7 September 2012

Gembirakanlah Bulatan Itu!

[Kredit]

Diskelemer I: Artikel ini hanya sesuai dibaca oleh mereka yang sudah berada dalam keretapi dakwah dan tarbiyah. Barangsiapa yang berdegil dan mahu mengambil risiko, saya sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kes lompat gaung atau berenang bersama jerung.

Diskelemer II: Artikel ini memang niatnya untuk menembak kepala (Baca: Headshot) orang yang sudah lama berbulatan gembira. Jadilah silalah bersedia dengan sebarang alat bantuan tambahan seperti jaket kalis peluru, losen kalis api dan topi keledar setebal lapan inci.

Saya pasti penulisan kali ini tidak akan mendapat sambutan sehangat dan sehaibat artikel saya tempoh hari yang menyentuh tentang gejala Gangnam Style. Tetapi insha-Allah saya menulis bukan untuk meraih populariti atau mengutip pujian, tetapi untuk berkongsi rasa dan menyampaikan apa-apa ilmu yang sedikit cuma yang saya ada. Maka kadangkala perlu juga saya menulis sesuatu yang terus ke depan dan bosan sebegini. Tetapi, err, masih kontroversi dan sensasi! Wahahaha.. 

Ceritanya bermula apabila seorang akh bercurahan hati dengan saya. Katanya (kurang lebih kerana saya tidak mempunyai memori fotografi makanya tidaklah dapat saya ingati satu-persatu butir-butir katanya), yang kini dia berasa lemau. Selemau biskut meri dalam tin yang tidak ditutup kedap. Dia tidak lagi sesemangat sewaktu belajar dahulu. Walaupon sudah menyertai pelbagai program aktivisme, dia rasa kering dan tidak lagi bersemangat untuk kerja-kerja dakwah dan tarbiyah. Dalam dia meluahkan perasaannya itu, saya perasaan satu point penting yang maha seriyes; dia kini tidak mebawa sebarang bulatan gembira.

Ehem.

Saya sudah dapat menghidu punca masalahnya. Dan sungguh, baunya tidak enak. Saya bertanyakan kepadanya, apakah puncanya dia tidak lagi membawa bulatan gembira. Kedudukannya yang masih belum lagi stabil kerana terpaksa ke sana dan ke sini, berpindah-randah dan sebagainya di samping faktor kerja yang raksasa gorgon, menjadikan dia tidak berupaya untuk komit membawa bulatan gembira. Dia memang amat teringin dan terlalu sedar kepentingan untuk membawa bulatan gembira. Cumanya atas masalah-masalah yang menghimpit dan menekan, menyebabkan dia tidak mampu atau tidak yakin untuk membawanya.

Lantas dengan penuh yakin sambil membuat libasan rambut ala-ala iklan Head & Shoulders versi lelaki, saya katakan kepadanya:

"Akhi, solusinya dia mudah sahaja. Lurus ke hadapan. Enta kena bawa bulatan gembira. Fulsetop."

(Dialog ini sudah diubahsuai sesedap citarasa dan selera tanpa mengubah maknanya untuk menjadikan penulisan ini lebih bergaya. Hoyeaahh.)

Kemudian saya membebel lagi kepadanya, punca utama dia berasa lemah, lemau, layu dan semualah kata-kata sifat yang seangkatan dengannya, adalah kerana dia tidak membawa bulatan gembira. Alasannya cukup mudah; seorang akh yang membawa bulatan gembira lain dengan seorang akh yang rilek-rilek duduk lepak sahaja.

Mujahadahnya lain.

Pengorbanannya lain.

Cara berfikirnya lain.

Jadual waktunya lain.

Perah otaknya lain.

Perbelanjaannya lain.

Perbincangan amal dan gerak kerjanya lain.

Semangat dan saiz pengembangan hidungnya juga lain!

Semuanya berbeza hanya kerana satu faktor yang cukup signifikan; kerana dia membawa bulatan gembira! Dan faktor inilah, sekiranya ditinggalkan akan menyebabkan seorang akh itu menjadi amat jauh berbeza!

Iyalah, manakan sama seorang akh yang terpaksa memandu jauh, berjam-jam lamanya semata-mata mahu berjumpa dengan hadek-hadek yang terchenta, dengan akh yang duduk di rumah selesa bersama keluarga? 

Mana nak sama seorang akh yang membelanjakan wang gajinya yang seciput cuma itu untuk membelanja dan memanja-manja hadek-hadeknya dengan seorang akh yang tidak punya tanggungjawab sebegitu?

