Boleh Tolong Tiupkan Mata Saya Yang Masuk Habuk Ni?
[Kredit] |
Artikel yang saya nukilkan semalam, Banyak Habuk Masuk Mata, menerima maklum balas yang saya kira sedikit luar biasa. Dan alhamdulillah, maklum balas dan komen yang masuk adalah daripada kedua-dua belah pihak, yakni mereka yang merasakan diri mereka berada dalam kasut yang sama dengan makcik yang menulis emel itu kepada saya, dan mereka yang terasa dengan 'serangan' dan 'hunjaman' luahan tersebut.
Lantas saya terpanggil untuk menjawab beberapa perkara. Bukan untuk mempertahankan mana-mana pihak, apatah lagi menegakkan benang yang basah (ewah!), tapi amat wajar saya kira untuk menjernihkan mana-mana kekeruhan yang ada, agar kita dapat untuk lebih berlapang dada, insha Allah.
Pertamanya, saya kira, situasi yang menimpa makcik itu (Sebenarnya saya saja je panggil makcik, tak tahu pon dia tua ke muda. Peluh kecil.) walaupon mungkin tidaklah terpencil, tapi tidaklah berlaku pada skala yang besar. Maknanya, untuk menjadikan kes makcik itu untuk membuat generalisasi kepada ikhwah dan akhawat yang berada dalam gerabak tarbiyah dan dakwah ini, saya kira kurang bijak dan tidak adil.
Hakikatnya, kami tidak diajar dalam tarbiyah dan dakwah untuk meninggalkan kalian di belakang. Kami tidak dididik untuk syok sendiri, beriang gembira dalam bulatan kami, makan dalam dulang sesama kami, dan tidak mempedulikan kalian. Kami tidak disuruh untuk melayan kalian seolah-olah kalian ini adalah manusia kelas kedua, ketiga, keempat, kelima.. Eh.
Tidak. Bukan begitu.
Malah setiap daripada kami yang sudah bersama-sama dengan gerabak tarbiyah dan dakwah ini, insha Allah amat sedar dan faham dengan tugas Syahadatul Haq kami, yakni kami bertanggungjawab untuk menyampaikan kebenaran dengan sesungguhnya. Kami ditegah untuk buat sambil lewa dan acuh tak acuh dalam menjalankan amanah kami sebagai khalifah dan Abdullah. Malah kami diberi amaran pula dengan azab seksaan api neraka dan kemurkaanNya, andai kami tidak seriyes dan bersungguh dalam memikul amanah yang sumpah berat ini.
Kami faham. Kami yakin. Dan kami sedar.
Tapi...
Ok, anda sudah bersedia untuk mendengar alasan klise tahap mahadewa ini..?
Tarik nafas. Hembus. Tarik nafas. Hembus. Baiklah.
Kami juga manusia. Kami punya kelemahan dan kekurangan. Dan kami juga masih bertatih di atas jalan ini.
Ya ya ya. Saya tahu. Ia alasan. Ia perisai pertahanan. Ia senjata rahsia tersimpan.
Tetapi ia tidak sewajarnya digunakan secara sewenang-wenangnya. Kami manusia biasa seperti anda, yang insha Allah telah berusaha sebaiknya untuk membantu dan membimbing anda, menuntun dan memapah anda, untuk bersama-sama kami di atas jalan ini.
Saya hanya mahu me'manusia'kan para dua't. Kerana kadang-kadang, jangkaan dan sangkaan kalian terhadap kami terlalu melangit tinggi, sehingga kami menjadi sesak dengannya.
"Eh dia tu bukan budak usrah ke..? Apsal gelak macam pontianak..?"
"Ceh anda tengoklah tu. Harap je pakai tudung labuh, tapi kentut buat senyap, taknak mengaku!"
"Kau tengok lah Hamidullah Hamungkubowo tu. Konon buat tarbiyah. Konon perjuangkan dakwah. Tapi Subuh, kantoi jugaaaaa. Ppppfffttt!"
"Ish bukan budak-budak usrah ni, perangai semua patut macam malaikat dan bidadari sorga ke..? Apsal sorang-sorang macam penjaga neraka je gua tengok..?"
"Apsal dia minum sirap bandung cincau..? Dia bukan budak ikut usrah ke..?"
Aduh duh duh.
Ya, kami manusia biasa seperti anda. Kami tidur berdengkur, kadangkala meleleh air liur basi. Kami sendawa juga selepas makan. Kadang-kadang terkentut di dalam kereta dan malu nak mengaku. Kadangkala kami berlebihan dalam gelak ketawa. Ya, kami juga terkantoi Subuh gajah dan badak Sumatera. Dan ya, kami juga minum sirap bandung cincau. Eh.
Bezanya kami dengan anda, mungkinlah kami ada ilmu sedikit, hasil bulatan-bulatan gembira, konferens-konferens riang dan perhimpunan-perhimpunan girang yang kami hadiri. Itu pon seciput cuma. Dan bedanya kami dengan anda, alhamdulillah, makcik Hidayah terlebih dahulu melanggar bahu kami di tepi jalan.
Tapi ia bukan status yang kami banggakan. Ia bukan anugerah yang kami canangkan. Ia bukan juga pangkat yang kami mahsyurkan. Bukan.
Tapi ia adalah suatu amanah yang maha besar lagi berat, yang andai kami tinggalkan, andai kami abaikan, dan andai kami buat biskut cap gaban, nescaya di akhirat nanti kami terpaksa menjawab dengan Tuhan.
Habuk masuk mata lagi.
Boleh jadi, si dia yang anda katakan bidadari sorga yang tidak mahu melayan anda itu, juga masih baharu di atas jalan ini. Boleh jadi, si dia al-akh qawiyy yang anda katakan sering meminggirkan dan mengabaikan anda itu, teringin amat kepingin bertaaruf mesra bercipiki cipika dengan anda, cuma dia segan dan malu. Boleh jadi, si kakak naqibah yang kurang mesra dan tidak peramah itu, penat dan tertekan dengan pelbagai tugas dan amanah dakwah yang dipikulnya.
Dan kadang-kadang tu bukannya apa, kami hanya khuatir kami akan menzalimi anda. Saya sendiri secara jujurnya, sering terkilan dan terasa begitu lemah sekali apabila gagal dan tidak dapat membulatan-gembirakan mereka yang memintanya daripada saya. Terasa begitu tidak berguna dan mahu terjun dari gaung sahaja. Hati ini begitu kepingin untuk berbulatan sorga dengan anda, cuma saya tahu dengan kemampuan diri sendiri; dengan kapasiti yang sedia ada, saya tahu saya tidak mampu untuk menanggungnya. Apa jadi andai saya bersetuju sewenang-wenangnya, memberi janji bahawa anda pasti akan dibulatan-gembirakan..? Saya takut sekali anda akan dizalimi! Allah...
Maka berlapang dadalah. Bersabarlah. Dan tenanglah.
Yang penting, anda tidak sesekali berputus-asa dalam mencari hidayahNya. Yang utama, anda tidak termakan dengan bisikan syaitan yang mahu anda melupakan misi kembara anda mencari redhaNya. Dan yang paling penting, anda yakin dengan janjiNya, barangsiapa yang bersungguh-sungguh mencari jalan keredhaanNya, pasti Dia akan membuka jalan-jalanNya untuk anda. Anda, Allah kan ada..? Senyum.
Percayalah, kami gerun dan takut sekali bilamana kami mengabaikan tugas tarbiyah dan dakwah ini. Cukuplah teguran Allah kepada ar-Rasul di dalam Surah 'Abasa sebagai peringatan yang cukup keras buat kami.
Wuwuwuwu nanges laju-laju.
Arakian apabila anda begitu mengharapkan kami berukhuwwah dengan anda, melayan anda dengan penuh kasih mesra tetapi kami gagal melakukannya, maafkanlah kami.
Tatkala anda mengharapkan kami membimbing anda keluar daripada kegelapan menuju terang, sedangkan kami juga masih tercari-cari cahaya yang dapat menerangi lantas terpaksa mengabaikan anda, ampunkanlah kami.
Ketika mana anda begitu membutuhkan insan-insan yang konon-kononnya geng-geng tarbiyah dan dakwah ini untuk mendekati anda dan memperkenalkan anda kepada Islam lantas jatuh chenta kepadanya, walhal kami juga sebenarnya masih hingusan dan terkulat-kulat mahu jatuh chenta dengan jalan ini, tolong, tolong, berlapang dadalah dengan kami.
Maaf kami kerana banyak memberi alasan. Maafkan kami kerana tidak punya daya untuk menuntun tangan kalian. Maafkan kami kerana gagal menjadi qudwah, contoh tauladan kepada kalian.
Tunduk malu, hingus meleleh.
Pada masa yang sama... Harapnya kalian juga dapat berlaku adil dengan kami. Macam tidak berapa nak seronok jugalah apabila beban kesalahan itu diletakkan pada pundak kami sepenuhnya. Seolah-olahnya, kegagalan anda untuk berbulatan gembira, berkonferens riang sebagainya, adalah kerana kekejian dan kebobrokan yang ada pada kami. Apabila anda jahat dan buat maksiat, itu adalah kerana kami yang sering syok sendiri.
Walhal di padang Mahsyar nanti, kita semua akan diadili dan dihakimi nafsi-nafsi, sendiri-sendiri bukan..? Batuk batuk.
Untuk ikhwah dan akhawat yang amat saya kasihi keranaNya, kisah ini wajar sekali menjadi pengajaran kepada kita semua. Ini adalah salah satu noktah dalam lejar kehidupan kita, yang tidak seharusnya kita abaikan dan buat biskut cap pingpong sahaja.
Tak malukah kita, di saat kita bergembira dengan ukhuwwah bunga dafodil dan arnab-arnab gemok yang berlari keriangan, masih ada manusia di luar sana yang terpinga-pinga..?
Tak segankah kita, di kala kita syok sendiri berbunga-bunga dengan bulatan-bulatan gembira kita, masih ramai di luar sana yang tidak kenal pon siapa Tuhan dan Nabi mereka..?
Tak gerunkah kita, ketika mana kita rasa kita sudah cukup bekerja untuk agama ini, sudah cukup berkorban untuk perjuangan ini, walhal masih ramai di luar sana yang terkapai-kapai, mati lemas dalam kejahilan masyarakat..?
Allahu rabbi. Moga Kau ampunkan dosa-dosa kami.
Ia wajar sekali menjadi motivasi dan pembakar semangat untuk kita semua, untuk lebih kuat dan laju bekerja. Ia wajar sekali menjadi bukti dan saksi, betapa kerja-kerja kita untuk membina lebih ramai manusia masih jauh untuk bertemu titik henti. Dan ia wajar sekali menjadi pelempang seratus lapan puluh darjah untuk kita semua, betapa kita masih belum lagi benar-benar seriyes dengan dakwah ini.
Masih ada masa nak bermain-main dengan jahiliyyah..?
Masih mahu berlengah-lengah membawa bulatan gembira..?
Masih mahu memberikan alasan bahawa kita belum bersedia..?
Masih teragak-agak mahu mengorbankan sepenuh jiwa untuk agama...?
Masih mahu mengelak dari memikul amanah ini..?
Jawablah depan Allah nanti. Dan jawabah di hadapan mereka yang merasa teraniaya di dunia ini nanti!
Ketahuilah! Ramai manusia di luar sana yang ternanti-nanti untuk dipimpin! Ramai yang menunggu-nunggu untuk kita memperkenalkan keindahan Islam dan kelazatan iman kepada mereka! Dan ramai yang tidak sabar untuk menyertai kita!
Gembirakanlah bulatan itu, wahai akhi dan ukhti! Eh.
Ya, hidayah itu milik Allah! Tetapi sebagai dua't ilallah, siapa lagi yang lebih bertanggungjawab untuk menjadi asbab untuk makcik Hidayah melanggar laju mereka ini..??
Kita berusaha insha Allah. Selebihnya, kita doa dan serahkan kepadaNya. Tugas kita hanya menyampaikan. Dan pastikan kita sampaikan risalah ini dengan sebaiknya!
Dan kepada kalian di luar sana, "...dan Dia mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk." Carilah kebenaran sehingga kalian bertemu dengannya. Jangan sesekali berputus-asa dan berasa lemah dengan ujian dan cubaan yang menimpa. Ketahuilah, hidayah itu lebih manis dan lazat rasanya andai kita sendiri yang berusaha mencarinya.
Semoga Allah mempermudahkan urusan kalian dalam mencari redhaNya.
"Ya Allah! Kurniakan aku dengan kekuatan dan kemahuan untuk terus menyebarkan chentaMu ini. Jadikan aku qudwah di atas jalan perjuangan ini, dan bukannya fitnah! Dan jangan matikan aku ya Allah, selagi mana aku belum lagi menyampaikan! Amiin ya Robbal a'lamin..."
Mari, mari kita sama-sama mengejar sorgaNya, yang pintunya terbuka luas untuk kita semua..? *hulur tangan*
Mari...? Senyum.
-gabbana-
Harapnya, dengan penulisan ini, dapatlah ia memberi sedikit kelegaan kepada kedua-dua belah pihak.
Moga kita menjadi manusia yang mudah memaafkan dan redha dengan segala ketentuan. Amin.

"Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami."
[al-Ankabut, 29:69]
Percayalah, kami gerun dan takut sekali bilamana kami mengabaikan tugas tarbiyah dan dakwah ini. Cukuplah teguran Allah kepada ar-Rasul di dalam Surah 'Abasa sebagai peringatan yang cukup keras buat kami.
"Dia (Muhammad) berwajah masam dan berpaling, kerana seorang buta telah datang kepadanya (Abdullah ibn Ummi Maktum).
Dan tahukah engkau (Muhammad) barangkali dia ingin menyucikan dirinya (dari dosa), atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, yang memberi manfaat kepadanya?
Adapon orang yang merasa dirinya serba cukup (pembesar-pembesar Quraisy), maka engkau (Muhammad) memberi perhatian kepadanya, padahal tida ada (cela) atasmu kalau dia tidak menyucikan diri (beriman).
Dan adapon orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran), sedang dia takut (kepada Allah), engkau (Muhammad) malah mengabaikannya."
['Abasa, 80:1-10]
Wuwuwuwu nanges laju-laju.
Arakian apabila anda begitu mengharapkan kami berukhuwwah dengan anda, melayan anda dengan penuh kasih mesra tetapi kami gagal melakukannya, maafkanlah kami.
Tatkala anda mengharapkan kami membimbing anda keluar daripada kegelapan menuju terang, sedangkan kami juga masih tercari-cari cahaya yang dapat menerangi lantas terpaksa mengabaikan anda, ampunkanlah kami.
Ketika mana anda begitu membutuhkan insan-insan yang konon-kononnya geng-geng tarbiyah dan dakwah ini untuk mendekati anda dan memperkenalkan anda kepada Islam lantas jatuh chenta kepadanya, walhal kami juga sebenarnya masih hingusan dan terkulat-kulat mahu jatuh chenta dengan jalan ini, tolong, tolong, berlapang dadalah dengan kami.
Maaf kami kerana banyak memberi alasan. Maafkan kami kerana tidak punya daya untuk menuntun tangan kalian. Maafkan kami kerana gagal menjadi qudwah, contoh tauladan kepada kalian.
Tunduk malu, hingus meleleh.
Wahai, betapa kami amat kepingin berukhuwwah mesra dengan anda semua! Percayalah! [Kredit] |
Pada masa yang sama... Harapnya kalian juga dapat berlaku adil dengan kami. Macam tidak berapa nak seronok jugalah apabila beban kesalahan itu diletakkan pada pundak kami sepenuhnya. Seolah-olahnya, kegagalan anda untuk berbulatan gembira, berkonferens riang sebagainya, adalah kerana kekejian dan kebobrokan yang ada pada kami. Apabila anda jahat dan buat maksiat, itu adalah kerana kami yang sering syok sendiri.
Walhal di padang Mahsyar nanti, kita semua akan diadili dan dihakimi nafsi-nafsi, sendiri-sendiri bukan..? Batuk batuk.
Untuk ikhwah dan akhawat yang amat saya kasihi keranaNya, kisah ini wajar sekali menjadi pengajaran kepada kita semua. Ini adalah salah satu noktah dalam lejar kehidupan kita, yang tidak seharusnya kita abaikan dan buat biskut cap pingpong sahaja.
Tak malukah kita, di saat kita bergembira dengan ukhuwwah bunga dafodil dan arnab-arnab gemok yang berlari keriangan, masih ada manusia di luar sana yang terpinga-pinga..?
Tak segankah kita, di kala kita syok sendiri berbunga-bunga dengan bulatan-bulatan gembira kita, masih ramai di luar sana yang tidak kenal pon siapa Tuhan dan Nabi mereka..?
Tak gerunkah kita, ketika mana kita rasa kita sudah cukup bekerja untuk agama ini, sudah cukup berkorban untuk perjuangan ini, walhal masih ramai di luar sana yang terkapai-kapai, mati lemas dalam kejahilan masyarakat..?
Allahu rabbi. Moga Kau ampunkan dosa-dosa kami.
Ia wajar sekali menjadi motivasi dan pembakar semangat untuk kita semua, untuk lebih kuat dan laju bekerja. Ia wajar sekali menjadi bukti dan saksi, betapa kerja-kerja kita untuk membina lebih ramai manusia masih jauh untuk bertemu titik henti. Dan ia wajar sekali menjadi pelempang seratus lapan puluh darjah untuk kita semua, betapa kita masih belum lagi benar-benar seriyes dengan dakwah ini.
Masih ada masa nak bermain-main dengan jahiliyyah..?
Masih mahu berlengah-lengah membawa bulatan gembira..?
Masih mahu memberikan alasan bahawa kita belum bersedia..?
Masih teragak-agak mahu mengorbankan sepenuh jiwa untuk agama...?
Masih mahu mengelak dari memikul amanah ini..?
Jawablah depan Allah nanti. Dan jawabah di hadapan mereka yang merasa teraniaya di dunia ini nanti!
Ketahuilah! Ramai manusia di luar sana yang ternanti-nanti untuk dipimpin! Ramai yang menunggu-nunggu untuk kita memperkenalkan keindahan Islam dan kelazatan iman kepada mereka! Dan ramai yang tidak sabar untuk menyertai kita!
Gembirakanlah bulatan itu, wahai akhi dan ukhti! Eh.
Ya, hidayah itu milik Allah! Tetapi sebagai dua't ilallah, siapa lagi yang lebih bertanggungjawab untuk menjadi asbab untuk makcik Hidayah melanggar laju mereka ini..??
"Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu sayangi, tetapi Allahlah yang memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki. Dan Dia mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk."
[al-Qasas, 28:56]
Kita berusaha insha Allah. Selebihnya, kita doa dan serahkan kepadaNya. Tugas kita hanya menyampaikan. Dan pastikan kita sampaikan risalah ini dengan sebaiknya!
Dan kepada kalian di luar sana, "...dan Dia mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk." Carilah kebenaran sehingga kalian bertemu dengannya. Jangan sesekali berputus-asa dan berasa lemah dengan ujian dan cubaan yang menimpa. Ketahuilah, hidayah itu lebih manis dan lazat rasanya andai kita sendiri yang berusaha mencarinya.
Semoga Allah mempermudahkan urusan kalian dalam mencari redhaNya.
"Ya Allah! Kurniakan aku dengan kekuatan dan kemahuan untuk terus menyebarkan chentaMu ini. Jadikan aku qudwah di atas jalan perjuangan ini, dan bukannya fitnah! Dan jangan matikan aku ya Allah, selagi mana aku belum lagi menyampaikan! Amiin ya Robbal a'lamin..."
Mari, mari kita sama-sama mengejar sorgaNya, yang pintunya terbuka luas untuk kita semua..? *hulur tangan*
Mari...? Senyum.
-gabbana-
Harapnya, dengan penulisan ini, dapatlah ia memberi sedikit kelegaan kepada kedua-dua belah pihak.
Moga kita menjadi manusia yang mudah memaafkan dan redha dengan segala ketentuan. Amin.
14 Caci Maki Puji Muji:
masa adalah sebahagian dari rawatan dan tanggungjawab lebih banyak dari waktunya..
berputus asa dari rahmat Allah adalah orang2 yg sesat ..
ayoo kejar cintaNYA
fuh lega....peace2 no war....bila muhasabah balik memang manusia banyak kekurangan.....kita expect terlalu tinggi kepada manusia sedangkan kita sendiri banyak kekurangan....:(......
Wahai anda, saya faham apa yg anda nyatakan disini. Memang benar kita manusia biasa jua mcm org lain.. Sebab itu if tiada response / lamat response dr anda hatta org lain atau ada sbab2 lain yg wujud itu bg sy rezeki utk itu belum ada dan tiada pernah myalahkan anda sbb smus itu kan kehrndak Dia jua. Senyum.
Cuma plg buat saya terpikir dan sgt terkesan skli mgnai msh mnangguh utk mbawa bulatan gmbira. Teringin skli mmpunyai bulatsn gumbira yg di bawa sedri cuma slu terhalang sbb rasa dri xbrpa bgs dlm bab2 tertentu. Hnya mpu mnjdi ank usrah shj bt ms ini.wlpun dlm hti meronta nk jd naqibah dan diminta oleh bbrpa org.. InsyaAllah bl diizinlanNya. Stkt ini hya mpu usrahkn adik housemate n jd rujukan nshat oleh adik2 dan kwn2.. Doakn saya stu hr nti sy mbawa bltan gumbira sendri sprti anda.
mashaa allah. great!. sangat lega ada y memahami.. selalu rasa bersalah pd sahabat y laen sbb sometimes xdpt nk jwb persoalan diorg. jazakallah khairan jaza'. :)
Subhanallah.. Allahuakbar.. Allah telah memberi ilham untuk membuka n membaca blog APG pada malam yg agk kepenatan ini.. Ana baru sahaja mahu bertatih untuk menginfakkan diri demi agama Allah, sudah mula risau dan ragu akan persepsi org thadap diri ana yg xseberapa nk soleh ni kerna ana masih berusaha utk berubah.. Kini mula rasa yakin. Jzkk akh ats penulisan ini.
assalamualaikum.dear inchee gabannaa dan sesiapa...saya dulu berada di kelompok jahiliyah juga.dan masih tercari.sebnarnya kelompok2 seperti sy ini perlukan tangan2 untuk membantu. dan silalah jgn suka duduk dalam kelompok sendiri,sampai bila kita nak berada di tampuk yg sama.sila keluar dari kebiasanya,sebab sampai bila kita nak duduk dalam kelompok yg sama.? sekali sekala lihat masalah umat yg masih berleluasa.yang penting niat tu.LILLAH.btw back to fitrah. kepada yang terasa diiri dizolimi itu.hidayah ALLAh tu takkan dtg depan kaki kalau kita tak cari sendirikan kan?? .ini bukan falsampah okay.saya sendiri beribu kali
tersungkur di jalan tarbiyah,dan sehingga kini masih merangkak.dan dimana saatnya saya hampir kembali ke jalan jahil itu,ada tangan menghulur.betapa2 manisnya saat itu,bila ada org support.tapitapi.ehem niat kita nak mencari keredhaan ALLAh itu silalah betul2.sebab ALLAh lebih tahu siapa yg nak hidayahNya.mustahillah ALLAH tak tolong,setiap detik hidupkkan ujian? aha,perlu diingit anything happend dekat diri ini silalah salahkan diri sendiri. ehem,sadisnya kita sendiri tak pernah nak nampak salah sendiri.ehem.org lain mungkin cuma membantu,tapi diri sendiri yang perlu gerak nak rempuh misi.
_maaf terpanjang pulak mak jemah cerita_ wallahua'alam.
Seiapa2 dekat atas,Kalau yg ukhti saya boleh je nak tlg masukkan anda ke dlm usrah ikram.. Tapi yg ukhti la.. Cuma skrg ni ada mslah kekurangan naqibah je.. Bila lihat pd kesungguhan dr anda2 di atas ingin sahaja sy tlg masukkan anda ke dlm usrah kami.. Hukhuk.. sudikah yg btul2 mencari??
Assalamualaikum...memang benar,manusia tiada yang sempurna,..saya pun boleh jadi pernah terasa seperti muslimah yang menulis surat itu,,,saya memang rasa pernah terpinggir dalam usrah sehingga saya merasakan hampa untuk berusrah lagi..namun,alhamdulillah,allah still sayang kan saya,dia temukan saya dengan seorang murabbi yang tak bias,dia care dengan mad'u nya dan hati saya terpaut dek kata2nya yang sopan dan benar.benarlah kata ustaz saya,untuk berdakwah,jangan gunakan kata2 yang kesat,atau dengan niat menyindir sebab itu maybe akan menyinggung pihak yang baru ingin dekat dengan Islam.bagi yang ingin berubah,anggaplah itu sebagai ujian dari allah,anda perlu kuat,anda kena yakin.Jalan Islam ini mudah dan anda beruntung berada di atas jalan Islam.Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang mencari..-luahan hati seorang hamba-
Apa yang anda tulis ini merupakan alasan yang terbaik untuk seseorang beritahu pada saya.
Percayalah, memang ada 'segelintir' yang memilih. maka, seseorang itu pasti suka dengan jawapan post ini.
sos: dan kalau semua orang pon berfikir macam anda, memang kita tak akan ke mana-mana.
Biarlah mereka memilih. Nanti mereka jawab dengan Tuhan.
Kita? Teruskan bekerja dan berlapang dada.
Allahu a'lam.
usrah ikram anda duduk dimana? sila usrahkan saya dgn segera......dan sila beri anak usrah kepada saya juga..saya bersedia...tapi of coz la yang baru nak mengenali jalan ini sbb saya sendiri baru bertatih lagi....can I have your contact detail?......
subhanallah. ZOUQ!!
kita harus mengimanai Allahlah yang mentakdirkan kita bertemu dengan seseorang/sekelompok orang pada masa tertentu pada saat tertentu.
dan kun fayakun, org yang ditemui itu mmg ukhti bertudung labuh yang baru juga terjun dalam DNT.
yang baru juga renew janji janjiNya pada Allah to be abid dan khalifah.
melalui kefahaman2 dan ilmu2 baru dari daurah daurah dan usrah2,
bukan mudah mahu put into practical. dengan fitrah manusiawinya, emosi dan ujian2 seharian, pasti saja selalu gagal.
tidak semuprna. tidak tidak sempurna.
baru 3 tahun commit prgm tarbiyah, masih terlalu banyak skill2 dan ilmu allah yang harus difahami.
dan kami, masih masih terus berusaha.
kami juga struggle utk jadi baik. bukan buat atas expectation org tapi ikhlas utk Allah semata. hoo, mencabar tak tipu. allahumusta'an.
biarlah Allah meluruskan betul betul niat kita mahu masuk usrah?atau apa2 sahaja wasilah tarbiyah yang mendekatkan diri kepada Allah. berbanding hanya ikut ikut biah solehah, pastu bila diuji, mula rasa, rasa lembik, nak back off.
ada kata kata ni,
'futur selepas mujahadah yang panjang adalah kerana permulaan yang salah'
si penulis emel itu, pencinta kebenaran. dan Allah reward pula ujian ujian utk mensucikan/mengikhlaskan niat hanya semata keraNYa. subhanallah cemburunyaa!!anda sedang mendapat perhatianNYa!!#
ikhwah akhawat, ini sememangnya teguran buat kita..dan EG, jzkk atas post ini.,best sgt! bukan jwpn selamat, , tapi mmg ZOUQ!!
As salam,
seperti kebanyakkan, saya pun suatu ketika pernah lemas dek jahiliyah. Sedang saya mencari sinar, situasi itu pernah saya alami di sekeliling budak2 surau, dan roomate sendiri. Alhamdulillah, usrah yang saya join, tidaklah seperti usrah makcik tadi. Jadi untunglah saya dapat merasai kedua2 situasi. Allah menguji dalam banyak cara makcik, beruntunglah makcik kerana Allah pilih makcik untuk diuji:) Don't lose faith, kadang-kadang kita kena muhasabah diri juga. InsyaAllah, Allah bersama-sama orang yang mencari kebenaran ya makcik.
Untuk EG,
I went through a comment, "the prophet PBUH never use such words to preach Islam. in fact, he did act of kindness that none of us could top that."
Bagi saya, lain orang lain cara. Terkadang cara sekema, manis, baik itu hilang serinya dan kurang effisien menarik hari-hati yang mencari sinar. Dan terkadang, tamparan hebat itu perlu demi hidayah:)
Saya antara yg terima tamparan itu wahai EG :)
Semoga Allah memberkati
Kepada makcik tersebut atau sesiapa sahaja (termasuk diri sendiri)..
Saya selalu ingatkan diri saya yg.." Islam is perfect, Muslims are not..!".
Nabi Ayub as diuji dengan penyakit selama berbelas tahun. Nabi Lut as dengan isteri sendiri yang derhaka pada Allah. Nabi Nuh as dengan anaknya. Nabi Zakaria as yang digergaji. Nabi Muhammad saw yang dikhianat dan diingin bunuh, para sahabat-sahabat, ulama’-ulama’ diseksa semata-mata ingin menyebarkan dakwah,ingin menegakkan Islam dan diseksa semata-mata kerana ingin belajar/mendekatkan diri dgn Islam. DAN KITA INGIN ISLAM DATANG DGN MUDAH KE KAKI KITA..(tanpa diuji???).
Allah mencintai mukmin yang kuat. Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai daripada orang mukmin yang lemah.
Wallahu'alam.
Sekadar bkongsi pandangan. Till then, jom la sama-sama jadi kuat.. :D
Post a Comment