Amanat Inche gabbana Sempena PRU13
Gelak besar tengok gambar ni. Wahahaha! [Kredit] |
Maaf, anda yang merasakan Inche gabbana sudah dirasuk jin politik dan tidak suka berbicara tentang politik, bolehlah dengan segera menekan kotak berwarna merah ada lambang 'X' di sudut paling atas belah kanan. Kerana ya, saya mahu berbicara tentang politik.
Ini seriyes.
Dan kepada anda yang mengharapkan Inche gabbana menjadi neutral, seneutral air yang baru diproses secara osmosis terbalik atau ditapis dengan tujuh jenis lapisan batu bata dan tanah gambut semulajadi, anda juga boleh melakukan perkara yang sama, atau bolehlah pergi melawat mana-mana belog yang dapat memenuhi citarasa anda itu.
Kerana ini sumpah seriyes.
Mengharapkan saya neutral, samalah seperti membawa saya ke kedai makan nasi campur yang ada beraneka tok nenek lauk dan juadah, kemudian memberikan saya nasi kosong dan mengjangkakan saya makan nasi kosong itu sahaja tanpa ditemani lauk-pauk yang mengalirkan air liur itu. Gila.
Atau membawa saya ke kedai BATA yang penuh dengan aneka selipar dan kasut, tapi mengharapkan saya untuk beli selipar Jepun sahaja, walhal saya punya citarasa dan kehendak yang berbeza. Garu kepala.
Ok cukuplah.
Esok bakal mencatatkan sejarah dalam negara. Sama ada sejarah yang baik atau tidak, ia akan tetap kekal menjadi sejarah.
5 Mei 2013 akan dikenang sebagai Emak Segala Pilihanraya, yang tidak pernah lagi disaksikan sebelum ini di Malaysia. Pertarungan yang amat sengit lagi bingit bakal dijangkakan hampir di semua kawasan pilihanraya. Dan saya sudah tentunya tidak mahu ketinggalan dalam peristiwa penuh bersejarah ini.
Namun perkembangan terbaru yang memperlihat keganasan berkempen dan meraih undi benar-benar merisaukan saya. Ini baharu proses berkempen? Jika dah kalah nanti bagaimana..? Bolehkah puak-puak ini menerima kekalahan? Adakah mereka akan bertindak lebih ganas lagi..? Na'udzubillah. Moga Allah jauhkan kita daripada bala bencana ini.
Di sebalik segala teori konspirasi dan khabar angin yang mendakwa akan berlaku penipuan dan pendustaan secara besar-besaran esok bagi memenangkan Barisan Nasional, saya yakin dan percaya, kemenangan itu tetap di tanganNya. Buatlah macam mana pon, jika Allah nak menangkan, Dia akan menangkan. Sebaliknya jika Dia tidak ijinkan, maka tiada apa yang kita boleh lakukan.
Kita, sebagai 'abid dan khalifahNya di muka bumi ini, mempunyai tanggungjawab dan amanat yang amat besar yang perlu kita laksanakan. Undi kita esok akan dipertanggungjawabkan di Mahsyar kelak. Setiap pangkahan yang kita buat akan dipersoalkan di akhirat nanti. Apatah lagi dalam situasi pilihanraya kali ini yang begitu berleluasa kebatilan dan taghut, tanggungjawab untuk memenangkan al-haq adalah suatu kewajipan bagi setiap daripada kita yang bergelar muslim.
Undilah dengan penuh integriti. Undilah dengan rasional dan bukannya emosi. Dan undilah dengan penuh rasa taqwa dan takutkan seksa azabNya di akhirat nanti.
Jangan undi sesuatu parti hanya kerana sejak zaman berzaman tok dan nek yang anda mengundi parti yang sama. Jangan undi sesuati parti kerana anda khuatir kelak anda akan hilang punca rejeki. Jangan undi sesuatu parti kerana anda merasakan anda terhutang budi.
Pandang kiri, pandang kanan.
Tapi sokonglah mereka yang akan memenangkan Islam secara keseluruhannya. Undilah mereka yang akan mendatangkan lebih banyak kebaikan kepada dakwah. Dan dokonglah mereka yang membawa lebih kurang mudharat kepada perjuangan menegakkan al-Haq.
Kerana akhirnya, keputusan di tangan kita. Kita, dengan ijin dan inayahNya, bakal membawa perubahan yang besar esok, inshaAllah. Kita, dengan semangat penuh chentakan negara dan mahukan negara yang lebih baik dan masa hadapan yang lebih cerah untuk generasi akan datang, bakal membuktikan bahawasanya perubahan itu perlu dan perubahan itu bukan sesuatu yang mustahil.
Kepada anda yang masih di atas pagar, tidak pasti mahu mengundi siapa, mohonlah kepadaNya untuk memberikan taufiq dan inayah kepada anda. Bermunajatlah. Beristikharahlah. Berdoalah. Moga anda membuat keputusan yang terbaik dan berasa tenang dengannya.
Amalkan doa ini sebanyak-banyaknya. Moga Dia permudahkan urusan anda dalam membuat keputusan yang terbaik, InshaAllah.
اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا
اجْتِنَابَهُ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِين
Apa-apa jalan, apa-apa juga keputusan yang bakal diumumkan, apa-apa juga yang bakal terjadi, saya amat berharap kita semua dapat menjadi matang dan rasional. Redha dengan apa sahaja yang berlaku dan menerimanya sebagai yang terbaik untuk kita. Of kos, mana-mana ketidakadilan perlu ditegakkan. Mana-mana kezaliman perlu diperangi. Namun lakukannya dalam konteks seorang hamba yang taat kepadaNya. Laksanakannya dalam bingkai seorang rakyat Malaysia yang beriman, yang bertamadun dan chentakan keamanan dan persaudaraan.
Kurangkan kontroversi, banyakkan senyuman nampak gigi. Eh.
Oleh sebab itu, saya ingin mengajak diri saya dan anda semua (Yang layak mengundi esok. Ehemmm!), untuk 'mentaqwakan' undi kita. Mengundi kerana mahukan yang terbaik untuk Islam. Mengundi kerana percaya ia satu amanah yang perlu kita penuhi. Dan mengundi dengan penuh amanah, jujur dan tulus, kerana kita tahu, suatu hari nanti, kita bakal dipersoalkan kerana undi yang satu itu.
InshaAllah, andai kita menjadi pengundi yang bertaqwa, secara otomatiknya urusan kita akan dipermudahkan. Jika taqwa menjadi neraca kita, tidak perlu khuatir, pasti undi yang kita buang esok adalah yang terbaik untuk agama ini. Dan sekiranya taqwa yang kita pilih, apa-apa pon yang bakal terjadi nanti, InshaAllah kita akan redha dengannya.
Undilah kerana chenta.
Undilah kerana iman di dada.
Undilah untuk ihsan di jiwa.
Undilah untuk Islam yang mulia.
Undilah kerana taqwa.
Moga Allah permudahkan urusan kita semua. Moga Allah lindungi kita semua daripada bala benca dek kezaliman dan kealpaan diri kita. Moga Allah berikan yang terbaik, buat Malaysia yang terchenta.
KepadaNya kita berserah dan hanya kepada Dia jugalah kita memohon pertolongan. Amin.
#IniKalilah!
-gabbana-
Buat pertama kalinya dalam sejarah hidup saya, saya akan membuang undi esok. InshaAllah, saya sudah pon membuat keputusan dan amat yakin dengan undi saya esok. Moga Allah redha, biidznillah.
Anda bagaimana..? Sudahkah anda membuat keputusan? Jika belum, istikharahlah malam ini. Moga Dia tunjukkan jalan!
Tidak sabar-sabar mahu menunggu habisnya hari esok. Moga apa pon yang terjadi, kita semua yakin dan redha, itulah ketentuanNya dan itulah yang terbaik untuk kita semua, biidznillahi ta'ala.
Malaysia deserves a much better future. Selamat mengundi!

"Dan mereka membuat tipu daya, maka Allah pon membalas tipu daya. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya."
[Ali-Imran, 3:54]

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi mereka tidak mengubah nasib mereka sendiri!"
[ar-Ra'ad, 13:11]
Kepada anda yang masih di atas pagar, tidak pasti mahu mengundi siapa, mohonlah kepadaNya untuk memberikan taufiq dan inayah kepada anda. Bermunajatlah. Beristikharahlah. Berdoalah. Moga anda membuat keputusan yang terbaik dan berasa tenang dengannya.
Amalkan doa ini sebanyak-banyaknya. Moga Dia permudahkan urusan anda dalam membuat keputusan yang terbaik, InshaAllah.
اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا
اجْتِنَابَهُ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِين
Allahumma arinal-haqqa haqqan warzuqnat-tiba'ah, wa arinal-batila batilan warzuqnaj-tinabah, bi rahmatika ya arhamar-rahimeen.
O Allah! Let us see the good as good, and bless us with following it. And show us the falsehood as falsehood, and bless us with staying away from it, with Your mercy, O Most Merciful!
Ya Allah! Tunjukkan kami kebenaran dengan kebenaran dan kurniakan kami kekuatan untuk mengikutinya. Dan tunjukkan kami kebatilan dengan kebatilan, dan kurniakan kami kekuatan untuk menjauhinya, dengan rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih.
Apa-apa jalan, apa-apa juga keputusan yang bakal diumumkan, apa-apa juga yang bakal terjadi, saya amat berharap kita semua dapat menjadi matang dan rasional. Redha dengan apa sahaja yang berlaku dan menerimanya sebagai yang terbaik untuk kita. Of kos, mana-mana ketidakadilan perlu ditegakkan. Mana-mana kezaliman perlu diperangi. Namun lakukannya dalam konteks seorang hamba yang taat kepadaNya. Laksanakannya dalam bingkai seorang rakyat Malaysia yang beriman, yang bertamadun dan chentakan keamanan dan persaudaraan.
Kurangkan kontroversi, banyakkan senyuman nampak gigi. Eh.
Oleh sebab itu, saya ingin mengajak diri saya dan anda semua (Yang layak mengundi esok. Ehemmm!), untuk 'mentaqwakan' undi kita. Mengundi kerana mahukan yang terbaik untuk Islam. Mengundi kerana percaya ia satu amanah yang perlu kita penuhi. Dan mengundi dengan penuh amanah, jujur dan tulus, kerana kita tahu, suatu hari nanti, kita bakal dipersoalkan kerana undi yang satu itu.
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan furqaan (kebolehan membezakan antara al-haq dengan al-bathil) kepadamu dan menghapus segala kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa)mu. Allah memliki kurnia yang besar."
[al-Anfal, 8:29]
InshaAllah, andai kita menjadi pengundi yang bertaqwa, secara otomatiknya urusan kita akan dipermudahkan. Jika taqwa menjadi neraca kita, tidak perlu khuatir, pasti undi yang kita buang esok adalah yang terbaik untuk agama ini. Dan sekiranya taqwa yang kita pilih, apa-apa pon yang bakal terjadi nanti, InshaAllah kita akan redha dengannya.
"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya.."
[at-Talaq, 65:2]
Undilah kerana chenta.
Undilah kerana iman di dada.
Undilah untuk ihsan di jiwa.
Undilah untuk Islam yang mulia.
Undilah kerana taqwa.
Moga Allah permudahkan urusan kita semua. Moga Allah lindungi kita semua daripada bala benca dek kezaliman dan kealpaan diri kita. Moga Allah berikan yang terbaik, buat Malaysia yang terchenta.
KepadaNya kita berserah dan hanya kepada Dia jugalah kita memohon pertolongan. Amin.
#IniKalilah!
-gabbana-
Buat pertama kalinya dalam sejarah hidup saya, saya akan membuang undi esok. InshaAllah, saya sudah pon membuat keputusan dan amat yakin dengan undi saya esok. Moga Allah redha, biidznillah.
Anda bagaimana..? Sudahkah anda membuat keputusan? Jika belum, istikharahlah malam ini. Moga Dia tunjukkan jalan!
Tidak sabar-sabar mahu menunggu habisnya hari esok. Moga apa pon yang terjadi, kita semua yakin dan redha, itulah ketentuanNya dan itulah yang terbaik untuk kita semua, biidznillahi ta'ala.
Malaysia deserves a much better future. Selamat mengundi!
27 Caci Maki Puji Muji:
semoga yang hak akan tertegak. moga Allah bantu. moga Allah redha. pasti ada yang terbaik. inshaAllah.
Saya mengundi kerana saya ambil kisah.
Ini kalilah... insyaAllah.
(anda gabbana, selamat mengundi)
yang haq akan menang. percaya janjiNya.
INikalilah ...for a better malaysia , may those who win are from good leader in tarbiyah rakyat ...malaysia need them.
samalah kita in a sense that kita berdua adalah first timer. wee~~
ubah, ubah dan terus ubah lagi. sehingga dapat yang terbaik daripada yang baik-baik. inshaAllah. :)
saya tak layak lagi tapi saya bersemangat!
Seronok baca.
esok macam raya.
^^
Excited! Sangat excited. If only I am legal to vote.
You've really gone berserk. I didn't expect you to be so out of control. You are not the gabbana I thought I knew. You are not going to make it, not even as a son out law. You sounded eerie...
I didn't get to read what you wrote ..only the 1st part.
You have sacrificed your blog for the sake of some political pursuit. I wished you could have been more sensible. How unfortunate that such potential in bringing about the 'nur' in a more astute manner as what you have been doing this far has been marred with this insensitive provocation on your part.
GOOD BYE.May God bless ...
Sukalah IG n pembaca n pengomen yg lain, krn anda tdk membalas sbrg komen mrk yg krg bersetuju....alhamdulillah, kita benar2 mengimani berlapang dada...saya sejujurnya, agak keciwa bilamana melihat org yg konon2nya mengajak kpd islam, tapi bila bab pru hilang adabnya....tahniah, kpd anda semua n IG krn membuktikn anda mmg berada dlm madrasah tarbiyah...mujahadah n istiqamah semua...luv u guys fillah...jom jumpa kat syurga
Ya encik gabbana!! Tahniah!!
Undilah calon muslim berwibawa (dr mana2 parti) utk kwsn yg majoritinya muslim. Atau yg kurang memberi mudharat kpd islam (bg kwsn yg majoriti non muslim dan tiada calon muslim yg dihantar). Parti boleh dilompat2. Agama Islam jgn ditukar2. Allahuakbar!!
Inikalilah undi utk Islam!!
Saya pemuda johor dan saya menyokong BN :) Di sini terdapat sekolah agama kerajaan negeri sehingga ke peringkat darjah khas yang tiada di negeri lain waima kelantan.Saya menyedari fakta ini setelah saya tinggal bersama rakan-rakan yang membesar di negeri lain. Tambahan lagi pembangunan yang pesat nyata terlihat beserta ekonomi yang teguh dan suasana yang harmoni. Kehidupan dan pengalaman susah payah di luar negara membuka mata saya betapa bertuahnya bumi Malaysia. Masjid, surau, makanan halal, kebebasan menutup aurat dan orang islam melata di segenap pelusuk tanah tercinta ini. Membuat perbandingan bangsa Melayu dan orang asli di australia saya semakin terhutang budi dengan pemimpin zaman dahulu yang memeluk islam dan dengan izin Allah kesannya jelas sehingga hari ini. Ya, jikalaupun saya terhutang budi, sokongan saya adalah atas tanda mengenang jasa dan terima kasih kepada kerajaan yang memerintah selama ini. Saya doakan pemimpin2 sedia ada yang kurang ilmu agamanya itu diberi hidayah dan mudahan suatu hari nanti Islam mekar di bumi ini. sekian.
Saya suka gaya suara2 kecil memberi komen. Tenang, bersahaja dan tidak emosional. Tahniah :)
Insya Allah, Ini kalilah!
sempaat lagi ke http://www.facebook.com/xifu.ii/posts/195791067234983
Syabas Suara Kecil.
Kita tak pasti kalau pihak lain yg memerintah dari awal kemerdekaan, kita akan dapat keharmonian dan kesejahteraan seperti sekarang. Tak semua negara yang merdeka sezaman Malaysia mencapai kejayaan yg sama.Saya menyaksikan semuanye.. Walaupon sering diperlekehkan, mrk tlh berusaha dn berjaya. Memanglah tiada yang sempurna, tetapi terbaik seangkatannye. Islam pon lebih baik dari kbnykn ngr/jiran lain.
Memang mudah meruntuh/memusnahkan dari membina/mengadakan.
Baru balik mengundi(1st time jgk, missed bnyk2 kalidah,baru insaf)
di Sek. Izzudin Ipoh, sekolah yg tenang aman,sejuk mata memandang. Alhamdulillah.Syukran ya Allah atas segalanya.Apa yg ade ni pon sume dgn izinNye jue.
serahkan padaNya..kita memilih pentadbir negara tetapi Dia pentadbir sekian alam..have faith in ALLAH..
Sape la taksub dgn hantu p/raya ni. Itu fitnah belaka.
Tengok flash mob kat ipoh, knape lah halang laluan kite org. Nk amik anak tusyen pon susah. Pegi la masuk hutan mne2 panjat pokok, kan senang.
Bila anak2 kite begasak, yg pakai baju itam 'iniqalilah' bertempiaran lari. Kesian bbudak hijau/biru/ oren,sekolah pon xhbs lg, jadi mangsa konspirasi org tua kebangka anon tu..dpt la sehengget dua gamaknye, pelakon xtra..siannn! siyes...wuz there, nitik rase!
Korang/ssiape, jgn la buat flash mob kat mne2 lg. Xsanggup tengok live depan mata, seram. Mangsenye sape, conspirator nye sape? Tu trpmpang, iniqalilah.
Kalo dh trjadi blh dieorg buat apepe, selain dr lari? So, this is how things usually start and end up during demonstration?
Moga yg menipu untuk raih undi kalah!
done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/
klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/
Macamane org tipu utk raih undi? Kreatif betul. Siape yg tau tu... share! xtfkir ke situ pulak.
Pernah nampak ke, pernah buat?
sy stuju bhw mengenang jasa itu adalah akhlak yg mulia.sy juga mrupakan seorg pgundi muda yg pd mulanya mmg atas pgar.ttp sy sgt x bstuju jika kita ingin mgundi parti itu atas dasar jasa dan budi pemimpin silamnye.kte mgundi dgn melihat ke masa hdpn bkn masa silam. jika asyik menilai masa silam sudah tentu.hanya parti itu saje yg dipandg bjase. tak smstinya myokong parti lain menjadikan anda seorg yg xkng budi.budi pemimpin dahulu mmg xdpt dlupakan.namun jgn kerana itu kte seolah menutup mata dan tbawa2 dgn budi2 itu..kte mgundi dgn akal dan iman..xkire siapa pilihan kite ttp jgn jadikn budi itu sbb utama..jika kredibiliti pemimpin dahulu tiada pd pemimpin skg perlukah lg kte memilih dek kerana jasa dan budi itu...jd la pgundi bijak bkn yg thutang budi..
Dahh undi dah. Ape pon lain kali saje lah. Masing2..asalkan tak perlekehkan pilihan org lain.
After all, it's only based on one's perception and preference. Perception is shaped by many factors that happen to come our way including our experience/own history.
salam,
seronok baca komen2 semua. malam tad semua dah tahu siapa yang menang, siapa yang kalah. sesungguhnye, bagi yang memperjuangkan kebenaran dari Illahi, kalah atau menang sama saja. mereka tetap menang disisi Allah.
menang dalam meraih saham di akhirat, insyaAllah.
to anoynomous di atas, memang everything is based on one's perception. tapi kena ingat perception manusia sering di kelabui oleh hawa nafsu dan bisikan syaitan. oleh itu, perception mesti selalu di timbal balik dengan kehendak Pencipta kerana kesudahannya kita akan menemui Nye..
Timbal balik tu ape? boleh translate ke? and part yang kelabu tk kelabu tu xfhm la..kelabuu sume!part yg last maksud sume akan mati kan?
Anyway, only God decides perception sape yg betul.siape punye yg kurang betul, etc. Jgn confident sgt lahh.
Be humble in giving our opinion. May God bless.
...<org ats
salam inche gabbana, nak email boleh? Jzkk!
Emel inche gabbana kan dh tertera kt blog ni.. Usahalah mnjdi pembaca yg celik dlu...mkna kata anda blum teliti dgn spnuhnya lg di blog gabbana ini..hihoho..asif jiddan. As salam.. :)
aah. aseef sy cari tak jumpa. mungkin sy belum cukup celik IT. aseef sekali lagi. akan kuatkan usaha untuk mencari lagi. aseef.
p/s: klu rajin tolong copy paste pun ok jugak. tp xpelah. sy cuba cari lagi. aseef jiddan. w'slm :)
Emel saya: dolcegabbana08@gmail.com
Moga bermanfaat! :)
Post a Comment