Mana nak sama seorang akh yang pulang lewat di tengah malam dek melayan karena hadek-hadek yang pelbagai dan beraneka dengan akh yang dapat tidur awal setiap malam?

Manakan sama seorang akh yang sentiasa memerah otak, berfikir sehingga berkerut-kerut dahinya, apakah cara dan kaedah yang paling baik untuk menyusun gerak-kerja hadek-hadeknya yang juga sudah mula mahu membawa bulatan gembira, dengan seorang akh yang pepohon usrahnya mati di tengah jalan.

Dan tidak mungkin sama perasaan gembira dan penuh kesyukuran seorang akh, apabila melihat hadek-hadek yang dibina menjadi manusia, kini sudah mampu bergerak laju menyentuh hati-hati di luar sana dibandingkan dengan seorang akh yang tidak punya hadek-hadek untuk merasakan perasaan sedemikian rupa! 

Tak akan sama!
 

Sila jangan buat-buat garu kepala dan silap faham dengan kenyataan-kenyataan saya di atas ini jika anda tidak mahu terjun gaung secara percuma. Saya tidak merendahkan amal sesiapa. Saya tidak menuding jari kepada sesiapa. Dan saya tidak pula bersangka buruk berhati busuk dengan sesiapa. Anda tahu siapa anda, sekiranya semua di atas berlaku kepada anda dengan sengaja, atas pilihan diri anda sendiri.

Dan kata-kata di atas juga adalah sebagai pembakar semangat dan penaik tekad untuk anda memulakan langkah yang lebih seriyes dalam membawa bulatan gembira. Kerana saya tahu di luar sana, selain daripada akh yang berborak bantal dengan saya itu, masih ramai lagi ikhwah dan akhawat yang menghadapi masalah yang hampir serupa; tahu dan faham kepentingan untuk membawa bulatan gembira tetapi entah mengapa, masih belum berjaya membawanya.

Ini perkara seriyes. Sumpah seriyes.

Pernah saya sentuh isu ini dahulu dalam artikel Ikhwah Mandul. Bagaimana setiap orang akh dan ukht itu perlu menanam dalam-dalam di dalam jiwa dan tekadnya untuk meninggalkan pewaris-pewaris dakwahnya. Dan di mana lagi pewaris-pewaris ini dilahirkan dan dihasilkan kalau bukan dalam bulatan-bulatan yang riang lagi  menggembirakan..??

Saya kira, inilah agaknya kenapa as-Syahid datuk Tariq Ramadhan menekankan peri pentingnya bulatan gembira itu. Dalam tujuh wasilah tarbiyah yang ada itu, bulatan gembiralah yang paling penting sekali, tanpa menidakkan kepentingan dan peranan wasilah-wasilah yang lainnya. 

Kerana rupa-rupanya, selain membentuk dan menyantuni jiwa-jiwa yang dahagakan tarbiyah dan sentuhan rabbani di dalam bulatan gembira, kita yang membawa bulatan gembira itu juga terbentuk dan ditarbiyah sama. Malah lebih selalu daripada tidak, si murabbi akan lebih banyak ditarbiyah daripada mentarbiyah. Seusai sesuatu bulatan gembira, selalunya si murabbi akan berasa sangat puas dan teruja, perasaan yang kadangkala tidak dapat hendak diungkapkan dengan kata-kata.

Sebab itulah orang berkata, lebih banyak yang kita berikan, lebih banyak pula yang kita akan terima sebagai balasan. The more you give, the more you get back.

Kerana itu juga, kadangkala saya memanggil bulatan gembira sebagai bulatan sorga. Kerana sememangnya ia adalah taman-taman sorga yang menjadikan diri ini lebih dekat kepada si Pencipta!  

Dan saya ada berita baik untuk anda. Di luar sana, seperti yang telah saya nukilkan dalam 'Cokolat dan Kacang', amat ramai manusia di luar sana yang dahagakan bimbingan berupa tarbiyah yang mengajak mereka untuk kembali semula kepada Allah. Begitu banyak hati-hati yang sedang menanti-nanti sentuhan kasih-sayang yang melembutkan ego dan keangkuhan mereka untuk tunduk secara total kepada si Pencipta. Dan sangat banyak jiwa-jiwa yang sebenarnya sudah bersedia untuk menjual harta dan nyawa mereka demi menegakkan Islam yang terchenta, hanya tinggal untuk ditunjukkan arah sahaja.

Untuk akh yang disebutkan di dalam post ini, alhamdulillah, saya telah menyerahkan satu nama kepadanya untuk dibulatangembirakan. Dan dia amat teruja untuk memulakan langkah ini semula. Sungguh bukan kebetulan dia mencurahkan hati dan rasa kepada saya, kerana sememangnya sudah lama saya serabut kepala mencari murabbi untuk membulatangembirakan jiwa-jiwa dan hati-hati yang sedang menanti. Dan saya katakan kepadanya, Insha-Allah lebih banyak nama yang akan menyusul nanti.

Senyum kenyit mata. 

Sudah, anda bagaimana..? Apa lagi yang anda tunggukan itu..? Anda mahu menantikan malaikat turun dari langit bersalaman dengan anda di jalanan? Anda mahu tunggu langit terbelah dua sebelum mahu membawa bulatan gembira? Anda mahu tunggu sehingga ilmu penuh di dada dan bersih dari dosa dan noda..? 

Bulatan-bulatan sorga sedang menunggu dengan penuh setia kehadiran anda di luar sana. Bulatan-bulatan ini menanti-nantikan anda untuk bersama-samanya membina dan menyentuh hati-hati di luar sana. Bulatan-bulatan ini dengan teruja dan tidak sabar-sabar lagi mahu anda menyertainya. 

Nah, gembirakanlah bulatan-bulatan itu! 

-gabbana-

Insha-Allah hujung minggu ini akan berkonferens riang bersama hadek-hadek dan bakal cucu cicit dalam program Ini Sungguh Kool. Akan menjadi titik tolak kepada hadek-hadek ini untuk mula membawa bulatan gembira mereka yang sebenar.

Sila jangan segan-silu untuk titipkan doa buat kami semua! Ahah!


19 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 07/09/2012, 16:43  

tapi kan rasa macam banyak gila dosa,macam tak layak langsung:'(

Anonymous 07/09/2012, 17:03  

cmner kalo dah lme tgglkn bulatan gembira? nk cari balik kekuatan yg tlh lme dtgglkn dtepi2 highway n rse diri ni sgtlah x bersedia. =='
1 more thing, mnta en.gabbana bg nasihat spy diri rasa yakin akn pmbwaan karakter dlm bulatan gembira tnpa perlu mmbndingkan diri dgn sahabat2 lain.

Anonymous 07/09/2012, 18:07  

Awak xkan penah tahu mcm mane rsnyer... Sng ckp.... Sebab u've evrythng.... Bagus serba serbi.... Tp, like what ppl say, xkan blh bg alasan. Sebab beralasan itu bkn bernama daie

Anonymous 07/09/2012, 18:14  

dah 5 tahun ikut bulatan gembira, tapi masih x dpt kekuatan untuk bawak usrah, sebab rasa diri ni masih x layak..

Lintasan Hati 07/09/2012, 18:18  

Aduh terasa gila....dahulu pernah ada akhwat minta tlg bawa bulatan gembira sbb dia tak dpt commit tapi menolaknya sbb seriyes rasa tak bersedia.......sekarang rasa mcm rugi gila....now diri sendiri yang terkial-kial mencari bulatan gembira sbb baru move to new place....moga Allah mudahkan semuanya........and moga dpt membawa bulatan gembira dgn penuh bergaya........

punboleh 07/09/2012, 19:11  

Whoaaaa. Terkena kat diri.
Saya ada bwk usrah jgk, tpi skrg ngah cuti sebulan , dan x buat usrah pun ngan diorang.
Rasa sgt kering kontang =.='
Bru tahu antara sbb futur skrg ni.

Btw, sesapa yg rasa rndah diri tu,
Kalo boleh terjun je dlm bwk usrah ni.
Pastu muhasabah slalu.
Kalo ada masalah,
Rujuk kat murrobi atau usrahmates.

Seriyes wktu first time time dpt peluang bwk usrah,
Mcm terkezut jgk
Ramai lg usrahmates sy yg osem
Tpi murobi pilih sye jgk.
Dahlah saya sama umur ngan 'mutarabi2' sya.

Dan alhmdulillah stakat ni
Saya rasa sgt2 ditarbiyah.
So,
Kalo dh dpt chance , grab je
Dan kalo xde lgi, cari2la
Saya dpt tahu yg kat mesia ade ramai org yg nkkan usrah, tp x ramai yg nk bwk.

So, al d bes :-) moga gerak kerja kita lillah semata2 :-)

Kepada para anonymous.. 07/09/2012, 19:17  

Setuju dengan Inche Gab. Memang beza rasa x bawak dengan bawak usrah. Lepas bawak usrah banyak perubahan. Mula untuk care for people, mula untuk muhasabah diri.

Banyak kali menangis sebab kecewa dengan kelemahan diri dan muhasabah diri, dan jugak kadang2 terasa dengan anak usrah. weeeeeeeeeee~ *manusia biasa lah*

Tapi we dont have to be a holy saint untuk bawak usrah. Awal2 dulu memang x tau bahan ape nak bawak dalam usrah. Just bawak tadabbur ayat-ayat quran. Tapi kalo kita revise awal sebenarnya isyallah banyak je kita boleh bawak dalam usrah. Baca2 artikel pasal islam, bincang2 masalah umat, etc.

Tapi kita tak akan pernah tahu sebelum mencuba!

Saya sudah, anda bagaimana..?

Come on la derr.. 07/09/2012, 19:19  

Agak ah, kat mesia ni banyak je orang nak usrah, tapi xde orang nak bawak.. sume kecut, bagi macam2 alasan. x sedia lah, ape lah..

Kalo suruh buat kerja2 lain xde plak bagi alasan. haishh. manusia2.

Unknown 07/09/2012, 20:00  

wah..1st tyme singgah ,memang ohsem ler artikel2 kat sini..like3..thanks 4 sharing..:)

Cik Kiah Cameron 07/09/2012, 20:10  

Jzkk en gabbana.sy dulu bawa bulatan gembira,tp sekarang tgh cuti summer,hampir 2 bulan;jadi xbawa bulatan gembira spjg cuti ni.lately rasa serba xkena walaupun bersama family.rupa2nya ni lah salah satu puncanya.

Anonymous 07/09/2012, 22:38  

Patut rasa futur semacam =.=

Inche Gabbana, macam mana ni, nak bawak bulatan gembira, tapi sebab baru masuk universiti, jadi tak bawak mana2 bulatan gembira pon, Sebelum ni masa cuti ada bawak bulatan gembira adik2 junior..tapi sebab dah masuk universiti, nama baru diberi kepada person in charge dekat sana, masuk2, tak ada yang sefikrah(yang satu batch), jadi saya kena masuk bulatan gembira kakak2 and so far, masih tak bawak bulatan gembira. Saya tidak diberitahu untuk membawa bulatan gembira lagi, mungkin mereka rasa saya masih tak sampai tahap....tapi serious, saya hanya mampu bawak bulatan gembira hadik2 sahaja, yang sama umur, masih tak berani..Inche Gabbana, what should I do? please answer me =(

Anonymous 08/09/2012, 12:49  

good luck enche gabbana n kwn2..smga dipermudhkn Allah hendknya.aamiin Ya Allah..

*musykil..x prnh nmpk org2 y alim amr mkrf nhi mngkr.dorg mmg nsiht utk glngn dorg je ea?

لئيبة 08/09/2012, 13:52  

Alhamdulillah ada bwk bulatan gembira..yg sama 1 batch..

so far xde masalh sgt..just ada mcm2 kerenah nk hadapi..doakan sy istiqamah :D

Anonymous 08/09/2012, 19:41  

gembirakan bulatan dengan ilmu dan kegembiraan.. tengkiusomac Inche Gabbana

orgkuantang 08/09/2012, 23:57  

sumpah! ini bukan kebetulan~syukran IG sbb bg pencerahan...murabbi sy bru grad n dah bagi hint suruh bawa bulatan sorga..tp sebab baru habis cuti, kene cari balik momentum dulu...=_=

marie alecia 09/09/2012, 09:14  

ilmu dan kegembiraan.......................

al-fateh 09/09/2012, 15:26  

IG, kalo kita pon sama kering dengan mad'u kita, macamana nk truskan utk bwk usrah tu? Taktau nk bagi apa utk membina, sbb diri sendri pon da lama tak terbina. :(

fatihah amir 11/09/2012, 17:01  

rasullaha berkata "apabila kamu melewati kebun2 syurga,maka tempati dan nkmati olehmu.",
parasahabat bertanya, " hai rasulullah! Apakebun syurga itu?",
rasulullah menjawab, "ialah majlis-majlis zikir (mengingati Allah) kerana Allah"...

so..jom terus berbulatan gembira kerana ia adalah kebun2 syurga

Ruqayyah 19/04/2014, 10:28  

Assalamu'alaikum.. Bagus post pasal usrah cenggini.. Tahun ni saya kena conduct usrah. saya baru form 3. Mintak tunjuk ajar kalau boleh postlah tip-tip atau yang berkaitan. Terima kasihh

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP