Banyak Habuk Masuk Mata
[Kredit] |
Saya menerima mesej peribadi (Baca: Private message) seperti di bawah ini daripada salah seorang pembaca di luar sana. Seperti yang dipinta, saya terpaksa merahsiakan identitinya. Khuatir nanti dia dicolek makhluk asing dan dibawa lari ke Planet Jupiter sana. Wah!
Oh, sila sediakan sekotak tisu, cap apa-apa pon ok. Bukan apa. Sekarang ni musim berangin, jadi banyak habuk dan debu yang berterbangan. Manalah tahu ada yang masuk mata nanti, sekurang-kurangnya anda dah bersedia. Ahah!
***
Akh yang dirahmati Allah dan
disayangi penduduk bumi, mudah-mudahan penduduk langit yang mulia itu juga
mendoakan akh. Insya Allah.
Pertama kali saya ingatkan,
mesej ini akan menjadi panjang. Sangat panjang. Semoga akh yang saya percaya
mempunyai ketinggian budi dan kerendahan hati sudi membacanya. Kalau tidak,
saya doakan akh dikurniakan pahala.
Akh sudah dikenali seantero
Malaya sebagai nama yang besar dalam dakwah.
Setakat mana? Sehingga tahap
kata-kata akh mampu dan berkuasa mengubah hidup bukan setakat seseorang, bahkan
mungkin ramai orang. Kerana itu, dengan sepenuh hati saya tuliskan nasihat ini
pada akh. Bukan kerana "saya lebih baik" ataupun akh "lebih
jahat", namun ikhlas, insya Allah, kerana saya tidak mampu mempunyai kuasa
dengan 'tangan' sebagaimana yang akh miliki.
Untuk menerima pandangan saya, alhamdulillah saya hargai.
Untuk pilih tidak menerima,
alhamdulillah, moga kehidupan akh terus diberkati.
Ada beberapa perkara yang saya
berniat untuk bercerita pada akh, boleh dikongsi kalau mahu cuma jangan
diberitahu nama saya.
Pertama;
Saya ada terbaca akh
menceritakan bagaimana akh ditegur kerana status bersifat judgemental. Jujur
saya katakan; ia memang obvious. Maafkan saya tidak mampu untuk copy-paste
contoh dari wall akh kerana terlalu banyak dan untuk menjaga maruah akh, namun
saya berikan contoh secara umum supaya akh sedar, betapa kata-kata itu
sesungguhnya lebih tajam daripada mata pedang. Tadi seorang sahabat saya
menulis di status, ia berbunyi; "Seronok sangat ke buat maksiat? Share
sikit."
Subhanallah. Demi Allah saya
bersumpah, hancur luluh, gugur jantung saya membacanya. Akh mungkin akan
tertanya-tanya, kenapa? Jawabnya kerana saya pernah berada pada kejahilan.
Lebih teruk daripada yang akh dapat bayangkan. Bahkan sehingga kini saya adalah
hamba bergelumang maksiat dan dosa. Status itu, cara penulisan seperti itu,
yang ditujukan terus pada pembuat maksiat akh, adalah satu penghinaan. Mungkin
hanya bagi saya. Tapi percayalah, sebagai seseorang yang pernah sesat dan ingin
cuba kembali, ia cukup melukakan.
Status yang seolah-olah
menunjukkan penulisnya malaikat, bebas maksiat. Yang menunjukkan, pelaku
maksiat itu pendosa yang tempatnya dijamin dalam neraka. Yang menunjukkan, satu
sindiran maha tajam yang mungkin, membuatkan si pelaku maksiat itu terus ingin
bergelumang dalam dosa.
Kadang-kadang akh, boleh tanya
diri sendiri. Kenapa mereka bermaksiat? Kerana itu. Kerana pendakwah itu ramai
sifatnya menghukum, menyindir dan bersifat memulaukan.
Pelaku maksiat yang TIDAK
TAHU, berasa malu. Rendah diri. Tidak mahu bergaul dengan agama.
Masuk yang kedua;
Bukan niat saya menyalahkan
orang lain. Tidak lain dan tidak bukan kejahatan saya dahulu adalah daripada
diri sendiri.
Tapi tahukah akh, kerana
majoriti pendakwah (kononnya) sifatnya begitu (penghukum dosa pahala), saya
jadi hilang arah.
Saya masuk organisasi
ke-Islaman. Saya diabaikan. Mereka semuanya berukhuwah indah sesama mereka.
Saya akh? Dipulaukan.
Sebabnya? Mungkin saya banyak
cakap. Tetapi saya cemburu melihat mereka. Sentiasa mengingatkan, keluar
bersama, dan saya, seorang diri.
Bagaimana tidak memberontak?
Saya mencari agama, yang katanya 'beragama' melarikan diri daripada saya.
Kemudian akh, saya tinggalkan dunia
dakwah kononnya ini. Saya tidak mahu berorganisasi. Tidak mahu bercampur dengan
si tudung labuh yang memandang saya sebelah mata. ya akh, saya mungkin
perempuan murah, jijik dan kotor, namun itukah harga yang perlu saya bayar
untuk sebuah taubat?
Jujur, saya telah melabelkan
usrah, kumpulan dakwah dan tarbiyah sebagai sesuatu yang tidak boleh saya
masuki, melainkan kalau saya sudah jadi gadis manis pendiam bertudung labuh
berwajah lembut bersuara halus berilmu tinggi. Kalau tiada ciri-ciri itu, saya akan
dipinggirkan. Sedih, sungguh akh.
Sehinggalah satu hari. Seorang
lelaki yang pernah saya cintai sebelum suami saya, namakan beliau F.
Beliau seorang yang saya
kagumi, cukup aktif berdakwah dan bertarbiyah. Dan kami telah berdosa. Kamu
akui suka sama suka. Kami mahu bernikah segera pada
usia muda. Namun dengan satu syarat; saya
perlu berusrah.
Hati saya galau akh. Kerana saya tahu, saya akan
jadi seperti selalu. Terpinggir, bercakap seorang
diri.
Namun saya kuatkan hati akh.
Bukan kerana F.
Bukan kerana keluarganya mahu
saya ber DnT.
Namun kerana saya disajikan
dengan indahnya usrah.
Maka saya gagahkan hati.
Berjumpa murabbi. Merancang usrah penaut hati.
Pada mulanya saya cukup
bahagia. Usrah kami kecil sahaja, namun cukup bermakna. Hanya ada beberapa
orang. Namun akh, mungkin kerana populariti sang murabbi, usrah kami berkembang
pesat.
Saya yang dulu berjanji untuk
setia pada usrah, saya mula meninggalkannya akh. Ya, hinalah saya. Namun saya
telah berusaha akh.
Mereka, para bidadari syurga
itu, masih lagi bermentaliti serupa. Mereka membina keluarga
sendiri, dengan syarat yang sama. Menangis saya akh. Saya
dipulaukan lagi.
Mereka cukup indah, saling
menasihati dan berkasih sayang.
Sehingga satu tahap, mereka
berusrah, dan SAYA seorang tidak dijemput. Dapat akh bayangkan? Terasa.
Ya.
Saya cuba sedaya upaya,
bertegur sapa, berukhuwwah mesra dengan mereka.
Namun penerimaan mereka teruk.
Siapa saya akh? Perempuan
bising gatal. Mereka? Si lemah-lembut yang punya mahligai di syurga.
Mereka tidak menerima saya
akh.
Saya jadi tidak mahu ke usrah
lagi, ah, kalau saya mahu sekalipun, mereka tidak akan maklumkan.
Semoga ini tidak menjadi
fitnah buat mereka.
Namun akh, buatlah sesuatu
yang mampu mengubah mentaliti mereka.
Saya sedih akh.
Tahu apa yang saya ada
sekarang? Allah, suami dan bakal anak saya.
Bukan mereka. Bukan usrah
lagi.
Saya tinggalkan usrah, kerana
pandangan stereotype golongan ini.
Kalau terjadi sekali dua, saya
mampu bersabar.
Ini, terjadi pada semua majlis
ilmu yang pernah saya hadiri.
Wassalam.
***
(Nota: Mesej di atas adalah mesej orijinal, tanpa sebarang perisa tambahan atau pewarna tiruan. Eheh.)
Membaca mesej yang begitu tulus dan ikhlas ini, ada tiga perasaan yang paling ketara yang dapat saya rasakan:
1) Terasa seperti hendak terjun gaung sekarang juga
2) Seperti ada seguni beras cap Faezah! seberat lima puluh kilo yang menghempap di atas kepala
3) Semacam ada orang yang mengambil pisau daging yang tajam berkilat sebesar lengan dan dengan segera menikam saya, tepat ke pembuluh jantung
Ok sekarang bayangkan satu situasi. Kita semua beramai-ramai sedang berkumpul di padang Mahsyar. Kemudian makcik kat atas ni dipanggil. Dia pon kata depan Allah,
"Ya Allah! Aku pernah suatu ketika mahu bersama mereka yang konon-konon buat tarbiyah dan dakwah ni. Tapi aku dipinggirkan ya Allah! Aku diabaikan mereka! Mereka buat dono dan biskut je dengan aku! Kau tahu ya Allah, sebab Kau menjadi saksi!"
Ok sekarang anda beritahu saya, apa yang kita semua nak jawab depan Allah...? Apa alasan yang kita nak lontarkan pada Allah..? Hah..?
"Ampunkan aku Allah. Aku rasa dia tak layak, tu yang kitorang buat kek je tu."
"Ya Allah! Aku terlalu sibuk dengan kerja-kerja dakwahku! Mana ada masa untuknya ya Allah!"
"Minta maaf Allah, tapi aku terlalu asyik nak pilih pakai tudung labuh yang mana satu."
"Ya Rahman, ya Rahim. Ampunkan hambaMu yang lemah ini. Dulu ketika hidup, aku terlalu asyik berukhuwwah, bercipiki cipika dan makan dulang bagai, sehingga terlupa untuk menyantuni dia itu!"
"Bukan salah aku ya Allah! Kalau dia betul-betul mahu mencari hidayah, kalau dia benar-benar mahu bersama kami, mengapa dia tidak mencari dan bersungguh-sungguh mengejar kami..??"
Begitukah..? Anda berani..?
Berlari-lari pantas sambil potong bawang laju-laju.
"Ampunkan aku Allah. Aku rasa dia tak layak, tu yang kitorang buat kek je tu."
"Ya Allah! Aku terlalu sibuk dengan kerja-kerja dakwahku! Mana ada masa untuknya ya Allah!"
"Minta maaf Allah, tapi aku terlalu asyik nak pilih pakai tudung labuh yang mana satu."
"Ya Rahman, ya Rahim. Ampunkan hambaMu yang lemah ini. Dulu ketika hidup, aku terlalu asyik berukhuwwah, bercipiki cipika dan makan dulang bagai, sehingga terlupa untuk menyantuni dia itu!"
"Bukan salah aku ya Allah! Kalau dia betul-betul mahu mencari hidayah, kalau dia benar-benar mahu bersama kami, mengapa dia tidak mencari dan bersungguh-sungguh mengejar kami..??"
Begitukah..? Anda berani..?
Berlari-lari pantas sambil potong bawang laju-laju.
Ya, mungkin makcik ini sedikit emo dan keterlaluan dalam menceritakan kisah hidupnya. Apatah lagi ia diceritakan dari sebelah pihak sahaja. Namun itu bukan persoalannya. Kita adalah dua't dan bukannya hakim untuk menghukumnya. Sebagai dua't, sudahkah kita menyampaikan..?
"Jika mereka berpaling, maka (ingatlah) Kami tidak mengutus engkau sebagai pengawas bagi mereka. Kewajipanmu tidak lain hanyalah menyampaikan (risalah)."
[as-Syuraa, 42:48]
Membaca luahan rasa makcik ini, fikiran saya terus menerewang pada sebuah video dari Timur Tengah, yang tema dan isinya hampir serupa dengan dilema yang sedang dihadapi oleh makcik di atas.
Tapi sebelum itu.. Err.. Saya nasihatkan anda untuk sediakan kotak First Aid, losen kalis api yang mencukupi, alat pemadam api dan jika perlu, jaket kalis peluru yang benar-benar tahan lasak.
Kerana sungguh, video ini cukup menggugah, mengoyakkan, mengsrett-shrutttkan, melempang, menyepak, menempeleng, membakar dan menikam bertubi-tubi. Sumpah.
Anda sudah bersedia..? Anda pasti..?
Baiklah.
Bagaimana..?
Allahu rabbi. Muhasarawak lima minit. Janggut basah, kalau ada janggut.
Kepada makcik yang menulis emel seperti di atas, dan kepada sesiapa sahaja di luar sana yang mungkin menghadapi situasi dan keadaan yang serupa..
Maafkan kami. Maafkan kami. Maafkan kami.
Jangan dakwa kami di akhirat nanti. Doakan kami terus kuat dan ikhlas, terus tsabat dan istiqamah, agar kami lebih bersungguh menyebarkan risalah agung ini. Semoga suatu hari nanti, cahaya nur kasihNya akan menyentuh jua jiwa dan sanubari anda. Moga suatu hari nanti, Allah ijinkan anda untuk bersama-sama kami, malah menjadi jauh lebih baik daripada kami yang marhaen ini. Semoga suatu hati nanti, tiada lagi golongan seperti anda, yang tertinggal dan tercicir dek kelemahan dan kepincangan pada diri kami.
Maafkan kami! Dan jangan dakwa kami!
Banyak habuk masuk mata.
-gabbana-
Ada sesiapa yang boleh bawa saya ke hospital..? Wad penjagaan rapi. Hati saya dah cedera teruk.
56 Caci Maki Puji Muji:
Can I have this video link? I can't watch it here. Thank you . :)
to en gabana: Kelebihan dan kekurangan kita,
bukan sahaja dugaan untuk diri sendiri,
tetapi juga dugaan untuk org sekeliling. Kalau tiada ombak di pantai,
busanlah juga pemandangan di laut..
Kepada ukhti yang menulis: Binalah impian dengan bergantung harap pada Allah, usrah hanya medan, tetapi kitalah pejuangnya. Kalah di medan, tidak beerti kita kalah berjuang.
Allahu Allah...
kita selalu rase 'bangga' bila kita punya pengikut yg setia dalam bulatan kita...
bila kita lihat mereka yg 'jahil', hati kita mencemuh...
bila kita rase mereka mndekat, kita smkin mnjauh..ye la, sape nk kawan dgh yg 'jahat' kan...org sekeliling kan cerminan peribadi?kalo kawan dgn tukang besi, mmg bau alloy la...kalo kawan ng penjual mnyak wangi, wangi la kita...kan?
tanpa sedar, kita x berjaya pon dalam DnT..DnT yg berkesan bila mne mereka mendekat, kita mndekat...bila mereka buat silap, kita sntiasa ade untuk mnegur...bila tersalah pilih jalan, kita ade untuk mnunjuk...
jgn mnjauh dari mereka, biar kita dicemuh kerna DnT yg kencang, jgn kita mncemuh mereka yg tak tahu apa2...Allahu Allah~~
Finally. Finally someone raised this issue.
Thanks to the one who wrote that email. Tolong buat bodoh dengan fleeting statement EG that you're being emotional. Allah knows how it feels like to feel the doors closing on you, and for the one who closed it, of course it'd be hard to empathise
the truth is we humans are never perfect and as we go deeper in DnT there are much more traps set by the syaitan itself.
this is true. i would know. sedih, sangat sedih. for me personally, whatever EG wrote it did not hurt me, for I digest sarcasm really well. it's just that when you put yourself in other people's shoe, let's say like in the mak cik who wrote this letter, it hurts so much.
the prophet PBUH never use such words to preach Islam. in fact, he did act of kindness that none of us could top that.
it's true when they say it's hard to eliminate su'u zhon when we're in a "good" side and others are dont. :'(
may Allah grant us all hidayah, to be a better muslim, insyaAllah.
salam. sy nasihatkan en.gabbana men'delete' post ini. sy berpendapat sesetengah perkara yang di email secara peribadi ingin dilayan secara personal. mungkin...sy pun x pasti. jika tidak pasti empunya diri sudah melontarkan komennya di sudut komen ini.
wallahua'lam.
utk sang penulis email, dunia belum berakhir. sudut pandang anda juga harus berubah seiring perubahan org lain.jika anda tahu mujahadahnya seseorg itu dalam membuktikan keislamannya, even en gabbana sendiri, anda turut menangis.
sama2 kita lapang dada dan mencari cahaya. Jom!
I can understand her feeling when someone shunned you without a reason, and since you're feeling dejected, you just couldn't handle the feeling that "it's better for me to be good by myself, alone", but the downside of it, inconsistency, may Allah lead us to better people who can remind us sincerely, amin.
allahurabbi..serasanya saya juga sedang melalui perkara yang sama.. sekuat hati sy cuba menahan untuk tidak terasa hati dan tidak bersangka buruk pada mereka..
keinginan yang tinggi untuk ditarbiyah bgaikan kaca yg pecah berderai apabila diperlakukan seperti itu..hanya pada Allah tempat meluahkan segalanya..
p/s: wahai akhi dan akhawat yang soleh dan solehah sekalian jgn ditinggalkan mereka yg sedang mencari diri dan mencari Ilahi itu terkontang kanting dalam menyusun langkah..kongsilah ilmu dan
semangat anda dengan mereka agar mereka rasa kuat dan tidak keseorangan..tolong!! mohon jgn tinggalkan mereka hanya kerana ilmu mereka tidak sehebat dan setaraf dgn kamu..jgn terlalu bergembira dgn golongan kamu sahaja. spread the happiness. biar seisi alam dapat merasainya juga.sy akui tidak smua da'ie dan murabbi bermentaliti seperti itu namun kerana 'sesetengah' itulah yg merosakkan kredibility semua da'ie dan murabbi..wallahualam.. peace :D
Salam En. Gabbana,
EG ada nasihat/ solusi tak utk sesiapa yg berperasaan macam makcik ni (dan sy juga). What should we do, besides of being husnu zhon?
Jzkk!
bukan dia seorg mengalami situasi begitu. ukhuwah hendaklah krn Allah SWT. sekiranya ukhtie tersebut sudah tdk join usrah lg, ukhuwah tetap ada. kdg2 merasakan ukhuwah kerana usrah, mulut melaungkan Saya sayang awk kerana Allah.
Ya ALLAH.. :'(
Secara jujurnya saya menangis....Because I feel the same...I feel so left out...I feel nobody really care about me...Ya saya akui ramai pendakwah kadangkala syok sendiri menyangkakan mereka terbaik tetapi bukan semua....Kena berusaha mencari dan mencari dan berdoa kepada Allah juga sebenarnya...Sukar sebenarnya apabila anda melalui jalan ini tanpa keluarga yang mengerti dan tanpa sahabat disisi.....Kadangkala cemburu apabila melihat mereka berkasih sayang antara mereka...Kadangkala bukan niat mereka nak mengabaikan pun cuma mereka terlepas pandang...Jujur saya katakan saya rasakan sahabat saya yang belum di medan ini lebih menyayangi saya daripada mereka yang konon-kononnya berkasih sayang kerana Allah....Dan saya betul2 berharap dia satu hari terbuka hati untuk bersama-sama dlm gerabak ini....Buat kalian yang konon2nya berkasih sayang kerana Allah...Berapa ramai antara kalian berdoa untuk anak-anak usrah atau rakan-rakan anda apabila dia ditimpa musibah atau dilanda ujian..atau bagi anda itu cerita biasa sahaja....Be honest to yourself.....Manusia tahu sebenarnya siapa yang menyayangi dia...It is human instinct....Itu belum masuk hal mualaf yang kita tidak ambil peduli dan tiba2 meninggal kita berebutkan mayatnya...Sedarlah bahawa tanggungan atau orang sekeliling anda adalah amanah...Anda akan dipersoalkan di masyhar kelak diatas amanah ini......Saya ada seorang sahabat meminta saya untuk diusrahkan...Dan saya amat kecewa apabila tiada tindakan diambil....saya cuma boleh berbaik sangka bahawa tuan empunya diri sibuk...ya dia sibuk kerana ramai orang tidak membuat kerja mereka...wake up people.... kalian beruntung dilahirkan didalam keluarga atau suasana solehah tetapi tolongla jangan pentingkan diri sendiri....sebab agama Islam bukan untuk anda seorang sahaja...tolongla belajar mengasihi orang yang tidak berkepentingan kepada anda....insyaallah anda akan rasa nikmat dalam memberi.....maafla tulis panjang2.....tiba2 jadi emo....
nahnu duat, la quddho'.
salam
cuma nak menyatakan sgatlah pelik jika ada naqib/naqibah yang memulaukan anak usrah sendiri ataupun golongan duat sememangnya nak suka2 sesama sendiri shj...bkankah gerakan dakwah itu sntiasa berusaha utk memerangkap dan menangkap org ramai diluar sana utk sama2 join usrah dan sama2 saling membawa diri kepada penghambaan kepada Allah...bkankah begitu...insyaAllah, apa yg diceritakan dalam post ini dapat menjadi cermin kepada para pendakwah utk reflect keadaan diri masing2...sesungguhnya tiada manusia yg sempurna..yg ada hanyalah manusia perlu sentiasa reflect kekurangan diri dan sntiasa memohon keampunan daripada Allah...hanya para nabi dan rasul bebas drp dosa,313 sahabat perang badar yg diampunkan dosa sebelum dan selepas..selebihnya manusia sntiasa ada dosa dan pintu keampunan Allah seluas langit dan bumi utk menerima permohonon ampun manusia..
wallahualam
Salam. Good job, well done kepada makcik yang mengetengahkan hal ini.
Saya juga berada dalam situasi yang sama tetapi saya lebih selesa untuk take it easily dan berdoa supaya saya dan bidadari-bidadari syurga itu sentiasa diberi hidayah untuk sentiasa memperbaiki diri masing-masing.
Satu contoh yang dalam situasi saya ingin saya berikan disini,.
Pada suatu hari, saya tiba di satu majlis usrah yang baru saya sertai. Kumpulan usrah itu terdiri daripada makcik-makcik dan kakak-kakak bidadari syurga yang kelihatan osem-osem, indah jelita dan solehah. Saya bersalaman dengan semua orang yang juga ada disitu. Secara jujurnya saya terasa hati bila makcik-makcik je yang tegur saya tanya nama saya. Saya tak expect pun semua orang nak tegur saya tapi saya expect lah kebaikan budi pekerti dari semua ahli-ahli usrah itu, maklumlah, saya kan baru disitu. Saya duduk sementara menunggu ahli-ahli usrah lain tiba, saya pun tegur lah kakak-kakak bidadari syurga yang ada disitu, tanya siapa nama, sepatah ditanya sepatah dijawab, kerana sibuk berborak dengan sesama sendiri. Selepas itu, saya pun buat kek dan biskut aje. :) Bila ketua usrah tiba, acara pun dimulakan.. Bermula dgn bacaan doa, pendahuluan oleh ketua usrah, dan sesi perkenalan.. Di situlah baru mereka bermanis muka dan 'berminat' untuk berkenalan dgn saya :) Perlu ke sesi perkenalan official utk mengenal ahli baru? mentang-mentang jilbabku tak selabuh jilbab mereka..
Bukan sekali itu sahaja perkara itu berlaku, banyak kali.
Bila saya ke acara lain, sukaneka contohnya. kakak2 bidadari syurga (yg belum pernah jumpa di acara sebelumnya) juga bersikap begitu. mereka tidak mahu beramah mesra dengan saya, mereka hanya berborak dengan mereka mereka sahaja. Saya tetap tegur mereka, tapi sama juga, sepatah ditanya sepatah dijawab. Mereka tak interested dgn saya yg tak interesting ni kot. Agak weird bila tiada perbualan antara saya dan mereka. Padahal saya juga wujud disitu selama lebih 5 jam. Dan saya cuba, bukan tak cuba. Tapi takpe, saya tak ambil hati pun. kerana Alhamdulillah, ada makcik2 lain disitu yang nak berborak dengan saya :) + ada adik-adik yang main sukaneka tu suka dgn saya :)
Maaflah komen tak secara professional. Tak reti. Jarang ngomen ngomen ni. Terima kasih
Assalamualaikum
Jujur..bonda dr kmk ini senantiasa mengikuti oerkembangn anakanda. Sungguh ramai pengikuti yg meminati pos...akhandulillah dan rahniah utk dakwah..namun ht ni terpanggil utk bersuara..suara lembut dr hati. Tiada slhnya berdakwah..malah wajar disanjung. Namun pesan bonda..lembutkan kata2..jglah adab berbahasa sayang...krn kt2 kita cerminan siapa kita sebenarnya..bak kt bonda dlm komen..sesekali pandanglah ke bumi..rendahkan ht..krn itu lebih terpuji...wallahualam...
Jujur..bonda dr kmk ini senantiasa mengikuti oerkembangn anakanda. Sungguh ramai pengikuti yg meminati pos...akhandulillah dan rahniah utk dakwah..namun ht ni terpanggil utk bersuara..suara lembut dr hati. Tiada slhnya berdakwah..malah wajar disanjung. Namun pesan bonda..lembutkan kata2..jglah adab berbahasa sayang...krn kt2 kita cerminan siapa kita sebenarnya..bak kt bonda dlm komen..sesekali pandanglah ke bumi..rendahkan ht..krn itu lebih terpuji...wallahualam...
Kepada makcik yg menghantar emel tu - i feel you.. kita berada dalam sampan yg sama. eh? :)
mohon jutaan kemaafan kpd ukhti penulis..atas silap laku pendakwah2..huhu..
dan sy tak rasa para pendakwah sengaja memulaukan.. nak2 lg pd org baru.. biasanya yg baru akan diraikan sungguh2.. spya minat dia dlm tarbiyyah ini sgt tinggi..
mungkin.. sensitiviti pendakwah itu terhadap body languagenye.. keeksitedan die bertemu akhwt terchenta.. keeksitedan die menceritakan hal DnT membuatkan die terabaikan ukhti baru.
tp.. sepjg sy di alam trbyh ini..x pernah sy tgk kes abai mngabai ni.. kecuali hanyalah salah fhm antara individu yg sudah lama dlm trbyh dan org yg baru dlm trbyh. kehendak yg tggi dan kemampuan yg terbatas..
atau kes abai bila seorg mad'u yg telah lama ditrbyh tp masih belum berubah.(ni pun tak patut sbnrnya)..
seigt sy dlu.di awal trbyh..
sy diberi makan..ditanya khbr..diberi kata2 smgt.. sehingga sy mencintai nqbh..*terharu dgnnya*
wallahua3lam..maafkan sy
surah Abasa kembali menegur para pendakwah.. mari renung2kan.. :)
*istighfar*
psst..ukhti penulis..jgn putus asa dgn rhmt dan kasih syg Allah.. mungkin ade lg bulatan gembira lain yg sedang menanti kamu dan boleh memberikan kebahagiaan buatmu.. ^_^ teruskan mencari..=]
bismillah
jujurnya.inilah satu-satunya entri yang buatkan mata masuk habuk. *sheesh*
allah..
kadang-kadang bukan taknak join usrah cumanya,perkara beginilah yang jadi penghalang.astaghfirullah..maafkan saya murabbi/ah sekalian.jujur-sejujurnya ikhlas dari hati kami(baca : orang² biasa)
amat terasa tau apabila anda semua buat kami cemni T_T
tapi ikhlaskan saja hati,kerana tarbiyyah Tuhan itu datang dalam pelbagai cara :)) boleh jadi,Allah didik hati kita untuk jadi baik dengan mengirimkan mereka-mereka ini.supaya kita tahu hanya Allah tempat bergantung.
Kasih sayang Allah = infinti!
kasih sayang manusia = teramatlah sedikit..
akhawat fillah sekalian~sabarlah,kerana TuhanMu!
sebab tu,niat nak berubah jadi baik mesti kerana Allah.
kerana pada akhirnya..hanya redha Allah yang kita mahu.bukan yang lainnya.
wallahua'lam.
sambung atas..
dan terime kasih sgt2 pd ukhti penulis..
ini sememangnye tamparan hebat buat sang pendakwah.
*jg hati mutarabbi
*jg trbyh mutarabbi
*jg ukhuwah dgn semua
*jgn syok sendiri
apepon ukhti penulis..
sy antara org yg jrg menegur org baru sbb sy x reti memulakan bicara.huu..tp klu da rpt..sy byk la cerite.. isk.isk.. *kelemahandiri*
Bismillahirrahmanirrahim..
Perkongsian yang baik. Hakikat yang para du'at sering terlepas pandang. Banyak refleksi diri. Risau jika diri ini pernah melakukan sedemikian, yakni terlepas pandang pada akhwat2 lain yang sebenarnya mencari.
Sebagai orang yang membawa Islam, tak pernah berniat untuk meninggalkan mereka yang keciciran. iA sentiasa berusaha untuk membawa semua orang ke dalam gerabak ini. Cuma mungkin persoalannya ialah dari segi kudrat diri dan masa yang ada.
Semoga dibukakan hati kita semua untuk melihat cahaya hidayahnya. Semua yang berlaku ke atas kita ialah ujian. Dan hakikat ujian itu ialah pada perkara yang kita sayang. Jika benar, kita sayangkan Islam dan DnT ini, maka kita akan diuji sewajarnya. and this is Tarbiyah.
Ya Allah, guide us to You.
Amin.
assalamu'alaikum,
boleh saya cakap?
terima kasih.
saya rasa, mungkin kurang sesuai untuk pengomen2 untuk mengomen benda2 yang tak sepatutnya.
cuba contohi ukht yang hantar emel ni. beliau takde nak post secara open. tahukah kalian yang cara kalian ini boleh, somehow menjatuhkan imej segelintir pihak?
memang emo. wallahi, saya faham. tapi, apa yang diperoleh dengan menyebar2kan lagi perit hidup yang telah kalian lalui?
bukankah ujian itu diturunkan dengan izin Allah? diringankan ujian juga dengan izinnya. cuba try lagi mintak dengan Allah. in shaa Allah, mungkin jalan mujahadah kita lebih sukar berbanding mereka yang sudah biasa terbelai dalam dakapan usrah, tapi bukankah Allah memandang akan usaha hambaNya?
ingatlah, mereka du'at. tak dijanjikan mereka ma'sum. doakan mereka. bukan burukkan mereka.
pedoman juga buat para du'at. doa kami bersama anda. :) bantu kami mendekatiNya juga, ya :)
p/s : okay, panjang == may Allah bless
Xdapat jugak tgk videonya
Salam,
walaupn kedengaran seperti impossible tp ianya x mustahil berlaku....sy setuju dgn situasi ini...lagi2 jika latar belakang keluarga kita bknlah se'alim' mereka yg mmg sudah kenal dgn DnT sekian lamanya...mereka mungkin x t'dedah dgn 'dosa2' spt kita,mrk 'suci'...walaupn kita tahu Allah sentasa bersama kita tp jujur sy katakn kadang2 rasa seperti berseorangan...perangai 'judgemental' ni menyebabkan spt ada gap ant kita & ahli2 yg lain..bila kita sertai usrah,kita harap kita b'gerak secara berjemaah...tp bila keadaan ini terjadi automatik akan terasa keseorangan...dh la bila kita 'berubah' m'dekati agama kwn2 lama yg x stuju dgn kita menjauhi kita,kdg2 family yg x blh terima samada perubahan @ teguran pn akan menyebabkan tiba2 rasa mcm ada gap @ 'batu penghalang'...lagi la trasa sekiranya family 'usrah' melakukan pekara yg sama...minta maaf,hanya pandangan peribadi yg mungkin x menyeluruh...wallahualam..
Saya terpanggil utk memberi komen. Sbg org yg alhamdulillah sudah ditarbiyyah almost 3 yrs (takut dgn umur tarbiyyah yg makin meningkat ini)
3 yrs back, umur ard 19, Allah mencampakkan rasa gelisah, sedih, tak tentu arah selepas lama hidup dlm kegelapan... Alhamdulillah once sy memilih utk mencari Allah, Allah mudahkan saya dgn menghadiahkan usrah, naqibah, akhawat, daurah2 yg menggugah dan etc...
Perkara yg plg saya tertunggu2 stp mgu ialah usrah dan daurah. Sebut ja daurah bila, pasti saya akan kosongkan tarikh dan rela utk x balik rumah (mendpt tarbiyyah dr local)
Perjalanan di awal tarbiyyah merupakan first love ever. Nikmat bercinta dgn Allah semula, nikmat berkenalan dan menangis tak semena2 krn kalam Allah, nikmat sujud di hening mlm memohon keampunan atas maksiat2 yg dilakukan. Nikmat mendapat naqibah yg sangat basah kata2nya. Yg memang telah mencairkan hati saya.
Saya sgt excited dan mudah menyayangi org tmbh2 mereka yg disinari cahaya iman ini. Namun tak semuanya indah. Naqibah sy seorg yg sgtttt stone. Tak pernah mengungkapkan syg, tak pernah nak like gmbr/status fb saya, jarang2 kelihatan ramah. Byk jg sy terasa hati dgn msj2 yg x dibalas/call yg x diangkat.
Pernah juga saya report mslh saya kpd kawan baik lelaki saya (hihi time tu msh x settle sket2) yg pd ms yg sm join jemaah yg keluar2 ni sehinggakan dia cdgkan sy utk join hat jenis keluar2 ni. Tapi ada sesuatu yg indah dalam DnT yg diasaskan IHAB ni mybbkn saya rasa x nak gerak ke mn2.
Byk makan hati dgn naqibah. Rasa nak keluar usrah hya krn terasa hati dgn naqibah. Tetapi akidah yg ditanam dalam saban usrah, daurah menancapkan satu akar tunjang bahawa kita berbuat segalanya hya KERANA ALLAH. Khalisan lillahi taala.
At that time, saya fikir rugi la saya hya krn sbb bodoh (emosi tak tough) saya nak cari tmpt lain.
Tipu la kan kalau tak terasa dgn org yg kdg2 kita mmg rasa yg mgkin krn kita msh bru, kita kurang diraikan. Namun, igtlah kasih sayang manusia mmg terbatas. Kasih sayang Allahlah yg kekal melimpah ruah.
Buat ukhti2 pencari deenul islam yg setia di atas yg merasakan di reject atau dipandang sblh mata hya krn siapalah kita berbanding yg lain... Ingatlah yg Allah tujuan kita. Naqibah/ murabbi hyalah mereka yg akan mendekatkan kita kpd Allah. Selama mana kita ikhlas ikhlas khalisan lillahi taala, Allah pasti akan mencampakkan kemanisan iman dalam diri kita... Walau ada hlgn luaran spt manusia yg x melayan kita, ingatlah Allah sdg menguji kita. Adakah hya krn masalah perasaan kita yg remeh tu (biasalaaaa perempuannn) kita x nak terus merasa kemanisan iman dan ukhuuwah yg disemai dlm wasilah2 dakwah tarbiyyah ini...
Alhamdulillah, berkat kasih syg Allah, Allah masih mengekalkan saya dlm barisan duat walau kdg2 terleka dlm melaksanakan amanah ini...
Dan bila semakin lama ditarbiyyah, baru la memahami perasaan kakak2 yg dahulu kita-excited-htr-msj-tapi-kdg2-tak-dilayan (lol) bahawa bukanlah mereka tak nak lyn kita... Tapi bila mana tanggungjwb melebihi masa yg ada, dn bila saya sendiri memilih utk terjun dlm medan amal selain hya menerima tarbiyyah... Fahamlah saya yg tangan kita hya dua... Namun kerja dan tanggungjwb kita jumlahnya lbh dr bilangan tgn yg dua itu...
gagahkan diri. Abaikan terasa hati tu. Bukankan janji Allah kpd kita... allah takkan membiarkan kita mengatakan kita beriman tapi kita diuji.
Anggaplah ini ujian remeh temeh dr allah. Allah nak test kita je sbnrnya tuhhh... Huhu rugi kalau kita kalah dgn ujian perasaan kita sdgkan nikmat dan kemanisan dalam usrah dan tarbiyyah lazat tak terkata. Lebih sdp dr spaghetti olio dan carbonara...
Keep calm and layan je...
Keep calm and join usrah...
Go go para pencari agama Allah di atas2 yg mengalami mslh spt kakak comel yg dah tak lama nak dpt baby di atas...
Anonymous diatas....ini bukan sesi menjatuhkan imej tapi sesi munasabah diri.........ada tak kena dan perlu diperbaiki....masalahnya bagaimana?anyone can give some solution....
ukthi penulis....panjatkan pengharapkan kita pada Allah...insyaallah Allah akan mudahkan...Allah nak ajar supaya kita lebih bergantung padaNya.....
Allahurobbi. jelas dan nyata perjalanan dakwah dan tarbiyah ini masih panjang. banyak lagi hak-hak yang tidak ditunaikan. sungguh, maafkan kami.
dulu di sekolah rendah, ana juga dipulaukan. sampai ada rakan sekelas ana yang jijik sehingga tidak mahu nak bersalaman dengan ana pun. Ana tak tau kenapa. Ya, mungkin kata-kata ini seprti terlebih emosi dan ditokok tambah, tapi itulah kebenarannya. dulu ana slalu menangis, tapi lama-lama ana dh pun biasa dgn keadaan itu. walaupun ana dipinggirkan, ana tetap ingin terus mengukir senyuman di wajah ana walaupun kadang-kadang susah juga. Tapi alhamdulillah, benarlah bahawa Allah akan menggantikannya dgn sesuatu yg lebih baik. Di sekolah menengah, ana diterima oleh semua org. Ini kerana sekolah ana mengajak supaya berukhuwwah dgn semua org (lelaki dan perempuan berasingan). Selepas itu ana rasa lebih baik dan ceria. Alhamdulillah, ana sgt bersyukur kepada Allah...=)
bismillah.nobody's fault.nobody's perfect.this entry boleh jadi reflection to both sides:the daie and the kakak who send the message itself.reflection yg kita as daie masih banyak weakness,reflection yg kita as maduu' masih tengah bertatih.we can be both i guess,the daie and maduu' at the same time.so that we'll know that we still have too much weaknesses and we are still fixing ourself to have a better tomorrow. always be husnu zhon to others.itu yg penting. :)
to kakak yg send the message:muchos gracias.kakak bukak mata saya even mmg dah terbukak.
to inche gabbana:xie xie.and thanks temukan saya dgn video tu.mmg terbaik.
assalamualaikum ;)
hakikat di alam maya,, tak semua post dapat kita selami dan fahami maksud yg mereka ingin sampaikan,,kdg2 postnya berbunyi garang bagi kita, padahal keadaan yg sebenarnya niatnya nak tegur secara lembut..myb bahasa x kena kot..tp sebagai pembaca, mind set kita perlu betul dan niat kita pun perlu betul kerana Allah..bila kita nak kebaikan, maka insha Allah kebaikan lah yg kita dapat, jika kita nak keburukan atau mncari kesalahan, maka semua bnda baik kita nampak mcm buruk jak..dan sentiasa lah minta kat Allah agar hati di lapangkan utk menerima kebaikan..
dan kepada pengepost pula..be ware with ur word juga..sbb kita tahu, kita bukan post utk satu jenis manusia saja, tetapi belbagai2..even kita tujukn utk org tertentu..sbb alam maya buka dua tiga org ahlinya..dan selalu ingt, jgn pernah mengeluarkan ayat2 seperti penghukum kerana ktia bukan penghukum, tetapi keluarkan ayat2 yg menunjukkan kasih sayang dan cukup sekadar ingatan..walauapapun, insha Allah jika niatnya baik dan tulus ikhlas dari hati utk mengingatkan menyedarkan umat ini..in sha Allah minta lah Allah permudahkan agar sampai point sebenarnya dihati-hati pembaca..kerana hati kita kan milik ALlah;)..dan Allah lebih mengetahui isi2 hati kita,so dun worri;)..
berkenaan isu tersisih dan dipinggirkan di dalam usrah..saya kira ini tersalah tafsir or usrah tu...,,kerana setahu saya kita bw usrah sbb nak ajak org kearah kebaikan, mean kita nak sama2 masok syurga, dan kerana adanya rasa sayang pada seseorg buat kita nak bw dia kearah kebenaran juga..dan blh jadi juga ,mmg kelemahan sang murobbi..ingtlah,kadang2 rasa itu dari hati yg sentiasa bermain-main dengan emosi..ditambah pula syaitan yg setia nak jatuhkan kita ,tak pernah ambil MC nak rehat daripda menghasut kita..mmg boleh jadi perkara ini berlaku atas sebab kelemahan sang naqib or naqibah yg terlepas pandang sorg dua mutarobbinya..tetapi ketahuilah org didalam usrah itu,bukan malaikat bukan juga diukur berapa lamanya dia dusrahkan..jadi ketahuilah, kerana kita sedar kita lemah kita perlu adanya support..dan kerna iman kita sentiasa ada turun dan naiknya buat kita nak elalu dekat pada Allah dan org2 yg mendekatkan diri padaNYa..dan ketahui lah..umat islam itu bersaudara dan saling berkasih sayang..jika kita rasa mereka x sayang, kita dahulu la timbulkan rasa sayang itu..kerana, sesungguhnya, Allah mencintai mereka yg mencintai saudaranya..kadang2 emosi ini terbawa2 kerana kita sedar kekurangan kita berbanding dengan yg lain,,effectnya kita menjadi org yg sensitif bila x terlayan atau tidak dtegur dan kita rasa itu terjadi atas kekurangan kita..itu perkara mmg biasa kita akan hadapi bila kita dalam proses memperbaiki diri..kita akan diuji sejauh mana kesungguhan kita hendak berubah..adakah kerana manusia kita lebih rela meninggalkan sesuatu perkara yg kita tahu Allah redha dan Allah suka..oleh itu, pertamanya, jelaskan kembali niat kita utk berubah..bukan kerana manusia, tetapi kerana Allah..
dan kpd para duat daie naqibah naqib murobbi or murobbiah..lihat, bnda ini perlu kita ambil pengajaran..takut kita menjadi fitnah buat dakwah..banyak benda lg perlu kita lakukan..dan bersabarlah.. smga benda ini tidak menjatuhkan semangat, tetapi menjadi penguat supaya lebih kuatkan hubungan dgn Allah agar Allah mnjaga hubungan kita sesama manusia..
dan semua,,ingtlah, kita murobbi ka mutarobbi ka,,tiada beza antara kita melainkan ketaqwaan kita kepada Allah;)..
Wallahhualam..(maaf andai point ana x sampai or terkasar bahasa)
It's a learning point for everyone.
kemahiran berkomunikasi tu sgt penting bg seorang daie, baik secara face-to-face atau di alam maya. things will make sense if we put them in context.
Assalamualaikum,
En. Gabana dan Puan Penulis e-mail,
Saya pernah melalui situasi ini 30 tahun dulu. Memang ketika itu terasa perit, tidak diendahkan, tidak dilayan samarata...namun, itu semua telah lama berlalu. Saya bina hidup saya sendirian tanpa kumpulan usrah namun saya mencuba sebaik mungkin.
Untuk Puan Penulis Emel,
Abaikanlah sikap mereka itu, kerana kita menuju redha Allah dengan apa jua cara sekalipun; tidak semestinya dengan berusrah sahaja. Saya telah meneruskan kehidupan saya dengan mengikuti majlis-majlis ilmu di surau/masjid dan Alhamdulillah kehidupan saya tidaklah pula kalah dengan rakan-rakan yang pernah sesama dalam kumpulan usrah dulu.
Salam...
Kalau kita mencari redha Allah tapi mengharapkan perlakuan manusia seiring dengan kehendak kita, memang kita tak akan sering berpuas hati.....
Tapi kalau kita mencari redha Allah dengan mengharapkan Allah mendidik kita melalui perlakuan manusia di sekeliling, maka hati akan berlapang dada dengan tindak tanduk manusia.....
Saya berada dalam tarbiyah jhampir empat tahun dan sampai sekarang saya tidak terjun ke medan amal secara khusus. HAnya mengikut usrah, mabit, daurah dan program umum seperti di awal tarbiyah. TApi perjalanan dalam tarbiyah ini menjadikan saya sayang untuk mrninggalkannya kerana di sini saya mula mengenal kembali diri.
Walaupun turut berhadapan pelbagai masalah pada awal kerana kurang kefahaman, tapi kita ada Allah. Adulah kepada DIA.
Kita tak dapat menyuruh manusia bertindak mengikut kehendak kita dan memahami kita, tapi kita boleh mengawal diri untuk memahami sekeliling. Harapkan bimbingan semata2 dari Allah, dan yakinlah apa yang berlaku sekeliling kita sama ada baik @ buruk mengikut persepsi kita, itu sebenarnya bimbingan Allah. Cari Allah...Love HIM always... Allahu musta'an <3
Jzkk atas perkongsian :')
Terasa hati ditikam tikam juga. Sungguh terpahat di hati.
Menghadapi perkara yang hampir sama.
Apa kita hendak berjalan ke jalanNya hinggakan lupa untuk menoleh kepada mereka. Memegang tangan mereka. Menjadi kuat bersama-sama.
Saudara saudari kita.
*pasir-pasir berterbangan masuk ke dalam mata
sekadar berkongsi, saye baru join usrah, tapu murabbi saye sangat baik, penyabar dan tak judgemental..
dia layan setiap anak usrah mengikut tahap pengetahuan masing2, saye yang x tahu tajwid, mengaji merangkak2, diajar pelan2 dan dgn sabar..
dia x pernah suruh lagi saye buat benda yang saye x yakin contohnya jadi imam waktu solat jemaah atau baca lead bacaan waktu al-mulk atau bace matsurah..
sikap macam ni la yang diperlukan sorang murabbi, sebab beri masa untuk saye yang lemah ni, InsyaAllah sy makin laju belajar dan harap minggu depan atau 2 minggu lagi saye dah boleh jadi imam...
Assalamualaikum...
Usrah itu bukan untuk org baik2... tapi untuk org yg berusaha utk jadi lebih baik.
jadi kurang lebih tu, haruslah kita berlapang dada. banyakkan muhasabah diri. kenapa kita x disenangi? knape kita dipulau. jgn meletakkan segala kesalahan di bahu org lain tanpa kita cuba menilik dan cuba memperbaiki kelemahan kita.
jujur kata, saya mengenali usrah di kala saya benar2 perlukannya. Alhamdulillah, saya ditemukan dgn bulatan yg sumpah osem dan kini sudah hampir sethn setengah dlm bulatan itu. murobbiah super osem... ahli bulatan tipu kalo ckp semuanya perfect tapi kita belajar terima kelemahan masing2 dgn lapang dada. x perlu like setiap status mahupon gambar tanda care each other... cukuplah kita berjumpaan setiap minggu dan mengingatkan memasing tentang cinta terhadap Allah dan Rasul agar iman dan taqwa sentiasa dlm keadaan 'pasang'. apa lg yg lebih bermakna?
i love bulatan gembira!
Assalamualaikum...
Segelintir, bukan semua usrah... ingat ni... yang segelintir itu, ingatlah, anda memegang amanah, anda terlebih dahulu faham
janganlah beranggapan anda berkawan dengan pembuat besi dan anda expect anda kepanasan. tapi anda anggaplah anda itu pembuat minyak wangi, yang mampu beri kesan pada orang sekeliling, even orang sekeliling tu pembuat besi... ni tak, abaikan je... tarbiyah guane tu?
ini kisah dipinggirkan...saya pula di-gred-gred-kan pula. contohnya akh ni bleh gi level seterusnya. dan dia ni tak bleh. tak make sense betul... dalam segi ape diorang menilai? participation dalam program?
pelik..sebab kononnya nak jaga hak satu sama lain. jatuh bangun bersama. nak jaga sampai kite mampu berdikari. serius naqib saye telah mengabaikan saye... jangan kate saye tak husnuzon, saye tak bersangka baik. jangan kata saye tak berusaha, jangan kata saye berharap, tapi ni lah hakikat. sedih rase macam weyh! bila naqib pilih anak usrah, yang best2 masuk usrah dia, yang dia rase kebelakang, dia pas ke orang lain... maksudnya, dia sendiri dah tak tepati janji, kata nak bersama, kata usrah satu keluarga... dah tu, kalau seornag dari ahli keluarga/usrah lambat gerak, korang buanglah dia? macam tu? kata hak usrah. hak usrah naqib je yang naqib jaga. hak usrah yang terkebelakang?
baik sangat ke sampai taknak kawan ngan non-usrah? kata nak tarbiyyah, tapi geng sendiri-sendiri. berehlah kesana kesini, tapi wedding roommate sendiri tak pi... camne nak husnuzon? kawan lambat bangun subuh, terus tarik muka, taknak tegur pe semua, tapi tu lah HAKIKAT
sedih.konon kerana Allah... senang je alasan. hak kerana Allah. tapi bile jadi camni, semua blame anak usrah sendiri.. heh, kata nak tarbiyah, memang lah orang yang nak ditarbiyah perlu difahamkan. so, kalau lambat, nak biar je lah.
terkena pada sendiri pengalaman ni. sedih. ayat takleh blah yang akan ingat sampai bila-bile (bukanlah berdendam): sayangnye tak ikut usrah, rugi dia..
siyes, sedeyh! and now, ada usrah sendiri yang tak macam usrah dulu yang saye rase judgemental. usrah skang lebih erat satu sama lain.
Ini realiti, yang bukan akhowat ini seorang pernah melaluinya.
Saya juga.
Tetapi saya bertindak dengan cara berbeza. Saya redah juga. Pedulikan suasana.
Walaupun.
Saat ini saya masih terasa apabila berada di kalangan akhowat.
Doakan. Semoga saya terus kuat untuk redah.
Alhamdulillah.. sgt bersyukur sbb Allah bg peluang utk kita bukak mata seluas-luasnya. Mungkin Allah nk hantar teguran pd kita semua.. para duat, melalui email ukhti ni. Jzkk EG sbb sudi share.. mmg sgt terasa sbb kdg2 kita mngabaikn hak kwn2 sndiri. Bilamana mereka mmbuat salah. Kte trus judge mereka itu ini. Tp x pernah pun nak tanya kwn kita tu sbenarnye mereka tahu x perbuatan mereka tu salah sebenarnya. "Alah.. common thing kot.. x kan tu pun x tau" err.. kte dlu pun asalnya x tau pun nk buat 'so called common thing tu' then lepas diajar baru kita tahu.. mungkin kita beruntung sbb dberi peluang utk belajar perkara basic dari kecil lg.. tp x semua org bernasib baik mcm kita. Kenapa?? Sbb Allah dah aturkan semua ni dgn cantik. Yg tahu perlu ajar yg x tahu. Subhanallah.
Again.. jazakilah ukhti syg. Sudi meluahkn perasaan enti. T_T semoga Allah menguatkn hatimu. Sgt byk tamparan panahan yg mngena diri.
Sesungguhnya syurga itu luas.. utk diisi dgn semua umat manusia.
assalamulaikum..:)
ape yg makcik tu cerite kn ,,mmg saye pon pernah alami.. kadang2 pelik tngok sesetngh manusia yg berperangai mcm tu,,sedang kn dy punya ilmu agama lebih dr kita..tp berfikiran sebegitu rupa.. sedih...mmg sedih ..bile kite dipinggr kn ..org yg jahil baru2 na merangkak ni,akan selalu di di pandang sebelah mata,.bkn setakat sebelah mata tp dipandang seolah2 kami sedang perlu melutut depan mereka,tp di tendang seperti kucing kurap..Setiap kata2 yg keluar dri mulut ni seperti ''sampah'' salah sesalah-salahnya.. huu.. ALLAH je tahu perasaan ni,bile di perli, kata2 di pangkah, di pinggirkan...urmmmm.. sebab tu sye memilih untuk bersendirian.. sye percaya jika niat kite betul,baik.. allah akan permudahkan segala urusan kita.allah akn hantar org2 yg baik untuk membantu kita.. semakin kita nk dekatkn diri dgn allah..semakin bnyk ujian nya..sabar,dn kuatkn diri untuk terus merangkak,berjalan... allah uji kita kerana allah nk tngok sejauh mana kita kesabaran dan kesungguhn kita untuk mendekatkn diri pd NYA..
maaf jika ada kata2 sye yg xsedap dibaca..maaf..sekadar perkongsian. :)
salam.
terima kasih makcik pengirim.
saya suka.
rasa macam ada pembesar suara.
sebab saya rasa sama.
ikut dnt kerana ukhuwah?
maaflah, dah lama tak rasa.
tudung labuh ka jubah berseri ka
siapa kita nak judge sesiapa.
pandang orang macam kita konfem syurga.
ada al kibr dah dijanjikan neraka.
apa masalah kita sebenarnya?
-
moga Allah tetapkan hati kita di jalanNya.
moga Allah bimbing kita semua di jalanNya yang lurus sentiasa.
allahumma aamiin.
bai.
saya rasa
sy y pakai tudung labuh juga dipulaukan
sy pernah sendirian
diam membatu
terasa spt alien di situ
tp bg sy, mrk xtegur @ xbermanis muka kerana mrk masih belom mengenali kita, dan mrk ni slalunya pergi usrah bersama kwn2 y sudah rapat sejak mula, sbb tu mrk mesra sesama mereka dan xperasan org lain spt kita y seorg diri ni
apa y sy buat ialah, sy cari org y sama situasi dgn sy, sy approach dia dan berkawan dgn dia
"datang usrah ngn sapa?"
- sorang ja
" ohh.. dh lama join usrah?"
-ni first time
" ohh samala kita hehe nama sy siti, awak?"
dan terjalin lah persahabatan dan dia satu2nya kwn sy di usrah tu, dan dia juga jd pendorong sy utk dtg usrah (tp tujuan sy dtg usrah utk dpt pengisian, so klo kwn sy tu x dtg, sy ttp datang cuma jd senyap sket hari tu)
bila kita dah ada kawan, kita dah xkisah org2 y xtegur kita atau xmanis muka ngn kita..however, disitu lah kita nak mencipta ukhuwah..lama2 smua kita rapat I.Allah
Salam. Mungkin lebih baik delete post ni. Banyak pihak yang terasa. Kata-kata pun KASAR. Maaf. Mungkin itu gaya anda menulis untuk artikel blog ini, tapi saya ingin katakan bahawa artikel ini sememangnya menusuk hati saya. Kita tak tahu apa situasi dia, dia juga tidak mengetahui situasi mereka. Lebih baik simpan sahaja email peribadi ini. BUKANKAH KITA INGIN BERDAKWAH SECARA BERLEMBUT? Cara yang agak kasar ini menambah hati yang batu menjadi bertambah buntu.
assalamualaikum... saya rasa utk post ukhti ini, ada yang terkena sama macam saya yang pernah melakukan dosa dahulunya sebelum memasuki usrah.... but ape y sy tahu.. usrah yang sy kenali tidaklah memulaukan orang lain even diew still x pkai tak pkai tdung labuh... honestly sy sndri sekejap pkai n sekejap x pakai tdung lbuh.... but our murabbi still syg kami sama rata... hanya yang menjadi pergaduhan adalah berebut kasih syg drpd kakak naqibah sesama usrahmate... hehe... biase lah semua nak naqibah lebih sygkan diew... ape yang sedang ukti itu lalui maybe ujian untuknya... dia perlu still mencari dan mencari lagi kbenatan itu.. Allah pasti akan menolong dia kelak... IA
Well said. Siapa yang pernah berada dalam kasut je akan paham bagaimana rasanya. Sakit. Pedih. Dan bangun sendiri membuktikan hidup sendiri tak pakai tudung labuh ponnnn banyakkk alternatif lain dalam usaha menjadi baik.
Masyallah :'/
Assalamualaikum,
hanya yang pernah rasa, yang faham. saya dulu naqibah. dalam menjadi naqibah pun, kawan2 senaqibah (tak semua), menyisihkan saya hanya kerana saya bukan sekolah agama dan tak berpakaian lebih labuh seperti mereka. malah difitnah dan dihentam bila sesi naqibah berkumpul. seperti dibelasah 10 orang pada 1 masa. rasa hina sangat sangat masa tu. lonely and humiliated.
ustazah saya pesan, semakin seseorang tu berilmu, semakinlah dia diuji. antaranya, merasakan diri lebih baik dari orang lain. dan merasakan mereka sentiasa betul kerana mereka rasa mereka 'lebih' tahu dari kita. jadi, mereka pun diuji, bukan saja kita yang dipandang rendah. jadi, sama2 diuji sebenarnya.
TAPI, saya syukur Allah tak sisihkan saya. betul, usrah hanya platform. tarbiyah sebenar adalah dalam diri sendiri dan sekeliling. kadang2 syaitan juga bisik untuk pujuk putus asa dan pulang pada dosa. nauzubillah. jangan tewas.
untuk yang pernah merasa, cara yang terbaik untuk deal with this situation adalah dengan meletakkan pencarian jalan pulang pada Allah. Usrah hanya medium. kalau disisihkan, teruskan saja. isi Allah dalam hati. mencari ilmu kerana Allah. mencari jalan pulang kerana Allah. hari hari cakap "takpe, aku buat kerana Allah". kalau rasa usrah tak kena dengan hati, it's ok. boleh keluar. yang penting, dalam hati, niat nak cari ilmu tu istiqamah. Allah akan bagi dalam bentuk lain. bukan dalam usrah saja.
Allah akan datangkan orang asing, kawan, sahabat, malah musuh sekalipun untuk menjawab doa2 kita untuk pulang dan sentiasa di jalanNya. jangan rely pada usrah sangat. melainkan hati korang cukup rebellious macam saya untuk teruskan dan buktikan "aku pun hamba Allah macam korang. aku nak ilmu. aku tak kisah korang nak pandang aku macam mana pun."
...bersambung
(sambungan)
betapa dalam setahun pertama berusrah, saya battling dengan emosi sendiri dan situasi yang ada. menangis malam2, dalam toilet, masa solat. saya bukan hafizah Quran, atau budak sekolah agama. tapi saya mencari jalanNya dalam apa cara sekalipun. realiti yang saya alami, ramai kwn2 tudung labuh sangat bias dengan saya. seperti "laaa...takkan tak tahu kot benda ni." ...hanya mampu tunduk senyum menangis dalam hati dan bermonolog dalam hati "kalau saya tahu, saya tak tanya. ingatkan awak boleh bantu. tak apalah. awak bukan mediumNya."
5,6 tahun juga saya berperang dengan situasi 'dipandang rendah'. saya tak join usrah dah lepas setahun pertama. saya cuma pergi majlis ilmu dgn kawan2 saya. hadiri tazkirah disurau2 dengan ustazah. dan, lama2 Allah nak saya belajar yang saya kena belajar hormat manusia macam mana sekalipun, dan ambil manfaat atas ilmu yang ada pada diri orang tu. jauhkan diri dari manusia macam mereka tak apa, janji jangan jauh dengan Allah. ingat ini.
ada kata2 mengatakan "lihatlah apa yang dikata, bukan siapa yang berkata"
biarpun mereka pandang rendah saya, saya cuma key-in ilmu mereka saja untuk diri saya. kalau mahu fikir apa yang mereka kata tentang diri saya, saya anggap sebagai muhasabah. supaya saya tak hidung tinggi bila ada ilmu untuk dikongsi dengan orang lain nanti. yang pastinya, Allah bagi kesedaran supaya saya tak jadi macam mereka.
sebab ilmu di dada manusia, adalah milik Allah. bila2 masa pun Allah boleh tarik semula ilmu tu dan bolak balikkan hati kita. (nauzubillah). sikap2 yang tak enak tu, milik manusia tu sendiri. dan itu antara mereka dan Allah. saya tak hairan dah sebab saya tahu Allah lebih kenal saya. tahu apa yang ada dalam hati saya.
alhamdulillah, sekarang banyak benda saya belajar, saya bukan seorang yang tudung labuh (ini bukan ukuran), tapi saya ramai kawan2 tudung labuh, yang solehah, yang baik2 yang rapat dengan saya, dan saya sayang dan disayangi mereka juga. jadi, awal2 perjalanan memang sukar. lepas 7,8 tahun sejak usrah pertama, saya nampak apa yang Allah nak ajar saya.
so, manusia2 sebegitu, cuma ujian saja. jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. didik fikiran dan hati supaya berpasak pada Allah saja. tudung labuh atau tidak, Muslim atau tak, semua manusia yang jadi medium yang Allah takdirkan untuk hadir dalam hidup kita, pasti untuk hikmah yang TAK PERNAH sia2.
bila apa saja kerana Allah, apa pun boleh redah, biar berdarah bernanah di hati. Allah akan sembuhkan dengan outcome yang kita tak sangka.
kuncinya, yakin dengan Allah. itu saja.
jadi,rileks saja. kalau rasa stress, marilah kita berjumpa. diskusi dari mata ke mata (kalau mahu) sampai konflik dalaman settle insyaAllah.
InsyaAllah. InsyaAllah.
yang benar,
pendosa
oh lupa,
sekarang ni bulatan gembira (usrah) yang saya sertai adalah yang terbaik. alhamdulillah syukur nikmat. jadi, istiqamah dalam mencari. pasti jumpa 'lubuk emas' yang dinanti-nanti.
again,
pendosa
post ni dah lama. tp Alhamdulillah Allah gerakkan hati untuk scroll down posts dlm blog ni pg tadi. email itu serious rasa kena hiris kat jantung. ditambah baca komen2 di atas yang boleh kata majoriti mengalami perasaan, nasib yang sama.
sumpah nak nangis. dan buat ana muhasabah diri kembali. bagaimana layanan ana pd mutarabbi. pada mad'u disekeliling. banyak lag perlu diperbaiki.
jujur, ive been there too. bertahun juga menjeruk rasa hati. terasa mcm 'eh aku syok sendiri je excited jumpa kakak2 ni. tp diorg nama aku pun x igt'. dan sungguh, bila dilayan perasaan tu. akhirnya timbul satu perasaan yg macam 'malas ah nak pergi usrah, daurah.' and thats where we got to fight the feeling. pergi jugak walaupun tak ada mood. syaitan itu mmg x suka bila kita mula sukakan kebaikan kann. insyaAllah, lama kelamaan perasaab tu akan hilang. akan diganti dengan indahnya ukhwah itu^^
Isu yang baik, tersangat baik..
Walaupun isu ni dah almost 20 days ago..
Satu ketika turut alaminya, well sorang2 dlm usrah..
Mohon agar Allah kuatkan jua langkah..
Tapi bila sedih and lonely dlm usrah, buat keputusan xnak join..
ALLAH maha Bijaksana..
Walaupun diri ini jauhkan diri dari usrah...
Tapi, bila hidayah-Nya datang,kasih sayangNya dicampakkn pada diri yang hina ni, usrah pun datang kembali..
Tak pernah jangka akan join semula usrah, tapi inilah rancangan Allah..
SOLUTIONnya satu je Puan..
Allah dah bagi solution pada saya..
Saya sharekan pada puan...
Puan,
Carilah Allah dengan usaha yang sebenar-benarnya..
Timbalah ilmu tentang Allah sebanyak-banyaknya..
Jangan takut pada penolakan manusia..
Manusia terima atau tak kita tak penting pun..
Yang penting Allah terima kita..
yang penting hati kita tenteram dengan Allah..
InsyaAllah usrah yang baik akan datang pada puan bila Allah takdirkanNya utk datang..
Tapi kalau tetap tak ada, janganlah
halang kita utk 'BerHIJRAH' kearah lebih baik..
Puan,
Saya cuba mengenal Allah seblm sy join usrah yang mmg utuh ukhuwah-fillah ni..
Saya ubah diri saya, BERHIJRAH ke arah kebaikan..
Cuba sedaya upaya tinggalkan maksiat..
Puan,
Bertahun makan masanya puan..
Bukan sehari dua...
Dan akhirnya ALLAH bukakan pintu rahmat-Nya utk saya...
Allah turn hati saya completely sampai akhirnya saya pakai tudung labuh, berniqab yang satu ketika dulu sy anggap tak penting n tak perlu..
Saya tak tahu usaha saya yang mana satu Allah perkenan..tapi saya sangat2 bersyukur...
Solution hanya Ada Pada ALLAH..
Mengadu pada Allah, Insya-Allah masalah ini bukan lagi satu masalah..
=) =) =)
Assalamualaikum...
sekadar berkongsi w/pun sdh ketinggalan kereta api, pendek sahaja..saya rasa kebanyakan 1st timer yang join usrah baru akan mengalami situasi diatas..apa yang saya selalu buat, adalah bawa buku, sblm sesi b'mula beramah ala kadar, baca buku, semasa sesi ta'aruf perkenalkan diri & cuba detect ahli yg agak2 blh ngam dgn kita, selepas sesi usrah dekati ahli t'sebut, kalau kita diabaikan atau krg diberi perhatian, kembali kpd buku tadi..hmmm, insyaAllah,kita dpt jg husnuzhon dgn shbt2 baru.
saya salah seorang mangsa 'buangan' bulatan gembira. Saya dicemuh dalam diam. Dihina dalam kemesraan yang jelas plastik! Kalau begini caranya dakwah disampaikan, Allahu.. Tak sanggup utk saya bayangkan apa yang bakal terjadi kepada umat Islam. Kami dipulaukan kerana kami tidak layak! Kami dipulaukan kerana kami berselimut dosa! Kami dipulaukan kerana 'mereka' khuatir akan diheret masuk neraka bersama-sama kami! Ya Allah.. Hinanya kami.. Inche Gabbana, Hati-Hati kami cederanya lebih teruk daripada anda, pada sangkaan saya. Tolong. Tolong jangan ketepikan kami. Kami juga hambaNya. Kami juga umat Nabi Muhammad s.a.w. Kami juga layak ke syurga. Kami juga teringin merasa indahnya iman..Indahnya ukhuwwah kerana Allah :(
Habuk sangat menyukai mata saya ketika membaca post ini .
Tssk tssk .
I can feel you makcik .
although situation saya a bit different .
Being a president bagi persatuan pelajar islam coincidently really kills me . Internally .
Perasaan apabila dipinggirkan sedangkan you're there , joining the crowd and you're the one who suppose to handle the the persatuan .
They may say , "Eh,kita takpernah pun pinggirkan awk"
but action speak louder than words .
I'm left behind .
Takda yang tanya "awk ada pendapat atau cadangan?"
even the murobbi/ah doesnt care .
Mungkin kerana sy takpetah bercakap dalam bahasa arab?
Mungkin kerana sy takpandai mengambil hati murobbi/ah mcm mereka yg lain?
Mungkin kerana sy ini jarang menghadiri aktiviti kelab diluar sekolah atas sebab-sebab yg tidak membenarkan sy?
Mungkin kerana sy ini tidak sehebat kawan2 seusia yg lain?
Mungkin kerana sy tidak layak memegang jawatan itu?
apa-apa pun alasan mereka ,
takmengapa. Segalanya penuh hikmah .
Syukran jiddan ya rabb!
Bismillah.. mga bmanfaat.. :)
Dulu, sy pun pernah rasa benda yg sama, dipinggirkn dan dibuang dri bulatan gembira.. Malah, pernah dihina org b'agama.. smpaikan, sy pernah tinggalkn Quran btahun2, kerana rasa 'sakit' tu.. :)
Akhwat, anggap semua tu tarbiyyah dri Allah. tetaplah sadokan hati demi Allah. mgkin ad benda yg Allah nk ajarkn..
dn even sy pun, wlu sakit, tpi tu semua mcm tapisan Allah, mcm Allah nk tgk, sjauh mna kta sggup sabr, hanya semata2 nk dekat dgn Dia. :)
dan, wlu sakit, sy tetap mencari..sbb benar, sy nak sgt3 dekat dgn Dia. :)
Alhamdulillah, akhirnya, sy jmpa bulatan gumbira yg berganda2 lbih baik. dn pengalamn pahit sblum ni mngajar sy lbih mghargai proses tarbiyyah tu. ^_^ ♥
Pesan sy, jgn prnh putus asa mncari.. :) Ada sbb knp Allah hadirkn pgalaman tu.. Maafknlah mereka yg sbelum ni, senyum, dn move on..dn ucap trima kasih, krn pernah hadir mmberi satu pgjaran besar dlm hidup sy. Alhamdulillah, Allah hadirkn mereka utk kita lebih hargai tarbiyyah yg Allah dh persiapkn.
Akhwat, sadokan hati, jalan, benar hanya kerana Dia! :) Takbirr! Allahuakhbar!
Post a Comment