Apa Lagi Mad'u Mahu?
Amin buntu. Menggaru.
Sudah bermacam-macam teknik dan strategi yang diusahakan. Sudah beraneka tips dan nasihat yang dia aplikasikan. Sudah pelbagai kaedah yang dia terapkan.
Namun dia masih belum berjaya. Belum berjaya untuk membuatkan hadek-hadek bulatan gembiranya benar-benar 'melekat' pada bulatan gembira yang dibawanya dan dirinya sendiri sebagai abang murabbi mereka.
Dakwah fardhiah sudah dilakukannya. Baik membelanja mereka makan-makan (Bukan makanan yang cikai dan koman ok? Domino's tu!) atau dia sendiri yang memasaknya. Jangan main-main dengan Chef Amin. Bukan setakat makan-makan, malah Amin sering membawa mereka jalan-jalan untuk menghirup udara yang lebih segar dan bermain dengan arnab-arnab gemok di taman permainan.
Kadang-kadang Amin akan membawa hadek-hadeknya beriadhah di luar, kerana mahu menukar suasana dan biah dalam bulatan gembira. Pernah suatu ketika, hampir seminggu Amin terpaksa terlantar di hospital, dek terduduk teruk selepas tergelincir bermain luncur ais di Sunway Pyramid, konon kerana mahu membawa kelainan di dalam bulatan gembiranya. Hampir sahaja retak tulang pelvisnya. Padan muka.
Amin juga tidak pernah lupa tarikh lahir hadek-hadeknya yang seramai tujuh orang itu. Setiap kali tibanya hari lahir mereka, pasti Amin akan memberikan sekeping kad ucapan istimewa, berserta dengan sepotong kek cokolat dari Resipi Rahsia dan hadiah yang selalunya dibeli Amin dengan harga tidak lebih tiga puluh ringgit Malaysia.
Untuk semua itu, bukan sedikit wang yang dibelanjakan oleh Amin. Apatah lagi dia masih belajar, belum lagi bekerja. Wang biasiswa yang diperolehnya selalunya tidak pernah mencukupi. Di tengah-tengah bulan pasti poketnya akan kekeringan. Mujurlah Amin ada talian hayat dari kampung; tidak perlulah dia mengikat perutnya dengan batu.
Selain daripada dakwah fardhiyah yang giat dilakukan, Amin sedaya-upaya cuba untuk memastikan bulatan gembira yang dibawanya adalah seriang dan segirang yang mungkin. Menyedari yang hadek-hadeknya mudah bosan sekiranya bahan yang dibentangkan terlalu lurus pandang ke hadapan, dia cuba mempelbagaikan bahan-bahan di dalam bulatan gembiranya. Kadang-kadang dia kongsikan artikel-artikel kelakar dan menarik daripada belog-belog terkini dan sensasi seperti Dalam Hati Ada Taman. Kadang-kadang dia buat 'tadabbur komik' atau 'tadabbur nasyid.' Kadang-kadang dia bersketsa bersama mereka, setelah diberi tema atau pengajaran yang ingin dirasa. Kadang-kadang dia bermain game tarbiyah osem dengan hadek-hadeknya itu.
Kiranya, jika diikutkan standard biasa, Amin bolehlah dikira sebagai murabbi gigih yang cukup kreatif lagi inovatif.
Namun entah mengapa, semuanya tidak menjadi. Bukannya tidak menjadi langsung; cuma hasil yang diharapkan tidak cukup memberansangkan. Ketika berbulatan gembira, semuanya tampak bersemangat dan mata bersinar-sinar. Hampir semuanya memberikan komen dan maklumbalas sepertimana yang diharapkan apabila dipinta. Semuanya nampak ok. Semuanya nampak baik belaka.
Namun di luar bulatan gembira, lain ceritanya. Apabila disuruh bawa bulatan gembira, macam-macam alasan yang diberikan. Jahiliyyah-jahiliyyah riang gembira masih berkarat tebal. Ikhtilat lelaki perempuan tidak dijaga. Amal-amal fardhi entah ke mana. Adoi.
Bukan semua hadek-hadeknya begitu. Ada juga yang bagus. Ada juga yang baik bermuka jambu. Eh. Tapi sebahagian besarnya dijangkiti dengan penyakit ala-ala ikhwah jadian itu. Serabut Amin dibuatnya.
Sampai suatu tahap, Amin tidak dapat menahannya lagi. Dia merasakan dia sudah berbuat segala yang terdaya. Dia buntu. Geram. Gatal kepala. Dia benar-benar merasakan apa yang terjadi tidak adil buat dirinya. Dia sudah mencurahkan segalanya; tetapi hasilnya tidak cukup untuk membuatkan hidungnya kembang semangkuk. Tidak berbaloi ohoi!
Amin tekad. Bulatan gembira hari itu dia mahu mencurahkan segala-galanya. Dia mahu bercurhat dengan hadek-hadeknya tentang apa yang dia rasakan dan apa yang bermain di kepalanya. Lantaklah dengan apa yang bakal terjadi. Dia tidak kisah. Dia tidak mampu untuk kisah lagi. Dia sudah tidak tertahan lagi. Bak kata omputih, "Semua neraka terlepas sudah!"
Amin memulakan bulatan gembiranya lebih seriyes daripada biasa. Sedikit garang. Tegas. Sehinggakan hadek-hadeknya dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada hari itu.
Amin cuba untuk fokus dalam menyampaikan tafsir surah al-Ikhlas hari itu. Namun dia tidak mampu. Otaknya benar-benar bercelaru. Kepalanya ligat memikirkan bagaimana dia mahu menyampaikan hasratnya kepada hadek-hadeknya pada hari itu. Butir-butir katanya tidak selancar biasa. Tiada lawak jenaka seperti selalu. Suaranya tersekat-sekat, seperti sedang menahan marah.
"Hadek-hadek sekalian.. Hmmm. Saya ada benda yang nak dibincangkan sebenarnya..."
Ketika itu banyak pasang mata yang tertumpu padanya. Ada juga yang berubah muka, sedikit pucat, mengjangkakan sesuatu yang tidak seronok bakal berlaku. Sesuatu yang bakal mengalirkan peluh dingin.
"Uhmm.. Saya sebenarnya... Kechiwa dengan anda semua. Benar-benar kechiwa."
Amin mengambil masa untuk memandang setiap wajah hadek-hadeknya. Dia benar-benar mahu memberikan impak yang paling maksima hari itu. Dia mahu memaku dalam hati-hati mereka. Tekad.
Kemudian Amin bersuara semula. Dia mulakan dengan mengingatkan mereka tentang tanggungjawab mereka sebagai hamba dan khalifah. Kemudian dia mengajak semua untuk memanjatkan rasa syukur kerana telah diberi peluang untuk dilanggar Makcik Hidayah. Ada yang dilanggar perlahan. Ada yang dilanggar kuat ala-ala bermain ragbi sentuh. Ada juga yang dilanggar sehingga terbalik kerusi.
Selepas itu baharulah Amin memulakan sesi membakar dan mengoyak-rabaknya. Dia nyatakan kekechiwaannya kerana hadek-hadeknya itu seperti tidak seriyes dengan tarbiyah dan dakwah. Dia kongsikan kekesalannya kerana mereka masih bergeluamang dengan jahiliyyah raksasa gorgon, sedangkan mereka sudah pon mendengar pengisian Babai Jahiliyyah. Errggh geram.
Kemudian Amin juga menyatakan ketidakpercayaannya mengapa mereka begitu liat, banyak songeh dan banyak benar alasan apabila diminta untuk membawa bulatan gembira mereka sendiri. Tak cukup ilmu lah, banyak dosa lah, tak bersedialah, cuaca tak cukup cantiklah. Eh.
"Saya seriyesli tak faham. Sumpah. Apa masalahnya sekarang ni..? Dah macam-macam saya buat. Dan macam-macam cara saya guna. Anda semua masih lembap. Gemok. Banyak cengkadak. Ishhh. Apa masalahnya sekarang ni..??"
Hadek-hadek Amin semuanya tidak berani mengangkat muka. Semuanya hanya merenung karpet merah kusam di surau taman perumahan Amin yang dipiih untuk menjadi tempat bulatan gembira hari itu. Ada yang memintal-mintal benang karpet yang terurai. Ada yang melukis bentuk badak air Afrika menggunakan jari.
"Cuba beritahu saya.. Apa lagi yang anda mahu..? Apa lagi..?"
Amin mendengus. Puas. Dia sudah meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Membarah. Apa nak jadi, jadilah!
Amin memandang setiap wajah hadek-hadeknya satu-persatu. Jujur, dia tidak menjangkakan ada hadek-hadeknya yang berani untuk menjawab. Soalan yang ditanya hanyalah retorik semata. Ceh.
Tiba-tiba Jundullah, seorang hadeknya yang paling mantap antara semuanya bersuara.
"Abang Amin.. Uhhmm.. Kami.. Kami hanya mahu seorang murabbi yang benar-benar ikhlas dalam membimbing kami. Tidak mengharapkan apa-apa hasil akhir atau balasan melainkan keredhaan Allah semata. Camtuhaaa."
Senyap. Hanya bunyi kipas berdiri yang berkeriuk, berpusing menyejukkan mereka.
"Err Bang Min.. Kenapa mata abang berkaca..? Habuk masuk mata ke..?"
-gabbana-
Kisah ini bukan satira. Tiada kena-mengena dengan hidup atau pon mati, apatah lagi dengan apa yang sedang hangat diperkatakan kini. Jelir lidah.
Terima kasih kepada hadek-hadek terchenta yang memberikan idea untuk tajuk penulisan ini.
Aman, tanpa perang.
20 Caci Maki Puji Muji:
Tapi stress amat jugak kalo binaan semua x menjadi -__-
series ternganga mmbaca jwpn akhir itu ...
Smart17x
membuka mata...kena ikhlas
okey ini sentap. Allah ikhlaskan hati kami ya Allah
benar,
tapi kita memerlukan rijal untuk mengembangkan dakwah ini.
apakah mereka lupa siapa mereka sebelum dilanggar makcik Hidayah..??
murabbi tidak mengharapkan untuk dirinya sendiri, tetapi, pengharapan nya adalah sbagai wakil untuk masyarakat diluar sana.
Waallahualam
Bismillah.
Ayat mak saya:
"sentuhlah hati hati manusia.
Nnti InsyaAllah Allah sentuh hati kita."
Sentuh.
rasanya semua murabbi pun ada perasaan macam ni kan? ^^
mungkin murabbi kena khatam profile murabbi dan 7 tahapan DF kot. DF bukan setakat masak sedap2 untuk adik2. huhu. dan tugas sebagai murabbi yang paling utama bukan untuk memberi ilmu.
anyway jzkk untuk isu yang disentuh. tak senang nak ikhlas, tapi tak susah untuk terus usaha mengharapkan keikhlasan itu hadir eventually.
-jajaja-
memang betul kata-kata jundullah tu,
tapi, fitrah seorang murabbi bersifat manusia, pasti meniginkan mutarobbinya lebih baik dari dirinya, bergerak dan berlari jauh dari dirinya...
Alangkah kembangnya jantung bila lihat mutarobbi semakin memahami. Bersemangat Jiwa dan hammasah sang Murobbi untuk terus membina mereka.
anyway, jika kita sampaikan dari hati dengan penuh pengharapan dan tawakkal pada ALLAH, in sya ALLAH mereka juga akan fahami dr hati dan akhirnya mengerakkan.
Slow and steady...step by step...Bersabarlah...
* first time comment.
saya nak mintak satu je.wlpn en gabbana bukan naqib sy...blh tak nikah cepat2...
jzkk
Betul Anonymous diatas,
Inche Gabbana,sila mula fikirkan tentang diri anda, demi Kami.
Assalamualaikum Encik Gabbana,
Jzkk atas penulisan kali ini.
Ana kategorikan diri ana sbg mad'u yg kurang menjadi. Ana takut utk membawa bulatan gembira sbb ana rasa ana belum bersedia.
Tp Naqibah ana sgt memahami.
Walaupun ana the only person dlm jemaah ana yg tinggal di kawasan ana, beliau tidak pernah memaksa ana utk membawa bulatan gembira.
Tp ana sedar je sbnrnya semua salah ni dtg dr ana. Salah ana sbb tak cari keberanian tu. InsyaALLAH ana akan cari!
Jzkk sekali lagi atas penulisan ini.
terbaik lah
Subhan'Allah tadi rasa down, baca post ni, rasa mcm woah kena ikhlas. Okay fine. Saya bukan murabbi. Tapi yes, kena ikhlas in everything lillahi ta'ala.
Pastu after some time, baru terfikir, actually rasa down pasal dunya etc etc & sedih tgk kawan yg x brubah brubah walau try buat da'wah dgn dia & de nmpak saya before & aftr tarbiyyah etc etc tapi de tetap sama. Sedih. Sedih tgk de x brubah atau try untuk brubah. Sedih tgk de leka dgn dunia. Tapi sapalah kita untuk mengharapkan sesuatu dr manusia, sedangkan pakcik nabi saw meninggal x memeluk islam, & cuma Allah yang mampu bagi hidayah. Tugas kita, cuma ikhlas kan diri seikhlas ikhlas nya, meggapai redha Nya. & try our best to do da'wah, whatever way..
Sampai x sampai ubah x ubah, Allah yang urus. Insha Allah. & cuma pada Allah lah tmpat kita berharap (Insyirah 94:8) , bukan manusia, & bukan outcome pada da'wah kita.
Moga Allah bagi kita keikhlasan buat semuanya kerana Nya. Ameen.
Fuh, padu sangat entri kali ini
apa kaitan entri ini dgn nikah en. gabbana?
Isti'jal lani.
ade satu yg murabbi tu xbuat sungguh2 lg,
hubungan dia dgn Allah
~hablumminAllah,hablumminannas~
Jaga hbgn dgn Allah,brulah hati2 kite dgn ank usrah kite ni terconnect.via wireless,unifi,semua bleh.nk menyentuh hti2 kat luar sane 24/7 perlu dgn hti yg benar2 hidup 24/7 connected dgn source kite-Allah.
berkate yg petame2nye pd diri..
terima kasih inche gabbana.
panduan utk seorg naqibah cm sy.
papepun,ikhlas itu yg utama..
Huhu ayat sentap kot...jazakillah ukairan kathirah,yo!rasa macam nk lari jaoh-jaoh sambil tarik rambut sampai botak masuk gaung sebelah rumah je..wahahaha...
Post a Comment