aku tak boleh ah duduk rumah. Kalau wiken balik rumah memang futur ah. Satu benda tak buat. Tidur. Tengok TV. Start je duduk dengan family, mula ah tengok TV. Quran, qiam sume entah ke mana."

Au kama qal.

Terkedu saya mendengarnya. 

Yang berkata itu bukan seorang manusia yang biasa-biasa. Yang mengucapkannya itu bukan seseorang yang semalam saya kenali. Yang berkongsi itu bukan kutu berahak mana yang saya terlanggar bahu di tepi.

Dia adalah al-akh qawiyy mahbub fillah yang amat saya kenali. Malah, selama ini saya amat kagum dengan amal-amal fardhinya. Saya sering cemburu dengan qudwah dan kesungguhannya di atas jalan ini. 

Namun pengakuannya benar-benar menyentap hati saya. Perkongsiannya telah menyebabkan saya terkesima seketika dan memaksa saya untuk berfikir sejenak. 

Selama ini saya menyangka, kalau berbulatan gembira sentiasa, bawa pula dua tiga bulatan gembira, konferens riang tidak pernah ditinggalkan, bergiat aktif dalam perancangan dan mesyuarat tarbiyah dan dakwah, mutabaah amal sentiasa tiptop, muayasyah bersama hadek-hadek dan ikhwah konsisten dan terus persisten... Raksasa gorgon yang bernama futur itu tidak mungkin berani menyentuh apatah lagi menyerang dengan ganasnya al-akh yang sebegitu rupa.

Namun saya silap. Silap besar.

Benarlah, futur itu tidak rasis. Kefuturan itu tidak memilih mangsa. 

Peluh besar. 

Lantas saya teringat pada sepotong ayat Quran,

"(Iblis) menjawab, 'Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka daripada jalanMu yang lurus. 

Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan, dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan daripada mereka bersyukur.'"
[al-A'raf, 7:16-17]

Ya, itulah iblis, musuh utama kepada anak cucu cicit Bani Adam. Semuanya berpunca daripada rasa ego, angkuh dan takabbur yang ada pada dirinya. 

Dan si iblis bersama konco-konconya, telah berazam dan beriltizam, mereka akan menyesatkan umat manusia dengan sesungguh-sungguhnya walau dengan cara apa sekali pon. Kerana apa? Kerana mereka mahu teman di neraka nanti.

Rasa nak terkencing.

Dan seorang dai'e tidak mungkin akan terlepas daripada tipu daya dan permainan iblis dan tentera-tenteranya. Kerana dai'e juga manusia. Dai'e tidak sempurna. Dai'e juga punya kelemahan dan kekurangannya. 

Maka dai'e yang tidak kuat imannya, pasti akan tertewas dengan perangkap jahat syaitonirojim. Dai'e yang punya banyak masa terluang pasti akan mula melangkah ke alam maksiat. Dai'e yang bermalas-malasan dan tidak berusaha memantapkan kefahaman dan imannya, pasti akan ditertawakan syaitan berkali-kali.

Arakian, muncullah dai'e yang suka tengok movie dan kemudian mencari-cari alasan untuk mempertahankannya. Wujudlah golongan dua't yang gemar berjimba dan tidak berasa salah dengannya. Dan lahirlah ikhwah dan akhawat, yang meringan-ringankan aspek tarbiyah mereka dan tidak seriyes dalam usaha-usaha dakwah mereka, dan tidak boleh pula menerima teguran untuk memperbaiki keadaaan mereka ini.

Allahu. Buang habuk pada mata. 

Lantas, hadith yang menceritakan kita kisah seorang pemuda yang ingin bertaubat setelah membunuh 99 nyawa, menjadi pedoman yang amat berguna buat kita. Bagaimana, selepas membunuh mangsanya yang ke-100, yang merupakan seorang 'abid yang menghancurkan harapannya untuk bertaubat, timbul rasa sesal sekali lagi dalam diri. Dia mencari-cari mana-mana 'alim yang dapat memberikan bimbingan. Akhirnya dia bertemu dengan seorang yang berilmu, yang memberi jaminan Allah pasti akan menerima taubatnya. Bukankah Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat?

Tapi dengan satu syarat. Pemuda itu wajib berhijrah dari kotanya ke sebuah kota yang lain. Rasionalnya? Kotanya sekarang terlalu banyak memori lampau yang bakal mengingatkan dirinya tentang maksiatnya yang lalu. Kotanya sekarang tidak punya biah (suasana) yang akan mendorongnya ke arah kebaikan. Khuatir nanti, setelah bertaubat, dia akan kembali semula ke takuk yang lama.

Maka dia perlu berhijrah. Ketika itu juga. Dengan harapan, kotanya yang baru nanti akan memberinya ruang dan peluang untuk berubah. Dengan harapan, kota yang baru nanti akan ada suasana yang jauh lebih solehah untuk membantunya berubah.

Ditakdirkan Allah, dia mati di tengah jalan. Dipendekkan cerita, dia dimasukkan ke dalam sorga, kerana jaraknya dengan kota yang baru adalah lebih dekat dengan jaraknya dengan kota yang lama. Diceritakan juga, bagaimana beza jarak antara keduanya hanyalah sejengkal cuma. Subhanallah.

Daripada kisah ini, kita belajar bahawasanya Allah itu Maha Pengampun, Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Penerima taubat walau sebesar mana pon dosa dan noda kita.

Daripada kisah ini, kita belajar bahawasanya taubat itu tidak boleh ditangguh-tangguh, perubahan itu tidak boleh dilengah-lengah dan permohonan keampunan itu tidak boleh dilewat-lewat.

Dan daripada kisah ini, kita juga belajar, antara syarat utama untuk kita benar-benar berubah, kita amat membutuhkan biah solehah. 

Ya, suasana yang baik, keadaan yang menggalakkan dan situasi yang benar-benar kondusif untuk kita berubah. 

Seorang dai'e juga begitu. Bagi memastikan imannya sentiasa dalam keadaan trend yang menaik, dia amat memerlukan biah yang akan membantunya untuk menjaga iman dan amalnya. Beruntunglah buat mereka yang punya keluarga yang benar-benar soleh dan musleh. Tapi bagaimana untuk mereka yang tidak memiliki aset sebegitu..?

Potong bawang.

Maka menjadi tanggungjawab kita untuk berusaha sebaiknya mencari biah itu. Dan sekiranya kita tidak berjaya menjumpai satu, sayugia menjadi amanah kita pula untuk membinanya. 

Sekiranya dengan bersama-sama ikhwah, mutabaah amal kita terjaga, maka itulah yang sebaiknya. Seandainya tinggal duduk dia di rumah ikhwah akan memastikan kita qiam setiap malam, maka itulah yan secantiknya. Jika anda memerlukan nasihat dan tunjuk ajar daripada ikhwah setiap masa dan ketika untuk memastikan tahap iman anda tidak merudum teruk, maka itulah yang sewajarnya. 

Sampai bila? Sampai kita benar-benar mampu untuk menjaga diri kita. Sampai kita benar-benar yakin yang kita mampu untuk hidup berseorangan. Sampai kita benar-benar kuat untuk melawan dan menangkis bisikan syaitan.

Dan sekiranya semua itu mustahil untuk diri kita, maka teruslah bersama biah yang solehah sampai bila-bila. Kerana kita sebenarnya, amat memerlukannya.

"...Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun."
[al-Mulk, 67:2]

-gabbana-

Alhamdulillah, minggu lepas dan minggu ini amat sibuk dengan program dan aktiviti tarbiyah dan dakwah. Senyum nampak gigi. Jadi ada kemungkinan besar yang saya jarang-jarang akan menulis. 

Moga post-post lama akan menjadi pengubat rindu anda semua. Eceh. 

14 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 16/06/2013, 23:36  

inche gabana,
So kesudahan cerita akhi tu cam ne.. ana x paham la.. ana menghadapi masalah yg sama.. sebab ana tinggal dalam keluarga yg tidak paham ape itu dakwah tarbiah.. even ana x balik kerana program pun ana dah kene hentam..(rasa x nak balik je T.T)

Anonymous 16/06/2013, 23:55  

aah. x brape nk paham sangat kesimpulan kali ini =.=

Anonymous 17/06/2013, 00:00  

Bile novel nak siap???

Anonymous 17/06/2013, 00:32  

salam..
ini la yg selalu ana. lari drpd...bila nk balik rumah.. sama la apa yg selalu ana rasa..bila balik rumah..ntah jd apa..huu.. tahu bende tu salah tp mcm ade bende yg sngt2 buat kita lalai..

Anonymous 17/06/2013, 02:44  

Pada pendapat ana lah. Pada antum2 yg rse dirinye spt yg di atas(futur bile blk rmh)..nahnu kne lah hidupkan biah solehah dlm rmh kite tu. InsyAllah bt skit2. Hri2 improve, jgn ke blakang..constant pn xpe, janji jgn ke blakang. Bile da kuat skit, improve skit lg.. Slow2 je. Usaha tu yg penting ;)

Anonymous 17/06/2013, 10:08  

Assalamualaikum,sekadar b'kongsi..ana pun begitu juga, tetapi, alhamdulillah, Allah kurniakan kekuatan utk istiqomah menjaga amal fardhi, sikit2, parents pn sdh mula qiam, mula utk ikt puasa sunat isnin khamis..ya, mmg ambil ms yg lm, tetapi, kalau bkn kita yg mulakan, siapa lg? ana setuju dgn penulis, tapi jgn ambil ms terlalu lm tgal dengan shbt2 setarbiyah (ana p'nah decide begitu& hub. dgn family rasa makin jauh),insyaAllah semoga kita&keluarga dihimpunkan disyurga...

Anonymous 17/06/2013, 16:20  

Kita tak sedar di rumahlah ladang pahala paling bnyak, kita tak sedar bhawa keluarga kita paling dekat untuk tarik diri ke neraka, ya Allah lekanya aku dalam menjga amanah ku... :'( ..

Anonymous 17/06/2013, 16:58  

assalamualaikum.. nk tanya soalan yg lari tajuk skit..

boleh ke dan ada ke istilah 'cuti' dr t&d sbb nak baiki pointer?.. risau dihati takut diri menjadi fitnah t&d.. ke cane?

Anonymous 17/06/2013, 18:06  

...banyaknya orang tanpa nama (anonymous), ana setuju sangat dengan anon yg komen 16:20, 2:44 dan khususnya 10:08...JIKA BUKAN KITA, SIAPA? Dan komen 00:32 itu adalah komen yang selalu sangat menjadi alasan dae'i2 yg bukan calang2 orgnya. Kesimpulannya jika T&D kerana Allah dan kasih sayang kita kpd kedua ibu bapa dan adek beradek, walau jauh macamana pun pasti satu hari sampai juga kepada mereka matlamat D&T kita, sikit2 lama2 pasti tercapai. Jika kita boleh sabar dengan mad'u yg belum berjinak2 dgn T&D mengapa sukar untuk guna strategi yg sama dgn adek beradek. Kasih sayang kita akan mempercepatkan T&D. Janji kita sayang mrk dan ikhlas T&D kita hanya keranaNYA demi hsrat ingin ketemu mrk di Jannah nanti, wallahualam.

kawan salwa 18/06/2013, 15:45  

selamat ber'sibuk'.....faham banyak tanggungjwb menanti...

Anonymous 18/06/2013, 19:54  

Jazakallah khairan khatsiro Inche Gabbana atas tazkirah yang cukup membekas di hati ana. Ana pun kadang berasa sedemikian apatah lagi lokasi kerja jauh daripada ikhwah sekalian.

Soalan cepu emas,
Enta nak kahwin bila?

Anonymous 05/01/2015, 10:55  

Bila jadi macam tu, kena tanya balik diri sendiri, selama ni berbuat baik, ibadah, dakwah semua ni sebab Allah atau sebab orang tengok? Dikalangan org2 soleh kita boleh beribadah tp dgn family susah. Recheck niat. Memang syaitan suka menggoda kita tapi jgn put the blame on syaitan. Put the blame on ourselves.

Anonymous 05/01/2015, 15:00  

Erkkkk memang futur. Kadang malu dengan diri sendiri.

Inche gebuna kaver #Chenta menarik! Liberal giler keh keh! Aku suka, nampak strategi licik. Mesti orang curious to get know! Dan bila baca disambar petirrrr dan hujan mencurah-curah. Haha. Cis metafora!

I share satu benda dengan Inche gebuna kenapa aku bangkang habis kaver chenta yang previous. Aku ade beli buku Semusim di Syurga, Hamka menulis tak cliche dan tak bosan, buku tu sangat menarik dan aku yakin member aku yang sosial life dia terukk teramat akan tertarik. Dan dengan kuasa Allah dia nak berubah. Tapiiii dia tengok tengok je tajuk buku Semusim di Syurga dan kaver pon macam islamic dia terus tak nak. Mindset dia dah kata buku tu buku bab agama dan tak menarik. Jenuh aku nak pujuk dia mintak baca dulu.

Aku bangkang ade sebab Inche Gebuna. Kau jangan sedih bila aku rejek semua kaver dulu. Tapi tajuk #Chenta aku agree!

Banyakkan strategi dan perancangan! Kipidup!

Selalu orang kate don't judge a book by a cover. Tapi kali ni biar kita kritikal thinking dan jangan cliche, biar orang judge a cover dulu dan dia akan tertarik untuk beli/get to know/curious! InsyaAllah aku doakan pembaca tahu kemana arah #Chenta itu perlu dibawa.


Inche Gebuna kipidup yer! Teruskan gagah berani berlari! Dan aku tak tahu bila aku boleh build my own bussiness D&T :(

Anonymous 06/01/2015, 06:40  

w'salam...akhi/ukhti....dulu ana pun ada alasan mcm ni..tapi sejauh mana kita berpegang kpd trademark Dakwah & Tarbiah (dakwah no 1..study bkn no 2)..insyaAllah..kita x kan pernah cari alasan cuti dlm d&t...sangat faham bilamana kita sebagai daie selalu diuji dng bnda2 ni....dulu,,,kita cukup faham dan jelas yang mana satu ALAT dan MATLAMAT...tapi..kdng2 kita sndiri yg dah celarukan semua tu...ibaratnya kita sendiri yg pecahkan pecahkan telur kuning dng putih dan biarkn ia bersatu dlm satu bekas( ingt balik point ISK)..insyaAllah..Allah dah tetapkan pun kptsn kita dlm study...jom setelkan muwasafat tarbiyah..insyaAllah study x kan terganggu...

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP