5 April 2013

Bokser Baru

[Kredit]

Musalman menyelongkar bakul pakaian kotor di sebelah mesin basuh baju di rumahnya itu. Tercari-cari. Tercari-cari. 

Akhirnya dia tersenyum puas. Jumpa. Dia mengambil apa yang dicarinya itu dan menjulangnya sedikit tinggi untuk diperhatikan secara lebih dekat. 

Sehelai bokser berwarna kuning terang dengan getah lilitnya berwarna merah. Ada gambar Spongebob SquarePants tersenyum riang padanya.. Bokser kegemarannya. 

Namun tidak semena-mena, dahinya berkerut selepat itu. Wajahnya sedikit masam. Kelihatan ada koyakan yang boleh tahan besar pada boksernya itu, pada bahagian belakang. 

"Maaaak, oooo maaaak. Ni bila masa pulak koyak bokser Man ni mak...?"

Mak Jah, yang sedang menjemur kain di belakang rumah ketika itu menyahut. 

"Pe dia Man..? Mak tak dengar lah. Tunggu jap. Nak habis dah ni!" 

Tidak beberapa lama selepas itu, Mak Jah menjengah ke dalam rumah, sebelum mencari-cari kelibat anak bujang kesayangannya itu. Kelihatan Musalman masih tercegat dengan bokser Spongebob di tangannya.

"Mak.. Ni macam mana boleh koyak ni..? Hari tu lepas pakai elok lagi..? Baru ingat nak basuh tangan, nak pakai semula... Ish..."

Mak Jah mendapatkan bokser itu daripada Musalman, lantas membelek-beleknya. Dahinya berkerut. Digarunya kepalanya yang tidak gatal.

"Eh, pelik betul ni.. Ada jin kot pakai bokser kamu ni Man! Kekeke. Ala, sikit je ni Man. Boleh pakai lagi ni!"

Musalman memandang ibunya dengan pandangan separuh tidak percaya.

"Boleh pakai lagi..? Mak ni main-main ke..? Ni terkoyak kat bahagian buntut ni! Malulaah...! Kena beli baru la Mak.."

"La, apa yang nak malunya Man..? Kan bokser tu kamu pakai kat bahagian dalam. Kat luar kamu pakai seluar kan..? Bukannya kamu pakai bokser kamu ni tak pakai seluar! Haila haila... Membazir je la kalau nak beli baru!"

"Mana boleh Mak. Walaupon pakai kat dalam, orang tak nampak, tapi Man nampak. Man tahu! 

"Dah, apa yang kamu nak risaukan..? Orang lain tak nampak kan..?"
"Mak, mana boleh camtu. Kalau kat luar kita pakai lawa-lawa, kat dalam pon kena lawa jugak Mak. Walaupon orang tak tahu.

Mak bayangkan, kalau, na'udzubillah la kan, tapi just for the sake of arguing, ewah cakap omputih pulak aku, eh eh. Kalaulah Man eksiden ke apa, terlentang pengsan kat tengah-tengah jalan. Tiba-tiba orang yang nak selamatkan Man, tengok kat luar pakai lawa-lawa, tapi kat dalam.. Baju dalam koyak-rabak, bokser pon haprak! Uiiisshhh, malu Mak, maluuuu...!" 

"Macam tu...?"

"Ye Mak. Dia macam hati jugaklah Mak. Takde sapa tahu hati kita macam mana kan..? Tapi kita sendiri, mesti nak pastikan hati ktia sentiasa wangi, hensem dan cantik. Kalau akhlak kat luar ala-ala anak dara malu-malu tunduk lalu depan orang tua, tapi hati macam Raja Raksasa Syaitan Pikor, tak guna jugak Mak. Orang kata.. Hampagas cap ayam!"

"Pikor...? Oh yang Mutiara Naga tu eh..?"

Musalman memandang ibunya sedikit pelik. 

"Allah berfirman dalam Quran Mak, dalam surah al-A'raf ayat dua puluh enam:

Wahai anak cucu Adam! Sesungguhnya Kami telah menyediakan pakaian untuk menutupi auratmu dan untuk perhiasan bagimu. Tetapi pakaian taqwa, itulah yang lebih baik.

Haaa.. Allah tak larang kita nak berhias lawa-lawa mak. Tapi mesti tutup aurat. Dan on top of that, ada pakaian yang lebih kool dan bergaya. Nama dia taqwa. Dan taqwa tu terletak kat sini mak, kat sini.."

Cerita Musalman dengan penuh bersemangat, sambil menunjuk-nunjuk pada dadanya.

"Itulah pentingnya kita punya hati yang bersih dan suci Mak. Bila hati cantik dan hensem, inshaAllah yang lain-lain pon akan jadi cantik dan hensem jugak. 

Biarlah orang tak tahu hati kita hensem Mak, yang penting kita dan Allah tahu! Setel!"

Mak Jah terlopong mendengar taujihat daripada anaknya Musalman. Tidak terpercaya olehnya bahawa anaknya mampu bercakap sebegitu rupa. Pasal bokser je pon. Eh.

"Jadi samalah macam cara kita berpakaian Mak. Kita mula dari dalam. Kalau pakaian dalam kita bersih, kemas, lawa.. Barulah cara nak pakai pakaian luar yang semat lagi bergaya! Ewah! Walaupon orang lain tak tahu dan tak ingin pon nak tahu bokser Man pakai kaler apa, corak apa dan jenama apa, tapi Man tahu!

Justeru itu Mak.. Er.. Nak duit beli bokser baru boleh..? Kekeke."

Mak Jah yang masih tidak percaya dengan apa yang didengarinya, seperti orang yang dipukau, segera mengambil dompetnya, mengeluarkan tiga helai wang kertas berwarna merah dan menyerahkannya kepada Musalman.

"Cukup..?"

"Wah, cukup Mak, cukup! Jay zek kay kay Mak!"

Terukir senyuman sehingga ke telinga di wajah Musalman.

"Err, Man..."

"Ye Mak..?"

"Kamu join usrah eh..?"

-gabbana-

Bosan. Eheh. 

Selamat berhujung minggu dengan cara yang paling osemness dan bergaya! Fi amanillah wa fi hubbillah! Aiwah! 

22 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 05/04/2013, 16:35  

bokser jek pong..tp still ade ilmu dsebalik..chaiyok..alhamdulillah..

Anonymous 05/04/2013, 16:47  

analogi yang sangat best! :p

Anonymous 05/04/2013, 17:27  

Jay zek kay kay. Terbaikkk. hihi

Anonymous 05/04/2013, 17:45  

Kamu join usrah eh?

Man : senyum..

Haha

Luqman Zakaria 05/04/2013, 17:56  

citer disebalik boxer! hehe..terbaik nih!

Anonymous 05/04/2013, 18:08  

Rupa2nya mak musalman adalah seorg akhawat tanpa diketahui oleh musalman selama ni...

Anonymous 05/04/2013, 20:23  

Jzkk diatas pos yg agak lari dari arus panas topik semasa kini.Tazkiyatunafs...Boxer pun boleh jadi bahan dan tak semua wanita faham dan tahu tentang boxer...


Anonymous 05/04/2013, 21:12  

Salam inche..
Apa maksud jay zek kay kay tu? Maaf saya tak faham. Ada siapa2 yang boleh tolong terang?

enonimes 05/04/2013, 21:47  

Jay zak kay kay = JZKK = jazakallah :)

Anonymous 05/04/2013, 21:49  

Inche Gabanna! seriyes..enta ni buat ana jeles, tahu??..seriyes enta berbakat sngt dlm menulis, ana teringin benar nak pandai menulis seperti enta,,walaupun bnyak jak penulis berbakat tapi nak kata bhawa enta pun salah sorg yg bagi ana sngat berbakat, jdnya ana harap enta teruskan menulis andai ada cabaran dmasa dpn.. sbb mmg enta sesuai dgn bidang ini, Allah kurniakan enta kelebihan ini..dan enta gunakan kelebihan ini pd jalanNya..penyampaian enta selalu sampai insha Allah.. subhanallah, sungguh bnyak nikmat Allah kurniakan..semoga kita jadi hambaNya yg bersyukur..

Dan utk cerita atas,
Jay zek kay kay;

Anonymous 07/04/2013, 07:58  

Jom beli bokser baruuu

Anonymous 08/04/2013, 05:00  

"kalau eksiden ke apa, nanti org nampak bokser koyak.." itu yg dia pikir? ahaha! seriyes?!
tapi ada juga betulnya ya.

nice analogi btw! keep it up!

Anonymous 08/04/2013, 08:49  

Nak sgt org join usrah..tk usrah pon ok jgk(jgn kafirkn/prkclkan usaha orglaen). Kalo camtu kau buktikan dlu..dpt 1st class(upper/adeke?),
Pn. Mama join usrah korang,ada bran!
Ehh, kluar context ke?

Anonymous 08/04/2013, 09:57  

Hahaa..terbaiklh.terkesan.

Unknown 10/04/2013, 02:15  

Alhamdulillah... sampai .... tp sampai gelak jela hehe

Anonymous 10/04/2013, 06:35  

mahal juga bokser zaman sekarang ni haha

Anonymous 14/04/2013, 18:05  

terbaik...haha :D

Anonymous 08/11/2013, 11:28  

jzkk akhi.

tp ayat last tu mmg legend lah !

join usrah eh?
dl pn prnh dtnya dgn soalan gini.

critical thinker. nmpk evrything msti ada hikmah dsblikny! just keje lebey sikit utk lebih critical dlm brfikir.

Anonymous 08/11/2013, 13:16  

alhamdulillah,
teruskan usaha2 anda, yakni menyebarkan dakwah dengan cara tulisan yang mempunyai makna tersurat dan tersirat.


berbahagialah kamu hendakNya.
assalamualaikum.

Anonymous 09/11/2013, 10:56  

Dkt page nih, perbezaan pendapat diraikan, even on fb die. Cam tu laa kita blh berbeza pendapat ttp matlamat tetap sama. Kkadang kita suke generalisasikan sesuatu isu/ perkara tanpa menerima pendapat yg berbeza.
Kalau kita bukakan minda, kita blh dapati ade pendapat org lain yang blh diterima, tk semestinya kita saje yg betul, sentiasa.
Spt fahaman politik, bukan semua betul atau semua salah dlm fahaman mana2 parti politik itu. Ikut case by case. Sedey bila org generalise keimanan sseorg berdasarkan anutan atau kecenderungan politik.

Anonymous 15/10/2014, 20:37  

Simple, clean, awesome, ada lessons, ada reference. Best! N sempoi!

NeemoNeemo™ 17/10/2014, 16:09  

Jay zek kay kay atas peringatan. #SisBacaJe

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP