PRU13: Kekalahan Yang Memenangkan
[Kredit] |
Kekalahan yang memenangkan.
Kematian yang menghidupkan.
Kejatuhan yang membangkitkan.
Ya, saya juga geram, kecewa, sedih, resah dan gulana dengan keputusan PRU13 baru-baru ini. Malah, ketika pertama kali mendapat tahu yang Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan baru dengan undian majoriti mudah, entah mengapa, tiba-tiba hilang semangat saya. Terus saya ambil keputusan untuk masuk tidur pada malam keputusan tersebut diumumkan. Haha.
Bangun pagi, membaca komentar-komentar di MukaBuku, jelaslan bukan saya sahaja yang kechiwa. Begitu ramai orang di luar sana yang tidak senang dan tidak berpuas hati dengan keputusan PRU13. Tidak kurang juga yang membuat pelbagai tuduhan dan dakwaan, merasakan PRU13 merupakan pilihan raya yang paling banyak penipuan dan pendustaan. Pilihan raya yang paling banyak jumlah hantu raya berkeliaran! Wahahaha..
Dalam situasi sebegini, sememangnya mudah untuk kita menanggapi apa yang berlaku dengan penuh emosi. Semua benda pon salah. Semua benda pon tak kena. Silap haribulan, pergi gerai pesan nasi lemak lauk sambal kerang pon kena tengking dengan makcik jual nasi lemak tu, sebab calon yang diundinya kalah. Peluh kecil.
Dalam penulisan ini, saya ingin mengajak anda untuk kita menganalisa keputusan PRU13 secara lebih rasional dan bijaksana. Benarkah kekalahan yang berlaku adalah disebabkan oleh penipuan oleh pihak lawan? Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya kekalahan? Siapa yang perlu dipersalahkan? Apakah solusi untuk ke hadapan?
Kalahkah PR?
Benarkah kita telah kalah? Melihatkan keputusan PRU13 yang lalu, meskipon Pakatan Rakyat gagal membentuk kerajaan pusat, dari segi faktanya, banyak pencapaian dan kejayaan yang telah berjaya dicapai jika hendak dibandingkan dengan PRU12. Jumlah kerusi parlimen meningkat dari 83 kerusi kepada 89 kerusi. Bilangan kerusi-kerusi Dewan Undangan Rakyat juga meningkat di seluruh negara. Yang paling menarik, jumlah undian secara keseluruan terhadap Pakatan Rakyat adalah lebih tinggi berbanding undian yang diterima oleh Barisan Nasional, menjadikan Pakatan Rakyat lebih popular daripada lawannya.
Maka, kalahkah PR..?
Belum lagi dikira dengan kemenangan ahli-ahli parlimen yang bakal dan akan terus mengubah senario politik tanah air seperti Rafizi Ramli, Nurul Izzah, Lim Guan Eng dan Ustaz Nasaruddin Tantawi. Walaupon PR juga kehilangan tokoh-tokoh gergasinya dalam PRU13 ini seperti Dr. Dzulkefly Ahmad, Mat Sabu, Chua Jui Meng dan Salahuddin Ayub, jangan lupa BN juga mengalami krisis yang sama; Dato' Saifuddin Abdullah, Datuk Puad Zarkashi dan Datuk Chong Kong Ha, Datuk Seri Abdul Ghani Othman dan Datuk Wira Ali Rustam adalah antara nama-nama besar yang gugur dalam PRU baru-baru ini.
Maka kalahkah PR..?
Sokongan rakyat juga tampak lebih padu kepada PR kali ini. Meski media-media perdana dikuasai oleh BN dan ratusan juta ringgit (Mungkin juga bilionan!) dihabiskan untuk menggerakkan jentera-jentera pilihan raya kali ini, nampaknya sebilangan besar rakyat Malaysia tidak terlalu mudah terpengaruh dengan pendekatan sebegini. Yang paling menarik perhatian saya adalah bagaimana pendekatan MCA yang memburuk-burukkan musuh utamanya, DAP, dalam siaran iklan di akhabr miliknya, the Star, gagal mempengaruhi undi kaum Cina apabila sebahagian besar daripada mereka mengundi DAP.
Jadi anda beritahu saya; kalahkah PR...?
Tsunami Cina?
Tidak tahu pula Tsunami boleh melanda negara China. Eh.
Dato' Sri Najib ketika membuat kenyataan akhabr sejurus BN diumumkan sebagai pemenang PRU13, dengan pantas meletakkan faktor 'Tsunami Cina' sebagai punca utama mengapa undian rakyat kepada BN semakin merosot. Kononnya, orang-orang Cina sudah beralih arah kepada PR dan tidak lagi mahu menyokong BN.
Dari satu sudut, ada benarnya pandangan ini. Orang-orang Cina memang sudah tidak lagi percaya kepada MCA dan Gerakan, lantas pilihan yang tinggal buat mereka adalah DAP dan rakan-rakan DAP dalam PR. Kerana itu kita melihat calon-calon DAP kebanyakannya bukan setakat menang, malah menang dengan majoriti yang sangat selesa ala-ala duduk di atas sofa dalam bilik berhawa dingin. Oh tidak dilupa air jus oren dan kacang cap Pagoda.
Namun untuk mengatakan faktor utama kepada merosotnya sokongan rakyat kepada BN adalah disebabkan oleh beralihnya sokongan orang-orang Cina kepada PR semata-mata adalah tidak tepat sama sekali. Keputusan pilihan raya jelas menunjukkan, betapa di kawasan yang majoritinya Melayu, calon PR yang bertanding tetap menang, contohnya di Serdang. Atau Rafizi Ramli di Pandan, yang menang besar (majoriti lebih 20,000 undi) meskipon kawasan itu sebahagian besarnya didiami oleh orang Cina.
Seperti yang ditegaskan oleh Karim Raslam, seorang penganalisa politik tersohor negara, "Elemen perkauman memang ada, tetapi amat penting juga untuk kita mengakui terdapatnya unsur pembahagian bandar-luar bandar dalam pilihan raya kali ini."
Yang jelas, mereka yang tinggal di bandar dan yang lebih terpelajar menyokong PR di dalam PRU kali ini. Di Sarawak contohnya, buat pertama kalinya PR memenangi lebih daripada 1 kerusi parlimen dan semuanya dimenangi di parlimen yang terletak di kawasan bandar. Kuala Lumpur juga menjadi bukti apabila sebahagian besar kerusi parlimennya dimenangi oleh PR.
Kalau nak tsunami, ini adalah tsunami rakyat Malaysia dan bukan kaum Cina semata-mata. Jangan nak kerek sangat boleh tak..?
BN menang dengan berdusta?
Tidak dapat dinafikan, terdapat unsur-unsur mencurigakan pada perjalanan PRU13 kali ini. Yang paling sahih adalah dakwat kekal yang tidak kekal, meskipon SPR berkali-kali menegaskan yang dakwat itu pasti akan kekal di hari mengundi yang sebenar nanti, etlis untuk tiga hari. Tipu gila. Kalau benar bagaimana si Bedah yang baharu sahaja mengundi, pulang ke rumah mencuci pinggan mangkuk dan dakwat di jarinya sudah hilang begitu sahaja..? Pppffftt.
Saya mengesyaki, pembekal dan pembuat dakwat kekal kepada SPR adalah pihak yang sama yang membuat biskut cokolat Chipsmore. Sekejap ada, sekejap tiada! Wahahaha. Dakwat tidak kekal. Yang kekal hanya dakwah. Eh.
Begitu juga dengan beberapa kes penangkapan hantu yang berkeliaran di beberapa kawasan mengundi di sekitar tanah air. Ada hantu yang berasal dari Bangladesh, ada yang dari Myanmar dan ada juga hantu dari Nepal. Meriah gitu!
Juga kejadian habis karan (Baca: Black-out) di beberapa pusat mengudi yang menyaksikan ninja membuang undi secara tiba-tiba. Sumpah lejen.
Namun, pada pandangan saya, untuk meletakkan beban kesalahan kepada penipuan (jika benar) yang dilakukan oleh BN semata-mata adalah tidak adil dan tidak profesional. Ya, mungkin benar ada penipuan yang berlaku, tapi takkanlah faktor itu yang menjadi punca utama atau semata kepada kekalahan PR?
Sebagai permulaan, BN memenangi 133 buah kerusi parlimen, jauh meninggalkan PR yang berjaya merebut 89 kerusi. Terdapat perbezaan 44 buah kerusi di situ; bukan suatu jumlah yang kecil.
Sayugia daripada sibuk menuding jari tak tentu hala, ada baiknya juga para pimpinan PR melihat kelemahan yang ada pada jentera pilihan raya mereka. Contohnya, tiga negeri yang paling banyak menyumbang kerusi kepada BN adalah Sabah, Sarawak dan Johor, Bagaimana sokongan di peringkat akar umbi kepada PR di ketiga-tiga buah negeri itu? Adakah sudah cukup kuat dan memberansangkan?
Pergeseran dan pertelingkahan yang berlaku sehingga ke saat hari mengundi di beberapa kawasan seperti Semenyih dan Kota Damansara sehingga menyebabkan berlakunya pecah undi juga perlu diberikan perhatian seriyes oleh pucuk pimpinan PR. Kajian yang terperinci dan adil juga perlu dilakukan dengan segera bagaimana Kedah boleh jatuh ke tangan BN.
Dan jika dilihat daripada jumlah kerusi yang dimenenangi oleh ketiga-tiga komponen parti dalam PR, PAS paling sedikit sekali yang berjaya memenangi kerusi pada PRU kali ini; suatu kemerosotan besar berbanding PRU12 yang sama sekali tidak boleh diabaikan. Di mana silapnya PAS? Apakah kelemahan ketara pada PAS sehingga menyebabkan prestasinya merudum begitu sekali..?
Jangan marah orang PAS. Untuk kebaikan anda dan bersama juga! Lari jauh-jauh.
Ya, memang seronok dan mudah sekali untuk menyalahkan pihak lain, menuding jari dan melepas diri. Namun hal ini tidak akan menguntungkan sesiapa. Ada baiknya PR membuat 'pentaubatan nasional', refleksi diri dan muhasarawak sendiri untuk memperbaiki mana-mana kelemahan yang ada dan memperkuatkan lagi pakatan yang telah dibina bagi menghadapi PRU 14.
Redha dengan 'kekalahan'
Saya merasakan, sudah tiba masanya kita membuka lembaran baru pasca-PRU13 ini. Ya, kezaliman perlu diperangi. Yang benar perlu ditegakkan. Al-Haq mesti terus diperjuangkan.
Tetapi, pernahkah kita bermuhasabah dan berfikir seketika, mengapa Allah mentakdirkan, keputusan PRU13 sedemikian rupa..? Mengapa setelah penat berusaha, bermunajat bagai, solat hajat dan sebagainya, Allah menentukan untuk kita belum lagi memenangi pilihan raya ini..?
Mudah, kerana Allah tidak mengijinkanNya.
Ya, anda boleh terus berhujah dan berdebat sampai matahari terbenam dan terbit semula, bahawa kekalahan ini berpunca daripada ketidakadilan BN dalam merencana pilihan raya kali ini. Bahawa sekiranya diberi peluang yang adil, padang permainan yang sama rata, pasti PR dapat sekurang-kurangnya menandingi jumlah kerusi yang dimenangi BN, bukan..?
Hakikatnya? Allah tidak megnijinkanNya. Belum lagi. Pahit, tetapi ia perlu ditelan.
Dan boleh jadi kemenangan yang ditunda ini adalah disebabkan oleh kelemahan dan kemaksiatan pada diri kita juga. Kekalahan yang berlaku adalah disebabkan lalai dan alpanya kita dalam memenuhi tanggungjawab kita sebagai 'abid dan khalifahNya di muka bumi. Dan boleh jadi, kemenangan yang belum diberi ini adalah kerana kita belum lagi layak dan bersedia untuk menerimanya.
Allah bukan tak mahu beri, tetapi belum lagi. Senyum.
Seperti kisah para tentera di zaman 'Umar al-Khattab yang entah mengapa, tidak dapat memenangi sebuah peperangan, walaupon sudah puas mereka berusaha dan mengatur strategi. Apabila diperiksa dan diteliti, rupa-rupanya ada dalam kalangan mereka yang tidak bersugi dan bersungguh dalam meluruskan saf solat, sehingga menyebabkan Allah menunda kemenangan buat mereka.
Mata terkebil-kebil. Woah, bersugi dan meluruskan saf solat sahaja..??
Ya. Kita bagaimana..? Err.. Anda perlukan tisu untuk lap habuk di mata itu..?
Bukan, saya tidak mengatakan yang bersugi dan tidak meluruskan saf adalah punca kekalahan PR dalam PRU13. Peluh besar. Tapi saya merasakan, sudah tiba masanya untuk kita mencari, sama ada kita sudah 'bersugi' dan 'meluruskan saf' atau belum. Maknanya, ada tak perkara-perkara yang kita abaikan dalam mengejar kemenangan yang nyata? Atau masih adakah jahiliyyah dan maksiat pada diri, yang berkarat tebal yang perlu disental>'
Kata 'Umar al-Khattab, “Perkara yang aku takuti padamu bukanlah musuhmu, tetapi dosa-dosa kamu yang menjadi hijab kepada pertolongan Allah.”
Ok mari nanges secara berjemaah.
Apa selepas ini?
Saya risau melihat perkembangan terbaru pasca-PRU13 apabila sentimen perkauman ditiup kencang oleh pihak-pihak tertentu. Kaum Cina terutamanya, disalahkan dan dituduh sebagai punca utama kepada kekurangan sokongan terhadap BN. Malah akhbar Utusan Sampah pada hari ini (7 Mei 2013) tanpa segan silu tak tahu malu, memuatkan pada muka hadapannya persoalan provokasi berbaur perkauman, "Apa lagi Cina mahu?"
Tersembur.
Sekiranya beginilah caranya yang mahu dimainkan oleh pihak BN, saya melihat masa depan yang suram lagi mengerikan buat politik tanah air. Ironi bagaimana dalam ucapan kemenangannya, Dato' Sri Najib mengakui bahawa politik berasaskan perkauman tiada tempat di dalam negara ini, walhal Presiden MCA yang sudah tidak kekal lama, Chua Soi Lek menyifatkan pilihan raya kali ini adalah pertembungan antara kaum. Media-media utama di bawah telunjuk BN terus-menerus memainkan isu perkauman. Adoiii!
Mujurlah Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin tidak menang kali ini. Eh.
Politik berasaskan perkauman tidak lagi relevan di Malaysia, tidak lagi relevan di mana-mana. Ia wajar diperangi dan ditolak sepenuh hati, kerana bukan sahaja ia bertentangan dengan nilai-nila universal manusiawi, malah yang lebih utama daripada itu, ia bertentangan sama sekali dengan risalah nubuwwah yang diperjuangkan Nabi SAW.
Pada masa yang sama, saya teruja, menantikan persidangan parlimen yang akan datang. Ahli-ahli parlimen BN sudah semakin tidak selesa dengan berkurangnya rakan-rakan mereka di parlimen. Harapnya mereka lebih seriyes dan telus dalam mentadbir negara, dengan adanya pasukan pembangkang yang lebih dominan kali ini. Saya juga tidak sabar mahu menyaksikan dinamika pasukan pembangkang, yang terdiri daripada ahli-ahli berhormat seperti Nurul Izzah, Rafizi Ramli, Gobind Deo dan Lim Guan Eng. Moga rakyat akan lebih mendapat manfaat daripada perkembangan terbaru ini.
Ternanti-nanti juga BN untuk memenuhi segala tok nenek manifesto yang telah digula-gulakan mereka. Dengan jumlah hutang negara yang semakin meningkat, mampu ke bang nak penuhi semua manifesto tu..?
Juga, sebagai dai'e yang inshaAllah akan meneruskan kerja-kerja pentarbiyahan dan berdakwah, tugas-tugas membina manusia pastinya akan tetap berjalan, malah semakin rancak lagi biidznillah. Apa yang pasti, masyarakat di luar sana masih jauh daripada Islam. Keputusan pilihan raya ini jelas menunjukkan bagaimana ramainya orang Melayu Muslim yang termakan dengan gula-gula dan pujuk rayu BN dalam memancing undi. Ah, betapa murahnya kita!
Maka tugas-tugas membina jiwa-jiwa yang masih haus dan lapar dengan sentuhan rabbani ini akan menjadi lebih getir dan penting lagi, sementelah cabaran yang menanti semakin kompleks dan mengalirkan peluh besar. Semakin kuat dan laju musuh bekerja, maka semakin kuat dan laju jugalah para tentera Allah perlu bekerja. Malah lebih laju dan kuat lagi!
Arakian bulatan-bulatan yang menggembirakan, konferesn-konferens yang meriangkan dan perhimpunan-perhimpunan yang menggirangkan mesti terus dirancakan lagi. Di pertemuan-pertemuan inilah kita membumi dan mengakarumbikan fikrah, agar kita lebih kuat dan bersedia di masa hadapan. Tidak perlulah terhegeh-hegeh di saat-saat akhir mahu mencari sukarelawan untuk pergi mencula, berkempen, meraih undi dan menjadi PACA heyy..!
Pandang kiri, pandang kanan.
Kesedaran itu bermula daripada bawah, inshaAllah. Saya mengimaninya dengan sepenuh hati; maka saya perlu bekerja dengan lebih kuat dan gigih lagi bagi menyentuh dan membina lebih banyak jiwa-jiwa manusia di luar sana. Sifirnya mudah; lebih ramai yang menyedari dan menghargai keindahan Islam, maka lebih ramai juga yang akan bersetuju dan memilih pemerintahan berasaskan Islam. Hoyeah.
Mungkin kekalahan kali ini untuk memberi kita lebih masa untuk mempersiapkan diri, untuk menggapai kemenangan yang besar suatu hari nanti. Mungkin bukan pada PRU14. Mungkin bukan PRU15. Mungkin bukan juga PRU16. Tetapi suatu hari nanti, apabila kita sudah bersedia, apabila kita sudah benar-benar layak memegang amanah ini, ketahuilah, tiada sebab untuk Allah menundakannya lagi.
Apatah lagi sebagai seorang marhaen yang mendambakan sorgaNya yang abadi, apalah erti kekalahan di dunia ini, andai yang kita kejar adalah kemenangan hakiki di sana nanti? Apalah sangat kekalahan yang sekejap ini, jika mahu dibandingkan dengan kejayaan yang agung lagi berkekalan di sorga nanti..?
Bunga-bunga dafodil berterbangan riang.
Ya, kita mungkin 'kalah' kali ini. Tapi saya amat yakin, ia adalah sebuah kekalahan yang memenangkan, kerana betapa banyak ibrah dan hikmah yang telah kita kutip daripada apa yang berlaku.
Ia mungkin sebuah kematian, tetapi percayalah, ia sebuah kematian yang menghidupkan. Liahatlah di luar sana! Berapa ramai kini jiwa-jiwa yang tersedar, yang bukan setakat tmenyokong, malah mendokong dan menggerakkan perjuangan untuk menegakkan Islam..?
Dan ia mungkin sebuah kejatuhan, tetapi ketahuilah, jatuhnya kita pada kali ini, hanya untuk menyaksikan kita bangkit semula dengan penuh kekuatan, kesegaran dan keyakinan yang baru.
Kalau bukan ini kali, lain kali masih ada, inshaAllah!
Ah. Mata bersinar-sinar.
Yang lebih utama, saya amat bersyukur kerana Ustaz Azhar Idrus masih dapat terus berceramah di negeri Selangor.
Eh?
-gabbana-
Jika diikutkan hati, mahu ditulis lebih panjang lagi. Namun cukuplah setakat ini. Penulisan berkisarkan politik memang tidak akan habis dan puas, walau sampai esok pagi habis bercawan-cawan kopi.
Analisa saya mungkin tidak benar-benar komprehensif. Tapi saya kira, ia cukup mewakili apa yang bermain di kepala saya. Oh ya, anda berhak untuk tidak bersetuju. Malaysia sebuah negara demokrasi bukan..? Senyum.
Ah terasa seperti mahu menjadi penganalisa politik sepenuh masa pula! Wahai!

Politik zaman sekarang tidak lagi macam dahulu. Jangan main dengan api perkauman boleh kan..? [Kredit] |

"Tetapi bileh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, walhal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, walhal itu tidak baik bagimu."
[al-Baqarah, 2:216]

Ini masanya untuk kita mengukuhkan saf-saf kita! Ayuh! [Kredit]
|
Ya, kita mungkin 'kalah' kali ini. Tapi saya amat yakin, ia adalah sebuah kekalahan yang memenangkan, kerana betapa banyak ibrah dan hikmah yang telah kita kutip daripada apa yang berlaku.
Ia mungkin sebuah kematian, tetapi percayalah, ia sebuah kematian yang menghidupkan. Liahatlah di luar sana! Berapa ramai kini jiwa-jiwa yang tersedar, yang bukan setakat tmenyokong, malah mendokong dan menggerakkan perjuangan untuk menegakkan Islam..?
Dan ia mungkin sebuah kejatuhan, tetapi ketahuilah, jatuhnya kita pada kali ini, hanya untuk menyaksikan kita bangkit semula dengan penuh kekuatan, kesegaran dan keyakinan yang baru.
"Bilakah datangnya pertolongan Allah..? Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat!"
[al-Baqarah, 2:214]
Kalau bukan ini kali, lain kali masih ada, inshaAllah!
Ah. Mata bersinar-sinar.
Yang lebih utama, saya amat bersyukur kerana Ustaz Azhar Idrus masih dapat terus berceramah di negeri Selangor.
Eh?
-gabbana-
Jika diikutkan hati, mahu ditulis lebih panjang lagi. Namun cukuplah setakat ini. Penulisan berkisarkan politik memang tidak akan habis dan puas, walau sampai esok pagi habis bercawan-cawan kopi.
Analisa saya mungkin tidak benar-benar komprehensif. Tapi saya kira, ia cukup mewakili apa yang bermain di kepala saya. Oh ya, anda berhak untuk tidak bersetuju. Malaysia sebuah negara demokrasi bukan..? Senyum.
Ah terasa seperti mahu menjadi penganalisa politik sepenuh masa pula! Wahai!
46 Caci Maki Puji Muji:
true indeed. masanya belum tiba untuh perubahan. insha Allah. akan datang. tak lama lagi. *senyum nampak gigi*
biar berapa kali PRU kita kalah, bila tiba masanya, bila cukup semua syarat, kita menang dengan bergaya, in sya' Allah
err. saudara IG boleh terang pasal ISMA yg duk kata kedudukan melayu terancam lah. Geram!
Men are psychologically very bias, there is no law men could imitate such as principles in the Qur'an for only Allah understand comprehensively the word of 'justice'.
Allah bagi masa untuk siapkn diri n terima kemenangan besar pd masa akn dtg. Allah jugak bagi masa untuk kita siapkn diri jadi individu yg baik dan betul2 dapat jadi pemimpin pd masa akan datang.
*muhasabah pada dua2 belah pihak.yg menang jangan sombong dan yg kalah jangan sedih. perjuangan tetap diteruskn!
Tapi malang bkn pas penyumbang terbesar dlm kerusi parlimen
Penulisan yang menarik. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik buat kita kan.:)
Entah mengapa satu soalan terlintas di minda saya, adakah hilangnya Melayu maka tiadalah Islam? Sedangkan Islam pasti akan tersebar ke seluruh dunia,with or without us.
Apa-apapun, Allah lebih mengetahui.
allahuakbar , stay calm people , in sha allah , victory is behalf true islam one day , errr .. *senyum nampak gusi *_*
Allah belum izinkan ^___^
hati sy terubat. trime kasih.
kerana Allah tidak mengijinkanNya.
"Tetapi bileh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, walhal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, walhal itu tidak baik bagimu."
[al-Baqarah, 2:216]
yang ayat penyejuk paling baik skali.tq sebab igtkan
dap had been singing the same tune since nearly 30plus years ago. The akhi bus driver hd been trying to brainwash us on our way to school abt many things chinese. we were not even aware he was being racist. we cld be mentally and spiritually stronger then due to our parents' upbringing.
I didn't notice the generation that started being accomodating. May be they had not been exposed to the hardship of our time, when those amenities were something we could only dream of, such as pipe water, electricity, even to answer the call of nature, we were doing it anywhere..to that extend, until later.
Now, everything is laid out before your very eyes, you can't fathom the true meaning of hardship and being deprived in our own motherland. If not for the effort of the earlier folks, we muslim malays might still be living in darkness and deprivation. Not that we were incapable, rather we were deprived of the opportunity.
Given the opportunity, we were really against all odds then, we finally made it, resulting in the emergence of this current generation ...reflect!
We don't want to be living in that condition anymore...being deprived in our own motherland.Do you kids want to be in that situation?
BTW...Would you send your parents to the old folks' home, simply coz it's their responsibility to bring you up, nothing more than that? How do you show your gratitude, now that they are of no use to you?
And it's not only about physical deprivation,rather spiritial etc..
In a convent, the 1st girl to wear the tudung had to wait a few months after her 1st attempt, to wear it again.We had our fair share of perjuangan(conribution and tribulation).
Once, even, our planned ceramah was cancelled the last minute coz, they were going to have a mass at the hall ...we were just kids then...
Haha , as told by gramma..but siyes
Dah terpelajar la sangat..sampai cakap ibu ayah pon buat biskut je.
Ye la siape la kite kann! Dah jadi hamPas, madu dibuang.
(baca part2 je nih, tired laa..)
Kite(kami)rasis xleh,.Org lain, silakan2! Buat la ape tok nenek ko suke..takpe2. Melayu mudah lupe yg die melayu juge.
Takpe. Kami sume salah, sume, bebal, bodoh 7 keturunan..nnt dh tk de tanah nak lari nnt, kite pakat pegi palestin, sure diorg trima org malaysia kan popular kat sane, bole la kite sume syahid. ini yg korg nak kan.
Kalo takut sgt jd rasis, pi tukar nama..chan abdullah ke lim ke terbalik. bayar skit je, harga sebuah pengorbanan . Stakat nk kawin je ape kes. Apa ada pada bangsa atau nama. Ada bran?
Pastu, minta kerakyatan di 'mainland'..mimpila, sampai kiamat mengidam. Cucu cicit die pon die reject, ke dieorg yg tk nak balik. Atlis ausies/kiwis pon dpt title/ privillage as descendants..
Tp yg kt sini, berpatah arang, berkerat rotannnn..??
Hadis ghulam~
:')
Terima kasih IG :D
insya Allah saya dah redha dan tenang menerima
semoga kepimpinan kali ini mereka memperbaiki diri mereka dan kita untuk negara yang lebih baik
Berubah tak semestinya di luar, dari dalam pun apa salahnya :D
Insya Allah PRU kali nie membuka mata saya kepada yang benar dan tidak
wahh.. mmg sedih,keciwa.. sungguh Allah ingin beri memberi peringatan agar terus bergantung pdNya.
benarlh, IG. benar banyak lg y perlu setiap dr kita ambil utk muhasabah.
pahit mmg.. tapi itulh namanya mujahadah bukan?..
huiiih.. betapa keciwa atas suatu kezaliman.. sehingga pelajar2 sekolah pun merasai kekeciwaan itu..
Allahurabbi...
masa tu pasti tiiba yeah isA,amin :)
Pelik kan,negaranye besar terbesar, satu bangsa, satu negara, bnyk suku la..TAPI muka depa ni, dok aadaa ja merata cerok donia.Pelik sungguh bangsa yg suka merempat merata ni.Ni mesti konspirasi ala israel.
Dah pi mana2, tk nak balikk pulak dahh.
Heish..kat tempat sempit ni laa dia suka sgt, dh la jantung pisang. Dh tu plk takdak reti junjung langit bumi dipijak. dok baawak mrata khazanah dr tongkang dia. tapi kt us/europe, blh plk dia adjust. kt indon lg baguih.nama pon tak dk bunyi die dah, buleh plk. kat sini ja dia naik tocang..melayu ni baekkk atii.Ada malay yg baik mcm korang ni la yg tok2 diaorg segan nk balik dulu..tui...
Jepun pon tau cari jalan balik cara bermaruah...haha Yg ni bijak..dia tk attack dr luak, dr dalam lg haluih,lg baguih.
Think outside the box/screen la...
Tu la hangpa patut attack bn dr dalam,cam minah bn. Ni dok kalut smacamm, btempik kat luakk. Belajak tulih surat omputih baiek2 kt dia, dia dok dengak punyaa.
tulisan yg menarik..lega sikit hati yang sedih n kecewa ni selepas baca..terima kasih
Tak kira pas ke , pis ke oous ke.. Kite seagama sebangsa jgk kan. Ke hang nak kata kami ni kapiakk, buleh ka gitu? Yg hangpa dok layan kapiak dap tu wat pa. Depa lg baguih ka dari org yang solat 5 wakru tapi laen2 parti. Hangpa konfiden ka, Allah redha puak hangpa. Muha sabah la..Aku pon slalu dok bdoa jgk..Slalu tu Allah makbul lah.. tapi tk tau la plk kot hangpa kata itu ujian..apa? aku tk tau la istilah arabik ni. Nnt anak balik mesir aku tanya nohhh? Tapi kat kedah bn menang nohh. Alhamdulillah, semoaa dari Nye.Dok kata diri hangpa lagi pande dr org laen tu tk baguih tu, bdosa lagi.. yaa aampunn!!
bca satu part rase nk ngomen satu part. bnyk parts tu hohh..nnt2la
Saya pun suka PR menang...yahuu...org melayu duk bwh PKR, Pas...yahuu..tak sabar nak keje bawah telunjuk cina.. yahuuu...tak sabar nak keje bawah telunjuk anak buah keturunan chin peng...yahuuu... suka222
:) jalan masih panjang ..
kerja masih terlalu banyak utk kita menikmati kemenangan sekarang.. ditakuti kemenanagan akan dipertikai..diragui..dicemuhi..disalah erti..
seronok jika 'kemenangan' dapat dicapai dalam keadaan masing2 telah tunduk dan berlapang dada kepada UIA..
we dont know much. Access kite kpd media yg bias, intenet yg x bias (kot). Kita mungkin org plg dalam yg tau byk benda. Kita mungkin jgk pemimpin atau decision maker. Hatta kita mungkin juga PM atau ketua PR. Bear in mind, we dont know much. Kita tau setakat apa yg kite ade access to je. Kita terbatas dgn masa. PRU13 is now past tense. PRU14 pulak in the future. Kita ada istilah semalam, harini, besok. Bear in mind, Allah xde bende tu sumer. In fact, bear in mind, Allah yg mencipta masa and Dia Maha Pencipta. Khaliq dlm bahasa arabnye. Kita ni ciptaan. Yg terbatas dgn masa. And masa tu pun ciptaan. PRU juga ciotaanNya. So jgn emo2 as in kte tau sume bnde. Jgn rendah2kan pendapat org lain. Dont be cynical. Allah knows best. Redha. Jgn marah2. Tenang. Minum air banyak2. Jgn jeling2. Allahu musta'an.
12.17..
kerjalah sebelun anda dikerjakan.
Terpujuk hati ini.jzk khair IG
*senyum nampak anak tekak*^^
Ustaz anjing tu dulu 'rocker'..quote
My principal is a very abled, knowledgeable, super-efficient, credible etc person. Do I leave her coz she's on the other side?(as said by the 'pr' ones). No, I'll lead her secara berhemah, present her islamic books(not books on politics..they are not the same). Not like the pr side who alwayz kutuk her, although they are no better than her in many aspects, such as wasting time politicking
at the canteen.
psst.she doesn't go the canteen at all, except during jamuan staff.. my due respect to her. I am BN.
and wasting time, yelling at kelana jaya.Enough is enough about politics. We have many things to do..such as upgrading ourselves in many aspects.. religiously, academically, economicacally. bangkit lah bangsaku, agamaku...GO STUDY... ACCOMPLISH YOUR TASKS/do your work.
Politics ain't everything.Leave it to the power hungry politicians. Life goes on.
When we are upgraded in many-if-not- all aspects, politic comes naturally. Everybody looks up upon superiority..
Superiority shows not lauded..eh? (maksud:takyah terpekik sane sini ma)
inshaAllah.
just nak bagitau pembetulan fakta; PR menang lebih 7 kerusi parlimen dari pru sebelum ni, dari 82 ke 89.
btw, mungkin dah tiba masa electoral district dilukis semula secara lebih teratur supaya tidak memihak kepada mana-mana parti (gerrymandering)?
dengan ini, bukan saja PR, bahkan mana-mana persepakatan politik boleh menceburi pilihanraya umum secara lebih adil dan saksama. dan adil itu lebih hampir kepada takwa, kan? senyum lebar. :)
kesian tgk orang bn kt cni :)
12.53, Kesian? I don't need it. Actually I don't see the necessity of it. Thanx anyway. I hope you are sincere with your words and not sing-song as many people like you alwayz do.
There are many species like you around me.All they do is sing-song. But that's as far they do. Performance-wise they are near-nil. Even religously, they fail to show good examples.
This week alone I hear two cases about the usrah clan not practicing what they preach. One in Belfast, another, locally. So badd..sorry especially to others who do things the right way. But this kind of sarcasm doesn't work.God's knowledge is way beyond the comprehension of us, human being.Reflect.. Grow up girl/boy! God Bye. Hear you later if you so wish and if enlightened by Allah insyaAllah. May God bless.
have you ever realized this religion called democracy is just to divide muslim?
Aku rs dia dah cukup menjaga kata2 supaya x menuduh. Tp klu mcm ni pon hangpa dok terasa, x boleh nak kata apa la.
My opinion is, saya sokong perjuangan PAS untuk Islam, tapi saya tak sokong PR. Why? Sbb PR letak org Cina sebagai TPM. Tak ke terlalu tinggi jawatan tu? Kalau katakan Anwar letak jawatan, tak ke cina naek jadi PM kat negara kita, sedangkan Allah habaq kat surah Ali-Imran ayat 28 : "Janganlah orang2 beriman menjadikan orang2 kafir sebagai pemimpin..."
Plus. What I knew is Anwar Ibrahim berpegang pada pluralism. Even dalam talk2 yang beliau bagi kat luar negara tak menyebut tntg keinginan untuk menjadikan Malaysia ni satu negara Islam, malah sebaliknya. Wuu.. tada takut kaa?
Then, manifesto PR kali ni nampak sangat2 materialistik, turun harga ni, turun harga tu, . . tak de pun nk sbut tntg something2 yg mnunjukkan Malaysia akan jadi sebuah negara Islam yang gemilang. Hukum hudud pun dah tak sebut. Adakah kene tunggu dapat tawan Putrajaya baru nak realisasikan sume tu? Tak perlu tunggu dapat kuasa besar untuk tegakkan syi'ar islam. Kalau sampai bila2 tak dapat, sampai bila2 itukah peraturan Islam takkan dilaksanakan?
Heh. Maaf. Komen daku bukan bermakna daku sokong BN, cume mesti laa berjela berbagai kalau komen pasal BN . Komen utk mmbina PAS dan mreka2 yg laen m'pjuangkan Islam. . : )
Hm...nice thought~ tpi btol ke dakwat tu x kekal ? Sorry lah juz nk tanye sbb ak pon x tau..ak dok kat overseas so x bpe nk tau psl bnde2 ni even ak ada byk dgr and baca kat fb..tpi tu laman sosial arn..so nak percaya 100% x bley kn ? Tpi semlm ak jmpe lah sorg makcik yg dtg melancong kat korea ni..pastu die tnjk lah kat ak dakwat kat jari dia yg masih melekat sehingga lah semlm..(hari ni wallahualam)..xkn makcik tu x mandi langsung erk ? Hmm.. *thinking*
I am BN. I support any kind deed Islamic. I am basing my judgement on my own experience, what I see and hear directly. What I don't see with my eyes, I don't believe. And I don't favour those who say they're always knowledgeable and right, at the same time condemning others not of the same opinion/ perception. I may not be ambitious to venture into unknown territory. Rather I witness cases surrounding me, especially if people practice what they themselves preach. I can't be judging based on what I read, especially those on-line. Before anything, practice what we preach, WE not others whom we don't even know personally. I try to understand, those from the other side, but the examples immediately around me fail to convince me of the truth in their belief, opinion and judgemnet. Besides, I support performance, achievement,diligence and perseverance shown by those around me, doesn't matter which side they are.God knows all. BN winning is also by God's consent, isn't it? Think about the hidden message. There must be something positive in everything and every entity. Think hard.
One example which is shocking to me, my kelantanese colleagues told me they received hundreds or a few thousands per person/per family when they went back to cast their vote. And they took it from both sides. I am confused about their Islamic allegiance/slogan.
Sebaik baik mana pun pemimpin itu, tetapi jika menolak Islam sebagai sistem, maka sama je; tak boleh jugak. so, hrmmmmm.
n kepada minah apa entah, awak ni kelakar. :D
Korang memang suka kelakarkan orang. Tu korang punye trademark. Tapi korang tak cukup buat homework. Ko kat atas contoh terbaik.
Asyik minta hapus ptptn. Belajar duit sendiri lagi berkat doh. Dah hutang bayarlah, roh tergantung tak naik ke langit. Islam ko bagus sangat ke, mengkafirkan orang dan meludahkan orang. Ajaran mana tu. Ada beza dohh, parti dengan agama. Kalau betul pertahankaan agama, ikut contoh bos aku "Buat apa mengundi, semua dia orang tu jahat!"(suaami dia tabligh).
Tapi lg respect, she's a very efficient lady. Kerja je, tanpa mengomel, tanpa politicking, terpekik terlolong merata kg dan negara, memekak je.Camtuhaa.Islam bukan disebarkan meelalui demokrasi ...open up your heart, bro/sist yg kat atas.
Inche Gabbana, kalo nak jadi pendakwah kena berguru atau masuk sekolah pondok ke, jangan asyik berguru dengan google, wikipedia, mengeluarkan tafsiran sempit dan dangkal ikut sesuka hati esp bila nak tafsir tentang ayat Quran...takut tersalah tafsir...ni bukan teori ekonomi macam ko belajar kat London tu ... tepuk dada tanya IMAN ...assalamualaikum.
:) semua tarik nafas..hembus dan senyum ye...sungguh banyaklah lagi kerja di malaysia ni...brothers and sisters, semangat ye!! :)
Ya..sungguh panas post Inche Gabanna kali ni..ramai yang hangus..heeh..tapi sangat betul lah apa yang diungkapkan oleh Saidina Umar al-Khattab..pertolongan Allah masih terhijab dek jahiliyyah yang masih berkarat 999 dalam hati kita..huhu *potong bawang sebesar gorgon!! :'( Muhasabah diri kembali
Post a Comment